Omar memandang tuannya dengan penuh simpati. Dia tak tahu
bagaimana nasib tuannya nanti. Tambah-tambah selepas berjumpa dengan anak buah
yang dibencinya beberapa tahun yang lalu. Dia sendiri tak tahu apa yang sedang
tuannya berfikir saat ini. Dia sangat terkejut di saat menyuruh hantar tuannya
ke Malaysia. Tujuan? Mestilah nak berjumpa dengan anak buahnya itu.
Dulu dia sendiri berasa kasihan dan bersalah kerana terlibat
sekali dalam hal ini. Dia bersubahat dengan tuannya demi memusnahkan orang yang
bernama Izz Firas. Tapi, akhirnya Izz sendiri yang telah menyelamatkan tuannya
itu daripada mati.
“ Omar! Kita terus pergi ke rumah Fairus ye. Aku nak jumpa
dia.”
Arahan yang diberikan tuannya dipatuh dengan penuh hormat.
Dah hampir 10 tahun dia bekerja dengan tuannya. Jadi dia terlalu kenal sangat
sikap sebenar tuannya itu. Dari dalaman mahupun luarannya.
“ Tuan… Kenapa tuan nak jumpa mereka? Sedangkan tuan dah
benci sangat dekat mereka. Tuan juga kata selepas tuan berjaya hapuskan Izz tu
tuan sendiri akan keluar negara dan takkan jejak kaki ke sini lagi. Tapi
sekarang?”
Terbit senyuman hambar pada orang yang bernama Fazli itu.
Kata-kata Omar memang benar.
“ A..aku manusia biasa juga. Aku dah menyesal Omar. Aku rasa
aku perlu minta maaf dan jelaskan perkara yang sebenar pada keluarga Izz tu. Aku
tahu dia banyak terseksa sebelum ni. Aku juga nak ucapkan terima kasih. Kalau
bukan dia, aku takkan hidup lagi. Walaupun hanya lumpuh namun itu tak pernah
patahkan semangat aku untuk berjumpa dengan mereka lagi.” Jelas Fazli dengan penuh perasaan sebak.
Omar yang mendengar tersenyum kecil. Baguslah kalau tuannya
dah sedar.
“ Alhamdulilah. Baguslah kalau tuan dah sedar kesilapan
tuan. Kesian juga dekat budak Izz tu. Dia tak bersalah pun.”
“ Aku tahu. Aku nak minta maaflah ni. Aku sanggup merayu-rayu
asalkan dia memaafkan aku.”
Fazli memandang jauh ke luar tingkap kereta. Matanya
berkaca-kaca saat teringat tuduhan yang dia lemparkan pada Izz beberapa tahun
yang lalu. Yang pasti hati dia sakit bila mengingatkan soal itu. Kalaulah masa
boleh diputarkan. Dia pasti takkan melakukan semua itu hanya untuk kepentingan
diri sendiri.
**
Izz memandang sepi ke arah Zahirin yang tengah tidur itu.
Baru saja terlelap si Zahirin tu selepas umi beri susu. Sebenarnya tak sampai 2
jam Izz berada dekat pejabat. Dia terus balik semula ke rumah Alif. Entahlah!
Dia rasa tak tenang. Macam akan ada sesuatu yang berlaku kepada dia sebentar
lagi. Tapi apa?
“ Izz?” Teguran Umi membuatkan dia terkejut.
“ Eh? Umi..”
Izz mendongak ke arah Umi dengan senyuman hambar. Nampak
sangat senyuman dia yang hambar itu. Sebab tak macam selalu. Umi yang melihat
rasa hairan. Izz nampak macam sedang dilanda masalah.
“ Kamu ada masalah ke ni? Cuba cerita dekat Umi.” Suruh Umi
lalu duduk di sisi Izz. Perlahan-lahan Umi mengusap kepala Izz yang macam
berserabut itu.
Izz hanya mendiamkan dirinya. Tak mungkin dia nak beritahu
umi fasal abang ipar umi itu. Pasti Umi akan mengamuk dan ingat balik soal
kejadian itu. Dia takut kalau Umi dapat tahu perkara yang sebenar disebalik
tuduhan itu.
“ Tak ada apa-apa lah Umi. Izz penat sikit.” Bohong Izz lalu
menoleh ke arah pintu.
Umi terdiam. Dia turut dapat rasakan yang Izz seperti
merahsiakan sesuatu daripadanya.
Izz hanya mendiamkan diri. Dia tak tahu nak cakap macam mana
pada Umi. Dia rasa dia patut rahsiakan hal ini sampai bila-bila. Dia tahu kalau
dia cakap balik soal itu pasti Umi takkan percaya. Pasti dia akan dituduh
sekali lagi. Dia tak sanggup. Cukuplah dulu Umi menangis kerana dia. Mujurlah
ayah dia sendiri masih percayakan dia Cuma ayah dia tak nak tunjuk. Lagipun
ayah dia tahu pasti pakciknya itu ada muslihat tersendiri. Jadi ayah dia
terpaksa berpura-pura marah terhadap Izz.
Kring! Kring! Kring!
Telefon rumah yang berbunyi itu mengejutkan Izz daripada
lamunan panjangnya. Umi yang berada di sebelahnya pantas bangun dan menjawab
panggilan tersebut. Alif dan Farah dah lama beredar ke pasar. Nak cari barang
katanya. Zahra tengah tidur sebab penat. Hanya Izz dan Umi yang jaga rumah
mereka kini.
“ Helo.”
Izz terus berbaring di atas sofa dengan perasaan yang
berkecamuk. Biarlah umi yang bercakap dengan tuan yang menelefon itu.
“ Ya.. Baik. Nanti Umi beritahu dia.”
Umi meletakkan gagang telefon selepas bercakap. Ingatkan
siapala tadi. Rupanya Alif.
“ Izz.. Alif suruh kamu pergi ke pekan. Katanya ada kawan
nak jumpa kamu.” Maklum Umi lembut.
Izz yang sedap berbaring itu terus bangun duduk. Kawan?
Siapa pula kawan aku ni. setahu aku kawan yang aku ada Daus dan Alif je pun.
“ Itu je ke yang dia cakap Umi?” Soal Izz pinta kepastian.
“ Haah. Pergilah. Dia tengah tunggu kamu dekat sana. Biar
Umi yang jaga rumah dan orang dalam rumah ni. Kamu jangan risau.”
Izz tidak membalas kata-katanya uminya malah naik ke tingkat
satu. Dia rasa dia nak jumpa Zahra sebelum dia keluar. Entah kenapa dia rasakan
Zahra mampu memberikan dia semangat.
Umi yang melihat Izz hanya membiarkan. Dia tahu Izz sedang
mengalami masalah. Dia tak patut bebankan Izz lagi.
Izz menghampiri pintu bilik Zahra dengan perasaan yang
berdebar-debar. Hatinya jadi ragu-ragu. Nak ketuk atau tak pintu bilik Zahra.
Kalau ketuk takut mengganggu. Kalau tak ketuk aku pula yang merana. Eceh!
Tok! Tok! Tok!
Akhirnya dengan kudrat yang ada, Izz mengetuk juga pintu
bilik Zahra. Berharap Zahra akan membuka pintu biliknya. Dan penantiannya
selama 1 minit berjaya. Terpampang wajah Zahra yang tersenyum ke arahnya saat
membuka pintu. Wajah Zahra yang manis bertudung itu ditatapnya sebelum
tersenyum.
“ Eh? Awak. Ada apa ni?” Zahra rasa terkejut. Ingatkan Umi
yang ketuk pintu biliknya. Rupanya Izz sendiri.
“ Tak ada apa-apa. Saya Cuma nak tengok wajah awak. Boleh
kan?” Soal Izz dengan bersahaja.
Zahra tunduk. Rasa malu menyelinap dalam hati. Malu apabila
dipandang dengan begitu dekat.
“ Saya juga nak pinjam kekuatan awak. Boleh kan?” Sekali
lagi Izz menyoal. Bila tengok je Zahra. Automatik senyumannya bakal terukir.
Tanpa sempat ditahan.
Zahra mendongak. Kekuatan? Adakah dia sedang dilanda
masalah?
“ Awak okey ke? Awak ada masalah?” Giliran Zahra pula untuk
menyoal.
“ Tak. Saya okey. Baiklah.. Saya rasa kekuatan saya dah cukup.
Saya kena pergi dulu. Saya harap esok kita akan berjumpa lagi. See you tomorrow
dear….”
Izz pantas turun selepas berjaya mengenyitkan matanya ke
arah Zahra. Sengaja dia buat Zahra tak tentu arah. Zahra pula terpegun. Tiba-tiba
je Izz buat macam tu. Tapi akhirnya dia tersenyum. Ada-ada je Izz ni.
Apabila Izz turun je ke kaki tangga terakhir. Hatinya
tiba-tiba rasa tak sedap hati. Hilang terus semangatnya yang tinggi sebentar
tadi.
‘ Kenapa ni? siapa yang bakal aku jumpa sekejap lagi?’
Tapi Izz terus abaikan perasaan itu. Dia tahu, mahu tak mahu
dia kena juga hadapi perkara ini. Tak apa. Allah ada.
**
Prang!!!
Bunyi gelas yang pecah itu mengejutkan Eslina daripada
tidur. Bunyi itu sangat hampir dengannya. Apabila dia membuka mata, dia
terkejut melihat Syazwan yang sedang terkulai layu di lantai.
“ Ya Allah abang!”
Eslina pantas meluru ke arah Syazwan dengan penuh perasaan
cemas. Syazwan sudah pengsan dan tak sedarkan diri.
‘ Apa patut aku buat ni?”
Syazwan yang sedang terlantar itu dipandangnya dengan penuh
perasaan hiba. Hatinya terasa sebak. Bermacam-macam perasaan yang dia rasakan
sekarang. Yang dia tahu dia nak Syazwan sembuh. Itu je. selepas Syazwan pengsan
tadi. Mujurlah kawan Syazwan datang dan bantu mereka berdua ke hospital.
Eslina terduduk pada kerusi yang disediakan. Air matanya
yang ditahan tadi akhirnya mengalir. Dia dah tak kuat untuk terus berlagak
tabah. Sedangkan hatinya merintih saat mengingatkan kesakitan yang sedang
dialami Syazwan. Makin teruk.
‘ Ya Allah. Sembuhkanlah suami aku. Berilah dia peluang
untuk hidup. Berilah dia peluang untuk menebus dosa-dosanya yang lalu. Aku nak
dia kenal Kamu Ya Allah.’
Tiba-tiba bahunya disentuh lembut. Cepat-cepat Eslina
mengesat air matanya. Saat dia menoleh, dia hanya mampu tersenyum pahit.
“ Jangan risau. Dia pasti takkan ada apa-apa. percayalah..”
Lembut Hairul menasihati Eslina. Hairul yang merupakan sahabat Syazwan hanya
mampu memberikan nasihat. Dia sendiri tak menyangka yang Syazwan menderita
sakit macam ni. Dia sama sekali tak sangka.
“ Tapi penyakitnya dah sampai tahap bahaya Rul. Aku takut
kalau dia tak sempat nak minta maaf dekat akak Zahra. Aku harap sangat dia
dapat buang kebenciannya pada akak Zahra. Aku rasa menyesal dan ingin meminta
maaf pada akak Zahra. Tapi akak Zahra benci sangat dengan kami. Apa patut aku
buat Rul?”
Merah mata Eslina saat melihat Hairul. Terhambur keluhan
kecil dari mulut Hairul. Dia duduk di sisi Eslina dengan senyuman kecil.
matanya terarah pula pada Syazwan yang masih tidak sedarkan diri itu.
“ Aku percaya dia akan menyesal Es. Aku kenal dia. Walaupun
luaran dia nampak macam tu. Tapi hati dia baik Es. Aku dah kenal sangat dengan
dia. Cuma aku kesal sebab aku tak bawa dia ke Kuantan 5 tahun lalu. Kalau tak
semuanya takkan jadi macam ni. aku datang tadi pun sebab nak beritahu dia yang
mak kandung dia dah meninggal.”
Eslina yang mendengar perkhabaran itu terkejut besar. Sekali
lagi air matanya mengalir laju.
“ Mak? Tapi dia kata dia anak yatim piatu.” Eslina rasa dia
dah tak mampu nak terima lagi kejutan besar daripada sesiapa pun.
Hairul tunduk memandang lantai. Dia menggelengkan kepalanya
perlahan. Tak sangka sampai macam tu sekali Syazwan.
“ Sebenarnya Es. Lima tahun yang lalu, mak kandung dia halau
dia dari rumah. Kebetulan juga masa tu aku dapat sambung belajar dekat Kuantan.
Jadi aku tak dapat bantu dia. Aku hanya dapat tenteramkan hati dia supaya
bersabar. Tapi tak sangka pula yang dia dah berubah seratus peratus.”
Dengan tenang Hairul menceritakan perkara yang sebenar pada
Eslina. Eslina isteri Syazwan. Jadi Eslina patut tahu semua itu. Syazwan tu kan
suaminya?
“ Mak dia halau? Kenapa?” Eslina masih belum dapat cerna
semuanya.
“ Sebab mak dia nampak Syazwan keluar berfoya-foya pada
waktu malam. Aku dah lama tahu Cuma aku tak sangka mak dia juga dapat tahu. Puas
aku nasihatkan dia. Tapi dia tak nak dengar. Akhirnya inilah jadinya.”
Eslina terkedu. Tak berkelip matanya melihat Hairul yang
kelihatan sedih itu.
“ Dan.. tak sangka pula sebelum dia kahwin dengan kau. Dia dah
kahwin dengan orang yang bernama Zahra. Tapi kenapa sampai bercerai? Aku tak
faham Es.”
Terus Hairul memandang tajam ke arah Eslina. Eslina yang
melihat terteguk air liur. Takkan dia nak beritahu ini salah dia. Semuanya berpunca
daripada dia. Ya Allah. Apa patut aku buat sekarang ni? semuanya bakal
terbongkar juga.
“ Kau percaya tak kalau aku cakap semuanya berpunca dari aku
dan Syazwan sendiri?” Dengan takut-takut Eslina menyoal Hairul.
Hairul masih memandang tajam ke arah Eslina. Sengaja buat
Eslina serba salah. Sedangkan dia dah tahu hal ini lebih awal lagi. Mana dia
tahu? Mestilah upah penyiasat. Kalau tidak sampai saat ini dia mesti takkan
tahu Syazwan duduk dan tinggal dengan siapa.
“ Explain please?”
Eslina mengetap bibir kuat. Sedaya upaya dia menahan diri
daripada menitiskan air mata.
“ Ya. Semuanya kerana aku. Aku yang menghancurkan rumah
tangga diorang. Tapi sebelum Syazwan kenal dan rapat dengan aku. Dia ada kata
dia dah muak dengan akak Zahra. Dia kata akak Zahra dah tak berguna pada dia. Dia
juga ada kata yang akak Zahra sekarang ni berlagak alim.”
Hairul tersentak. Takkan lah dia tak suka kalau Zahra tu dah
berubah? Lagipun itu kan ciri-ciri idaman lelaki yang ingin mencari isteri? Aku
tak fahamlah dengan kau Syazwan.
“ Apa yang kau dah buat sampai mereka berpisah?” Soal Hairul
lagi.
“ Aku dan Syazwan ditangkap khalwat. Dan pada masa tu
jugalah dia ceraikan akak Zahra tanpa rasa belas kasihan. Tapi buat masa ini
mereka masih lagi suami isteri.”
Air mata Eslina mengalir juga akhirnya. Dia sendiri tak kuat
saat ceritakan semua tu.
“ Macam mana pula tu?” jelas kerutan pada dahi Hairul.
“ Akak Zahra sedang mengandungkan anak Syazwan. Tapi Syazwan
tak mengaku anak tu anak dia.”
Terdengar Hairul beristighfar. Dadanya diurut perlahan.
‘ Ya Allah Syazwan! Kenapa kau kejam sangat?’
“ Maafkan aku. Kalau bukan kerana aku. Semuanya takkan jadi
macam ni.”
Kedengaran tangisan daripada mulut Eslina. Dia menangis
semahu-mahunya selepas menceritakan perkara yang sebenar pada Hairul. Hairul
hanya mendiamkan diri. Dia sendiri tak dapat berfikir saat ini. apa yang perlu
buat agar Syazwan terima anak kandungnya itu? Dan apa yang patut dia lakukan
agar dia dapat jumpa dengan insan yang bernama Zahra itu.
“ Dahlah. Tak guna kau salahkan diri kau. Semuanya dah
berlalu pun. Mungkin Zahra pun dah bahagia sekarang ni.” Tenang Hairul berkata.
Dia tak mahu Eslina terus-terus menyalahkan dirinya.
“ Sekarang.. apa yang perlu kita fikirkan adalah fasal Syazwan.
Dengar kata dia dah tenat sekarang ni.” Sambung Hairul lagi.
“ Doktor yang kata. Tapi doktor sendiri tak dapat jangka
sampai bila Syazwan bakal bertahan. Lagipun ajal dan maut semuanya di tangan
Allah.” Jelas Eslina sambil mengesat air matanya daripada terus mengalir.
Hairul bangun dan mendekati Syazwan yang sedang terlantar
itu. Dia dekatkan mulut pada telinga Syazwan. Dia berharap Syazwan dapat dengar
kata-katanya itu.
“ Wan.. Aku tahu kau kuat. Aku Hairul. Aku datang sebab nak
bantu kau. Kau harus kuatkan semangat Wan. Aku janji aku akan setia temani kau
selepas ni.”
Dan tanpa mereka sedari, jari kiri Syazwan tergerak sedikit.
Walaupun Syazwan tak sedar. Tapi dia dapat dengar segala-galanya daripada mulut
Hairul dan Eslina itu.
**
‘Perempuan yang saya maksudkan tu adalah ZAHRA UMAIRAH. Saya
tak tahu lah awak kenal ataupun tak.
Yang saya tahu saya rasa dah terpikat dekat nama perempuan tu. Tapi saya sedar
saya masih belum berhak ke atasnya.’
Tiba-tiba sahaja Zahra teringat isi kandungan surat yang
pernah diberi Izz 3 bulan yang lalu. Malah dia masih simpan surat itu kemas
dalam laci almarinya itu. Dia sendiri tak pernah membuang surat itu. Namun, dia
sendiri akur yang dia masih belum layak mencintai seorang insan yang bernama
lelaki. Lagipun dia masih isteri Syazwan yang sah.
Zahra mendegus geram. Sebut saja fasal Syazwan. Hatinya membara.
Tambah-tambah panggilan telefon yang dia dapat pada pagi tadi. Entah kenapa
Eslina menelefonnya. Nak cari nahas ke nak buat dia sakit hati?
Ah! Bagi Zahra. Itu semua dah tak penting. Yang penting sekarang
ini. dia dapat lahirkan anaknya dengan selamat. Itu yang dia harapkan sekarang.
Apa nak jadi-jadi lah. Anaknya yang harus diutamakan sekarang.
Zahra kembali masuk ke dalam bilik setelah berada lama di
balkoni luar bilik. Dia berasa sejuk tiba-tiba. Memandangkan kandungannya
hampir mencecah 6 bulan. Dia perlu lebih berhati-hati. Lagipun dia keseorangan.
Tiada sesiapa yang bakal menjaganya sebagai seorang suami. Alif? Takkan asyik
nak harapkan dia je? Dia perlu jaga Farah. Farah isterinya. Izz? Buat apa?
lainlah Izz tu halal bagi dia.
Zahra tersedar. Yang halal? Terbit senyuman kecil pada bibir
Zahra. Macam mana pula yang boleh terfikir sampai ke situ pula ni. ni mesti Izz
tak habis-habis nak tarik perhatian dia. Izz..Izz..
Tok! Tok! Tok!
Pintu biliknya diketuk beberapa kali. Zahra mempercepatkan
langkahnya ke arah pintu. Sebaik sahaja dia membuka pintu. Dia dapat lihat
wajah Umi yang sedang tersenyum itu.
“ Ada apa Umi?” Soal Zahra lembut.
“ Ada orang telefon. Katanya nak cakap dengan kamu. Pergilah
turun.” Maklum Umi.
Zahra hanya mengangguk. Dia turun sambil dipimpin Umi. Begitu
susah dia nak berjalan dengan pantas buat masa ini. yalah. Dah nama pun orang
mengandung kan? jadi semuanya jadi seperti tersekat.
“ Helo.”
Zahra menjawab panggilan telefon dengan hati yang tenang. Umi
sudah berlalu ke dapur. Katanya nak masak sikit untuk Zahra.
“ helo. Adakah saya sedang bercakap dengan Puan Zahra?”
Zahra tersentak. Lelaki? Siapa pula ni?
“ ya saya. Boleh saya tahu saya sedang bercakap dengan
siapa?”
“ Maaf kerana saya tak sempat nak perkenalkan diri saya. Saya
Hairul. Kawan baik Syazwan.”
Hampir terlepas telefon daripada genggamannya itu. Lagi-lagi
Syazwan. Lagi-lagi Syazwan. Apa dah tak ada nama lain ke yang dia boleh dengar?
“ Tolonglah! Saya dah tak ada apa-apa lagi hubungan
dengannya. Saya juga dah tak mahu berhubungan atau ambil tahu sebarang urusan
dengan dia. Pleaselah.” Rayuan Zahra membuatkan Hairul jatuh simpati.
“ Bukan. Saya bukan nak susahkan Puan Zahra. Cuma saya rasa
awak perlu tahu hal ini.”
Zahra terdiam. Bunyi macam penting sangat.
“ Apa?”
“ Syazwan tengah tenat sekarang. Saya harap awak dapat
datang ke hospital.”
“ What?!”
Zahra meraup mukanya perlahan. Sakit tenat? Apa ni?
“ Maksud awak? saya tak faham.” Suara Zahra kembali kendur.
“ Awak akan tahu jika awak datang ke hospital. Awak akan
tahu segala-galanya saat awak jumpa dengan dia.”
Zahra terdiam. Sakit? Syazwan sakit? Sakit apa? Argh!
waa x sabaq nak entry baru!!
ReplyDeleteComing soon.. Just wait.. :)
Delete