Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 29 December 2015

Cerpen : Benarkan Aku Ketuk Pintu Hatimu

Assalamualaikum.

Halo! Halo! Halo! Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk berada atas muka bumi ini. Hari ini ada cerpen baru. Dan cerpen terakhir pada tahun 2015 ni. Memandangkan dah nak masuk tahun 2016. So, aku buat kesimpulan kecil sikitlah. Haha. 

Serius! Tanpa sokongan korang semua. Aku takkan mampu bertahan sampai sekarang. Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi thanks sangat kepada yang setia membaca hasil karyaku yang tak seberapa ni. Aku tahu aku masih banyak kelemahan tapi aku akan sentiasa berusaha untuk ke arah lebih baik. Terima kasih juga kepada yang tidak lelah menunggu hasil karya aku ni. Aku terharu tau tak? Haha.

Okay. Tak nak bebel panjang lagi. Enjoy dengan last cerpen untuk tahun ni. Dan maybe cerita ni tak masuk sangat dengan tajuk aku rasa. Haha. Tapi.. Hentam sajalah. Asalkan puas hati. Kahkah. Okay. Bye. ><



Perlahan-lahan kakiku melangkah masuk ke dalam bilik yang tidak berpenghuni itu. Mataku mula meliar sekeliling bilik itu. Perlahan aku melangkah ke arah katil. Hatiku yang sedia sebak tadi menjadi lebih sebak. Tanpa sempat ditahan, air mataku mengalir jua ke pipi.

“ Mom. I miss you.”

Aku duduk di birai katil dengan hati yang pedih. Sakit. Dan kecewa. Bila mengingatkan punca mama aku meninggal, air mataku makin laju mengalir. Ya Allah. Kenapa papa kejam sangat? Kenapa papa buat mama macam ni?

Tok! Tok!

Ketukan di pintu membuatkan aku pantas menyeka air mataku. Aku menoleh ke arah pintu. Berdirinya seorang lelaki yang bergaya dan berkarisma di situ. Wajahnya beriak tenang. Kakinya perlahan mendekatiku. Bila dia berdiri tepat dihadapanku, tubuhku ditarik ke dalam pelukannya.

“ I know you want to cry. Just cry girl.”

Akhirnya, dalam pelukan itu, aku menangis semahu-mahunya. Aku dah tak dapat menanggung kesakitan ini. Aku tak sanggup. Hampir 10 minit juga aku menangis sebelum aku meleraikan pelukan. Air mataku seka perlahan.

“ Dah?”

Aku mengangguk dengan senyuman. Dia siapa? Itulah abang sulung aku. Khairul Ikhwan namanya. Aku ada dua orang abang dan seorang adik. Semua lelaki. Aku je bunga dalam family ni. Tapi yang paling memahami mestilah si Khairul ni.

“ Jom ikut along ke bawah.”

“ Along pergi dulu. Nanti Darmia menyusul.”

“ Okay. Tapi jangan lama-lama tau.”

Selepas kepalaku diusap, dia terus berlalu. Aku melihat sekali lagi bilik yang pernah didiami oleh mama aku dulu. Tapi kini, dia telah pergi buat selama-lamanya. Mom. I miss you so much.

Bila dah aku rasa agak lama, aku terus keluar. Pintu bilik ditutup dengan perlahan lalu aku melangkah perlahan ke arah tangga. Dari atas aku sudah nampak abang-abang dan adikku berkumpul di ruang tamu. Cuma satu je kurang. Mama. Ya Allah.

“ Kenapa ni along?”

Aku ambil tempat di sisi along. Aku tengok wajah-wajah yang telah banyak memberikan kekuatan buat diri aku. Dari sisi aku Khairul Ikhwan. Kedua pula yang duduk di depan aku yang diberi nama Afiq Amri dan satu-satunya adik lelaki aku yang baru menghabiskan pengajian di UITM dalam bidang diploma engineering iaitu Izwan Amir. Mereka semua adalah kekuatan aku selepas mama pergi.

“ Kalau along cakap ni Darmia jangan marah ye.”

Aku menoleh memandang along. Dahiku berkerut.

“ Darmia.”

Suara abang ku Afiq pula kedengaran.

“ Apa angah?”

“ Papa. Dia nak jumpa kita.”

Dengar je kata-kata tu aku terus berdiri. Aku tersenyum sinis. Kepalaku geleng tanda tidak percaya.

“ Jumpa? For what? Nak sakitkan hati kita lagi? Cukuplah apa yang dia dah buat pada mama!” bentakku geram.

“ Darmia.”

Aku menggeleng kesal. Aku tak sanggup nak jumpa dia. Even dia ayah kandung aku. Tapi selepas apa yang dia buat dekat mama? Impossible aku boleh maafkan dia. Impossible!

“ Tolong Darmia. Walaupapun yang terjadi dia tetap papa kandung kita. Darah daging kita.” Suara angah dengan penuh mengharap.

Aku tersenyum sinis. Aku meraup rambutku kasar.

“ Angah cakap senang! Angah tahu tak apa yang jadi pada mama time tu? Darmia je yang ada time tu. Darmia tengok semuanya tau tak? Darmia tengok betapa seksanya mama cuba bertahan sakit tu. tapi papa? Apa yang dia buat? Dia langsung tidak menghiraukan mama! Dia tahu mama lemah, tapi dia tengok je! Dia terus tinggalkan mama macam tu bila mama nak minta maaf.”

Aku menunduk dengan perasaan kesal. Aku terduduk di sisi along dengan gelengan.

“ Kalau along, angah dan adik nak jumpa dia. Pergilah. Darmia takkan halang.” Balasku dengan senyuman hambar.

“ Darmia?”

Aku menggeleng lalu melangkah ke arah tangga.

“ Darmia tak nak pergi. Darmia perlukan masa. Pergilah. Kirim salam je lah dekat dia.”

Terus aku berlari masuk ke dalam bilik. Tolonglah! Aku tak nak jumpa dia! mama! I need you!

**
“ Darmia? Are you okay?”

Aku tersenyum kecil.

“ Okay je. kenapa?”

Aku terus menoleh ke arah lain bila sedari mata itu tajam memandangku. Aku tahu dia sedang teka hati aku sekarang ni.

“ no! you not okay!”

See! Dia memang kenal aku.

“ Aku okay lah Meen. Jangan risau.”

