Okey semua! Nampaknya cerita Sesuci Kasihmu ni dah sampai ke penghujungnya. Saya ingin minta maaf jika cerita ini tak mampu menarik minat kalian. Saya dah cuba sedaya upaya saya. Saya juga berterima kasih bagi yang sentiasa menyokong saya dari awal sampai akhir.
Memandangkan ini bab last. Saya panjangkan sikit. Dan jangan risau sebab bab ini adalah tentang Izz dan Zahra sahaja. Special untuk korang. Enjoy. :)
Setahun kemudian…
Kakinya melangkah laju masuk ke dalam rumah. Dia
mencari-cari kelibat sang isteri. Namun, kelibat sang isteri tiada. Dalam
hatinya mula rasa tak sedap hati. Takkan sang isteri keluar tanpa
memberitahunya terlebih dahulu.
Tanpa berlengah, dia masuk pula ke dalam bilik. Dia ingin
menyalin pakaian yang bersih. Selepas itu barulah dia akan mencari sang isteri.
Tapi sebaik sahaja dia masuk dan menutup pintu bilik.
Tiba-tiba sahaja matanya ditutup oleh tangan seseorang.
“ Sayang…”
Tangannya menurunkan tangan yang menutup matanya itu dengan
lembut. Kemudian dia menoleh ke belakang bersama dengan senyuman manis buat
sang isteri.
“ Sayang suka buat abang terkejut kan?”
“ Saya ada surprise untuk abang sikit. Nak tak?”
“ Apa?”
Sepucuk kertas kecil dihulurkan sang isteri buat sang suami.
Tanpa berlengah, sang suami membuka kertas itu dengan tanda tanya.
Izz Firas- My lovely
husband.
I love you.
Happy birthday from
me.
Zahra Umairah…
“ Sayang..”
Zahra tersenyum manis melihat wajah teruja Izz itu. ini kali
pertama dia buat surprise buat Izz. Kalau tidak mana pernah. Selalunya Izz je
yang bagi surprise dekat dia. Yalah kan? semenjak Izz berkahwin ni. izz berubah
jadi romantik.
“ Terima kasih kerana ingat birthday abang.” Ucap Izz lalu
mengucup lama dahi Zahra. Segala kasih sayangnya tumpah pada Zahra dan kedua-dua
anaknya itu. Zahirin dan Adam.
“ Sama-sama.”
“ Mana Zahirin dan Adam?” Soal Izz lalu menarik Zahra ke
birai katil.
“ Tidur dah. Dekat bilik mereka. Zahirin tadi letih bermain
dengan adik dia.” Jelas Zahra lalu duduk di sisi Izz.
“ Sayang…”
Izz menarik Zahra agar duduk di atas ribaannya. Zahra hanya
menurut dengan senyuman.
“ Dah dekat dua bulan kita berkahwin. Abang berterima kasih
sebab sudi terima abang sebagai makmum dalam hidup sayang. Abang janji abang
akan jaga sayang dan anak-anak kita dengan sebaik mungkin.”
“ Zahra juga ucapkan terima kasih. Sepanjang Zahra kenal
abang. Zahra tak pernah rasa menyesal. Abang adalah orang yang selalu mengisi
kekosongan dan menyembuhkan kembali luka dalam hati Zahra ni. Abang adalah
lelaki yang paling baik Zahra pernah jumpa. Dan Zahra bersyukur kerana abang
jadi suami Zahra.”
Izz terus menarik Zahra ke dalam pelukannya. Dia dapat
menikmati bahagia sekarang. Benarlah kata-kata perempuan dalam mimpi tu.
Kebahagiaannya adalah Zahra dan begitu juga Zahra.
“ Abang.. Saya nak pergi masak jap. Saya terlupa nak masak
tadi sebab sibuk dengan anak-anak. Mereka buat perangai tadi. Sorry erk abang?”
Izz meleraikan pelukan. Hidung Zahra dicuitnya perlahan.
“ Abang tak kisah. Lagipun sayang mesti penat kan? Jom abang
tolong sayang masak.”
Izz baru sahaja nak tarik tangan Zahra menuju ke pintu tapi
ditarik kembali oleh Zahra.
“ Lebih baik abang pergi bersihkan diri abang dulu. Dah
berbau badan abang ni. Nanti nak masak pun dah tak sedap.” Suruh Zahra lalu
menghulurkan tuala buat Izz.
Izz mencium bajunya. Euw! Busuk! Patutlah Zahra layan aku
tadi mahu tak mahu je. Haha.
“ yelah.”
Zahra hanya tersenyum. Kalau dah manja tu tetap manja kan?
“ Tapi kan sayang?”
Langkah Zahra terhenti di muka pintu. Dia melihat Izz dengan
jongketan di kening. Kenapa pula ni? siap tersenyum nakal lagi. Ha! Sudah!
Jangan duk fikir sampai tang tu sudah.
“ Abang jangan nak mengada-ngada. Bukan ni masanya.”
Izz tersengih.
“ Abang nak buat apanya? Sayang fikir apa ni?”
Izz melilitkan tualanya pada leher. Niat di hati nak terus
usik Zahra. Kalau sehari dia tak usik Zahra. Dia takkan rasa bahagia. Ada
sesuatu yang akan kurang. Kalau gaduh pun sekadar manja-manja saja. Mujurlah
Zahra ni penyabar orangnya.
“ Tu.. yang tersengih-sengih nakal tu kenapa?” Soal Zahra
tak puas hati.
Izz terjongket keningnya. Zahra ingat aku nak buat apa? Oh!
Aku tahu.
“ Sayang ingat abang nak buat apa?”
Izz makin menghampiri Zahra dengan senyuman yang penuh
makna. Zahra pula terkedu. Dia mengundur beberapa tapak ke belakang. Dia tak
suka senyuman Izz saat itu. sebab dia faham apa maksud senyuman Izz tu.
Izz makin menghampiri Zahra sampailah Zahra terperangkap.
Zahra dah tak boleh mengundur lagi kerana dia sudah tersandar pada dinding. Izz
mengangkat tangannya dan menyentuh lembut rambut Zahra yang makin panjang itu.
kemudian dia tilik pula wajah Zahra dari dahi sampailah ke bibir.
Matanya lama terpaku pada bibir Zahra. Senyumannya terus
lebar. Zahra yang melihat hanya mampu mendiamkan diri. Dia tak patut menghalang
apa saja Izz nak buat pada dia. Dia dah jadi hak milik Izz.
“ Bibir ni..”
Izz menyentuh lembut bibir tersebut. Merah dan lembut. Izz
mendekatkan wajahnya pada wajah Zahra. Matanya still memandang dalam wajah
Zahra.
“ Abang cintakan Zahra..”
Zahra menutup matanya erat. Dalam hati dia tersenyum. Zahra
turut sayang dan cintakan abang.
Izz melihat Zahra yang menutup matanya itu. tercetus
senyuman kecil pada bibirnya. Zahra! Awak sentiasa comel pada mata saya.
“ Sayang..”
Suara yang mendayu dan romantis itu membuatkan kadar jantung
Zahra bertambah laju. Matanya masih tertutup erat. Dia tak sanggup untuk
melihat wajah Izz saat ini. dia rasa malu. Amat malu!
Baru sahaja Izz ingin menyentuh lembut bibir Zahra.
Tiba-tiba terdengar tangisan daripada bilik sebelah. Zahra yang elok menutup
matanya tadi terus terbuka. Serentak itu dia menolak dada Izz jauh daripadanya.
“ Abang! Maaf!”
Terus Zahra berlari ke bilik sebelah. Tapi dia sempat
tersenyum kemenangan pada Izz. Sebab Izz tak berjaya mengucup bibirnya. Terima
kasih anak mama! Hehe..
Izz menumbuk perlahan dinding di depannya. Haish! Kacau daun
betullah. Tapi akhirnya dia tersenyum juga. Tak apalah sayang. Malam ni ada
lagi. Tidak akan lagi aku lepaskan kau.
**
“ Abang nak bawa sayang pergi honeymoon.”
“ Ha?”
Zahra yang elok basuh pinggan dekat sink tadi terus ambil
tempat di depan Izz. Matanya melihat Izz dengan renungan tak percaya.
“ honeymoon? Tak payah kot abang. Anak-anak tu siapa nak
jaga?” Zahra memberikan alasan. Tapi dia memang teringin nak pergi honeymoon.
Lagipun dia tak pernah pergi pun. Walaupun bersama dengan Syazwan. Sekalipun
tak pernah.
“ Itu sayang jangan risau. Abang akan suruh umi jaga buat
sementara. Lagipun umi yang tawarkan diri. Anak Farah tu pun Umi yang jaga.”
Izz menyuakan sesudu nasi ke mulut Zahra. Zahra hanya
menerima suapan itu dengan kerutan di dahi.
“ Tak susahkan mereka ke? Umi tu kan kebelakangan ni tak
berapa nak sihat.”
“ Farah ada dekat situ. Farah juga akan jaga anak kita.
Kalau sayang nak tahu. Mula-mula yang bagi idea ni adalah Umi tau. Jadi abang
pun tak bolehlah nak tolak. Lagipun abang pun teringin nak pergi honeymoon
dengan orang yang abang cinta ni.”
Pipi Zahra ditelusnya lembut seraya menarik senyuman. Zahra
membalas senyuman itu.
“ Ikut abang lah. Zahra sudi ikut abang ke mana saja.
Cuma..”
Zahra tunduk memandang jari.
“ Cuma apa ni?” Izz menolak lembut dagu Zahra supaya melihat
ke arahnya.
“ Cuma Zahra takut sepanjang kita bercuti tu. Ada orang akan
pandang abang. Zahra sedar abang tu hensem dan peramah orangnya. Zahra ni bukan
cantik sangat pun kan? jadi..”
“ Syuhh!” Terus Izz meletakkan jarinya pada bibir Zahra agar
berdiam diri.
“ Abang takkan pandang orang lain dah selain isteri abang
ni. Hanya sayang yang berada dalam hati abang ni. No other else.”
Zahra berasa sebak tiba-tiba. Bukan sebab sedih. Tapi sebab
bahagia. Matanya mula berkaca-kaca.
“ Terima kasih abang..”
Tanpa dipinta, air matanya mengalir keluar. Izz yang melihat
air mata itu pantas menyekanya kembali. Izz membuat gelengan kecil.
“ Abang tak nak tengok sayang mengalirkan air mata ni lagi.
Hati abang akan sakit. Sayang janji ye jangan menangis lagi?”
Zahra merenung dalam ke arah Izz. Kemudian dia menganggukkan
kepalanya.
“ Insya-Allah abang.”
“ Macam tu lah. Dah pergi siap. Kita pergi rumah Umi lepas
ni. umi dah bising nak tengok cucu-cucu dia tu. petang esok pula kita akan
bertolak ke Kuantan.”
Izz menghabiskan sisa-sisa makannya sebelum berlalu ke sink.
“ Kuantan? Jauhnya!”
“ Jauh? Dekat je lah sayang. Kalau ikutkan hati abang. Abang
nak je pergi ke Paris tu. biar abang buat sampai sayang terlopong. Tapi nanti
kesian juga dekat anak-anak kita tu. kalau pergi lama sangat rindu pula mereka
tu.”
Zahra tersenyum tiba-tiba. Itulah Izz. Dia masih fikirkan
kepentingan orang lain sedangkan hal dia? Sebab tu lah Zahra terlalu sayangkan
Izz. Sangat sayang.
“ Yelah. Zahra pergi siap dulu.”
“ Okey.”
Izz mengerling sekilas ke arah Zahra sebelum kembali
membasuh pinggan.
