Okay. Sebab dah lama sis tak muncul dengan cerpen. Sis upload cerpen la hari ni. Sorry if kurang memuaskan hati sebab idea hilang. Haha. Okay enjoy.
“ Aku dah cakap tadi kan! Jangan letak barang ni dekat sini!
Aku suruh letak dekat mana tadi? Ha?!”
Aku merengus geram. Aku benci pula dengan minah ni. Tahu nak
arah orang je. Ada kaki dan tangan. Perfect. Angkat la sendiri. Aku ni bukan bibik
korang! Okay guys. Ini bukan cerita tipikal anak tiri dengan mak tiri walaupun
hakikatnya ya aku anak tiri. Tapi aku bukan jenis suka diam dan terima je apa
orang nak aku buat. Aku adalah aku. Aku siapa? Tengok sendiri la.
“ Helo minah! Kau ingat aku ni kuli kau ke? Kau ingat aku
bibik kau? Macam tu? Allah dah bagi kau perfect dengan kaki dengan tangan. Apa
lagi yang kau nak? Angkat la sendiri. Amboi. Mentang-mentang mak kau tak ada.
Ayah aku pula outstation. Naik lemak kau ye?”
Huh! Puas hati aku menengking minah sekor ni. Yang tak faham
bahasa. Sebenarnya hubungan aku dengan semua orang dalam rumah ni memang tak
begitu baik dengan aku terutama kak tiri aku ni. Dia la yang paling suka cari
fasal dengan aku. But, mak tiri aku okay je. Dia tak la suka marah dan suruh
aku macam-macam. Dia macam arwah mak aku. But aku tak tahu la anak dia ni ikut
perangai siapa.
“ Kau!”
“ Apa? Apa? Nak pukul? Pukul la! Ingat aku takut? Hey! Kau
tu sedar diri sikit yang kau tu menumpang je dekat rumah ni. Kau ingat kau anak
raja? Duduk sini goyang kaki? Asyik aku je kena buat? Kau ingat aku tak tahu
kau mengadu dekat mak ayah perkara buruk tentang aku even aku tak buat pun. Kau
ingat aku tak tahu?!”
Dia sudah terdiam. Terkejut dengar kata-kata aku. Aku
tersenyum sinis. Tahu pula takut. Ala. Kak apa tua setahun je. Tapi berlagak
macam tua sepuluh tahun. Huh!
“ Kau jangan ingat aku takut Puteri Liyana.”
Terus aku menonong masuk ke dalam bilik tanpa hiraukan dia.
Buat sakit hati je. Tapi aku tipu diri aku. Memang dari mata kasar orang tengok
aku kuat. But hakikatnya dalam diam aku menangis. Aku rasa macam tersisih dalam
keluarga ni. Semua orang asyik bela si Liyana tu. Habis aku? Dianak tirikan
sedangkan aku anak kandung tuan rumah
ni.
“ Arh! Aku nak keluar dari rumah ni. Aku tak kira.”
Cepat-cepat aku kemas barang dan masukkan baju ke dalam beg.
Sebelum dua orang tu balik. Baik aku blah cepat. Dah siap kemas aku capai phone
dan sarung tudung yang bersesuaian. Aku tengok cermin dengan wajah tegang.
Maaf. Kali ni aku takkan tersenyum lagi. Aku perlu pergi. Bye.
Elok aku sampai je dekat ruang tamu. Ada seseorang tengah
berbual dengan kak tiri aku tu. Tapi aku tak kisah langsung. Even mereka tengah
perhatikan aku sekarang ni. Yang pasti tetamu dia tu lelaki. Lelaki manala dia
ambik ni.
“ Eh Sarah. Awak nak pergi mana tu?”
Aku tersenyum sinis. Mentang-mentang depan tetamu bukan main
bahasa kau ye.
“ Pergi cari ketenangan. Rasa panas je duduk dalam rumah ni
dengan perangai seorang yang macam syaitan.”
Tersedak terus minah tu. Tapi ada aku kisah? Sentap lagi
bagus.
“ Apa yang Sarah cakap ni?”
Aku jeling pula lelaki depan dia. Hmm. Boleh tahan. Not bad.
Handsome. Macam anak raja. But, kenapa dia pandang aku macam tu? Malas nak
layan.
“ Aku pergi dulu.”
“ Sarah!”
Tanpa menghiraukan mereka berdua, cepat saja aku menuju ke
luar halaman rumah dan berjalan menuju ke perhentian bas. Nak pergi mana? Balik
rumah sewa la. Tu je tempat yang aku ada.
“ Mom. I miss you.”
**
“ Sarah! Kamu pergi mana? Liyana kata kamu lari dari rumah.”
Aku mengeluh bosan. Tak habis-habis Liyana, Liyana dan
Liyana. Hey! Apa tak ada nama orang lain ke ayah aku nak sebut? Huh!
“ Jangan risau. Sarah selamat.”
“ Sarah balik. Ayah nak kamu balik.”
“ Tak nak. Sarah dah bosan duduk rumah tu. Asyik-asyik Sarah
je kena. Ayah bukan sayang Sarah dah.”
Terus aku tamatkan panggilan telefon dan off phone. Puas
hati aku. Sekarang tak ada sesiapa pun boleh kacau aku. Aku meliarkan semula
pandangan ku ke sekeliling butik. Ya. Sekarang ni aku ada dekat butik pengantin
kawan baik aku. Mujur dia ada. Kalau tak aku tak tahu nak buat apa. Kelas pun
belum mula lagi. Cuti sem masih ada sebulan. Bosan kau tau?
“ So…”
Rania kawan baik aku datang duduk depan aku dengan senyuman
manisnya itu. Aku menjongketkan keningku. Untung Rania. Muda-muda dah jadi
usahawan butik pengantin. Yala. Dia tak sambung degree. Lepas diploma je terus
buka perniagaan. Aku je terlebih rajin sambung degree.
“ So what?”
“ Kau nak kerja dengan aku tak? I mean jadi model untuk
butik aku?”
Aku tercengang. What? Serius?
“ Kau gila? Aku jadi model? Kau buat lawak apa ni weh? Rupa
aku pun dah macam apa lagi. Gaya pun dah gaya lelaki.”
Rania tengok aku atas bawah. Dia tersenyum lantas
menggelengkan kepalanya. Aku pula pelik tengok reaksi dia.
“ Aku boleh tolong. Alang-alang kau tengah cuti kan? Tak nak
tambah modal ke?”
Okay. Tawaran yang dia berikan sangat menarik. Betul juga.
Boleh tambah modal. Sampai bila nak harapkan ayah je bagi modal. Lagipun dia
mana kisah aku nak buat apa pun kan?
“ Tapi aku..”
“ Itu kau jangan risau. Aku boleh tolong. Kau Cuma perlu
setuju je. Minggu depan ada fashion walk dan butik aku terpilih. Kau watak
utama. Boleh?”
Sekali lagi aku terlopong. What?
“ No! No! No! Kau gila? Watak utama? Jatuh dari pentas tu
tak ke malu!”
Cepat-cepat aku menolak. Memang tak la aku nak catwalk atas
pentas tu. Silap sikit jatuh. Buat malu keturunan je.
Rania tertawa lantas menarik aku berdiri depan cermin. Aku
jadi terpinga-pinga.
“ Kau sedar tak yang kau sebenarnya cantik. Tapi kau lebih
memilih gaya brutal. Gaya tomboi. Sebab kau suka memberontak. Am I right?”
Aku terdiam. Sebab kata-kata Rania betul. Itulah aku.
“ Just trust me. You must can. Mana tahu boleh jumpa jodoh
sekali.”
Aku tersenyum hambar. Jodoh la sangat. Tak berminat. Aku
lebih suka dengan life aku sekarang.
“ So, deal?”
Aku tengok wajah Rania yang penuh mengharap tu. Dengan rela
hati aku mengangguk. Why not right?
“ Yes! So boleh kita berlatih.”
“ Berlatih?”
“ Catwalk la.”
“ What?!”
**
Aku tengok diri aku depan cermin. Terkedu kejap aku. Ini aku
ke? Nampak lain sangat selepas dimake up. For sure aku sendiri pun tak kenal
diri aku. Rania tengok aku dengan senyuman manis. Bahu aku ditepuk perlahan.
“ Settle. See. Kau memang cantik Sarah. Or Puteri Sarah
Hana. You’re so beautiful my dear.”
Aku tunduk tengok pakaian aku pula. Aku tengah pakai gaun
pengantin berwarna putih rekaan khas dari Rania untuk aku. Aku tak sangka dia
design corak ni khas untuk aku. Cantik sangat. Tapi malangnya aku tiada seorang
raja untuk berdiri di samping aku. Aku Cuma puteri tunggal yang kesunyian.
“ So kau dah ready? Kurang daripada setengah jam majlis akan
bermula.”
Aku tarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya. Aku tarik
senyuman manis lantas menganggukkan kepalaku perlahan. Aku genggam tangan Rania
meminta kekuatan.
“ Don’t worry. Aku yakin kau boleh. Dah seminggu kita
berlatih.”
“ Thanks sebab percayakan aku Rania.”
“ No hal. Jom. Get ready. Okay guys! Get ready!”
Memang tidak dapat dinafikan aku sangat berdebar ketika ini.
Pertama kali berdepan dengan orang ramai sebegini dalam fashion wedding show
ni. Perasaan memang susah untuk digambarkan. Aku tarik senyuman lebar. Kau
mesti boleh. Jangan hampakan Rania. Dia mengharapkan kau Sarah.
Pejam celik pejam celik, giliran aku pun sampai. Dengan
debaran yang kian memuncak, aku pun keluar berjalan dengan perlahan-lahan
menuju ke pentas catwalk tersebut. Muka memang penuh dengan senyuman. Yang
penting yakin. Tu yang penting.
Dua kali aku jalan dan kali terakhir aku berjalan dengan
Rania. Kami berdua melambai-lambai dan memberikan senyuman gembira tanda
berpuas hati dengan majlis hari ini. Cuma sebelum aku nak masuk ke dalam
semula, mataku dapat menangkap seorang kelibat lelaki yang aku pernah nampak
sebelum ni.
Dia juga tengah merenung ke arah aku dengan terpinga-pinga.
Aku terus alihkan pandangan bila terasa diri diperhati terlalu lama. Jangan
cakap dia kenal aku. Sebab aku tahu lelaki tu siapa. Tetamu Liyana.
Apa dia buat dekat sini? Dah seminggu aku tak balik rumah.
Ayah dan mak pun tak pernah tanya aku. Nampak sangat mereka dah tak kisah fasal
aku kan?
“ Alhamdulillah. Congrats semua! Terima kasih sebab dah buat
yang terbaik. Jumpa bulan depan pula.”
Aku melangkah ke arah cermin. Terasa rimas pula makeup ni.
Alhamdulillah sebab dah selesai. Rania di sebelah dah memeluk tubuh dengan
senyuman manisnya tu. Aku Cuma menjongketkan keningku ke arahnya.
“ Ada orang dah tertarik dekat kawan aku ni.”
Aku mengerutkan dahi.
“ Maksud kau?”
“ Kau akan faham nanti. Dah jom balik. Tukar pakaian dulu.”
Jadi terpinga-pinga aku dengan sikap Rania ni. Haih. Sabar
je la.
**
Aku tatap skrin telefon berulang kali. Sampai naik muak aku
jadinya. Aku tengok pula sekeliling butik Rania. Ya Allah. Kenapa rasa bosan
sangat ni? Sekarang aku dah tak tahu nak buat apa. Selepas majlis semalam, aku
jadi termangu, termenung dekat kaunter ni sorang-sorang. Macam orang gila pun
ada.
Rania pula sibuk dengan pelanggan. Apa aku nak buat pun tak
tahu. Kalau nak ready untuk next fashion show lambat lagi. Rania kata lagi 3
minggu. So, aku tak boleh nak buat apa.
Ting!
Tiba-tiba ada seseorang masuk ke dalam butik Rania. Tapi aku
tak pedulikan pun. Nanti dia akan cari Rania juga. Nak tidur!
“ Assalamualaikum.”
Tapi baru nak lelapkan mata, ada orang menegur. Erk! Cari
aku ke? Aku mendongak kepala ke arah suara garau itu. Dan aku terkedu seketika.
Lelaki semalam! Lelaki yang dekat rumah tu. Apa dia buat dekat sini?
“ Waalaikumussalam.”
“ Awak ni adik Liyana kan?”
Aku mengeluh bosan. Kenapa perlu ungkit nama budak tu? Huh!
“ Adik tiri. Ada apa boleh saya bantu encik ye?”
Aku maniskan muka dan senyuman. Pelanggan kot. so jangan nak
masam muka. Kena marah dengan Rania nanti. Hilang pelanggan pula dia.
“ Cik Rania ada?”
Aku menoleh ke arah Rania yang sibuk dengan pekerjanya itu.
“ Situ. Pergilah jumpa dia dekat sana.”
Dia turut menoleh ke arah Rania. Tapi tak pula dia melangkah
ke arah situ. Setia berdiri depan aku lagi. Dengan senyuman memukau dia
tu. Hurgh! Sengaja nak goda aku ke apa?
Dahlah kau tu handsome. Huargh! Jangan! Bahaya.
“ Nak tanya awak sikit boleh?”
“ Tanya je la.”
Aku tunduk tengok phone dengan rasa bosan.
“ Awak tahu tak siapa model semalam? Yang watak utama tu.
Awak tahu tak siapa perempuan tu?”
Okay. Pertanyaan dia buatkan aku terkaku kejap. Tapi aku
cepat-cepat cover dengan mengerutkan dahi. Berlakon tak tahu.
“ Tak sure la. Sebab dia jarang ada dekat sini. Dia selalu
outstation.”
Nampak sangat menipunya. Aku tergelak dalam hati. Lantak.
Asalkan dia tak tahu model tu aku!
“ Oh ye ke?”
Dia nampak hampa. Erk. Asal reaksi dia macam tu?
“ Saya pergi jumpa Rania kejap. Thanks.”
Aku hanya memerhati langkah dia dari jauh. Entah kenapa aku
tiba-tiba rasa lain macam bila tengok dia. Dari semalam lagi. Renungan dia
boleh membuatkan aku angau. Yes. Exactly.
“ Arh. Jangan nak merepek. Dia Liyana punya.”
Cepat-cepat aku ambil phone dan keluar daripada situ tanpa
pengetahuan sesiapa. Perlukan ketenangan.
**
Sedang aku seronok membelek gaun pengantin yang akan aku pakai kurang daripada dua
minggu lagi tu, seseorang muncul depan mata aku. Saat aku mendongak untuk
melihat si empunya diri, aku tersentak kecil. Serentak itu hati aku berdebar
lagi. Ceit!
“ Hai.” Tegurnya dengan senyuman manisnya itu.
Aku dengan kekoknya hanya mengangguk. Aku cari Rania. Dia
ada dekat kaunter. Tengah melayan pelanggan. Huargh! Kenapa dia boleh ada depan
mata aku pula? Aku rasa aku duduk tercorot daripada menjadi perhatian
pelanggan. Yala. Aku tengah belek pakaian pengantin ni.
“ Sihat?”
Aku tergaru keningku yang tidak gatal. Asal soalan dia macam
pelik sangat? Dah aku duduk sini. Mestilah sihat. Kalau tak sihat dah lama aku
duduk rumah.
“ Alhamdulillah.”
Aku kerling Rania lagi. Dia sempat jeling aku dengan
kenyitan di mata. Apa?! Tumbuk mahu. Dia sengaja ni. huh! Sebab dia tahu lelaki
depan mata aku ni cari siapa.
“ Rania beritahu saya awak kawan dengan model tu.”
See! Dah agak! Dia dekat dengan aku sebab ada motif. Huh!
Benci la lelaki macam ni. Mujur model tu aku. Kahkah.
“ Tak rapat pun. Biasa je. Eh maaf. Awak bukan dengan Liyana
ke?” Soalku selamba.
Dia tertawa kecil. Asal? Apa yang lawak?
“ Kami kawan je. Lagipun ayah awak bekerjasama dengan
syarikat saya. Sebab tu saya berbaik je dengan dia. By the way, dah lama saya
tak nampak awak dekat rumah. Awak tinggal dekat mana sekarang ni?”
Aku tersenyum sinis. Kalut pula nak tanya?
“ Bukan urusan awak. Kalau tak ada apa-apa lagi tolong pergi
dari sini. Saya busy.”
Aku mula bersikap dingin. Ada rasa kecil hati. Tapi kenapa?
Diri sendiri pun tak faham. Huh!
“ Sarah.”
Dia memanggil. Tapi aku tidak hiraukan.
“ Puteri Sarah. Awak lain sangat. Kenapa awak buat saya
tertanya-tanya?”
Aku mengerling sekilas ke arah dia yang nampak lemah. Erk.
Asal tu? Bila dia kerling aku, cepat-cepat aku tengok ke arah lain.
“ Maksud awak?” Soalku ingin tahu tapi tak tengok pun dia.
“ You make me crazy Sarah.”
Aku terkedu. Aku tengok dia. Tapi dia dah bangun dan keluar
daripada situ. Erk! Dia ke aku yang gila?
**
Hatiku melonjak gembira bila kali kedua fashion wedding show
berjalan dengan lancar. Aku berjaya lagi. Aku memeluk Rania tanda gembira. Kami
berjaya! Alhamdulillah. Sekarang aku pun dah ada ramai peminat. Kahkah. Perasan
kau jemah.
“ Assalamualaikum.”
Aku dan Rania menoleh ke belakang. Saat ini hanya Allah saja
yang tahu apa perasaan aku. Dia! dah lama aku tak nampak dia semenjak dia
datang butik dua minggu lepas.
“ Waalaikumussalam. Hey Daniel. Lama tak nampak. Mana
menghilang?”
Oh. Daniel nama dia. Aku Cuma senyum tipis. Malas nak layan
atau dia boleh tahu siapa diri aku yang sebenarnya.
“ Busy sikit. Rania. Boleh saya pinjam dia kejap?”
Rania kerling ke arah aku dengan senyuman kecil. Aku dah
jeling tanda amaran. Tapi dia tak hiraukan aku pun. Sadis!
“ Boleh. Ambillah. Tapi sebelum pukul 12 je ye. Pukul 12 dia
kena balik. Faham?”
“ Beres. Erk awak. Jom?”
Dengan separuh rela aku ikut juga lelaki yang bernama Daniel
ni. Aku jeling Rania dengan tajam. Sempat juga dia berbisik ke arah ku.
“ Goodluck. Tawan hati dia. Dia layak dengan kau bukan
dengan Liyana.”
Aku senyum hambar. Perlu ke?
“ Come.”
Dia membawa aku ke tepi tasik. Tak jauh daripada dewan. Aku
tengok sekeliling. Cantiknya tasik ni pada waktu malam. Dikelilingi dengan
lampu kecil-kecil. Cantik sangat. Teruja kejap aku.
“ Saya Daniel. Awak?”
Aku ketap bibir. Aku nak kelentong apa ni? Aku tengok atas.
“ Puteri. Panggil je Puteri.”
Dia kenal aku sebagai Sarah. Tapi bila berubah wajah dan
karier ni cukuplah dia tahu nama aku Puteri. Bukan Puteri Sarah.
“ Secantik nama dengan tuan dia.”
Aku diam. Mulut manis.
“ Puteri.”
“ Apa?”
“ Awak dah ada boyfriend?”
Aku tertawa sinis. Boyfriend? Aku tak perlukan seorang
lelaki dalam hidup aku.
“ Tak ada.”
“ So saya ada peluang la ni?”
Aku senyum sinis.
“ Tak ada. Sebab saya benci lelaki.” Ujarku terus terang.
“ Then I will make you fall in love with me.”
Okay. Aku terkedu seketika melihat renungan redup dia tu.
Cepat-cepat aku toleh ke arah lain. Berdebar weh! Tak pernah rasa perasaan
macam ni. Adakah aku sememangnya dah jatuh cinta?
“ Saya nak balik.”
Cepat saja aku memusingkan badan ke belakang. Berura-ura nak
gerak balik. Tapi secara tiba-tiba lenganku direntap lembut daripada belakang
dan paling malangnya bila aku tak sempat nak control badan aku dengan kasut
tinggi lagi. Akibatnya aku nak terjatuh. Cuma , pinggang aku sempat dipaut
daripada aku terjatuh.
Aku mengeras dalam pelukan seorang lelaki yang bernama
Daniel. Kami saling berbalas renungan. Mata dia cantik. Aku tak nafikan. Mata
berwarna hazel. Alis mata yang lentik. Rupa bentuk wajah yang digilai ramai
perempuan masa kini. Okay. Jantung aku dah mula berdegup kencang.
“ Erk. Boleh lepaskan saya tak?” Pintaku bila aku rasa
semacam.
Perlahan-lahan dia lepaskan pautan pada pinggang aku. Cepat
saja aku cover dan ingin berlalu ke dalam dewan semula.
“ Puteri! Wait!”
Langkahku terhenti. Tapi tak pula aku toleh ke belakang.
“ Boleh kita jumpa lagi?”
Aku senyum nipis tanpa pengetahuan dia.
“ Kalau ada jodoh.”
Terus aku pergi meninggalkan dia dalam keadaan yang
terpinga-pinga. Arh! Sarah! Kau mesti dah gila kan?
**
Barai! Yes. Aku dah barai! Pergi kelas dengan mata panda.
Semalam tak boleh tidur. Mengenangkan lelaki yang bernama Daniel tu. Walaupun
dah dua hari berlalu semenjak kejadian tu, aku still tak boleh move on. Gila!
Aku dah jatuh cinta ke ni?
Aku meliarkan pandanganku ke sekeliling. Mencari kelibat
Rania. Tadi janji nak jumpa dekat kafe kolej aku. Tapi sampai sekarang kelibat
apa pun tak nampak. Janji Melayu betul.
“ Beb!”
Aku toleh belakang. Ha! Muncul pun.
“ Lambat!” Perliku.
“ Sorry. Ada customer penting tadi.”
“ Kenapa nak jumpa aku ni?”
Aku kerling jam. Ada kelas lagi petang ni. Malas pula nak
pergi.
“ Aku nak sampaikan surat ni.”
Dia menghulurkan aku sepucuk surat. Aku sambut dengan tanda
tanya. Aku buka dan tengok isi dalam. Rupanya pemberitahuan tentang fashion
wedding beberapa minggu lagi.
“ Aku rasa dia keliru la beb.”
“ Maksud kau?”
“ Sarah. Puteri. Sedangkan dua orang tu orang yang sama.
Kenapa kau tipu dia?”
Aku terdiam.
“ Dia suka dekat Puteri bukan Sarah. Dia suka pada
kecantikan aku je. Bukan isi hati aku.” Ujarku lirih.
Sedih pula aku rasa. Haha.
“ Kau pasti?”
“ Pasti sangat.”
“ Habis belakang kau tu siapa?”
Aku tersentak. Apa maksud Rania ni? cepat saja aku toleh ke
belakang. Tercengang aku nampak Daniel tengah menuju ke arah kami. Aku pandang
Rania semula. Dia dah tergelak kecil.
“ Kau beritahu dia ke Rania?”
Aku dah gelabah.
“ Buat apa aku nak beritahu dia. tak ada faedah. Percayalah
cakap aku. Dia keliru antara korang berdua.”
“ Argh! Tak nak aku jumpa dia. Aku nak balik.”
Cepat saja aku ambil beg dan ingin berlalu daripada situ.
Tapi segala-galanya terlambat bila namaku sudah dipanggil. Rania di sisi dah
menjongketkan keningya. Secara mencabar tak nak jumpa ke? Argh! Serabut!
**
“ Sarah.”
Aku Cuma diam. Tunggu reaksi dia yang seterusnya.
“ Nak apa jumpa saya? Dan paling penting mana awak tahu saya
study sini?”
Dia tersenyum penuh makna. Dah kenapa?
“ Rahsia.”
Huh. Rahsia pula.
“ Sarah.”
“ What?”
“ Saya suka awak.”
Terdiam aku jadinya tapi tidak lama bila aku tergelak besar.
Kelakar kan?
“ Not funny encik Daniel. Ini bukan maharaja lawak wahai
encik Daniel.”
Aku mula beriak serius. Tolonglah. Aku tak makan saman. Tapi
dia senyum je?
“ I know its you.”
Okay. Aku makin tak faham. Apa maksud dia ni?
“ Okay. Saya balik dulu. Bye.”
Terlopong aku tengok dia yang sudah jauh daripada aku. What
the! Hey! Hish!
**
Air mata yang terasa nak mengalir pantas saja diseka. Dadaku
ditumbuk perlahan. Rasa sedih dan sakit menyelubungi hati aku saat ini. Pantas
saja aku melangkah ke belakang dewan. Tapi pergerakan aku jadi perlahan. Dengan
gaun pengantin ni. Arh! Mana Rania ni?!
Malas nak tunggu Rania. Aku cepat saja ambil beg tangan aku
dan melangkah ke arah jalan raya. Aku rasa malu. Rasa dikhianati. Rasa tak ada
guna aku ada dekat sini lagi. Semua ni permainan dia semata-mata! Dia tipu!
Tapi asal aku kena nangis sebab lelaki bodoh tu! Argh! Aku
betul-betul dah jatuh hati dekat dia. Mama. I miss you. Please help me.
Phone aku yang berbunyi tidak aku hiraukan. Aku teruskan
saja langkah sampai aku nampak perhentian bas. Aku nak balik. Aku dah tak tahan
dan kalau boleh aku tak nak muncul lagi dalam dunia fashion ni.
Bayangkanlah, nak selesai dah majlis tu. Aku pun dah nak
masuk ke belakang dah dengan Rania. Tiba-tiba saja aku ternampak dua orang
manusia yang aku tidak sangka sama sekali. Tengah berbual mesra. Mesra sangat.
Sampai rasa sakit dekat hati. Lepas tu pula yang lebih memalukan bila aku
terjatuh. Tersadung dengan wayar. Malu hanya Allah saja yang tahu.
Arh! Menangis je kerja aku ni. Aku benci semua orang! Aku
benci! Aku benci kau Daniel! Aku benci! Kenapa kau boleh mesra sampai macam tu
sekali dengan kak tiri aku. Kenapa? Kenapa?
Pon! Pon!
Aku toleh sekilas ke belakang. Ada sebuah kereta tengah hon.
Hon siapa? Aku ke? Eh! Apa masalah dia? tapi bila tengok pemandu dia
betul-betul. Aku terus lajukan langkah. Mana dia tahu aku ada dekat sini?!
“ Puteri! Puteri! Awak nak pergi mana?”
Menjeritlah satu dunia pun aku tak nak peduli fasal kau
Daniel!
“ Puteri!”
Tiba-tiba tanganku direntap daripada belakang. Terkejut aku
jadinya.
“ Nak apa? Lepaslah!”
Tajam dia merenung aku.
“ Awak okay? Ada cedera dekat mana-mana ke?”
Aku tergelak sinis. Tadi bukan main terkejut tengok aku
jatuh. Yang si Liyana tu pula bukan main gelakkan aku. Semua orang gelakkan
aku. Sinis belakang aku. Ingat aku tak tahu?!
“ Awak peduli apa? Pergilah sana. Jangan sibuk hal saya.”
Berangku lantas lepaskan rangkulanku daripada dia.
“ Saya sayang awak Puteri!”
Sekali lagi aku tak jadi melangkah dan aku gelak besar. Hari
tu cakap suka dekat Sarah. Hari ni sayang pula dekat Puteri.
“ Hey! Awak ni jenis tak tetap pendirian eh? Sayang sini
sayang sana. Semua perempuan awak nak cakap sayang kan?”
Sindirku pedas. Tapi dia boleh tersenyum. Senyum yang sinis
pula tu.
“ Because I know who you are.”
Aku terpempan. Dia mendekati aku.
“ It’s you. I know.”
Dan kini dia berdiri betul-betul dekat dengan aku. Aku pula
jadi kaku. Apa maksud dia?
“ Puteri Sarah Hana.”
Sekali lagi aku terpempan. Ya Allah. Dia dah tahu ke siapa
aku?
“ Siapa tu?”
Aku mula mengundurkan diri ke belakang.
“ Awak jangan nak tipu saya lagi Puteri Sarah.”
Aku baru nak lari tapi dia lebih cepat tangkap tangan aku
yang berlapik ni. Aku terkesima.
“ Kenapa awak tipu?”
“ Saya tak tipu. Dua-dua nama saya kan?”
“ Tapi awak jadikan mereka berdua orang yang berbeza. Why?”
Aku tunduk menekur tanah. Sebab aku tak tahu. Aku tak nak
orang kenal aku.
“ Saya benci lelaki. Lepas!”
“ No! Saya takkan lepaskan awak lagi. Cukuplah saya dah
kehilangan awak 5 tahun yang lalu.”
Aku tersentak. What? 5 tahun yang lalu? Masa bila aku kenal
dia?
“ Ingat lagi tak seorang lelaki berpakaian hitam dan
bertopeng tiba-tiba muncul depan awak dan selamatkan awak daripada menjadi
mangsa buli? Masa tu awak baru lepas balik daripada kelas. Awak langsung tak
tengok saya tapi saya selalu perhatikan awak sampai satu hari saya dapat tahu
awak dah pindah. Susah saya cari awak sampai akhirnya Allah makbulkan doa saya
dengan jumpa awak dekat rumah awak sendiri.”
Aku terpempan. Aku tiba-tiba teringat peristiwa yang aku tak
nak ingat lagi. 5 tahun yang lalu. Ya aku pernah hampir jadi mangsa buli. Tapi
diselamatkan oleh seseorang. Yang aku tidak tahu siapa dan tak nak ambil tahu.
Dan tiada sesiapa pun yang tahu aku pernah dibuli. Thanks pada penyelamat tu.
Tapi tak sangka Daniel hero aku!
“ Awak?”
Mataku mula berkaca-kaca kembali. Dia tersenyum nipis.
“ Ya. Saya. Tengku Daniel Razian.”
Aku menangis. Maaf. Tak tahan. Kenapa semuanya begitu
mengejutkan?
“ Ma..macam mana awak tahu saya Sarah? Dan awak masih ingat
saya even 5 tahun dah berlalu?”
Tiba-tiba dia menarik lengan aku yang berlapik dan tolak
sedikit lengan baju kanan aku ke atas. Dia tunjuk ke arah gelang tangan aku.
Aku terkedu.
“ Gelang ni. saya masih ingat gelang ni. awak setia pakai
sampai sekarang. That why saya kenal siapa awak Puteri Sarah Hana.”
Aku terkesima. Ya Allah. Kebetulan apa ni?
“ Daniel!”
Kami berdua menoleh ke belakang saat mendengar nama Daniel
dipanggil. Saat tengok si pemanggil. Aku tersenyum hambar.
“ Dia cari awak. Saya pergi dulu.”
Tak sempat aku nak berganjak, dia pegang kejap lengan aku.
Tak nak lepas. Muka tenang je.
“ Stay.” Ujarnya lantas tersenyum ke arah Liyana.
“ Yes Liyana?”
Liyana nampak terkejut melihat kami berdua. Tambah-tambah
lelaki idaman dia tengah memegang lengan aku. Aku Cuma mendiamkan diri.
“ What’s wrong?” Soalnya dekat Daniel.
“ Nothing. Why?”
Dia merenung aku tajam. Kenapa? Ada hutang?
“ Kau! Kau Sarah kan? Puteri Sarah?”
Aku terkedu. Tahu pula? Aku kerling Daniel. Dia Cuma
menganggukkan kepala tanda suruh mengaku. Biar orang depan aku ni sakit hati.
Huh!
“ Ya. Aku Puteri. Puteri Sarah Hana. Why?”
“ What?! Jadi kau model yang famous tu?!”
Tiba-tiba pula nak meroyan apa hal? Aku tahan tawa.
“ Daniel. Kenapa awak pegang lengan dia?”
“ Because she’s mine.”
Lagilah dia meroyan. Siap ternganga lagi. Aku pula dah
terlepas tawa. Kelakar tengok reaksi dia. Belum sempat aku nak bersuara lebih
lanjut, ada tiga orang lagi datang ke arah kami. Yang pasti dua orang tersebut
orang yang aku sangat kenali. Aku rasa nak lari daripada sini tapi Daniel
menghalang.
“ Sudah tiba masanya awak berdamai dengan ayah awak my dear.
Walau apa pun yang terjadi dia tetap ayah kandung awak.”
Aku mengetap bibir. Aku tengok ayah dan mak yang semakin
menghampiri kami. Rania mengekori daripada belakang.
“ Puteri?”
Aku tunduk menekur tanah. Tak nak bertentang mata dengan
mereka. Rasa marah dan sedih.
“ Sarah…” Daniel memanggilku lembut. Seraya memujuk agar
tidak berdiam diri.
Aku mengeluh kecil lantas bertentang mata dengan ayah
kandung aku sendiri.
“ Yes. Saya Puteri Sarah Hana binti Datok Kamaruzzaman.
Kenapa?”
Tiba-tiba ayah meluru ke arah aku lantas memeluk tubuhku.
Serentak itu pegangan Daniel terlepas. Daniel tersenyum melihat aku.
“ Ayah minta maaf sayang. Ayah tahu ayah banyak buat salah
dekat kamu. Abaikan kamu. Marah kamu. Even bukan salah kamu. Maafkan ayah
sayang. I’m wrong.”
Aku terkedu. Aku tak sangka aku akan dapat reaksi ayah macam
ni sekali. Aku diam tanpa bertindak apa pun. Selepas ayah leraikan pelukannya,
mak pula ambil giliran.
“ Mak pun minta maaf sayang. Mak tak patut dengar cakap
Liyana je even Liyana tu anak kandung mak. Maafkan mak. Mak dah mungkir janji
dekat arwah mama kamu untuk jaga kamu. Maafkan mak sayang.”
Okay. Mulalah aku rasa nak menangis semula. Mak pula
leraikan pelukan. Aku kesat air mata yang nak mengalir. Aku pandang mereka
berdua silih berganti.
“ Maafkan Sarah.”
Terus aku memeluk tubuh ayah dan mak. Salah aku juga sebab
kurang ajar dengan mereka. Hanya sebab nak memberontak.
“ Kami dah lama maafkan kamu sayang. Kita buka buku baru.
Buang yang keruh ambil yang jernih ye sayang.”
Aku tersenyum dalam tangisan. Alhamdulillah. Terima kasih Ya
Allah.
“ So, Daniel? Bila nak berlangsung?”
Soalan ayah membuatkan aku tertanya-tanya. Aku kerling
Daniel yang sudah tersengih itu. Minta penjelasan.
“ Belum lamar lagi pakcik.”
“ Jangan lambat-lambat. Nanti dirampas orang.”
Aku jadi terpinga-pinga. Apa maksud dorang ni? Oh! Aku baru
perasan wajah masam si Liyana ni. Aku tersenyum sinis.
“ Kau tak nak minta maaf dekat aku ke Liyana? Kau paling
banyak buat salah dekat aku?” Sindirku dengan senyuman sinis.
Sekarang semua orang tertumpu dekat dia seorang. Sampai dia
tak tentu arah jadinya.
“ A..apa aku pula? Huh! Tak nak! Dah lah kau rampas lelaki
idaman aku! Huh!”
Terus dia berlalu meninggalkan kami. Aku Cuma senyum pahit.
Biarlah dia.
“ Biar kami pujuk dia. Daniel. Cepat tau. Pakcik tunggu.”
Tinggallah aku dengan Daniel selepas mereka semua berlalu.
Jadi kekok pula aku rasakan.
“ Awak.”
Aku toleh ke arah dia dengan debaran menggila.
“ Will you marry me?”
Aku terkesima. Aku tengok kiri kanan. Oh God! Lamaran ke ni?
“ Puteri Sarah Hana?”
Aku menekup muka dan membuat anggukan. Malu tapi mahu.
Tolonglah Sarah. Haha.
“ Yes! Thanks dear.”
Thanks juga Daniel.
**
“ Huh!”
Dari tadi tak ada perkataan lain yang keluar daripada
bibirku selain perkataan tu. Sebab apa? Sebab aku letih. Asal tinggal aku
sorang-sorang kat sini? Yang lain semua dah hilang. Entah pergi mana. Katanya
kejap je keluar. Termasuk suami aku pergi angkut sekali. Dah lah tak bagi aku
tukar pakaian pengantin ni.
Tapi bila aku tengok diri aku balik. Aku tersengih. Tak
sangka aku dah sah jadi isteri kepada Tengku Daniel Razian. Dan gaun pengantin
ni merupakan gaun pertama yang aku pakai masa fashion wedding show sebelum ni.
direka khas dari Rania. Terima kasih Rania. Aku sayang kau.
But, kenapa tinggalkan aku seorang diri dalam bilik ni?
Panas! Nak salin pakaian tak bagi. Akhirnya aku Cuma buka tudung dan terbaring
lesu atas katil ni. Argh! Tidur dululah. Letih! Letih menunggu. Mujur majlis
resepsi dah selesai.
Aku ambil bantal dan mula memejamkan mata. Satu. Dua. Tiga.
Terus aku rasa mengantuk aku hilang bila terasa ada sentuhan pada kepalaku.
“ Sayang.”
Aku buka mata dengan perlahan-lahan. Ternyata suami
tersayang. Aku cepat bangun duduk dengan muka letih.
“ Pergi mana lama sangat? Letih lah.” Ngaduku lantas
betulkan rambut. Dengan gaun pengantin yang tebal ni. haish! Menyusahkan.
“ Sorry lambat. Abang hantar semua balik.”
Aku terbeliak.
“ habis? Siapa ada je dekat rumah kita sekarang ni?”
“ No one. Just us.”
Aku terdiam. Mana aci. Tak sempat nak jumpa.
“ Baru nak jumpa dorang.”
“ Esok ada lagi. Hari ni nak lepaskan rindu dengan isteri
tersayang.”
Okay. Aku dah rasa berdebar bila dia tiba-tiba pandang aku
semacam. Tubuh dia pula makin mendekat sampai aku tersandar dekat kepala katil.
“ Erk. Abang? What’s wrong?”
“ Jujur abang cakap. Sayang cantik sangat hari ni. Macam
malam tu. And I love you. Very much. Miss you so much.”
Aku tersenyum kecil.
“ Thanks. Thanks sebab sudi pilih Puteri and masih kenal
Puteri sampai sekarang.”
Dia tersenyum dan sedar tak sedar aku dah terbaring. Dia
pula duduk mengiring ke arah aku. Kepalaku diusap perlahan. Jarinya bermain
lembut dengan rambutku.
“ Allah panjangkan jodoh kita.”
“ Alhamdulillah.”
“ And tonight. Izinkan abang?”
Aku terteguk air liur saat bibirnya dah mendarat pada
leherku.
“ Thanks Tengku Daniel Razian. And yes. You can.”
Terus aku peluk dia bersama perasaan yang sukar untuk aku
ungkapkan. Mama. Sekarang anak mama dah bahagia. Terima kasih mama. Doakan
Sarah ye ma. I miss you.
~The End~
No comments :
Post a Comment