“ Zahra! Mana kau?!”
Selepas menjenguk ke dapur. Dia bergerak pula ke bilik
Zahra. Tapi sayang Zahra tiada. Malah kelibat Zahra tiada di mana-mana dalam
rumah itu. Mana pergi?
“ Abang… Mana isteri abang yang tak guna tu?”
Eslina. Dia adalah perempuan simpanan Syazwan. Tujuan
Syazwan bawa Eslina pulang ke rumahnya itu bagi menemukan Zahra dan Eslina.
Syazwan nak Zahra tahu yang kini Syazwan sangat sayangkan Eslina. Sayang
sangat!
“ Entah. Puas abang cari!”
Syazwan menghempas kuat tubuhnya di sofa. Penat sangat
mencari Zahra. Lepas tu kena melayan Eslina ni pula. Tapi dia tak kisah. Sayang
punya fasal.
“ Abang dah janji abang nak ceraikan dia. Abang jangan tipu
ye?”
Eslina mendekati Syazwan yang sedang baring itu. Mata
Syazwan leka memandang ke arah syiling tanpa menyedari Eslina sudah
mendekatinya. Lantas Eslina duduk di atas paha Syazwan.
“ Ye. Abang janji. Tapi abang belum puas nak seksa hidup
dia.”
Syazwan bangun duduk lalu menarik Eslina lebih rapat
dengannya. Zahra! Kau sengaja cari masalah dengan aku sekarang ni. Kau sengaja
keluar atau lari terus daripada sini? Kau memang suka buat aku marah.
Wajah Syazwan yang tegang itu ditelus lembut oleh Eslina.
Eslina menggeleng lalu tersenyum.
“ Abang… janganlah marah macam ni. Tak hensemlah.” Pujuk
Eslina dengan suara menggodanya. Eslina memang pakar dalam menggoda lelaki.
Lebih hebat daripada Zahra yang dulu.
Syazwan tersenyum melihat Eslina makin rancak melayannya.
Zahra! Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing. Tapi hari ni aku lepaskan kau
Zahra. Aku nak bersama dengan orang yang aku sayang sangat-sangat.
“ Eslina.. Eslina sayangkan abang kan?” Soal Syazwan lembut.
Perlahan-lahan lengan Eslina diraihnya.
Eslina tertawa kecil.
“ Mestilah! Abang jahat kalau abang kata Eslina tak
sayangkan abang.”
Syazwan pula yang tertawa melihat wajah Eslina yang berubah
mendung itu.
“ Ala.. maafkan abang. Abang silap. Okey.. sekarang Eslina
beritahu abang. Apa yang patut abang buat untuk pujuk buah hati abang ni?
Hurmm?”
Syazwan menjongket kening melihat Eslina yang tersenyum
lebar itu.
“ Eslina nak abang…”
**
“ Assalamualaikum…”
Zahra yang ralit termenung itu menoleh ke arah pintu.
Ternyata Farah sedang memandangnya.
“ Akak.. kenapa ni? Muram je?”
Farah mendekati Zahra
yang berada di birai katil. Kemudian bahu Zahra diusapnya perlahan.
“ Entahlah. Akak tiba-tiba rasa tak sedap hati. Rasa macam
akan berlaku sesuatu. Tapi apa ye?”
Zahra merenung jauh ke luar tingkap. Tiba-tiba dia
teringatkan suaminya. Syazwan! Macam mana keadaan dia sekarang? Adakah dia
memarahi aku? Maafkan aku Syazwan. Aku terdesak.
“ Tak payahlah fikir fasal suami akak tu. Buat sakit hati
je.”
Jelas Farah kurang menyenangi dengan Syazwan. Kalau boleh
putarkan masa, aku tidak akan benarkan akak kahwin dengan jantan tu. Huh!
“ Farah..” Zahra tersenyum melihat sikap Farah yang suka
marah itu.
“ Akak! Janganlah dibela sangat abang Syazwan tu. Dan lagi
satu. Kebelakangan ni, Farah selalu dengar akak dan abang Syazwan membahasakan
diri masing-masing dengan panggilan ‘ kau aku’. Kenapa tidak abang atau
sayang?”
Zahra tersentak. Tak sangka Farah akan menyoal sebegitu.
Semuanya berlaku dalam sekelip mata Farah. 5 bulan yang lepas, masa tu, akak
baru selesai solat sunat taubat. Tiba-tiba abang ipar kamu masuk ke dalam bilik.
Abang ipar kamu balik dalam keadaan yang busuk. Busuk dengan
minuman keras. Akak kecewa kerana dalam seumur hidup akak pun. Akak tak pernah
menyentuh minuman haram tu. Tapi masa tu akak dah tak tahan jadi akak tegurlah.
Tak sangka abang ipar kamu tak suka. Selepas itu, dia pukul
akak. Dan tubuh akak jadi mangsa. Akak redha sebab abang ipar kamu bukan orang
lain. Tapi akak kesal dengan dia. Keesokan paginya, kami bergaduh kerana fasal
semalam. Masa tu terus ubah nada bicara kami Farah.
“ Akak!”
Zahra tersedar. Maafkan akak Farah! Akak tak boleh cerita
dekat Farah. Ini soal peribadi akak.
“ Maafkan akak..” Ucap Zahra lantas tersenyum. Farah pula
mencebik. Bela abang Syazwan lah tu.
“ Farah! Akak! Turun bawah jap!”
Laungan Alif menyentakkan mereka berdua.
“ Jom turun kak. Mesti ada apa-apa tu.” Ajak Farah lantas
menarik Zahra agar turun bersamanya.
Sampai saja di ruang tamu, Alif menyerahkan telefon bimbit
Zahra kepadanya. Zahra menyambut dengan kerutan di dahi.
“ Siapa?” Bisik Zahra. Alif hanya menjongket bahu. Farah di
sebelah hanya melihat.
Tanpa membuang masa, Zahra menyambut panggilan tersebut.
Masa itu juga hatinya jadi makin berdebar-debar.
“ helo?”
Zahra memandang Farah dan Alif silih berganti.
“ Apa?!”
**
Air mata seorang isteri tumpah akhirnya setelah melihat
keadaan suaminya dengan seorang perempuan yang tidak dikenali dalam rumah.
Hanya berdua.
“ Adakah betul ni suami cik?”
Zahra menekup mulut lalu terduduk di kaki Farah. Farah yang
sedih melihat Zahra pantas memaut bahu Zahra.
“ Ya. Dia suami akak saya.” Balas Farah apabila Zahra dah
tak mampu untuk bersuara.
Tapi lain pula bagi Syazwan dan Eslina. Mereka berdua hanya
bersahaja tanpa berasa bersalah ataupun sedih. Mereka rasa mereka puas lakukan
sedemikian.
“ Maafkan kami. Tapi kami hanya melakukan tugas. 15 minit
yang lalu, kami dapat panggilan daripada jiran. Katanya suami cik ni bawa masuk
perempuan yang bukan muhrim. Jadi kami datang lah sini. Dan apa yang kami lihat
memang betul. Suami cik berdua-duaan melakukan maksiat dalam rumah ni.” Jelas
salah seorang wakil daripada JAIS itu.
Syazwan pantas memakai bajunya kembali apabila ramai orang
memandang hina kepadanya. Manakala Eslina kembali menyarungkan pakaian ke tubuhnya
yang hampir terdedah itu.
“ Wan! Kenapa kau buat aku macam ni?” Rintih Zahra. Air
matanya makin laju mengalir.
Tiba-tiba Alif menerpa ke arah Syazwan lalu menumbuknya.
Rasa marah dah tak dapat ditahan oleh Alif apabila melihat akak iparnya merana.
Tambahan pula akak iparnya sedang mengandung anak lelaki tak guna ni!
“ Aku dah tak boleh tahan dengan kau. Kau sanggup buat
perkara tak senonoh ni. Kau tak kesiankan isteri kau ke? Dia tengah mengandung
kau tau tak? Ha?” Bentak Alif dengan wajah tegangnya.
Syazwan yang mengesat darahnya selepas ditumbuk Alif
terkejut besar. Wajah Zahra dicarinya bagi mencari kebenaran kata-kata Alif
sebentar tadi.
Perlahan-lahan Zahra kembali bangun dengan bantuan Farah di
sisi. Kemudian kepalanya dianggukkan.
“ ya. Betul kata Alif. Aku dah mengandung. Dan aku
mengandungkan anak kau! Tapi aku tak rela anak aku dapat ayah yang tak guna
macam kau!” Jeritan Zahra mengejutkan semua orang yang berada di situ.
Syazwan tersentak besar. Matanya merenung tajam ke arah
Zahra. Eslina yang takut kehilangan Syazwan pantas merangkul lengannya.
“ Hei! Perempuan! Kau tak tahu malu ke rampas suami orang
ha? Dah tu kau sanggup pula lakukan perbuatan yang tak senonoh ni! Kau memang
dasar perempuan tak guna!”
Zahra menjerit lagi sambil mengeluarkan kata-kata kasar
terhadap Eslina. Dia cukup marah saat itu. Hatinya dah membara apabila melihat
perkara sebegini terjadi dalam hidupnya. Tak sangka yang Syazwan sanggup
lakukan hal terkutuk ni. Ya Allah. Apa dah jadi ni?
“ Sabar kak. Ingat anak dalam kandungan akak ni.” Pesan
Farah sambil mengusap perlahan belakang Zahra.
“ Abang…” Eslina merengek apabila dia dihina sedemikian.
Syazwan mencerun ke arah Zahra. Mahu saja dia memukul Zahra
ketika itu. Tapi keadaan tidak membenarkan dia lakukan sedemikian.
“ hei! Jaga mulut kau sikit! Perempuan yang kata tak guna ni
perempuan kesayangan aku. Aku sayang dia lebih daripada kau. Dan untuk
pengetahuan kau dia bakal isteri aku!”
Eslina tersenyum sinis apabila Syazwan membela dirinya di
hadapan Zahra.
“ Ya Allah!”
Zahra menangis lagi. Lagi dan lagi. Hatinya sungguh sakit
melihat kecurangan suaminya sendiri. Ya Allah. Kuatkan semangat aku ni.
“ Cik. Encik. Bawa bertenang. Apa-apa pun jom jelaskan dekat
balai.” Tiba-tiba lelaki daripada JAIS tadi bersuara kembali setelah lama
berdiam diri.
“ Encik… saya nak encik dengar apa yang saya nak kata ni.
Dan semua yang berada di sini mampu jadi saksi kami.”
Zahra mendongak melihat Syazwan yang sedang melihatnya. Dia
juga dapat lihat senyuman sinis pada bibir Syazwan.
“ Aku ceraikan kau Zahra dengan talak satu selepas saja kau
melahirkan anak tu.”
No comments :
Post a Comment