Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday, 24 October 2014

Tutup Buku Lama Buka Buku Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :)

Halo-halo semua. Wah.. Sudah lama giler aku tak berkunjung ke sini. Agak-agak ada orang rindu aku tak? Hiks. *Sapalah nak rindu kau Syimah oii* 

Anyway.. Apa khabar korang semua? Sihat? Alhamdulillah aku dekat sini sihat-sihat je. Tapi otak je tak sihat sikit. *Eh?Dah kenapa?* Nak examlah korang! Huhu. Makin hari aku jadi makin malas. Hampeh! 17/11/2014. Aku dah mula exam untuk STPM penggal 1. 19/11/14 adalah paper last. Tiga hari je. Lepas tu enjoy! Hoho. 

Aku sedarlah masih banyak kelemahan aku dalam STPM ni. Terlalu banyak. Tapi aku akan usahakan juga utk mencapai impian. Hehe.. 



Apalah yg aku mengarut tu kan? Anyway.. Selamat menyambut Awal Muharram. Semoga tahun ni lebik baik daripada tahun lepas. Marilah kita tutup buku lama dan buka buku baru. Lupakan segala perkara yang tidak berkaitan dan maafkan semua orang pada tahun-tahun lepas. 

Aku juga harap aku dapat menjadi lebih baik dan perbaiki lagi diri aku ni. Tak nak jadi terlalu malas dan terlalu ikutkan perasaan. haha.. Melalut lagi. Hiks. Maafkan saya (Gaya minta penampar).

Aku tau ada yang masih belum habis final exam. Dan ada juga yg dah cuti semester pun. Rasa cemburu dekat sini ye. -_- Tak sabar nak habiskan exam sebenarnya. Lepas tu nak pergi bercuti ke Pahang. Hoho. Jauhnya aku berangan. Lambat lgi. Hiks.. 

Dah.. Daripada aku terus melalut dan buat hampa semua geram. Hiks. Lebih baik aku tutup dengan sedikit ucapan. 

Walau apapun yang terjadi. Pasti ada hikmah disebaliknya. Aku hanya pinta agar Allah kuatkan hati aku ni. Moga hati aku akan terus jadi kuat dan tabah bukan hanya untuk hari ni. Tapi untuk setiap hari. :') 

Itu sajala. Ha! Bagi korang yang ternanti-nanti cerpen tu. Harap maaf dan sabar menunggu. Tunggu aku habis exam dulu. Masa tu aku akan post banyak2 kay? Hiks.. 

Wassalam..

Popular Posts