Wah. Akhirnya aku muncul balik. Haha. Dengan cerpen baru pula tu. Kekeke.
Biasalah. Mood holiday tak habis lagi. Walaupun dah beberapa hari lepas. Okay2!
Tak mau bebel lagi. Enjoy reading kayh. >_<
Kring! Kring!
Bunyi loceng itu mengejutkan aku daripada lena yang panjang.
Tapi aku masih bermalas- malasan di atas katil. Jam.. lima minit lagi erk?
Please!
“ Akak! Bangun! Dah pukul berapa ni? tak pergi kerja ke?”
Terpisat-pisat aku cuba bangun daripada tidur. Sebaik sahaja
aku pandang jam loceng. Aku terkejut besar. Dengan kelam kabutnya aku masuk ke
dalam bilik air.
“ Kenapa mak tak gerak lagi awal?”
Soalku dengan kelam kabut apabila turun daripada bilik.
“ Mak ingatkan kamu dah bangun. Kan kamu dah kunci jam. Ni
mesti kes malas nak bangun ni.”
Aku hanya tersengih kerang busuk. Selepas salam dan cium
pipi mak. Aku terus keluar dan memakai kasut.
“ Hati-hati. Jangan tergopoh-gopoh sangat.” Sempat lagi mak
melaung sebelum aku benar-benar keluar daripada perkarangan rumah.
Sebenarnya aku kena berjalan menuju ke perhentian bas
sepanjang 1 kilometer. Lepas tu baru aku naik bas nak menuju ke tempat kerja. Ambil
masa dalam 20 minit jugala. Tu pun kalau jalan tak jammed. Tapi sekarang ni aku
benar-benar dah lewat. Tinggal lagi 10 minit waktu mula kerja. habislah aku. Kali
pertama dalam hidup aku pergi lambat ke kerja. argh!
“ Pakcik! Berhenti!”
Dugaan lagi apabila bas yang aku nak naiki tu dah mula
bergerak. Aku mengeluh berat. Ya Allah. Aku tahu ini sebahagian daripada ujian
dariMu. Tapi aku tak tahu apa yang harus aku lakukan lagi. Patut tak aku balik
ke rumah dan santai-santai? Ish! Cari nahas namanya tu.
Call papa? Tapi aku confirm papa mesti sibuk dengan meeting.
Along? Huh! Dia lagilah. Sibuk 24 jam. Tak dengan kerja dengan makwe dia. Arh!
Nak minta tolong siapa ni? kalau nak tunggu bas seterusnya mahu pukui 10 baru
aku sampai kot. Ish!
“ Tertinggal bas ke?”
“ Astagfirullah!”
Aku mengurut perlahan dadaku apabila tiba-tiba disergah sebegitu.
Orang duk syok-syok fikir, dia boleh datang dan tegur cam tu je. Tak pun
bagilah salam. Haish!
“ Ni mesti bangun lewat kan?”
Aku mengetap bibir. Haish. Buat malu je. Dia ni pun selamba
je cakap dekat aku macam tu.
“ Awak kerja dekat
mana?” Soalnya lagi tanpa berikan secebis senyuman pun.
“ Dekat… erk… ala dalam 20 minit sampailah.”
Aku sebenarnya bukan sengaja tak nak bagitau tempat kerja
aku. Cuma…aku belum arif benar lagi dengan tempat ni. so aku terlupa nama
tempat tu. hihihi. Biasalah orang baru pindah ke negeri oranglah katakan.
“ Jap..”
Tiba-tiba dia menahan sebuah teksi dan memanggilku. Erk!
Takkan dia nak suruh aku naik teksi?
“ sekarang awak masuk. Saya dah bayar tambang untuk awak.
jadi awak Cuma perlu bagitau pakcik tu ke mana awak nak pergi. Awak pernah kan
naik teksi?” Tajam dia merenungku dan itu membuatkan aku kecut.
“ Erk.. be..belum. first time. Erk.. Okay. Terima kasih
banyak-banyak.” Dengan gugupnya aku masuk ke dalam teksi. Dengan senyuman aku
bagitau pakcik tu ke mana destinasiku.
“ Jangan risau. Pakcik ni baik. Jaga diri.”
Aku tak toleh lagi ke arahnya apabila pakcik itu mula
memandu keretanya. Entah kenapa lelaki itu baik pula. Susah nak jumpa lelaki
macam tu sekarang ni. alhamdulillah. Ya Allah. Terima kasih kerana kau hadirkan
aku lelaki itu sebagai penyelamat. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa.
**
“ Kau lewat 5 minit beb!”
Aku tersengih ke arahnya dengan muka kesian.
“ Sorry beb. Aku benar-benar minta maaf. Aku terbangun lewat
lepas tu tertinggal bas. Sorry erk? Bos tak masuk lagi kan?”
Aku ambil tempat dengan keluhan penat. Serius penat. Nasib
baik pakcik teksi tu bawa laju. Kalau tak aku takkan sampai lagi. Teringat pula
dekat lelaki yang tolong aku tadi. Terima kasih awak walaupun nampak sombong.
Eh!
“ Belum. Nasib baik lah. Kalau tak mesti kau dipanggil masuk
walaupun baru first time kau lewat.”
“ Walaupun first time tapi aku ni baru bekerja dekat sini.
So tak bolehlah aku nak lewat. Dah sambung kerja.”
Iriana. Kawan baik aku daripada kecil lagi. Dan paling tak
sangka, kami dipertemukan semula setelah berpisah hampir 5 tahun. Akhirnya kami
dipertemukan dekat tempat kerja ni. cantik sungguh aturan Allah.
“ Beb. Aku dengar ada pekerja baru hari ni. Ganti Encik
Mirsyad.”
“ Encik Mirsyad kenapa?”
Biasalah, baru sebulan masuk. Mesti banyak lagi benda yang
aku tak tahu.
“ Penolong setiausaha dekat sini. Dia ditukarkan ke tempat
lain atas sebab yang tak dapat dia elakkan. Aku pun tak berapa tau sangat.”
Aku terangguk-angguk mendengar penjelasannya. Sambil buat kerja
sambil dengar dia cakap apa. taklah buang masa. Eheh!
“Perhatian!”
Itu suara CEO kami. Siapa lagi kalau bukan Encik Uzair yang
muda lagi kacak. Tapi seribu kali sayang sebab CEO kami tu dah pun berkahwin.
Haha. Kenapa aku cakap macam tu? sebab ramai perempuan yang masih bujang
berminat dekat dia. Ahak!
“ Semua diminta berhenti sekejap. Kita ada pekerja baru
dekat sini.”
Aku dan Iriana berdiri dan berjalan menuju ke beberapa orang
staf yang lain sedang berkumpul di hadapan CEO kami.
“ Kenalkan. Ini Encik Iman yang akan menggantikan Encik
Mirsyad kita.”
Aku terlopong besar. Kalau lalat masuk serius aku tak
perasan punya.
“ Hai. Saya Iman Azair. Boleh panggil saya Iman. Saya akan
menggantikan Encik Mirsyad selaku penolong setiausaha dekat pejabat ni. apa-apa
saja tunjuk ajar daripada korang amat saya perlukan. Terima kasih.”
Aku pantas berdiri di belakang Iriana. Bagi melindungi diri
daripada ternampak oleh Iman. Ya Allah. Kecilnya duniaMu. Macam mana kami boleh
terserempak dekat sini? Dahlah aku sangat malu dengan dia gara-gara tadi.
Allahu!
“ Okay. Itu saja. Semua boleh bersurai.”
Aku menghembus nafas lega lalu cepat-cepat menuju ke tempat
dudukku. Iriana yang melihat hanya menjongketkan bahu. Pelik sebab tengok aku
yang sedikit kelam kabut ni. Ala Min. Relakslah. Macam kau pula yang bersalah.
“ Yasmin.” Aku tersentak. Alamak! Kenapa CEO panggil nama
aku pula. Jangan cakap sebelah dia ada lelaki tu sudah.
“ I..ye?” Perlahan-lahan aku mendongakkan kepala ke arahnya.
“ Tolong saya sikit boleh?” Aku tersenyum. Nasib baik CEO ni
seorang saja.
“ Tolong apa ye?”
“ Kamu tahu kan apa tugas-tugas yang sering Encik Mirsyad
suruh kamu buat kalau dia tiada dekat sini?” Aku terteguk air liur.
“ Erk.. bolehlah sikit-sikit. Kenapa tuan?”
“ Baguslah. Sekurang-kurangnya kemahiran kamu selepas ni
akan bertambah. Ya tak? Saya nak kamu berikan tunjuk ajar pada Encik Iman. Saya
nak dia cuba belajar tugas daripada kamu. Saya nak tengok kebolehan kamu. Jika
korang berdua betul-betul tak faham baru jumpa saya. Lagipun ketua setiausaha
kita kan sedang bercuti.”
“ Erk.. InsyaAllah tuan. Saya cuba.”
“ bagus. Saya pergi dulu. Teruskan kerja kamu.”
Aku tertunduk lemah. Ya Allah. Kenapa mesti aku yang baru
bekerja dekat sini dia pilih? Kenapa tak Iriana yang sudah hampir 3 tahun kerja
dekat sini? Argh! Aku Cuma nak elakkan diri daripada terserempak dengan lelaki
tu. malu!
“ Kau dah kenapa Min?”
Aku tersenyum hambar lalu menyembamkan muka di atas meja.
Dengan kecewa gila. Along! Apa akak nak buat ni? Adrian! Mana awak?
“ Nak kerja ke nak tidur?”
Aku tersentak. Lantas aku menegakkan kembali badan dan
mendongak ke arah suara tersebut. Alamak!
“ Oh. Ingatkan betul-betul tidur tadi.”
Aku mengetap bibir. Nampak sangat dia sedang memerli aku.
kali ni dia senyum pula. Haish!
“ Ada apa ye?” Kau kena berlagak biasa Min.
“ Tolong fotokopi dokumen ni kejap. Kejap lagi saya datang
balik.”
Aku terus toleh ke arah Iriana sebaik sahaja dia beredar
dengan senyuman mengejeknya tu.
“ Weh! Kau tolong aku? tolong ketukkan kepala aku dekat meja
sekarang!”
Aku menggoncangkan bahunya dengan kuat.
“ Weh! Kau ni dah kenapa?” tanganku ditepis dengan kasar.
Ouch! Sakit! Huhu!
“ Aku malulah beb. Dan sekarang aku bengang. Wuargh! Kenapa
lelaki tu mesti kerja dekat sini?”
Aku menongkat dagu dengan semangat yang masih berbisa.
“ La.. dah kenapa? Kau nak malu dan bengang tu kenapa? Cuba
cerita dekat aku.”
“ Dia yang tolong aku pagi tadi. Dia tolong aku panggilkan
teksi dan bayar sekali semasa aku ketinggalan bas. Aku malu lah weh. Dahlah aku
kena perli. Haish.”
“ So what? Kenapa kau nak malu? Kau dah cakap terima kasih
kan. so settle. Sekarang ni kenapa kau rasa bengang pula?”
Aku terdiam. Sebab dia perli aku tadi? Aih! Tu alasan yang
tak munasabah wahai Cik Yasmin!
“ Se..sebab… se..sebab…” Aku teragak-agak nak bagitau sebab
aku rasa alasan aku tak munasabah kot.
“ Kenapa awak gagap?”
“ Hantu!!!”
Aku terjerit akibat terlalu terkejut.
“ What? Hantu? Saya manusialah.”
“ Erk…”
**
“ Hahaha.. Ya Allah. Kecut perut aku tadi. Hahaha…”
Aku buat muka bengang melihat Iriana yang sakan gelak
daripada tadi. Sampai keluar air mata dibuatnya. Apa yang lawak sangat tak tau
minah ni.
“ Woi! Dahlah tu. orang tengok tu. ni kat luar bukan kat
dalam pejabat!” Aku pukul bahunya dengan kuat.
“ Ouch! Sakit! Tapi.. haha. Serius lawak.”
Kenapa Iriana gelak? Sebab lelaki tu tadi mengejutkan aku.
Bayangkan, aku tengah ralit fikirkan alasan kepada soalan Iriana. Tiba-tiba dia
datang tegur. Yang tu ok lagi. Tapi yang tak okaynya bila dia tegur bersama
dengan topeng hantunya tu.
“ ya Allah. Macam manalah Encik Iman tu boleh kejutkan kawan
aku sampai macam tu sekali. Aku tak sedar pula bila dia ada dekat depan mata
kau masa tu dengan topeng hantunya lagi. Haha.”
Sekali lagi bahu dia jadi habuan. Yang lagi membuatkan aku
sakit hati, Iman tu boleh selamba pergi selepas berjaya buat aku terjerit
sampai semua orang dalam tu dengar. Nasib baiklah tak sampai ke dalam bilik
bos. Kalau tak , aku kena marahla jawabnya.
“ Sudahlah. Aku tengah malu dan bengang ni. aku masuk
dululah. Lambat tengok kau makan.”
Tanpa berlengah aku pantas meninggalkan Iriana dengan sisa
tawanya tu. gelak lah kau. Nanti aku gelakkan kau balik. baru ada akal.
Ermm.. Agaknya mana Adrian pergi erk? Dah seminggu aku
telefon dia tak angkat. Dia ni dah macam chipsmore plak. Benci aku.
“ Min. tunggu!”
Langkahku terhenti dan terus menoleh ke arah Iriana yang
terkocoh-kocoh itu.
“ Kau ni. janganlah gopoh sangat. Bukannya aku nak lari
pun.” Tegurku dengan bengang.
“ Erk.. tak. A..aku nak ke tandas.”
“ Dalam kan ada tandas? Yang kau keluar ni kenapa? Kau
makanlah habis dulu.”
Aik? Kenapa muka dia kelihatan gelisah semacam je ni?
“ A..aku.. aku.. aku nampak Adrian.”
Serentak itu, aku nampak kelibat Adrian di belakang Iriana
dengan seorang perempuan yang sangat cantik dan seksi orangnya. Mereka juga
kelihatan sangat mesra. Ya Allah. Apakah yang aku sedang lihat sekarang ni?
“ Jom kita balik.” Iriana mengajak dengan riak yang
bersalah. Tapi aku still tak berganjak dan asyik melihat Adrian yang manja dengan
perempuan tu.
“ Jap.”
Aku mendail nombor Adrian buat ke-berapa kali pun aku tak
ingat. Dan aku terkedu apabila dia menolak panggilan aku. serta-merta air
mataku mengalir laju.
“ Min.. kau okay ke?”
Aku kuatkan semangat lantas menarik Iriana dan menuju ke
arah Adrian. Aku nak selesaikan semuanya hari ni juga. Aku tak kira.
“ Adrian!”
Dan betul sekali tekaan aku. dia terkejut melihat aku dekat
sini. Aku tak tahulah sama ada dia benar-benar terkejut atau lakonannya
semata-mata.
“ Min…”
“ Tak sangka kita berjumpa dekat sini. Dan siapa perempuan
ni?” Aku tersenyum plastik.
“ Erk.. dia… dia..”
“ I ni girlfriend dia. You ni siapa pula?”
Wow! Hebat sekali lakonan kau Adrian. Sampai sakit aku
mendengar pengakuan dia. Great!
“ Adrian..Adrian… Tak sangka saya. Rupanya awak macam ni.
kenapa awak perlu teruskan lakonan ni kalau awak dah tak cintakan saya?!!”
Jeritku dengan hati yang sangat sakit.
“ Awak.. awak salah faham.”
Aku menepis kuat tangannya yang ingin memegang bahuku itu.
aku dah rasa jijik dengan dia.
“ Mulai hari ni kita putus! Saya tak sanggup lagi bersama
dengan orang yang curang macam awak! awak memang tak guna Adrian!”
Terus aku melarikan diri daripada mereka. Ya Allah. Terima
kasih kerana tunjukkan aku kebenaran. Benar kata papa dulu. Adrian bukan
seorang yang baik. Maafkan Min papa.
“ Ouch!”
“ Maaf! Maaf!”
Aku kelam kabut meminta maaf apabila terlanggar orang. Aku
memang tak boleh fikir apa dah sekarang ni. aku nak balik!
“ Kenapa ni?”
Aku terdongak melihat insan yang aku terlanggar itu. aku
terdiam dan terus meninggalkan dia. Siapa? Iman.
“ Min! tunggu aku!”
**
Keropok twisty dan air 100 plus aku capai dan bawanya ke
ruang tamu. Sudah tiba masanya untuk panggung wayang selama sejam. Drama
favourite aku tu. So tak boleh lepas. Tambah-tambah pelakon yang aku sangat
suka. Siapa lagi kalau bukan Zul Ariffin yang handsome tu. Wah!
“ Tepi sikit!” Arahku pada along yang enak bersandar pada
sofa itu. apabila ruang banyak aku pantas duduk dan mataku terarah pada skrin
televisyen. Mujur dia pun suka tengok gambar ni.
“ Akak… akak okay?”
“ Okay je. kenapa?”
Aku tahu, along masih tak puas hati akan jawapan aku tu.
macam tak tahu renungan tajam dia tu.
“ Jangan nak bohong along lah. Along sakit kan?”
Kunyahanku terhenti. Nasib baik drama tak mula lagi.
Kenapalah masa ni jugalah along nak bincang fasal tu.
“ Sakit? Along tengok akak ni sakit ke? Sihat je kan?”
Jawabku acuh tak acuh. Malas nak layan.
“ Tak perlu tipu along lagi. Along dah tahu apa yang terjadi
tengah hari tadi. Iriana dah ceritakan segala-galanya pada along. Kamu jumpa
Adrian kan?”
Terus aku bangun dan menuju ke dapur. Tiada hati langsung
nak cakap fasal tu. kalau cakap gerenti aku menangis punya. Yang buat aku sakit
hati lagi bila dia datang sini tanpa pengetahuan aku pun. Adakah dia datang ke
Penang ni hanya kerana perempuan tu? bukan sebab aku? jadi dia tak tahu aku dah
berpindah ke sini? Eh! Aku kan dah bagitau dia sebelum ni. argh!! Kenapa kau
bodoh sangat Min!
“ Yasmin.”
Along muncul di sisiku bersama dengan renungan tajamnya.
Terhambur keluhan kecil daripada mulutku.
“ Nak apa? akak okaylah. Jangan risau. Kalau tak okay dah
lama akak pergi ke tanjung Rambutan tu tau tak?” Aku cuba berlawak tapi
nampaknya tak terkesan pun dekat hati along ni.
“ Jangan berdolak dalih lagi dengan along. Ceritakan
semuanya pada along. Luahkan apa yang terbuku dekat hati akak tu. along
sentiasa ada di sisi akak.” Kata-kata lembut berbaur nasihat itu membuatkan
hati aku menjadi sebak.
Aku mengetap bibir kuat. Kenapa perlu along ingatkan aku
dekat lelaki tak guna tu lagi?!
“ Akak nak naik bilik.”
Tapi belum sempat aku nak melangkah, badanku terlebih dahulu
diraih ke dalam pelukan along.
“ Menangislah akak. Jangan risau. Along ada.”
Akhirnya, tangisanku pecah juga.
“ A..along! akak sayang dia. Tapi kenapa dia buat akak macam
ni? A..akak ni belum sempurna untuk dia ke?”
Aku mengogoi dalam pelukan along. Aku memang amat manja
berbanding dengan along. Sebab aku perempuan kot.
“ Semua orang tak sempurna akak. Mungkin korang tak ada
jodoh. Akak kena terima dengan hati yang terbuka. Sabar ye sayang. Allah ada.”
Ya. Allah ada. Terima kasih along.
**
“ Tunggu! Bas!”
Terkocoh-kocoh aku mengejar bas yang baru sampai itu.
Apabila kaki aku jejak je atas bas, aku menghembus nafas lega. Nasib baik
sempat.
“ Ke Bukit Mertajam pakcik.” Ujarku sambil mengeluarkan duit
syiling dari poket bajuku.
Tapi.. Aku mula kecut perut. Mana pergi seringgit tadi? Aik?
Kenapa hanya ada 50 sen? Ya Allah. Jangan buat aku gelabah macam ni. Dahlah
dompet aku tertinggal.
“ Erk.. pakcik. Saya nak pinjam seringgit dulu boleh?”
Dengan malunya aku meminta pada pakcik itu. Ya Allah. Mana pergi seringgit
tadi? Aku dah masukkan kot.
“ Tak apa. saya tolong bayar. Pakcik. Saya sekali.”
Aku terkedu. Suara itu kan…
“ Jumpa je dengan awak mesti saya kena tolong kan? apalah
nasib.” Ujarnya selamba lalu mengambil tempat dalam bas itu.
“ Maafkan saya pakcik.”
Aku pun mula ambil tempat di belakang lelaki itu. ya Allah.
Ini kali kedua dia bantu aku. adakah dia penyelamat aku? penyelamat yang akan
kau sentiasa sampaikan?
“ Erk.. terima kasih. Saya tak tahu mana duit saya hilang.”
Dengan malu dan serba salahnya aku minta maaf dari belakang dia. Aku tau dia
akan dengar.
“ Tak apa. maybe nasib saya kena tolong awak.”
Ouch! Haih! Nampaknya selepas ni aku kena elakkan diri
daripada dia kot. Yalah setiap kali berjumpa, dia mesti akan tolong aku. Buat
malu je lah!
“ Saya tak suruh awak tolong pun. Siapa suruh awak pergi
tolong.” Balasku setelah berdiam diri buat seketika.
“ Habis nak biarkan orang belakang awak tunggu punya lama?
Nak tunggu bas ni berjalan? Alamatnya sejam lagi apa.”
“ Hey! Kejam sangat ayat awak tu.” Bentakku geram.
“ Tak kejam Cuma peringatan.”
Ceh! Aku hanya menahan geram dengan hati yang membara.
Tengok! Cakap dengan aku pun tak toleh belakang dah. Apalah nasib.
**
Satu saat. Dua saat dan tiga saat. Aku terus menyorok bawah
meja dengan debaran yang hebat. Puas aku berdoa agar tetamu itu tidak nampak
aku yang sedang menyorok bawah meja ni. dan aku juga berdoa agar Iriana tidak
nampak aku tadi. Ya Allah. Tolong lindungi aku daripada lelaki itu. jauhkan dia
dari diriku.
“ Eh? Mana pergi Yasmin ni?”
Tu suara Encik Iman. Haih. Tak payahlah nak berencik-encik
segala. Meluat aku.
“ Kenapa Encik Iman? Ada masalah ke?”
Debaran aku semakin kuat apabila mendengar suara kedua itu.
erat sekali aku memejamkan mata.
“ Tak..pembantu saya hilang entah ke mana. Tak apalah. Kita
masuk ke pejabat saya dulu.”
Apabila aku yakin mereka dah bergerak, dengan perlahan-lahan
aku keluar daripada tempat menyorok aku. dan aku nampak Iriana yang baru keluar
daripada pejabat Iman.
“ Fuh! Nasib baik.”
“ Beb! Kau pergi mana tadi?”
Aku tersengih kerang busuk melihat Iriana yang
tertanya-tanya itu.
“ Ada. Bawah meja ni. Hehe..”
“ Ya Allah. Sejak bila kau ada bawah meja ni? dan asal kau
menyorok bawah meja ni pulak? Macam tak ada tempat lain nak menyorok?”
“ Kau tahu kan siapa tetamu Iman tadi tu? tolonglah weh!
Kalau boleh selama-lamanya aku nak elak daripada bertembung mata dengan dia.
Aku benci dia weh!”
Iriana tersenyum tipis lantas memaut bahuku dengan
kelembutan.
“ Maafkan aku. aku tahu kau sakit hati dengan dia. Tapi dah
seminggu berlalu. Kau lupakan je la lelaki tak guna tu. banyak lagi kumbang
dekat luar sana. Contoh terdekat Encik Iman tu ha.”
Terus aku cubit pinggang dia. Amboi-amboi. Sempat lagi kau
nak samakan aku dengan Encik Iman tu. Ergh!
“ Aku seriuslah. Kau ni.” iriana tersengih lebar.
“ Tak ada maknanya. Dah pergi buat kerja.”
Baru sahaja aku nak labuhkan duduk pada kerusi. Namaku
terlebih dahulu diseru seseorang yang sangat aku kenal. Ya Allah. Bantu aku.
“ Nurul Yasmin. Finally I found you.”
Jelik sekali aku tengok riak mukanya sekarang. Eleh! Sempat
lagi kau nak berlakon depan aku? blahlah!
“ Ada apa yang saya boleh bantu ke?” Aku berlagak formal dan
tak kenal dengan dia. Aku nak dia rasakan bagaimana perasaan diabaikan oleh
seseorang.
“ Min.. Ini sayalah Adrian. Awak dah tak ingat dekat saya
ke?”
Dia cuba meraih tanganku tapi tak berjaya apabila aku
undurkan langkah.
“ maaf. Saya tak kenal akan orang yang bernama Adrian dekat
sini. Rasanya saya tak perlu ingat kot lelaki yang curang depan mata saya.
Anyway.. kalau tak ada apa-apa lagi sila pergi. Terima kasih.”
Dengan wajah yang tenang aku kembali melabuhkan duduk. Tapi
dalam hati ni hanya Allah saja yang tahu.
“ Min.. Please!” tanganku ditariknya kasar.
“ hey! Lepaslah! Kau nak apa ha? Belum puas ke aku bagitau
kau tadi!?” Bentakku kasar. Nak sangatkan berkasar dengan aku. sekarang ambik!
“ Min.. sabar Min.” Iriana cuba memujukku agar bertenang.
Tapi tak semudah tu Iriana. Aku terlalu sakit melihat muka lelaki ni.
“ Saya sayangkan awak Min. tolong jangan buat saya macam
ni.”
Aku mula sedar orang sekeliling mula melihat ke arah kami.
Demi tak mahu jadi perbualan, aku terus turun ke bawah. Aku nak selesaikan
semuanya sekarang juga.
“ nak apa? sekarang awak cakap apa yang awak nak. Saya bagi awak
masa hanya lima minit.” Dinginku melihat kearahnya.
“ Saya nak awak sayang. Please!” sekali lagi tanganku jadi
perhatiannya. Namun, kali ni aku tak berdaya lagi nak menolak kerana
pegangannya terlalu kuat.
“ Tolong lepaskan saya! Tolonglah Adrian. Kita dah tak
ada-apa lagi. Awak sedar tak yang awak dah curang belakang saya? Awak sedar tak
awak khianati cinta kita. Apa yang awak nak lagi ha? Belum puas lagi ke awak
sakitkan hati saya? Tolonglah Adrian.” Kini, aku merayu dekat dia agar lepaskan
aku. aku dah penatlah nak lalui semua ni.
“ awak salah faham sayang. Semua tu tak seperti yang awak
sangka.”
“ habis apa? cuba bagitau saya apa?! Awak ingat saya ni dah
buta ke? Saya belum butalah nak nilai yang mana baik dan yang mana buruk!”
Terus aku rentap tanganku kembali. Habis merah pergelangan tanganku. Dasar tak
guna!
“ Sayang…”
“ Woi! Lepaskan dia!”
Nampak ja Iman melangkah ke arah kami, aku pantas menuju dan
berdiri di belakang dia. Ya Allah. Dia datang lagi bagi menyelamatkan aku.
terima kasih Ya Allah.
“ Kau siapa nak masuk campur? Aku ni boyfriend dia lah!”
“ Tipu! Aku ni hanya ex kau je lah!” Jeritku pula.
“ Kau dengar kan apa yang dia kata? So baik kau lepaskan dia
dan pergi daripada sini. Jangan buat kacaulah. Aku hormati kau sebab kau salah
satu pemegang saham dekat syarikat ni. tapi kalau kau terus bersikap begini.
Aku takkan teragak-agak ambil tindakan tegas.”
Aku lihat Adrian mula mengalah dan merengus geram ke arah
Iman.
“ Okay baik. Hari ni hari kau.”
Sebaik sahaja Adrian beredar, aku pula terduduk dengan nafas
yang lega. Tapi air mataku pula yang mengalir. Sedih, kecewa dan lega pada masa
yang sama. Ya Allah. Terima kasih kerana kau hadirkan Iman sebagai
penyelamatku. Sekali lagi. Ini dah kali ketiga.
“ Awak okay?” Aku lihat dia dengan anggukan.
“ Te..terima kasih lagi. A..awak dah banyak tolong saya.
Sa..saya tak tahu nak cakap apa.” Tangisanku makin kuat. Aku tak tahu kenapa
aku rasa sangat terhutang budi pada Iman. Ya Allah.
“ Eh? Awak. awak okay ke ni? nak saya bawa awak ke
hospital?”
“ Tak. Tak payah. Saya okay.” Aku pantas menyeka air mata
dan bangun berdiri. Tanganku yang sakit itu langsung tidak dipedulikan.
“ Saya harap selepas ni awak tak muncul lagi depan saya
sebagai penyelamat. Walaupun awak dah banyak bantu saya. Saya tak nak terhutang
budi lagi dengan awak. terima kasih sekali lagi.” Aku tersenyum ke arahnya
lantas mula memusingkan badan untuk melangkah.
“ Tapi kenapa?”
“ Sebab saya tak nak terhutang budi dekat awak. maafkan
saya.”
Mak! I need you!
**
Aku tersedar daripada tidur apabila terasa ada usapan pada
kepalaku. Entah dah berapa jam aku tertidur dekat ruang tamu ni semenjak balik
kerja tadi.
“ Dah bangun sayang?”
Aku tersenyum melihat mak. Aku membuat anggukan kecil lantas
menggeliat kecil.
“ Dah pukul berapa ni mak?” Soalku dengan mata yang kabur.
Ngantuk masih terasa.
“ Dah pukul 8 sayang. Sekarang bangun dan pergi bersihkan
diri. Lepas tu solat. Cepat. Papa dan along tunggu kamu dekat dapur. Nak makan
bersama-sama.”
Aku hanya menurut perintah. Aku naik ke bilik dengan
senyuman. Ya Allah. Perkara tadi seakan-akan mimpi. Aku harap lepas ni dia tak
muncul lagi sebagai penyelamat aku. mungkin sebagai suami? Oh please! Lelaki
yang sengal tu nak jadi suami aku. mahu ke? Uhuk! Dah kenapa dengan aku ni.
Tut Tut
Bunyi telefon mengejutkan aku daripada lamunan. Iriana ke
yang hantar message.
‘ saya tak boleh
janji. Tapi saya akan sentiasa hadir untuk awak. walaupun bukan sebagai
penyelamat.’
Dan aku terkedu.
**
Mak! Ya Allah. Apa aku nak buat ni? Tertinggal bas buat kali
kedua. Inilah akibatnya bila ada kereta tapi tak nak naik. Kalau begitu rugi
papa belikan kau kereta Yasmin oii. Aku malas lah nak drive kereta pagi-pagi
ni. jalan jammed. Habis aku nak buat apa ni? panggilkan teksi? Erk..aku tak
berani. Kecuali ada peneman.
Aku tersedar. Haish! Dah kenapa tiba-tiba teringat dekat
lelaki tu. Baru dua hari langsung tak bersua muka. Takkan kau rindu kot Min?
Haish! Mengarut! Tak ada maknanya. Tapi dia tunaikan janji dia tak muncul depan
aku.
“ Akak?”
Aku tersenyum ke arah seorang budak lelaki comel yang
memanggil aku tadi.
“ Ada apa sayang? Nak apa?”
“ Ni.. ada orang suruh saya bagi dekat akak.”
Aku sambut sampul surat putih daripada budak lelaki tadi.
Aku mengerutkan dahi. Surat apa ni? jangan buat aku takut boleh tak?
“ Siapa bagi ni dik?”
“ tak tau. Abang tu kata penyelamat akak yang bagi.”
Aku terkedu. Penyelamat? Alahai. Jangan kau cakap lelaki tu.
“ terima kasih dik.”
Aku memusingkan badan ke arah jalan. Teksi pun teksi lah
Min. Nak lari lagi ni. tak nak terserempak dengan Iman.
“ yasmin… saya masih sayangkan awak. tolong jangan tinggalkan
saya. Please…”
Badanku terus menggigil apabila mendengar suara itu yang
berada dekat sangat dengan belakang aku. aku tunduk memandang lantai. dan aku
terkejut melihat sepasang kasut yang aku sangat kenal. Baru saja aku nak toleh
ke belakang. Tanganku tiba-tiba ditarik laju daripada hadapan. Aku tak sempat
nak berbuat apa-apa. semuanya berlaku dengan pantas.
“ Kau nak apa lagi Adrian! Kau tak dapat dia kau nak cuba bunuh
dia? Gitu?”
Aku tersentak. Baru aku sedar dekat tangan dia ada sebilah
pisau. Ya Allah.
“ Haah. Aku nakkan dia. Nak segala-galanya tentang dia. Aku
tahu disebalik tudung dan baju kurung dia tu ada sesuatu yang aku inginkan.
Hey! Kau apa tau? Lebih baik kau blah! Dia hak aku!”
Tanpa disedari, air mataku laju mengalir dan tanganku setia
menggenggam lengan dia. Ya Allah. Iman jadi penyelamat aku lagi. Adakah dia spy
aku ni?
“ Dia bukan hak kau atau sesiapa. Dia hak Allah! Kau ingat
sikit kau tu siapa?”
“ Aku yang sepatutnya tanya kau! Kau ni siapa nak masuk
campur? Ni urusan aku dengan dialah bodoh!”
“ Memang aku tak ada sesiapa pun dalam hidup korang. Tapi
aku nak kahwin dengan dia! Aku sayang dia.”
Aku terpegun. Aku melihat latar belakang dia dengan satu
perasaan yang aku tak dapat gambarkan. Gembirakah aku? Sakitkah aku?
“ Sayang? Aku lagi sayanglah! Aku je yang boleh kahwin
dengan dialah!”
“ Ye? Kalau betul kenapa tak dari dulu lagi kau kahwin
dengan dia? Ermm?”
Aku tersentap. Ya. Benar kata Iman. Kalau dia betul
sayangkan aku, kenapa sepanjang tiga tahun ni dia tak pernah suarakan pendapat
itu. suarakan keinginan nak kahwin dengan aku? lansung tak pernah! Nampaknya
aku baru sedar sesuatu. Mungkin dia nak dekat dengan aku sebab harta papa aku.
Ya Allah.
“ Kau diam!”
“ Polis! Tolong! Tolong!” Automatik aku menjerit apabila
ternampak dua orang polis sedang meronda dekat kawasan ni. mujurlah. Aku tak
nak berlaku apa-apa yang buruk.
“ Sayang! Apa yang awak nak buat ni? kenapa awak panggil
polis?” Adrian cuba merayu dengan aku.
“ Encik. Tolong kami encik. Lelaki ni cuba nak bunuh suami
saya. Tolong tangkap dia.” Tuduhku bersama dengan linangan air mata.
“ Maaf encik. Sila ikut kami ke balai. Anda didakwa membunuh
suami kepada puan ni.”
“ tak! Aku tak salah! Lepaskan aku!”
Sebak aku tengok lelaki itu daripada jauh. Ya Allah.
Lembutkan hati dia dan bukakanlah hati dia agar bertaubat ke jalanMu Ya Allah.
Aku tak sanggup tengok dia begitu.
“ terima kasih sebab mengaku saya sebagai suami awak.
terharu lah.”
Aku membulatkan mata dan terus melepaskan lengannya. Ya
Allah. Malu!
“ Saya Cuma nak menyelamatkan kita berdua. Tak payah nak
terharu sangatlah.” Aku pantas melangkah meninggalkan dia. Nampaknya aku dah
tak boleh ke kerja. dah lewat sangat.
“ Awak.. kalau apa yang saya cakap tadi tu betul?”
“ Saya tahu awak hanya nak selamatkan keadaan. Terima kasih
sekali lagi.”
“ Yasmin!”
Tanganku terus direntap dan menyebabkan langkahku terus
terhenti. Seketika mata kami bertembung.
“ Saya benar-benar maksudkan kata-kata saya tadi. Saya
sayang awak dan nak kahwin dengan awak. sudi tak awak kahwin dengan saya?”
Aku terus menjarakkan diri daripada dia. Bibirku ketap kuat.
Ya Allah. Apa yang aku sedang alami ni?
“ Kahwini saya? Saya tak tahu semenjak bila cinta ni hadir.
Tapi saya dah terlanjur mencintai awak Nurul Yasmin.”
Aku terdiam. Hanya air mata peneman aku masa ni.
“ semenjak awak cakap jangan muncul depan awak. saya rasa
sedih. Saya rasa saya lebih rela menjadi penyelamat awak daripada jadi
pemerhati dari jauh. Saya rasa sakit.”
Aku tertunduk memandang lantai. tanganku genggam dengan
sekuat hati. Ya Allah. Adakah ini yang kau maksudkan? Penyelamat dalam erti
kata yang sebenar adalah jodohku? Benarkah ya Allah?
“ Yasmin.”
“ Saya tak tahu!”
Aku terus melarikan diri daripada situ. Kahwini awak? boleh
ke saya? Saya tak tahu!
**
Bas! Jangan kau pergi lagi! Kelam kabut aku berlari ke arah
bas tersebut. Sampai saja dalam bas. Aku menghembus nafas lega.
“ Lambat lagi ke?” Pakcik itu menegurku dengan senyuman.
“ Maaf pakcik. Saya terlewat. Terbangun lambat tadi. Rm1.50
kan pakcik?” Soalku lantas cuba mengeluarkan duit dari poket bajuku. Tapi
malangnya, hanya ada 50 sen. Again!?
“ Kejap pakcik.”
Aku buka pula beg tanganku. Dompet! Mana kau! Jangan buat
aku ulang benda yang sama macam sebulan yang lepas. Buat malu je lah!
Ting! Ting!
Pencarianku berakhir apabila ada seseorang memasukkan duit
terlebih dahulu sebelum sempat aku memasukkannya. Nak masukkan apa dompet pun
aku tak jumpa. Tertinggal atas meja la ni. haish!
“ Saya bayar pakcik.”
Tanpa mengendahkan lelaki itu, aku pantas mengambil tempat
kosong. Mujur banyak lagi tempat kosong.
“ Tertinggal dompet lagi? Nah.”
Dengan muka yang dingin, aku menyambut hulurannya. Dia pula
ambil tempat di sisi aku. Ya Allah. Malu!
“ tak payahlah nak malu dengan abang. Memang tanggungjawab
abang beri nafkah pada isteri kan?”
Aku menjelirkan lidah pada dia lantas menoleh ke arah
tingkap. Haih! Nasib dapat suami macam dia ni.
“ Eh? Kenapa ni? takkan sebab tadi nak merajuk?”
Bahuku pula diraihnya. Aku menepisnya perlahan. Merajuk ni!
Merajuk!
“ Alahai sayang. Jangan buat abang peninglah. Kenapa ni?”
Kini, dia menarik aku agar berdepan dengan dia. Aku menarik
muncung tanpa memandang sikit pun ke arah dia.
“ Maafkan abang okay..”
“ Elok sangatlah buat macam tu tadi? Baik pergi terus je
dekat dia. Buat apa kejar orang lagi.” Ujarku tanda tak puas hati.
Dia tersengih lantas mencuit hidungku.
“ Ala sayang ni. sepupu abang tu memang macam tu. manja
terlebih. Janganlah macam ni. tak fasal-fasal rajuk sayang ni, kita terpaksa
naik bas. Kan dah lewat.”
Aku picit pula pinggang dia. Meluat!
“ Sakitlah sayang. Nasib baik abang sempat kejar tadi. Kalau
tak mesti sayang buat malu macam dulu kan?”
Kali ni aku tampar bahu dia pula. Sedap hati je kata dekat
isteri sendiri kan?
“ haha. Comel je bini abang bila marah.”
Aku mula tersenyum. Mesti korang hairan kan. macam mana aku
dan Encik Iman Azair ni boleh bersatu. Kan sebelum ni aku kata tak tahu.
Semua ni kuasa Allah. Dia jadi penyelamat aku lagi waktu aku
amat perlukan bantuan seseorang. Masa tu waktu kerja dah tamat. Dan aku orang
terakhir balik daripada kerja. Yang dijadikan cerita, aku hampir saja dirogol
oleh samseng-samseng jalanan ketika itu.
Mujurlah, dia muncul saat aku sangat perlukan bantuan dia.
Dan pada masa itu dia melamar aku sekali lagi. Begini..
“ Min..Please. saya tak nak awak terseksa macam ni lagi.
Benarkan saya jadi penyelamat awak selama-lamanya? Kahwini saya?”
Yes! Masa tu aku terus setuju sebab hampir seminggu kami tak
bersua muka. Aku sedar yang aku mula merindui dia. Eheh! Malu tapi mahu. Ahak!
“ Teringat pula bila kita dua naik bas dulu.” Suara dia
mematikan lamunanku.
“ Saya ingat lagi. Abang bukan main sedap kata dekat saya.
Buat malu je tau tak? Tahulah orang ni salah tapi bukannya nak tegur baik-baik.
Apada..” Perliku dengan senyuman senget.
“ Ehehe.. Abang geram sangat masa tu. abang sengaja buat
macam tu sebab nak tengok sayang ni macam mana. Tak sangka pula sayang akan
lawan. Ehehe.. Apa-apa pun terima kasih sebab sudi terima abang. Jangan lupa
tau abang ni penyelamat sejati Yasmin. ek?”
“ ye abangku.”
Aku bersyukur dan bahagia. Terima kasih atas takdirMu ini Ya
Allah.
“ Jom turun. Dah sampai. Nasiblah hari ni naik bas dengan
isteri. Buat malu je. Uhuk!”
“ Abang!”
“ Haha! Jom!”
Akhirnya aku mencapai tangannya dan masuk ke dalam pejabat.
Terima kasih Iman Azair.
~tamat~
best laa jugak...
ReplyDeleteBest sngt.. Sweet
ReplyDelete