Riuh rendah suasana di rumah aku sekarang. Dan buat pengetahuan semua,
semalam adalah hari kenduri sempena perkahwinan kami berdua. Mama dan papa yang
rancang. Dah beberapa tahun kahwin tapi belum sempat pun nak adakan kenduri.
Hurmm! Mujur mama adakan kenduri sebelum sempat aku lahirkan anak dalam
kandungan ni. Alhamdulilah! Selepas saja aku habis belajar, aku disahkan hamil
dua bulan. Sekarang kandunganku nak masuk 4 bulan.
Aku dan Anuarlah orang yang paling gembira sekali. Siapa sangka pada umur
yang muda aku sudah jadi ibu. Wah! Tak sangka sungguh.
“ Dee!” Laungan itu mengejutkan aku yang sedang mengelamun.
“ Ya!” Sahutku lalu keluar daripada bilik. Perlahan-lahan aku turun
daripada tangga dan menuju ke dapur.
“ Ada apa panggil Dee ni?” Soalku kepada mama. Anuar dan papa pun ada. Tapi
kelibat akak dan abang aku tak nampak pula.
“ You have a guest.” Maklum Anuar dengan senyuman.
“ Who?” Soalku ingin tahu.
“ Pergilah tengok.” Suruh mama. Aku hanya mengangguk.
Kemudian aku melangkah ke ruang tamu. Memang ada tetamu sebab ada sebuah
kereta yang tidak dikenali di luar. Jadi aku pun melangkah ke luar dengan muka
berseri.
“ Dee!” Tersentak aku mendapat sergahan itu.
Aku menoleh ke kiri. Aku terkejut.
“ Badrul!” Dia tersenyum manis melihatku.
“ Ya Allah. Lama aku tak nampak kau.” Ujarku dengan teruja.
“ Aku datang nak jumpa kau dan beritahu kau something.”
“ Masuklah dulu.” Jemputku.
Aku melangkah masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa. Wajahnya yang sedang
tersenyum itu ku pandang. Badrul nampak makin hensem. Ceh!
“ Apa yang kau nak beritahu tu. Dan sekarang aku nampak kau makin berseri.
Ada apa-apa ke?” Soalku dengan senyuman nakal.
Dia menggaru keningnya dengan sengihan.
“ Ya. Cepat kau dapat kesan kan. Hujung bulan ni aku akan berkahwin.”
Aku terlopong.
“ Wah! Tahniaah! Dengan siapa? Izzah?” Tekaku teruja. Dan anggukan dia buat
aku tersengih lebar.
“ Panjang juga jodoh korang erk? Tak sangka aku.” Ujarku.
“ Dah nama pun jodoh. Yang kau tu. Dan perut tu. Tahniaah juga dekat kau
sebab nak jadi ibu dah.” Ucapnya.
Aku hanya tersengih.
“ Apa yang dibualkan tu?” Muncul Anuar dengan senyuman.
Tempat di sisiku diambilnya.
“ Tak ada apalah. Saya datang Cuma nak beritahu dan jemput korang dua ke
rumah hujung bulan ni.”Balas Badrul.
“ Dia nak berkahwin abang.” Sambungku.
“ Oh yah? Tahniaah. Mujur hujung bulan ni bukan hujung tahun. Takut kami
berdua tak dapat datang. Sebab kandungan Dee tu.”
Aku tersengih mendengar kata-kata Anuar. Pantas bahuku di pautnya.
“ Taklah. Jangan risau. Anyway Dee. Izzah kirim salam.”
“ Waalaikumussalam..”
“ Erm.. Saya balik dululah.” Pinta Badrul lalu bangun.
“ Kejapnyer.” Ujarku turut juga bangun.
“ Lepas ni aku kena uruskan banyak hal lagi Dee. Ingat senang ke nak
berkahwin ni.” Aku tersengih.
“ Yelah-yelah.”
Kemudian kami berdua hanya menghantarnya dengan pandangan. Alhamdulilah!
Semoga kau akan berbahagia dengan Izzah badrul.
“ Seronok melihat diorang kan?” Suara Anuar tiba-tiba.
Aku mendongak melihatnya.
“ kita tak begitu ke?” Soalku kembali. Dia tersengih.
“ kita lagi bahagia.. Kan anak papa?”
Perutku di usapnya perlahan. Aku tersenyum.
“ Nuar! Dee! Mari dapur. Kita makan sama-sama.” Laung mama dari dapur.
“ Jom!” Ajakku lalu menarik tangannya.
Tapi belum sempat kami ingin melangkah, ada sebuah kereta masuk ke dalam
perkarangan rumah kami. Aku dan Anuar saling memandang.
“ Pergilah tengok siapa. Dee pergi dapur dulu.” Suruhku dan dia hanya
menurut.
“ Wah!”
Sedapnya makanan yang mama aku masak ni. Banyak pula tu. Ada orang nak
datang ke?
“ Ma! Kenapa masak banyak sangat. Dan setahu Dee mama tak pandai masak
sangat kan?” ujarku lalu ambil tempat di meja.
“ Dee.. Sebenarnya kalau kamu nak tahu. Mama kamu ni pandai masak. Cuma lepas
dia dinaikkan pangkat tu, dia terus tinggal. Jadi kamu tak tahu. Kecuali abang
kamu je yang tahu.” Aku terlopong.
“ Tak sangka Dee.” Aku tersengih melihat jelingan mama.
“ Assalamualaikum..”
“ Waalaikumussalam..” Jawab kami serentak.
Aku menoleh ke belakang. Senyumanku terukir.
“ Ibu.. Ayah.” Tangan mereka ku capai dan ku kucup.
“ Dah berapa dah kandungan anak kamu ni?” Soal ibu prihatin.
“ Nak masuk 4 bulan.” Anuar jawab bagi pihak aku. Aku tersenyum saja.
“ alang-alang semua dah ada ni. Jom kita makan bersama.” Ajak papa.
Aku mengambil tempat di sisi Anuar. Aku melihat semua yang berada di
hadapan mata aku. Aku tersenyum sendirian.
Alangkah bahagianya kalau dari dulu lagi dapat berkumpul macam ni. Tapi
alhamdulilah. Keluarga kami dapat berkumpul bersama. Aku bersyukur padamu Ya
Allah.
“ Dee… Janganlah nak menangis time happy macam ni.” Bisik Anuar dengan
senyuman.
Aku tersentak. Pantas aku ukirkan senyuman. Nampak sangat ke?
“ Dee Cuma rasa bahagia dan bersyukur bang kerana kita dapat berkumpul
bersama. Dee harap anak kita dapat merasai apa yang kita rasa.” Aku turut
berbisik.
Pantas tanganku di genggamnya.
“ Amin! Dahlah makan.”
Aku hanya mengangguk. Aku harap kebahagiaan ini tidak akan berhenti sampai
sini saja. Dan terima kasih Tuhan!
Akhirnya semua dah selesai. Papa, mama, abang, akak, dan suami
Dee. Terima kasih semua yang tak terhingga.
“ Dee..”
Panggilan Anuar buat aku tersengih.
“ Ye.”
Dan cinta kami telah bersatu di atas pertolonganNya. Alhamdulilah!
~Tamat~
(Maaflah kalau cite ni mcm tergantung sikit. Dah tkde idea dah. Hehe..)
Watak-watak yg terlibat seperti di bawah ^^
maybe tergantung sikit tapi best lah.. :-)
ReplyDeletei like it.....
Aah..trgantung sikit...gara2 nk cepat2 habis..sory.. ehe..and thnks :)
Deleteokey,welcome :)
Delete