Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Wednesday 6 March 2013

Cinta Bersatu (8)

                                                 (Cover baru.. Suka tak? Ehek!!)

Selepas family aku bergerak ke Australia semalam. AKu telah berpindah ke rumah Anuar. PAgi ini aku meneruskan kehidupan seperti biasa. Aku akan hadiri ke kolej seperti biasa. Cuma yang berlainannya, aku akan pergi bersama dengan Anuar.

Ini pun atas arahan dia. Kalau aku bantah, aku nak naik apa. Kereta aku berada di rumah mama. Mama pun tidak benarkan aku memandu seorang diri dari rumah Anuar ni ke kolej. Bahaya katanya. Alasanlah.

Tapi apa-apa pun, aku kena habiskan  pengajian aku dengan cemerlang. Aku tak nak hampakan diri aku dan keluarga. Aku tahu sebelum ni aku jadi malas belajar dan selalu nak bermain-main. Tapi selepas melihat kesungguhan Badrul dan kekasih hatinya Izah.

AKu teringin nak berubah. Tak banyak sikit pun jadilah kan. Hurmm..

Dan buat pertama kali dalam hidup, aku bangun awal. Seawal 6 pagi aku bangun bagi menyiapkan sarapan. Walaupun tidak tidur sebilik dengan dia. TApi aku tetap isteri dia. Aku mesti jalankan tugas.

" Masak apa tu?"

Aku tersentak. Dia ni suka buat aku terkejut. Nasib sudip yang aku pegang ni tak jatuh. HUH!

" Masak nasi goreng." balasku.

Jangan pandang rendah ya. Walaupun rumah aku ada orang gaji. Tapi sekali sekala aku masuk dapur juga. Itu pun tanpa pengetahuan mama. Mama bukan boleh kalau aku masuk dapur. Takut kulit melecur la apa lah. Ini pun aku belajar daripada orang gaji aku.

" Sedapnya bau.."

Dia datang menghamipiriku. AKu hanya tersenyum.

" Awak pergi duduk di depan. Nanti saya bawakan nasi goreng ni ke hadapan." suruhku.

" Okey sayang.." Meremang bulu roma aku dengar perkataan tu. Ergh!

BAu nasi sudah menusuk ke hidungku. Sedapnya bau!

Selepas mencedok ke dalam pinggang, aku terus membawa ke hadapan. Kelihatan Anuar sudah bersedia di meja makan.

" NAh..kalau tak sedap jangan komplen." ujarku bersahaja.

" Baik puan. MEsti sedap kan?"

Aku hanya menjongket bahu. Aku terus menyuap nasi ke dalam mulut selepas ucapan bismillah. NYuM! Sedapnya.

" Sedap!!" Terkejut aku dengar jeritan dia.

" Yang awak ni kenapa? Jerit-jerit. Diam sudahlah." ujarku tak puas hati.

Dia tersengih. " sedap sangat. Ini baru isteri mithali."

" Werk!" Geli aku dengar.

" Sudahlah. Cepat makan lepas tu hantar saya ke kolej."

Belum sempat aku ingin beredar ke dapur, tanganku dicapainya.

" Terima kasih..." ucapnya bersama senyuman. Aku membalas senyumannya tapi dalam hati.

' sama-sama.'

****

" Tak usah datang ambil saya nanti. Saya mungkin balik lambat." maklumku kepadanya sebelum keluar daripada kereta.

" Kenapa?" soalnya pelik.

" Ada kerja. Pergi dulu."

Pantas aku keluar daripada kereta. Aku tersenyum ke arahnya sebelum masuk ke dalam kolej. Tak ada kerja nak tunggu sampai kereta dia beredar. Mahu orang tengok naya lah. Dalam kolej ni tiada siapa pun yang tahu aku sudah berkahwin kecuali Badrul dan Izah.

" Hai pengantin baru." Aku tersentak.

Badrul tersengih kerang busuk ke arahku. Lengannya ku pukul dengan beg. Puas hatiku.

" asal ni?" soalnya sambil menggosok lengannya.

" Boleh tak jangan guna perkataan 'pengantin baru tu'. Nanti orang dengarlah. Lagipun gelilah aku dengar. Tak rasa yang aku ni dah berkahwin pun." ujarku lalu meneruskan langkah.

" haha..okey apa. Kawan aku ni dah naik pangkat dah sekarang. Dah jadi Puan."

Aku mengetap bibir. Dia ni memang nak kena dengan aku.

" Lebih baik kau diam sebelum aku pukul kau lagi." ugutku dengan geram.

Dia masih tertawa. AKu juga sempat perasan yang Izah baru beredar dari satu tempat. Takkan dia salah faham. Tapi aku tak buat apa-apa pun.

" Woih.. sudah-sudahlah tu. Nanti buah hati kau lari pula." ujarku.

Ketawa Badrul mati. Dia menatapku pelik.

" Kenapa?" Aku mengeluh kecil.

" Tadi Izah macam nak ke sini. Tapi tak tahu kenapa dia pergi begitu saja. Kau lah ni. Hati dia tak jaga langsung." jelasku.

Badrul menilik jam. Tiba-tiba dahinya ditampar perlahan.

" Pe hal kau ni?" soalku aneh.

" Weh..patutlah dia marah. Aku rasa dia merajuk tu." Aku tertawa kecil.

" Jadi pergilah pujuk. Kau ni pun.."

" Okey.. Aku pergi dulu. Jumpa dalam kelas." Terus dia beredar.

Aku tergeleng-geleng melihat sikap Badrul. Nama saja dah ada buah hati tapi sikap tak berubah juga. Apa da..

Sudahlah. Masuk kelas lagi bagus.

****
" You must finish this assigment quikcly. No more excuse. Understand?"

" Yes."

' aku inginkan dirimu..'

Huishh..Kus semangat. Siapa yang tiba-tiba call ni. Dahlah dalam kelas.

Pantas panggilan dijawab.

" Helo.." ucapku perlahan. Takut prof perasan. Mujur dah nak habis dah kelas.

" Dee.. kenapa slow sangat suara."

Eii!! Dia ni rupanya. Kalau lah dia ada dihadapan aku sekarang. Mau aku tenyeh muka dia. Urgh!

" Dee dalam kelas lah. Kenapa?" soalku.

Badrul di sebelah melihatku pelik. Aku hanya tersengih.

" Nanti Dee balik pukul berapa?" Aku tengok jam.

" Entah. TAk pasti. Kenapa?"

" Saya datang jemput."

"Tak usahlah. Mungkin petang baru saya sampai. Awak tak usah sibuklah. Saya kena letak dulu ni. Nanti jumpa di rumah. Bye!"

Terus talian dimatikan. Fuh! Lega! Kalau kena tangkap tak ke naya..

" siapa?" soal Badrul.

" Siapa lagi kalau bukan laki tu." Badrul tergelak kecil. Aku hanya buat tak tahu je.

" Okey class! Sampai sini saja kelas kita. Pastikan kerja tu hantar seperti yang ditetapkan."

" Yes Prof!"

Akhirnya. Kelas berakhir juga. Perut aku dah lapar ni. Lain macam je bunyinyer.

" Kau nak pergi mana selepas ni?" soal Badrul.

" Makanlah. Dah lapar sangat ni."

" Selepas tu? Kau ada kelas lagi ke?"

" Tak ada. Aku nak pergi satu tempat jap. Sorrylah sebab aku tak dapat join korang. Ada hallah." ujarku.

" No problemlah. Kita jumpa esok je lah."

Aku mengangguk. Pantas barang dikemaskan dan dimasukkan ke dalam beg. Aku perlu cepat. Dah lama aku tidak ke situ. Aku takut kalau makanan tu dah habis. Cepat!

' aku ingkan dirimu, datang dan temui aku.'

Urgh! Siapa pula ni. Telefon bimbitku yang berada dikocek dikeluarkan. Skrin telefon ditatap. Dia ni lagi.

" Ada apa lagi?" soalku malas. Aku juga percepatkan langkah agar tidak ketinggalan bas.

" Saya ada didepan kolej awak ni."

Langkahku terhenti. Jam ditilik. Pukul 2 petang. Kenapa dia boleh berada di kolej aku ni. Tak kerja ke.

" Buat apa awak kat sini. Kan saya dah kata jangan jemput. Awak kan kerja?"

" Saya tunggu awak. Awak datang sini."

Urgh! Aku bengang lah dengan mamat ni. Eii!! Ya Allah..

" yelah.."

Telefon kembali dimasukkan ke dalam kocek. Alahai! Terlepas lagilah aku nak ke situ. Dah lama aku tidak ke situ. Melepas lagilah hari ini. Huhu.

Dengan malas dan muka monyok aku melangkah ke kereta  Anuar. Sabar Dee. Kau kena sabar. Esok kan ada lagi.

" Asal monyok je muka tu?" soalnya ketika aku berada dihadapan dia.

Aku menjelingnya tajam. Kaulah ni.

" Tak ada apalah. Jom balik." Pintu kereta ku buka perlahan.

" Jap.. lebih baik awak beritahu saya kenapa muka awak monyok je ni. TAk sukakah kalau suami datang jemput." Dia menatapku serius.

Aku membalas pandangannya.

" Bukan tak suka tapi awak datang pada waktu yang tak sesuai." Balasku bersahaja.

" Kenapa? Awak ada kerja nak buat ke atau awak nak ke mana-mana?"

Ha! Aku dapat idea. Apa kata aku minta tolong dia hantar aku dekat situ. Sempat lagi ni. Kedai tu tutup pukul 3. Kalau dari sini ke sana lebih kurang setengah jam. Bolehlah tu.

" Awak..boleh awak bawa saya ke satu tempat tak?" soalku sambil tersenyum.

" Ke mana?" Aku dah jadi teruja ni.

" Pergi makan bakso."

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers