Halo! Halo! Halo! Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk berada atas muka bumi ini. Hari ini ada cerpen baru. Dan cerpen terakhir pada tahun 2015 ni. Memandangkan dah nak masuk tahun 2016. So, aku buat kesimpulan kecil sikitlah. Haha.
Serius! Tanpa sokongan korang semua. Aku takkan mampu bertahan sampai sekarang. Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi thanks sangat kepada yang setia membaca hasil karyaku yang tak seberapa ni. Aku tahu aku masih banyak kelemahan tapi aku akan sentiasa berusaha untuk ke arah lebih baik. Terima kasih juga kepada yang tidak lelah menunggu hasil karya aku ni. Aku terharu tau tak? Haha.
Okay. Tak nak bebel panjang lagi. Enjoy dengan last cerpen untuk tahun ni. Dan maybe cerita ni tak masuk sangat dengan tajuk aku rasa. Haha. Tapi.. Hentam sajalah. Asalkan puas hati. Kahkah. Okay. Bye. ><
Perlahan-lahan kakiku melangkah masuk ke dalam bilik yang
tidak berpenghuni itu. Mataku mula meliar sekeliling bilik itu. Perlahan aku
melangkah ke arah katil. Hatiku yang sedia sebak tadi menjadi lebih sebak.
Tanpa sempat ditahan, air mataku mengalir jua ke pipi.
“ Mom. I miss you.”
Aku duduk di birai katil dengan hati yang pedih. Sakit. Dan
kecewa. Bila mengingatkan punca mama aku meninggal, air mataku makin laju
mengalir. Ya Allah. Kenapa papa kejam sangat? Kenapa papa buat mama macam ni?
Tok! Tok!
Ketukan di pintu membuatkan aku pantas menyeka air mataku.
Aku menoleh ke arah pintu. Berdirinya seorang lelaki yang bergaya dan
berkarisma di situ. Wajahnya beriak tenang. Kakinya perlahan mendekatiku. Bila
dia berdiri tepat dihadapanku, tubuhku ditarik ke dalam pelukannya.
“ I know you want to cry. Just cry girl.”
Akhirnya, dalam pelukan itu, aku menangis semahu-mahunya.
Aku dah tak dapat menanggung kesakitan ini. Aku tak sanggup. Hampir 10 minit
juga aku menangis sebelum aku meleraikan pelukan. Air mataku seka perlahan.
“ Dah?”
Aku mengangguk dengan senyuman. Dia siapa? Itulah abang
sulung aku. Khairul Ikhwan namanya. Aku ada dua orang abang dan seorang adik.
Semua lelaki. Aku je bunga dalam family ni. Tapi yang paling memahami mestilah
si Khairul ni.
“ Jom ikut along ke bawah.”
“ Along pergi dulu. Nanti Darmia menyusul.”
“ Okay. Tapi jangan lama-lama tau.”
Selepas kepalaku diusap, dia terus berlalu. Aku melihat
sekali lagi bilik yang pernah didiami oleh mama aku dulu. Tapi kini, dia telah
pergi buat selama-lamanya. Mom. I miss you so much.
Bila dah aku rasa agak lama, aku terus keluar. Pintu bilik
ditutup dengan perlahan lalu aku melangkah perlahan ke arah tangga. Dari atas
aku sudah nampak abang-abang dan adikku berkumpul di ruang tamu. Cuma satu je
kurang. Mama. Ya Allah.
“ Kenapa ni along?”
Aku ambil tempat di sisi along. Aku tengok wajah-wajah yang
telah banyak memberikan kekuatan buat diri aku. Dari sisi aku Khairul Ikhwan.
Kedua pula yang duduk di depan aku yang diberi nama Afiq Amri dan satu-satunya
adik lelaki aku yang baru menghabiskan pengajian di UITM dalam bidang diploma
engineering iaitu Izwan Amir. Mereka semua adalah kekuatan aku selepas mama
pergi.
“ Kalau along cakap ni Darmia jangan marah ye.”
Aku menoleh memandang along. Dahiku berkerut.
“ Darmia.”
Suara abang ku Afiq pula kedengaran.
“ Apa angah?”
“ Papa. Dia nak jumpa kita.”
Dengar je kata-kata tu aku terus berdiri. Aku tersenyum
sinis. Kepalaku geleng tanda tidak percaya.
“ Jumpa? For what? Nak sakitkan hati kita lagi? Cukuplah apa
yang dia dah buat pada mama!” bentakku geram.
“ Darmia.”
Aku menggeleng kesal. Aku tak sanggup nak jumpa dia. Even
dia ayah kandung aku. Tapi selepas apa yang dia buat dekat mama? Impossible aku
boleh maafkan dia. Impossible!
“ Tolong Darmia. Walaupapun yang terjadi dia tetap papa
kandung kita. Darah daging kita.” Suara angah dengan penuh mengharap.
Aku tersenyum sinis. Aku meraup rambutku kasar.
“ Angah cakap senang! Angah tahu tak apa yang jadi pada mama
time tu? Darmia je yang ada time tu. Darmia tengok semuanya tau tak? Darmia
tengok betapa seksanya mama cuba bertahan sakit tu. tapi papa? Apa yang dia
buat? Dia langsung tidak menghiraukan mama! Dia tahu mama lemah, tapi dia
tengok je! Dia terus tinggalkan mama macam tu bila mama nak minta maaf.”
Aku menunduk dengan perasaan kesal. Aku terduduk di sisi
along dengan gelengan.
“ Kalau along, angah dan adik nak jumpa dia. Pergilah.
Darmia takkan halang.” Balasku dengan senyuman hambar.
“ Darmia?”
Aku menggeleng lalu melangkah ke arah tangga.
“ Darmia tak nak pergi. Darmia perlukan masa. Pergilah.
Kirim salam je lah dekat dia.”
Terus aku berlari masuk ke dalam bilik. Tolonglah! Aku tak
nak jumpa dia! mama! I need you!
**
“ Darmia? Are you okay?”
Aku tersenyum kecil.
“ Okay je. kenapa?”
Aku terus menoleh ke arah lain bila sedari mata itu tajam
memandangku. Aku tahu dia sedang teka hati aku sekarang ni.
“ no! you not okay!”
See! Dia memang kenal aku.
“ Aku okay lah Meen. Jangan risau.”
Aku terdengar keluhan kecil daripada mulutnya. Kemudian dia
bangun dan duduk di sisi aku. Bahuku dipautnya erat.
“ Aku bukan baru kenal kau tau tak? Dah 3 tahun kita
berkawan. Kau memang tak boleh tipu aku Ardini Darmia.”
Aku tersengih bila mendengar dia menyebut nama penuh aku.
Dia dah geram sangatlah tu.
“ Aku just rindu mama aku jela. Yang lain aku okay.” Balasku
dengan senyuman.
“ Sedekahkan Al-Fatihah buat mama kau. InsyaAllah rindu kau
akan terbalas.”
Aku hanya terdiam. InsyaAllah.
“ By the way. Aku dah lewat nak masuk kerja ni. tak apa ke
aku tinggalkan kau sorang je dekat sini?”
Aku tergelak tengok muka dia yang resah.
“ Aku okaylah. Aku bukan budak kecil lagi kot.”
Terdengar dia tertawa kecil.
“ Kan? Okay aku gerak dulu. See you tomorrow.”
Bila kelibat Meen dah hilang, barulah aku bangun dan menuju
ke arah kereta. Aku memandang sekeliling. Entah kenapa daripada tadi aku terasa
ada orang sedang perhatikan aku. Maybe perasaan aku je kot.
Belum sempat aku nak membuka pintu kereta, tiba-tiba mulutku
ditekup dengan tangan seseorang. Aku cuba menolak tangan itu tapi tak boleh.
Belum sempat aku nak berbuat apa-apa, kepalaku pula dipukul sesuatu dengan
benda keras. Akhirnya, aku terus memejamkan mata dan terus gelap aku rasakan.
Ya Allah! Selamatkan aku!
**
Aku cuba membuka mata. Kepalaku terasa berat sangat dan
terasa sakit. Perlahan-lahan aku membuka mata dan memerhati sekeliling. Eh!
Dalam bilik? Siapa yang bawa aku ke sini? Aku bangun duduk. Aku pegang
kepalaku. Sakit! Berpinar-pinar mataku cuba mengawal rasa sakit ni.
“ Dia dah sedar ke belum?”
Aku terdengar suara orang bercakap dari luar bilik. Aku
bangun dan menuju ke arah tingkap. Ada dua buah kereta yang cukup aku kenali.
Tapi rumah ni? Rumah siapa?
Tiba-tiba pintu terkuak dari luar. Muncul seorang wanita
yang sedang tersenyum menuju ke arah aku. Aku kembali duduk dibirai katil bila
rasa pening.
“ Awak dah sedar?”
Aku menoleh melihat ke arahnya.
“ Saya di mana ni?”
Aku pandang wanita yang manis bertudung itu. Aku baru
tersedar. Aku pegang kepalaku. Alhamdulillah. Masih bertudung. Lega.
“ Jangan risau. Awak selamat. Sekarang awak pergi bersihkan
diri. Lepas tu solat. Dah pergi.”
Belum sempat aku nak bertanya lebih lanjut, tubuhku terlebih
dahulu ditolak masuk ke dalam bilik air. Dengan separuh rela aku menurut saja.
Selepas membersihkan diri aku solat. Meminta keampunan daripada Allah dan
mendoakan agar roh mamaku dicucuri rahmat. Selesai solat, aku terus duduk di
birai katil. Aku perhati sekeliling. Kat mana aku ni?
“ Dah solat?”
Wanita tadi muncul bersama baju ditangan. Aku hanya
mengangguk. Memandangkan dia perempuan so aku buka tudung.
“ Sekarang awak pergi pakai baju ni. saya tunggu dekat
sini.”
Dahiku berkerut. Ha? Nak aku pakai baju kurung putih cantik
ni? Gila?
“ untuk apa?”
“ Pakai je. cepat.”
Dengan keadaan tertanya aku hanya menurut. Bila dah tukar ke
pakaian itu aku melihat cermin. Cantiknya baju ni.
“ You looks so beautiful.” Dia memuji bersama senyuman. Aku
hanya terdiam tapi masih mengukirkan senyuman kecil.
“ Okay. Sekarang duduk sini. Saya nak makeup awak sikit.
Lepas tu baru pakai tudung.”
Serius. Aku langsung tak tahu apa yang terjadi sekarang ni.
tapi kenapa aku turut je apa yang dia kata? Maybe sebab dia baik? Entahlah!
“ Okay siap.”
Aku terpegun melihat wajahku yang selesai dihias dan
berselendang itu. Betul ke ini aku? Cantiknya. Tak percaya.
“ Awak tak perlu make up lebih sebab awak memang cantik.
Beruntung dia dapat awak. okay. Awak tunggu sini kejap. Saya nak turun kejap.
Nanti saya naik balik.”
Belum sempat aku nak bertanya lebih lanjut, dia sudah berlalu.
Aku mengeluh kecil. what happen? Apa benda yang aku sedang buat ni? aku
ternampak telefon bimbitku. Arh! Along! Aku kena telefon dia. cepat-cepat aku
dail nombor along. Tapi sayang. Tidak berjawab. Aku call pula angah dan adik.
Still sama! Mana mereka ni?!
“ Darmia.”
Aku terus menoleh ke arah pintu bila namaku dipanggil.
Wanita tadi tersenyum ke arahku.
“ Jom ikut akak.”
Tanpa banyak songeh, aku hanya mengikut. Aku menuju ke arah
tangga dengan berhati-hati kerana baju ni labuh sikit. Bila aku mendongakkan
kepalaku. Aku terkedu. Aku kaku terus pada anak tangga terakhir. Aku terus
menoleh ke arah wanita tadi. Dia still memberikan senyuman. Dahiku dah mula
berkerut. Apa ni?
“ Ardini Darmia.”
Aku tersentak. Aku menoleh ke arah suara itu. Papa!
“ Apa ni?”
Aku dah mula ingin membentak. Tapi tak jadi bila aku
ternampak kelibat along, angah dan adik. Aku terkedu lagi sekali. Mereka
bertiga mendekati aku dengan senyuman nipis. Aku pandang pula sekeliling. Ada
ramai orang dan ada tok kadi? What?
“ Okay. Enough! What do you want from me papa?” Aku dah mula
marah.
“ Darmia.”
Along mendekatiku dengan gelengan.
“ What? Eh! Darmia tak fahamlah! Apa ni? boleh tolong
explain tak?”
Aku menepis tangan along yang ingin menyentuhku itu. aku
pandang mereka bertiga dengan renungan tajam.
“ Papa nak kamu turun dulu. Biar majlis ni selesai dulu.
Lepas tu baru boleh kamu nak tanya apa-apa pun.”
Hatiku menjerit geram bila mendengar kata-kata papa yang
berbaur arahan itu. Air mataku dah bergenang.
“ Darmia. Ikut angah sayang.”
Semua mata dah memandang ke arah kami. Mahu tak mahu aku
mencapai tangan angah lalu turun ke bawah. Aku didudukkan di atas satu bantal
yang khas untuk pengantin perempuan. Weh! Aku nak kahwin dengan siapa ni weh?!
“ Darmia.”
Aku renung dalam mata angah. Aku inginkan penjelasan!
“ ikut cakap angah sayang. Kamu kahwin ye? Ikut kata papa
sayang.”
Aku terkedu. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang berpakaian
baju Melayu putih yang sedondon denganku duduk di depan tok kadi. Aku
menggeleng tanda tidak percaya. Air mataku dah mula mengalir ke pipi.
“ Jangan nangis sayang. Along percaya dia mampu jadi suami
yang terbaik buat kamu.”
Sekali lagi, hati aku dah menangis. Aku nak menjerit tapi
entah kenapa suara aku tak nak keluar. Akhirnya, aku hanya mampu melihat dengan
hati yang sedih. Wanita yang tolong siapkan aku tadi mengelus lembut bahuku.
“ Sabar sayang. Akak tahu papa kamu nak yang terbaik buat
kamu.”
Akhirnya aku menangis dalam diam.
“ Aku terima nikahnya Ardini Darmia…”
Aku memejamkan mataku erat. Ya Allah. Apa yang sedang
terjadi ni? Kenapa aku mesti dikahwinkan dalam keadaan yang aku tidak rela
macam ni? Kenapa Ya Allah! Kenapa? Mama! I really need you! Need you!
**
Mataku dah sembap gara-gara menangis daripada petang tadi.
Sekarang, tiga orang yang paling aku percaya dah berada depan mata aku. bersama
papa dan suami aku. Arh! Aku tak suka perkataan suami itu.
“ Darmia. Papa harap kamu dapat hidup bahagia dengan Emir.
Papa percayakan Emir.”
Aku beriak bersahaja. Aku langsung tidak menghiraukan mereka.
Aku dengan duniaku sendiri. Tapi dalam hati ni dah terluka teruk!
“ Papa pergi dulu. Jaga anak papa dengan baik.”
Hilang saja kelibat papa, aku terus bangun dan melangkah ke
luar rumah. Terpamer senyuman sinis pada bibirku. Begitu mudahnya papa aku buat
keputusan tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Mudahnya! Agaknya ini
yang mama rasa sebelum ni. Mama. I miss you.
“ Darmia.”
Aku yang elok berdiri tepi pintu terus menoleh ke arah kiri.
Along, angah dan adik sedang memandangku dengan pandangan yang sayu. Aku
tersenyum lagi tapi cukup sinis.
“ Kenapa tengok Darmia macam tu? Puaslah hati korang semua
sekarang? Tak sangka. Orang yang Darmia paling percaya akhirnya tikam Darmia
daripada belakang. Unbelievable!”
Aku tepuk pula tangan tanda mereka sudah menang. Aku tertawa
kecil. ketawa yang dibuat-buat.
“ tahniah! Tahniah! Bravo! Memang awesome!”
Aku sambung ketawa. Tapi terhenti terus bila along menarikku
ke dalam pelukannya. Serentak itu aku terdiam dan menanti kata-kata seterusnya
daripada mulut along.
“ Jangan buat macam tu Darmia. Hati along sakit tengok
Darmia berpura-pura gelak macam tu. along tahu kamu sakit. Along faham. Tapi
maafkan kami. Kami terdesak.”
Aku terus tolak tubuh along jauh dari aku. aku pandang satu
persatu wajah-wajah yang aku sayang itu.
“ terima kasih sebab berjaya buat hidup Darmia musnah dalam
sekelip mata. Tahniah along, angah dan adik. Tahniah sangat. So, sekarang boleh
Darmia pergi?”
Aku terus berlalu ke arah tangga. Tapi langkahku serta-merta
terhenti bila perasan ada seseorang yang asyik merenung aku. aku terus menoleh
semula ke arah ruang tamu. Oh! Suami paksaan aku rupanya.
“ And you. Why you accept it? Why? Tak boleh ke kalau kau
tolak je kata-kata papa aku tu? Tahniahlah aku ucapkan. Korang semua dah
berjaya hancurkan hidup aku!”
Tanpa berlengah aku pantas berlari naik ke dalam bilik. Aku
terus kunci pintu bilik dan serentak itu air mataku mengalir. Laju!
“ Mama. Kenapa semua orang buat Darmia macam ni? Kenapa
mama?”
Aku memandang cincin yang tersarung pada jari manisku itu.
air mataku makin galak menurun.
“ Mereka dah tak sayang aku ke?”
‘ Just cry girl. Just cry.’
Tiba-tiba kata-kata along bermain dalam fikiran aku. Terus
aku menangis dengan sekuat hati. Mama! Ya Allah!
**
Keesokan harinya, aku bergegas siap untuk pergi daripada
rumah ni. Dan semestinya aku nak lari daripada semua orang. Terutama daripada
suami baru aku tu. Sebab tu lah seawal 6 pagi aku dah bangun. Lepas solat je
terus aku keluar daripada bilik.
Tapi sempat lagi aku duduk sekejap di ruang tamu dan melihat
ke arah tangga. Terpamer senyuman hambar pada wajahku. Emir. Kenapa awak mesti
turutkan saja kata papa saya tu? Saya tahu awak terpaksa. Dan sebab tu la saya
nak lari dari sini. Saya tahu awak cintakan orang lain. Saya pergi dulu. Maaf
sebab tak sempat nak beritahu awak.
Aku terus bergegas keluar bersama beg tangan. Tapi langkahku
terus mati. Aku nak balik naik apa? Tiba-tiba ada sebuah teksi berhenti tepat
di hadapan aku. Aku terkedu.
“ Darmia kan? Naiklah.”
Tak nak orang dalam rumah perasan, aku terus masuk ke dalam
teksi tersebut.
“ Kenapa pakcik datang sini? Siapa yang suruh pakcik
datang?” Soalku bertalu-talu.
“ Tuan Khairul yang suruh.”
Aku terdiam. Along?
“ Kamu nak ke mana Darmia?”
“ Boleh hantarkan saya ke Pahang? Tapi janji dengan saya
pakcik. Jangan beritahu sesiapa pun ke mana saya pergi. Please.” Pintaku dengan
penuh mengharap.
Pakcik teksi tu tersenyum.
“ InsyaAllah.”
Aku tersenyum lega. Aku kembali menoleh ke luar tingkap.
Maafkan saya Emir. Saya masih tak dapat terima awak sebagai suami saya. Saya
nak cari ketenangan. Maafkan saya.
**
Dah seminggu berlalu. Ini bermakna seminggu juga aku dah
berkampung dekat Pahang ni. Negeri di mana tempat mama membesar. Arh!
Rindu mama pula.
Kini, aku duduk depan masjid besar dekat sini. Baru lepas
solat Zuhur. Malas nak balik bilik. Kalau balik bilik pun bosan. Tak tahu nak
buat apa. Jadi, termenung je la dekat sini. Haha. Teruk kan? Biasalah orang
bujang.
Aku tersentak. Bujang? Oh! Come on! Kau dah kahwin Darmia!
Terhambur keluhan kecil dari mulutku. Kahwin? Kahwin apa kalau secara paksa.
Entahlah. Kebebasan aku macam disekat oleh papa aku sendiri. Mama. Kenapa papa
buat macam tu? Darmia langsung tak faham.
“ Jangan pernah salahkan papa awak atas apa yang terjadi
dekat kita sebelum ni.”
Aku terkedu. Suara itu?
“ Papa awak tak salah. Papa awak buat semua ni sebab
sayangkan awak.”
Aku terus menoleh ke belakang. Aku terkaku lagi. Emir? Macam
mana dia tahu aku ada dekat sini? Perlahan-lahan dia mendekati aku. Akhirnya,
dia duduk betul-betul sebelah aku. Aku masih diam seribu bahasa. Okay! I’m
shocked!
“ Kenapa awak lari?”
Aku dapat kesan wajah dia yang macam tak bermaya itu. Eh?
Kenapa nampak tak bermaya pula? Bukan dia lagi suka ke aku tak ada? Eh! Please!
“ Saya cari awak satu KL tau tak. Tapi tak jumpa. Sampai
along awak pun runsing cari awak.”
Aku masih mendiamkan diri. Lebih selesa dengar dia
berkata-kata.
“ Sampai kami pergi jumpa papa sendiri.”
Aku tersenyum sinis. Papa?
“ Papa yang beritahu kami mana kamu pergi. Dia kata kalau
awak sedih atau nak tenangkan fikiran awak pasti datang ke sini. Dan tekaan
papa awak tepat bila saya dapat jumpa awak.”
Terus aku menoleh ke arah dia. Aku tersentak. Papa yang
cakap macam tu?
“ Ya. Papa awak yang cakap Darmia.”
Terus aku menoleh ke arah lain bila dia merenung ke arah aku
dengan senyuman manisnya itu.
“ Baliklah Darmia. Kami semua merindui awak.”
“ For what? Untuk sakitkan hati saya lagi? Semua rindukan
saya? Huh! Alasan!”
Aku terus bangun berdiri. Dengan hati yang berat aku terus
memusingkan badan ke belakang.
“ Pergilah Emir. Awak berhak bahagia even bukan dengan
saya.”
Entah kenapa. Kata-kata itu seakan menjerat hati aku
sendiri. Sedih pula aku rasakan.
“ Tapi saya tetap takkan pergi.”
Tiba-tiba dia berdiri tepat di depan aku. Aku pandang wajah
yang kelihatan tidak bermaya itu.
“ Awak nak saya kehilangan awak lagi? Oh! Come on! Kalau
saya tinggalkan awak lagi sama macam saya sakitkan hati saya sendiri. Bodoh lah
kalau saya pergi sedangkan saya yang beria-ria cari awak sampai sini.”
Matanya mula merah. Aku tak tahu merah sebab apa. Tapi,
matanya itu penuh dengan kerinduan. Aku dapat rasakan. Ah! Perasaan kau je tu
Darmia! Mana mungkin dia sayangkan aku sedangkan dia dipaksa papa. Huh!
“ Kenapa awak cari saya? Awak tak perlu cari saya. Saya
bukan orang yang awak cari Emir.”
Aku terus tunduk memandang kasut. Tak sanggup melihat dia
lagi.
“ Because I love you.”
Terkedu. Ya. Tapi aku still tidak pandang ke arah dia.
“ Because I miss you.”
Air mataku tiba-tiba bergenang. Entah kenapa hati aku sebak
mendengar luahan hatinya saat ini.
“ Sebab saya yang pilih untuk kahwin dengan awak.”
Kali ni aku terus lawan panahan mata dia. Serentak itu air
mataku terus mengalir.
“ Tak. Awak tipu! Saya tahu awak Cuma mencipta alasan agar
saya ikut awak balik kan?”
Aku mula memandang ke arah lain. Tapi air mata ni still
mengalir. Degil!
“ Saya tak tipu Darmia. Saya cakap benda betul!”
“ Saya tak percaya!”
Aku terus berlalu meninggalkan dia dengan linangan air mata.
Hati aku! Tiba-tiba ia berdebar. Tak! Dia tipu! Dia tipu! Ya Allah. Kenapa aku
mesti rasa perasaan macam ni? Mama! Apa yang Darmia perlu buat?
**
Keesokan harinya, aku keluar daripada bilik hotel untuk
bersarapan. Semalam aku mengurung diri dalam bilik gara-gara nangis sampai ke
pagi. Tak makan. Pagi ni jadi lapar la. Huhu. Laju je kaki aku melangkah ke
arah restoran mamak yang berada depan hotel aku ni. Bila dapat tempat aku terus
order.
Tiba-tiba aku teringat kata-kata Emir semalam. Terhambur
juga keluhan kecil daripada mulutku. Dia jujur ke? Aku takut dia Cuma terdesak
sebab papa. Arh! Aku tak percaya. Tipu je semua tu! Lelaki semua sama ja!
“ Hai.”
Aku yang baru menarik nafas lega terus tersentak bila tengok
insan yang sedang duduk depan aku saat ini. Terkebil-kebil aku tengok dia tanda
tak percaya. Haih! Baru terfikir terus muncul?
“ buat apa dekat sini?”
Aku terus menoleh ke arah lain. Tiada hati nak tengok dia.
“ Nak teman isteri saya makan lah.”
Aku tersenyum sinis. Tanpa menghiraukan dia, aku terus
menjamu selera saat makanan dah tiba. Hampir 10 minit juga aku makan.
Alhamdulillah. Kenyang. Aku tahu dia asyik merenung ke arah aku. Tapi aku
buat-buat tak nampak. Bila dah selesai, aku terus bergerak ke kaunter. Tiada
hati nak berdepan dengan dia lama-lama.
Belum sempat aku nak melangkah pergi, tanganku terus dicapai
lembut. Aku tengok orang yang tengah pegang tanganku saat ini.
“ Lepas.” Arahku dengan lembut.
Tapi dia boleh buat selamba gila. Siap rangkul lagi tangan
aku. Aku dah merengus geram.
“ Lepaslah!” Bentakku geram.
“ Boleh. Tapi janji ikut saya balik KL.”
Tajam dia merenung aku. Aku terus menoleh ke arah lain.
“ Saya tak nak balik sana.”
Aku terus berjalan. Mahu tak mahu aku terpaksa biarkan
tanganku ada dalam genggamannya. Wuargh! Kenapa jadi macam ni?
“ Papa awak rindukan awak Darmia.”
Aku buat pekak. Aku perhati sekeliling. Nak pergi mana lepas
ni? Dengan mamat sebelah ni? Arh! Tak suka!
“ Encik Emir Ilham. Boleh tak tolong lepaskan tangan saya?
Saya rimaslah!”
“ Tidak selagi awak tak ikut arahan saya. Saya suami awak
Darmia! Tolong jangan lawan boleh tak?”
Okay. Dia dah bertegas. Sekarang dia langsung tak tersenyum.
Aku mengeluh kecil.
“ Saya tak suka dipaksa!”
Terus aku tarik tangan aku. Sakit hati!
“ Please Darmia!”
Aku terkedu bila tiba-tiba berada dalam pelukan dia. Serius
aku terkedu. Erk!
“ Darmia. Please. Balik dengan saya.”
“ Lepaskan saya!”
Terus aku tolak tubuhnya jauh daripada aku. kini aku
membalas renungannya dengan hati yang membara.
“ Awak! Tak berhak nak paksa saya! Saya benci awak!”
Tanpa berlengah, aku pantas berlari daripada situ. Benci!
Benci! Benci!
**
Hatiku jadi tenang seketika selepas keluar daripada masjid
lima minit yang lalu. Alhamdulillah. Selesai juga solat Asar tadi. Dan sekarang
aku kembali termenung depan masjid. Tempat biasa. Macam selalu. Haha. Perhati
orang lepas tu tersenyum. Haih.
Tiba-tiba ada seorang makcik mengambil tempat di sebelah
aku. Aku hanya berbalas senyuman dengan dia. Aku perasan tadi ada seseorang
bersama makcik ni. Maybe anak dia kot?
“ Nak ni dari mana?”
Aku tersentak mendengar soalan itu. kemudian aku tersenyum.
“ Dari KL makcik. Makcik pula?”
“ Dekat-dekat sini je. makcik tengah tunggu anak makcik. Dia
tunggu isteri dia.”
Aku hanya mengangguk tanda faham.
“ Kamu datang sini dengan siapa? Suami?”
Aku tersentak. Aku pandang makcik tadi dengan senyuman yang
dibuat-buat.
“ Macam mana makcik tahu?” Even salah aku tetap tanya.
“ Tu. Cincin kamu tu. Makcik agak je.”
Aku terus tunduk memandang jari manisku itu. Tak sangka aku
still setia memakai cincin ni.
“ Kamu ada masalah ke nak?”
Aku tersenyum mendengar soalan makcik tu. Masalah memang
banyak. Tapi, masalah yang satu ni susah sangat nak terima.
“ Gaduh dengan suami?”
Okay. Kali ni aku terus terdiam. Gila makcik ni. Boleh baca
hati orang ke macam mana?
“ Erk. Lebih kurang la.”
Aku tergaru-garu keningku yang tidak gatal itu.
“ Nak.. Makcik nak pesan sikit. Tempat isteri di sisi suami.
Kalau ada masalah cuba selesaikan baik-baik. Buang ego. Saling mempercayai.
Jangan terlalu ikutkan perasaan sangat. Takut memakan diri. Dan kamu juga kena
ingat, syurga di bawah tapak kaki suami. Apa saja kamu buat perlu dapatkan
keredaan suami. Suami tu pelindung kita tau. Kalau ada masalah, jangan terus
lari dan tuduh suami. Cuba bincang elok-elok. Makcik yakin kamu mesti nak
rumahtangga bahagia kan? Jadi, cubalah bawa berbincang. Anak makcik dah keluar.
Makcik pergi dulu. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Aku terdiam dan cuba mencerna kata-kata makcik tadi.
Sungguh! Aku macam baru lepas kena tembakan. Sentap sangat! Memang. Dari hari
pertama aku dah berkasar dengan suami sendiri. Lari dari rumah dan meninggikan
suara. Ya Allah. Aku isteri yang teruk. Nusyuz ke aku? ya Allah. Ampunkan aku.
Terus air mataku mengalir saat mengingatkan dosa-dosa aku
terhadap suami. Emir. Maafkan saya. Saya terlalu ikutkan hati. Kerana terlalu
marahkan papa sampai awak pun kena tempiasnya. Maafkan saya Emir.
Hampir setengah jam juga aku meluahkan perasaan dekat situ
sebelum aku bergerak balik ke hotel. Aku
dah tak ada mood nak berada dekat sini. Maybe aku patut balik KL. Mama. Darmia
tak kuat.
“ Darmia.”
Aku yang baru nak masuk ke bilik tersentak saat namaku
dipanggil. Terus aku menoleh ke belakang. Emir!
“ Darmia. I’m sorry.”
Dia mendekatiku dengan senyuman kecil.
“ Saya dah banyak sakitkan hati awak. I’m sorry. Saya Cuma
nak terbaik buat kita berdua.”
Aku mengetap bibir. Air mata yang baru nak kering tadi
kembali mengalir. Tanpa berlengah, aku pantas memeluk dirinya.
“ Saya yang salah. Saya isteri yang teruk. Maafkan saya
awak. maafkan saya!”
Menangis aku dalam pelukan dia. dan aku dapat rasakan
pelukan aku makin erat. Sesaat kemudian aku terdengar pula esakan kecil
daripada dia. dia menangis?
“ Saya pun minta maaf. Saya seharusnya pergi jumpa awak
dulu. Tapi papa awak larang. Maafkan saya awak. Saya Cuma nak bahagiakan awak.”
“ Kenapa hidup saya macam ni? Saya memang seorang yang tidak
pandai untuk bersyukur.”
“ Syuhh! Jangan cakap macam tu. awak kena reda Darmia.”
Akhirnya, kami terus berdiam diri. Hanya kedengaran sesekali
esakan kecil daripada aku. Kami berada dalam keadaan berpelukan sampailah aku
lega. Barulah aku meleraikan pelukan. Aku mendongak melihat dia. aku tersenyum
kecil.
“ Awak tak perlu menangis.”
Aku seka air matanya perlahan. Dia pun sama. Akhirnya kami
berbalas senyuman.
“ benarkan saya ketuk pintu hati awak? benarkan saya curi
hati awak? benarkan saya jadi seorang suami yang awak inginkan?”
Aku tak perlu menjawab. Sebab senyuman ini sudah menjawab
segala-galanya.
**
“ Awak.”
Aku yang baru selesai melipat telekung tadi terus menoleh ke
belakang.
“ Kenapa?”
Aku bangun dan duduk dibirai katil. Dah dua minggu aku
berada dekat sini dan ditemani dia. Alhamdulillah. Hubungan kami makin baik.
Dan maybe aku dah sayangkan dia. Ehehhe.
“ Awak tak nak balik KL?”
Dengar je perkataan KL. Aku terus terdiam. Dia yang
berada di sisiku setia mengusap lembut
rambutku itu.
“ Saya takkan paksa awak tapi family awak mesti rindukan
awak sayang.”
Aku tunduk memandang jari.
“ Balik KL ye awak?” Pujuknya.
Dengan kerelaan hati aku hanya mengangguk. Mungkin sudah
tiba masanya aku pulang ke KL. Aku pun rindu along, angah dan adik. Agaknya apa
khabar mereka dekat sana.
“ Macam tu la isteri saya.”
Terus dahiku dikucupnya. Lama. Aku hanya tersenyum. Thanks
Emir.
**
Aku genggam erat tangan dia. Aku inginkan kekuatan. Sebab
aku dan Emir dan berdiri di hadapan rumah papa. Aku takut aku tak kuat.
“ Are you ready dear?”
Aku hanya mengangguk. Perlahan-lahan kami menapak masuk ke
dalam rumah yang tersergam indah itu. Balik je dari Pahang, kami terus menuju
ke sini. Aku hanya ikut je apa yang Emir cakap.
“ Assalamualaikum. Papa!”
Aku memerhati sekeliling keadaan dalam rumah itu. still sama
macam dulu.
“ Waalaikumussalam. Emir? Dah balik?”
Terus aku menoleh ke arah tangga. Dan itulah dia insan yang
membuatkan aku benci sebab mama dulu. Entah kenapa aku rasa macam nak keluar je
daripada rumah ni. Tapi, melihatkan wajah Emir yang penuh mengharap itu
membatalkan hasrat aku.
“ Ya. Emir bawa anak papa balik sekali.”
Kami semua duduk di sofa. Dan papa betul-betul duduk di
hadapan aku. Aku still tak beriak. Cakap pun tak. Hanya diam dan dengar.
“ Betul apa kata papa. Kamu akan bahagia dengan dia Darmia.”
Aku tersenyum sinis. Entah kenapa ada nada angkuh pada suara
itu. aku kerling Emir. Dia menggelengkan kepalanya tanda tak payah melawan. Aku
menjeling geram. Tak! Aku nak lawan!
“ Oh. Bahagia? Tahu pula papa tentang makna bahagia ye?”
Sindirku dengan senyuman. Emir di sebelah dah terdiam. Papa pun aku tengok terdiam.
“ Orang lain kalau nak kahwin mesti akan dimaklumkan
terlebih dahulu. Tapi tak sangka kan? Antara ramai-ramai orang tu ada salah
seorang tidak bernasib baik. Dipaksa kahwin tanpa diberitahu pun. Tup-tup terus
kahwin. Wah! Daebak!”
Wajah papa dah berubah. Yes! Memang itu niat aku.
“ Darmia. Dah la.” Emir memujuk. Aku terus menggelengkan
kepalaku.
“ Saya takkan berhenti selagi saya tak puas! Awak tahu tak?
Betapa seksanya hati saya bila dipaksa buat benda yang saya tak suka? Dia ingat
saya ni orang suruhan dia ke? Dia ingat saya ni patung? Dia langsung tak cuba
untuk faham isi hati anak-anak dia ni. yang dia tahu kemewahan! Kemegahan dan
nama! Tu je yang dia tau! Sampai mama sakit pun dia buat tak hairan awak!”
Aku meraup mukaku perlahan. Nak hilangkan rasa marah dan
benci ni. Emir dah mengusap perlahan belakangku. Nak turunkan kemarahan aku.
“ Darmia. Papa buat demi kebaikan kamu.”
Aku pandang papa dengan riak tak percaya.
“ Oh. Kebaikan? Sekat kebahagiaan orang papa kata kebaikan?
Apa ni? Papa ingat dengan cara ni Darmia akan bahagia? Nasib baik Emir ni baik
dan nasib baik Emir bukan lelaki macam di luar sana tu!”
Aku terus bangun dan menoleh ke arah lain. Emir turut bangun
dan memaut bahuku.
“ Sabar awak sabar.”
“ Saya tak boleh sabar dengan apa yang dia buat sebelum ni
dekat saya awak. Ini anak dia bukan pekerja dia.”
Sekali lagi air mataku tumpas. Aku dapat kesan riak papa dah
berubah.
“ Papa memang takkan pernah faham kan isi hati kami? Mama
sampai sakit pun papa tak ambil peduli kan?”
“ Darmia. Dengar dulu apa papa nak cakap.”
Aku terus menggelengkan kepalaku.
“ Tak nak. Sebelum Darmia naik angin lebih teruk. Baik
Darmia pergi.”
Terus aku tarik tangan Emir agar tinggalkan sini. Aku dah
tak sanggup.
**
Along, angah dan adik memandangku dengan riak yang sukar
untuk aku tafsirkan. Emir di sebelah pun masih mendiamkan diri daripada tadi.
Aku pula jadi benci dengan keadaan sunyi sepi macam ni. daripada tadi lagi.
Eh!
Come on! Say something please!
“ Boleh Darmia tanya?”
Along hanya menganggukkan kepalanya.
“ Kenapa along, angah dan adik terima je kata-kata papa masa
Darmia kena kahwin tu?” Soalku tenang.
Angah bangun dan duduk melutut di depan aku. tapi aku hanya
membiarkan.
“ Ada satu hal yang Darmia tak tahu.”
Aku still diam. Biar mereka jelaskan semuanya.
“ memang pada mulanya
papa nak kenalkan dulu Emir dekat Darmia. Tapi Darmia ingat tak masa angah
cakap papa nak jumpa tu Darmia tak nak. Darmia tolak. Dan kalau papa cakap pun
kami confirm Darmia takkan terima. That’s why papa teruskan juga tanpa
pengetahuan Darmia.”
“ But why? Kenapa mesti tergesa-gesa?”
Adik pula bangun dan duduk di sebelah angah.
“ Sebab papa sakit akak.”
Dan kata-kata itu terus menusuk jauh ke dalam hati aku.
What?
“ Ye kak. Papa sakit. Sepatutnya kami rahsiakan daripada
akak. Tapi kami tak sanggup tengok akak tuduh papa melulu. Selepas arwah mama
pergi, papa jatuh sakit. Mula-mula ingat demam biasa. Tapi lepas buat
pemeriksaan doktor. Doktor sahkan papa menghidap kanser hati.”
Bagai ada batu terhempap jatuh atas kepalaku saat ini. Ya
Allah!
“ Dan selama ini pun Emir yang jaga papa. Emir pekerja papa.
Oleh sebab papa sayangkan Emir seperti mana papa sayangkan akak, papa terus
nyatakan hasrat dia pada Emir. Papa tak nak orang lain jaga Darmia selain
Emir.”
Aku terus pandang Emir. Emir mengangguk dengan senyuman
hambar tanda mengiakan kata-kata adik aku tu.
“ Kami dah lama tahu akak. Cuma kami tak nak cakap sebab
papa tak bagi. Sebab papa tahu akak bencikan dia sebab kematian mama. Akak tak
boleh terima hakikat atas pemergian mama.”
Giliran air mataku pula mengalir. Ya Allah! Kenapa aku boleh
tak tahu? Ya Allah! Kejamnya aku!
“ Darmia. Kamu dah salah faham. Papa tak kejam sayang. Bukan
papa yang menyebabkan mama meninggal. Apa yang kamu nampak tak seperti kamu
fikir.” Along pula bersuara.
Aku still berdiam diri. Semua ini memang mengejutkan aku.
sangat!
“ Kalau kamu nak tahu, mama yang salah.”
Aku terus pandang along. Tak faham.
“ Along dan papa dah lama tahu mama curang. Dah lama. Masa
tu kamu baru habis study. Along kecewa sangat dengan mama time tu. Tapi papa
still tenang dan suruh along rahsiakan daripada semua orang. Setahun lepas tu,
papa ingat mama dah berubah. Tapi papa dapat tahu mama still jumpa lelaki tu.
malam mama jatuh sakit tenat tu, papa dapat tahu mama ada hubungan dengan
lelaki tu lagi. Papa dah tak boleh terima. Papa rasa kecewa sangat-sangat. Tapi
percayalah, dalam hati papa masih ada cinta pada mama.”
Kali ni aku terus menangis teresak-esak. Ya Allah. Baik
sungguh hati papa. Aku yang kejam! Aku tuduh papa melulu.
“ Lepas mama pergi, papa sentiasa pergi lawat kubur mama.
Bacakan yasin dan doakan yang baik-baik pada mama. Papa dah lama maafkan mama
sebab papa setia pada mama.”
Emir tarik aku ke dalam pelukannya. Aku menangis lagi dan
lagi. Aku anak yang teruk!
“ Maafkan along sebab rahsiakan daripada Darmia. Along Cuma
tak nak Darmia terlalu bencikan papa. Papa terlalu baik sayang. Papa sayangkan
kita. Maafkan papa ye sayang ye?”
Aku mengetap bibir kuat. Air mataku pantas diseka. Aku
mendongak melihat along, angah dan adik. Senyuman hambar diukir.
“ jom jumpa papa.”
**
Sebulan kemudian…
“ Sayang!”
Aku ketawa terbahak-bahak selepas berjaya mencurahkan air
pada dia. Haha. Ambik! Tadi kacau sangat aku basuh kereta. Sekarang aku kacau
dia pula.
“ Werk! Haha. Padan muka abang!”
“ Nak kena ni!”
Aku terus berlari mengelilingi kereta saat dia mula
mengejar.
“ Arh! Tolong!”
Entah di mana silap aku, aku hampir saja jatuh tergelincir.
Tapi, bila aku rasa ada sesuatu yang menahan aku daripada jatuh, aku terus
membuka mata. Dan aku terus terkedu saat wajah itu dekat sekali dengan wajahku.
“ lain kali buat lagi dekat suami macam tu ye sayang?”
Aku tersengih kecil. aku pantas tolak dadanya agar aku dapat
berdiri semula. Tapi, dia tetap keraskan badan dia. ini yang buat aku geram ni.
“ Abang! Orang nak basuh kereta la!”
“ Abang tak nak lepas. Siapa suruh balas dendam dekat abang
tadi.”
Aku merengus geram. Itu pun nak ambil hati. Belum sempat aku
nak berbuat apa-apa, badanku terus dicempung.
“ Eh! Eh! Abang! Turunkan saya cepat!”
Tapi dia terus bawa aku masuk ke dalam rumah dan letakkan
aku pada sofa. Aku kerling dia dengan renungan yang tidak puas hati. Tersengih
je dia tahu.
“ Sayang comel sangat ni kenapa?”
Cup! Aku terkedu. Tak fasal-fasal pipi aku kena cium.
“ Dah! sambung kerja!”
Terus aku bangun untuk keluar. Malu weh!
“ Sayang.”
Tiba-tiba tubuhku dipeluk daripada belakang. Itu juga
mematikan langkahku untuk terus melangkah. Debaran jangan cakaplah. Dah
memuncak ni.
“ I love you. Really love you. Thanks for everything
Darmia.”
Aku tersenyum bahagia. Terus aku meleraikan pelukan dan
memusingkan badan ke arahnya. Aku melawan panahan matanya yang redup itu.
“ I love you to Encik Emir Ilham. Terima kasih juga sebab
dah berjaya ketuk pintu hati saya.”
Aku terus mengucup bibirnya dengan pantas. Lepas tu aku
terus berlari keluar daripada rumah. Wuargh! Malu! Pertama kali buat macam tu!
selalu dia yang mula! Oh My Godness!
“ Sayang.”
Nak lari konon tapi dia sempat kejar. Sampai dia matikan
langkah aku dengan kucupan di pipi. Lepas tu di dahi. Lepas tu. Erk!
“ I love you more.”
**
Aku memandang satu persatu wajah yang sedang tersenyum di
depan aku saat ini. Mula daripada Khairul Ikhwan, Afiq Amri, Izwan Amir dan
satu-satunya insan yang membuatkan aku lahir ke dunia ini iaitu papa yang
tersayang.
Selepas along dan angah menjelaskan semuanya tu, kami terus
bergerak ke rumah papa. Menangis-nangis jugalah aku time tu. minta ampun pada
papa. Sampai semua orang terjangkit. Haha. Aku kan ratu cengeng. Tapi
alhamdulillah. Dah selesai semuanya. Papa pun dah semakin sihat.
“ Sayang?”
Ini seorang lagi insan yang paling aku sayang. Suami
tercinta. Terima kasih dekat papa. Kalau tidak kerana papa aku takkan bersama
dengan Emir. Aku bahagia. Alhamdulillah.
“ Yes?”
“ Kenapa asyik berdiri dekat sini? Tak nak join dekat luar
ke? Ke sayang penat?”
Aku pantas menggelengkan kepalaku.
“ Saja. Nak tengok dari dalam pula. Seronok tengok along
happy dengan isteri baru dia.”
Hari ini merupakan hari pernikahan along. Alhamdulillah.
Along berjaya jumpa wanita yang boleh buatkan dia angau. Haha.
“ Sayang tak happy ke?”
“ Mestilah happy. Kenapa tak happy pula?”
Aku menjeling dia manja. Dia tersenyum lantas memeluk aku
daripada belakang.
“ Yela. Kita ni kan suami ekspres.”
Aku tergelak besar.
“ Ekspres pun tetap
sayang. Kan?” Dugaku lantas tersengih.
“ Thanks tau sayang.”
Pipi ku pula menjadi mangsa cubitannya. Nasib cubit-cubit
manja je.
“ ye. Jomlah keluar. Apa pula kata diorang nanti.”
Terus aku tarik tangan Emir ke luar rumah.
“ Ha! Tu pun Darmia.”
Aku mendekati along dan kakak ipar baru ku itu. manis sangat
aku tengok. Pandai along pilih.
“ Kenapa? Macam terdengar nama Darmia je tadi.”
Aku terus duduk di sisi adik. Well. Mesti korang nak tahu
apa jadi dekat lagi dua orang adik-beradik aku ni. Afiq sekarang tengah sambung
study dalam bidang PHD. Tapi dengar kata bulan depan akan berkahwin dengan
pensyarah dia. Haha. Lucu kan? Adik aku pula si Izwan tu tengah bekerja. Dan
yes. Mestilah dah ada buah hati. Minggu depan tunanglah dia. Papa?
Alhamdulillah. Makin sembuh dan sedang berusaha bersama-sama dengan along
memajukan syarikat papa.
Emir? Dia setia bekerja di syarikat papa. Tapi dah dinaikkan
pangkat lol. Haha. Aku? Aku still dengan kerjaya aku sebagai pengajar dekat
kolej. Kih Kih Kih. Ha! Kawan aku si Meen tu dah pergi luar negara. Sambung
study.
“ Eh! Orang tengah cakap dia boleh lagi termenung.”
Aku tersentak. Bila semua tengok aku, aku tersengih.
“ Apa along cakap tadi?” Soalku dengan rasa malu. Hehe.
“ Tula. Berangan lagi. Along kata lepas ni giliran angah
pula nak kahwin. Tapi sebelum tu boleh dapat anak buah dulu kot dari Darmia.”
Aku terus mencerlung ke arah along. Semua di situ dah ketawa
besar dengan permintaan along.
“ Kau dah gila along? Baru kahwin nak masuk 3 bulan.”
Bidasku geram.
“ Ala. Sayang. Kalau rezeki tak ke mana kan?” Suara Emir
pula.
“ Betul.”
Sekali lagi kami semua ketawa.
“ Okaylah. Along nak jumpa kawan-kawan kejap. Jom sayang.”
Lepas along pergi, angah dan adik pun bangun. Maybe nak
jumpa kawan. Cuma papa still duduk dengan kami.
“ Papa bangga tengok semua anak papa bahagia.”
Aku dan Emir tersenyum kecil.
“ Alhamdulillah papa.”
“ Emir. Terima kasih bahagiakan Darmia. Papa tahu papa boleh
percayakan Emir.”
“ Sebab Emir pun sayangkan isteri ni pa.”
Aku tersengih mendengar jawapan Emir.
“ Alhamdulillah. Eh! Ada tetamu tu. papa pergi layan mereka
dululah.”
Hilang je kelibat papa daripada pandangan. Aku terus
berura-ura nak bangun tapi tak jadi bila tanganku disentuh lembut oleh sang
suami.
“ Kenapa bang? Nak something ke?”
Emir menggeleng. Matanya suruh aku duduk je. so, aku kembali
duduk.
“ Abang bahagia. Thanks sangat-sangat.”
“ Saya pun.”
“ Bila along sebut fasal anak tadi. Bila kita boleh dapat
anak erk?” Usiknya dengan senyuman nakal.
Aku terus tampar perlahan lengan dia. tampar manja la
katakan.
“ Mengada!”
“ Mengada dengan sayang je.”
Aku mencebik. Terus aku bangun untuk berlalu. Tapi dia lebih
cepat bertindak dengan memberi kucupan pada pipiku dan terus mematikan
langkahku untuk melangkah.
“ Love you.” Bisiknya perlahan lantas berdiri tepat di
depanku.
“ Love you more.”
Selepas itu aku terus berlalu. Malu! Mana tak malu bila aku
berikan dia hadiah pada pipi. Haha. Kejam aku! buatkan dia terkejut. Tapi
serius. Aku bersyukur sangat dengan kehadiran dia. Emir Ilham. Thanks and love you my husband.
Terima kasih sebab berjaya ketuk pintu hati saya yang keras ni. Hehe.
~Tamat~
semua cerpen best , daebak :)
ReplyDeleteTerbaik lah karya akak...tak pernah, tak best..
ReplyDelete-imah
Best, menngis lah juga sye bce cite akq nie
ReplyDeletedaebak!!~~
ReplyDeleteHambar
ReplyDelete