Part 1
“ Ala busuk-busuk anak buah makcik ni. Manjanya dia…”
Ingin sekali aku nak ada anak macam akak aku ni. Tapi masih
adakah harapan nak ada anak? Hurmm..
“ Haih dik. Asal muka tu tiba-tiba masam je? Ada apa-apa
ke?”
Teguran akak aku itu membuatkan aku terpinga-pinga.
“ Mana ada. Tak adalah. Akak.. petang ni nak tidur sini
boleh? Adik nak main dengan Erisya ni.”
Terus aku cubit anak akak pertama aku ni. Comel sangat.
Dahlah tembam. Eii! Kalau anak aku mahu saja aku cium-cium dan cubit dia.
“ Habis mama dan papa tahu tak?” Soal akak aku dengan
kerutan di dahi.
“ Dah. Mereka yang suruh. Lagipun bahaya kalau adik balik
Penang malam-malam.” Jelasku dengan senyuman tipis.
“ Hurmm. Ikut kamu lah. Tapi akak nak tahu sesuatu lah.
Boleh tak?”
Aku hanya mengangguk. Kini pandanganku tepat kepada akak
aku. Nama dia sedap lagi daripada aku. Aliasya Marshita. Kan?
“ Akak nak tahu sangat-sangat. Kamu ni sebenarnya dah kahwin
ke belum?”
Aku tersentak akan soalan akak aku tu. Apa dah tak ada
soalan lain ke nak tanya?
“ Ala.. macam akak tak tahu.” Aku memuncung memandang
lantai. Tanganku diramas perlahan.
“ Habis? Kenapa kamu berdua tak jumpa dan duduk bersama.
Akak pelik dengan kamu berdua ni. Tahulah kahwin tanpa cinta. Tapi cintakan
boleh di pupuk.” Suara akak aku mula berlainan nada.
Aku terasa sebak. Bukan sengaja aku buat macam tu.
“ Akak tak faham.” Ujarku perlahan. Sangat perlahan
sebenarnya.
“ Kamu yang tak faham.” Aku mendongak melihat akakku dengan
perasaan sayu.
“ Sebenarnya akak tak tahu satu perkara. Hal ni adik, dia,
mama dan papa dia dan mama dan papa kita je tahu. Orang lain tak tahu.” Aku
mula nak beritahu perkara sebenar.
Perkara yang hampir lima bulan aku rahsiakan daripada
familyku yang lain. Hal yang sangat penting. Aku jamin selepas aku cerita dekat
akak aku ni. Dia pasti terkejut besar dan marah dekat aku dan dia.
“ Apa?”
Aku menarik nafas sebelum cerita kepada akak aku itu.
Moga-moga dia faham perasaan aku.
Part 2
Tersengguk-sengguk aku menangis di ribaan mama aku. Papa aku
hanya melihat dengan perasaan belas kasihan.
“ Sabar sayang. Dan maafkan kami. Kami tak tahu Wan akan
buat macam tu. Maafkan kami. Lagipun kamu kena faham pekerjaan dia.”
Kata-kata mama buat aku bangun dan menyeka air mata. Wajah
papa aku lihat dengan senyuman hambar.
“ Ye. Adik tahu siapa adik ni. Tapi kalau ye pun, tak boleh
ke tengok dan datang jenguk isteri dia yang baru dikahwini ni. Apa salah adik
ma?” aku memandang wajah mama dengan kabur.
“ Maafkan papa. Papa juga bersalah dalam hal ni.” Suara papa
buatku kembali menitiskan air mata.
“ Dahlah. Adik tak mahu fikir lagi. Kalau betul dia anggap
adik ni sebagai isteri dia. Adik jamin dia akan datang dan jenguk adik. Kalau
tidak adik Cuma mampu berserah je kepada Allah.”
Seusai aku berkata demikian, aku terus naik masuk ke bilik.
Perasaan aku kini sangat sakit. Apa salah aku diperlakukan sedemikian. Ya
Allah…
“ Adik! Adik!”
Laungan itu membuatkan lamunan aku terhenti. Wajah akak aku
pandang dengan senyuman. Dia terus memelukku dengan erat.
“ Maafkan akak. Akak salah kerana tuduh kamu bukan-bukan.”
Pelukan dileraikan. Aku hanya hadiahkan senyuman.
“ Dah takdir hidup adik macam tu. Jadi apa lagi adik boleh
buat.”
Pasti korang tertanya apa jadi dekat aku dan siapa si dia
yang aku sebut tu.
Sebenarnya pada lima bulan yang lalu. Aku ni telah
diijabkabul dengan seorang lelaki yang bernama Wan Ahmad Ihsan. Tapi kami
berkahwin bukan atas dasar cinta. Dan kami masing-masing tidak pernah bertemu.
Waktu di ijab kabul, aku langsung tidak memandang wajah dia.
Dia aku tak tahu. Sebab masa tu aku sangat malu. Tapi yang paling memalukan
apabila selepas selesai majlis ijab kabul. Dia terus pulang ke rumahnya tanpa
menjenguk aku terlebih dahulu. Dia tinggalkan aku terkapai-kapai keseorangan.
Mujur mama dan papa tidak adakan majlis resepsi. Hanyalah
majlis ijab kabul. Kalau tidak aku lagilah malu. Dia juga langsung tidak
menelefon mahupun datang melawat aku di rumah mama dan papa. Keluarga dia hanya
mampu minta maaf dan minta bersabar.
Tapi sampai bila? Ingat aku ni seorang yang kuat sangat ke?
Aku ni seorang yang lemah. Nampak je kuat daripada luaran. Tapi dalaman? Hanya
Allah yang tahu.
Dah lima bulan aku tunggu dan terus tunggu agar dia datang
jemput aku. Tapi? Bila aku ingat perbuatan dia, aku rasa sedih sangat. Dahlah
wajah dia langsung aku tak tahu. Nak sangat aku tengok tapi aku tak mahu. Mama
aku juga siap beri gambar dia dekat aku.
Tapi aku yang tak nak. Sebab dia kan tak suka aku jadi
isteri dia. Ya Allah..
“ Sabar ye dik. Akak tahu adik kuat hadapi semua ni.”
Pesanan akak aku terima dengan anggukan.
Part 3
Wow! Cantik gila pelamin kahwin kawan baik aku sorang ni.
Dah serupa permaisuri aku tengok. Untungnya dia dapat juga kahwin dalam suasana
meriah macam ni.
“ hei! Amboi panjangnya kau mengelamun. Kenapa? Nak kahwin
sorang lagi ke?” Teguran Izati aku terima dengan senyuman hambar. Dia langsung
tak tahu fasal Wan pergi. Biarlah ia menjadi rahsia.
“ Boleh juga.” Selorohku lalu tertawa kecil bagi menutup
rasa sedih.
“ Amboi! Gatal. Habis suami kau tu kau nak letak mana?” aku
tersentak.
“ Letak dekat luar.” Ujarku selamba lalu duduk bagi
hilangkan lengah. Sekarang baru aku berpeluang duduk. Sejak tadi aku asyik
berdiri jadi pengapit Izati ni.
“ Hei.. Tak baik kau ni.” Bahuku ditamparnya perlahan.
Dia ke aku tak baik? Kalaulah kau tahu Izati. Hurmp! Aku
pasti kau juga marah dengan lelaki macam tu.
“ Anyway.. bila pengantin lelaki nak naik ni. Aku nak
bergambar dengan korang. Lamanya suami kau jumpa kawan.” Ujarku tak puas hati.
“ Kejap lagi naik lah tu. Erm.. aku nak minta maaf dekat
kau. Yalah.. Kau sanggup bersusah payah datang sini dan jadi pengapit aku. Tapi
aku? Aku pergi pun tak majlis kahwin kau.”
Aku tersenyum hambar. Tak datang pun tak apa sebab ia
membawa kesedihan kepadaku.
“ Okey je. Janganlah sedih macam ni. Tak comel dah.” Usikku.
“ Hurmm. Thanks. Anyway! Kau tak datang sekali dengan suami
kau ke? Teringin juga aku nak tengok dia.” Aku tersentak.
“ Dia kerja. Kan aku pernah aku beritahu kau sebelum ni
pekerjaan dia.” Dalihku.
“ Oh. Betul juga. Dia kan kerja sebagai tentera. Terlupa.”
Aku hanya tersenyum.
Maafkan aku kerana menipu kau Izati. Aku tak nak kau sedih
tengok aku macam ni. Maafkan aku.
“ Sayang!”
Kami berdua tertoleh ke belakang apabila mendengar suara
garau itu. Siapa lagi kalau bukan suara suami Izati ni. Dan aku tersenyum
apabila dia membawa kawan dia.
“ Maaf lambat.” Ucap suami Izati ni atau nama sebenarnya
Hizzat.
“ Tak apa. Sekarang aku nak bergambar dengan pengantin ni.
Jadi bersedia tak?” Soalku lalu bangun berdiri.
“ Sebelum tu. Kenalkan kawan aku dulu. Wan ini kawan aku dan
Izati. Aliana namanya.”
Aku tersentak apabila Hizzat menyebut nama kawannya itu Wan.
Tapi kan ramai orang yang bernama Wan di dunia ini. Apalah..
Tapi apabila aku bertembung mata dengan dia, dia seperti
terkena kejutan elektrik apabila melihat aku. Pe hal? Tahulah aku ni comel tapi
janganlah pandang aku macam tu. Perasan kau Lia! Hehe..
“ Okey. Cepatlah! Aku nak balik ni.” Arahku apabila
pengantin masih belum bersedia.
“ Okey fine.” Sahut Izati dan kedua-dua mereka naik ke atas
pelamin. Aku juga turut serta. Sebelum tu aku menyerahkan kamera kepada Wan.
“ Erk.. minta tolong ambil gambar kami ye?” Pintaku lalu dia
menyambut huluran aku. Aku Cuma tersenyum.
“ Okey ready!”
Aku sudah tersedia tersenyum. Hurmp! Kan bagus kalau awak
ada sekali Wan. Dan tiba-tiba saja hatiku berdetak hebat apabila bertembung
mata dengan kawan Hizzat ni. Kenapa ni? Ingat sikit yang aku ni dah berkahwin.
Tapi aku masih boleh digelar isteri ke apabila dah lima
bulan suami tak balik menjenguk dan tidak memberi nafkah. Erm! Setahu aku kalau
dah lebih 6 bulan suami aku masih belum datang menjenguk aku, itu bermakna
perkahwinan itu akan terlerai begitu saja.
“ Aliana!” Aku tersentak apabila nama aku tiba-tiba
dipanggil. Kuat pula tu.
“ Fokus dekat kamera please?” Oh! Okey!
Part 4
Argh! Letihnya! Hari ini adalah hari yang amat memenatkan
bagi aku. Mana taknya. Daripada pukul 2 petang dan nak sampai pukul 4 petang,
aku dan akak kedua aku meronda-ronda di Pacific ni. Tapi aku tak tahu apa yang
dia cari.
“ Angah! Lambat lagi ke?” Soalku lemah. Kaki dah sakit
sangat ni.
“ Kejap!” Dia sedang memilih beberapa baju yang ingin
dibeli. Harap-harap dia akan beli. Kalau berjalan dengan akak kedua aku ni.
Sampai esok pun tak habis. Mujur dia tak berkahwin lagi. Kalau tidak mahu penat
lelaki dia nak layan.
“ Okey siap! Jom balik.”
Kata-kata itu buat aku tersenyum lega. Mujurlah!
“ Hurm! Angah pergi dekat kereta dulu. Adik nak beli makanan
sikit.” Ujarku apabila mataku tertangkap makanan yang berada di sisiku.. sedap!
“ Okey!”
Tanpa berlengah, aku pantas menuju ke gerai makanan itu.
Tapi belum sempat aku nak meminta pesanan, tiba-tiba aku di langgar daripada
belakang dan menyebabkan aku jatuh terduduk. Kuat kot!
“ Ya Allah. Sakitnya!” Aku mengerang kesakitan. Aku
mendongak sebab nak panggil akak kedua aku tu. Tapi kelibat dia sudah hilang di
pandangan mata. Cepat sungguh dia jalan.
“ Awak tak apa-apa?” Muncul seorang lelaki bertanya keadaan
aku. Aku dah cukup malu apabila ramai orang menjeling ke arahku.
“ Okey.” Sahutku perlahan tanpa mendongak ke arahnya.
Aku cuba bangun. Tapi belum sempat kakiku nak menjejak
tanah. Aku terduduk semula. Mungkin kaki kiri aku terseliuh waktu aku dilanggar
tadi kot.
“ Awak betul ke okey ni?” Suara yang risau itu buatkan aku
terus mendongak.
Aku terkedu apabila Wan iaitu kawan Hizzat berada di hadapan
mataku sekarang. Apa yang dia buat dekat sini?
“ Okey.” Balasku perlahan. Aku cuba berdiri semula. Tapi tak
berjaya. Bencinya!
“ Meh saya tolong.” Dia hulurkan tangan untuk membantu aku
berdiri. Tapi aku pantas menggeleng. Bukan muhrim okey.
“ Saya boleh jalan sendiri.” Elakku dan cuba bangun berdiri.
Alhamdulillah kerana aku boleh berdiri.
Apabila aku cuba berjalan, aku terjerit kecil. Sakit yang
amat!
“ Saya nak tolong tak nak. Meh sini!”
Aku tak sempat buat apa-apa apabila dia mula mencempung aku.
Tindakan drastiknya itu sungguh membuatkan aku terkejut. Dahlah ramai orang
tengok.
“ Awak ni gila ke apa? Kalau awak tak nak saya buat sesuatu
di luar jangkaan awak. Lebih baik awak lepaskan saya.” Arahku geram.
Tapi dia tak peduli malah berjalan sambil mencempungku. Aku
mengetap bibir geram.
“ Dah sampai.” Aku tersentak apabila kini aku berada di
hadapan kereta akak kedua aku. Dan dia sedang melihatku sambil tersenyum.
Kenapa?
“ Maaflah. Tapi dia terseliuh sampai tak boleh jalan.” Jelas
Wan lalu meletakkan aku. Aku hanya menahan malu.
“ Terima kasih lah. Adik masuk kereta dulu.” Aku hanya
mengangguk. Tak sanggup rasanya duduk lama-lama dekat luar ni. Gara-gara malu
yang amat. Dan nak ucapkan terima kasih pun tak terkeluar. Biarlah!
Part 5
Aku tercengang melihat siapa yang berada di hadapan aku
sekarang ni. Mahu saja aku lari dari sini. Tapi dah tak sempatlah. Lagipun aku
berada di perpustakaan ni. Ish! Apa yang mereka berdua buat dekat sini?
“ Hai…” Aku nak termuntah dengar panggilan manja tu. Tak
kuasa aku nak layan dua orang jantan di hadapan aku ni. Buat aku sakit hati.
Daripada dulu sampai sekarang tak habis-habis nak kacau aku. Dan mereka tak
tahu yang aku ni dah berkahwin pun.
“ Apa yang korang berdua buat dekat sini?” Soalku terus
apabila mereka asyik tersenyum ke arahku. Mereka ni nama je orang KL. Tapi
duduk Penang. Pe kes?
“ Saja. Nak kacau awak. Tak boleh?” Aku tersentak. Erm! Muka
tak hensem ada hati nak kacau aku. Perangai pun tak sememeh mana. Hah! Ambik
kau!
“ Dah. Saya nak berlalu. Nak pergi cari buku. Jadi tolong
berikan laluan kepada saya.” Pintaku lembut. Aku cuba bersabar kerana aku
berada dalam perpustakaan ni.
Tapi mereka berdua menghalangku dengan tangan. Ish! Ada juga
nak kena dengan aku nanti.
“ Hei! Aidid! Apa yang awak tak puas hati dengan saya. Dari
dulu sampai sekarang kerjanya asyik kacau saya je.” Ujarku tak puas hati tapi
masih dalam nada terkawal.
“ Kesiannya dia. Awak ni memang bodoh ke apa?” Aku
tersentap. Dia kata aku bodoh! Ergh!
“ Bodoh ke apa ke. Sekarang saya nak pergi.”
Pantas aku berlalu daripada berhadapan dengan mereka berdua
tu. Buat sakit hati. Apabila kakiku dah mencecah di luar bangunan perpustakaan,
aku menghembus nafas lega. Fuh! Lega!
Nak baca buku kejap pun tak boleh. Apa punya jantan lah!
“ Lia!” Aku terkedu mendengar suara itu. Wan?
Jadi aku menoleh ke belakang. Tekaan aku benar. Dia! Tapi
peliklah! Apa yang dia buat dekat sini?
“ Erk..” Aku dah lah masih malu dengan dia gara-gara
kejadian dua hari yang lepas. Kaki ni pun bukan pulih sepenuhnya lagi.
“ Aliana!” Aku mengeluh kecil apabila mendengar suara ini.
Aku dah penatlah dengan Aidid ni.
“ Awak nak apa lagi?” Soalku geram. Wan yang berada di
sisiku langsung aku tidak peduli.
“ Awak masih belum faham ke kenapa saya selalu kacau awak
semenjak sekolah menengah lagi. “
Aku pantas menggeleng. Wajahnya tajam ku renung.
“ Dia suka dekat kau.” Ujaran kata-kata Dafi buat aku
terkedu. Dia suka aku? Fuh! Berita panas ni!
“ Maaf..” Ucapku perlahan lalu terus beredar daripada situ.
Maaflah Aidid. Walaupun kau suka aku tapi aku dah dimiliki.
Tapi belum sempat aku nak membuka pintu kereta, tanganku
direntap lembut. Saat aku menoleh, aku terus terdiam. Wan!
“ Kenapa awak lari?” Soalnya lembut dengan senyuman. Aku
pula jadi terkaku. Ish! Ingat Lia! Kau tu dah kahwin. Tapi kahwin apa dah
lelaki tak balik-balik. Erh!
“ Aliana!” Aidid dan Dafi datang menghampiri aku. Dan dia
merenung tajam ke arah lengan aku. Yelah Wan sedang pegang lengan aku kejap.
“ Awak… Tangan tu.” Aku sedarkan Wan yang asyik merenungku.
Tapi dia hanya tersenyum malah dia memaut pula bahuku erat.
Eh? Apa hal ni?
“ Dia tak akan terima cinta awak.” Suara Wan kepada Aidid.
“ Pe hal pula dan kau tu siapa. Siap pegang tangan dia lagi.
Aku nak kau lepaskan dia.” Tegas Aidid.
Aku mengetap bibir. Kenapa aku tak boleh nak tolak dia ni.
Selalunya pantang kalau ada orang lelaki sentuh aku. Tapi Wan ni? Kenapa? Aku
jadi lemah!
“ Saya berhak sebab saya suami dia!”
Kata-kata itu berjaya membuatkan kami bertiga tergamam. Aku
pantas menoleh ke arahnya dengan terkebil-kebil. Suami?
“ Ma..maksud kau? Dia isteri kau dan dia dah kahwin? Gitu?”
Soal Aidid pinta kepastian.
Anggukan Wan buat hatiku berdetak hebat. Apakah ini? Dia
hanya nak menyelamatkan aku ke?
“ Dan mulai hari ni janganlah ganggu isteri saya lagi.”
Aku terkelu lidah untuk berkata-kata. Selepas mereka berdua
beredar, aku pantas menolak Wan ke tepi dan aku masuk ke dalam kereta. Aku
sungguh bingung. Argh! Tengok-tengok itu hanya muslihat dia terhadap Aidid.
“ Awak!” Aku tak sempat nak tutup pintu kereta apabila dia
memanggil. Aku mendongak melihatnya dengan seribu kekeliruan.
“ Awak masih sayang akan suami awak ke? Awak masih tunggu
dia ke?”
“ Hah?” Sungguh aku tak faham. Macam mana dia dapat tahu ni?
Dia tersenyum ke arahku dan tindakan spontannya yang
menarikku ke dalam pelukannya membuatkan aku terkaku. Apakah?
“ Lepaskan sayalah!” Suruhku tegas. Tapi dia menarikku lebih
erat. Aku terkedu. Kenapa aku tak boleh menolak dia? Kenapa aku rasa selamat
dalam pelukan dia? Kenapa?
“ Aliana… Boleh awak bawa saya ke rumah awak?” Aku
tersentak. Pantas aku menolak dia.
Aku merenungnya tajam.
“ Awak ni siapa dan kenapa tiba-tiba awak nak pergi rumah
saya pula?” Soalku geram.
“ Awak akan tahu selepas awak bawa saya ke rumah.
Tolonglah..”
Aku terdiam. Tajam aku merenungnya yang sedang tersenyum
itu. Tapi hati aku seakan-akan suka apabila dia ikut aku balik ke rumah.
Kenapa?
Aku mengeluh kecil. Penat nak saling berpandangan ni. Jadi
aku beri kata putus dengan anggukan. Biarlah dia kena marah dengan family aku
nanti. Ada aku kisah?
~Dengan sedihnya akan bersambung~
Sambungannya di sini > http://syimahkisahku.blogspot.com/2013/05/cerpen-dia-kembali-sambungan.html
~Dengan sedihnya akan bersambung~
Sambungannya di sini > http://syimahkisahku.blogspot.com/2013/05/cerpen-dia-kembali-sambungan.html
Sbb tu suami die . X ad makne nye kene mara . Aliana kot yg akan mara . Cpt la sambung
ReplyDeleteHehe.. cepat sungguh meneka.. Sabar..esok kita akan tahu
Delete