Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 25 May 2013

Cerpen : Dia Kembali (sambungan)


Taraa!! Inilah sambungannya. Saja buat saspen.. Ehehe

Part 6

Aku melihat dia yang berada di sebelahku. Dia kelihatan teruja setelah menjejak kaki di hadapan pintu rumah aku ni. Kenapa pula ni? Pelik!

“ Assalaumualaikum!” Laungku lalu mendahului dia. Aku tak jemput dia pun, tapi dia yang pandai-pandai masuk sendiri. Amboi! Buat macam rumah sendiri pulak!

“ Waalaimussalam..” Sahut seseorang daripada dapur. Siapa lagi kalau bukan mama aku. Dengan senyuman cerianya.

Tapi aku pelik apabila mama terpandangkan Wan, mama seakan sangat terkejut. Mama kenal ke?

“ Ma… Ini kawan adik. Dan buat pengetahuan mama adik tak jemput dia datang tapi dia beria-ria. Jadi salahkan dia ye.” Ujarku selamba.

Aku melihat mereka berdua silih berganti. Aku tergaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Pe ke hei nya mereka ni? Macam tak jumpa bertahun lamanya. Masalahnya mereka saling mengenali ke?

“ Adik..” Perlahan mama panggil aku tapi pandangan tu tepat pada Wan.

“ Ya mama.” Sahutku. Aku langsung tak berpaling ke arah Wan.

“ Dia..dia..” Aku terjongket kening apabila mama menuding ke arah Wan. Apa?

“ Adik!” Terkejut aku apabila seorang lagi yang memanggilku kuat daripada belakang. Jadi aku menolehlah. Ternyata papa. Papa juga terkejut. Ish!

“ Kenapa dengan mama dan papa ni. Apa masalahnya sekarang ni? Dan kenapa papa dan mama terkejut melihat lelaki ni. Dia kawan je lah!” Jelasku berang. Ish! Jangan sampai aku naik angin kot.

“ Adik… Adik tengok muka dia betul-betul.” Pelik akan suruhan mama tapi aku menurut.

Dia tersenyum manis ke arahku. Tapi tiada apa yang pelik pun. Muka hitam-hitam manis. Rambut sekadar biasa macam ‘ Mat terap’ dan senyumannya amat manis. Apa yang pelik?

“ kenapa?” Soalku lalu berpaling melihat mama dan papa yang kelihatan seperti teruja tu.

“ Adik ingat lagi tak wajah suami adik?” Aku tersentak.

“ Buat apa sebut lagi fasal suami adik. Tengok muka pun tak pernah nak ingat apanya.” Ujarku geram. Tak suka bila sebut fasal dia. Tapi jauh di sudut hati aku sungguh merinduinya.

“ Maafkan saya…” Suara yang sayu itu buat aku menoleh. Wan melihatku dengan perasaan bersalah. Kenapa ni?

“ Kenapa pula awak minta maaf dekat saya? Awak tak salah apa-apa pun kan?” Aku memeluk tubuh memandangnya.

“ Sebenarnya sayalah suami awak Aliana…”

Aku tersentak. Kemudian aku tersengih. Mentang-mentang mama sebut fasal suami terus dia mengaku dia suami aku. Eh? Hello!

“ Jangan nak merepek boleh tak? Suami saya dah tak wujud dalam dunia ni. Suami saya dah tak ingatkan saya lagi. Dia pergi tinggalkan saya begitu saja tanpa sebarang pesanan. Jadi buat apa saya terus anggap suami saya masih wujud? Tak perlu kan?”

Tanpa di pinta, air mataku mulai bertakung di tubir mata. Tunggu saat nak mengalir saja. Wajah mama dan papa ku pandang sekilas.

“ Mama.. papa. Tolong jelaskan perkara sebenar boleh tak? Adik tak faham.” Pohonku dengan pandangan kabur.

“ Adik. Benar! Dia tak bohong. Dia suami kamu. Wan Ahmad Ihsan.”

Aku terundur dua langkah ke belakang. Aku terus menggeleng. Tanda tidak mengiakan kata-kata mama itu.

“ Tak! Adik tak percaya!”

Terus aku berlari naik ke atas. Air mataku juga laju menitis. Apa lagi ni? Ya Allah!

Part 7

Kini aku sedang berhadapan dengan dua orang kakak aku. Mereka melihatku dengan pandangan yang aku tak faham manakala aku membalas dengan pandangan kosong.

“ Adik… Kenapa adik tak percaya itu suami adik?” Soal akak aku yang kedua. Aku terdiam.

“ perlu ke? Perlu ke selepas dia tinggalkan adik beberapa bulan ni? Perlu ke?” Soalku kembali.

“ Adik..Maafkanlah dia. Dia kata dia terpaksa berbuat demikian masa tu. Lagipun malam tu dia terpaksa bertugas ke tempat jauh. Adik kena faham.” Akak pertama ku cuba membela dia.

Aku tersenyum sinis. Dulu akak aku ni marah sangat dengan perbuatan Wan tu. Sekarang? Ceh!

“ Tak perlu tenangkan hati adik. Kalau betul dia mengaku dan sayang akan adik. Biar dia yang datang pujuk sendiri. Tak perlulah sampai guna orang tengah. Tak boleh pakai.” Ujarku selamba.

Tanpa berlengah, aku terus keluar daripada bilik tidur dan menuju ke dapur. Tapi langkahku terhenti apabila tiba-tiba saja tanganku di rentap. Aku yang baru nak berjalan ke dapur terbantut.

“ Nak apa?” Soalku tanpa perasaan. Hei Aliana! Bukankah selama ini yang kau tunggu! Bukankah kau berharap sangat dia datang ambil kau? Tapi kenapa sekarang kau mesti tak suka dan ego terhadap dia?

Kerana apa? Kerana aku tak tahu. Yang aku tahu aku jadi marah pula dengan dia. Jalan penyelesaiannya adalah dia mesti pujuk aku. Lama-lama nanti aku pasti cair kan? jahatnya kau Aliana!

“ Saya nak bincang dengan awak sikit.” Aku terus menarik tanganku jauh daripada dia.

Aku tersenyum kecil ke arahnya kemudian aku mendongak ke atas. Nak pastikan tiada sesiapa dekat tingkat dua tengah mengintai kami. Setelah pasti aku kembali memandang dia.

“ perlu ke?” Aku merenungnya tajam. Bibirku ketap kuat.

“ Perlu ke setelah apa yang awak buat dekat saya? Beritahu saya sikit apa yang perlu saya buat sekarang untuk terus menerima awak kembali. Cuba beritahu saya.” Suruhku perlahan. Dengan perasaanku yang berbelah bahgi sekarang ni.

“ Awak… Ya! Saya tahu saya bersalah dan maafkan saya. Saya berdosa terhadap awak. Tapi sekarang saya dah balik dan hati saya benar-benar telah sayangkan awak. Percayalah saya..”

Rayuannya itu berjaya membuat hatiku berdebar-debar. Bibirku ketap kuat. Inilah masalahnya kalau berdepan dengan orang yang  di sayangi. Walaupun aku tak melihat rupa dia, tapi aku dah jatuh sayang dekat dia. Huhu…

“ Bukankah ini yang awak tunggu? Bukankah awak menunggu saya pulang? Dan kini saya dah pulang. Kenapa pula awak tak terima?” Aku tersentap akan kata-katanya.

Aku terus memusingkan badan daripada berhadapan dengan dia. Senyuman ku terukir.

“ Sebab awak muncul pada masa yang tak sesuai. Sepatutnya awak datang seorang bukan saya yang menghantar awak.”

Seusai aku berkata demikian, aku terus berlalu ke dapur. Dalam hati rasa nak tergelak. Entah apalah reaksi dia selepas aku berkata demikian. Haha..Mesti dia terlopong. Yalah.. takkan sebab tu je aku perang dingin.

