Izz merenung tajam wajah itu. Wajah yang sangat dia benci
buat beberapa tahun sampailah sekarang. Setiap kali melihat wajah itu. Dia akan
berasa sangat marah. Dia langsung tak dapat buang rasa dendam dan marahnya
terhadap orang yang bernama Fazli ni. Gara-gara Fazli juga ayahnya meninggal.
“ Nak apa?” Dingin Izz menyoal.
Dia yang elok sampai ke rumah tadi terkejut melihat Fazli
yang duduk di depan rumahnya dengan Omar. Nak apa lagi lah mereka ni? belum
puas tengok Umi pengsan?
“ Pakcik nak minta maaf. Gara-gar pakcik Umi kamu masuk
hospital.” Ucap Fazli.
“ Pakcik ingat dengan meminta maaf mampu menjadikan semuanya
seperti sedia kala? Ha?” Nada Izz sudah bertukar tinggi. Dia sudah tak dapat
kawal kemarahannya saat ini. tadi di depan zahra. Sekarang di depan fazli pula.
“ Pakcik tahu. Pakcik salah. Tapi pakcik dah menyesal Izz.
Kalau perlu pakcik merayu pun pakcik
sanggup asalkan Izz dapat memaafkan pakcik.”
Izz tersenyum sinis. Dia pantas memusingkan badan ke arah
lain.
“ Kenapa pakcik sanggup buat saya macam ni? buat kami ni
macam orang bawahan pakcik. Kenapa ha? Saya langsung tak fahamlah. Gara-gara
harta pakcik jadi macam ni. pakcik dah lupa ke? Harta ni bukan boleh bawa ke
kubur.” Sindir Izz dengan lantang.
Fazli tergamam namun dia terima dengan hati yang terbuka
sindiran Izz. Dia tahu ini semua salah dia.
“ Dan.. pakcik perlu tahu. Gara-gara pakcik juga ayah saya
meninggal. Malam tu, sebelum pakcik kemalangan. Dia berusaha pergi ke pejabat
nak cari bukti. Bukti yang disahkan saya tak bersalah. Tapi apa yang jadi?
Selepas saja pakcik kemalangan. Dia pula kemalangan. Saya dapat berita kematian
ayah saya sebaik sahaja saya selamatkan pakcik. Masa tu saya berada depan rumah
melihat jasad ayah saya yang terkulai layu. Pakcik tahu tak? Ayah saya masih
paksa dirinya untuk bercakap dengan saya. Kata-kata akhirnya adalah suruh saya
maafkan pakcik dan dia kata dia percayakan saya.”
Izz kembali memusingkan badannya menghadap Fazli. Mata Izz
memerah manakala Fazli termangu. Fazli berasa sangat terkejut akan kata-kata
Izz tadi.
“ Tapi saya tak dapat tunaikan permintaan ayah saya tu sebab
saya terlalu bencikan pakcik. Apa yang terjadi ni semuanya kerana pakcik.
Pakcik tahu tak?!” Jerkahan Izz menyebabkan bahu Fazli sedikit terangkat.
Izz pantas meraup wajahnya dengan kasar. Dia sudah tak dapat
bendung lagi kemarahannya saat ini. kalau Alif ada, bolehlah Alif tolong. Tapi
dia hanya keseorangan saat ini.
“ Kalau pakcik bencikan saya sekalipun. Perlu ke pakcik
libatkan keluarga saya yang tak bersalah tu? perlu ke?” Kasar Izz menyoal.
Melihatkan Fazli diam, Izz pantas meraup rambutnya kasar.
Dia tak suka tengok Fazli yang hanya berdiam diri tu.
“ Kenapa diam? Dah tahu salah sendiri ke? Ha?” Nafas Izz
semakin tak menentu. Dadanya berombak naik. Sungguh dia sangat marah saat ini.
“ Pakcik minta maaf. Pakcik betul-betul salah. Pakcik tahu
semua salah pakcik. Tapi pakcik dah berjanji dengan diri pakcik. Pakcik dah tak
buat semua tu. pakcik dah bertaubat. Kalau bukan kerana Izz, pakcik takkan
berada lagi di atas muka bumi ni. Pakcik Cuma nak satu je. tolong maafkan
pakcik?”
Izz ketawa tiba-tiba. Ketawa yang sangat sinis. Dia dah tak
mampu nak berfikir dengan betul saat ini.
“ Senang je pakcik cakap kan? Lepas tu apa? dah lepas saya
maafkan pakcik tu. Pakcik nak buat apa pula? Nak teruskan lagi ke?”
“ Izz! Pakcik kamu benar-benar dah berubah.” Omar bersuara
setelah sekian lama berdiam diri.
“ Argh!!!!” Izz menjerit melepaskan kemarahannya.
“ Izz?” Fazli menitiskan air matanya saat melihat Izz
terduduk dengan keadaan lemah. Izz nampak sangat berserabut.
“ Maafkan Izz… tapi Izz masih sukar nak maafkan pakcik.”
Perlahan Izz bercakap sambil tunduk memandang lantai. Dia tak kuat saat ini.
‘ Maafkan pakcik awak ye? Semuanya akan selesai kalau awak
maafkan dia.’
Tiba-tiba kata-kata Zahra tadi kembali bermain di
fikirannya. Izz mengetap bibir. Zahra! Maafkan aku. Tapi aku masih belum mampu.
Aku masih tak boleh. Aku..Aku..
Akhirnya air matanya mengalir jua. Dia dah tak hiraukan
Fazli. Dia Cuma fikirkan salah dia terhadap Zahra sebentar tadi. Dia rasa
bersalah sangat marah-marah Zahra macam tadi. Zahra..
“ Izz..” Fazli cuba memanggil.
“ Balik. pakcik balik sebelum saya halau pakcik.”
Izz menarik kakinya hampir ke muka. Kemudian dia
menyembamkan mukanya ke lutut. Dia hamburkan tangisannya di situ. Izz telah kembali ke kejadian yang lalu.
Beginilah keadaannya selepas dia dituduh yang bukan-bukan oleh Fazli. Izz
nampak sangat kasihan.
Fazli menutup mulut.
“ Omar.. Kita balik.” Arah Fazli lembut. Dia tahu Izz
perlukan masa.
Omar hanya menurut. Dia turut sedih melihat keadaan Izz saat
ini. dia tak mampu nak berbuat apa-apa melainkan hanya melihat.
“ Pakcik balik dulu. Jaga diri ye.”
Sebaik sahaja kereta Fazli bergerak jauh daripada rumah Izz.
Izz kembali bangun dan menyeka air matanya. Apa yang perlu dia buat kini adalah
kembali ke hospital. Dia perlu berjumpa dengan Zahra. Dia nak meminta maaf.
“ Zahra! Tunggu saya!”
**
Zahra memandang sepi ke arah telefon bimbitnya. Semenjak dia
dimarah Izz petang tadi. Semenjak itu juga dia masih setia duduk di kerusi
tetamu hospital itu. Entah kenapa? Dia macam sedang menantikan Izz datang. Dia
amat berharap agar Izz sedar dan kembali semula ke hospital.
Namun, harapannya seakan sia-sia. Jam pun dah menunjukkan
pukul 8 malam. Izz benar-benar takkan kembali lagi. Nak harapkan telefon? Tak
juga. Akhirnya Zahra bangun juga dan gagah melangkah ke bilik rawatan Umi. Alif
dan Farah masih belum pulang kerana menjaga Umi.
“ Zahra!”
Zahra yang baru saja nak melangkah melepasi lif terkejut
apabila namanya dilaung. Tanpa berlengah, dia pantas menoleh ke belakang.
“ Izz?” Zahra terkejut. Tak sangka Izz akan kembali semula.
“ Zahra.” Izz termengah-mengah di depan Zahra. Dia dah
semput gara-gara berlari mengejar Zahra.
“ Kenapa?”
Izz tersenyum kecil.
“ Saya nak minta maaf.”
Tiga perkataan itu berjaya membuat hati Zahra lega. Adakah
Izz dah kembali? Izz yang dulu dah kembali ke?
“ Saya nak minta maaf fasal tadi.” Izz kembali ulang ucapan
maafnya. Zahra seakan-akan tergamam.
“ Kenapa? Awak dah sedar dan mahu memaafkan pakcik awak?”
Soal Zahra pula.
Izz terdiam. Sebut saja fasal Fazli, dia akan marah.
“ Maaf. Fasal tu saya masih tak mampu. Tapi tolong maafkan
saya. Kalau saya tak marah awak tadi, awak takkan menangis kan?”
Zahra pantas mengelap air mata yang bersisa pada wajah. Izz
dah perasan.
“ I’m sorry?” Sekali lagi Izz memohon. Risau pula tengok
keadaan Zahra sekarang. Dia bersalah kalau ada apa-apa yang terjadi pada Zahra
dan anak dalam kandungan tu.
“ Jangan risau. Saya dah lama maafkan awak.” Balas Zahra
tenang. Dia tersenyum kecil. izz kelihatan sangat lega.
“ Terima kasih. Jom masuk lawat umi.”
Izz terus bergerak mendahului Zahra. Zahra yang melihat
tersenyum lebar. Alhamdulillah. Inilah Izz yang aku kenal.
**
Keesokan harinya, Umi dah dibenarkan keluar dari hospital.
Sebaik sahaja Umi sedar semalam. Umi terus peluk Izz. Dia meminta maaf kerana
selama ni tak percayakan Izz. Izz juga tak salahkan Umi. Selepas itu, umi terus
jadi ceria dan berselera untuk makan. Sebab tu jugalah doktor dah benarkan umi
keluar.
Zahra, Alif, Farah dan Izzati yang melihat Izz dan Umi hanya
mampu tersenyum. Mereka bersyukur sekiranya keluarga mereka dah kembali seperti
dulu lagi. Ditambahkan pula dengan kehadiran Zahirin ni.
“ Umi?”
Umi tersentak. Dia masih berdiri tegak di luar rumah.
Sedangkan yang lain dah masuk ke dalam rumah. Terbit senyuman kecil pada
bibirnya. Seronok sangat mengelamun. Jadi macam ni lah.
“ Kejap. Umi masuk lah ni.”
Izz yang berdiri di muka pintu memberikan Umi laluan untuk
masuk ke dalam rumah. Zahra menyambut tangan umi dengan lembut. Dia risau kalau
Umi terjatuh. Umi masih belum sihat sepenuhnya lagi.
“ Umi duduk dulu. Zahra pergi buatkan minuman untuk korang. Tunggu
tau.”
Cepat-cepat Zahra dan Farah melangkah ke dapur. Tinggallah Izz,
Umi dan Alif di ruang tamu.
“ Izz.. Alif.. Umi nak minta maaf. Umi dah banyak
menyusahkan korang berdua.” Ucap Umi lalu menggenggam tangan Izz dan sebelah lagi
menggenggam tangan Alif.
“ Taklah Umi. Ini dah tanggungjawab kami. Sepatutnya Izz
yang meminta maaf. Izz yang buatkan Umi masuk hospital. Kalau Izz cepat. Semua ni
takkan terjadi.”
Izz tunduk memandang jari. Dia masih rasa bersalah terhadap
Umi.
“ Kalau kamu cepat. Sampai bila-bilalah Umi tak tahu hal
yang sebenar kan?”
Alif dan Izz tersentak.
“ Izz tak nak ungkit lagi soal tu.” Ujar Izz perlahan.
“ Izz..”
Umi merenung Izz dengan pandangan sayu. Senyuman kecil
diberi bagi menenangkan hati Izz.
“ Umi nak minta satu boleh?”
Izz mendongak melihat Uminya.
“ Apa tu Umi?”
“ Maafkan pakcik kamu?”
Izz terkaku. Perlahan-lahan dia menarik tangannya daripada
genggaman Umi. Dia tak suka cakap fasal hal ni.
“ Izz..”
“ Maaf. Tolong beri Izz masa. Izz masih tak boleh maafkan
dia. Dia yang buat hidup kita menderita.” Luah Izz lantas menggelengkan
kepalanya.
“ Izz.. dia dah menyesal. Semua manusia pernah lakukan
kesilapan bro. maafkanlah dia.” Alif pula bersuara.
Izz dah tak tahan. Dia terus bangun dengan perasaan marah.
“ Kenapa semua orang suruh Izz maafkan dia? Tahu tak dia
buat hidup Izz merana? Susahlah!”
Terus Izz keluar dari rumah. Zahra yang baru tiba dengan
dulang minuman tersentak melihat Izz keluar dengan wajah yang tegang.
“ Kenapa tu Umi?” soal Zahra selepas meletakkan dulang di
atas meja.
“ Dia masih marahkan pakcik dia.”
Zahra tersenyum. Bahu Umi diusapnya perlahan.
“ Biar Zahra pergi pujuk dia. Umi jangan risau okey?”
Kemudian, Zahra keluar dari rumah untuk mencari Izz. Ternyata
Izz berada di belakang rumah. Sedang melihat keindahan sawah padi yang terbenam
di depan matanya itu. Perlahan-lahan Zahra mendekati Izz.
“ Awak masih marah?”
Izz menoleh ke belakang. Zahra sedang tersenyum ke arahnya.
“ Apa yang awak buat dekat sini?” Izz kembali melihat ke
hadapan. Rasa marahnya tadi beransur-ansur hilang apabila dapat melihat
pemandangan cantik di kampungnya ni.
“ Saya datang nak pujuk orang yang keras kepala.” Balas
Zahra lalu berdiri di sisi Izz.
Izz tersengih kecil. keras kepala sangat ke dia ni?
“ So? Apa yang awak sedang fikirkan sekarang ni?” Zahra
kembali menyoal.
Izz hanya menjongketkan bahu. Dia sendiri pun tak tahu.
“ Awak masih tak mampu nak maafkan pakcik awak?”
Izz terdiam. Rasanya Zahra tidak akan berputus asa selagi
dia belum memaafkan Fazli.
“ Kalau awak nak cakap soal dia. Bukan di sini.” Tegas Izz.
Zahra tersenyum. Dia tak kira. Dia tetap nak cakap juga. Biarlah
kena marah sekalipun. Asalkan dia dapat bantu Izz.
“ Apa yang menyebabkan awak susah nak maafkan dia? Sebab dia
tuduh awak? ataupun sebab dia menyebabkan kematian ayah awak?” Soal Zahra
bertalu-talu.
Terdengar rengusan marah daripada Izz. Dia tak suka cakap fasal
tu.
“ Awak! please stop!” Izz masih cuba kawal kemarahannya. Takut
jadi macam semalam.
“ No! saya takkan stop selagi awak tak maafkan pakcik awak.”
Zahra juga turut bertegas.
Izz meraup mukanya kasar. Seraya itu dia menoleh memandang
Zahra. Sangat tajam sampai buat dada Zahra bergetar.
“ Awak nak saya maafkan dia? Macam mana? Please..Tell me.”
Zahra terteguk air liur. Tapi dia tak boleh kalah dengan
renungan tajam Izz ni.
“ Dengan keredaan. Lepaskan dendam awak tu.” Jawab Zahra
tenang.
Izz masih setia merenung Zahra. Tiba-tiba saja dia merasa
tenang kembali saat melihat wajah Zahra. Tapi dia cepat-cepat mengalihkan
pandangannya ke arah lain. Zahra tu masih isteri orang!!!
“ Susah Zahra. It’s to hard for me.”
“ No! tak susah kalau awak reda. Cuba awak lepaskan semua
dendam dan kebencian awak tu. awak lepaskan je semua tu. insya-Allah hati awak
akan kembali tenang. Kemudian awak pun dapat maafkan pakcik awak.”
Izz terdiam. Memang ada benarnya kata Zahra tu. tapi? Argh!
“ kalau saya tak nak juga?”
Zahra mengetap bibir. Izz jadi makin degillah sekarang. Aku tahu
memang susah nak maafkan orang yang telah membuatkan hidup kita merana. Tapi kalau
terus membenci pakciknya tu. aku takut nanti memakan diri. Hidup pun takkan
tenang.
“ Betul awak tak nak maafkan pakcik awak?” Duga Zahra. Dia perlu
lakukan sesuatu.
Izz terdiam. Susah nak cakap.
“ Baiklah kalau macam tu. tapi awak jangan menyesal.” Nada suara
Zahra dah berubah. Berubah kepada tegas.
“ Kenapa nak menyesal?” Izz menoleh kembali ke arah Zahra. Dahinya
berkerut.
“ Sebab saya nak pergi dari hidup awak buat selama-lamanya. Saya
nak pergi jauh daripada family awak. lepas ni tolong jangan cari saya dah. Saya
tak mahu ambil peduli lagi fasal awak yang pengecut ni. lelaki yang tak guna.”
Dengan penuh perasaan Zahra bercakap. Sampai naik berubah
riak muka Izz tu. zahra rasa puas. Memang dia rasakan Izz pengecut saat ni.
“ Awak macam lari daripada masalah.” Sambung Zahra lagi. Bibirnya
diketap.
“ Awak juga lelaki tak guna!” Zahra terjerit kecil.
Izz yang mendengar terbungkam. Dia terkejut apabila Zahra
cakap macam tu tentang diri dia.
“ Baiklah. Ikut awaklah nak maafkan dia ke tak lepas ni.
yang pasti. Saya akan pergi dari sini. Lepas ni dah tak ada seorang perempuan
bernama Zahra dalam hidup awak.”
Zahra pantas memusingkan badannya untuk beredar. Kalau dilihat
dari reaksi Izz sebentar tadi. Zahra jadi kecewa. Izz seakan-akan tak peduli
apa kata-katanya. Zahra juga rasa nak nangis.
“ Zahra..”
Zahra yang baru nak melangkah terhenti. Air matanya yang
seakan-akan nak mengalir pantas diseka. Dia rasa sedih tiba-tiba. Tak tahulah
kenapa. Maybe sebab dia ibu mengandung kot.
“ Kalau awak cakap awak tak nak maafkan pakcik awak. tak
usah cakap lagi. Saya pun akan pergi tak lama lagi. Maafkan saya sebab asyik
susahkan awak.” Ujar Zahra dalam nada terkawal. Dia takut dia akan menangis.
“ zahra..” Izz masih memanggil namun zahra tidak menoleh
sikit pun ke arah dia.
“ Maaf.. Saya terpaksa pergi.”
“ Tunggu!”
Izz pantas merentap tangan Zahra agar berhadapan dengan dia.
Zahra tersentak namun tak pula dia melawan. Dia terasa. Izz macam merelakan dia
pergi tadi. Jadi silap besarlah kalau dia cakap macam tu tadi.
“ Please Zahra. Look at me!” Suruh Izz apabila Zahra tunduk
memandang tanah.
Zahra sempat menyeka air matanya sebelum mendongak melihat
Izz.
“ Benar awak nak pergi?” Zahra terdiam. Jadi? Dia rela aku
pergi?
“ Benar awak nak pergi dari hidup saya? Benar yang awak tak
sayang saya?” Sekali lagi Izz menyoal.
Tapi Zahra masih berdiam diri. Dia terkelu lidah untuk
menjawab.
“ Kalau begitu saya takkan benarkan awak pergi lagi dari
hidup saya sebab saya sayangkan awak.” Tulus Izz meluahkannya. Perlahan-lahan
dia membuat senyuman kecil buat Zahra. Zahra termangu.
“ baiklah. Saya akan belajar memaafkan dia. Demi awak dan
family saya. Saya akan cuba.” Luah Izz tenang.
Zahra terdiam. Apa dia tak salah dengar? Benarkah?
“ Kenapa? Awak tak percaya?” Izz tersengih tiba-tiba. Dia melepaskan
tangan Zahra.
“ Erk.. Saya tak salah dengar kan?”
“ Ya. Awak tak salah. Saya minta maaf sebab buat awak
menangis. Saya suka sakitkan hati awak kan?”
Zahra tersenyum lantas menggelengkan kepalanya.
“ Ya. Awak memang suka sakitkan hati saya. Tapi awak tetap
awak. awak takkan buat orang di sekeliling awak merana. Kan?”
“ Of course!”
Akhirnya mereka tertawa bersama-sama. Alhamdulillah. Izz dah
bertekad nak belajar memaafkan Fazli. Zahra jadi senang. Harap-harap segala-galanya
berjalan dengan lancar.
No comments :
Post a Comment