Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Sunday, 18 August 2013

His Heroin Or Wife? 21 (END)



“ Along! Haikal! Cepatlah! Lembap sangatlah!”

Dahlia memerhati sekeliling. Orang dah mulai ramai. Tapi watak utama masih belum keluar. Tengah sembang apa ntah dengan along tu. Hish! Nanti aku juga yang kena.

“ Amboi. Tak sabar sungguh adik aku ni.” Muncul Darwish dengan berpakaian kemas. Rambutnya persis rambut Lee Min Ho. Haih along! Nak tiru Haikal ke. Mentang-mentang muka Haikal mirip sangat dengan Lee Min Ho.

“ Along hensem tapi kan? Macam terlebih pula.” Ujar Dahlia selamba.

“ Dahlia… Memang nak kena budak ni dengan aku.” Dahlia tersengih lalu berlari daripada situ. Langkahnya diatur ke arah Haikal yang mula melayan tetamu datang.

“ Awak dengan along saya sama je..” Bebel Dahlia apabila berada di sisi Haikal.

Haikal mengerutkan dahi. Kenapa dia disamakan dengan Darwish pula?

“ Yelah. Perangai sama. Nakal pula tu.” Haikal tertawa kecil. Dah nama pun umur sama. Jadi mestilah sama.

“ Bagus juga tu. Ada geng untuk buli awak.” Haikal tersengih melihat Dahlia yang geram itu.

Akhirnya Dahlia hanya mendiamkan diri. Matanya meliar di sekeliling. Tiba-tiba senyumannya terukir.Riuh rendah suasana di rumah Dahlia saat itu. Ramai orang datang raikan hari kejayaannya. Eh? Kejayaan Haikal juga.

“ Seronok ke?” Soal Dahlia dengan senyuman.

“ Mestilah. Hasil bantuan awak jugalah filem ini berjaya tahu tak. Dan muka awak sekarang dah famoust tahu?” Balas Haikal nakal.

Dahlia mencebik. Yelah tu!

“ Tapi..”

Haikal menoleh ke arah Dahlia. Tapi kenapa?

“ Terima kasih. Awak dah berjaya buat saya bahagia. Dan terima kasih untuk semalam. Awak sanggup telefon dan menyuruh abang saya balik semata-mata nak buat kejutan untuk saya. Saya terharu tahu tak?”

Haikal tersenyum. Apa-apa pun dia sanggup buat demi orang kesayangan.

“ Itu tak seberapalah. Yang penting awak sentiasa berada di sisi saya ni. Kalau awak lari siap awak!”

Dahlia tersengih. Kadang-kadang aku tengok dia macam budak. Tapi kadang-kadang macam abang.

“ Apa perasaan awak kalau saya tak terima lamaran awak?” Duga Dahlia.

Haikal melihat Dahlia dengan muka seposen. Kemudian dia mengetuk kepala Dahlia perlahan.

“ Hei!” Dahlia tak puas hati. Haikal tersengih nakal.

“ Tu la. Cakap lagi yang bukan-bukan. Saya tak perlu fikirkan soal itu sebab awak dah terima. Buktinya minggu depan kita akan bertunang.”

Haikal senyum kemenangan apabila Dahlia mencebik.

“ Amboi! Mesra nampak!”

Teguran Irsya buatkan pipi Dahlia memerah. Serentak Haikal dan Irsya ketawa.

“ Tapi tahniah Dahlia. Akhirnya kau dapat juga kebahagiaan kau.” Ucap Irsya dengan senyuman.

“ Alhamdulilah. Terima kasih. Mana Abang Irfan?”

Daripada tadi Dahlia tak nampak pun kelibat Abang Irfan. Irsya tertawa kecil apabila teringatkan suaminya itu.

“ Aku buli dia.”

Dahlia dan Haikal saling berpandangan.

“ Kenapa?” haikal menyoal pelik.

“ Sebab anak dia suruh buli.” Perlahan Irsya mengusap perutnya. Kandungannya baru mencecah 3 bulan.

“ Wah! Tahniah!” Teruja sungguh Dahlia.

“ amboi korang. Sedap je bersembang. Abang juga kena buli. Kasihan…”

Geli hati akan suara rajuk Abang Irfan. Sekali lagi mereka ketawa.

“ Sudah. Jom! Tak usah layan mereka berdua ni. Hal kita, kita je.”

Dahlia tergeleng-geleng melihat telatah sepasang suami isteri itu. Bahagia mereka tanpa masalah. Mudah-mudahan dia dan Haikal pun akan begitu.

“ Amin..” Tersentak Dahlia. Dia menoleh melihat Haikal yang tersenyum.

“ Saya tahu awak pun nak bahagia juga macam mereka. Jadi saya aminkanlah. Jom kita turut serta.”

Pantas saja Haikal melangkah. Dahlia di belakang hanya tersenyum.

“ Dahlia! Tercegat apa lagi di situ. Nak tunggu orang datang jemput ke?”

Laungan Darwish membuatkan Dahlia mencerlung ke arah mereka. Serentak mereka berempat ketawa besar.

“ Along! Hish! Tak boleh tengok orang senang sungguh!” Balas Dahlia geram. Tapi dia masih tak berganjak daripada situ.

Tiba-tiba Haikal datang dengan sengihan. Dahlia yang melihat menjongket kening.

“ Asal?” Soal Dahlia tak faham.

“ Jom tuan puteri. Saya datang jemput tuan puteri untuk makan.” Haikal dengan selambanya tersengih.

Dahlia merengus geram. Tiba-tiba terdengar lagi ketawa mereka. Ish! Dahlah kuat.

“ Yelah tuan puteraku sayang…”

Tanpa menghiraukan Haikal yang tahan untuk ketawa itu, Dahlia pantas melangkah. Tapi dalam diam dia tersenyum. Dia sungguh bahagia. Bahagia dengan mereka. Moga-moga kebahagiaan ini akan kekal. Amin!

~Tamat~

(InsyaAllah akan ada sambungan.) 

No comments :

Post a Comment

Popular Posts