“ Muram je aku tengok kau ni. Sejak semalam lagi. Kenapa ni?”
Dahlia tersentak apabila tiba-tiba Zahida muncul di
hadapannya.
“ Bila kau masuk. Aku tak dengar pun.” Soal Dahlia.
Zahida menggeleng perlahan.
“ Nak dengar apanya yang kau asyik termenung je. Kenapa ni?
Cuba cerita dekat aku.”
Zahida mengambil tempat di hadapan Dahlia. Sungguh wajah
Dahlia kelihatan sugul. Mesti dia ada masalah.
“ Taklah. Aku ok je. Penat sikit sebab banyak kerja. Kau
tahu kan bos besar kita tu. Aku bos kecil ni pun takut apatah lagi orang lain.”
Nafi Dahlia dengan senyuman.
Zahida membalas senyuman itu.
“ Biasalah. Kau ni semenjak di naikkan pangkat aku tengok
kau makin sibuk. Apa kata kau minta cuti dan pergi tenangkan fikiran. Jangan
jadi macam ni. Risau aku tengok.” Zahida berpesan.
Dahlia terdiam memikirkan kata-kata Zahida. Betul juga apa
yang dia kata tu. Kenapalah aku tak fikir dari awal lagi.
“ Aku cuba. Hurmm.. Jom kita lunch sama-sama. Lama aku tak
lunch bersama dengan kau kan?” Ajak Dahlia dan berlagak ceria. Itu kisah yang
dah lepas. Tak patut aku bawa ke tempat kerja.
“ Betul juga tu. Jom..”
Dahlia tersenyum lagi. Sebenarnya Zahida langsung tak tahu
yang sebelum ni Faiz pernah ada hubungan dengan aku. Yang dia tahu aku kawan
saja dengan Faiz. Maafkan aku kerana rahsiakan perkara ini daripada kau.
**
Penat jari Faiz gara-gara mendail nombor Dahlia. Dah dua
hari tapi nombor Dahlia tak dapat dia hubungi. Masalah betullah! Semua ini
gara-gara Irsya. Perempuan tak guna tu musnahkan segala-galanya. Argh!
“ Hei.. apa yang awak runsingkan tu?” Soal Ilia iaitu teman
mesra Faiz.
Faiz menepis tangan Ilia yang mahu menggapai tangannya.
Sekarang mood dia nak bermesra dah hilang. Argh!
“ Aku nak balik. Jangan ganggu aku.”
Tanpa berlengah, Faiz terus mengangkat punggung dan berlalu
daripada sebuah restoran.
“ Apa-apa pun aku perlu jumpa dengan Dahlia. Aku tak mahu
hubungan aku dan dia terputus di sini. Aku tak nak!”
Tiba-tiba langkah Faiz terhenti saat ternampak kelibat yang
sangat dia kenali. Perlahan-lahan senyumannya terukir. Lantas langkah di atur
ke arah kelibat itu.
“ Dahlia!”
Dahlia yang baru nak masuk ke dalam kereta tersentak
mendengar namanya di panggil. Zahida di sebelah sudah menoleh ke belakang.
“ Siapa lelaki tu?” Soal Zahida. Dahlia tersentak apabila
mendapat tahu Faiz yang memanggilnya. Macam mana aku boleh terserempak dengan
dia pula ni. Aku tak mahu jumpa dia.
“ Ida jom! Cepat!” Arah Dahlia pantas masuk ke dalam kereta.
Zahida yang tak mengerti apa-apa hanya menurut.
Faiz tidak sempat berhadapan dengan Dahlia apabila kereta
itu sudah bergerak.
“ Shit!” Faiz merengus geram. Tak guna!
**
“ Kau kenal ke siapa lelaki tadi tu?” Soal Zahida apabila
berada di pertengahan jalan.
Zahida langsung tak dapat cam wajah lelaki itu. Jauh sangat.
“ tak.” Tipu Dahlia. Aku jamin Zahida takkan tahu itu Faiz.
Sebab perwatakan Faiz dah jauh berbeza semenjak waktu persekolahan dulu.
Lagipun Zahida tak masuk ke tingkatan 6 jadi dia tak tahu.
“ Habis dari mana dia tahu nama kau?” Soal Zahida lagi.
Dahlia mengeluh kecil. Kalau boleh dia tak mahu lagi bincang
tentang lelaki itu.
“ Mana aku tahu. Dahlah. Aku penat.”
Dahlia terus memejamkan mata. Nak mengelak daripada terus
menjawab soalan Zahida.
Maafkan aku Zahida!
~Bersambung~
No comments :
Post a Comment