Part 8

Terkebil-kebil aku melihat siapa insan yang berada di sebelah aku ni. Siap pegang kemas tangan aku lagi. Dengan senyuman tak boleh blah dia tu. Apa yang dia nak?

“ Lepaslah. Saya nak pergi kerja.” Suruhku ketika aku nak menyarungkan kasut untuk ke tempat kerja.

“ Tak boleh.” Aku mengerutkan dahi.

“ Haih cik abang. Saya ni kerja okey? Jadi tolonglah lepaskan saya. Jangan ingat dengan senyuman manis awak tu dah berjaya buang kemarahan saya ya..”

Aku terus merentap tangan daripada pegangannya. Aku menjeling ke belakang. Mujur mama dan papa tak dengar. Semalam puas jugalah aku kena bebel dengan mama sebab marahkan Wan ni. Sebenarnya kami berdua kena marah. Dan sebagai balasan, aku suruh dia tidur dekat lantai. Biarkan!

“ Awak!” Aku menoleh apabila dia bertindak nak menjerit.

“ Awak jangan lah bawa kemarahan tu sampai ke tempat kerja. Ingat saya selalu ye?” aku mencebik. Eii! 

Tapi dalam hati aku  tersenyum. Saya selalu ingatkan awaklah. Cuma awak tu je lupakan saya. Huh!

“ Sebelum tu..” Aku masih tak jadi melangkah apabila dia masih berkata-kata.

Perlahan tanganku di gapainya. Dan dikucup tanganku perlahan. Aku pula jadi terkaku. Dah terlalu lama aku inginkan sebegini. Baru hari ni berpeluang.

“ Maafkan saya sebab tinggalkan awak begitu saja. Saya tahu awak pasti menderita. Awak juga pasti kecewa dengan saya. Saya tahu semua tu sebab ibu bapa saya dah beritahu. Sepanjang saya berada di negara lain. Saya tak habis fikirkan awak. Saya ingat saya mampu lupakan awak. Tapi tak. Jujur saya katakan yang saat diijabkabul tu. Saya dah mula sayang dekat awak.”

Hatiku jadi sebak akan penjelasannya. Ya Allah. Hati aku mudah cair kalau macam ni.

“ Sudah… Saya nak pergi kerja. Sambung bila saya balik nanti.”

Pantas aku melepaskan tangannya dan masuk ke dalam kereta. Tanpa melihat ke arahnya aku terus memandu kereta keluar daripada kediaman rumah.

Dan air mataku menitis perlahan. Maafkan saya awak! Saya tahu saya tak patut berkelakuan sedemikian. Tapi hati saya akan sakit setiap kali teringat semua tu. Dan saya juga sayangkan awak. Saya sentiasa berharap awak akan balik sini suatu hari nanti. Sekarang dah terbukti semua tu.

Cuma saya masih ragu-ragu sama ada saya ni betul ke jodoh awak dan benarkah saya ni layak untuk hidup bersama awak?

Part 9

Aku tengok wajahku di cermin. Oh My God! Wajahku kenapa pucat ni? Nak demam ke? Rasa tak bermaya je. Ala jangalah cari fasal. Hari ni aku nak selesaikan sesuatu dengan suami aku tu.

Baru saja aku menoleh, tiba-tiba dahiku di tekap seseorang. Siapa lagi kalau bukan Wan. Dia memandangku serius.

“ Awak demam ni.” Aku memandangnya dengan pandangan kosong. So?

Aku menepis perlahan tangannya. Aku bergerak ke katil. Tanpa mempedulikan dia, aku mencapai beg dan tudung. Perlahan tudung aku pakai. Sekilas aku memandang cermin. Aku bergerak ke arah pintu.

“ Tunggu!” aku tidak berpaling ke arahnya.

Sebenarnya aku sangat marah dengan dia. Gara-gara semalam. Ingatkan semalam aku nak cakap aku dah maafkan dia. Tapi hasratku terbantut apabila dia kenalkan aku terhadap kawan-kawan dia sebagai kawan. But why? Itulah! Jangan buat hati aku yang dah cair ni jadi keras semula.

“ Awak kan demam. Awak nak pergi mana?” Suaranya kelihatan cemas.

“ Saya nak pergi mana pun ikut suka sayalah. Selama ni awak ada ambil kisah?” Cukup sinis aku membalas kata-katanya. Biarkan!

“ And don’t disturb me!” Tegasku sekali lagi.

Dengan rasa tak bermayanya. Aku melangkah turun ke ruang tamu. Mujur mama dan papa dah keluar awal pagi tadi.

Tapi tiba-tiba kepalaku rasa pening. Aku pantas berpaut pada pemegang tangga. Mujurlah aku sempat tahan daripada badan aku ni terus rebah.

Argh! Pedulikan sakit! Sekarang aku nak pergi jumpa akak kedua aku yang berada di Tasek Gelugor. Lebih kurang ambil masa sejam juga untuk sampai ke sana. Kuatkan semangat Lia!

“ Awak! Tunggu!”

Aku merengus geram. Sikit lagi aku nak buka pintu untuk keluar. Tapi dia ni kan? ergh! Nak apa lagi?

“ Awak…” Aku tidak bergerak sedikit pun. Biarkan! Huhu..

“ Tengok sini!” Arahannya itu buat aku rasa nak tidur je. Slow sangat.

“ Aliana!” Ha! Dia dah jerit dah!

“ Awak nak apa?” Soalku geram.

Tapi dia geram dengan aku sampai pusingkan badan aku dengan kuat. Sakit kot! Kerutan di dahiku jelas timbul. Entah dia nampak ke tidak. Muka tu serius boleh tahan.

“ Awak perli saya ke?” Aku tersenyum sinis. Perli? Terasa ke? Memang patut kan?

“ Dah tak ada gunanya saya nak marah-marah awak. Cuma saya terkilan sebab semalam. Buruk sangat ke rupa saya ni sampai awak tak mengaku saya ni isteri awak. Oh! Terlupa pulak. Awak kan dah tinggalkan saya lima bulan. Jadi mana mungkin awak nak mengaku saya ni isteri awak. Kan?”

Air mataku mula bertakung. Amarah di hati mula membara. Tajam aku merenungnya.

“ Perlu ke ungkit semua tu?” Nadanya ada yang tak puas hati.

Aku mengetap bibir.

“ Saya tak ungkit. Tapi awak yang buatkan saya ungkit. Kalau benar awak sayangkan saya, awak perlu buktikan. Bukan hanya dengan perbuatan tapi dengan hati yang ikhlas. Kalau tidak sayang tolonglah lepaskan saya walaupun saya dah mula mencintai awak.” Aku terus pandang ke arah lain. Serta-merta air mataku laju menitis.

“ You don’t appreciate me as your wife. So why I should accept you as my husband? Why?” bentakku geram.

Dia terkedu selepas aku berkata demikian. Sesaat kemudian dia terus menarikku ke dalam pelukannya. Teresak-esak aku menangis dalam pelukannya.

“ I’m sorry. I know I wrong. I wrong. Sorry dear…”

Tanpa sengaja, senyumanku terukir selepas dia menyebut perkataan dear. Ingatkan dah tak tahu nak pujuk. Hurmm..

“ Jadi.. Mulai hari ini berilah saya peluang untuk betulkan kesalahan saya. Ye sayang ye?”

Pelukan di leraikan. Pipiku ditelusnya lembut. Aku tersenyum kecil. Mudah sungguh hati aku cair dengan perbuatan dan kata-kata dia. Haish! Kata nak tunggu lagi. Tapi aku kalah dengan pujukan dia lah.

Part 10

“ Hahaha.. Abang kalah dengan papa. Apalah!”

Terkekek aku ketawa melihat kekalahan Wan dengan papaku. Mereka baru selesai main dam. Ala.. main dam pun cik abang aku boleh kalah. Teruknya!

“ Lia!” Teguran papa buat aku menekup mulut tahan tawa. Mamaku kerling sekilas. Mama pun tersenyum melihat telatah papa dan Wan.

“ Dah tahu tak pandai main tapi nak main juga. Tengok.. Dah kalah teruk pun.” Ujarku selamba. Walaupun tahu dengan jelingan maut dia tu. Tapi aku buat tak tahu.

“ Dah. Sekarang kamu pergilah berehat dulu Wan. Tak usah hiraukan kata-kata isteri kamu ni. Dia tahu nak arah je. Buat tak mahu pulak.”

Aku tersengih mendengar kata-kata papa. 

“ Adik.. ajak Wan masuk bilik. Rehat lepas tu solat. Habis je solat turunlah. Kita makan sama-sama. Kejap lagi kedua-dua akak kamu nak datang.”

Aku hanya mengangguk menjawab arahan mama. Wan ku biarkan pergi dahulu.

“ Dan..” Langkahku terhenti apabila mama masih mahu berkata-kata.

“ Mama berterima kasih dekat kamu sebab sudi maafkan Wan.” Aku tersenyum. Pantas bahu mama di paut mesra.

“ Ma.. Dari dulu sampai sekarang adik memang sayangkan suami adik tu. Cuma adik nak uji dia je.” Ujarku lalu  bergerak naik ke atas.

Alhamdulillah. Dah sebulan hubungan aku dan Wan bertambah baik. Dia pun ikhlas terima aku sebagai isteri dia. Dan dia kata dia dah mula sayangkan aku sangat-sangat. Tapi boleh percaya ke? Hehe..

“ Abang…”

Aku memanggil apabila pintuku kunci. Aku pelik apabila Wan tiada di katil pun. Maybe dalam bilik air kot.

“ Lia…”

Terkejut aku apabila tiba-tiba pinggangku di rangkul daripada belakang. Buat suspen je dia ni.

“ Abang pergilah mandi dulu. Lepas ni Lia nak solat lepas tu turun tolong mama.” Suruhku lalu melepaskan rangkulannya.

“ Kejap je sayang. Abang nak bayar semula masa yang terbuang gara-gara abang.” Rangkulan nampaknya makin erat.

Aku jadi terbuai dalam pelukannya. Tapi aku teringat satu perkara. Kenapa dia ambil masa yang lama untuk kembali ke sisiku?

“ Kenapa abang lambat balik?” Soalku lalu berhadapan dengannya. Senyumannya terukir.

“ Abang nak rawat hati abang. Maafkan abang. Tambahan pula abang selalu tukar tempat bertugas.”

“ Oh.” Aku dah merangka nak lari daripada pelukan dia tapi tak berjaya juga.

“ Abang! Orang nak solatlah!” Ujarku geram. Terdengar ketawa halus di telingaku.

“ Okey. Tapi abang nak Lia dengar tiga perkataan ni.” Aku terjongket kening. Apakah?

Perlahan aku di toleh untuk berhadapan dengannya. Senyumannya sentiasa terukir di bibir khas untukku.

Dia dekatkan telingaku dengan dada bidangnya. Aku yang tak faham hanya menurut.

“ I love you Aliana…” bisiknya perlahan.

Aku tersenyum bahagia. I love you to. Tapi ia hanya terluah dalam hati. Terima kasih abang atau Wan. Terima kasih kerana sudi kembali ke sisi Lia buat selama-lamanya. Lia janji Lia akan tunaikan kewajipan Lia sebagai isteri yang solehah. Amin!

~Tamat~

(Siap!Amacam? best tak? Tang last-last tu dah tak tahu nk buat mcm ne. harap2 okey. :))

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers