Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday 3 June 2013

His Heroin Or Wife? 9




Haikal tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hari ini mahu tak mahu, dia terpaksa cari perempuan itu di mana pertama kali bertemu. Susah jugalah!

“ Macam manalah aku nak cari ni?” Haikal menjeling pengarahnya yang berada di sebelah. Sibuk mengarah pelakon lain membuat lakonan.

“ haish!”

Haikal dengan perasaan kacau, masuk ke dalam Sunway itu. Dilihat satu-persatu wajah yang lalu lalang di situ. Tapi tiada seorang pun mirip perempuan itu. Kalau boleh cari yang mirip pun jadilah.

Haikal kemudian melangkah ke arah kedai cenderahati di mana dia bertemu dengan perempuan itu. Sampai saja di hadapan kedai itu, Haikal memberhentikan langkahnya.

Teringat dia bila dia tarik tangan perempuan itu. Kelakar pula rasanya. Macam dalam realiti pun ada. Tak macam dalam filem pun.

Haikal tersengih sendirian. Tangannya diseluk ke dalam poket. Kemudian matanya memerhati sekeliling.

“ muncullah. Aku sangat perlukan kau sekarang ni.”

Haikal yang ralit memerhati sekeliling tidak perasan ada seorang perempuan yang berdiri tepat di belakangnya. Siapa lagi kalau bukan Dahlia.

Dahlia hanya mengeluh saat ternampak Haikal dari jauh tadi. Macam sedang cari seseorang. Dan dia tahu siapa lelaki di hadapannya ini sedang mencari.

“ Ehem..Ehem…” Dahlia buat-buat batuk.

Haikal yang mendengar suara itu tersentak. Spontan dia memusingkan badan ke belakang.

“ Awak?” Haikal tersenyum. Alhamdulillah! Jumpa juga kau ye.

Dahlia tidak tersenyum. Malah menjongket kening. Tak tahu kenapa, hatinya tergerak hati nak datang sini lagi. Takkan gara-gara lelaki ni kot.

“ Tak sangka saya dapat jumpa lagi dengan awak pelakon tak bertempat.” Ujar Dahlia selamba.

Haikal yang mendengar itu ketawa kecil. Tak sangka dia ni kelakar juga.

“ Saya Haikal bukan pelakon tak bertempat.” Jelas Haikal dengan senyuman.

“ Whatever. Saya rasa awak sedang mencari seseorang. Siapa?” Soal Dahlia terus terang.

“ Ya. Dan saya mencari awak.” Jujur Haikal.

“ But why?” Dahlia menjongket kening.

“ Because I want apply you.”

“ Apply for what?” Dahlia menyoal tak faham.

“ Apply to be an actor.” Haikal tersenyum lagi.

“ Actor? With you?” Dahlia menduga.

“ Yes! You want?”

Dahlia tersenyum sinis. Dia ajak aku berlakon? Oh no!

“ Sorry but I directly not interesting with it. Sorry!” Dahlia terus memusingkan badan untuk melangkah.

Tapi pantas lengannya digapai Haikal.

“ Please! I beg you. I want you to be heroin in my film. Only this film. I promise, after that I never disturb you again. Please…” Rayu Haikal dengan penuh mengharap.

Biarlah dia nak kata apa. Asalkan dia setuju untuk jadi heroin dalam filem aku.

Dahlia tergamam. Pandangannya pantas dilarikan ke arah lain. Ini kali pertama lelaki merayu aku macam ni. Dengan lembut pula tu. Hadush! Boleh cair aku kalau macam ni. Dahlah muka tu macam Lee Min Ho.

“ But.. I don’t want this. I cannot.” Balas Dahlia dengan lembut juga. Suara dia memang benar-benar rasa bersalah.

Haikal melepaskan lengan Dahlia dengan perasaan hampa. Tak ada harapan lah nak habiskan filem tu.

“ It okey. And forgive about yesterday.” Suara Haikal memang pasrah pada waktu itu.

Dahlia menggigit bibir. Kasihan pula aku tengok dia. Tapi kalau aku setuju mahu papa aku marah. Mesti dia tak setuju. Wanita bertudung macam aku ni berlakon. Ia boleh menjatuhkan maruah keluarga aku. Macam mana ni?

Haikal dengan perlahan-lahan meninggalkan tempat tersebut. Dahlia yang melihat rasa makin bersalah. Hish! 
Sepatutnya dia yang rasa bersalah bukan aku. Tapi sekarang? Hish!

“ Haikal!” Spontan Dahlia memanggil Haikal yang baru melangkah.

Haikal yang mendengar namanya dilaung tersenyum. Dia setuju ke?

“ Yes!” Haikal menyahut dengan senyuman. Tapi wajahnya langsung tidak ditoleh menghadap Dahlia.

“ Erk! Okey! I agree. I accept your apply. I will be your heroin.” Putus Dahlia dalam satu nafas. Betul ke apa yang aku buat ni? Tapi aku kasihan tengok dia. Kasihankan aku lagi kot.

Haikal yang mendengar itu tersenyum sampai ke telinga. Pantas dia menoleh memandang Dahlia.

“ Thank you so much erk..”

“ Dahlia.” Dahlia pantas memotong.

“ Thank you so much Dahlia. You save my life and also my career. I.. I.. I don’t know how I want to explain but thanks.” Ucap Haikal dengan perasaan terujanya.

Dahlia tersenyum kecil. Masalah aku dekat KL belum selesai. Muncul pula masalah baru.

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers