Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 6 July 2013

His Heroin Or Wife? 14



“ Apa yang awak buat dekat sini?”

Dahlia merenung insan yang berada di hadapannya kini. Betapa terkejutnya dia apabila insan yang dibawa turun oleh Irfan itu adalah Irsya.

Irsya yang tolong dia membongkar rahsia Faiz. Tapi kenapa Irsya berada di rumah makciknya?

“ Panjang ceritanya.” Terhambur keluhan kecil di mulutnya.

Dahlia sememangnya tak faham. Terkejut jugalah apabila makcik beritahu papa dan aku yang Irsya ni akan jadi sebahagian daripada keluarga mereka. Maksudnya? Irsya ni bakal isteri Irfanlah.

“ Biar saya tolong jelaskan.” Muncul Irfan lalu duduk di hadapan mereka berdua.

En.Dahlan dan Pn.Aisiah berada di dapur. Ingin beri ruang kepada mereka bertiga untuk berbual hal peribadi.

“ Abang Irfan.. Tolong jelaskan perkara yang sebenar.” Suruh Dahlia dengan kerutan di dahi.

Irfan hanya mengangguk lalu tersenyum. Wajah Irsya yang sugul itu di pandang sekilas.

“ Sebenarnya kami bertemu dalam keadaan yang cemas. Abang jumpa dia dalam keadaan berlumuran darah.”

Terkejut Dahlia.

“ kenapa? Apa yang dah berlaku?” Pantas Dahlia menyoal. Hatinya jadi gusar.

“ Abang pun tak tahu. Tapi masa tu, abang tak nak dia sakit jadi abang hantar dia ke hospital. Masa tu lah abang tahu segala-galanya.” Irfan memandang Irsya yang tersenyum hambar itu.

“ Apa?” Dahlia memang tak sabar. Kejap-kejap lagilah nak pandang-pandang tu. Ish!

“ Aku keguguran.” Ujaran Irsya sungguh mengejutkan Dahlia.

“ Faiz. Dia yang buatkan anak dalam kandungan aku ni gugur. Masa tu dia  jumpa aku. Dia tanya tentang keberadaan kau. Tapi aku cakap aku tak tahu. Aku dah tak berhubungan dengan kau. Lepas tu masa aku nak pergi, dia terus tarik aku sampai aku jatuh terduduk. Bukan kata nak tolong aku angkat, tolong panggil orang pun tak. Dia terus lari macam tu je.”

Penjelasan Irsya buat Dahlia terkedu. Faiz! Sampai hati kau layan perempuan macam ni. Memang betul keputusan aku untuk berpisah dengan kau. Mujur kau belum jadi suami aku lagi.

“ Macam mana pula yang Abang Irfan boleh nak kahwin dengan dia pula?” Dahlia menyoal pula Irfan. Irfan tersenyum.

“ Abang dapat lihat keikhlasan dia dan dia kata dia menyesal buat kerja yang tak senonoh sebelum ni. Dia kata dia nak bertaubat. Dan dua hari lepas, abang ambil kata putus untuk jadikan dia isteri abang. Bukan sebab simpati. Tapi abang rasa abang dah tertarik akan dia. Lagipun abang tak kisah fasal masa silam dia. Manusia kan boleh berubah.” Jelas Irfan perkara sebenar.

Dahlia tersenyum bahagia. Alhamdulillah! Abang Irfan ni memang baik orangnya. Untung kau Irsya. Aku juga yang masih belum untung-untung lagi.

“ Aku harap kau bersabar Dahlia.” Teguran Irsya buatkan Dahlia tersenyum hambar.

“Saya dah lama bersabar Irsya. Dan sekarang dia masih tak berputus asa untuk kembali bersama saya sedangkan saya dah tolak dia. Dia masih keras kepalalah.” Luahku lemah. Rasa macam nak pecah kepala je fikirkan hal Faiz tu. Tak tambah lagi hal pelakon tu. Papa dia bukannya tahu lagi.

“ InsyaAllah semuanya akan berakhir dengan cepat.” Bahu Dahlia perlahan ditepuk Irsya.

“ Amin.”

“ Dahlia! Jom balik.” Muncul En.Dahlan dan Pn.Aisiah dengan senyuman.

“ Jom. Irsya.. Terima kasih kerana awak sudi beritahu saya perkara sebenar. Dan saya bangga kerana awak 
mampu jadi seorang wanita yang tabah. Teruskan usaha awak untuk ke jalan kebaikan.” Pesan Dahlia lalu peluk Irsya.

“ Terima kasih.” Ucap Irsya terharu.

Irfan yang melihat jadi tersenyum. Moga-moga dia mampu jadi pemimpin yang baik buat Irsya.

**
Daripada tadi Dahlia tak habis-habis kerling En.Dahlan di sebelah. Sampai naik pelik En.Dahlan. Apa yang berlaku?

“ Dahlia. Ada masalah ke?” Soal En. Dahlan.

Dahlia tersentak. Papa sudah perasan la. Patutkah aku beritahu papa tentang filem tu. Takut papa naik angin lah. Haish!

“ Kalau Dahlia beritahu papa marah tak?” Soal Dahlia pula. Soalan tadi tak terjawab dia tanya pula soalan lain.

En. Dahlan tersenyum.

“ Nak marah apanya dah soalan pun Dahlia tak tanya lagi.” Ujar En. Dahlan tenang.

Dahlia mengetap bibir. Aku jamin kalau aku beritahu pasti papa berang. Tapi kalau tak beritahu awal-awal lagi buruk padahnya. Beritahu je lah. Biarlah aku kena marah sekalipun.

“ Pa… Sebenarnya ada satu perkara penting Dahlia nak beritahu papa ni.” Perlahan je Dahlia ingin beritahu. Takutlah katakan.

“ Apa tu?” En. Dahlan menjongket kening tanpa melihat Dahlia. Pandangan fokus ke hadapan. Tengah memandu.

“ Dahlia.. Erk.. Dahlia..” Haish! Susahnya nak beritahu.

“ Kenapa?” Naik hairan En. Dahlan.

Terhambur keluhan kecil dari mulut Dahlia.

“ Dahlia terlibat dalam satu filem.” Dalam satu nafas Dahlia beritahu papanya. Matanya dipejam rapat. Takut tengok wajah papanya yang marah. Huhu..

Tapi Dahlia pelik apabila mendengar ketawa halus En.Dahlan. Kenapa? Papa aku tak percaya ke?

“ Dahlia..Dahlia…Dahlia..” En. Dahlan menggeleng perlahan dengan sisa tawanya.

“ Kenapa? Papa tak percaya ke?” Soal Dahlia pinta kepastian. Takkan papa tak percaya? Masaklah macam ni.

“ Masa bila anak papa ni berlakon?”

Dahlia buat muka seposen. Alahai! Papaku. Papa kena percaya sebab itu kenyataannya pa. haish!

“ Papa. Dahlia serius! Dahlia tak bohong. Dahlia telah terlibat dalam satu filem dan Dahlia berlakon pa. dahlia bukan suka-suka nak berlakon tapi Dahlia nak tolong seseorang. Kalau Dahlia tak tolong, kerjaya dia akan musnah.”

Cepat Dahlia menerangkan perkara sebenar. Takut papa dia memotong. Dahlia mengerling sekilas ke arah papanya. Kelihatan papanya diam memandang ke hadapan.

“ Dahlia… Betul ke apa yang Dahlia cakap ni.” Dahlia menggigit bibir. Papa sudah marah ma!

“ Maaf pa. Tapi betul Dahlia hanya berniat nak tolong je. Bukan betul-betul nak berlakon pun.” Jelas Dahlia lagi. Takut papanya tersalah faham.

Sessat kemudian, terdengar keluhan halus daripada En.Dahlan.

“ Hurmm. Apa lagi yang papa boleh buat. Dah lepas pun. Dahlia pun dah berlakon kan?” Kelihatan tenang ketika En.Dahlan meluahkan apa yang dia rasa.

Dahlia tergamam. Papa tak marah?

“ Pa? Papa tak marah? Dahlia berlakon pa. Papa tak marah?” Soal Dahlia bertalu-talu. Peliklah!

En. Dahlan tersenyum kecil. Wajah anaknya dikerling sekilas.

“ Ye. Mula-mula papa memang marah sebab papa tak suka anak papa terlibat dalam sebarang bidang lakonan. Tapi Dahlia dah terlibat pun. Lagipun Dahlia kata nak tolong seseorang. Jadi buat apa papa nak marah lagi? Dah tak ada gunanya.”

Dahlia tersenyum girang. Pipi papanya pantas dikucup.

“ terima kasih papa. Dahlia ingat papa marah.  Tapi papa jangan risau. Itu je. Lepas ni Dahlia takkan terlibat dah.” Tekad Dahlia sambil mengangkat seperti nak berikrar.

En. Dahlan tersenyum lagi.

“ Ikut kamu lah.”

Dahlia mengucap syukur dalam hati. Mujur papa tak marah. Terima kasih Ya Allah.

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers