‘ Ilham Holding Shd. Bhd.’
Haikal membaca kad di tangannya dengan kerutan di dahi. Sham
yang berada di sebelahnya dikerling sekilas.
“ Kenapa kau beri aku kad ni? Syarikat siapa ni?” Soal
Haikal pelik. Kad itu diletakkan kembali di meja.
Kepalanya perlahan dipicit.
Dah dua hari berlalu semenjak dia bertemu dengan Dahlia. Tapi dia masih belum
dapat jawapan melainkan jawapan Sham.
“ Aku nak tolong kau jadi aku berilah kau kad tu.” Ujar Sham
lalu bangun menuju ke arah rak buku. Dicapai satu buku dan melangkah semula ke
arah Haikal. Tempatnya diambil.
“ Tolong apa? Kau ni…” Haikal meraup wajahnya perlahan.
Mujur juga pengarah atasan tak minta berjumpa lagi. Dalam sebulan lagi sebelum
filem itu ditayangkan, barulah pengarah atasan nak jumpa. Nasib baik!
“ Nah..” Buku yang diambilnya itu di hulurkan kepada Haikal.
“ Buku apa ni?” Haikal menyambut dengan kerutan di dahi.
“ Tips Memikat Hati Perempuan Untuk Dijadikan Isteri. Weh!
Apa ni?” Haikal tak puas hati. Memerah pipinya selepas membaca tajuk buku itu.
Sham tertawa. Tahu pula kau malu. Bila aku suruh cakap tak
mahu mengaku.
“ Aku rasa kau memang perlu baca buku tu. Kau jangan tanya
aku tapi tanya hati kau. Aku tahu kau tengah pening fikir apa masalah kau
dengan perempuan tu. Percayalah cakap aku yang kau dah jatuh cinta dekat dia.
Aku pernah alami jadi aku tahulah.” Jelas Sham serius.
Haikal merenung buku ditangannya. Ye! Itu dia tahu tapi dia
macam tak yakin. Hanya ada satu lagi je jalan penyelesaiannya. Lakukan solat
istikharah.
“ Kalau aku kata aku jatuh cinta dengan dia pun. Apa yang
boleh aku buat?” Soal Haikal lagi.
Sham tersengih.
“ Itu mudah saja. Kau ajak dia jadi isteri kau. Kau lamar
dia. Apa susah?” cadang Sham dengan selambanya.
“ Weh! Kau gila? Tak ada apa-apa pun lagi terus lamar dia
sebagai isteri aku? What the?” Haikal tak puas hati. Mahu dia tolak aku
mentah-mentah? Siapa yang tanggung? Aku juga.
Sham tersenyum. Ditepuk perlahan bahu Haikal.
“ Aku Cuma nak beritahu kau satu perkara. Kalau kau nak
kenal dengan Dahlia untuk memperisterikan dia, wajib kau mengahwini dia. Kalau
kau nak kenal dia hanya untuk suka-suka. Lebih baik kau tak usah kenal dengan
dia. Habis cerita! Daripada kau buat hati dia sakit.”
Haikal tersentak. Kata-kata Sham buat dia terasa. Apa yang
Sham kata tu betul juga.
“ Jadi? Apa yang perlu aku buat?” Sekalian kalinya Haikal
menyoal.
“ Kau ambil kad yang aku beri tu dan kau cari alamat tu.
Lepas tu baru kau akan tahu.” Suruh Sham lalu keluar dari bilik kerja itu.
Haikal merenung kad itu dari jauh. Apa maksud Sham? Tak
fahamlah!
**
Wajah Dahlia yang pucat lesi itu buatkan Zahida risau. Sejak
Dahlia masuk pejabat pukul 8 pagi tadi sampai dah nak dekat pukul2 petang,
Dahlia masih belum keluar dari biliknya. Zahida jadi risau. Takut Dahlia pengsan pula. Tengok rupa macam tak sihat je.
Tak mahu dia terus digamit risau, pantas dia bergerak ke
bilik Dahlia tanpa mengetuk terlebih dahulu. Apabila kepalanya dijengulkan ke
dalam, dia melihat Dahlia sedang menyemak dokumen-dokumen pejabat.
“ Dahlia.” Panggilan Zahida buatkan Dahlia mendongak.
Senyuman kecil diberikan.
“ Kenapa? Kau nak ajak aku lunch ke?” Soal Dahlia lalu
menyimpan kertas kerja ke tempatnya.
Zahida melangkah masuk ke dalam. Melihatkan wajah Dahlia
yang sememangnya pucat itu buatkan dia bertambah risau.
“ Kau tak sihat ke? Kau demam?” Soal Zahida. Dahlia
menggeleng perlahan.
“ Aku okey je. Kau nak ajak aku lunch ke? Jom!” Ajak Dahlia
dengan senyuman kecilnya. Kalau dilihat, wajah Dahlia hari ni tak seceria
sebelum ini. Mesti ada masalah.
“ Tunggu!” Langkah Dahlia terhenti di muka pintu.
“ Kau tak sihat kan? Tapi kau buat-buat sihat. Kenapa ni?
Takkan fasal Faiz lagi.”
Dahlia terdiam. Bukan Faiz. Itu dah lama selesai. Tapi ini
tentang perasaannya. Semenjak kebelakangan ini, hatinya jadi tak tenteram.
Selalu je rasa macam ada sesuatu akan berlaku. Tapi apa? Dia sendiri pun tak
faham.
Dan punca dia tak sihat sebab semalaman dia tak tidur. Jadi…
demamlah jadinya. Padan muka!
“ Aku okey. Jom..” Pantas kakinya dihayunkan ke luar bilik
pejabatnya. Nak mengelak daripada menjawab soalan Zahida.
Kemudian dia melangkah ke arah lif. Di tekan butang turun ke
bawah. Sambil-sambil itu, dia sempat mengerling sekeliling. Orang dah makin
kurang. Maybe ramai dah keluar makan.
“ Tunggulah.” Muncul Zahida di sebelah. Dahlia hanya
tersenyum.
Ting!
Pintu lif terbuka. Saat Dahlia nak masuk, dia terkejut
apabila melihat wajah insan yang berada dalam lif tersebut. Zahida di
sebelahnya itu melihat dengan hairan.
“ Haikal?” Dahlia memanggil dengan rasa tak percayanya.
Haikal tersenyum. Rupanya ini maksud kau Sham. Kau nak
pertemukan aku dengan Dahlia semula. Terima kasih Sham!
“ Dahlia.. Kawan kau ke?” Suara Zahida. Dahlia tersedar.
“ Zahida. Kau turun dulu. Aku nak jumpa kawan aku kejap.”
Ujar Dahlia tanpa memandang ke arah Zahida.
“ Erk.. Okey.” Zahida turut. Selepas Haikal keluar daripada
lif, Zahida menekan butang tutup.
“ Ma..macam mana awak ada di sini?” Dahlia menyoal dengan
kerutan di dahi. Pelik sungguh!
Haikal tersenyum. Rasa nak ketawa melihat reaksi Dahlia.
“ Sebenarnya saya tak tahu apa tujuan saya datang sini. Tapi
sekarang saya tahu apa tujuan saya. Saya harap awak dapat ikut saya ke satu
tempat?”
Dahlia mengetap bibir. Patutkah aku? Sepatutnya aku takkan
berjumpa dengan dia lagi. Kenapa? Kerana dia akan jadi famoust. Tapi sekarang
belum kan?
“ Ke mana? Dekat sini tak boleh ke?” Dahlia rasa segan jika
hari-hari dia dipertemukan dengan Haikal.
Serta-merta jantungnya berdegup
kencang. Dia jadi serba tak kena.
Ini kali kedua dia alami. Kali pertama apabila dia melihat
wajah Faiz buat kali pertama. Adakah ini namanya cinta?
“ Saya nak tempat yang diam sikit. Boleh?” Suara Haikal
mengejutkan Dahlia.
“ Erk…” Dahlia menggaru perlahan tangannya. Haikal yang
melihat tersenyum.
“ Jangan risau. Saya takkan buat apa-apa dekat awak. Boleh?”
Akhirnya Dahlia mengangguk.
**
Dahlia merenung tangan Haikal yang berada di atas meja. Tak
sanggup melihat wajah Haikal yang tersenyum manis tu. Nanti dia akan jadi serba
tak kena.
“ Apa yang awak nak cakap dengan saya?” Soal Dahlia terus
terang.
Haikal tersenyum. Dipandangnya wajah Dahlia yang tunduk itu.
Hatinya jadi seakan tenang. Rasa macam hilang masalah dia selepas melihat wajah
Dahlia. Eish! Parah!
“ Awak ada boyfriend tak lagi?” Soal Haikal dengan senyuman.
“ Erk… Sebelum ni ada tapi dah putus. Sekarang dah kembali
single but not avaible.” Dahlia jadi gelabah. Kenapa Haikal tanya soalan macam
tu? Dia demam ke apa? Sepatutnya aku yang patut ditanya macam tu. Sihat ke tak?
Tapi dia macam tak peduli je.
Haikal menoleh ke belakang. Dia memanggil pelayan untuk
membuat pesanan. Dikerling sekilas ke arah Dahlia.
“ Awak macam tak sihat. Jadi saya pesankan awak air kosong
je.” Suara itu kelihatan serius pada pandangan Dahlia. Dahlia hanya mendiamkan
diri daripada tadi. Lidahnya seakan kelu untuk berkata-kata.
“ Berbalik pada topik utama.” Haikal kembali merenung Dahlia
setelah selesai membuat pesanan.
Dahlia terteguk air liur. Macam penting sangat je.
Haikal tersengih apabila menyedari dia macam terlalu serius
pula. Betul ke apa keputusan yang aku ambil ni?
‘ Ikut kata hati kau.’
Teringat kata Sham. Kata hati aku berkata aku patut
teruskan.
‘ Kalau benar kau cintakan dia. Jangan sia-siakan dia. Dia
adalah perempuan satu dalam sejuta.’
Teringat lagi dia akan kata-kata nasihat Sham itu. Lantas
dia tekad akan keputusan itu. Di pandang wajah Dahlia yang sedang melihatnya
itu. Kelihatan wajah Dahlia seperti tertanya-tanya.
“ Awak… Kenapa awak setuju untuk tolong saya masa tu? Kenapa
awak sanggup jadi heroin saya?”
Soalan Haikal buatkan Dahlia terkedu. Kenapa? Dia sendiri
pun tak tahu. Yang dia tahu dia rasa dia patut tolong sebab Haikal dalam
kesusahan.
Bagi menjawab soalan Haikal, Dahlia hanya menggeleng kepala.
Nak cakap tak terkeluar pula suara.
“ Kalau saya minta tolong awak sekali lagi, awak mahu tolong
tak?” Haikal tersenyum melihat Dahlia yang macam serba tak kena itu.
Dahlia tersengih.
“ InsyaAllah kalau saya mampu tolong. Saya tolong.” Jawab
Dahlia dalam satu nafas. Nafasnya ditarik dalam-dalam kemudian dihembuskan.
Dengan cara itu, hatinya akan jadi sedikit tenang.
“ Tapi awak memang perlu tolong saya. Wajib!” Haikal buat muka
serius.
Dahlia tersentak. Kenapa? Masalah besar ke? Serius je muka
tu.
“ Sudi… tak… awak….” Sengaja Haikal buat tersekat-sekat.
Bagi saspen jap. Ehee..
“ Cakap terus boleh tak?” Dahlia tak puas hati. Mahu nanti
aku tolak baru tahu.
Haikal tersengih.
“ Ok. Sudi tak awak jadi isteri saya?”
Dahlia tersentak. Apa aku tak salah dengar kan tadi? Apa betul ke yang dia cakap macam tu?
~Bersambung~
No comments :
Post a Comment