Aku terdengar keluhan kecil daripada mulutnya. Kemudian dia bangun dan duduk di sisi aku. Bahuku dipautnya erat.

“ Aku bukan baru kenal kau tau tak? Dah 3 tahun kita berkawan. Kau memang tak boleh tipu aku Ardini Darmia.”

Aku tersengih bila mendengar dia menyebut nama penuh aku. Dia dah geram sangatlah tu.

“ Aku just rindu mama aku jela. Yang lain aku okay.” Balasku dengan senyuman.

“ Sedekahkan Al-Fatihah buat mama kau. InsyaAllah rindu kau akan terbalas.”

Aku hanya terdiam. InsyaAllah.

“ By the way. Aku dah lewat nak masuk kerja ni. tak apa ke aku tinggalkan kau sorang je dekat sini?”

Aku tergelak tengok muka dia yang resah.

“ Aku okaylah. Aku bukan budak kecil lagi kot.”

Terdengar dia tertawa kecil.

“ Kan? Okay aku gerak dulu. See you tomorrow.”

Bila kelibat Meen dah hilang, barulah aku bangun dan menuju ke arah kereta. Aku memandang sekeliling. Entah kenapa daripada tadi aku terasa ada orang sedang perhatikan aku. Maybe perasaan aku je kot.

Belum sempat aku nak membuka pintu kereta, tiba-tiba mulutku ditekup dengan tangan seseorang. Aku cuba menolak tangan itu tapi tak boleh. Belum sempat aku nak berbuat apa-apa, kepalaku pula dipukul sesuatu dengan benda keras. Akhirnya, aku terus memejamkan mata dan terus gelap aku rasakan. Ya Allah! Selamatkan aku!

**
Aku cuba membuka mata. Kepalaku terasa berat sangat dan terasa sakit. Perlahan-lahan aku membuka mata dan memerhati sekeliling. Eh! Dalam bilik? Siapa yang bawa aku ke sini? Aku bangun duduk. Aku pegang kepalaku. Sakit! Berpinar-pinar mataku cuba mengawal rasa sakit ni.

“ Dia dah sedar ke belum?”

Aku terdengar suara orang bercakap dari luar bilik. Aku bangun dan menuju ke arah tingkap. Ada dua buah kereta yang cukup aku kenali. Tapi rumah ni? Rumah siapa?

Tiba-tiba pintu terkuak dari luar. Muncul seorang wanita yang sedang tersenyum menuju ke arah aku. Aku kembali duduk dibirai katil bila rasa pening.

“ Awak dah sedar?”

Aku menoleh melihat ke arahnya.

“ Saya di mana ni?”

Aku pandang wanita yang manis bertudung itu. Aku baru tersedar. Aku pegang kepalaku. Alhamdulillah. Masih bertudung. Lega.

“ Jangan risau. Awak selamat. Sekarang awak pergi bersihkan diri. Lepas tu solat. Dah pergi.”

Belum sempat aku nak bertanya lebih lanjut, tubuhku terlebih dahulu ditolak masuk ke dalam bilik air. Dengan separuh rela aku menurut saja. Selepas membersihkan diri aku solat. Meminta keampunan daripada Allah dan mendoakan agar roh mamaku dicucuri rahmat. Selesai solat, aku terus duduk di birai katil. Aku perhati sekeliling. Kat mana aku ni?

“ Dah solat?”

Wanita tadi muncul bersama baju ditangan. Aku hanya mengangguk. Memandangkan dia perempuan so aku buka tudung.

“ Sekarang awak pergi pakai baju ni. saya tunggu dekat sini.”

Dahiku berkerut. Ha? Nak aku pakai baju kurung putih cantik ni? Gila?

“ untuk apa?”

“ Pakai je. cepat.”

Dengan keadaan tertanya aku hanya menurut. Bila dah tukar ke pakaian itu aku melihat cermin. Cantiknya baju ni.

“ You looks so beautiful.” Dia memuji bersama senyuman. Aku hanya terdiam tapi masih mengukirkan senyuman kecil.

“ Okay. Sekarang duduk sini. Saya nak makeup awak sikit. Lepas tu baru pakai tudung.”

Serius. Aku langsung tak tahu apa yang terjadi sekarang ni. tapi kenapa aku turut je apa yang dia kata? Maybe sebab dia baik? Entahlah!

“ Okay siap.”

Aku terpegun melihat wajahku yang selesai dihias dan berselendang itu. Betul ke ini aku? Cantiknya. Tak percaya.

“ Awak tak perlu make up lebih sebab awak memang cantik. Beruntung dia dapat awak. okay. Awak tunggu sini kejap. Saya nak turun kejap. Nanti saya naik balik.”

Belum sempat aku nak bertanya lebih lanjut, dia sudah berlalu. Aku mengeluh kecil. what happen? Apa benda yang aku sedang buat ni? aku ternampak telefon bimbitku. Arh! Along! Aku kena telefon dia. cepat-cepat aku dail nombor along. Tapi sayang. Tidak berjawab. Aku call pula angah dan adik. Still sama! Mana mereka ni?!

“ Darmia.”

Aku terus menoleh ke arah pintu bila namaku dipanggil. Wanita tadi tersenyum ke arahku.

“ Jom ikut akak.”

Tanpa banyak songeh, aku hanya mengikut. Aku menuju ke arah tangga dengan berhati-hati kerana baju ni labuh sikit. Bila aku mendongakkan kepalaku. Aku terkedu. Aku kaku terus pada anak tangga terakhir. Aku terus menoleh ke arah wanita tadi. Dia still memberikan senyuman. Dahiku dah mula berkerut. Apa ni?

“ Ardini Darmia.”

Aku tersentak. Aku menoleh ke arah suara itu. Papa!

“ Apa ni?”

Aku dah mula ingin membentak. Tapi tak jadi bila aku ternampak kelibat along, angah dan adik. Aku terkedu lagi sekali. Mereka bertiga mendekati aku dengan senyuman nipis. Aku pandang pula sekeliling. Ada ramai orang dan ada tok kadi? What?

“ Okay. Enough! What do you want from me papa?” Aku dah mula marah.

“ Darmia.”

Along mendekatiku dengan gelengan.

“ What? Eh! Darmia tak fahamlah! Apa ni? boleh tolong explain tak?”

