Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 6 July 2013

His Heroin Or Wife? 15




Raut keletihan jelas terpamer pada wajah Haikal. Hampir seminggu dia berkampung di Pulau Pinang. Hari ini baru dia berpeluang balik semula ke Kuala Lumpur. Penat tu jangan cakaplah. Teramat letih. Mujur juga filem dia tu dah habis dilakonkan. Cuma tunggu untuk ditayangkan je lah.

“ Amboi kau. Naik flight kot. Penat macam bawa kereta.” Perli Sham di sebelah.

Haikal tersengih. Penat berlakon lah!

“ Lepas ni kau nak ke mana?” Soal Sham.

“ Nak balik kot. Penat lah!”

Mereka berdua melangkah ke arah kereta milik Sham yang dibawa pemandu peribadinya.

“ Jom aku hantar kau balik. Lepas ni aku kena pergi uruskan perfileman kau pula.” Ajak Sham lalu buka pintu kereta.

Haikal pantas menggeleng. Sebelum tu, dia nak pergi ke satu tempat dulu.

“ Kau balik dulu. Aku tumpang teksi. Nak pergi satu tempat jap.” Ujar Haikal lalu bergerak jauh dari  kereta Sham. Hanya tangan dilambai-lambai ke arah Sham yang sudah masuk ke dalam perut kereta.

Haikal tersenyum melihat sekeliling. Mujur aku pelakon baru. Mujur juga filem pertama aku tu belum ditayangkan. Aku rasa kalau ditayangkan, pasti aku akan jadi buruan. Sekarang aman sebab tiada siapa kenal aku. Hehe..

Pergi mana ye lepas ni? Haikal berkira-kira sambil menahan teksi. Selepas berada dalam teksi, dia ambil keputusan untuk ke sekolah lamanya. Rindu pula.

Sejam perjalanan daripada KLIA ke sekolah lamanya, akhirnya sampai juga. Selepas membayar duit teksi, Haikal melangkah ke arah pintu pagar sekolah. Perlahan senyumannya terukir.

‘ Dah lama aku tak ke sini. Rindu jadinya. Hurmp!’

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tanpa berlengah, dia pantas menjawab. Ternyata panggilan daripada Sham.

“ Helo. Ya..” Haikal bergerak jauh daripada pintu pagar sekolah apabila ada kereta yang ingin masuk.

“ Weh. Tahniah!” Haikal menjongket kening. Kenapa pula?

“ Apasal?”

“ Pengarah atasan kata filem yang kita buat ni berjaya. Sukses! Dia kata lakonan kau dan Dahlia mantap. Dia suka.” Teruja sungguh suara Sham dari corong telefon.

Haikal tersenyum. Alhamdulillah!

“ Aku rasa kau patut cari perempuan tu lah. Pengarah atasan kata dia nak jumpa perempuan tu. Nak beri tanda penghargaan. Kita pun sepatutnya berikan dia penghargaan sebab sudi tolong kita.”

Haikal tersentak. Haiya! Mana aku nak cari perempuan tu.

“ Kau carilah sendiri. Mana aku nak cari dalam KL ni. Besar lah!” rungut Haikal.

“ Eh? Kau kan ada nombor telefon dia.”

Haikal menepuk dahi perlahan. Haah! Terlupa pulak aku. Hish!

“ nanti aku try.” Haikal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sebenarnya aku masih rasa malu sebab beberapa hari yang lepas aku ada telefon dia tu. Malu masih ada! Ergh!

“ Kena try juga. Ok aku cau dulu. Bye!”

Haikal terlopong apabila Sham terus matikan talian tanpa sempat dia membalasnya. Hanya gelengan yang dia beri. Sham.. Sham..

Pon! Pon! Pon!

Tersentak Haikal apabila tiba-tiba ada kereta bunyikan hon di belakangnya. Perlahan dadanya diusap. Gara-gara terkejut yang amat. Tanpa berlengah, Haikal pantas berlalu ke tepi. Nak beri laluan kepada kereta itu.

Haikal sedikit pun tidak menoleh ke arah empunya kereta itu. Buat sakit hati je. Bukannya nak tegur baik-baik. Apada…

Haikal yang baru berkira-kira nak pergi dari situ tak jadi apabila dia terdengar suara seorang perempuan. Dan dia macam kenal akan suara itu.

“ Pak cik. Saya nak tanya. Ada tak beberapa hari yang lepas seorang lelaki datang. Nama dia Faiz.”

Haikal pantas menoleh ke belakang. Ada seorang perempuan bertudung dan berpakaian baju kurung sedang bercakap dengan pengawal di situ. Entah mengapa, kaki Haikal terdorong untuk ke situ. Dengan debarannya yang kian memuncak itu.

“ Tak ada pula.” Jawapan pengawal itu jelas membuatkan perempuan itu kecewa.

“ Assalamualaikum..” Ucap Haikal dengan senyuman.

“ Waalaikumussalam..” Jawab pengawal dan perempuan itu serentak. Siapa lagi kalau bukan Dahlia.

Apabila mereka berdua bertembung mata, kedua-duanya jelas sangat terkejut. Terkaku mereka berdua. Tak sangka mereka akan bertemu lagi dalam keadaan macam ni. Kebetulan ke atau jodoh?

“ Dahlia? Wah! Tak sangka saya dapat jumpa awak dekat sini.” Teruja Haikal ketika bercakap.

Dahlia tersedar dan pantas mengukirkan senyuman. Macam mana boleh jadi macam ni? Kebetulan ke?

“ Apa yang awak buat dekat sini?” Soal Dahlia lalu bergerak jauh daripada pondok pengawal tersebut. Haikal hanya mengikuti langkah Dahlia.

  Saja. Tengok sekolah lama.” Haikal merenung sekilas ke arah sekolah lamanya itu.

Dahlia tersentak. Sekolah lama? Bermakna Haikal pernah bersekolah di sini.

“ Tahun terakhir awak berada  di sini bila?” Pantas Dahlia menyoal.

“ Tahun…. Tak ingat lah pula. Tapi saya batch 1991. Kenapa?” Haikal menyoal kembali.

Dahlia tergamam. Ini bermakna dia senior aku. Walaweh! Apasal jadi macam ni? Kebetulan sangat ni. Ke jodoh?

“ Kalau awak nak tahu, ini juga merupakan sekolah lama saya. Ini bermakna awak senior saya.”

Haikal tersentak. Tak sangka sungguh!

“ Awak…” Haikal mengecilkan mata melihat Dahlia. Dahlia yang perasan menjongket kening.

“ Awak ni… haish! Macam mana boleh jadi macam ni erk? Takkan lah hanya kebetulan.” Ujar Haikal lalu tertawa kecil.

Dahlia tersenyum. Maybelah! Atau ia sudah ditakdirkan Tuhan. Siapa tahu bukan?

“ Anyway! Sebelum saya terlupa. Bila awak free?” Haikal kembali kepada topik penting. Alang-alang aku dah jumpa dia di sini. Lebih baik aku tanya siap-siap.

“ Erk! Tak pastilah. Kenapa ye?” Dahlia mengerling jam di tangan. Dah pukul 10 pagi. Pukul 11 aku kena gerak ke pejabat pula. Ada problem yang harus aku selesaikan.

“ Pengarah saya nak jumpa. Awak tak kisah kan?” Soal Haikal pinta kepastian.

“ InsyaAllah tak. Lagipun saya dah dapat restu papa saya. Urm.. Kalau awak nak jumpa saya, awak just call je. Maaflah saya kesuntukan masa. Saya pergi dulu ye. Assalamualaikum..”

Pantas Dahlia bergerak menuju ke kereta Vivanya. Haikal yang melihat menjawab salam dalam hati. Pandangannya terpaku pada Dahlia tanpa beralih.

Dia sendiri pelik. Sebelum ni, tak pernah dengan mana-mana perempuan pun dia bersikap begini. Adakah cakap Sham tu betul yang dia dah jatuh cinta? Jatuh cinta akan Dahlia?

Haikal tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Makin memeningkan kepalanya apabila ingat soal itu. Tapi yang pasti, dia akan rasa bahagia apabila berada di samping Dahlia.

“ Dahlia..”

**
Tik! Tik! Tik!

Pen yang berada di tangannya tak habis-habis di ketuk pada meja. Sampai tak sedar dah hampir 15 minit dia berlakuan demikian. Apa yang difikirkannya pun tak tahulah. Mujur tiada orang nampak.

‘ Dahlia…’

Dia tersentak apabila seperti terdengar orang memanggil namanya. Yang pasti itu suara empunya pelakon baru itu. Macam mana pula boleh muncul dalam fikirannya ni. Haish!

“ Parah aku macam ni. Kenapa pula aku jadi asyik terfikirkan dia semenjak tadi. Sejak balik daripada berjumpa dia, aku macam dah tak betul pula. Ergh!”

Tergeleng-geleng Dahlia cuba melupakan lelaki itu.

“ Mana bos kau? Aku nak jumpa dia sekarang juga!”

Jeritan itu mengejutkan Dahlia yang asyik termenung itu. Pantas dia keluar daripada bilik pejabatnya.

“ Saya di sini.” Sahut Dahlia. Lelaki di hadapannya itu dipandang sinis.

“ Awak!” Lelaki itu cuba mendekati Dahlia tapi dihalang Dahlia dengan gelengan.

“ Masuk ke office saya.” Arah Dahlia.

Dia menuju ke tepi tingkap. Selepas dengar pintu ditutup kembali, dia menoleh memandang lelaki tersebut.

“ Apa yang awak nak lagi Faiz? Belum puas ke awak sakitkan hati saya?” Soal Dahlia dengan berang.

Faiz tersenyum kecil. Kepalanya digelengkan.

“ Awak salah faham sayang. Masa bila saya sakitkan hati awak.” Faiz cuba berlembut.

Dahlia menggigit bibir. Kepalanya digelengkan.

“ Awak cuba nak bohong saya? Boleh jalanlah. Saya takkan pernah percayakan awak lagi. Dan sampai sini saja hubungan kita. Kita putus!” tegas Dahlia dengan keputusan yang diambilnya.

Faiz terkedu.

“ Awak! Apa ni? Saya cintakan awak. Awak tahu kan?” Faiz cuba menggapai lengan Dahlia tapi pantas ditepisnya.

“ sayang? Cinta? Awak yang bohong. Tak perlulah awak nak bohong saya dengan kata-kata manis awak tu. Saya dah muak tahu tak. Pergilah awak dengan awek-awek di luar sana tu. Dulu saya bermati-matian percaya awak dan berharap sangat awak mampu membimbing saya. Tapi? Awak pendusta!” Bentak Dahlia dengan linangan air mata.

Faiz terdiam. Kemudian terpamer senyuman sinis di bibirnya.

“ Awak atau saya pendusta? Awak kena ingat siapa mulakan dulu. Bukankah dulu awak yang nak kenal dengan saya? Sekarang awak nak salahkan saya pula?”

Dahlia mengangguk kecil.

“ Ya. Saya tahu saya salah. Dan masa tu agaknya saya buta kerana cinta. Kerana sayang saya terhadap awak. Saya sanggup tebalkan muka untuk minta berkenalan dengan awak. Dan sekarang baru saya sedar. Semua itu telah memakan diri saya. Jadi sekarang saya pinta sangat dekat awak. Tolong tinggalkan saya. Jangan datang cari saya lagi. Pergi!”

Arah Dahlia dengan kasar. Tangannya diarah ke muka pintu. Wajahnya langsung tak pandang Faiz. Hatinya sangat sakit.

Faiz merengus kasar.

“ Baik. Tapi ingat yang awak takkan pernah bahagia. Saya jamin itu. Haha!”

Dengan hilaian tawa, Faiz keluar dari office tersebut. Dahlia terduduk. Air matanya mengalir lagi.

“ Dahlia..” Muncul Zahida dengan pelik. Pantas dia menerpa ke arah Dahlia yang sedang menangis itu.

“ Zahida..” Pantas rakannya itu dipeluk. Zahida yang tak faham itu cuba menangkan perasaan Dahlia yang sedang berkecamuk itu.

“ Di…Dia Faiz.” Luah Dahlia dalam tangisan. Zahida yang mendengar tersentak.

“ Faiz? Maksud kau Faiz yang kau berkenan sangat tu?” Soal Zahida tak percaya lalu leraikan pelukan.

Dahlia mengangguk perlahan lalu menyeka air matanya. Wajah Zahida dipandang.

“ Kalau kau nak tahu, hampir setahun kami berhubungan. Lebih daripada seorang kawan. Tapi beberapa hari yang lepas aku dapat tahu dia bohong aku. Dia sebenarnya bukan seorang yang baik! Aku benci dia! Benci dia!” bentakan Dahlia mengejutkan Zahida.

Pantas Dahlia dipeluk semula.

“ Sabar Dahlia. Sabar… Aku pasti apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Percayalah..” Pesan Zahida.

Dahlia mengangguk dalam diam. Mujur kau ada Zahida. Ya Allah.. Kuatkan hatiku untuk menempuhi segala cubaan daripadaMu. Aku mohon Ya Allah.

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers