Assalamualaikum...
Korang! Korang tahu tak apa itu cemburu? Yang korang asyik cemburu buta tu. Korang tahukah maksudnya?
Jadi aku di sini nak berkongsilah. Apa itu cemburu?
Cemburu adalah perasaan iri hati terhadap pasangan sekiranya pasangan memberikan perhatian kepada orang lain. Cemburu yang melampau adalah tanda perhubungan yang tidak sihat, dan keadaan ini hanya akan menjadi lebih teruk lagi pada masa akan datang.
(Betul tu betul)
Cemburu yang melampau bukan berkisarkan cinta, ia adalah tentang penguasaan ke atas diri pasangannya serta menghalang kebebasan.
Aku setuju sangat-sangat. Lagipun tak elok kalau cemburu lebih-lebih ni. Buang masa je. Betul tak? Hehe..Dan..
Sekiranya cinta itu sejati, perasaan itu akan bertukar kepada kasih sayang yang amat mendalam terhadapnya. Tetapi, sekiranya ia cinta mengikut nafsu yang melibatkan perasaan berahi, tarikan fizikal, selalunya ia akan berakhir dengan kegagalan perhubungan.
Ingat tu. Bagi pasangan couple tu. Cuba-cuba lah bawa bertenang. Janganlah cemburu sangat. Tak elok sangat. Boleh membawa padah tahu tak. Kalau cemburu membawa kebaikan. Ia tak salah. Cuma takut cara tu yang salah. Jadi ambil peringatan ya bagi tengah bercouple tu. Hehe...
Sekian dari saya.. :)
No comments :
Post a Comment