Aku menepis tangan along yang ingin menyentuhku itu. aku pandang mereka bertiga dengan renungan tajam.

“ Papa nak kamu turun dulu. Biar majlis ni selesai dulu. Lepas tu baru boleh kamu nak tanya apa-apa pun.”

Hatiku menjerit geram bila mendengar kata-kata papa yang berbaur arahan itu. Air mataku dah bergenang.

“ Darmia. Ikut angah sayang.”

Semua mata dah memandang ke arah kami. Mahu tak mahu aku mencapai tangan angah lalu turun ke bawah. Aku didudukkan di atas satu bantal yang khas untuk pengantin perempuan. Weh! Aku nak kahwin dengan siapa ni weh?!

“ Darmia.”

Aku renung dalam mata angah. Aku inginkan penjelasan!

“ ikut cakap angah sayang. Kamu kahwin ye? Ikut kata papa sayang.”

Aku terkedu. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang berpakaian baju Melayu putih yang sedondon denganku duduk di depan tok kadi. Aku menggeleng tanda tidak percaya. Air mataku dah mula mengalir ke pipi.

“ Jangan nangis sayang. Along percaya dia mampu jadi suami yang terbaik buat kamu.”

Sekali lagi, hati aku dah menangis. Aku nak menjerit tapi entah kenapa suara aku tak nak keluar. Akhirnya, aku hanya mampu melihat dengan hati yang sedih. Wanita yang tolong siapkan aku tadi mengelus lembut bahuku.

“ Sabar sayang. Akak tahu papa kamu nak yang terbaik buat kamu.”

Akhirnya aku menangis dalam diam.

“ Aku terima nikahnya Ardini Darmia…”

Aku memejamkan mataku erat. Ya Allah. Apa yang sedang terjadi ni? Kenapa aku mesti dikahwinkan dalam keadaan yang aku tidak rela macam ni? Kenapa Ya Allah! Kenapa? Mama! I really need you! Need you!
**
Mataku dah sembap gara-gara menangis daripada petang tadi. Sekarang, tiga orang yang paling aku percaya dah berada depan mata aku. bersama papa dan suami aku. Arh! Aku tak suka perkataan suami itu.

“ Darmia. Papa harap kamu dapat hidup bahagia dengan Emir. Papa percayakan Emir.”

Aku beriak bersahaja. Aku langsung tidak menghiraukan mereka. Aku dengan duniaku sendiri. Tapi dalam hati ni dah terluka teruk!

“ Papa pergi dulu. Jaga anak papa dengan baik.”

Hilang saja kelibat papa, aku terus bangun dan melangkah ke luar rumah. Terpamer senyuman sinis pada bibirku. Begitu mudahnya papa aku buat keputusan tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Mudahnya! Agaknya ini yang mama rasa sebelum ni. Mama. I miss you.

“ Darmia.”

Aku yang elok berdiri tepi pintu terus menoleh ke arah kiri. Along, angah dan adik sedang memandangku dengan pandangan yang sayu. Aku tersenyum lagi tapi cukup sinis.

“ Kenapa tengok Darmia macam tu? Puaslah hati korang semua sekarang? Tak sangka. Orang yang Darmia paling percaya akhirnya tikam Darmia daripada belakang. Unbelievable!”

Aku tepuk pula tangan tanda mereka sudah menang. Aku tertawa kecil. ketawa yang dibuat-buat.

“ tahniah! Tahniah! Bravo! Memang awesome!”

Aku sambung ketawa. Tapi terhenti terus bila along menarikku ke dalam pelukannya. Serentak itu aku terdiam dan menanti kata-kata seterusnya daripada mulut along.

“ Jangan buat macam tu Darmia. Hati along sakit tengok Darmia berpura-pura gelak macam tu. along tahu kamu sakit. Along faham. Tapi maafkan kami. Kami terdesak.”

Aku terus tolak tubuh along jauh dari aku. aku pandang satu persatu wajah-wajah yang aku sayang itu.

“ terima kasih sebab berjaya buat hidup Darmia musnah dalam sekelip mata. Tahniah along, angah dan adik. Tahniah sangat. So, sekarang boleh Darmia pergi?”

Aku terus berlalu ke arah tangga. Tapi langkahku serta-merta terhenti bila perasan ada seseorang yang asyik merenung aku. aku terus menoleh semula ke arah ruang tamu. Oh! Suami paksaan aku rupanya.

“ And you. Why you accept it? Why? Tak boleh ke kalau kau tolak je kata-kata papa aku tu? Tahniahlah aku ucapkan. Korang semua dah berjaya hancurkan hidup aku!”

Tanpa berlengah aku pantas berlari naik ke dalam bilik. Aku terus kunci pintu bilik dan serentak itu air mataku mengalir. Laju!

“ Mama. Kenapa semua orang buat Darmia macam ni? Kenapa mama?”

Aku memandang cincin yang tersarung pada jari manisku itu. air mataku makin galak menurun.

“ Mereka dah tak sayang aku ke?”

‘ Just cry girl. Just cry.’

Tiba-tiba kata-kata along bermain dalam fikiran aku. Terus aku menangis dengan sekuat hati. Mama! Ya Allah!

**
Keesokan harinya, aku bergegas siap untuk pergi daripada rumah ni. Dan semestinya aku nak lari daripada semua orang. Terutama daripada suami baru aku tu. Sebab tu lah seawal 6 pagi aku dah bangun. Lepas solat je terus aku keluar daripada bilik.

Tapi sempat lagi aku duduk sekejap di ruang tamu dan melihat ke arah tangga. Terpamer senyuman hambar pada wajahku. Emir. Kenapa awak mesti turutkan saja kata papa saya tu? Saya tahu awak terpaksa. Dan sebab tu la saya nak lari dari sini. Saya tahu awak cintakan orang lain. Saya pergi dulu. Maaf sebab tak sempat nak beritahu awak.

Aku terus bergegas keluar bersama beg tangan. Tapi langkahku terus mati. Aku nak balik naik apa? Tiba-tiba ada sebuah teksi berhenti tepat di hadapan aku. Aku terkedu.

“ Darmia kan? Naiklah.”

Tak nak orang dalam rumah perasan, aku terus masuk ke dalam teksi tersebut.

“ Kenapa pakcik datang sini? Siapa yang suruh pakcik datang?” Soalku bertalu-talu.

“ Tuan Khairul yang suruh.”

Aku terdiam. Along?

“ Kamu nak ke mana Darmia?”

“ Boleh hantarkan saya ke Pahang? Tapi janji dengan saya pakcik. Jangan beritahu sesiapa pun ke mana saya pergi. Please.” Pintaku dengan penuh mengharap.

Pakcik teksi tu tersenyum.

“ InsyaAllah.”

Aku tersenyum lega. Aku kembali menoleh ke luar tingkap. Maafkan saya Emir. Saya masih tak dapat terima awak sebagai suami saya. Saya nak cari ketenangan. Maafkan saya.

**
Dah seminggu berlalu. Ini bermakna seminggu juga aku dah berkampung dekat  Pahang ni.  Negeri di mana tempat mama membesar. Arh! Rindu mama pula.

Kini, aku duduk depan masjid besar dekat sini. Baru lepas solat Zuhur. Malas nak balik bilik. Kalau balik bilik pun bosan. Tak tahu nak buat apa. Jadi, termenung je la dekat sini. Haha. Teruk kan? Biasalah orang bujang.

Aku tersentak. Bujang? Oh! Come on! Kau dah kahwin Darmia! Terhambur keluhan kecil dari mulutku. Kahwin? Kahwin apa kalau secara paksa. Entahlah. Kebebasan aku macam disekat oleh papa aku sendiri. Mama. Kenapa papa buat macam tu? Darmia langsung tak faham.

“ Jangan pernah salahkan papa awak atas apa yang terjadi dekat kita sebelum ni.”

Aku terkedu. Suara itu?

“ Papa awak tak salah. Papa awak buat semua ni sebab sayangkan awak.”

Aku terus menoleh ke belakang. Aku terkaku lagi. Emir? Macam mana dia tahu aku ada dekat sini? Perlahan-lahan dia mendekati aku. Akhirnya, dia duduk betul-betul sebelah aku. Aku masih diam seribu bahasa. Okay! I’m shocked!

“ Kenapa awak lari?”

Aku dapat kesan wajah dia yang macam tak bermaya itu. Eh? Kenapa nampak tak bermaya pula? Bukan dia lagi suka ke aku tak ada? Eh! Please!

“ Saya cari awak satu KL tau tak. Tapi tak jumpa. Sampai along awak pun runsing cari awak.”

Aku masih mendiamkan diri. Lebih selesa dengar dia berkata-kata.

“ Sampai kami pergi jumpa papa sendiri.”

Aku tersenyum sinis. Papa?

“ Papa yang beritahu kami mana kamu pergi. Dia kata kalau awak sedih atau nak tenangkan fikiran awak pasti datang ke sini. Dan tekaan papa awak tepat bila saya dapat jumpa awak.”

Terus aku menoleh ke arah dia. Aku tersentak. Papa yang cakap macam tu?

“ Ya. Papa awak yang cakap Darmia.”

Terus aku menoleh ke arah lain bila dia merenung ke arah aku dengan senyuman manisnya itu.

“ Baliklah Darmia. Kami semua merindui awak.”

“ For what? Untuk sakitkan hati saya lagi? Semua rindukan saya? Huh! Alasan!”

Aku terus bangun berdiri. Dengan hati yang berat aku terus memusingkan badan ke belakang.

“ Pergilah Emir. Awak berhak bahagia even bukan dengan saya.”

Entah kenapa. Kata-kata itu seakan menjerat hati aku sendiri. Sedih pula aku rasakan.

“ Tapi saya tetap takkan pergi.”

Tiba-tiba dia berdiri tepat di depan aku. Aku pandang wajah yang kelihatan tidak bermaya itu.

“ Awak nak saya kehilangan awak lagi? Oh! Come on! Kalau saya tinggalkan awak lagi sama macam saya sakitkan hati saya sendiri. Bodoh lah kalau saya pergi sedangkan saya yang beria-ria cari awak sampai sini.”

Matanya mula merah. Aku tak tahu merah sebab apa. Tapi, matanya itu penuh dengan kerinduan. Aku dapat rasakan. Ah! Perasaan kau je tu Darmia! Mana mungkin dia sayangkan aku sedangkan dia dipaksa papa. Huh!

“ Kenapa awak cari saya? Awak tak perlu cari saya. Saya bukan orang yang awak cari Emir.”

Aku terus tunduk memandang kasut. Tak sanggup melihat dia lagi.

“ Because I love you.”

Terkedu. Ya. Tapi aku still tidak pandang ke arah dia.

“ Because I miss you.”

Air mataku tiba-tiba bergenang. Entah kenapa hati aku sebak mendengar luahan hatinya saat ini.

“ Sebab saya yang pilih untuk kahwin dengan awak.”

Kali ni aku terus lawan panahan mata dia. Serentak itu air mataku terus mengalir.

“ Tak. Awak tipu! Saya tahu awak Cuma mencipta alasan agar saya ikut awak balik kan?”

Aku mula memandang ke arah lain. Tapi air mata ni still mengalir. Degil!

“ Saya tak tipu Darmia. Saya cakap benda betul!”

“ Saya tak percaya!”

Aku terus berlalu meninggalkan dia dengan linangan air mata. Hati aku! Tiba-tiba ia berdebar. Tak! Dia tipu! Dia tipu! Ya Allah. Kenapa aku mesti rasa perasaan macam ni? Mama! Apa yang Darmia perlu buat?

**
Keesokan harinya, aku keluar daripada bilik hotel untuk bersarapan. Semalam aku mengurung diri dalam bilik gara-gara nangis sampai ke pagi. Tak makan. Pagi ni jadi lapar la. Huhu. Laju je kaki aku melangkah ke arah restoran mamak yang berada depan hotel aku ni. Bila dapat tempat aku terus order.

Tiba-tiba aku teringat kata-kata Emir semalam. Terhambur juga keluhan kecil daripada mulutku. Dia jujur ke? Aku takut dia Cuma terdesak sebab papa. Arh! Aku tak percaya. Tipu je semua tu! Lelaki semua sama ja!

“ Hai.”

Aku yang baru menarik nafas lega terus tersentak bila tengok insan yang sedang duduk depan aku saat ini. Terkebil-kebil aku tengok dia tanda tak percaya. Haih! Baru terfikir terus muncul?

“ buat apa dekat sini?”

Aku terus menoleh ke arah lain. Tiada hati nak tengok dia.

“ Nak teman isteri saya makan lah.”

Aku tersenyum sinis. Tanpa menghiraukan dia, aku terus menjamu selera saat makanan dah tiba. Hampir 10 minit juga aku makan. Alhamdulillah. Kenyang. Aku tahu dia asyik merenung ke arah aku. Tapi aku buat-buat tak nampak. Bila dah selesai, aku terus bergerak ke kaunter. Tiada hati nak berdepan dengan dia lama-lama.

Belum sempat aku nak melangkah pergi, tanganku terus dicapai lembut. Aku tengok orang yang tengah pegang tanganku saat ini.

“ Lepas.” Arahku dengan lembut.

Tapi dia boleh buat selamba gila. Siap rangkul lagi tangan aku. Aku dah merengus geram.

“ Lepaslah!” Bentakku geram.

“ Boleh. Tapi janji ikut saya balik KL.”

Tajam dia merenung aku. Aku terus menoleh ke arah lain.

“ Saya tak nak balik sana.”

Aku terus berjalan. Mahu tak mahu aku terpaksa biarkan tanganku ada dalam genggamannya. Wuargh! Kenapa jadi macam ni?

“ Papa awak rindukan awak Darmia.”

Aku buat pekak. Aku perhati sekeliling. Nak pergi mana lepas ni? Dengan mamat sebelah ni? Arh! Tak suka!

“ Encik Emir Ilham. Boleh tak tolong lepaskan tangan saya? Saya rimaslah!”

“ Tidak selagi awak tak ikut arahan saya. Saya suami awak Darmia! Tolong jangan lawan boleh tak?”

Okay. Dia dah bertegas. Sekarang dia langsung tak tersenyum. Aku mengeluh kecil.

“ Saya tak suka dipaksa!”

Terus aku tarik tangan aku. Sakit hati!

“ Please Darmia!”

Aku terkedu bila tiba-tiba berada dalam pelukan dia. Serius aku terkedu. Erk!

“ Darmia. Please. Balik dengan saya.”

“ Lepaskan saya!”

Terus aku tolak tubuhnya jauh daripada aku. kini aku membalas renungannya dengan hati yang membara.

“ Awak! Tak berhak nak paksa saya! Saya benci awak!”

Tanpa berlengah, aku pantas berlari daripada situ. Benci! Benci! Benci!

**
Hatiku jadi tenang seketika selepas keluar daripada masjid lima minit yang lalu. Alhamdulillah. Selesai juga solat Asar tadi. Dan sekarang aku kembali termenung depan masjid. Tempat biasa. Macam selalu. Haha. Perhati orang lepas tu tersenyum. Haih.

Tiba-tiba ada seorang makcik mengambil tempat di sebelah aku. Aku hanya berbalas senyuman dengan dia. Aku perasan tadi ada seseorang bersama makcik ni. Maybe anak dia kot?

“ Nak ni dari mana?”

Aku tersentak mendengar soalan itu. kemudian aku tersenyum.

“ Dari KL makcik. Makcik pula?”

“ Dekat-dekat sini je. makcik tengah tunggu anak makcik. Dia tunggu isteri dia.”

Aku hanya mengangguk tanda faham.

“ Kamu datang sini dengan siapa? Suami?”

Aku tersentak. Aku pandang makcik tadi dengan senyuman yang dibuat-buat.

“ Macam mana makcik tahu?” Even salah aku tetap tanya.

“ Tu. Cincin kamu tu. Makcik agak je.”

Aku terus tunduk memandang jari manisku itu. Tak sangka aku still setia memakai cincin ni.

“ Kamu ada masalah ke nak?”

Aku tersenyum mendengar soalan makcik tu. Masalah memang banyak. Tapi, masalah yang satu ni susah sangat nak terima.

“ Gaduh dengan suami?”

Okay. Kali ni aku terus terdiam. Gila makcik ni. Boleh baca hati orang ke macam mana?

“ Erk. Lebih kurang la.”

Aku tergaru-garu keningku yang tidak gatal itu.

“ Nak.. Makcik nak pesan sikit. Tempat isteri di sisi suami. Kalau ada masalah cuba selesaikan baik-baik. Buang ego. Saling mempercayai. Jangan terlalu ikutkan perasaan sangat. Takut memakan diri. Dan kamu juga kena ingat, syurga di bawah tapak kaki suami. Apa saja kamu buat perlu dapatkan keredaan suami. Suami tu pelindung kita tau. Kalau ada masalah, jangan terus lari dan tuduh suami. Cuba bincang elok-elok. Makcik yakin kamu mesti nak rumahtangga bahagia kan? Jadi, cubalah bawa berbincang. Anak makcik dah keluar. Makcik pergi dulu. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.”

Aku terdiam dan cuba mencerna kata-kata makcik tadi. Sungguh! Aku macam baru lepas kena tembakan. Sentap sangat! Memang. Dari hari pertama aku dah berkasar dengan suami sendiri. Lari dari rumah dan meninggikan suara. Ya Allah. Aku isteri yang teruk. Nusyuz ke aku? ya Allah. Ampunkan aku.

Terus air mataku mengalir saat mengingatkan dosa-dosa aku terhadap suami. Emir. Maafkan saya. Saya terlalu ikutkan hati. Kerana terlalu marahkan papa sampai awak pun kena tempiasnya. Maafkan saya Emir.

Hampir setengah jam juga aku meluahkan perasaan dekat situ sebelum aku  bergerak balik ke hotel. Aku dah tak ada mood nak berada dekat sini. Maybe aku patut balik KL. Mama. Darmia tak kuat.

“ Darmia.”

Aku yang baru nak masuk ke bilik tersentak saat namaku dipanggil. Terus aku menoleh ke belakang. Emir!

“ Darmia. I’m sorry.”

Dia mendekatiku dengan senyuman kecil.

“ Saya dah banyak sakitkan hati awak. I’m sorry. Saya Cuma nak terbaik buat kita berdua.”

Aku mengetap bibir. Air mata yang baru nak kering tadi kembali mengalir. Tanpa berlengah, aku pantas memeluk dirinya.

“ Saya yang salah. Saya isteri yang teruk. Maafkan saya awak. maafkan saya!”

Menangis aku dalam pelukan dia. dan aku dapat rasakan pelukan aku makin erat. Sesaat kemudian aku terdengar pula esakan kecil daripada dia. dia menangis?

“ Saya pun minta maaf. Saya seharusnya pergi jumpa awak dulu. Tapi papa awak larang. Maafkan saya awak. Saya Cuma nak bahagiakan awak.”

“ Kenapa hidup saya macam ni? Saya memang seorang yang tidak pandai untuk bersyukur.”

“ Syuhh! Jangan cakap macam tu. awak kena reda Darmia.”

Akhirnya, kami terus berdiam diri. Hanya kedengaran sesekali esakan kecil daripada aku. Kami berada dalam keadaan berpelukan sampailah aku lega. Barulah aku meleraikan pelukan. Aku mendongak melihat dia. aku tersenyum kecil.

“ Awak tak perlu menangis.”

Aku seka air matanya perlahan. Dia pun sama. Akhirnya kami berbalas senyuman.

“ benarkan saya ketuk pintu hati awak? benarkan saya curi hati awak? benarkan saya jadi seorang suami yang awak inginkan?”

Aku tak perlu menjawab. Sebab senyuman ini sudah menjawab segala-galanya.

**
“ Awak.”

Aku yang baru selesai melipat telekung tadi terus menoleh ke belakang.

“ Kenapa?”

Aku bangun dan duduk dibirai katil. Dah dua minggu aku berada dekat sini dan ditemani dia. Alhamdulillah. Hubungan kami makin baik. Dan maybe aku dah sayangkan dia. Ehehhe.

“ Awak tak nak balik KL?”

Dengar je perkataan KL. Aku terus terdiam. Dia yang berada  di sisiku setia mengusap lembut rambutku itu.

“ Saya takkan paksa awak tapi family awak mesti rindukan awak sayang.”

Aku tunduk memandang jari. 

“ Balik KL ye awak?” Pujuknya.

Dengan kerelaan hati aku hanya mengangguk. Mungkin sudah tiba masanya aku pulang ke KL. Aku pun rindu along, angah dan adik. Agaknya apa khabar mereka dekat sana.

“ Macam tu la isteri saya.”

Terus dahiku dikucupnya. Lama. Aku hanya tersenyum. Thanks Emir.

**
Aku genggam erat tangan dia. Aku inginkan kekuatan. Sebab aku dan Emir dan berdiri di hadapan rumah papa. Aku takut aku tak kuat.

“ Are you ready dear?”

Aku hanya mengangguk. Perlahan-lahan kami menapak masuk ke dalam rumah yang tersergam indah itu. Balik je dari Pahang, kami terus menuju ke sini. Aku hanya ikut je apa yang Emir cakap.

“ Assalamualaikum. Papa!”

Aku memerhati sekeliling keadaan dalam rumah itu. still sama macam dulu.

“ Waalaikumussalam. Emir? Dah balik?”

Terus aku menoleh ke arah tangga. Dan itulah dia insan yang membuatkan aku benci sebab mama dulu. Entah kenapa aku rasa macam nak keluar je daripada rumah ni. Tapi, melihatkan wajah Emir yang penuh mengharap itu membatalkan hasrat aku.

“ Ya. Emir bawa anak papa balik sekali.”

Kami semua duduk di sofa. Dan papa betul-betul duduk di hadapan aku. Aku still tak beriak. Cakap pun tak. Hanya diam dan dengar.

“ Betul apa kata papa. Kamu akan bahagia dengan dia Darmia.”

Aku tersenyum sinis. Entah kenapa ada nada angkuh pada suara itu. aku kerling Emir. Dia menggelengkan kepalanya tanda tak payah melawan. Aku menjeling geram. Tak! Aku nak lawan!

“ Oh. Bahagia? Tahu pula papa tentang makna bahagia ye?” Sindirku dengan senyuman. Emir di sebelah dah terdiam. Papa pun aku tengok terdiam.

“ Orang lain kalau nak kahwin mesti akan dimaklumkan terlebih dahulu. Tapi tak sangka kan? Antara ramai-ramai orang tu ada salah seorang tidak bernasib baik. Dipaksa kahwin tanpa diberitahu pun. Tup-tup terus kahwin. Wah! Daebak!”

Wajah papa dah berubah. Yes! Memang itu niat aku.

“ Darmia. Dah la.” Emir memujuk. Aku terus menggelengkan kepalaku.

“ Saya takkan berhenti selagi saya tak puas! Awak tahu tak? Betapa seksanya hati saya bila dipaksa buat benda yang saya tak suka? Dia ingat saya ni orang suruhan dia ke? Dia ingat saya ni patung? Dia langsung tak cuba untuk faham isi hati anak-anak dia ni. yang dia tahu kemewahan! Kemegahan dan nama! Tu je yang dia tau! Sampai mama sakit pun dia buat tak hairan awak!”

Aku meraup mukaku perlahan. Nak hilangkan rasa marah dan benci ni. Emir dah mengusap perlahan belakangku. Nak turunkan kemarahan aku.

“ Darmia. Papa buat demi kebaikan kamu.”

Aku pandang papa dengan riak tak percaya.

“ Oh. Kebaikan? Sekat kebahagiaan orang papa kata kebaikan? Apa ni? Papa ingat dengan cara ni Darmia akan bahagia? Nasib baik Emir ni baik dan nasib baik Emir bukan lelaki macam di luar sana tu!”

Aku terus bangun dan menoleh ke arah lain. Emir turut bangun dan memaut bahuku.

“ Sabar awak sabar.”

“ Saya tak boleh sabar dengan apa yang dia buat sebelum ni dekat saya awak. Ini anak dia bukan pekerja dia.”

Sekali lagi air mataku tumpas. Aku dapat kesan riak papa dah berubah.

“ Papa memang takkan pernah faham kan isi hati kami? Mama sampai sakit pun papa tak ambil peduli kan?”

“ Darmia. Dengar dulu apa papa nak cakap.”

Aku terus menggelengkan kepalaku.

“ Tak nak. Sebelum Darmia naik angin lebih teruk. Baik Darmia pergi.”

Terus aku tarik tangan Emir agar tinggalkan sini. Aku dah tak sanggup.

**
Along, angah dan adik memandangku dengan riak yang sukar untuk aku tafsirkan. Emir di sebelah pun masih mendiamkan diri daripada tadi. Aku pula jadi benci dengan keadaan sunyi sepi macam ni. daripada tadi lagi. 
Eh! Come on! Say something please!

“ Boleh Darmia tanya?”

Along hanya menganggukkan kepalanya.

“ Kenapa along, angah dan adik terima je kata-kata papa masa Darmia kena kahwin tu?” Soalku tenang.

Angah bangun dan duduk melutut di depan aku. tapi aku hanya membiarkan.

“ Ada satu hal yang Darmia tak tahu.”

Aku still diam. Biar mereka jelaskan semuanya.

  memang pada mulanya papa nak kenalkan dulu Emir dekat Darmia. Tapi Darmia ingat tak masa angah cakap papa nak jumpa tu Darmia tak nak. Darmia tolak. Dan kalau papa cakap pun kami confirm Darmia takkan terima. That’s why papa teruskan juga tanpa pengetahuan Darmia.”

“ But why? Kenapa mesti tergesa-gesa?”

Adik pula bangun dan duduk di sebelah angah.

“ Sebab papa sakit akak.”

Dan kata-kata itu terus menusuk jauh ke dalam hati aku. What?

“ Ye kak. Papa sakit. Sepatutnya kami rahsiakan daripada akak. Tapi kami tak sanggup tengok akak tuduh papa melulu. Selepas arwah mama pergi, papa jatuh sakit. Mula-mula ingat demam biasa. Tapi lepas buat pemeriksaan doktor. Doktor sahkan papa menghidap kanser hati.”

Bagai ada batu terhempap jatuh atas kepalaku saat ini. Ya Allah!

“ Dan selama ini pun Emir yang jaga papa. Emir pekerja papa. Oleh sebab papa sayangkan Emir seperti mana papa sayangkan akak, papa terus nyatakan hasrat dia pada Emir. Papa tak nak orang lain jaga Darmia selain Emir.”

Aku terus pandang Emir. Emir mengangguk dengan senyuman hambar tanda mengiakan kata-kata adik aku tu.

“ Kami dah lama tahu akak. Cuma kami tak nak cakap sebab papa tak bagi. Sebab papa tahu akak bencikan dia sebab kematian mama. Akak tak boleh terima hakikat atas pemergian mama.”

Giliran air mataku pula mengalir. Ya Allah! Kenapa aku boleh tak tahu? Ya Allah! Kejamnya aku!

“ Darmia. Kamu dah salah faham. Papa tak kejam sayang. Bukan papa yang menyebabkan mama meninggal. Apa yang kamu nampak tak seperti kamu fikir.” Along pula bersuara.

Aku still berdiam diri. Semua ini memang mengejutkan aku. sangat!

“ Kalau kamu nak tahu, mama yang salah.”

Aku terus pandang along. Tak faham.

“ Along dan papa dah lama tahu mama curang. Dah lama. Masa tu kamu baru habis study. Along kecewa sangat dengan mama time tu. Tapi papa still tenang dan suruh along rahsiakan daripada semua orang. Setahun lepas tu, papa ingat mama dah berubah. Tapi papa dapat tahu mama still jumpa lelaki tu. malam mama jatuh sakit tenat tu, papa dapat tahu mama ada hubungan dengan lelaki tu lagi. Papa dah tak boleh terima. Papa rasa kecewa sangat-sangat. Tapi percayalah, dalam hati papa masih ada cinta pada mama.”

Kali ni aku terus menangis teresak-esak. Ya Allah. Baik sungguh hati papa. Aku yang kejam! Aku tuduh papa melulu.

“ Lepas mama pergi, papa sentiasa pergi lawat kubur mama. Bacakan yasin dan doakan yang baik-baik pada mama. Papa dah lama maafkan mama sebab papa setia pada mama.”

Emir tarik aku ke dalam pelukannya. Aku menangis lagi dan lagi. Aku anak yang teruk!

“ Maafkan along sebab rahsiakan daripada Darmia. Along Cuma tak nak Darmia terlalu bencikan papa. Papa terlalu baik sayang. Papa sayangkan kita. Maafkan papa ye sayang ye?”

Aku mengetap bibir kuat. Air mataku pantas diseka. Aku mendongak melihat along, angah dan adik. Senyuman hambar diukir.

“ jom jumpa papa.”

**
Sebulan kemudian…

“ Sayang!”

Aku ketawa terbahak-bahak selepas berjaya mencurahkan air pada dia. Haha. Ambik! Tadi kacau sangat aku basuh kereta. Sekarang aku kacau dia pula.

“ Werk! Haha. Padan muka abang!”

“ Nak kena ni!”

Aku terus berlari mengelilingi kereta saat dia mula mengejar.

“ Arh! Tolong!”

Entah di mana silap aku, aku hampir saja jatuh tergelincir. Tapi, bila aku rasa ada sesuatu yang menahan aku daripada jatuh, aku terus membuka mata. Dan aku terus terkedu saat wajah itu dekat sekali dengan wajahku.

“ lain kali buat lagi dekat suami macam tu ye sayang?”

Aku tersengih kecil. aku pantas tolak dadanya agar aku dapat berdiri semula. Tapi, dia tetap keraskan badan dia. ini yang buat aku geram ni.

“ Abang! Orang nak basuh kereta la!”

“ Abang tak nak lepas. Siapa suruh balas dendam dekat abang tadi.”

Aku merengus geram. Itu pun nak ambil hati. Belum sempat aku nak berbuat apa-apa, badanku terus dicempung.

“ Eh! Eh! Abang! Turunkan saya cepat!”

Tapi dia terus bawa aku masuk ke dalam rumah dan letakkan aku pada sofa. Aku kerling dia dengan renungan yang tidak puas hati. Tersengih je dia tahu.

“ Sayang comel sangat ni kenapa?”

Cup! Aku terkedu. Tak fasal-fasal pipi aku kena cium.

“ Dah! sambung kerja!”

Terus aku bangun untuk keluar. Malu weh!

“ Sayang.”

Tiba-tiba tubuhku dipeluk daripada belakang. Itu juga mematikan langkahku untuk terus melangkah. Debaran jangan cakaplah. Dah memuncak ni.

“ I love you. Really love you. Thanks for everything Darmia.”

Aku tersenyum bahagia. Terus aku meleraikan pelukan dan memusingkan badan ke arahnya. Aku melawan panahan matanya yang redup itu.

“ I love you to Encik Emir Ilham. Terima kasih juga sebab dah berjaya ketuk pintu hati saya.”

Aku terus mengucup bibirnya dengan pantas. Lepas tu aku terus berlari keluar daripada rumah. Wuargh! Malu! Pertama kali buat macam tu! selalu dia yang mula! Oh My Godness!

“ Sayang.”

Nak lari konon tapi dia sempat kejar. Sampai dia matikan langkah aku dengan kucupan di pipi. Lepas tu di dahi. Lepas tu. Erk!

“ I love you more.”

**
Aku memandang satu persatu wajah yang sedang tersenyum di depan aku saat ini. Mula daripada Khairul Ikhwan, Afiq Amri, Izwan Amir dan satu-satunya insan yang membuatkan aku lahir ke dunia ini iaitu papa yang tersayang.

Selepas along dan angah menjelaskan semuanya tu, kami terus bergerak ke rumah papa. Menangis-nangis jugalah aku time tu. minta ampun pada papa. Sampai semua orang terjangkit. Haha. Aku kan ratu cengeng. Tapi alhamdulillah. Dah selesai semuanya. Papa pun dah semakin sihat.

“ Sayang?”

Ini seorang lagi insan yang paling aku sayang. Suami tercinta. Terima kasih dekat papa. Kalau tidak kerana papa aku takkan bersama dengan Emir. Aku bahagia. Alhamdulillah.

“ Yes?”

“ Kenapa asyik berdiri dekat sini? Tak nak join dekat luar ke? Ke sayang penat?”

Aku pantas menggelengkan kepalaku.

“ Saja. Nak tengok dari dalam pula. Seronok tengok along happy dengan isteri baru dia.”

Hari ini merupakan hari pernikahan along. Alhamdulillah. Along berjaya jumpa wanita yang boleh buatkan dia angau. Haha.

“ Sayang tak happy ke?”

“ Mestilah happy. Kenapa tak happy pula?”

Aku menjeling dia manja. Dia tersenyum lantas memeluk aku daripada belakang.

“ Yela. Kita ni kan suami ekspres.”

Aku tergelak besar.

  Ekspres pun tetap sayang. Kan?” Dugaku lantas tersengih.

“ Thanks tau sayang.”

Pipi ku pula menjadi mangsa cubitannya. Nasib cubit-cubit manja je.

“ ye. Jomlah keluar. Apa pula kata diorang nanti.”

Terus aku tarik tangan Emir ke luar rumah.

“ Ha! Tu pun Darmia.”

Aku mendekati along dan kakak ipar baru ku itu. manis sangat aku tengok. Pandai along pilih.

“ Kenapa? Macam terdengar nama Darmia je tadi.”

Aku terus duduk di sisi adik. Well. Mesti korang nak tahu apa jadi dekat lagi dua orang adik-beradik aku ni. Afiq sekarang tengah sambung study dalam bidang PHD. Tapi dengar kata bulan depan akan berkahwin dengan pensyarah dia. Haha. Lucu kan? Adik aku pula si Izwan tu tengah bekerja. Dan yes. Mestilah dah ada buah hati. Minggu depan tunanglah dia. Papa? Alhamdulillah. Makin sembuh dan sedang berusaha bersama-sama dengan along memajukan syarikat papa.

Emir? Dia setia bekerja di syarikat papa. Tapi dah dinaikkan pangkat lol. Haha. Aku? Aku still dengan kerjaya aku sebagai pengajar dekat kolej. Kih Kih Kih. Ha! Kawan aku si Meen tu dah pergi luar negara. Sambung study.

“ Eh! Orang tengah cakap dia boleh lagi termenung.”

Aku tersentak. Bila semua tengok aku, aku tersengih.

“ Apa along cakap tadi?” Soalku dengan rasa malu. Hehe.

“ Tula. Berangan lagi. Along kata lepas ni giliran angah pula nak kahwin. Tapi sebelum tu boleh dapat anak buah dulu kot dari Darmia.”

Aku terus mencerlung ke arah along. Semua di situ dah ketawa besar dengan permintaan along.

“ Kau dah gila along? Baru kahwin nak masuk 3 bulan.” Bidasku geram.

“ Ala. Sayang. Kalau rezeki tak ke mana kan?” Suara Emir pula.

“ Betul.”

Sekali lagi kami semua ketawa.

“ Okaylah. Along nak jumpa kawan-kawan kejap. Jom sayang.”

Lepas along pergi, angah dan adik pun bangun. Maybe nak jumpa kawan. Cuma papa still duduk dengan kami.

“ Papa bangga tengok semua anak papa bahagia.”

Aku dan Emir tersenyum kecil.

“ Alhamdulillah papa.”

“ Emir. Terima kasih bahagiakan Darmia. Papa tahu papa boleh percayakan Emir.”

“ Sebab Emir pun sayangkan isteri ni pa.”

Aku tersengih mendengar jawapan Emir.

“ Alhamdulillah. Eh! Ada tetamu tu. papa pergi layan mereka dululah.”

Hilang je kelibat papa daripada pandangan. Aku terus berura-ura nak bangun tapi tak jadi bila tanganku disentuh lembut oleh sang suami.

“ Kenapa bang? Nak something ke?”

Emir menggeleng. Matanya suruh aku duduk je. so, aku kembali duduk.

“ Abang bahagia. Thanks sangat-sangat.”

“ Saya pun.”

“ Bila along sebut fasal anak tadi. Bila kita boleh dapat anak erk?” Usiknya dengan senyuman nakal.

Aku terus tampar perlahan lengan dia. tampar manja la katakan.

“ Mengada!”

“ Mengada dengan sayang je.”

Aku mencebik. Terus aku bangun untuk berlalu. Tapi dia lebih cepat bertindak dengan memberi kucupan pada pipiku dan terus mematikan langkahku untuk melangkah.

“ Love you.” Bisiknya perlahan lantas berdiri tepat di depanku.

“ Love you more.”

Selepas itu aku terus berlalu. Malu! Mana tak malu bila aku berikan dia hadiah pada pipi. Haha. Kejam aku! buatkan dia terkejut. Tapi serius. Aku bersyukur sangat dengan kehadiran dia.  Emir Ilham. Thanks and love you my husband. Terima kasih sebab berjaya ketuk pintu hati saya yang keras ni. Hehe.

~Tamat~

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers