Aku melihat Anuar dengan senyuman hambar. Pagi ni aku rasa tak ada mood untuk ke kolej. Rasa tak sedap badan pun ada. Aku tahu dia risau tengok aku macam ni.
“ Dee? Are you okey?” Soalnya risau. Aku hanya mengangguk perlahan.
“ Dee okey. Abang pergilah. Jangan risaukan Dee.” Ujarku dengan senyuman.
Aku bangun dan melangkah ke arah ruang tamu. Tapi belum sempat aku nak
menginjak ke sofa. Aku hampir rebah tapi sempat di paut Anuar.
“ Dee. Jangan buat abang risau. Jom abang bawa Dee ke klinik.”
Aku menggeleng perlahan. Cuma tak cukup tidur. Tu yang jadi macam ni.
“ Maaf sebab buat abang risau. Tapi nanti Dee okey lah. Dee Cuma pening je.
Abang pergilah kerja. Dee okey.” Ujarku bagi meyakinkan Anuar.
Anuar merenungku tajam. Kemudian dia menggeleng.
“ Tak. Abang tak pergi kerja hari ni. Abang akan jaga Dee di rumah.” Aku
terkedu.
“ Tapi bang..” Tanganku di capainya.
“ Abang tak nak sesuatu terjadi kepada Dee kalau abang tiada di rumah.”
Kemudian dia membawaku ke dalam pelukannya. Aku tersenyum.
“ terima kasih abang. Dan Dee sayang abang.” Luahku perlahan.
“ Abang pun sayangkan Dee. Dah. Sekarang Dee kena berehat.”
Aku di pimpin ke sofa. Kemudian aku di baringkan. Aku melihat Anuar dengan
senyuman. Kasihan dia terpaksa menjagaku.
“ Abang..” Aku memanggilnya. Rasanya sudah tiba masa aku ubah syaratku. Aku
kasihan tengok dia yang sering menungguku. Aku tahu dia teringin sekali nak
anak.
“ Hurmm.” Sahutnya perlahan.
“ Malam ni abang tidur dengan Dee ya. Dee sunyi.” Ujarku sambil melihatnya.
“ Dee..” Aku tersenyum melihat dia yang tidak percaya.
“ Kenapa? Abang tak nak teman Dee?” Soalku.
“ Tak. Nak lah. Thanks sayang.” Dahiku dikucupnya lama.
“ Dee tahu abang teringin nak anak.” Tapi kata-kata itu hanya terluah di
dalam hati. Aku sudah cukup gembira apabila melihat senyuman bahagiannya itu.
**
Dumn!
Bunyi dentuman itu mengejutkan aku daripada tidur. Aku pantas bangun dan
duduk. Aku perhati sekeliling. Kemudian aku kembali menoleh di mana Anuar
berada. Iaitu tepat di hadapan mataku.
“ Bunyi apa tadi?” Soalku sambil menenyeh mata. Rasa ngantuk masih terasa.
“ Dee..” Panggilnya. Tapi kedengaran getar suaranya. Kenapa ni?
“ Abang kenapa?” Soalku risau. Wajahnya tegang saat ini.
“ Betul ke Dee pernah kena tangkap khalwat?”
Aku terkedu.
“ Astagfirullah! Abang! Apa yang abang cakap ni? Dee tak faham.”
Sungguh aku terkejut apa yang dia kata sebentar tadi. Aku jadi tertanya-tanya.
Siapa yang datang tadi. Tak silap aku itu bunyi dentuman pintu. Aku pasti ada
seseorang yang telah menghasut fikiran Anuar masa aku tidur tadi.
“ Jawab Dee!” Aku terkejut dengan bentakannya. Serta-merta aku jadi sebak.
Sampai hati dia tak percaya.
“ Dee tak pernah pun kena tangkap khalwat. Kalau betul Dee pernah kena
tangkap khalwat. Awal-awal lagi Dee dah kahwin dan bukan dengan abang. Sekarang
ikut abang lah nak percaya ke tak.”
Terus aku berlalu naik ke bilik selepas berkata demikian. Sungguh aku
sangat terasa akan perbuatannya. Sanggup dia tak percayakan aku dan tuduh aku
macam tu. Teruk sangatkah aku ni.
Selepas menutup pintu, aku terus baring. Mukaku sembamkan di atas bantal.
Air mataku juga laju mengalir. Ya Allah kuatkan hatiku ini. Lembutkanlah hati
Anuar tu. Jangan bagi syaitan menghasutnya. Ya Allah.
“ Dee…” Panggilan lembut itu membuatku pantas menyeka air mata.
Dengan lemahnya dan kepala yang masih pening. Aku bangun dan cuba
menatapnya. Wajahnya kini lebih tenang daripada tadi. Aku tak faham sebenarnya.
“ Maafkan abang. Abang Cuma nak kepastian. Maafkan abang kerana tuduh Dee
melulu.” Pujuknya dan cuba memelukku.
Tapi aku pantas menolak. Aku merenungnya dalam.
“ Siapa? Siapa yang beritahu abang? Siapa yang fitnah Dee?” Soalku
bertalu-talu. Sungguh aku sangat marah akan insan yang sudah memfitnah aku tu.
“ Tak usah ambil tahu lah. Yang penting Dee tak salah. Abang percayakan
sayang.”
Aku di tarik ke dalam pelukannya. Aku hanya mendiamkan diri. Tak! Aku perlu
tahu siapa. Jadi aku leraikan pelukan.
“ Dee nak tahu juga. Tolong beritahu Dee!” Tegasku.
Terdengar keluhan daripada mulutnya. Perlahan-lahan tanganku di gapainya.
“ Aunty you.” Tersentap aku. Aunty? Ya Allah. Sanggup Aunty tuduh aku
bukan-bukan.
Air mataku kembali mengalir.
“ Itulah. Abang tak nak beritahu tapi Dee nak juga tahu. Kan dah sedih.”
Aku kembali di tarik ke dalam pelukannya.
Teresak-esak aku menangis dalam pelukannya. Mama! Please come back
Malaysia.
“ Dah. Janganlah sedih lagi.” Anuar cuba memujuk.
“ Tapi apa salah Dee sampai Aunty sanggup tuduh Dee.” Ujarku dalam
tangisan.
“ Sabar sayang.” Ubun-ubunku di ciumnya.
Dee cuba bersabar abang. Dee cuba. Aku mengeratkan pelukan bagai tak mahu
melepaskannya lagi. Aku berasa sangat selamat berada dalam pelukannya.
Dan lama-lama aku terus terlelap dalam pelukannya. Aku harap sangat semua
perkara itu dapat aku lupakan buat sekelip mata.
~Bersambung~
No comments :
Post a Comment