“ Akak.. akak..”
Tubuh Zahra digoncang Farah dengan perlahan. Farah terkejut
apabila melihat wajah Zahra pucat selepas masuk ke dalam bilik kakaknya. Seraya
itu, dia terus kejutkan kakaknya.
“ Akak!”
Farah masih mencuba. Tapi sayang tiada sahutan daripada
Zahra. Malah tubuh Zahra kaku.
“ Ya Allah. Apa kena dengan akak aku ni?”
Farah adalah satu-satunya adik Zahra. Farah langsung tidak
tahu apa masalah Zahra dengan Syazwan. Dia hanya tahu Syazwan seorang yang suka
marah dan suka balik lambat ke rumah. Satu lagi, yang dia tahu Syazwan tidak
pernah melayan Zahra dengan baik.
Dia langsung tak tahu apa yang Syazwan telah buat terhadap
Zahra. Dah hampir 1 tahun 5 bulan usia perkahwinan Zahra dengan Syazwan. Tapi
mereka bahagia hanya setahun. Selepas itu, sikap Zahra dan Syazwan makin
berubah. Zahra sudah mula sedar. Manakala Syazwan jadi benci akan Zahra yang
mula menjadi baik itu.
“ Akak! Bangun!”
Farah mula cemas. Wajah Zahra pucat teruk. Dia menggaru-garu
kepalanya yang tidak gatal. Aku balik sini pun tak beritahu Alif. Kalau tidak
boleh minta bantuan dia. Ya Allah. Apa aku nak buat ni?
Tiba-tiba telefon bimbitnya yang bernada dering lagu Maafkan
Aku daripada D’bagindas itu berbunyi. Pantas dia menjawab panggilan tersebut
apabila nama Alif yang terpampang di skrin telefon.
“ Helo abang! Tolong Farah!” Farah meminta pertolongan.
Alif sebenarnya suami Farah. Dia dan Alif baru berkahwin
bulan lepas. Tapi sayang perkahwinan mereka tidak sempat disaksikan oleh Zahra
dan keluarga Farah. Orang tua Farah terlebih dahulu pergi menyahut seruan Ilahi
saat kemalangan. Manakala Zahra pula tidak boleh keluar daripada rumah masa
itu.
Farah memang sedih saat itu. Tapi dia faham yang kakaknya
terpaksa. Kakaknya dalam kesusahan.
“ Eh? Kenapa ni?” Alif pula yang jadi cemas.
“ Akak Zahra ni. Tak tahu kenapa tidak sedarkan diri. Wajah
dia pun pucat.” Jelas Farah sambil menilik wajah Zahra yang kelihatan tenang
itu. Tambahan pula Zahra masih dalam keadaan bertelekung.
“ Awak balik sana ke?”
Farah terteguk air liur. Terlupa nak beritahu awaklah.
“ Maafkan saya. Saya tiba-tiba tergerak hati nak balik sini
kejap. Saya nak jenguk akak saya. Abang janganlah marah.” Farah pula kena pujuk
Alif. Sedangkan Zahra yang perlu dia pentingkan dulu.
“ Habis? Macam mana keadaan akak Zahra?”
Farah kembali menoleh ke arah Zahra. Wajahnya digelengkan
seakan Alif dapat melihatnya ketika ini.
“ Abang datang sini. Kita bawa akak ke hospitallah.” Farah
memberi cadangan.
“ yelah. Abang datang sekarang.”
**
Alif memandang Farah yang gelisah itu dengan senyuman kecil.
Lantas dipaut bahu isterinya itu seeratnya. Ingin memberi Farah kekuatan.
“ Awak sabar ye. Abang pasti akak takkan apa-apa.” Pujuk
Alif lantas mengusap kepala Farah yang diselaputi tudung itu.
“ Saya takut. Saya tak tahu apa masalah dia sekarang ni.
Yang saya tahu dia selalu mengelak bila saya tanya soal suaminya. Ada apa-apa
ke dengan mereka?” Soal Farah lalu menoleh ke arah Alif yang sedang merenungnya
itu.
“ Entahlah. Tapi kita doakan agar akak selamat ye sayang.”
Farah hanya mengangguk. Aku mesti bantu akak. Aku tahu akak
sedang merana. Merana dengan suaminya itu.
“ Maaf! Siapakah ahli keluarga Zahra?”
Muncul doktor yang merawat Zahra sebentar tadi. Farah dan
Alif yang mendengar nama Zahra pantas bangun dan mendekati doktor tersebut.
“ Kami ahli keluarganya. Macam mana keadaan dia?” Soal Alif
ingin tahu. Farah pula hanya mengangguk.
Doktor itu tersenyum. Terpancar wajah ceria pada wajah
doktor itu. Kenapa?
“ Tahniah. Zahra dah mengandung selama dua bulan.”
Berita itu jelas membuatkan Farah dan Alif tersenyum
bahagia. Terucap perkataan Alhamdulilah daripada mulut mereka berdua.
“ terima kasih doktor. Boleh kami masuk?”
“ Silakan. Kejap lagi dia dah boleh balik.”
“ Terima kasih sekali lagi doktor.”
Usai doktor itu berlalu, Farah dan Alif pantas masuk ke
dalam bilik rawatan Zahra. Apabila kaki mereka melangkah ke dalam bilik itu,
kelihatan Zahra sedang merenung ke luar jendela.
“ Akak!”
Farah pantas memeluk Zahra dengan senyuman bahagia.
Zahra tersentak dengan kehadiran adiknya itu. Tapi dia
membalas juga pelukan Farah dengan senyuman kecil. Alif yang berada di situ
turut diberikan senyuman.
“ tahniah kak!”
Pelukan dileraikan. Farah memandang wajah Zahra dengan
gembira. Tapi lain pula Zahra. Wajah Zahra kelihatan sugul.
“ Akak? Kenapa akak macam tak happy je?” Soal Farah. Pelik!
Selalunya orang yang dah lama berkahwin ni mesti teringin nak dapat anak. Dan
sekarang akak aku dah dapat pun. Tapi kenapa tak happy je aku tengok?
Zahra tergamam. Farah perasan. Aku bukan tak gembira. Aku
Cuma terfikir adakah Syazwan akan menerima anak ni? Bukankah dia sangat
bencikan aku? Macam mana jika dia tidak terima kami berdua?
“ Akak… Janganlah sedih-sedih. Kesian Farah ni. Dia
beria-ria nak jumpa akak.” Suara Alif setelah sekian lama berdiam diri.
Zahra merenung Farah dengan penuh kasih sayang. Kemudian dia
tersenyum juga. Adik aku dah banyak berubah. Bila bertudung dah makin cantik
gamaknya. Alif.. Mujur Alif yang jadi suami kau adik. Dia memang lelaki yang
baik untuk kau.
“ Maafkan akak. Aku Cuma terkenangkan dekat abang ipar kamu
tu.”
Suara Zahra kelihatan kecewa. Farah dan Alif menyedari hal
itu.
“ Akak. Kalau boleh buat sementara waktu akak duduk dulu di
rumah kami. Abang boleh kan?”
Alif mengangguk. Dia turut bersetuju akan cadangan isterinya
itu. Buat masa sekarang, Zahra perlukan perhatian. Takut kandungan tu akan
gugur sebelum sempat dilahirkan.
“ tak payahlah. Akak balik rumah suami akak je.” Zahra
menolak lembut. Aku tak nak buat dia marah lagi. Mesti dia akan naik angin bila
tahu aku tiada di rumah sekarang ni.
“ Akak. Saya hairan lah dengan akak ni. Lelaki tu macam
benci sangat dekat akak. Tapi akak tetap juga melayan. Akak tak kesiankan diri
akak ke?”
Kelihatan Farah sangat bengang dengan Syazwan. Alif yang
menyedari Farah yang mula naik angin itu mengusap perlahan belakangnya.
Tenangkan kembali.
Zahra terdiam. Dia faham perasaan Farah.
“ Sayang… Bawa bersabar…” Alif cuba memujuk. Wajah Farah
kelihatan merah menahan marah.
“ Tapi..”
“ Farah. Syurga di bawah tapak kaki suami sayang..” Pintas
Zahra lantas tersenyum.
Farah yang mendengar terkedu. Terdiam dia seketika.
“ Walaupun abang ipar kamu suka marah dan pukul akak. Akak
kena terima sebab akak tidak boleh lawan dia. Dia kan suami akak. Kalau akak
lawan akak dah kira derhaka dekat dia.” Jelas Zahra agar Farah lebih faham
perasaannya ketika ini.
“ Dia pukul akak?” Farah makin berang.
Zahra tersentak. Ya Allah. Aku tersasul beritahu dia. Macam
mana ni?
“ Akak. Kalau dah sampai dia pukul tu. Itu dah bukan suami
yang baik dah. Akak pun tak patut ikut je arahan dia. Akak sepatutnya boleh
lawan jika suami bertindak kasar. Akak tak patut berdiam diri. Itu namanya akak
didera.”
Zahra terdiam. Nampaknya Farah dah matang dalam hal ini.
Maafkan akak Farah.
“ Sudah! No more excuse! Mulai hari ini akak kena duduk di
rumah Farah sampai kandungan akak tu benar-benar kukuh. Atau akak duduk je
terus sampai akak lahirkan anak tu ke dunia.” Tegas Farah.
Alif yang melihat tersenyum kecil. Dalam garang-garang Farah
tu pun. Masih ada sifat penyayang. Itulah isteri aku. Aku sayang dia
sangat-sangat.
“ tapi…”
“ No!” Pintas Farah tanpa sempat Zahra menghabiskan
kata-katanya.
Akhirnya terhambur keluhan kecil daripada mulut Zahra.
Nampaknya aku terpaksa ikut perintah Farah. Betul juga apa yang dia kata. Macam
mana kalau Syazwan tiba-tiba tolak aku sampai aku keguguran? Aku tak sanggup.
Aku sayang anak ni. Ini rezeki Allah untuk aku.
“ baiklah.” Putus Zahra.
Farah dan Alif yang mendengar tersenyum lega. Mujurlah.
P/s: Mcm mana? Saya dh cuba yg terbaik. Harap anda sudi komen. ^^
No comments :
Post a Comment