Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday, 16 May 2013

Cinta Bersatu 19

Hai semua.. Wah! Dah beberapa hari aku tdk menjenguk ke sini. Dah berhabuk sangat ni. Hehe..
Anyway saya baru je habis exam. Alhamdulilah baru ni berpeluang menjenguk ke sini.
Dan hari ni saya hadiahkan korang cinta bersatu bab 19. Sabar ye semua. Lagi dua bab habislah. Kalau nak tahu the endnya. Kenalah tunggu !! >_<




Entah mengapa hari ini aku rasa gembira je. Rasa macam akan dapat kejutan yang besar. Tapi apa erk?


Dan hari ini aku meluangkan masa bersama-sama dengan Anuar. Dah dua hari semenjak Aunty datang serang Anuar itu sampai hari ini dia sudah tak datang kacau. Maybe dah penat kot sebab tak berjaya. Aku jadi gembira lah kalau betul.


Hari ini di rumah. Saat ini aku sedang menonton tv bersama Anuar. Mujur hari ini cuti. Jadi aku tak perlulah risau tentang kolej. 


“ Dee..”                                             


“ hurmm..” sahutku perlahan.


“ Terima kasih.” Aku menjongket kening lalu melihatnya.


“ Untuk?” Soalku. Dan dia tersenyum.


“ Sebab sudi bersama abang.” Aku berkerut dahi tanda tak faham.


“ Sebab dua hari yang lepas.” Ops! Aku terus mengalihkan pandangan. Terus pipiku merah. Tulah gatai sangat tanya dia.


“ Dee..” Aku tersenyum tanpa menoleh ke arahnya.


“ sama-sama. Itu bukti cinta Dee kepada abang.” Ujarku perlahan.


Kini aku telah sah menjadi miliknya. Milik Anuar. Alhamdulilah!


“ Jadi hari ini abang ada kejutan untuk Dee.” Ujarnya dengan senyuman nakal.


“ Apa?” patutlah aku rasa gembira je daripada tadi. Rupanya memang betul ada surprise untuk aku. Yeay!


Ting tong!


Bunyi loceng rumah membuatkan aku dan Anuar menoleh ke arah pintu. Siapa yang datang tu?


“ Siapa tu?” Soalku dan bangun untuk melangkah ke arah pintu.


“ Pergilah buka tengok. Abang tunggu sini.” Aku hanya mengangguk.


Sebaik saja aku buka pintu. Aku tergamam melihat insan-insan yang berada di hadapan mataku sekarang.


“ Assalamualaikum anak mama. Sihat?” mama tanya khabar.


Aku terus memeluk mama untuk melepaskan rindu.


“ Kenapa mama tak beritahu yang mama nak balik.” Ujarku teruja. Tangan mama dan papa aku kucup. Kakak dan abang aku pun ada.


“ Suami kamu yang tak benarkan. Katanya nak berikan kejutan. Maaf sebab sekarang baru kami berpeluang balik ke sini.” Mama membelai rambutku lembut.


“ Tak apa. Ni pun Dee bersyukur sebab mama balik awal daripada yang dijangka. Masuk lah.”


Alhamdulilah. Keluargaku sudah pulang ke Malaysia. Anuar.. Terima kasih. Aku menjelingnya dan dia hanya tersenyum. Terima kasih abang!


**

“ Mama dapat tahu yang Aunty ganggu korang berdua. Betul ke?”


Persoalan mama membuatkan aku tersedak. Lantas belakangku di usap Anuar.


“ Mama ni. Tengah makan juga nak tanya. Kalau ye pun tanya la lepas makan.” Tegur papa. Aku tersenyum.


“ Maaf tapi mama Cuma nak tahu.”


Aku menjeling Anuar. Aku rasa dia yang beritahu mama. Mana ada orang lain yang tahu selain mereka berdua. Dan Anuar mengangguk tanda mengiakan.


“ Mama… Dee tak tahu kenapa dengan Aunty tu. Kadang-kadang Aunty tu macam orang asing bagi Dee.” Jelasku sayu.


“ Maafkan mama sebab kamu dah terlibat dalam masalah kami. Kamu jangan risau, sekarang mama dan papa dah balik. Jadi Dee takkan terlibat lagi dalam masalah kami ye..” Ujar mama bagi tidak merisaukan aku dan Anuar.


“ Kalau kami boleh bantu kami bantu mama.” Suara Anuar lantas tersenyum. Aku hanya mengangguk.


“ Tak usahlah Nuar. Kamu berdua tak patut masuk campur dalam urusan kami. Sepatutnya papa kena selesaikan masalah itu sebelum berangkat ke luar negara. Tapi ini pula jadinya.” Suara papa kelihatan hampa.


“ Dahlah papa dan mama. Makanlah dulu.” Tiba-tiba abangku Raizan menegur.


Hurmm.. Dah lama aku tidak makan bersama macam ni. Nikmat juga ye…


“ Sebelum tu..” Semua mata tertumpu pada mama yang ingin memberitahu sesuatu.


“ Anuar dan Dee mama beri kamu berdua cuti. Mama nak kamu berehat.”


Aku dan Anuar tersentak. Berehat?


“ Ye Dee. Kasihan mama tengok kamu. Semenjak kamu kahwin ni mama tahu kamu dah tak berpeluang untuk ke mana-mana. Yalah dah nama pun ada suami. Ye tak Nuar?”


Aku tersenyum malu. Sedar pun mama ni. Memang mula-mula aku rasa macam tu. Tapi lama-lama aku rasa bahagia. Tak kisahlah aku berada di mana sekalipun.


“ Tak apa ke mama?” Soal Anuar.


“ Of courselah tak apa. Mama ni lagi suka tengok korang bahagia.” Suara kakak aku Kalisya.


“ Terima kasih mama dan papa.” Ucapku terharu. Mestilah terharu sebab mereka ambil berat tentang kami. Hukhuk.. 

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts