Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 22 March 2013

Cinta Bersatu (16)



" Haiza..."

Tersenyum dia melihat kehadiranku.

" Terima kasih kerana sudi datang. Sila duduk.."

Aku mengambil tempat.

" Terima kasih.."

Aku membalas senyumannya. Sesungguhnya dia ni seorang yang cantik. Bertudung pula tu. Abang! Maafkan Dee kerana menipu abang pada pagi ini.

" Apa yang awak nak cakapkan?" soalku terus terang.

Dia menghulurkan aku sepucuk surat. Aku menyambutnya dengan tertanya-tanya.

" Tolong berikan kepada Anuar. Saya harap awak dapat memujuknya untuk membaca. Saya tiada maksud lain selain meminta maaf."

Aku menyimpan surat itu ke dalam beg. Kemudian aku menggapai tangannya.

" Maafkan suami saya. Dan sepatutnya saya panggil awak kak Haiza kan?" ujarku ceria.

Haiza tersenyum simpul.

" Tak apa. Saya tak kisah. Sebenarnya tujuan saya ajak awak ke sini sebab saya nak ceritakan hal yang sebenar."

Adakah tentang pertunangan dia dengan Anuar?

" Memang betul apa yang Anuar kata. Saya lari daripada majlis pertunangan. Tapi saya ada sebab tersendiri."

Aku dapat kesan riak wajahnya amat kecewa. Mungkin teringat kenangan silam dulu.

" Sebenarnya sehari sebelum majlis itu bermula, saya dah teragak-agak sama ada saya nak teruskan atau tidak. Sebab saya tak cintakan Anuar. Dan pada masa yang sama, saya dapat tahu kawan saya dalam kesusahan. Dia ingin meminta tolong saya."

" Saya buntu masa tu. Saya tak tahu apa yang patut saya buat. Sama ada tolong kawan atau teruskan pertunangan itu."

" Kalau boleh saya tahu, siapa kawan awak tu? Apa yang dia minta tolong awak?" soalku ingin tahu.

Dia tersenyum hambar.

" Sebenarnya kawan saya tu lelaki. Kawan saya tu merupakan lelaki yang sangat baik. Dia minta tolong saya agar membantunya lari daripada rumah."

Aku tersentak. Kenapa pula?

" Awak pun tak sangka kan? Mula-mula saya terkejut apabila mendapat tahu dia nak lari daripada rumah. Dia beritahu perkara sebenar pun pagi sebelum majlis tu bermula. Waktu itu lah saya buat keputusan untuk lari."

" Tapi kenapa?" Aku melihatnya minta penjelasan. Kasihan Anuar.

" Ayah tiri dia nak bunuh dia." perlahan suara itu.

Itu memang buat aku terkejut besar. MasyaAllah!

" Saya memang terkejut saat terima khabar itu. Jadi daripada teruskan pertunangan dengan orang yang saya tidak cintai. Lebih baik saya tolong kawan baik saya."

Aku mengangguk perlahan. Aku rasa betul juga apa tindakan yang dia buat tu. Kalau aku pun, aku akan buat perkara yang sama.

" Selepas tu apa yang terjadi? Kawan awak selamat?"

Dia tersenyum. Dia mengangguk. Aku tersenyum lega. Alhamdulilah!

" Dan..dia lah yang telah menjaga saya sepanjang ini. Dia adalah suami saya."

Terkedu aku mendengar pengakuannya. Ternyata dia dah berkahwin. Dengan lelaki yang dia kata kawan baik tu. Mungkin itu jodoh mereka.

" Ibu bapa awak macam mana? Setuju ke?" Ceh kau ni Dee. Sampai ke situ nak ambil tahu.

" Maaflah jika saya terlebih-lebih. Hehe." Aku tersengih.

" Tak apa. Lebih baik jika berterus terang. Ya.. mereka setuju selepas suami saya jelaskan hal yang sebenar. Keluarga Anuar dan Anuar langsung tak tahu akan hal ini. Mereka sangat marah selepas saya lari masa tu. Kami sudah tidak berhubung lagi."

" Baguslah kalau begitu. Saya doakan awak dan suami awak agar berkekalan ya.." ujarku mesra.

" Terima kasih." Aku cuma mengangguk. Seronok dapat melihat wajah ceria Haiza.

Anuar! Kau harus minta maaf dekat Haiza. Kau dah salah sangka nampaknya!

**
" Pergi mana?"

" Opocot!"

Terkejut besar aku. Masuk-masuk je rumah terus di sergah. Macam spy pula suami aku ni. Aku menutup pintu dan berhadapan dengannya. Mukanya tetap tenang seperti biasa. Aku cuma hadiahkan dia dengan sengihan.

" Dee keluar jumpa kawan." ujarku lalu mencapai tangannya untuk bersalam.

Kemudian dahiku di kucupnya. Itulah perlakuan kami setiap hari. Inilah namanya kemanisan berumah tangga.

" Awal abang balik hari ni. Selalunya pukul 1 petang baru sampai. Tu pun singgah makan."

Aku menariknya agar duduk di sofa. Kejap lagi aku harus pujuk dia agar baca surat dari Haiza.

" Saja balik awal. Dah tak ada kerja pun. Lagipun lagi dua bulan praktikal abang habis. Lepas tu abang kena pula mula cari kerja sendiri. Selepas konvo baru boleh berhijrah."

Amboi! Rancang habis suami aku ni.

" Dee juga belum habis-habis pengajian lagi. Lagi dua tahun. Hurmm.." Aku rasa sedih pula. Aku sebenarnya tak sabar- sabar nak habiskan pengajian aku. Kalau boleh aku nak pergi jumpa mama di Australia.

Tapi apakan daya. Masih belum ada rezeki. Alah..tak apa. Lagi 4 bulan mama baliklah.

" Sabar Dee..Dee kena teruskan usaha." pesannya. Aku cuma tersenyum.

Ha! Aku kena serahkan dia surat tu. Aku pantas mengeluarkan sepucuk surat daripada beg dan serahkan kepada Anuar.

" Nah.." huluranku dia ambil dengan kerutan di dahi.

" Apa ni?"

" Bukalah.." aku tak mahu beritahu dia yang surat itu daripada Haiza. Nanti sudah semestinya dia tak mahu baca. Jadi biar dia tahu kebenarannya.

" Abang buka ya..." Aku cuma menggangguk.

Dia mengoyak di bahagian atas. Surat di dalam di tarik keluar. Aku turut tak sabar nak melihat isi di dalamnya. Haiza! Pastikan kau berjaya lembutkan hati suami aku ni.

" Abang baca ya.."

" Ye.."

Terpampang nama Anuar pada mula perkataan. Cantik tulisan dia.

Kepada Anuar...

Saya tak ada maksud lain dengan beri surat ni. Saya cuma nak luahkan perasaan saya melalui surat ini sebab awak selalu mengelak untuk berjumpa dengan saya. Harap awak dapat baca sampai habis sebelum membuang surat ini.

Sebenarnya saya ingin meminta maaf. Maafkan atas segala salah dan silap saya. Saya tahu saya salah masa tu sebab tinggalkan majlis tu begitu saja. Saya telah malukan kaum keluarga kita berdua. Tapi saya ada sebab.

Kalau awaklah di beri dua pilihan. Antara tolong kawan dalam kesusahan atau teruskan pertunangan dengan orang yang awak tidak cintai. Awak pilih yang mana? Pasti awak akan pilih kawan kan? Begitu juga dengan saya.

Tambahan pula kawan saya tu hampir di bunuh oleh ayah tirinya. Saya kasihan. Lagipun dia kawan baik saya. Saya mesti tolong dia. Jadi pagi itu saya terpaksa lari.

Dan untuk pengetahuan awak. Saya telah pun berkahwin dengan kawan saya itu. Kawan yang membuatkan saya lari daripada majlis itu. Alhamdulilah keluarga saya juga merestui dan memaafkan kami berdua. Cuma awak dan kaum keluarga awak je belum tahu.

Saya harap awak dapat maafkan kami. Selepas ini saya tak akan ganggu awak lagi. Saya dah cukup bahagia dengan keluarga saya. Sekali lagi maafkan saya. Dan sampaikan salam saya buat isteri awak. Jujurnya isteri awak sangat cantik dan amat sesuai dengan awak. Saya doakan rumahtangga awak berdua akan berkekalan.

Sekian dari saya Nurul Haiza Haizan.

Air mataku yang ingin mengalir pantas di seka. Rasa sebak selepas membaca surat ini. Haiza..sesungguhnya awak memang sangat baik. Cuma keadaan itu yang memaksa awak berbuat demikian.

" Dee.."

Aku mendongak melihatnya. Surat itu di lipatnya dan di letakkan di atas meja.

" Abang dah faham kan maksud Haiza?" soalku. Tolonglah maafkan dia bang..

Senyumannya terukir. Kemudian aku di bawa ke dalam pelukannya. Aku turut tersenyum.

" Ya...maafkan abang kerana salah sangka terhadap dia. Abang salah. Abang tak tahu pula keadaan yang memaksa dia berbuat demikian."

Aku leraikan pelukan.

" Abang patut minta maaf dekat dia bukan Dee. Dia dah cukup menderita selama ini. Dee harap dengan kemaafan abang boleh membuat dia rasa tenang." ujarku.

" Dee bawa abang jumpa dia ya.." Aku tersenyum melihat kesungguhan dia.

" Ya.." Alhamdulilah! Semuanya berakhir dengan baik sekali.

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers