Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 6 September 2013

Sesuci Kasihmu 5

Assalamualaikum semua....
Dah dua minggu saya tak masuk ke sini dn upload cite. Ini pun saya curi masa. Lagipun exam blum selesai. Masih ada 1 week. Hehe... Agak2 korang rindu tak nak tahu smbungan cerita ni? Eleh.. Mcm org rindu sgt kan?  Oklah. Ini dia bab 5. Selamat membaca. ^___^





Wajah Zahra direnung Farah dari jauh. Tiada lagi senyuman yang terukir pada bibir Zahra. Tiada lagi wajah ceria dan mengusik padanya. Dan tiada lagi bicara kelakar daripada Zahra. Semuanya macam terhapus begitu saja.


Farah mengeluh kecil. Kasihan kakak aku. Dia dah cukup menderita selama ini. Tambah pula dia tengah mengandung. Macam mana dia nak hadapi semua itu seorang diri? Ya Allah. Tabahkan hati akak aku supaya dia kuat tempuhi semua itu.


Tiba-tiba bahunya disentuh perlahan. Farah menoleh ke kiri. Ternyata Alif.


“ Abang.. Kasihan saya tengok akak tu. Dah dua hari semenjak peristiwa tu dia jadi macam ni. Tak lalu  makan, tak bercakap dan asyik termenung je. Kesian saya tengok dia bang.” Luah Farah sayu.


Alif mendiamkan diri. Dia turut berasa kasihan melihat keadaan akak iparnya. Sepanjang dia bersama dengan Farah dan bersama Zahra. Tidak pernah sekalipun dia melihat keadaan Zahra macam ni. Kalau ada pun, Zahra masih mampu tersenyum. Tapi kini? Semuanya sudah tiada. Zahra bagaikan mayat hidup.


“ Apa patut kita buat bang?” Farah menyoal. Mata Alif direnungnya dalam. Berharap Alif faham perasaan dia.


“ Kita patut bantu akak. Akak perlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih. Farah kena cuba juga bercakap dan buat dia tersenyum kembali. Semua ini juga demi kebaikan anak dalam kandungan tu. Abang takut kemurungan akak akan menyebabkan anak dalam kandungan tu dapat padah.”


Alif menyuarakan kerisauannya terhadap Farah. Farah yang mendengar terdiam. Betul juga apa abang kata tu. Aku patut cuba. Aku patut bawa akak keluar daripada peristiwa pahit itu. Akak kena mulakan hidup yang baru.


“ Abang. Patutkah kita bawa akak balik ke rumah makcik abang? Sekurang-kurangnya bila di sana, akak dapat tenangkan fikiran. Akak juga takkan teringat akan benda tu bila berada dekat KL ni.”


Farah memberi cadangan. Rumah makcik Alif yang paling sesuai sebab rumah makciknya berada dipedalaman kampung. Sangat dalam. Dan tempat itu sangat indah apabila menjelang waktu senja.


“ Hurmm.. Abang setuju. Tak apa. nanti abang telefon makcik dan beritahu dia kita nak pergi sana.”


Alif setuju dengan cadangan Farah. Itu salah satu cara untuk kembalikan senyuman Zahra. Harap-harap berjaya.


“ Abang. Saya nak pergi cakap sikit dengan akak. Abang kalau lapar, saya dah hidangkan nasi dekat dapur. Abang pergilah.”


Alif hanya mengangguk lalu tersenyum. Sempat lagi kepala Farah diusapnya. Walau apa pun yang terjadi, abang takkan tinggalkan Farah. Abang sayangkan Farah.


Farah mendekati Zahra yang sedang leka memandang ke luar tingkap. Entah apa yang menariknya pun dia tak tahu.


“ Akak..” Farah memanggil dengan lembut.


Zahra yang menyedari kehadiran Farah tersenyum kelat.


“ Akak.. akak okey ke?”


Zahra hanya mendiamkan diri. Farah yang melihat berasa sedih. Ya Allah. Sembuhkanlah akak aku. Bantulah dia dalam melupakan peristiwa itu. Aku sedih tengok dia macam ni.


“ Akak.. Sudahlah. Perkara tu dah lepas pun. Akak tak patut buat macam ni. Sedih macam kematian suami ni. Sedangkan dia yang tinggalkan akak. Akak sama sekali tak salah. Tapi dia? Dia yang sudah khianati dan curang dengan akak. Akak sepatutnya tak layak ingat lagi tentang dia. Dia seorang lelaki yang tak patut diingati atau dihormati langsung.”


Farah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Zahra yang masih teringat akan abang Syazwan.


“ Adik… akak bukan apa. Akak Cuma tak faham. Kenapa selepas akak berubah, dia berubah? Salahkah kalau akak kembali ke pangkal jalan? Bukankah ini yang diingini suami? Akak kesal dengan diri akak yang dulu. Aku terus setuju untuk berkahwin dengan dia. Sedangkan dia? Dia hanya inginkan duit dan hanya untuk keseronokan semata-mata. Kenapa akak tak sedar ye semua tu? Kenapa?”


Air matanya tumpah lagi buat sekalian kalinya. Dalam dua hari ni, dia tak pernah berhenti daripada mengalirkan air mata. Farah yang melihat keadaan akaknya itu makin sedih. Dia turut dapat rasakan penderitaan Zahra.


“ Akak..akak…”


Zahra tunduk sambil menangis. Bahunya terhinggut-hinggut gara-gara menangis. Farah di sebelah pantas mengusap belakang Zahra.


“ Sabar kak. Sabar.. Semua manusia pernah melakukan kesilapan kak. Termasuk adik. Akak tahu tak, Allah sayang kepada hamba yang telah menyesali atau insaf dan kembali bertaubat kepadanya. Akak cukup bertuah kerana akak adalah insan terpilih untuk mendapat hidayah Allah. Akak patut bersyukur kerana terlepas daripada abang Syazwan. Adik yakin Allah nak pertemukan akak dengan jodoh akak yang sebenar. Percayalah..”


Farah memberikan nasihat kepada Zahra agar Zahra tidak terus menyalahkan dirinya. Zahra tidak bersalah sama sekali. Malah Zahra sangat beruntung.


Zahra terus memeluk Farah. Dia berasa selamat apabila berada di samping Farah.


“ Sabar ye kak. Adik pasti abang Syazwan tu akan dapat hukuman yang setimpal suatu hari nanti. Percayalah…”


Zahra hanya mengangguk. Air matanya mengalir lagi. Ya Allah. Berilah aku kekuatan. Sungguh aku tak mampu untuk menerima dugaanMu yang terlalu berat ini. Tapi aku tahu, ini salah satu ujian untukku.


“ Akak..” Farah meleraikan pelukan. Wajah sugul Zahra ditelusnya lembut. Selepas itu, dia memberikan senyuman yang paling manis buat Zahra.


“ nanti kita pergi rumah makcik Alif ye? Dekat sana akak dapat tenangkan fikiran akak. Akak juga tak perlu ingat apa yang terjadi dekat sini lagi. Akak jangan risau sebab Farah akan selalu berada di samping akak.” Ujar Farah lembut.


Zahra tersenyum hambar.


“ Terima kasih Farah.”


**

“ Along! Along!”


Izz yang tengah minum itu hampir tersedak apabila mendengar jeritan Izzati itu. Umi yang tengah makan bersama Izz tergeleng-geleng mendengar jeritan Izzati. Mengalahkan orang yang dikejar pencuri.


“ Ya Allah. Kenapa dengan budak ni?” Izz merungut kecil. Aku nak minum air pun tak senanglah.


“ Pergilah tengok.” Suruh Umi dengan senyuman.


Izz hanya menurut. Selepas mencuci tangan, dia bergerak naik ke ruang tamu.


“ Kenapa yang terjerit-jerit ni?” Soal Izz tak puas hati.


Izzati yang tengah bercakap dengan seseorang di telefon hanya tersengih. Pantas dia menghulurkan telefon bimbitnya kepada Izz.


“ Siapa?” Izz mengerutkan dahi apabila menyambut huluran Izzati. Izzati hanya menjongket bahu lantas tersengih.


“ Helo..” Izz mengambil tempat di sebelah Izzati.


“ Helo Izz. Aku ni? Ingat tak?” Izz menjeling Izzati di sebelah. Patutlah adik aku ni seronok sangat. Dapat bercakap dengan abang sepupunya.


“ Mestilah ingat bro! apa khabar kau sekarang? Amboi.. Selepas kahwin dah tak dengar berita. Mentang-mentanglah dah bahagia.” Usik Izz dengan sengihan.


“ Ya Allah. Kau ni.. Aku sihat je. Sepatunya akulah yang tanya kau. Kau ni bila nak kahwin? Sepatutnya kau yang kahwin dulu bukan aku.”


Izz tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dah mula dah topik yang dia kurang gemari ni.


“ Ala.. jodoh aku belum sampai. Hurm.. Bila kau nak balik sini?”


“ InsyaAllah esok. Aku juga akan bawa kakak ipar aku balik. Isteri aku nak bantu dia.”


“ Kenapa? Ada masalah ke dengan akak ipar kau tu?” Jelas Izz ingin tahu sesuatu.


“ Balik nanti aku ceritalah. Kasihan kalau aku cerita dekat kau soal dia. Lagipun tak baik aku hebohkan soal ini. Maafkan aku.”


Izz tersenyum.


“ Tak mengapa. Aku tunggu kau esok. Tapi petang ke pagi? Pagi aku kena gerak ke mahkamah kejap.”


“ Maybe petang. Pagi aku pun ada hal. Okeylah. Isteri aku dah memanggil tu. Aku caw dulu. Assalamualaikum.”


“ Waalaikumussalam.”


Izz tersenyum lebar selepas dapat berita daripada Alif. Sepupu yang muda 2 tahun daripada dia. Walaupun umur berbeza. Namun persahabatan mereka dah kekal lama. Bila orang tengok mereka berdua. Orang mesti tak sangka yang Alif merupakan adik sepupu Izz. Yalah. Alif nampak lebih matang daripada Izz.


“ Amboi… seronoknya dia…”


Izz tersentak. Mengelamun pula.


“ Kenapa? Jealous ke?” Soal Izz dengan sengihan nakal. Izzati mencebik. Tak kuasa!


“ Bila Abang Alif nak balik sini?”


Izz menjeling Izzati dengan pelik. Haih! Adik aku ni kenapa tiba-tiba ambil berat sangat dengan Alif ni. Tahu kan Alif tu dah kahwin.


“ Adik… jangan lebih-lebih ye. Abang Alif tu dah kahwin.” Izz berikan amaran.


Izzati membulatkan mata melihat abangnya itu. Pantas lengan Izz dicubitnya.


“ Along ni kenapa? Izzati Cuma nak jumpa dia. Bukannya fasal sayang ke apa. Fasal seorang abang dan adik. Tu pun salah ke?” Marah Izzati. Bengang!


Izz tertawa kecil. Seronok memperkenakan adiknya itu. Sampai merah muka adiknya itu.


“ Maafkan along. Hehe..”


Izz hanya mencuit hidung Izzati lantas bergerak ke dapur semula. Tiada masa nak layan rajuk Izzati tu.


“ Along! Huh!”


No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers