Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 30 May 2013

His Heroin Or Wife? 8




‘Awak ni memang lelaki yang tak guna. Saya dahlah tengah stress dan awak menambahkan lagi stress saya. Dan ingat! Saya tak mahu jumpa awak lagi.’

Kata-kata Dahlia kemas bermain di fikirannya semenjak habis scene pertama filemnya itu. Sampai termenung dia teringatkan gadis itu.

“ Hei Haikal! Kau dah bersedia ke belum?” Sergahan itu mengejutkan Haikal yang sedang termenung itu.

“ Ready untuk?” Soal Haikal tak faham.

“ Scene kedua kau lah. Kali ni kau sorang je. Dah ke?”

Haikal menghembus nafas kecil kemudian membuat anggukan kecil. Kali pertama dia berlakon dalam filem. Jadi gemuruh pula. Dan ini merupakan kali pertama dia dalam bidang lakonan. Sebab tu gemuruhnya lebih sikit. Mujur pengarah nampak bakatnya itu.

“ Okey set! Ready semua!” Pengarah iaitu Sham memberi arahan kepada semua. Haikal sudah ready di tempatnya.

“ Haikal! Okey?” Sham melaung. Haikal hanya mengangguk.

“ Okey! One, two and… action!”

Sebaik saja Sham mengeluarkan arahan, Haikal mula menjalankan misinya. Walaupun payah dia telah cuba sedaya upaya.

“ Aku tak boleh lupakan dia. Tapi kenapa aku mesti jadi macam ni. Istimewa sangat ke gadis tu?”
Itu adalah di antara dialog yang patut dia cakap. Dan dia jadi pelik apabila semasa dia menyebut dialog itu, dia teringatkan gadis pada pagi tadi.

‘ Aku teringatkan dia?’

“ Cut!” Haikal tersentak. Kepalanya yang tidak gatal di garu perlahan. Wajah Sham di pandang.

“ Kau kenapa Haikal? Muka tu daripada tadi serba tak kena je. Ada problem ke?” Soal Sham prihatin.

“ Ada. Kau lah.” Haikal mengambil botol air yang di hulur Sham.

“ Aik? Aku? Pe hal?” Muncul kerutan di dahinya.

“ Kau ingat kan pagi tadi tu. Kau suruh aku cari seorang gadis bidan terjun dalam babak aku tadi sebab Wahida tidak dapat datang. Ingat?” Haikal cuba ingatkan Sham.

“ Oh! Kenapa dengan dia?”

“ Kaulah. Aku jadi serba salah lah dengan dia. Dia marah aku sebab aku tiba-tiba libatkan dia dalam hal kita. Dan masa aku berlakon tadi aku tiba-tiba je ingat dia.” Jelas Haikal dengan senyuman kecil. Tapi gadis tu comel.

Sham tertawa kecil.

“ Kau minat dekat dia tak?” Duga Sham lalu memaut bahu Haikal. Haikal pantas menepis tangan Sham. Tak ada kena mengena okey?

“ Dahlah. Perasaan kau je tu. Sambung!”

Haikal hanya mengangguk perlahan. Tapi wajah gadis itu masih dia tak dapat lupakan.

**
“ Aku dah buat keputusan. Memandangkan Wahida tidak dapat teruskan lakonan. Aku kau cari perempuan tu sampai jumpa. Hanya dia yang layak memiliki watak ni. Aku rasakan dia yang paling sesuai setelah aku melihat lakonan dia tadi.”

“ Itu bukan lakonan Sham. Itu tindakan spontan dia. Lagipun dia tak tahu yang dia sedang berlakon.”
Haikal memandang serius ke arah pengarah filemnya. Ada suruh aku cari perempuan tu selepas aku kena marah.

“ Tak kira. Buatlah apa pun. Yang pasti aku nak dia yang jadi watak heroin. Fullstop!”

Sham terus keluar daripada bilik persediaan Haikal. Haikal yang mendengar dah bagai nak meletup kepala otaknya.

“ Macam mana aku nak cari ni. Kenal pun tak. Dahlah aku kena marah pula tu dengan dia. Sham ni macam-macam lah. Pakai je lah pelakon yang ada ni. Hish!” Haikal melepaskan rasa tak puas hatinya.

Tapi walau apa pun, dia kena cari juga perempuan tu. Persoalannya adalah bagaimana? How?

“ Dan!”

Sham berpatah balik dan melihat Haikal yang sedang tertekan itu.

“ Aku kesian tengok kau sebab tulah aku suruh cari gadis tu. Lagipun kan kau rasa serba salah dengan dia.”

Seusai Sham berkata. Dia terus beredar. Haikal yang mendengar terlopong. What! Ish!

**
Dahlia merenung wajahnya di hadapan cermin. Tiba-tiba perkara pagi tadi terlayar di fikirannya.

“ Lee Min Ho tu? Aish! Kenapa dia libatkan aku. Ish!” Bebelnya tak puas hati.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Apabila melihat saja nama yang tentera di skrin. Pantas dia tutup telefon itu.

“ Kenapalah jadi macam ni. Ingatkan bila datang sini bolehlah tenangkan fikiran. Tapi makin berserabut adalah. Argh!”

‘ Saya sayangkan awak.’

Terdiam Dahlia apabila perkataan itu tiba-tiba terlayar di fikirannya. Huh! Boleh gila aku kalau macam ni. Kalau boleh aku tak mahu jumpa lelaki tu dah. Tak kisahlah Faiz ataupun Lee Min Ho tu. Dua-dua buat aku sakit hati.

Tak tahan!

~Bersambung~

2 comments :

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers