Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 30 April 2013

Segmen Follow April Hingga Disember 2013



Korang! 

Nak join tak? 
Joinlah. Menarik taw!
Siapa tak join blog cik akak yg omei ni memang rugi. :D 
Nak join just klik banner dia atas tu. 
Good Luck!

Monday 29 April 2013

E-Novel Cinta Si Gadis Manis (1)

Assalamualaikum korang !! Ehem..Ehem.. 
Sebenarnya hari ni baru lah berpeluang nak upload cite baru ni. 
Hasil ciptaan diri ini dengan sahabat yang dikenali. 
Dan sebenarnya kisah ini kisah benar. Tetapi taklah semuanya. 
Tapi berdasarkan kisah benar.
Harap korang enjoy membaca. >_O

" Akak!! Marilah tengok tv ni. Duk termenung je kerjanya." Panggil Balqis.

Laungan itu buat Batrisyia tersentak daripada lamunan. Hissh! Kacaulah adik aku ni. Orang nak berangan kahwin dengan artis korea pun tak boleh.

" Kacau daun je kau ni. Dah tepi..."

Batrisyia menolak adiknya ke tepi. Beri ruang untuknya duduk.
Balqis mencebik geram. Eleh.. mentang-mentang lah dia akak sulung. Bagi kang!

" Akak! Telefon tu bunyi. Takkan tak dengar kot!" laung Boy pula atau nama sebenarnya Bahri. Itu nama gelaran yang di beri ayahnya.

Batrisyia yang baru saja nak khusyuk tengok tv jadi terbantut. Bengang punya pasal sampai tertolak kepala adik sendiri.

" Aduh! Ish akak ni. Tangan tu tak reti-reti duk diam ke?" bebel Balqis.

Batrisyia hanya buat selamba badak dia je.

" Mana telefon tu tah? Boy kau nampak telefon akak dekat na?" soal Batrisyia lalu bangun dari duduk.

Batrisyia mengalih melihat Boy. Dia menahan ketawa melihat adiknya seperti toyol itu. Bukan nak kata tapi macam betul.

Mana taknya. Boy tidak memakai baju. Hanya memakai seluar pendek. Dahlah badan kurus di tambahkan dengan kepalanya yang botak itu. Memang mirip.

Boy menjeling geram ke arah akaknya. Macam aku tak tahu dia tengah gelakkan aku. Tahulah aku ni hensem kan? Perasan kau Boy.

Batrisyia mempunyai dua orang adik dan seorang ibu. Ayahnya telah lama meninggal. Balqis telah pun berumur 17 tahun. Manakala Boy baru berumur 12 tahun. Sedangkan dia sudah berumur 20 tahun.

Tapi dia hanya duduk di rumah dan tolong apa yang patut. Adalah sesekali pergi temuduga meminta kerja. Kalau nak sambung belajar pun tiada duit. Keluarga mereka berasal daripada keluarga miskin.

Batrisyia mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja kecil. Di lihat nombor yang tidak di kenali.

Aik? Siapa pula ni. Pantang tok nenek aku kalau orang lain bagi nombor aku kepada orang yang tidak di kenali. Nak jawab ke tak?

" jawab je lah kak oii.. Duk buat jual mahal konon. Entah-entah orang tu silap nombor je. Akak je yang over lebih." ujar Balqis bersahaja.

" Kau! Jangan sibuk. Huh!" terus Batrisyia masuk ke dalam bilik. Layan budak berdua tu buat sakit hati je.

Telefonnya kembali berbunyi. Lantas Batrisyia menjawabnya.

" Helo! Assalamualaikum. Cari siapa erk?" ucap Batrisyia dengan lembut.

Tetapi tiada sahutan pun. Ini yang buat aku geram.

" Helo! Nak jawab ke tak? Kalau tak aku letak." Ugut Batrisyia.

" ye..waalaikumussalam." Ha! Ada pun suara. Ingatkan tak de.

" Ye? Cari siapa ye. Nak apa?"

" Kalau saya kata saya nak awak boleh?"

Tersedak Batrisyia. Apa punya lelaki lah. Tiba-tiba je. Dahlah tak kenal. Entah-entah dia ni mamat bangla mana ntah!

" helo.. awak dengar tak?"

" Ya..apa awak kata tadi?" Sengaja Batrisyia buat-buat tanya sedangkan dah tahu.

" Saya nak berkenalan dengan awak boleh?" Batrisyia tersengih.

" Kalau saya kata tak boleh?" duga Batrisyia.

" Bolehlah! Kalau tak saya datang ke rumah awak." Batrisyia tersentak tapi kemudiannya tersenyum jahat. Macam aku tak tahu dia nak kelentong aku.

" Boleh. Datang je. Saya tunggu di depan rumah." Batrisyia dengan senyuman jahatnya.

Keadaan jadi sunyi seketika. Mungkin dia tak tahu nak tipu apa lagi kot.

" Erk..okey. Saya datang ni. Awak tunggu taw!"

" Okey no problem! Tapi beritahulah alamat penuh rumah saya dulu."

" Erk.. Nombor 24, Jalan Batu Dua. Rumah awak di dalam kan?"

Batrisyia ketawa dalam hati. Ceh! Dah tahu terkelentong masih nak menipu juga. Apalah!

" Tak penuh alamat tu. Nama taman saya apa?"Soal Batrisyia.

" Erk..ala.. rumah awak yang ada bumbung tu. Ada pintu tu.."

" Memang semua rumah ada bumbung ada pintu. Kalau tak ada maknanya bukan rumahlah."

Batrisyia buat muka boring. Entah apa lagi yang akan dia kelentong aku.

" Lah.. beritahulah rumah awak dekat mana?"

" Okey saya beritahu. Saya tinggal di atas tanah bawah langit." Batrisyia menahan tawa. Buat loyar buruk pula kau ye Trisya.

" Ish awak ni. Takkan nak tinggal bawah tanah pula kot."

Batrisyia seperti terdengar namanya di panggil.

" Awak. Saya ada hal lah. nanti awak telefon lah lain kalau ada umur yang panjang. Bye!"

Terus dia mematikan talian. Fuh! Tamat juga. Kalau kau telefon lagi tahulah aku kenakan kau. Haha..

**
" Kak.. siapa call?" Tegur Balqis ketika akaknya keluar daripada bilik.

Batrisyia hanya menjongket bahu. Malas nak sebut soal itu.

" Akak..Tadi adik angkat akak kirim salam. Dia baru je balik dari Perak."

Batrisyia tersentak. Amir dah balik. Apasal aku tak tahu pun.

" Kenapa kau tak beritahu akak esok pagi." Perli Batrisyia geram. Balqis hanya tersengih kerang busuk.

Balqis teringat lagi macam mana Amir tu boleh jadi adik angkat akak Batrisyia. Masa tu akak tengah buat kerja dapur. Tiba-tiba telefon dia berbunyi. Rupa-rupanya silap nombor.

Tapi melalui panggilan telefon itulah. Mereka mula jadi adik beradik angkat. Yang tak sangka pula oleh kami. Amir tu tinggal setaman dengan kami. Tapi dia menetap dekat Perak. Hanya balik di sini kadang-kadang.

Sebab Amir bersekolah di sana. Kalau korang nak tahu. Amir ni hensem oo.. Hehe.. Balqis. Cukuplah berangan tu. Akak kau nampak nanti naya je.

" Akak..Amir kata petang nanti dia nak jumpa akak. Ada hal katanya." maklum Balqis sebelum terlupa.

Batrisyia mengerutkan dahi. Hal apa ya? Whateverlah!

~Bersambung~

* Amacam? Best tak? Kami berdua dah cuba sedaya upaya. Nantikan sambungannya nanti. O_>

Sunday 28 April 2013

Cemburu Tanda Sayang?






Assalamualaikum... 

Korang! Korang tahu tak apa itu cemburu? Yang korang asyik cemburu buta tu. Korang tahukah maksudnya? 

Jadi aku di sini nak berkongsilah. Apa itu cemburu?

Cemburu adalah perasaan iri hati terhadap pasangan sekiranya pasangan memberikan perhatian kepada orang lain. Cemburu yang melampau adalah tanda perhubungan yang tidak sihat, dan keadaan ini hanya akan menjadi lebih teruk lagi pada masa akan datang. 

(Betul tu betul)

Cemburu yang melampau bukan berkisarkan cinta, ia adalah tentang penguasaan ke atas diri pasangannya serta menghalang kebebasan. 

Aku setuju sangat-sangat. Lagipun tak elok kalau cemburu lebih-lebih ni. Buang masa je. Betul tak? Hehe..Dan.. 

Sekiranya cinta itu sejati, perasaan itu akan bertukar kepada kasih sayang yang amat mendalam terhadapnya. Tetapi, sekiranya ia cinta mengikut nafsu yang melibatkan perasaan berahi, tarikan fizikal, selalunya ia akan berakhir dengan kegagalan perhubungan. 

Ingat tu. Bagi pasangan couple tu. Cuba-cuba lah bawa bertenang. Janganlah cemburu sangat. Tak elok sangat. Boleh membawa padah tahu tak. Kalau cemburu membawa kebaikan. Ia tak salah. Cuma takut cara tu yang salah. Jadi ambil peringatan ya bagi tengah bercouple tu. Hehe... 

Sekian dari saya.. :)

Maaf jika apa yg dikongsikan ini buat anda tidak suka. Tak dak niat nak buat anda tak suka pun. Just nak berkongsi pandangan.

Cerpen : Kerana Itu Dia



“ Assalamualaikum cik adik!”

Sergahan itu buat aku duduk tegak daripada meletakkan kepalaku di atas meja. Hish! Mengganggu je kerja kawan aku ni. Nak tidur kejap pun tak boleh. Aku buat muka masam.

“ Waalaikumussalam. Nak apa?” Soalku lalu kembali meletakkan meja di atas kepala.

Aku sangat mengantuk kerana hari ni pecah rekod aku datang awal ke sekolah. Selalunya 7:15 baru aku sampai di dataran sekolah. Tapi hari ni? Ya..tepat pukul 7:oo pagi aku sudah sampai. Pecah rekod betul.

Ini gara-gara abang aku lah. Takut terlewat ke tempat kerja jadi suruh aku cepat. Lagipun tayar motor aku pancit. Mahu tak mahu aku turutkan je lah.

“ Amboi! Sempat lagi kau termenung. Apa mimpi kau datang awal pula ni?”

Aku memandang dia seperti orang tidak berperasaan. Dia ni kalau tak ambil tahu hal orang tak sah. Dan itulah orang yang bernama Kalisha. Tapi dia baik orangnya.

“ Aku terdesak datang awal. Lagipun bukan kau ke asyik merungut aku datang lambat. Sekarang bila aku datang awal kau merungut pulak.” Bebelku dalam keadaan mata terpejam. Langsung aku tidak mendongak ke arahnya.

“ Yelah. Maafkan aku. Jom kita gerak ke dewan.”

Aku mendongak melihatnya. Mataku kerling ke arah dewan yang berada berdekatan kelas aku. Kiranya berhadapan je lah.

“ Awal lagi ni. Baru pukul 7:05 pagi. Kita kena berkumpul pukul 7:20 pagi.”

Aku meraup mukaku perlahan. Dahlah semalam tidur lambat. Ulangkaji terlebih.

“ Ikut kau lah. Aku pergi dulu.” Terus dia pergi tinggalkan aku yang terpinga-pinga itu.

Aku kemudian menoleh ke arah kanan pula. Kawan semeja aku dari setahun yang lepas. Nampaknya dia tekun menyiapkan kerja sekolah. Dia ni bukan tak pandai. Pandai .. Cuma malas je.

“ Apa yang kau tengok aku sampai macam tu?” Teguran dia buat aku tersengih.

“ Tak dak lah. Weh.. Nak pinjam novel M.A.I.D. boleh?” Soalku dengan senyuman.

Dah lama aku mengidam nak baca novel tu. Haish! Jangan salah sangka. Bukan mengidam mengandung. Walaupun novel tu dah lama tapi aku masih belum berpeluang nak baca.

“ Ala kau ni. SPM nak dekat pun masih nak baca novel.”

Aku mencebik. Aku tahulah. Sekarang dah masuk bulan 5. Tapi tabiat aku terhadap novel masih belum dapat dipisahkan buat sementara.

“ Itu cara untuk aku hilangkan strees. Ala..bolehlah.” Rayuku dengan muka penuh mengharap.

Dia atau sebenarnya Wani memandangku tajam. Kemudian senyuman terukir di bibinya. Itu maknanya dia dah setuju.

“ Esok aku bawa. Jom ke dewan.”

Aku pun apa lagi tersengih lebarlah.

“ Okey maam!”

**
Argh! Letihnya hari ni. Daripada pagi tadi sampailah pukul 10 pagi ni, asyik belajar je. Dah tu matapelarajan yang sama plak. Sains Sukan. Yap! Itulah aku belajar daripada pukul 8 sampai pukul 10 pagi. Aku sangatlah letih. Dahlah subjek itu yang aku lemah. Haish!

“ Kuyu je mata tu.” Tegur Khalisya.

Aku berjalan menuju ke tempatku. Buku di masukkan ke dalam beg. Kemudian aku duduk dan menyembamkan mukaku ke atas meja. Penat!

“ Teruklah kau ni Di! Tak padan dengan budak kolej. Aku rasa budak kolej lagi penat kot.” Itu suara Wani.

Aku hanya tersenyum. Nak keluar rehat pun tak dak seleralah.

“ Whateverlah!” Suaraku perlahan. Dah tak ada tenaga. Penat perah otak jawab soalan cikgu tu.

“ Maafkan saya!”

Aku terus mendongak dan melihat ke arah muka pintu. Kelihata seorang pelajar lelaki yang aku tidak kenali berada di situ. Dua orang kawan aku pun tak tahu.

“ Ya. Cari siapa?” Soal Khalisya ramah. Aku hanya melihat.

“ Nak cari cikgu Amzah. Dia di mana?”

Aku dengan malas melangkah ke luar kelas. Dengan keadaan lesunya aku hanya melihat pelajar itu. Kemudian aku memusingkan badan untuk ke kantin.

“ Tunggu!” Erk? Apakah? Jadi aku pun menoleh ke belakang.

Dia tersenyum. Apa?

“ Awak pasti perempuan yang di Teso minggu lepas kan?” Aku berkerut dahi.

“ Hah?” Dengan blurrnya aku bertanya.

“ Apa awak cakap ni? Tak faham?” Tapi dia hanya tersenyum. Hampeh!

**
Oh My God! Pelajar lelaki itu adalah budak baru kelas aku. Aiseyman! Dan satu yang aku tak suka. Kenapa dia asyik tersengih bila lihat aku. Macam aku ada buat salah. Tapi apa? Jumpa pun tak pernah.

“ Weh..Kenapa dia asyik pandang aku pelik?” Tak tahan dengan budak tu terus aku Tanya Khalisya yang berada di hadapan aku.

Mujur cikgu tak datang. Kalau tidak aku tak lah santai macam ni.

“ entah. Kau tanyalah dia.” Itu je dia kata. Hurmm..

“ Awak..”

Aku menoleh ke kiri. Erk! Dia panggil aku ke?

“ Ye.. Saya panggil awak Dilaisya.” Aku tersentak. Nama aku? Macam mana dia boleh tahu?

“ Kan nama awak dah ada dekat tag tu.” Aku termalu sendiri. Itu pun tak fikir aku ni.

“ Nak apa?” Soalku terus terang. Mahu aku cair asyik tengok senyuman dia tu.

“ Saya nak ucap terima kasih sebab tempoh hari.”

Aku tergaru-garu kepala yang tidak gatal. Masa bilanya aku jumpa dia ni.

“ Awak pasti dah lupa ni. Tak apa balik nanti awak fikir dulu.”

Aku terlopong mendengar jawapan dia. Boleh tahan dia ni. Khalisya asyik merenung aku daripada tadi tersengih kerang busuk. Hampeh punya kawan. Tahu sengih je.

**
“ Oh mak kau!”

Aku terlatah apabila mendapat sergahan daripada seseorang yang sama sekali aku tak sangka. Aku dalam perjalanan pulang ke rumah. Berjalan kaki je. Dah tu sorang-sorang plak. Manalah aku tak terkejut apabila tiba-tiba kena sergah. Tak boleh pakai punya laki.

“ Ops sorry!” Ucapnya dengan sengihan.

Aku malas nak layan jadi aku meninggalkan dia. Nak balik cepat dan buat revision. Aku tak habis fikirlah. Betul ke aku pernah berjumpa dengan dia? Fikir balik Di. Fikir!

“ Awak! Dilaisya!” Langkahku terhenti. Aku terus memandang tajam ke  arahnya.

“ Awak nak apa lagi?” Soalku tak puas hati.

“ Saya Cuma nak berkenalan dengan gadis comel macam awak je. Tak boleh ke?” Ujarnya dengan senyuman manis.

Aku terlopong. Terus-terangnya dia ni.

“ Awak yang nak kenal tapi bukan saya.” Aku kembali melangkah.

“ Awak!” Aku tidak pedulikan laungannya itu. Malah makin bertambah laju langkah aku yang ambil.

“ Dilaisya! Ada tikus belakang awak!”

“ Hah!”

Aku terus berlari apabila dia berkata demikian. Setelah penat aku berhenti. Tercungap-cungap jadinya. Tapi aku pelik. Kalau betul tikus ada belakang aku tadi, kenapa sekarang bila aku tengok belakang dah tak ada. Dan tikus kan lari lagi laju daripada aku dan yang pasti mesti ada bunyi.

Takkan aku terkena?

“ Hahaha..” Terdengar ketawa halus di hujung jalan.

Jadi tanpa berlengah, aku kembali ke tempat tadi dan kelihatan dia sedang ketawa terbahak-bahak.

“ Hampeh punya laki!”

Ish! Tak puas hati betul. Memang kau ni.. argh!

**
“ Assalamualaikum tuan puteri.”

Ucapan itu aku terima dengan senyuman.

“ Waalaikumussalam. Ye anda cari siapa?” Skemanya aku Tanya. Lantak kau lah!

“ Saya nak cari seseorang yang telah mencuri hati saya. Di mana ya dia?” Aku menjongket kening.

“ Manalah saya tahu. Itu kan hati awak.”

Aku yang tengah buat kerja sekolah menyambung. Nak buat kerja pun tak senang. Mujur Khalisya dan Wani belum sampai. Kalau tidak aku asyik di usik je.

“ Kalau saya kata awak yang telah curi hati saya. Macam mana pula tu?” Aku tersentak.

Serentak itu juga pensel yang berada di genggamanku terlepas. Tapi aku Berjaya kawal dengan tersenyum kecil. Calm down Di!

“ Hurmm.. Oh yah? Ikutlah apa awak nak kata apa-apa atau nak rasa apa. Yang pasti tiada kaitan dengan saya. Awak ni datang-datang sekolah ni terus serang saya. Kita datang sini belajar bukan asyik ganggu orang. Anda faham?” Fuh! Panjang lebar aku jelaskan dekat dia.

Tapi dia hanya tersengih. Memang hampeh betul laki ni.

“ Saya nak awak ingat balik apa yang berlaku di Tesco dua minggu yang lalu.”

Selepas dia berkata begitu, dia terus kembali ke tempat duduk. Aku tengok dia dengan kerutan di dahi. Mana boleh aku nak ingat sebab dah lama. Kenapa suka sangat desak aku.

**
Terkocoh-kocoh aku berlari masuk ke dalam pasaraya Tesco. Nak kejar dua orang abang aku yang sudah jauh ke hadapan. Tak boleh pakai punya abang-abang aku ni. Tunggu kejap pun payah.

“ Along! Angah! Kejaplah!”

Laungku apabila berada di belakang mereka. Mereka menoleh dan hanya tersengih. Suka buli aku. Benci!

“ lambat kena tinggal!” Itu balasan along aku. Ergh! Penat layan diorang ni. Kenapalah aku ada abang-abang yang suka cari pasal dengan aku.

Aku pantas berlari ke arah mereka. Lengan Along aku pegang erat. Bagai tak mahu melepaskan lagi. Nanti mereka suka tinggal aku.

“ Sya! Lepaslah. Rimas tahu tak?” Ujar Along aku tak puas hati. Aku hanya mencebik lalu melepaskan pegangan.

Gara-gara merajuk,aku hanya berjalan di belakang mereka. Aku ni dah macam orang gaji plak. Hurmp!
Tiba-tiba mataku terpaku pada satu kelibat yang sangat aku kenal. Bukankah itu kak Aliya? Bekas girlfriend Angah?

Jadi tanpa berlengah dan takut kak Aliya itu lari. Aku terus mendapatkan Along dan Angah. Tapi mataku tetap tak teralih pada kak Aliya. Nak pastikan kak Aliya tetap berada di situ.

“ Angah! Angah!” panggilku sambil menarik lengan bajunya. Mataku tetap tak berganjak.

“ Angah?” Erk? Kenapa suara Angah aku lain plak ni.

Dengan peliknya, aku terus memandang ke hadapan. Dan aku tersentak. Pantas aku melepaskan pegangan. Langkahku terundur dua langkah ke belakang. Rupanya aku tersilap orang. Along dan Angahku sudah berada jauh di hadapan. Habis yang aku Nampak tadi? Erk?

“ Awak?” Aku tersengih malu.

“ Maaf! Saya silap orang. Erk? Pergi dulu.”

Pantas aku berlari mendapatkan Along dan Angah aku. Eiii ! Malu weh! Macam manalah boleh tersilap.

Apabila aku sampai sahaja di hadapan mereka, aku terdengar mereka ketawa. Sambil memegang perut. 
Aku merenung tajam ke arah mereka.

Hampeh! Mereka dah tahu aku kejar mereka tapi  mereka lari. Eii! Geramnya!

“ Along! Angah!”

**
“ Huh!”

Aku tersedar setelah lima belas minit termenung dalam bilik keseorangan. Dan melalui lamunanku itu. Aku dah dapat ingat semula peristiwa di Tesco.

Aiseyhman! Patutlah dia asyik sengih je tengok aku. Rupanya gara-gara peristiwa mal utu. Ya Allah malunya aku masa tu. Hanya Kau yang tahu. Esok? Aduh! Macam mana aku nak berdepan dengan dia lagi. Dah aku tahu perkara sebenar.

Ala..buat derk je. Bukan dia tahu. Buat macam biasa. Boleh ke? Erk!

“ Dilaisya!” Terkejut aku dengan laungan mama. Dengan pantasnya, aku keluar daripada bilik dan menuju ke dapur.

“ Ya mama.” Sahutku.

“ Kawan kamu cari kamu. Dia ada di luar tu.” Maklum mama aku.

“ Siapa ma?” Soalku sambil menjenguk-jenguk ke luar.

“ Entah. Tak pernah mama Nampak pula sebelum ni. Tapi lelaki. Pakai tudung dulu sebelum keluar.” Aku tersentak. Lelaki?

Dengan debaran di dada, tudung di sarungkan. Seusai, aku melangkah ke luar rumah. Macam aku kenal lelaki ni. Dan apabila dia menyedari kedatangan aku, dia pun menoleh.

“ Awak?” Aku yang terkejut besar. Mana taknya. Lelaki ni yang menyebabkan aku malu tu.

“ Hai Dilaisya…” Tegurnya bersama senyuman.

“ Apa awak buat di sini? Macam mana awak tahu rumah saya?” Soalku bertalu-talu.

“ Saya nak jumpa awak. Dan saya dapat tahu daripada kawan baik awak Khalisya.” Aku terlopong.

Khalisya! Esok kau kenalah dengan aku dekat sekolah. Ish!

“ Buat apa awak nak jumpa saya?” Soalku lagi.

“ Sebab saya nak jumpa dengan awak lah.”

“ Ya lah tapi kenapa? Apa sebabnya?” tekanku. Payahlah kalau cakap dengan orang tak faham bahasa ni.

“ Sebab saya nak tengok wajah awak.” Aku terkedu. Tapi aku pantas menggeleng.

“ lebih baik awak balik sebelum mama dan papa saya dapat tahu. Teruk awak kena.” Suruhku apabila mengingatkan wajah bengis papa itu. Eii! Minta simpanglah!

“ Saya sanggup demi awak.” Aku tepuk dahi. Ya Allah budak ni. Ha! Tengok! Kan dah terkeluar perkataan budak. Hilang terus rasa malu aku terhadap dia.

“ Airish atau pelajar lelaki baru tingkatan 5 Cekal. Saya Dilaisya arahkan awak balik sekarang. Sebelum saya naik angin.” Ujarku dalam nada terkawal. Tahap kesabaran aku makin menipis ni.

Dia tersenyum kecil. Sebelum dia pergi sempat lagi dia mengenyit mata ke arahku. Argh! Boleh pengsan aku layan kerenah dia ni. Apa dia nak? Esok aku mesti berterus terang dekat dia. Aku rasa selagi dia tak tahu yang aku sudah ingat perkara tu. Selagi tulah dia akan kacau. Mungkin itu tujuan pertama dia.

**
Dua hari telah pun berlalu. Dan dua hari juga dia tak datang. Aneh! Dua hari lepas okey je dia datang rumah aku sambil boleh usik aku lagi. Tapi dua hari ni? Hurm! Maybe dia ada masalah kot.

“ Weh! Aku dengar budak baru kelas kita tu sakit. Sebab tu lah dia tak datang.” Suara Wani mengejutkan aku. Aku terus menoleh ke arahnya.

“ Kau tahu mana?” Soalku. Aku rasa risau juga. Tapi? Semenjak bila aku tiba-tiba risaukan dia pulak ni? Haih! Dilaisya! Kau dah melebih ni.

“ Aku terdengar cikgu cerita pagi tadi dekat bilik guru. Dia sakit apa erk?”

Aku terdiam. Kalau betul dia sakit. Aku jadi serba salah pula. Dua hari lepas dia dating baik-baik. Tapi aku halau dia. Salahkah aku?

Tiba-tiba suasana kelas yang diam itu membuatkan aku dan Wani pelik. Pantas kami berdua menoleh kea rah muka pintu. Aku dan Wani tersentak. Dia! Atau Airish! Sudah berada di hadapan mataku kini. Sedang tersenyum lagi. Apa terjadi ni?

“ Airish? Lambat kau masuk hari ni? Pukul 9 baru datang? Awal sungguh!” Nada itu seperti memperli. Aku pandang tajam kea rah ketua tingkatan. Tak ada hati perut langsung.

“ Maaf!” Dan balasan yang aku dengar lembut je. Apa masalah dia? Patutkah aku Tanya dia? Tapi aku segan lah.

**
Pada waktu rehat, aku ambil peluang untuk bercakap dengan dia. Mujur dia tak keluar rehat. Dan Cuma ada beberapa orang pelajar je dalam kelas.

“ Ehem..Ehem..” Aku buat-buat batuk dan tersenyum apabila dia melihatku.

“ Awak okey?” Soalku. Dia hanya tersenyum.

“ Apa masalah awak? Cuba beritahu saya.” Ujarku lagi.

“ Tak lah. Nothing!” Dan balasannya itu seperti tidak bermaya. Aku jadi terkesan.

“ Awak.. Sebenarnya saya dah tahu dan dah ingat.” Luahku.

“ Ingat apa?” Jelas kerutan di dahinya.

“ Yang awak jumpa saya di Tesco tu. Saya dah ingat segala-galanya. Dan saya minta maaf sebab tersilap orang. Ingatkan saya tarik baju abang saya.” Aku tertawa kecil saat teringat soal itu.

Dia turut tertawa kecil.

“ Baguslah awak ingat. Saya ingat awak takkan ingat dah.”

Aku tersenyum malu.

“ Anyway… Sebelum balik, saya nak jumpa awak kejap. Boleh?” Permintaan itu buat aku terdiam.

Ada apa sampai nak berjumpa?

“ Kita balik sama-sama ya?” Aku mendongak. Rasa tak sampai hati nak tolak permintaannya. Tapi okeylah. 
Aku pun boleh Tanya apa masalah dia. Betulke yang dia sakit?

“ Okey!”

***
“ Saya akan berpindah lagi.”

Kenyataan itu jelas buat aku terkejut. Langkahku turut terhenti. Aku tunduk memandang tanah.

“ Ayah saya dah buat keputusan sehari lepas. Sebab tu lah saya datang semalam. Gara-gara merajuk konon. Tapi ia tak membawa maksud apa-apa pun.” Ujarnya dengan senyuman tawar.

Aku mendongak melihatnya. Entah mengapa hatiku tiba-tiba berat nak lepaskan dia pergi. Hei! Asal dengan aku ni? Teruk! Teruk!

“ Lagipun saya dah jumpa pengarang jantung hati saya. Jadi saya tak mahu berpindah lagi.” Aku tergamam.

“ Apa awak cakap ni?” Soalku tak faham. Aku merenung tajam ke arahnya. Dia tersenyum.

“ Saya maksudkan awak Dilaisya. Awaklah pengarang jantung hati saya. Semenjak saya kenal awak, saya jadi lain. Tak pernah lagi dalam hidup saya jumpa perempuan kelakar dan cute macam awak. Kalau awak nak tahu, pertemuan kali pertama kita itulah yang buat saya terpikat. Dan tak sangka kita akan berada di sekolah yang sama walaupun sekejap.” Jelasnya dan bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

“ Terima kasih.” Hanya itu yang mampu aku ucapkan kepada dia. Kali pertama aku merasai diri di sayangi seorang yang bernama lelaki. Sebab apa? Sebab dia lelakilah. Hehe..

“ Saya harap kita dapat berjumpa lagi lepas ni. Dan saya janji saya takkan lupakan awak sampai bila-bila.”

Ya! Itulah tekadnya mulai hari ini. Mulai detik dan saat ini. Aku hanya tersenyum menyambut janjinya. InsyaAllah jika kita ada jodoh.

**
10 bulan berlalu…

“ Tahniah!”

Aku tersenyum lebar mendengar ucapan tahniah itu.

“ Terima kasih. Tahniah dekat kau juga. Dapat 7A tu.” Pujiku dengan senyuman lebar.

“ Kau pun apa kurangnya. 9A1 tu. Aku tabik kaulah.” Wani memujiku kembali.

“ Alhamdulilah. Eh? Mana Khalisya?” Soalku.

“ Ada. Tapi dia pergi maklumkan dekat ibu bapa dia dulu. Dia pun tak kurang hebatnya juga. 8A. aku banggalah sebab dapat jadi kawan korang ni.”

AKu tersengih. Bahu Wani dipaut mesra. Alhamdulilah! Berkat kesabaran dan usaha aku akhirnya berhasil.

“ Aku pun nak maklumkan dekat ibu bapa aku juga. Aku keluar dewan dululah.” Beritahuku kepada Wani sebelum beredar.

Sempat lagi aku berjumpa cikgu sebelum keluar daripada dewan. Mama! Papa! Dilaisya dah Berjaya.

“ Di! Dilaisya!” Laungan itu buat langkahku terhenti. Serta-merta hatiku berdebar. Suara itu!

Tanpa berlengah aku menoleh ke belakang. Mulutku tekup dengan tangan. Ya Allah! Dia!

“ Tahniah!” ucapnya bersama senyuman. Aku masih terkaku melihat kehadiran dia pada pagi ini.

“ Erk! Terima kasih.” Hanya itu saja terluah di bibirku. Nak cakap tak keluar pula suara ni. Hampeh!

“ Airish! Dah jumpa?”

Datang seorang lagi lelaki dan bertanya kepada Airish. Apabila aku terpandang muka lelaki itu, aku tergamam. Mirip weh! Kembar ke?

“ Ini abang kembar saya. Sama kan?” Aku hanya mengangguk. Dan kedua-duanya hensem. Ceh wah!

“ Erk.. Saya pergi dulu.” Aku minta diri. Malulah kalau duduk lama-lama depan dua orang lelaki ni.

“ Tunggu kejap!” Langkahku terhenti di belakang dia. Aku hanya berdiam diri tanpa memusingkan badan ke arahnya.

“ Awak masih ingat apa yang saya luahkan sebelum ni kepada awak? Ingat?” Soalnya.

Serta-merta pipiku rasa bahang. Mana mungkin aku lupa. Dan selepas dia berpindah, aku tak habis-habis asyik teringatkan dia. Kata Wani aku telah jatuh cinta dekat Airish ni. Ish! Merepek!

“ Erk..” Tergagap-gagap aku ingin menyebutnya. Dadaku serta-merta berdebar tanpa sebab.

“ Semenjak bila Dilaisya yang saya kenal tergagap-gagap ni?” Soalnya dengan senyuman nakal. Kini dia telah berhadapan dengan aku.

Aku mengetap bibir. Macam mana nak jawab ni.

“ Okey fine! Ya saya masih. Ia tersimpan kemas dalam hati ni. Tahu tak? Puas?” Jelasku lalu menjelingnya geram.

Dia tertawa kecil.

“ Terima kasih. Dan saya memang benar-benar maksudkan kata-kata tu. Tujuan saya datang pun semata-mata nak jumpa awak. Rindu saya terbalas.”

Aku tersenyum kecil. Ada-ada saja dia ni.

“ Hurmm.. Anyway awak dapat berapa A?” Soalku teruja. Pasti dia dapat banyak kan?

“ Kalau saya kata sikit?” Aku terdiam. Takkan kot?

“ Dan kalau saya kata banyak?” Ish! Nak main-main dengan aku pulak dia ni!

“ Cakaplah betul-betul. Jangan buat saya tarik balik apa yang saya nak cakap ni.” Ugutku dengan geram.

“ Okey. Saya dapat macam awak. Sebiji sangat. Dan apa yang awak nak beritahu saya tu?” Aku terteguk air liur. Patutkah aku beritahu dia?

“ Dilaisya? Beritahulah. Saya tunggu!” Aku melihatnya dengan debaran.

“ Kalau benar kita ini ada jodoh. Saya harap selepas ni kita dapat berjumpa lagi. Mudah-mudahan.” Hanya itu yang mampu aku perkatakan. Sungguh yang aku telah menyayangi lelaki ni.

Dia hanya tersenyum. Dan senyuman itu sangat manis pada mataku.

“ InsyaAllah. Saya juga berharap sangat. Saya tak mahu kehilangan gadis comel dan baik macam awak ni. Susah tahu tak nak cari.” Aku hanya mencebik. Yelah tu!

**
“ Tepi! Tepi!”

Aku pantas berlari apabila aku meminta laluan. Aku tergesa-gesa nak pergi jumpa seseorang ni. Semenjak duduk di kolej ni. Aku sangat sibuk. Memandangkan ini tahun terakhir aku di sini. Aku perlulah lebih berusaha.

“ Di! Kau nak ke mana?” Laung seseorang daripada jauh. Aku hanya melambaikan tangan. Aku perlu cepat. Aku takut aku tak berpeluang berjumpa dengan dia lagi.

Sebenarnya aku nak pergi jumpa dengan Airish. Hari ini aku dapat berita mengejut. Dan buat pertama kali selepas pertemuan kami di sekolah itu. Dia telah menelefon aku dan katanya nak berjumpa.

Jadi sekarang aku kena pergi airport. Dia nak jumpa aku di sana. Tapi dia nak pergi mana? Janganlah buat aku gelabah macam ni Airish!

**
Tercungap-cungap aku selepas berlari masuk ke dalam airport KLIA ni. Aku memusing-musing untuk mencari kelibat yang aku nak jumpa. Puas aku mundar-mandir sekitar itu. Tapi tiada. Di manakah dia?

Aku tak mahu dalam keadaan tertanya-tanya jadi aku menelefon dia. Tapi hampeh! Telefonnya di tutup. Apa kes ni? Kata nak jumpa aku tapi tutupkan telefon. Ni yang geram ni. Lebih baik tak usah jumpa.

Tapi aku tak boleh cepat berputus asa. Jadi aku pergi dekat dengan balai pelepasan. Dan tekaan aku tepat apabila dia berada di kerusi menunggu untuk masuk ke dalam balai pelepasan. Dengan beg besar? Dia nak ke mana?

“ Awak!” Panggilku apabila berada di sebelahnya. Dia terkejut melihatku.

“ Awak ni kenapa? Awak nak ke mana? Awak telefon saya dan kata nak jumpa semata-mata nak beritahu saya yang awak nak pergi, gitu? Jawab!”

Tanpa di duga, air mataku mengalir. Apa ni Di? Semenjak bila kau jadi sensitif macam ni. Dia melihatku dengan muka terpinga-pinga. Lol! Kenapa dengan dia? Takkan dah lupa wajah aku?

“ Awak? Awak dah tak kenal saya ke?” Soalku geram. Air mataku di seka.

“ Dilaisya?” Dia menyebut namaku dengan kerutan di dahi. Kemudian terpamer senyuman di bibirnya. Tapi aku pelik.

Apasal aku rasa macam tak kenal dia lagi? Macam orang lain yang berada di hadapan aku ni.

“ Ya itu saya. Takkan awak dah lupakan saya? Sampai hati awak. Saya beria-ria ingatkan awak dan sayangkan awak. Ini balasan awak? Setelah apa yang awak janji dengan saya sebelum ni? Apa ni awak?” Serangku lagi. Dadaku berombak kencang tanda yang amat marah.

Tapi dia hanya tersenyum. Pelik!

“ Maafkan saya Dilaisya. Tapi orang yang awak nak cari tu ada di belakang awak.” Aku tersentak.

Pantas aku memusingkan badan ke belakang. Dan dia? Ya Allah! Tapi?

Aku kembali menoleh ke hadapan. Dia dan dia. Ya Allah. Aku terlupa yang dia ada abang kembar. Ya Allah! Malunya aku!

“ Sa..saya minta maaf. Saya tersilap orang.” Ucapku. Mulutku tekup tanda yang amat malu. Apabila aku melihat Airish. Dia tersengih nakal.

“ Saya minta maaf. Sa..saya tak tahu yang awak ni abang dia. Kalau saya tahu saya takkan serang awak. Maaf erk?” Pohonku lagi.

“ tak apa. Saya tahu awak keliru. Tapi tadi saya tahu awak juga pelik apabila melihat sikap dan senyuman saya. Betul kan?” Aku mengangguk kecil.

“ Airish! Kau janganlah duduk diam macam tu. Kesian dia sampai salah orang.” Tegur abang kembarnya.

“ Hehe..Sorrylah. saya ke tandas tadi. Dan saya dah dengar segala-galanya. Betul ke yang awak sangat sayangkan saya Di?”

Aku terteguk air liur. Dah terkantoilah. Hampeh!

“ Erk! Mana ada!” Sekeras-keras aku cuba menafikan hal itu. Malu weh!

“ Awak mahu saya mainkan semula rakaman tadi? Mahu?” Aku terlopong.

“ Awak!” Jeritku geram. Mereka berdua tertawa besar. Sampai hati!

“ tak adalah. Adik saya gurau jelah. Anyway! Saya terpaksa pergi dulu. Sebenarnya saya kena berangkat ke Kota London untuk sambung belajar. Tapi saya harap awak dapat jaga adik saya yang nakal ni.” Aku tersenyum. Sikap abang dan adik kembar ni memang berbeza.

“ Ceh! Macam nakal sangat aku ni.” Aku menjelingnya.

“ memang pun.” Balasku apabila dia tak percaya. Aku tersengih mendapat jelingan mautnya.

“ Saya pergi dulu. Airish! Jaga ibu dan ayah ye. Assalamualaikum..”

“ Waalaikumussalam!” Jawab kami serentak. Semoga berjaya di sana.

“ Dilaisya!” Aku menoleh ke arahnya. Aku hanya tersenyum lalu melangkah. Nak lari daripada dia sebenarnya.

“ Tunggulah!” Panggilnya lembut. Dan langkah ku terhenti. Mataku tajam merenung dia.

“ Saya pun sayangkan awak sangat-sangat. Sudikah awak mulai hari ini jadi sang ratu di hati saya? Seperti saya katakan beberapa tahun yang lalu? Awak sudah bersedia?”

Aku terkedu. Tak sangka dia akan berterus terang. Memanglah!

“ Kalau saya kata tak bersedia apa jawapan awak?” Dugaku dengan sengihan.

“ jangan main-main. Saya sanggup buat apa-apa saja demi dapatkan jawapan awak. Jangan sampai saya jumpa orang tua awak.” Aku menggigit bibir. Amboi dah pandai main ugut-ugut ni. Ikut siapalah kan?

“ ye. Baiklah Airish. Saya terima lamaran awak dengan hati yang terbuka.” Ujarku ikhlas.

“ Masa bila saya kata saya melamar awak?” jelas kerutan di dahinya bersama senyuman nakal.

Aku mengetap bibir geram. Dia mempermainkan aku?

“ Airish!” Terus aku mencubit lengannya. Dia tertawa besar. Suka buat aku sakit hati.

“ Ouch! Okey-okey!” Cubitan aku terhenti. Puas!

“ Okey. Dan terima kasih kerana sudi bersama saya. Saya janji saya akan jaga awak buat selama-lamanya.” Aku tersenyum mendengar jawapan dia.

“ Sama-sama awak yang nakal!” Terus aku berlari sambil tertawa.

“ Dilaisya! Jaga awak!”

Hehe.. Dan inilah bahagia kami.

~Tamat~

Friday 19 April 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia !

Assalamualaikum..Pembuka bicara..
Ceh wah! Hehe



Yes! Finally ! Aku jumpa jugak lagu tema gambar Sebenarnya Saya Isteri Dia ni..
Begitu susahnya aku nak cari.. Hehe..
Nak dengar or download? 
Tekan link di bawah ni !
     

Enjoy ! >_<

Tuesday 9 April 2013

Pernahkah Kita Terfikir?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.. 



Korang! Korang! Korang!

Nak tanya ni..
Apa perasaan korang hari ini? 
Sedih? Happy? Or Strees? 

Macam Syimah hari ini mood biasa je..
Hapy pun ada sedih pun ada.. 

Tapi bukan itu yang Syimah nak cakap..
Apa yang Syimah nak katakan dekat sini adalah 
Pernah tak korang terfikir saat korang merasa happy, sad or Strees tu kan? 
Ada orang yang lebih teruk daripada kita.

Sebagai contoh.. Yang paling dekat dengan kita adalah orang susah.
Kita happy.. tapi adakah mereka happy?
Kita sedih tapi mereka lebih sedih.
Kita stress tapi mereka? 

Dan pernah tak korang terfikir dalam hati korang tu..
Ada tak korang doakan kepada orang-orang sesama kita yang mengalami kesusahan?
Yang terdekat dengan kita adalah peristiwa di Lahad Datu. 

Insan ini bukanlah apa..Just nak nasihatkan korang je dan untuk diri ini juga.
Sebab Insan ini sedar yang Insan ini hanyalah manusia biasa yg tak lari daripada membuat dosa.
Kadang-kadang Insan ini pun alpa..

Jadi setakat ini sajalah ucapan Syimah.
Akhiri dengan Wassalam..

Cinta Bersatu (17)





Maaf kerana baru hari ini berpeluang update bab ini.. Hehe..

Lima minit sudah berlalu. Tapi kelibat Haiza masih belum kelihatan. Pagi ni aku dan Anuar ambil keputusan untuk jumpa Haiza. Tempat di mana kami bertiga berjumpa buat kali pertama.

Anehnya! Dia belum sampai-sampai. Jalan sesak kot. Yalah..Hujung minggu macam ni. Ramailah orang nak keluar bersiar-siar.

" Maaf lambat."

Kami berdua menoleh ke belakang. Rupanya Haiza dah sampai.

" Tak apa.." ujarku dengan senyuman.

Haiza mengambil tempat di hadapan kami berdua. Kemudian datang seorang lelaki menghampiri kami bertiga. Aku dan Anuar sudah semestinya tertanya-tanya siapa lelaki yang boleh tahan segak ni.

Siap senyum mesra lagi dekat Haiza ni. Jangan-jangan...

" Inilah suami saya." Kan dah agak!

" hai..saya Fairuz. Suami Haiza." Aku tersenyum manakala Anuar menyambut huluran salam Fairuz.

Hurmm..sama cantik sama padan. Secocok! Suka tengok diorang.

" Maaf kalau kami berdua lambat." ujar Fairuz dengan senyuman.

Aku jadi terpana lah juga. Kalah suami aku ni. Hensem sangat kot. Tapi apa-apa pun suamiku lagi hensem orangnya. Ceh!

" Sebenarnya tujuan kami datang ni sebab nak minta maaf." ujarku berterus terang.

Anuar tersenyum melihat aku. Tanganku di genggamnya. Ingin meminjam kekuatanku.

" Haiza. Saya nak minta maaf kerana salah sangka terhadap awak selama ini. Saya tak tahu pula kawan awak dalam bahaya." ujar Anuar ikhlas.

Haiza tersenyum. Suaminya di jeling.

" Kawan yang saya maksudkan tu adalah suami saya. Fairuz."

Aku dah memang tahu dari awal. Cuma Anuar je lah belum. Terlopong dia tapi kemudian dia tersenyum.

" Fairuz. Terima kasih kerana telah meminta tolong dia waktu itu. Kalau tidak sampai saat ini saya tidak akan mungkin bersama dengan Dee."

Aku terdiam. Jadi dia memang cintakan aku dari dulu lagi.

" Dah takdir dan itu jodoh awak dan dia. Jadi kita kena terima." balas Fairuz.

Aku tersenyum sahaja. Tak tahu apa yang patut aku cakap. Nak balik boleh tak?

" Anyway... Malam ni rumah kami adakan sedikit majlis makan-makan. Sempena hari lahir ke 1 anak kami."

" Wow! Mesti comel kan?" teruja sungguh aku saat ini. Terlebih teruja sebenarnya.

" Dee.." Aku tersengih menerima teguran Anuar. Dah serupa budak-budak aku ni.

" Kalau nak tahu, Dee mesti datang." ujar Haiza.

" InsyaAllah kalau ada waktu yang lapang." putus Anuar. Aku hanya menyokong.

Tiba-tiba aku jadi teringin nak ada anak pula. Apa ke peliknya aku ni. Muda lagilah Dee. Hehe...

**
" Anak dia mesti comel kan?"

Tersenyum aku mendengar soalan Anuar. Aku mengerlingnya sekilas. Dia memandu sambil tersenyum nampak.

" Haih bang.. Teringin ke?" soalku kembali.

" Tu pun kalau Dee nak berilah." Aku terkedu. Malu lol!

Terdengar ketawa halus daripada dia. Aku hanya mendiamkan diri. Inilah payah bila cakap soal anak.

" Abang gurau je lah. Abang tahu Dee belum bersedia lagipun Dee masih belajar. Abang minta maaf ye.."
Aku tersenyum mendengar kata-katanya.

" Abang ni suka kan buat Dee sakit hati dengan perangai gila-gila abang tu." Bebelku tak puas hati.

Terdengar lagi ketawa daripada mulut dia. Sepanjang dia memandu asyik gelak je kerja dia.

" Maaf. Abang tak tahan sangat. Dee.. kalaulah suatu hari nanti ada sesuatu berlaku kat abang. Mahukah Dee bersama-sama lagi dengan abang."

Aku terkedu mendengar kata-katanya. Pantas aku menoleh ke arahnya. Dia hanya tersenyum tanpa melihatku.

" Apa maksud abang ni? Abang janganlah cakap bukan-bukan." Ujarku sambil mengenggam tangannya.

" Abang cuma kata. Tak semestinya betul."

" Walau apapun yang terjadi. Abang sentiasa akan berada dalam hati Dee. Abang adalah suami Dee. Dah..Tak mau cakap benda yang mengarut ni."

Aku terus memandang ke  luar tingkap. Dan air mataku menitis perlahan. Abang..Jangan tinggalkan Dee.

" Dee.. abang janji abang takkan tinggalkan Dee. Percayalah." Kata-kata itu buat aku tersenyum tanpa pengetahuannya. Terima kasih abang!

**
Tok!Tok!Tok!

Aku tersedar daripada tidur. Aku memerhati sekeliling. Di mana ni? Aku toleh sebelah. Anuar!

Dan..ini bilik aku. Buat apa dia di bilik aku. Tapi aku tersenyum melihat dia yang tidur itu.

Tok!Tok!Tok!

Bunyi ketukan pintu buat aku segera keluar daripada bilik. Aku sempat kerling jam di dinding. Sudah pukul 5 petang. Lama juga aku tertidur. Sampai tak sedar Anuar angkat aku ke bilik.

Tanpa berlengah, aku pantas membuka pintu.

" Assalamualaikum.."

" Waalaikumussalam.." Dan..aku tersentak melihat insan yang berada di hadapan mataku sekarang. Mak cik!

" Boleh aunty masuk?" Aku tersenyum kecil. Macam mana dia tahu rumah aku?

" Silakan.." Aku memberikan dia laluan untuk masuk.

" Ada apa mak cik datang cari saya ni?" Soalku terus terang.

Kemudian dia menoleh melihatku. Tajam renungan dia tu.

" Salahkah kalau saya datang melawat anak saudara tiri saya?" Aku tersenyum sinis.

" Kenapa macam tu pulak? Bukan mak cik sendiri ke yang putuskan talian persaudaraan dengan kami ni. Yalah..kami ni kan tak sesuai digandingkan dengan mak cik yang kaya. Kan?"

Aku membalas renungannya. Bukan aku ingin kurang ajar. Tapi gaya dia yang buat aku geram. Kan bagus kalau papa dan mama ada.

" Dee.. jangan kurang ajar sangat dengan saya ye.."

" Kenapa pula? Mak cik sendiri yang kurang ajar dengan saya dan family saya. Kenapa saya tak berhak? Ye saya tahu saya hanya menumpang di keluarga mak cik. Tapi datok dan nenek sendiri pun telah terima kami. Apa salah kami yang buatkan mak cik sisihkan kami? Apa?" Soalku ingin penjelasan.

Dia memandangku dengan senyuman sinis. Gaya dia persis orang kaya di negara luar sana.

" Oh..itu ke. Hurmm.. Kalau kamu nak tahu kamu kena tanya papa kamu sendiri. Dia telah buat saya menderita. Dia juga telah rampas hak saya. Dee..sebagai seorang anak kan? Kamu patut membantu saudara kamu. Jadi saya datang sini nak ambil balik hak saya daripada papa awak. Tak salah kan?"

Aku tersentak. Kepalaku geleng. Tak mungkin! Papa yang beritahu sendiri semua itu milik papa. Titik peluh papa. Mana mungkin senang-senang je diberikan kepada mak cik.

" Impossible! Lagipun apa yang papa dapat memang milik papa. Apa yang mak cik tak puas hati lagi ni. Kalau ada apa-apa yang belum memuaskan hati mak cik sampai saat ini. Saya rasa mak cik patut rujuk family mak cik. Kami kan tak berhak masuk campur dalam hal mak cik. Dan sekarang saya pinta mak cik keluar daripada rumah saya."

Ujarku sambil menoleh ke arah pintu agar dia keluar. Maafkan Dee ma sebab tak mampu layan mak cik dengan baik.

" Dee..jangan kurang ajar sangat dengan saya. Saya boleh buat kamu menderita Dee." Amaran keras di berinya kepadaku.

" Oh yaka? Tapi kenapa tidak dari dulu lagi? Kenapa baru sekarang? Kenapa?" Ujarku sedikit tinggi. Aku dah cukup bersabar dengan mak cik selama ini tahu tak.

" Dee! Anak yang tak tahu dek untung!"

Aku tersentak melihat tangan mak cik aku yang ingin menampar aku. Pantas aku menutup mata. Ya Allah.

" Dee!" Aku terkejut mendengar suara Anuar yang berada di hadapanku kini. Aku pantas membuka mata. 
Ternyata dia telah menahan mak cik daripada menampar pipiku.

" Mak cik tak berhak menampar isteri saya. Selagi dia bawah jagaan saya tiada sesiapa pun yang dibenarkan menyentuhnya."

Aku pantas bergerak ke belakangnya. Wajah mak cik ku yang tegang itu ku tatap.

" Okey fine! Dee.. saya akan datang cari awak lagi selepas ni. Yang pasti harta papa awak mesti jadi milik saya. Papa awak langsung tak berhak. Haha.."

Air mataku menitis apabila mak cik aku beredar. Aku terduduk di sisi Anuar.

" Ya Allah Dee. Kenapa ni?" Cemas Anuar melihatku. Aku ketap bibir.

" Awak.. Saya rindu mama." Terus aku memelukknya.

" Sabar sayang." Pesannya dengan lembut.

Mama! Baliklah cepat. Dee tak mampu hadapi semua ini seorang diri.

~Bersambung~

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers