Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 21 March 2013

Cinta Bersatu (15)


Aku berada di antara Anuar dengan perempuan ini. Dan suasana agak tegang disini. Aku pula jadi gerun.

" Anuar.." Aku menjeling Anuar. Serius beb! Tak pernah aku tengok rupa dia sebegitu sebelum ni.

" Kenapa awak datang cari saya?" soal Anuar serius.

Aku hanya dapat memerhati mereka berdua sekarang. Memang dah banyak sangat persoalan di dalam benak fikiran aku ni. Tapi aku rasa sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk aku bertanya. Jadi lebih baik aku mendiamkan diri.

" Saya nak minta maaf."

" Awak tak perlu minta maaf dekat saya. Tapi semua orang disekeliing saya. Awak buat mereka kecewa dengan sikap awak tu. Dan awak buat semua orang menaruh harapan yang tinggi terhadap awak. Apa semua tu?"

Nada suara Anuar sedikit tinggi. Meremang bulu romaku saat ini. Aku nak balik boleh tak.

" Maaf. Tapi saya ada sebab kenapa saya pergi begitu saja dan buat keputusan macam tu. Saya ada alasan."

" Alasan apa lagi!"

Tengkingan Anuar buat bahuku sedikit terangkat. Tak pernah aku dengar suara dia setinggi itu.

" Erk.. awak. Saya balik dulu." pintaku dalam keadaan takut. Takut aku menjadi habuan kemarahannya.

Dia menoleh ke arahku kemudian mengukirkan senyuman.

" Kejap ye... Nanti kita balik. Awak sabar kejap je. Boleh?"

Aku hanya mengangguk. Takut pula nak melawan sebab dia tengah marah tu.

" Tiada apa-apa lagi yang perlu kita bincangkan. Saya pun dah lupakan segalanya. Lebih baik awak pergi dari sini dan jangan ganggu keluarga kami lagi." Kedengaran suaranya itu sungguh tegas.

" Nuar..tolonglah.." perempuan itu cuba merayu.

Awak..kesian saya tengok dia. Tapi kata-kata itu hanya mampu aku luahkan dalam hati. Nanti aku dituduh melulu pula.

" Sudahlah. Dan saya nak awak tahu yang saya dah berkahwin. Ini adalah isteri kesayangan saya. Isteri yang sangat saya cintai."

Aku diperkenalkan olehnya. Dan kata-katanya sebentar tadi membuatku terkaku. Sungguh mendalam.

" Jadi.. awak tak perlu cari saya lagi selepas ini. Maaf kami pergi dulu."

Terus dia menarikku untuk beredar daripada restoran tersebut. Aku sempat menoleh untuk melihat perempuan tu. Mukanya ketika itu sangat kecewa dan sedih. Hampa mungkin?

****
Sudah setengah jam, kami berada dalam kereta tanpa keluar. Dan semenjak itu keadaan jadi sunyi sepi. Aku dah panas punggung ni.

Dia pergi bawa kereta menuju ke pantai ni siapa suruh. INgatkan balik rumah. Tenanglah sikit perasaan tu. Tapi tak pun.

" Awak..jomlah balik." pintaku tanpa menoleh ke arahnya.

Rasa geram pula. Tahulah marah dengan perempuan tu tapi janganlah dia pula jadi tempiasnya. Kalau ye pun nak tenangkan fikiran. Hantarlah aku balik rumah dulu. Ye tak?

" Maafkan saya.." ucapnya perlahan.

Tiba-tiba tanganku ditariknya perlahan. Aku menoleh melihatnya. Betapa terkejutnya aku apabila melihat air matanya menitis. Buat pertama kalinya aku melihat dia menangis di hadapanku.

" Kenapa ni?"

Aku menyeka perlahan air matanya.

" Maafkan saya kerana awak jadi mangsa." Aku menggeleng perlahan.

" Tak apa. TApi siapa perempuan tu dan kenapa awak menangis ni?" soalku bertalu-talu.

Dah tak sabar. JAdi macam nilah.

" Saya akan ceritakan kepada awak. Tapi bukan sekarang. Balik rumah nanti boleh?"

Aku tersenyum.

"Bila-bila pun boleh. Yang penting sekarang , awak kena bawa saya pergi makan. Laparlah." rengekku manja.

Yelah..daripada pagi tadi sampai dah nak pukul 11 pun. Belum makan juga.

" Maaf. Gara-gara saya awak lapar. Okey jom.." ucapnya mesra.

Aku melihatnya dengan seribu persoalan. Tadi sedih sekarang dah bertukar ceria. Apa masalah dia sebenarnya? Macam berat je. Dan perempuan tadi tu. Siapa dia? Argh! Kusut fikiran aku kalau asyik fikirkan mereka je.

***
Kami sampai dirumah tepat pukul 2 petang. Perut sudah kenyang, jadi bantal pula sedang memanggilku.
Aku pantas membuka pintu rumah dan masuk ke dalam. Selepas meletakkan kunci di tempat asal, aku melangkah naik ke bilik. Nak tidur kejap. Huarhhh!

" Dee.."

Langkahku terhenti dihadapan pintu bilik. Aku menoleh ke arahnya.

" Nak tidur ke?"

" Haah..nak tidur jap. Mengantuk."

" Awak tidur di sofa ni saja tak boleh ke?"

Erk!

" Please..saya nak awak temankan saya sebentar."

Rayuannya itu buat aku terpujuk untuk menemaninya. Aku tersenyum.

" Ye lah.."

Aku terus turun dan menuju ke sofa. Aku memandangnya dengan senyuman. Aku tahu dia sedang fikirkan sesuatu yang berat. TApi mulut dia sukar nak luahkan. Luahkan je lah Nuar. Kan senang...

" Awak.. saya nak tahu sesuatu boleh?" soalku.

Dia mengambil tempat di sisiku. Kemudian dia hanya mengangguk sambil menatapku.

" Siapa perempuan tu dan apa hubungan awak dengan dia?" soalku terus.

Soalanku menyebabkan senyumannya terus mati. Dan dia kelihatan seperti menahan geram. Kenapa ni?

" Dia Haiza. Bekas kekasih saya atau bakal tunang saya.Tapi itu dah lama." Tersentak aku mendengar kata-kata yang baru terkeluar daripada mulut Anuar.

" TApi awak jangan salah sangka. Saya langsung tak mencintai dia. Saya hanya anggap dia sebagai seorang sepupu. Dia sepupu sebelah ayah saya."

Aku mengalih pandangan. Entah mengapa aku jadi sedih apabila mendapat tahu perempuan tu bekas kekasih dia dan lebih parah lagi hampir nak jadi tunang.

Tiba-tiba tanganku ditariknya. Tapi aku hanya membatukan diri. Memang patutkah aku bersikap begini sebab aku cintakan dia?

" Awak kena percayakan saya. Saya memang tidak cintakan dia sebab hanya awak yang berada di hati saya sampai sekarang. Saya dan dia di jodohkan atas pilihan keluarga. Mahu tak mahu saya terpaksa turuti." jelasnya bersungguh-sungguh.

Aku tetap mendiamkan diri. Biarkan dia beri penjelasan terlebih dahulu.

" Setahun yang lepas, ketika itu tarikh pertunangan kami. Tapi sesuatu yang tidak duga telah terjadi. Dia lari daripada majlis. Orang yang sangat kecewa masa itu adalah keluarga saya."

Terdengar keluhan kecil daripada dia.

" Saya pun terkejut apabila dapat tahu dia lari daripada majlis. Tapi saya juga bersyukur sebab saya tak jadi bertunang dengan dia."

Aku tersenyum tapi sinis.

" Awak tak patut bersyukur sebab awak juga yang terkena tempiasnya." sindirku perlahan.

" Ya saya tahu tentang itu. Sebab itulah sampai sekarang saya tak dapat maafkan dia. Keluarga saya lagilah kecewa dengan dia."

AKu menoleh melihat dia. Dia tunduk memandang lantai. AKu rasa kasihan pula tapi pada masa yang sama aku turut sedih. Sedih kerana perempuan bernama Haiza itu. Tapi kenapa sekarang dia perlu muncul kembali. Kenapa tidak sebelum kami berkahwin?

" Awak pernah sayangkan dia?" spontan soalan itu terkeluar daripada mulutku. Aku pun tak sangka. Mungkin terlalu ikutkan ego.

Anuar mendongak melihatku tajam. Jelingannya itu berjaya membuat hatiku tidak serba kena.

" Awak rasa? Awak rasa saya pernah sayangkan dia?" dia kembali menyoalku. Serius nada suaranya ketika ini.

Aku menghembus nafas bagi meredakan perasaan gundah gulanaku ketika ini.

" Saya tak tahu. Saya cuma agak. Tak mustahillah awak boleh jatuh sayang terhadap dia sebelum ini sebab dia nak jadi tunang awak. Siapa akan sangka kan?"

Keadaan semakin tegang gamaknya. Urgh! Tak suka macam ni.

" Baiklah. Awak dengar sini baik-baik. Saya tak pernah sayang atau terjatuh cinta dekat dia. Awak nak tahu kenapa? Kerana SAYA SAYANGKAN AWAK DIANA."

KAtanya dengan penuh perasaan. Matanya tidak teralih daripada terus menatapku.

" Percayalah kata saya ni."

Aku senyum geli hati dengan reaksinya ketika ini. Tapi sungguh ia membuatku terharu. Terharu sangat!

" Terima kasih. And forgive me." Ucapku sambil tersenyum.

Aku kembali menggengam erat tangannya yang berada digenggamanku. Semakin lama begini, aku makin dapat rasakan kuasa cinta diantara kami. TApi belum sekuat dan tidak dapat tandingi kuasa cinta Allah.

Aku rasa dah hampir 2 minggu juga kami tinggal serumah dan menjalani kehidupan seperti seorang suami isteri. Walaupun tak sama sebenarnya. Hehehe..

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers