Hai hai youalls. Welcome back to my blogger. Yeah. Dah lama tak menjenguk ke sini. Dan bila hadir ke sini bersama post baru. Semestinya buatkan sesiapa yang ternanti-nanti tu tersenyum sampai ke telinga kan. Haha. *Eh? Tak betul erk?* Okay abaikan. Yes. Atas permintaan seorang adik ni. So, terhasillah enovel ni.
Sesiapa yang perasan tu. Yes. Ini merupakan cerita daripada cerpen Because I Love You. Dan terniat di hati... cerita ni nak jadi bagi panjang supaya pembaca lebih faham. So, terciptalah enovel ni. Hope sesiapa yang ternanti-nanti enovel daripada aku tu enjoy la. Sebarang kekurangan dan kesilapan harap dimaafkan. InsyaAllah... akan cuba lagi baik lepas ni. So, happy reading guys! :)
Kring!
Loceng sudah berbunyi. Makanannya cepat-cepat dihabiskan
supaya dia boleh masuk ke kelas dengan pantas. Kalau terlewat nanti, habislah
dia kena denda. Sebaik sahaja dia selesai makan, tergesa-gesa dia melangkah ke
arah kelas 5 Bestari. Apabila kakinya berjaya masuk ke kelas, langkahnya pula
terhenti secara tiba-tiba.
“ Aimi!”
Insan yang sudah dia lama dia perhati itu kini sedang
berhadapan dengannya. Serentak itu, dia jadi gelisah tiba-tiba. Senyuman
plastik cuba dipamerkan. Tetapi, dia still tak berganjak daripada situ. Mujur
rakan-rakannya sibuk buat kerja sekolah.
“ Ye? Ada apa?” Aimi cuba berlagak formal.
“ Boleh saya jumpa awak selepas habis sekolah nanti?”
Aimi terdiam. Jumpa?
“ Erk.”
“ Saya nak beri something dekat awak. Tunggu saya dekat
pintu pagar sekolah pukul 2 nanti. Bye. Saya balik kelas dulu.”
Aimi hanya mampu menjeling kelibat lelaki itu pergi dengan
senyuman. Tiba-tiba dia terfikir, nak bagi apa? Dah lah muncul secara tiba-tiba
pula tu. Buat aku terkejut je. Nasib kau handsome. Dan.. nasib aku minat kau.
Hehe.
“ Aimi! Yang kau still tercegat dekat situ lagi kenapa?”
Aimi tersentak sesaat. Bila sedar banyak mata memandang ke
arahnya. Dia pantas tersengih lantas bergerak ke tempat duduknya. Malu!
“ Amboi dia. Best la dapat jumpa jejaka hot dekat sekolah
ni?” Usik Emelda dengan sengihan.
Aimi hanya buat muka bosan. Apa-apa jela. Kalau aku layan
nanti, makin kuat dia akan mengusik.
“ Tapi, dengar kata dia dah ada girlfriend. Kalau tak salah
aku lah.”
Aimi tersenyum tawar. Baguslah. Boleh lah aku buang rasa
minat aku ni dekat dia cepat-cepat. Tapi kalau betul, kenapa mesti nak jumpa
aku? Takkan dia perasan aku perhati dia dua menjak ni? Erk!
“ Cikgu datang!”
Dan akhirnya, persoalan itu hanya dibiarkan saja
berlegar-legar dalam fikirannya tanpa dia mampu menjawabnya.
**
Peluh yang mula merintik itu dilap dengan sapu tangan.
Pandangannya dihalakan ke sekitar sekolah. Tapi kelibat yang ditunggu-tunggu
masih belum tiba. Hampir sejam dia menunggu depan pintu pagar sekolah ni. Lain
yang ditunggu, lain yang jadi. Kang aku balik baru ada akal kot.
“ Aimi? Kenapa kau still tunggu sini lagi?”
Aimi mengeluh hampa. Kan dah kena tegur dengan budak yang
tak tahu malu ni.
“ Tengah tunggu orang. Kenapa?”
Dia mula rimas. Sang jejaka hot tu belum datang-datang juga.
Tapi, Sang Pengacau ni pula datang. Lagi 5 minit kalau si jejaka tu tak datang.
Aku akan balik.
“ Tunggu siapa? Boleh aku join?”
“ Eh! Apa hal yang kau datang duduk kat sebelah aku ni.
pergi sanalah. Tak kuasa aku nak tunggu dengan kau.”
Aimi terus bangun dan berjalan pergi. Malas dah aku nak
tunggu. Baik aku balik dulu. Kang aku tunggu lama-lama dekat sini, nanti lain
jadinya.
“ Aimi! Wait!”
Langkah Aimi terhenti sebaik sahaja mendengar panggilan
tersebut. Akhirnya! Datang juga kau. Lambat! Tolak 10 markah.
“ Sorry lambat. Saya ada kelas tadi. Mengejut.”
Aimi dapat lihat riak dia yang kepenatan itu. Sampai mengah
dibuatnya.
“ Sokay. Ada apa awak nak jumpa saya?”
Budak lelaki itu tersenyum sipi lalu menyerahkan sesuatu
pada Aimi. Aimi menyambut dengan kerutan di dahi.
“ Apa ni?”
“ Nanti balik awak tengok. Ermm.. saya balik dulu. Sorry
sekali lagi buat awak tertunggu-tunggu. Bye.”
“ Okay. Bye Rafiz.”
Aimi sudah mampu menghembus nafas lega. Nasib aku sudi juga
tunggu tadi. Kalau tidak, mesti aku takkan dapat jumpa dia. haha.
“ Oh. Patutlah tak sudi tunggu dengan aku. Rupanya.”
Faiz tersenyum tawar sebaik melihat adegan tadi. Hatinya
diburu rasa cemburu yang amat. Yes. Dia memang sukakan Aimi. Tapi, Aimi tak
pernah pandang dia pun. Yang dia tahu, Aimi labelnya sebagai pengacau.
Aimi tersentak apabila ditegur. Muka Faiz yang macam kecewa
itu dipandang.
“ Kenapa kau ni? ada masalah?”
Faiz terus berlalu pergi meninggalkan Aimi terpinga-pinga.
Aku mungkin takkan dapat peluang tu lagi. Aku juga tak layak sebenarnya
digandingkan dengan kau. Arh! Pasrah je lah Faiz. Cari orang lain yang nakkan
kau. Dia takkan sedar kehadiran kau la.
“ Eh! Kenapa dengan mamat tu. Sewel?”
Aimi akhirnya hanya menjongket bahunya tanda tidak tahu lalu
berjalan untuk pulang ke rumah. Yang pasti, hatinya kini sedang tertawa
gembira. Yihaa!
**
Tangannya membuka balutan kotak itu dengan selembut yang
mungkin. Gara-gara tak mahu balutan itu koyak sebab terlalu cantik dipandang.
Okay! Dah teruk sangat tu Aimi oi.
Dalam tengah khusyuk dia membuka hadiah itu, tiba-tiba
telefonnya bergetar. Tapi, dia langsung tidak menghiraukan telefon itu malah
terus fokus akan hadiah yang akan dibukanya nanti. Nak tengok apa isi di
dalamnya.
Selesai je balutan dibuka, Aimi dengan senyuman puas membuka
kotak itu. Dan dia terkejut melihat isi di dalam kotak itu.
“ Eh! Ni bukan sapu tangan aku ke?”
Tangannya mencapai pula sepucuk surat yang berada dalam kotak
itu.
Saya pulangkan sapu
tangan awak. Maybe awak tak perasan, sapu tangan awak tercicir masa awak kelam
kabut masuk ke kelas tempoh hari. Saya perasan so saya tolong simpan kejap.
Sorry sebab baru bagi. Terlambat. Hehe.
Aimi terdiam sesaat. Kemudian, dia tersenyum kecil. Tak
sangka. Ada juga orang sudi simpan sapu tangan buruk aku ni. Dan aku mana ingat
langsung tentang sapu tangan ni. Aduhai!
Sambil dia belek sapu tangan tu, telefon bimbitnya sekali
lagi bergetar. Tanpa berlengah, dia mencapai telefon tersebut dan melihat nama
di skrin. Eh! Nombor yang tidak dikenali.
“ He..helo.”
Aimi menyimpan semula kotak tadi ke dalam laci dengan sebaik
mungkin. Senyumannya terus mekar gara-gara surat itu.
“ Aimi Aisya.”
Tapi, senyumannya itu tidak lama bila terdengar suara asing
itu.
“ Siapa?”
“ Aku.”
“ Tahulah. Tapi siapa?” Aimi dah bengang.
“ Faiz Mokhtar Idris.”
Kali ni, Aimi benar-benar terkedu.
Salam.
ReplyDeletekami dari penerbitan lovenovel sedang mencari manuskrip untuk dinilai.
sekiranya cik/puan ade manuskrip penuh untuk dinilai oleh pihak kami.
cik/puan boleh email terus ke lne.manuskrip@gmail.com . TQ
Wassalam. Saya dah hantar ke email yang tertulis tu. :)
Delete