Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday, 31 January 2015

Cerpen : Cinta Kau Diam-Diam

Assalamualaikum.. 

Hai-hai semua. Ehem..Ehem.. Dah lama gila tak jenguk ke sini. Bila jenguk je ke sini terkejut ha bila dapat banyak komen. Nak cerpen 2015. Oh. Aku minta maaf sangat-sangat. Akibat kekangan masa so aku jarang masuk ke sini. 

Nama pun dah mula sambung belajar balik. Sem 2 dah kan? Tapi yang ni curi sikit masa untuk buat. Demi korang semua. Aku sanggup. >_< Maaf sebab buat korang semua menunggu. Dah dekat sebulan aku tak menulis. Dan aku tak tahulah best ke tak cerpen ni. Aku tau buat je. 

Tapi jalan cerita tu sikit aku ambil daripada seorang adik ni. Thanks adik Alya. Akak dah cuba buat. Harap adik puas hati. So tak nak berleter panjang-panjang lagi. Enjoylah membacanya. ^_^




Tak pernah ku sangka ada seorang lelaki yang bakal menghuni dalam hati aku ni. Dan aku tak sangka juga dia orangnya. Walaupun sikap dia buat orang sakit hati dan keliru. Itu jugalah orang yang berjaya buatkan aku mencintainya. Tapi hanya mampu cinta dalam diam-diam. Sedih kan?

Kenapa tak beritahu dia? Gila. Malu! Aku tak nak kalau nanti dia tahu hubungan kami sebagai kawan putus dan tak rapat. Nanti kalau dia tahu dan dia tak suka pun dekat aku ni. Dua kali ganda bertambah malu.

“ Alya! Kau nak ke mana tu? Pintu masuk sebelah kanan. Yang kau pergi straight tu apa hal?”

Aku tersentak. Langkahku serta-merta terhenti. Aku menoleh ke belakang dan tersengih sendiri. Malu! Padan muka aku. Berangan lagi. Nasib baik bukan group lain yang perasan. Haha.

Baru sahaja aku ingin melangkah, dia menghampiri kami berdua dengan muka tegang. Dah kenapa? Apa terjadi?

“ Alya.”

Dengan debaran aku menantikan kata-kata dia yang seterusnya. Tapi hampeh. Dia terus masuk ke dalam kelas. Arh! Dia ni kalau tak sakitkan hati aku dalam sehari boleh tak? Huh! Nasib kau lah Alya dah suka dia. Crush la katakan.

Tiba-tiba aku teringat yang aku pernah terjumpa dia sebelum ni. Eh! Jap. Jap. Jangan-jangan…

**
Setahun yang lalu…

Aku bergegas memasukkan buku ke dalam beg. Semua orang dah balik. Tinggal aku dengan si Fatin ni je lagi belum balik. Gara-gara siapkan latihan yang sir bagi. Dah pukul 8 malam ni. Mesti papa dah tunggu lama.

“ Alya. Aku balik dulu.”

“ Okay beb!”

Belum sempat aku nak melangkah. Aku ternampak segugus kunci berada di atas meja di sebelah kiri aku. Eh! Ni kunci motor siapa? Hariz!

Tanpa berlengah, aku terus turun ke bawah dan mencari kelibat dia. Aku menapak ke arah motor. Nampaknya dia kelihatan gelabah dan sedang mencari sesuatu dalam begnya. Aku tahu dia sedang mencari kunci motor. Cuai sungguh dia ni.

“ Hariz. Nah. Awak tertinggal.”

Aku serahkan kunci itu pada dia. dia menyambut dengan lega.

“ Terima kasih. Saya balik dulu.”

Selepas berbalas senyuman. Kami pun beransur pulang ke rumah masing-masing.

**
“ Alya Sufina!”

Aku tersentak besar. Semua orang dalam group memandang aku dengan pandangan yang geram. Kecuali dia yang memandang aku dengan pandangan yang aku sendiri tak dapat tafsir. Ya Allah. Aku baru teringat yang aku pernah terjumpa dia sebelum ni. Siap tusyen sama-sama lagi. Masa tu SPM. Kenapa baru sekarang kau ingat Alya!

“ sorry guys. Aku banyak mengelamun. Fikirkan family aku. Sorry guys.”

Aku hanya mampu tersengih. Malu!

“ Teringatkan pakwe lama ke?” Fatin mengusik.

“ Tak ada lah. Jangan nak merepek. Okay. Teruskan perbincangan anda semua.”

Aku terus tunduk ke bawah. Aku dapat kesan dia sedang perhati aku daripada tadi. Tapi tak senyum pun. Benci! Haha. Benci tapi sayang. Kau dah kenapa Alya?

“ Boleh aku bagi cadangan?”

Tiba-tiba dia bersuara. Aku masih tunduk ke bawah menulis sesuatu. Malu nak pandang dia sebenarnya.

“ Apa kata kita berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan 3 orang memandangkan ada 6 orang dalam group ni. satu kumpulan cari maklumat. Satu kumpulan lagi buat power point. Lepas tu setiap seorang akan bercakap seperti mana kita bincangkan. Okay? Tapi aku nak satu kumpulan dengan Alya.”

Aku terteguk air liur. Dah kenapa dia pandang aku macam tu siap tersenyum lagi. Aduhai!

“ Okay. Boleh. Cantik sangat idea kau Hariz.” Hafiz bersuara tanda setuju.

“ Tapi kenapa aku kena satu kumpulan dengan kau?” Soalku inginkan jawapan. Dulu tu bolehlah bahasakan diri saya awak. sekarang memang tak lah. Haha.

“ Sebab aku pilih kau. Shut up! Ikut je. aku kan ketua.”

Aku buat muka. Ceh! Ketualah sangat.

“ And aku nak dera dia sebab dia hutang dengan aku.”

“ What? Mana ada!”

“ Ada. Kau tunggu dan lihat.”

Akhirnya aku tunduk memandang kertas. Ya Allah. Kenapalah ada manusia macam ni dalam dunia ni. dan semenjak bila pula aku boleh suka dia ni? haish!

**
Semenjak dah sambung belajar ni. Aku makin terasa sukar. Sebab apa? Hati. Hati ni selalu diduga. Semenjak kemunculan Hariz juga aku jadi macam ni. Huhu. Tapi bukankah cinta itu anugerah? Akak tu kata cinta ni anugerah. Kita tak boleh merungut. Kita kena terima dengan hati yang terbuka.

Dan hari ni aku hadapi lagi hari bersama Hariz. Kadang-kadang sikap dia baik, suka buat lawak dan buat aku senang. Tapi kadang-kadang tu buat aku sakit hati dengan sikap dia yang poyo dan selamba badak tu. Geram tau tak!

“ Alya… tolong ambilkan saya minuman. Terima kasih.”

Aku pandang dia dengan pandangan kosong. What?

“ Pergi ambil sendiri. Kaki ada tangan ada. Perfect! So pergilah ambil sendiri. Tak nampak ke aku tengah buat kerja ni?”

Aku serang dia balik. Dia yang start dulu okay.

“ Kau anak buah aku. so pergi ambil. Or kau nak aku lakukan sesuatu?”

“ Apa? kalau berani buatlah. Kau nak aku buat apa?”

“ Kau hutang aku. So lain kali aku cakap dekat kau apa perlu kau buat. Sekarang buat kerja kau.”

Tiba-tiba dia tersengih kerang busuk. Aku yang melihat rasa nak tumbuk je muka tu. Tahulah hensem. Tapi tak payahlah sengih macam kerang busuk tu. Haha.

“ Kau balik dengan siapa nanti?”

Belum sempat aku nak mula sambung kerja sebenarnya, dia serang lagi dengan soalan. Tapi kali ni nampak lebih santai.

“ Dengan papa naik kereta. Kenapa?”

“ Kalau aku ada lesen kereta mesti aku akan hantar kau balik dah.”

Aku tersenyum.

“ Tak apa. Papa aku ada.”

“ Naik motor dengan aku je lah. Tapi aku tak bawa topi keledar lebih.”

“ Haha. Aku lebih sanggup naik kapal terbang daripada naik dengan kau.”

Yela tu. sedangkan malu. Haha. Cover selagi boleh.

“ Hek eleh. Nak tengok pilot cakap je la. Tak payah tolak aku macam ni. sedih tau.”

Aku tahan senyum dan teruskan kerja. haha. Sedih konon.

“ Alya..”

Aku mendongak melihat dia. dia pula aku tengok kelihatan malu. Dah kenapa? Haha. Cute!

“ Nanti bila aku ada lesen kereta aku bawa kau pergi jalan-jalan erk?”

Aku terdiam. Mimpi apa kau? Haha. Eleh! Cakap je lah kau seronok Alya. Ceh.

“ Tunggu tahun depan malam raya. Terima kasih.”

Aku terus bangun dan menuju ke arah Fatin. Malu!

Dengan sikap dia yang macam ni lah kadang-kadang buat aku syok sendiri. Aku tak tahulah sama ada aku bertepuk sebelah tangan atau tak. Kadang-kadang tu rasa macam nak cakap je dekat dia. Tapi hati lelaki ni susah nak diteka. Tengok je dia layan kita dengan baik tapi hanya anggap kawan je. Malulah kalau aku cakap. Tak nak la!

**
Aku rasa nak lari jauh daripada sini. Somebody! Help me!

“ Alya… boleh tak aku nak tanya sesuatu?”

“ Apa?”

Tumpuan aku terus hilang sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kelas. Kacau daun betullah dia ni. kalau aku tahu dia datang awal memang tak lah aku datang awal juga hari ni.

“ Kau couple erk?”

Aku tersedak. Apa yang dia tengah mengarut tu?

“ Mana ada. Calon pun tak ada. Kau jangan nak mengarut boleh tak?”

“ Eleh. Tipu. kau couple kan? dengan hafiz?”

Aku mula nak naik angin. Aku cakap betul tapi tak nak percaya. Dah tu tuduh aku ada scandal dengan Hafiz pulak. Arh!

“ Baik kau berterus terang.” Dia mula mendesak dengan sengihan.

“ Kalau ada kenapa? Dan kalau tak ada pula kenapa? Ada kacau kau ke?” aku mula melenting. Sabar Alya.

“ Aku tahulah..”

Belum sempat dia nak habiskan kata-kata dia , Hafiz dan Fatin dah masuk ke dalam kelas. Aku terus react macam biasa. Macam tiada apa-apa yang berlaku antara kami. Dia pun dah mula mendiamkan diri. Aku tersentap sebenarnya. Sakit hati! Aku dah cakap tak ada. Dia tak nak percaya. Dah tu tuduh yang bukan-bukan. Kau nak apa sebenarnya Hariz?!

“ Alya..” Hafiz menegur aku dengan senyuman.

“ Ya.”

Aku langsung tidak mempedulikan renungan Hariz yang semacam tu. Tapi Fatin pula macam tak puas hati dengan aku. Ya Allah. Apa nak jadi ni?

“ Nanti lunch dengan aku erk?”

“ Boleh.”

“ Hariz. Kau nak ikut tak?”

Aku pandang Hariz tapi dia tak pandang aku pun. Malah muka dia dah tak macam tadi. Masam je. uish! Kenapa? Jealous ke? Ah! Tak mungkin.  

“ Tak nak.”

“ Ala. Jomlah.”

Aku masih mendiamkan diri. Tak ada mood nak menyampuk. Nanti jadi kot lain pulak.

“ Tak nak. Malas. Aku ada kerja lain nak buat. “

Terus dia bangun ke tempat duduk dia. aku mula rasa lain. Rasa serba salah pun ada. Arh! Tak mungkin dia jealous. Oh!

**
“ Dia suka kau Alya. Dia suruh aku sampaikan dekat kau. Sebab dia malu nak sampaikan sendiri.”

Aku terkedu. Tak sangka. Orang yang selama ni jadi kawan aku. Tiba-tiba boleh suka dekat aku? serius. Aku langsung tak menyangka hal ni. aku tak expect langsung. Lagipun aku senang menjadi kawan dia.

“ Hafiz.”

Aku tersedar daripada lamunan sebaik sahaja mendengar nama itu. aku toleh ke kiri. Kelihatan Hafiz dan Hariz sedang melangkah ke arah ku. Seorang dengan senyuman. Seorang lagi dengan muka masam. Hurmm.. Aku tak faham betullah dengan Hariz ni. kenapa asyik bermasam muka je? setiap kali berada dengan Hafiz mesti jadi macam tu.

“ Hai Alya. How are you?”

Aku terdiam. Hari ni tiba-tiba Hafiz jadi ramah. Aku tersengih malas.

“ Fine.”

Aku mula rasa kekok.

“ Alya…”

Aku rasa nak nangis. Aku rasa nak lari. Tolong!

“ Aku pergi dulu.”

Hariz beredar tanpa sempat aku menegurnya. Aku tersentap. Sikit pun dia tak nak pandang muka aku. Aku ada buat salah ke dekat dia?

“ Alya…”

“ Stop! Aku ke tandas jap.”

Hariz. Aku sayang kau tau tak. Tapi kau? Aku tak tahu. Dengan sikap kau ni kadang-kadang buat aku syok sendiri. Kenapa tiba-tiba kau nak emo macam ni? dah lah semalam kau diam je. kau buat aku merana Hariz!

**
Hari ni aku malas dah nak fikir semua tu. sama ada fasal Hafiz or Hariz. Kedua-duanya aku dah malas nak fikir. aku akan cuba juga untuk melupakan Hariz. Maybe selama ni tekaan aku benar. Aku hanya syok sendiri. Tak mungkinlah dia nak suka dekat aku. dia kan dah ada Yin. Ah! Aku kalah dengan Yin. Yin lebih cantik dan lebih baik daripada aku.

“ Prof! Bila prof nak tengok kerja ni?”

“ Next week. Make sure you will finish it. I have to go. Goodbye.”

Aku terus simpan buku ke dalam beg. Sehari ni aku langsung tak menegur mereka berdua. Fatin pun sama. Dia sendiri yang mengelak daripada aku. So buat apa aku nak tegur dia pula? 

“ Alya..”

Belum sempat aku ingin melangkah. Hafiz menegur aku terlebih dahulu. Aku menjeling Hariz di belakang. Tapi dia? langsung tak toleh ke arah aku. arh! Sentap lagi.

“ Kenapa? Aku nak cepat. Papa dah tunggu aku dekat luar.” Aku berikan alasan.

“ Ermm…” Dia macam teragak-agak nak cakap.

“ Fiz. Aku gerak dulu. Alya.. Goodluck.”

Aku pandang dia yang sudah berlalu. Goodluck? Apa motif dia cakap macam tu?

“ Alya.. sebenarnya aku.”

Okay. Aku dah dapat tangkap maksud dia. rasanya aku perlu cakap dekat dia yang aku memang tiada perasaan langsung terhadap dia. aku kena berterus terang.

“ Before that, I so sorry Hafiz. Aku rasa kau perlu simpan perasaan kau tu. aku minta maaf. Aku tak dapat anggap kau lebih daripada seorang kawan. Aku sayang kau tapi hanya sebagai kawan. Sorry. Aku pergi dulu.”

Aku mengejar langkah Hariz. Aku kena juga cakap dengan dia. sampai bila kami harus diam macam ni.

“ Hariz!”

Langkahnya serta-merta terhenti.

“ Aku nak minta maaf.” Dengan muka yang tebal aku meminta maaf. Aku yang salah ke dia yang salah? Entahlah.

“ Untuk apa?”

“ Sebab buat kau bermasam muka. Aku pun tak tahu apa salah aku tapi aku minta maaf.”

Tiba-tiba dia ketawa kecil. dah kenapa?

“ Alya..Alya.. kau ni lah. Kau tak salah pun. Salah faham je ni. ke kau sayang aku? haha.”

Terus aku terdiam. Aku diserbu rasa malu. Takkanlah dia syak?

“ Mana ada. Kau merepek.” Aku terus pandang ke arah lain. Tapi dia masih ketawa.

“ Untungnya kalau kau sayang aku. bahagia je rasanya.”

Aku tahan senyum. Kalaulah kau tahu yang aku betul-betul sayangkan kau. Agak-agak kau terkejut tak?

“ Merepek.” Hanya itu je yang mampu aku cakapkan. Aku dah terkelu lidah nak cakap. Cover Alya. Cover!

“ Hahaha. Jom aku hantar.”

“ Pergi mana?” Aku dah blur.

“ Baliklah. Kau ingat nak ke mana?” Aku tersengih.

“ Tak payah. Papa aku dah datang ambil.”

“ Ala. Kan bagus kalau aku ada lesen kereta.”

“ Berapa kali kau nak ulang? Pergilah ambil. Tak guna kau cakap dekat aku.”

Aku terus melajukan langkah. Malu! Haha.

“ Suatu hari nanti! Haha.”

Dan aku terus tersenyum sampailah ke kereta papa. Oh my! Bahagianya rasa!

**
Dah sebulan berlalu semenjak hubungan aku dengan Hariz berbaik. Hubungan aku dengan Hafiz juga makin baik tapi hanya sebagai kawan. Dia dah dapat terima kenyataan dan siapa sangka sekarang dia dah couple pun dengan orang lain. Haha. Maybe kecewa selepas aku tolak cinta dia. kahkah.

Aku gembira kerana keadaan menjadi pulih seperti biasa. Dan aku seronok kalau hari-hari buat dia jealous. Eh! Bukan aku je dia pun. Entahlah apa motif dia. nak kata dia suka aku macam ya. Tapi aku tak nak syok sendiri.

“ Alya…”

Mataku yang tertumpu dekat prof tersentak dua saat. Siapa yang panggil kalau bukan insan yang bernama Hariz tu.

“ Alya..”

Aku masih mendiamkan diri. Malas nak melayan sebenarnya. Tiba-tiba je.

“ Alya…”

Aku dah hilang kesabaran. Tanpa berlengah, aku terus sepak kerusi dia. Kacau aku lagi kan?

“ Kuatnya kau.”

“ Diam kau! Jangan kacau aku lah! Aku nak buat kerja ni. fokus please!”

Selepas tu dia pun terus diam. Aku pun diam. Malas nak kacau dan malas nak ambil tahu. Aku dah lali dengan sikap dia. erh! Kalau sehari tak kacau tak sah.

Selepas sejam berlalu. Akhirnya kelas pun habis. Aku menghembus nafas lega. Akhirnya! Aku dapat pulang.

“ Fatin. Aku balik dulu.”

Aku menoleh ke belakang. Dan aku mengeluh hampa. Hariz dah balik ke? Cepatnya dia jalan. Kalau tak dia mesti akan tunggu aku dulu. Takkan dia terasa sebab tadi?

Dengan langkah malasnya aku melangkah keluar daripada kelas. Aku hanya tunduk sepanjang perjalanan. Tanpa sedar ada seseorang yang telah berdiri tepat di hadapan aku. mujur aku sempat brek. Kalau tak terlanggar lelaki tu. eh! Kasut ni macam aku kenal? Aku terus dongak ke atas.

“ Eh!”

Hariz rupanya. Tapi dia hanya mendiamkan diri dengan muka selambanya. Tak tegur aku sikit pun.

“ Hariz.”

Aku menoleh ke belakang. Yin? Aku sembunyikan rasa kecewa aku. ternyata dia menunggu Yin.

“ Jom balik.”

Aku dibiarkan seorang diri macam patung dekat sini. Ya Allah. Aku tahan air mata aku daripada mengalir. Hati! Bertahanlah. Jangan sampai kau cair dekat sini. Nanti orang perasan. Akhirnya aku melangkah ke arah kereta papa. Sabarlah Alya.

**
‘ Jom balik.’

Aku mengetap bibir. Kata-kata dia yang aku dengar siang tadi masih tersemat dalam minda. Tanpa tegur aku dia melangkah pergi. Takkan dia marah sebab aku tersepak kerusi dia pagi tadi kot.

Aku membelek telefon bimbit. Patut tak aku whatsupp dia? cakap sorry dekat dia? memang patut. Itu salah kau Alya.

Dengan lafaz bismillah. Aku mula menghantar whatsupp dekat dia.

‘ Hariz.’

‘ Apa?’

‘ Aku minta maaf.’

‘ Sebab?’

Aku mengetap bibir kuat. Buat-buat tak tahu ke?

‘ Tersepak kerusi kau pagi tadi.’

‘ Tak rasa apa-apa pun. Tak ada apa-apalah.’

Aku menekup mukaku. Malu!

‘ Oh. Okay. Malu.’

Dan aku terus tutup telefon gara-gara malu yang amat. Tu lah kau. Terlalu banyak syak wasangka. Sampai salah tafsir. Huh! Malu! Please Alya! Jangan terlalu berangan sangat yang Hariz tu pun suka dekat kau walaupun sikap dia macam ya. Erh! Bencinya!!!!!

**
Keesokan harinya aku langsung tak tegur dia. aku nak lari daripada dia sebenarnya. Sebab malu okay. Apabila ada group discussion, aku langsung tak bersemuka dengan dia. cakap satu patah perkataan pun tak. Lepas tu bila time aku nak cari maklumat. Dia pula yang asyik datang dekat aku.

Tapi aku tak layan pun malah terus lari ke tempat lain. Biarkan dia. itu lebih baik. Malu okay.

“ Guys. Aku pergi ambil bahan untuk present ye.” Tiba-tiba Hariz bersuara.

“ Biar aku ambil. Korang buat dulu kerja.”

Cepat-cepat aku lari daripada dia. nak mengelak. Dan aku dapat dengar dia ketawa. Ketawalah selagi boleh!

Saat aku ingin mengambil bahan-bahan untuk present. Aku terserempak dengan Yin. Tapi aku buat bodoh je. Aku tak nak cari gaduh dan aku tak nak hati aku sakit lagi dengan Yin ni. tolonglah!

“ Alya..”

Langkahku terhenti. Aku menoleh.

“ Aku suka dia.”

Aku tersentak. Siapa? Hariz?

“ Tapi aku rasa dia tak suka aku pun. Aku rasa selama ni dia hanya berpura-pura dan anggap aku tak lebih daripada seorang kawan. Aku dah cuba nak meraih hati dia. tapi aku gagal.”

Aku terdiam. Hariz ke dia maksudkan? Siapa lagilah kalau bukan Hariz.

“ Aku rasa..”

“ Stop! Aku ada kerja nak buat. So aku pergi dulu.”

Daripada aku dengar benda yang akan buat sakit hati dari dia. baik aku pergi dulu. Tak lah sakit hati lagi.

“ Lambatnya. Kau pergi ambil ke kau buat?”

Aku buat bodoh je dengan kata-kata Hariz yang sedang memperli aku. 

“ Okay. Jom buat persediaan. Kau Fatin terang yang ini. hafiz yang ini. dan kau Hariz yang ini. aku pula yang ni.”

“ Are you sure?”

Aku tersedar. Alamak! Aku tercakap dengan dia. haish! Kata nak mengelak!

“ Oklah. Aku nak get ready.”

Terus aku ambil tempat duduk tanpa menghiraukan dia yang tengah gelak tu. buat bodoh je lah Alya. Geram!

Sampai saja giliran aku. aku terus bercakap apa yang sepatutnya aku bercakap. Suara aku pun macam tenggelam timbul. Bukan sebab gugup tapi sebab orang sebelah aku ni yang asyik perhati daripada tadi. Malu lagi!

Sebaik sahaja giliran aku selesai, aku terus duduk dekat tempat aku kembali. Giliran dia pula yang bercakap. Tapi aku hanya tunduk ke bawah. Tak ada hati nak pandang dia. tak ada hati ke malu? Ceh!

Tiba-tiba aku terdengar bunyi tepukan gemuruh daripada orang sekeliling. Ha? Kenapa? Oh present dah habis. Ceh! Mengelamun lagi kau.

“ Weh. Suara kau lain tadi. Haha.” Pikah datang tegur. Aku hanya tersenyum nipis.

Tiba-tiba si Hariz datang dekat dan tunduk ke arahku. Aku dah mula rasa berdebar. Ya Allah.

“ Suara kau macam apa dah. kau tertelan biji batu ke? Haha.” Bisiknya dengan dekat sekali tepi aku ni.

Aku hanya terdiam seribu bahasa. Tapi aku masih menganggukkan kepala.

“ Tak lah teruk sangat. Okay apa.” Aku bercakap lebih kepada diri aku sendiri sebenarnya. Tapi dia pula terdengar. Lalu apa lagi. Ketawalah.

“ Haha.”

Eii! Benci!!!

**
Hari ni aku rasa sedih. Rasa kosong tiba-tiba. Rasa rindu pun ada. Siapa? Hariz? Entahlah. Hari ni dia senyap je. Tak tegur aku pun. Kalau tak ceria je. Dalam group tadi aku ada tanya Hafiz. Tapi dia pun tak tahu. Masa tu Hariz hanya melihat kami berdua dari jauh.

Dalam hati rasa nak cakap tapi aku tak berani. Kawan aku kata dia suka kat aku. Entahlah. Aku tak boleh buat andaian sendiri selagi aku tak dengar daripada mulut dia sendiri. Aku dalam dilema. Setiap kali aku nak lupakan dia, setiap kali itulah dia muncul. Benci!

Tiba-tiba Yin datang ke arah kami berdua. Aku hanya mendiamkan diri. Aku memang tak ngam dengan dia dari dulu lagi.

“ Yin. Kau nak apa datang sini?” Hafiz menyoal. Dia pun tak senang dengan kehadiran Yin. Dia ada cakap dekat aku dia tak suka bila Yin asyik dekat dengan Hariz. Aku sokong tu. Haha.

“ Aku nak pinjam Alya kejap boleh?”

Aku tersentak. Aku pandang Hafiz sesaat sebelum pandang muka Yin yang penuh berharap tu.

“ Sekejap je. aku ada hal nak cakap sikit dengan dia. Aku pinjam makwe kau kejap je.”

Aku tersenyum hambar. Aku tahu dia tak puas hati apabila dapat tahu Hafiz couple dengan orang lain.

“ Tak apa. Aku pergi kejap je. kau cakaplah dekat Hariz semua ni. dia macam tak nak cakap dengan aku je. aku pergi dulu.”

Tanpa berlengah, aku terus mengikuti langkah Yin. Sebelum tu sempat lagi aku menjeling ke arah Hariz. Apabila dia perasan aku jeling dia, dia pun terus toleh ke arah lain. Haih. Macam orang tak tahu dia asyik jeling kat aku. ceh!

Sampai saja dekat luar kelas. Yin mengajak aku ke taman.

“ Yin..”

Aku pandang dia dengan kerutan. Dia nak cakap apa?

“ Aku tak nak kau ganggu dia lagi. Aku dah fikir masak-masak. Aku nak berusaha untuk raih hati dia.”

“ Siapa yang kau maksudkan ni? Aku tak fahamlah!”

“ Hariz.”

Aku tersentap. Hariz! Aku dah agak. Dia memang ada perasaan dekat Hariz.

“ Apa yang kau cakapkan ni? Aku tak fahamlah.” Aku berpura-pura tak tahu sedangkan aku rasa nak nangis je sekarang ni.

“ Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau suka dia.”

Aku tersentap lagi. Sedaya upaya aku cuba mengawal perasaan aku ni.

“ Kau salah faham. Dan kenapa kau beritahu aku semua ni?”

“ Sebab kau penghalang besar!”

Aku tersentak mendengar tengkingan dia. aku terundur dua langkah ke belakang.

“ Sebab kau buat Hariz asyik teringatkan kau. Kau tahu tak setiap kali kami berdua dia selalu sebut nama kau. Aku yang dengar pun sakit hati. Kau tahu tak?”

Air mataku menitis tanpa sempat ditahan. Kenapa salahkan aku? aku tak tahu apa-apa.

“ Aku sayang dia semenjak dia mula mengambil berat dekat aku. Tapi aku tahu dia sayangkan kau lebih daripada aku.”

Aku masih mendiamkan diri. Aku seka air mataku dengan perlahan. Aku dah tak tahan nak mendengar kata-kata dia.

“ Alya!”

Gagal. Aku gagal untuk melangkah masuk ke dalam kelas semula.

“ Kau jangan pergi selagi aku belum habis cakap.”

Aku menutup mataku erat. Ya Allah. Dugaan apa lagi ini?

“ Please Yin. Aku langsung tak tahu apa-apa. Jadi jangan tuduh aku. kenapa kau tak tanya dia je senang?!” Bentakku.

“ Sebab dia tak nak cakap. Baik kau mengaku. Kau sayang dia kan?”

Aku tunduk memandang tanah. Aku tak mampu nak bersuara. Kalau aku cakap, aku takut dia pergi beritahu Hariz sendiri. Aku tak nak.

“ Aku ada kerja banyak lagi ni. aku pergi dulu.”

Belum sempat pun aku melangkah. Aku terdengar satu suara garau daripada belakang.

“ Hariz!”

**
“ Hariz.”

Aku tengok Yin dan Hariz saling memandang. Aku tersenyum hambar. Rasanya aku tak patut kacau mereka berdua. Mungkin benar aku salah sangka selama ini.

“ Apa yang kau cakap dekat Alya?”

“ Aku cakap apa? Aku Cuma tanya dia je. salah ke?”

Aku berpusing ke arah lain. Tak sanggup nak tengok. Daripada sakit hati nanti baik aku lari.

“ Alya! Kau tunggu!”

Huh! Dia arah pula.

“ Kau tuduh dia. Kau melenting dia. Kau ugut dia. Itu yang kau kata tanya?” Bentak Hariz kuat.

Aku dan Yin yang mendengar terkejut besar.

“ A..aku..”

“ Berhenti bermimpi boleh tak Yin? Aku tak sayang kau pun. Aku hanya anggap kau sebagai kawan. Pleaselah. Aku tak boleh anggap kau lebih daripada tu. Aku dah ada orang lain.”

Hatiku terus berdebar kencang saat mendapat renungan daripada dia.

“ Siapa? Alya? Aku dah agak. Jadi betullah selama ni kau sayang kan dia?” Yin menduga.

“ Aku tak kata Alya. Dan aku juga tak kata kau. Tapi yang pasti bukan kau.” Wajah Hariz kembali tegang melihat ke arah Yin.

Aku rasa nak ketawa pula tengok Yin.

“ Sekarang baik kau pergi dan jangan ganggu kami berdua lagi terutama Alya. Dia tak bersalah pun dalam hal ni. Cuma kau tu yang syok sendiri.”

Aku tersentap lagi. Haih. Macam kata dekat aku je. okay fine!

“ Tapi aku..”

“ Go!”

“ Okay fine!”

Terus Yin beredar daripada situ. Alhamdulillah. Ish! Tak baik kau Alya. Haha. Lega! Aku pandang pula Hariz. Tapi dia pandang ke arah lain. Hurmm. Siapa agaknya yang berpenghuni dalam hati  dia tu? Sedih pula aku rasa.

Tanpa berlengah, aku pun berlalu daripada situ. Rasanya aku kena juga lupakan dia. aku tak ada makna pun dalam hati dia. just friend. Ya Allah. Sakitnya rasa. Macam mana aku nak lupakan dia kalau sebelum ni pun aku tak boleh? Huh!

**
Sebulan berlalu lagi. Dan dalam sebulan tu juga hubungan aku dengan Hariz biasa saja. Aku rasa aku dah boleh anggap dia macam kawan biasa. Dia? Entah. Tapi yang pasti dia tak pernah berhenti kacau aku. Cuma aku dah jarang melayan. Aku tak nak kalau aku layan aku makin sukar nak lupakan dia. so baik aku diamkan diri. Kan?

Cuma hari ni, dia selalu datang dekat aku. bila aku nak mengelak dia macam tak bagi. Bila aku nak ke kantin dia ikut. Bila aku nak ke kelas. Dia pun ikut. Ish! Apa masalah dia ni?

“ Hariz!”

“ Ye?”

Aku berdepan dengan dia saat ini. perasaan geram menguasai diri aku.

“ Stop ikut aku. rimaslah!”

“ Tak nak.”

Dia toleh ke arah lain sambil bersiul. Aku dah mula geram. Jadi aku sepak kaki dia. puas!

“ Sakitlah!”

“ Padan muka.”

“ Baik kau minta maaf.”

“ Tak nak.”

“ Dua kali kau hutang aku. baik kau minta maaf cepat.”

“ Aku tak nak!”

Aku teruskan langkah tanpa menghiraukan dia.

“ Alya Sufina!”

Dia terus berdiri depan aku. Eh! Cepatnya.

“ Tepilah! Kau nak apa?”

“ Nak kau!”

Aku terdiam. Apa? dia nak apa tadi? Kurang jelaslah.

“ Aku nak kau. Faham?”

Aku tengok diri aku sebelum mendongak melihat dia. Aku?

“ Kau nak aku? buat apa?” Okay. Aku blur saat ni.

“ Ya. Sebab kau hutang aku satu benda. So hari ni kau kena langsaikan juga.”

“ Aku hutang apa? baik kau cakap.”

Tiba-tiba dia tunduk dan membisikkan sesuatu dekat aku.

“ Kau hutang aku hati kau. Kau curi hati aku setelah sekian lama. Dan sekarang kau nak aku lepaskan kau macam tu je? No way!”

Terbeliak mata aku selepas mendengar kata-katanya sebentar tadi. What? Aku tak salah dengar kan?

“ So.. lepas ni kau jangan cakap dengan Hafiz dengan Judin or dengan sesiapa sahajalah. Ambil gambar dengan orang lain pun tak boleh except me. Yalah. Aku ni kan handsome. Jejaka idaman Malaya terakhir.”

Aku pandang dia dengan pandangan kosong. Jejaka idaman Malaya terakhir? Werk! Perasannya!

“ Alya Sufina. Kau dengar tak ni?”

Aku terus tunduk ke bawah. Malu. Nampaknya selama ni tak bertepuk sebelah tanganlah kan? Ya Allah.

“ Tak.” Aku jawab dengan perlahan. Lepas tu aku terus berjalan laju meninggalkan dia.

“ Alya! Aku cintakan kau! Ingat tu! Aku tebalkan muka luah dekat kau ni tau tak? So jangan kau buat-buat tak dengar pulak. Malu! Kau faham?”

Akhirnya aku melepaskan tawa selepas mendengar kata-katanya. Hahaha. Lelaki malu? Pengecut betul mamat ni. tapi pengecut pun itu juga yang kau cinta dalam diam kan?

Aku tersengih malu. Hariz. Aku pun cintakan kau. Dalam diam je. boleh?

“ Tak.”

“ Astagfirullah!”

Tiba-tiba muncul berdiri sebelah aku. Terkejut aku! Dia ni kan!

“ Kau jangan harap kau boleh lari lagi daripada aku. Aku Hariz dan kau Alya. Ingat yang aku akan jadi suami kau. Kau Alya akan jadi isteri kepada Hariz. Faham?”

Aku terus tampar tangan dia dengan beg aku. Sengal!

“ Woi!”

“ Sengal!”

“ Tapi itu yang kau nak dengar kan selama ni?”

“ Siapa kata?”

“ Kawan baik kau.”

“ Whatever!” Habis modal aku nak lawan.

“ Cinta kau diam-diam. Ingat tu.”

“ Werk!”

“ Ingat comel dah la tu.”

“ Memang pun.”

“ Ingat tu.” Terus dia berlari masuk ke dalam kelas. Aku ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga.

“ Hariz!”

Tapi aku bahagia. Terima kasih Ya Allah. Persoalan aku akhirnya terjawab.  

~Tamat~

Popular Posts