‘ Zahra.. Thank you so much for everything.’
**
Suasana yang begitu sejuk itu mampu membuatkan sesiapa
sahaja menggigil. Tambahan pula Zahra yang sememangnya tidak tahan sejuk itu.
Kalau sejuk sikit je pasti badannya akan mula menggigil. Mujurlah ada Izz di
sampingnya.
“ A..abang kata nak pergi Kuantan. Ni kenapa kita dekat
Cameron pula?” Soal Zahra. Mulutnya pun dah bertukar sejuk.
Izz mengusap lengan Zahra yang kesejukan itu. kemudian dia
menarik tangan Zahra ke dalam jaketnya. Bagi memberi kepanasan pada Zahra.
“ Dekat sini best lagi.” Balas Izz ringkas.
Kini, mereka sedang menghayati pemandangan di ladang teh.
Kalau tengok dari atas memang cantik. Cuma cuaca tak berapa baik saat ini.
Hujan rintik-rintik. Zahra yang sememangnya sangat sejuk itu takut tak tahan
lagi apabila mengenangkan hari akan hujan. Nampaknya dia perlu pakai
tebal-teballah selepas ni.
“ Sayang okey ke tak?” Soal Izz lalu menoleh melihat Zahra
yang sedang menahan kesejukan itu.
“ Okey.”
Izz menoleh semula ke hadapan. Tiba-tiba dia tersenyum
kecil. Alhamdulillah. Bahagia itu telah menjadi miliknya. Terima kasih Ya Allah
kerana sampaikan aku seorang wanita yang solehah dan baik. Aku janji aku akan
jaga dia sebaik mungkin.
“ Abang… Itu bukan Eslina dan Hairul ke?”
Zahra menoleh ke arah pasangan itu dengan kerutan di dahi.
Lama dia melihat pasangan itu. dan dia sangat pasti itu adalah Hairul dan
Eslina.
“ Abang! Jom kita pergi tegur.” Ajak Zahra lantas bangun
daripada duduk.
Izz hanya menurut. Tapi dia tidak pernah melepaskan tangan
Zahra jauh daripada dia.
“ Assalamualaikum..” Tegur Zahra dengan senyuman kecil.
“ Waalaikumussalam. Eh? Ya Allah. Akak Zahra!”
Terus Zahra dan Eslina berbalas pelukan. Melepaskan rindu
yang tersimpan selama ini.
“ tak sangka kita akan berjumpa dekat sini.” Ujar Eslina
dengan wajah terujanya itu.
“ Haah kan? apa yang korang buat dekat sini?” Zahra menyoal
pula. Izz di sebelah bersalaman dengan Hairul.
“ Kami tengah bercuti.”
Zahra dan Izz saling berpandangan. Bercuti ke honeymoon?
“ Korang dah kahwin?” Duga Zahra.
Eslina tersenyum manakala Hairul membuat anggukan kecil.
“ Alhamdulilah.” Jawab Izz dan Zahra serentak.
“ Bila? Sampai hati tak ajak.”
“ Bukan tak ajak. Kami pun tak sangka. Sebab cepat sangat.
Lagipun kami hanya buat kenduri akad nikah je. tak jemput ramai orang pun.”
Jelas Eslina.
“ tak kisahlah. Asalkan kami dapat tahu juga.”
Izz memandang pula ke arah Hairul. Kalau perempuan kan? bila
dah berjumpa. Orang sebelah ni pun dia dah tak ingat.
“ Sayang.. Kita dah lewat ni.” Suara Izz setelah lima minit
Zahra dan Eslina berbual.
Zahra tersengih dengan rasa serba salah.
“ Akak balik dulu. Nanti jemputlah datang ke rumah.”
“ Insya-Allah kak. Jaga diri tau.”
Selepas bersalam dengan mereka, Izz dan Zahra kembali keluar
daripada kawasan ladang teh tersebut. Tak sangka dapat berjumpa pula dengan
Eslina dan Hairul.
“ Sayang nak ke mana lagi selepas ni?” Soal Izz sambil
memeluk erat bahu Zahra.
“ Kita balik biliklah. Zahra penat pula.”
Izz menoleh ke arah Zahra. Seraya itu dia mencuit hidung
Zahra nakal.
“ Maaflah buat sayang penat. Okey jom.”
Sebaik sahaja selesai dapat kunci bilik. Mereka terus masuk
untuk rehatkan badan. Terutama Zahra. Dia rasa tersangatlah letih.
“ Arh!! Leganya!”
Zahra terus membaringkan dirinya di atas katil. Rasa nikmat
pula bila dapat berbaring macam ni. Matanya tertutup erat. Dia janji dia takkan
melupakan saat ini sampai bila-bila.
“ Sayang..” Suara itu kedengaran sangat dekat dengan telinga
Zahra. Zahra hanya tersenyum dalam keadaan mata terpejam.
“ Sayang.. Bukalah mata tu.” Suruh Izz lembut sambil
tangannya menanggalkan tudung yang dipakai Zahra itu. Sebaik sahaja berjaya,
Izz terus menarik Zahra ke dalam pelukannya.
Zahra hanya mampu tersenyum. Dia berasa selamat apabila
berada dalam pelukan Izz. Dia terasa dilindungi.
“ Abang tak sangka yang kita ada jodoh.”
Zahra terus membuka matanya. Dia mendongak melihat Izz.
“ Dah namanya jodoh bang.”
Zahra terus keluar daripada pelukan Izz. Dia berasa rimas
tiba-tiba. Maybe sebab letih sama.
“ Abang… Abang pernah terfikir tak yang abang berkahwin
dengan orang macam Zahra ni?” Soal Zahra selepas berdiam diri dalam masa satu
minit. Mata mereka saja yang berbicara.
“ Tak. Tapi abang bersyukur kerana abang dapat kenal dengan
Zahra. Cuma abang terfikir. Kenapalah abang tak kenal sayang lebih awal lagi.
Kalau tak sayang takkan menderita.”
Lembut tangan Izz mengusap rambut Zahra. Zahra pula bermain
dengan jari-jari belah kanan Izz.
“ Perkara yang lepas tak usah dikenang abang. Tak elok.”
“ Baik sayang..”
Zahra tersenyum. Matanya terus ralit memerhati wajah Izz
yang sedang tersenyum manis itu. sebenarnya Izz memang tampan. Dari rambut
sampailah ke kaki. Semuanya complete. Tambahan pula matanya. Matanya yang
menjadi sasaran Zahra saat pertama kali bertemu.
“ Sayang tengok apa?” Soal Izz apabila Zahra leka memerhati
wajahnya.
“ Abang hensem sangat.” Jujur Zahra tanpa berselindung lagi.
“ Abang memang hensem. Sayang je tak perasan dari mula
lagi.” Izz tersengih sambil menyentuh pipi Zahra.
“ Perasan!” Zahra mencebik. Orang puji sikit dah melebih.
Apada..
Izz tertawa kecil. comel melihat reaksi Zahra sekarang.
Tanpa dapat kawal, Izz pantas mengucup bibir Zahra. Secara spontan tanpa sempat
Zahra menghalang.
“ Tulah. Siapa suruh kata dekat abang lagi. Kan dah dapat
habuan.” Ujar Izz dengan selamba.
Pipi Zahra dah mula merah. Dadanya juga dah bergetar
kembali. Seperti mana dia mula menyedari yang dia cintakan Izz.
“ Abang ni kan?” Zahra terus memukul perlahan dada bidang
Izz itu.
“ Ala.. Comelnya isteri abang ni.”
Izz terus menangkap erat tangan Zahra. Dia tak mahu
melepaskan lagi tangan ini. zahra pula terus terdiam dan terkelu lidah untuk
berkata-kata. Renungan Izz menyebabkan dia terdiam. Renungan itu amat
mendamaikan hatinya.
“ Sayang… terima kasih untuk segala-galanya.”
Zahra tersenyum lantas mengangguk perlahan.
“ Zahra yang patut ucapkan terima kasih. Dahlah.. Lupakan
soal itu. zahra nak tidur kejap. Boleh?” Pinta Zahra dengan manja.
“ Boleh. Tapi dengan satu syarat.” Izz menjongket keningnya
nakal.
“ Apa?” Zahra faham apa maksud senyuman Izz itu. tapi dia
buat-buat tak tahu. Dia terus memejamkan matanya. Dia rasa malu.
“ Ini..”
Izz terus menyentuh lembut bibir Zahra dengan perasaan
cinta. Zahra merelakannya. Dalam hati mereka, berharap agar kebahagiaan ini
akan kekal menjadi milik mereka selama-lamanya. Moga mereka juga dapat jadi
pasangan yang diredhai Allah.
**
Werk!
Zahra tersentak. Dia melihat bajunya yang sudah kotor
terkena muntah Izz sebentar tadi.
“ Abang? Abang okey ke ni?” Soal Zahra risau.
Izz mengelap mulutnya dengan tisu. Tiba-tiba rasa bersalah
bersarang dalam hati melihat baju Zahra.
“ Abang minta maaf. Abang tak sengaja.”
Zahra tersenyum.
“ tak apa. betul abang okey? Kalau tak okey jomlah kita
balik. dah tiada apa yang patut kita buat dekat sini.” Ajak Zahra.
Izz melihat jam tangannya.
“ Okey jom. Hari ini adalah hari terakhir kita berada dekat
sini. Jadi abang ada hadiah untuk sayang.”
Izz mencapai sebuah kotak kecil dalam poketnya lalu
dihulurkan buat Zahra. Zahra menyambut dengan kerutan di dahi.
“ Apa ni bang?” Zahra melihat kotak itu dengan
tertanya-tanya. Macam kotak cincin pun ada.
“ Buka dan pakai.” Suruh Izz. Tapi, dia mula berasa loya
sekali lagi. Dia pun tak tahu apa kena dengannya hari ini. mujur dah nak balik
rumah.
Zahra tergamam melihat sebentuk cincin yang sangat cantik
dalam kotak itu. lantas dia menyarungkan cincin itu ke dalam jarinya. Cantik!
“ terima kasih abang.” Zahra berasa terharu.
Izz tersenyum. Baru sahaja dia nak membuka mulut. Dia mula
rasa nak muntah lagi.
“ Abang jom kita ba..”
Werk!
Zahra terlopong. Izz termuntah sekali lagi dekat baju Zahra.
Zahra mengetap bibir geram.
“ Abang!”
Izz tersengih dengan rasa bersalahnya. Kepalanya yang tidak
gatal itu digarunya perlahan.
“ Abang minta maaf. Jom balik bilik dan tukar baju sayang.
Abang tak tahu kenapa yang rasa loya tetiba ni.”
Zahra memandang sayu bajunya itu. Aduyai! Kesian kau baju.
“ Kita terus balik Ipoh. Lepas tu pergi klinik. Zahra tak
kira.”
“ Baik madam!”
**
Werk!
Umi dan Zahra saling berpandangan. Itu dah masuk kali ketiga
Izz muntah. Sampai naik hairan Zahra dibuatnya. Balik saja dari Cameron
Highland. Mereka terus pulang ke rumah Umi. Dan sampai-sampai saja, Izz terus
berlalu ke dapur dan muntah.
“ Kenapa dengan Izz tu?” Soal Umi risau.
“ Entahlah umi. Tadi baju Zahra yang jadi mangsanya.
Sekarang ni? tak tahulah. Dia kata dia loya. Dia bukan makan apa-apa pun
semenjak pagi tadi.” Jelas Zahra lalu masuk ke dalam rumah.
Tempat kosong disofa diambil Zahra. Pada masa yang sama. Dia
rasa lapar pula.
“ Farah dan Alif mana umi?” Soal Zahra.
“ Mereka keluar bawa anak-anak kamu jalan-jalan. Dengan anak
mereka sekali. Sebab si Daniel tu gaduh nak ke Zoo katanya.”
Zahra hanya menganggukkan kepalanya.
“ Mereka ada buat hal tak Umi? Adam tu selalu merengek tak?”
“ Alhamdulilah. Tak. Mereka baik je. mereka tahu nenek yang
jaga kot.”
Zahra tersenyum kecil. baguslah kalau begitu.
“ sayang..”
Izz muncul dengan muka yang tak bermaya. Zahra jadi risau. Pantas
dipimpin suaminya itu ke sofa.
“ Kenapa ni?” Umi menyoal sebaik sahaja Zahra membaringkan
Izz pada sofa.
“ Entahlah Umi. Rasa loya tiba-tiba. Nak makan pun tak lalu.
Lepas tu, pening pula. Apa masalah pun tak tahulah.”
Izz cuba memejamkan matanya. Rasa letih sangat.
“ Umi.. ada makanan lebih tak? Zahra lapar lah.” Zahra
memegang perutnya dengan sengihan.
“ Aik?” Izz terus membuka matanya.
“ tadi baru je kita makan sayang oii. Takkan lapar lagi?”
Dahi Izz dah berkerut.
Zahra hanya menjongketkan bahunya. Dia sendiri pun tak
tahulah. Rasa lapar datang lagi.
“ Jangan-jangan…”
Pantas Zahra dan Izz menoleh ke arah Umi. Suara Umi tu buat
saspens je.
“ Kamu mengandung tu Zahra.”
“ Ha!?”
**
“ hahaha..”
Farah dan Zahra masih ketawa saat terfikirkan Izz. Izz yang
berada di depan mereka hanya mampu menahan rasa. Alif di sebelah hanya mampu
tersenyum.
“ Jadi sekarang ni? abang Izz terkena tempiasnya balik la? Haha..
tapi akak Zahra pula selalu kena muntah abang Izz? Agaknya sebab hal yang dekat
dapur dulu tak. Haha..”
Farah masih ketawa. Zahra pula terpaksa menutup mulutnya
erat. Tengok Izz dah macam marah.
“ Sudahlah tu Farah. Kesian abang tengok Izz ni. tapi tak
apalah Izz. Anak kau ada dalam perut Zahra tu.”
Alif menepuk bahu Izz dengan
sengihan.
“ Yelah. Nasib baik demi anak. Kalau tak aku pengsan dulu
pa. tak tahan.”
“ Haih! Abang! Zahra lagi tak tahan kot tahan bau busuk
muntah abang tu.” Zahra memintas.
Izz tersengih. Haah kan? isteri aku juga terkena tempiasnya.
“ Dah-dah. Sekarang Izz dan Zahra naik bilik berehat. Izz nampak
lemah selepas balik daripada klinik tadi. Zahra pula mesti letih tahan kerenah
Izz ni.” Umi menyuruh.
“ Tahu tak apa.” Balas mereka berdua serentak.
Farah dan Alif sekali lagi ketawa. Teruk betul.
“ Dah. Pergi naik!”
Cepat-cepat badan Zahra dan Izz ditolak Umi supaya naik ke
bilik. Bising je. dahlah cucu-cucu dia baru je tidur sebaik sahaja Alif dan
Farah balik tadi.
Zahra menyambung ketawanya sebaik sahaja Izz menutup pintu
bilik.
“ Ha! Ketawalah lagi. Puas kan?”
“ Ala..” Izz dah merajuk tu. Zahra pergilah pujuk! Ish! Tak kuasa
aku.
“ Abang..”
Zahra duduk di sisi Izz. Izz dah berwajah tegang. Marah nampak?
“ Tak apalah. Kesian anak mama ni kan? papa dia pula merajuk
tak tentu fasal.” Zahra buat-buat merajuk. Dengan itu Izz akan pujuk dia balik.
“ Ala.. janganlah macam tu.”
Zahra tersenyum dalam diam. Tengok! Senang je nak Izz reda
ni. buat-buat merajuk.
“ Abang minta maaf erk? Tapi abang geram tengok korang
gelakkan abang.” Izz kembali memuncung.
“ Ala.. Sorrylah abang. Tak sengaja.” Lengan Izz dipautnya
mesra. Siap terkelip-kelip lagi melihat Izz. Izz yang melihat tersenyum jua. Tak
boleh tengok kecomelan isterinya itu.
“ Baik. Tapi dengan satu syarat.”
Zahra terus lepaskan pegangan Izz. Tak habis-habis dengan
satu syarat. Dan syarat tu mesti tut.. Benci arh!
Izz yang melihat Zahra menarik muncung itu langsung tidak
dipedulikan. Dia terus menolak Zahra jatuh ke katil. Zahra yang sememangnya
tidak bersedia itu tidak boleh berbuat apa-apa dah. Dia hanya terkaku dekat
situ. Manakal Izz makin mendekat dengan wajahnya.
“ Abang! Abang busuklah! Pergi salin pakaian dulu.” Zahra
menolak lembut dada Izz. Kepalanya ditoleh ke kiri.
“ Kejap je..” Izz mendekat semula dengan wajah Zahra.
Zahra mengetap bibir. Dia tak naklah. Tapi tak baik lawan
cakap suami.
“ A..abang..”
Izz yang baru sahaja nak mengucup bibir Zahra tak jadi
apabila tekaknya rasa loya kembali. Mulutnya terus kembung.
“ Eh? Abang!”
Zahra pantas menolak dada Izz agar jauh daripada dia. Sebab apa?
sebab dia kenal reaksi Izz ketika itu. Izz nak muntah lagi!
Werk!
“ Abang!”
Dan semuanya dah terlambat apabila Izz dah keluarkan isinya
tepat di atas Zahra. Izz tersengih
kecil. manakala Zahra dah membara.
“ Sorry sayang.”
Izz cepat-cepat bangun dan keluar daripada bilik. Nanti kena
marah dengan Zahra.
“ Abang!!!”
Zahra terus mengejar Izz. Bencinya! Lebih baik aku je yang
muntah daripada dia. Tapi kan? Zahra tersenyum sendirian.
‘ Aku rasa bahagia. Mungkin inilah namanya adat rumah tangga.
Namun, semua itu bukan buat hubungan mereka renggang tapi makin erat. Aku bersyukur
padamu Ya Allah. Terima kasih untuk segala-galanya dan anak yang dalam
kandungan ni.’
“ Abang!”
Izz.. Aku mencintaimu kerana Dia yang kirimkan kau buatku. Cinta
itu takkan pernah hadir jika Dia tidak titipkan perasaan itu. Sesuci wajahmu,
sesuci kasihmu dan sesuci hatimu membuatkan aku terus mencintaimu.
~Tamat~
the big2 thumbs up to my lovely chingu... good jobs dear.. e-novel ag xmnghampakn ak... ak enjoy sgt bca e-novel ni... da happy, da sedih, da saspen pun da,, haha.. mang penuh komplik... ending dya ak suka.. klo ag tmbh lgi2 pnjng lgi2 best.... klo boleh smpai ke ank cicit pun xpe.. hahhaah, ok ak bgi 6 star kat ag dripd 6 star..* * * * * *
ReplyDeleteteruskan usaha ag dlm berkarya.. never give up kay!.. FIGHTING!, CHAIYOK!, GOOD LUCK!
I always beside u to give supported kay.. saranghea :*
Terima kasih banyak my chingu. Aku tak tahu nak kata apa. Tapi thnks you so much. InsyaAllah aku akan cuba perbaiki lagi penulisan aku ke arah yg lebih baik. Thnks sebab selalu support aku. Yeah!! :D
Delete