“ Nama?”
“ Nurul Asyikin Bt Muhd Zaki.”
“ Umur?”
“ 22 tahun.”
“ Tinggal?”
“ Asal Kuala Lumpur. Tapi menetap di Selangor.”
“ Kahwin ke belum?”
Aku mengerutkan dahi apabila penemu duga itu menyoal soalan
macam tu. Apa dah tak ada soalan lain ke nak soal.
“ Erk… belum.” Aku jawab juga walaupun kedengaran aneh.
Di hadapan aku terdapat dua lelaki dan seorang perempuan
yang sedang menemu duga aku. Tapi dari tadi hanya seorang je yang menyoal. Itu
pun lelaki muda. Dalam linkungan 30-an la.
“ Dah berpunya?”
Sekali lagi aku mengerutkan dahi. Aku melihat dia inginkan
penjelasan tapi tengok aku pun tak. Hanya tengok kertas je.
“ Encik? Ada kaitan ke soalan itu dengan hal kerja?” Soalku
berani.
Lagi dua orang tu hanya tersenyum melihat aku. Kenapa?
Memang lelaki tu soal macam tu erk? Bukan dengan aku saja.
“ Ada ke tak ke sekarang awak sedang disoal. Awak nak kan
kerja di sini?”
Ahah! Aku kena balik. Dia mendongak dan melihatku tajam. Aku
pula tersenyum hambar. Serius sangat lah lelaki ni.
“ Belum berpunya. Insya-Allah hanya yang halal saja berhak
ke atas diri ini.” Ambik! Puas hati aku!
“ Kalau begitu… Tunggu jawapan daripada kami. Terima kasih.”
Aku tercengang apabila banyak itu saja aku disoal. Dia tak
tanya pula apa pengalaman aku sebelum ni atau belajar dekat mana? Walaupun dah
ada tertulis dekat borang kemasukan kerja tu. Haish!
“ Awak tak nak keluar ke?” Aku tersentak. Cepat-cepat aku
bangun dan keluar daripada pejabat tersebut.
Ish! Aku lebih rela kalau tak masuk kerja dekat sini
daripada menghadap muka lelaki tu.
“ Cik Asyikin!”
Aku yang baru selesai ditemu duga menoleh ke belakang
apabila namaku dipanggil.
“ Ya.”
Datang seorang perempuan ke arahku. Dengan senyuman yang
manis. Siapa ni?
“ Ada surat untuk cik Asyikin.” Dia menghulurkan aku sepucuk
surat. Aku apa lagi ambik je la.
“ Terima kasih. Tapi siapa yang bagi?” Soalku ingin tahu.
“ Rahsia. Ok. Saya pergi dulu.”
Aku terlopong. Rahsia? Kalau macam tu lebih baik tak payah
bagi dekat aku. Ceh!
“ Asyikin!” Aku merengus geram. Siapa pula ni.
Aku menoleh pula ke hadapan. Dan seorang lelaki sedang
tersenyum ke arahku. Pelik!
“ Awak siapa?” Soalku selamba.
“ Awak dah lupa. Tak apalah.”
Aku tergaru-garu kepalaku yang tidak gatal selepas lelaki
itu berlalu. Haish! Kenapa hari ini banyak sangat perkara pelik yang berlaku.
Pening aku! Sudahlah! Balik tidur lagi bagus.
**
‘ Anda diterima bekerja di Syarikat Arsyad Holding. Anda
diminta datang ke syarikat ini pada besok hari. Tepat pukul 10 pagi. Terima
kasih.’
Aku baca ayat itu berulang kali. Sampai tak berkelip mata
aku membacanya. Inilah ayat yang tentera pada surat yang aku dapat petang tadi.
“ Aku tak bermimpi kan?” Aku menyoal kepada diriku sendiri.
“ Mimpi apa pulak?”
Muncul alongku yang baru balik daripada kerja.
“ Angah dah dapat kerja.” Maklumku. Aku tak tahu sama ada
aku patut rasa gembira atau sedih. Maybe sebab lelaki yang menyoal aku tadi
kot.
“ Alhamdulilah. Baguslah kalau macam tu. Mak dan ayah dah
tahu ke belum?”
Aku menggeleng. Hanya along saja yang tahu.
“ Kenapa tak beritahu mereka lagi?”
Along duduk disisiku.
“ Angah baru je buka surat ni.” Aku menyandar pada bahunya.
Letih!
“ Jadi pergilah beritahu. Mereka ada di dapur kan?” aku
mengangguk lemah. Mataku pejam erat. Macam tak percaya je.
“ Tapi kenapa angah macam tak happy je? Sepatutnya angah
happy sebab baru dapat kerja.”
Aku menegakkan badan dan memandang along dengan sengihan.
“ Entah. Argh! Angah masuk bilik dulu.”
Aku yang baru nak bangun tak jadi apabila tanganku ditarik.
Aku memandang along dengan kerutan di dahi.
“ Kenapa?” Soalku pelik.
“ Nak minta tolong. Tolong teman along petang esok.”
“ Ke mana?” Aku menjeling jam di dinding. Baru pukul 9
malam.
“ Jumpa bakal kakak ipar kamu.” Aku tersentak.
“ Along nak kahwin dah?” Soalku teruja.
“ Syhhhhh!” Dia meletakkan jari telunjuknya di bibirku.
“ Jangan cakap kuat-kuat. Mak dan ayah belum tahu. Kami baru
nak berbincang. Boleh tak?”
Aku mengusap daguku perlahan. Sambil berfikir kononnya.
Along macam berharap sangat agar aku dapat teman dia.
“ InsyaAllah.”
Tiba-tiba dadaku berdebar. Rasa macam nak berlaku sesuatu je
esok. Tapi apa?
“ Terima kasih. Nanti along belanja.” Aku mencebik. Percaya
sangatlah cakap along aku tu. Ceh!
“ Sama-sama. Dah angah nak masuk bilik.”
**
Fuh! Ramai! Toleh kiri perempuan. Toleh kanan lelaki. Tengok
ke hadapan kosong. Aku macam bermimpi pula.
“ Cik Asyikin!” aku tersentak. Aku menoleh ke arah seorang
perempuan yang setia tersenyum dan melayah kerenah aku.
“ Cik Asyikin kena tunggu dalam bilik bos terlebih dahulu.
Jom saya tunjukkan.”
Gulrp! Kenapa pula? Tak jumpa tak boleh ke?
“ Ini dia. Cik tunggu dekat dalam ye.”
Perempuan itu berlalu sebaik sahaja aku menapak ke dalam
bilik pejabat bos. Big bos!
“ Assalamualaikum.”
Hampir luluh jantung aku apabila mendengar suara garau itu
di belakangku. Bos ke? Semenjak bila dia ada dekat belakang aku?
“ Waa..alaikumussalam.” Gagap pula aku jawab salam. Biasalah
first time menghadap orang besar dalam syarikat ni.
“ Tak sudi pandang muka bos awak dah ke?”
Erk? Itu soalan ke perlian? Tapi aku toleh juga ke belakang.
Sebaik sahaja aku melihat rupa bos aku. Aku terkejut. Lelaki yang menyoal aku
semalam adalah bos aku? Biar betul!
“ Why? You look surprise!”
Mana tak surprisenya bila orang yang menyoal aku tu bos. Kau
bos aku? Aku tersengih. Patutlah soal macam-macam. Mengalahkan ayah aku je dia
ni.
“ Kenapa awak senyum?” erk! Senyumanku mati.
“ Maaf.” Aku tunduk memandang kaki. Dah dia bos aku jadi aku
seganlah. Sebelum ni tak suka. Sekarang kenalah suka.
“ Jangan risau. Saya bos sementara je. Saya gantikan tempat
abang saya.” Maklumnya bersahaja.
Ada aku kesah? Tapi hanya terluah dalam hati.
“ Ada apa Encik nak jumpa saya?” Soalku apabila dia macam
tak peduli je kehadiran aku di sini.
“ Panggil je saya Irham. Saya datang nak tahu lebih lanjut
tentang awak. boleh kan?”
“ Tak boleh!” Ops! Aku pantas menekup mulutku. Terlepas
pula. Haish!
Aku pandangnya sekilas. Kelihatan dia sedang tersenyum ke
arahku. Perli ke?
“ Tak kira. Saya nak tahu juga. Duduk dulu.” Arahnya. Aku
Cuma turuti je. Nanti free je kena pecat.
“ Saya Cuma nak tahu. Apa pandangan awak terhadap rupa saya?
Hensem ke tidak? Atau nampak skema?”
Aku cukup tercengang mendengar soalannya itu. Aku nak gelak
boleh? Ya Allah. Kenapa aku ditemukan orang yang perasan ni. Ceh!
“ Jawab. Tapi jujur.” Suruhnya pula.
Aku menilik habis rupa dia. Biasa-biasa je. Along aku hensem
lagi. Ceh!
“ Biasa je. Tak kurang dan tak lebih.” Jawabku selamba. Dah
nak sangat jawapan kan? jadi aku berilah jawapan. Dan dah nak jujur kan? jadi
aku berlaku jujurlah tu.
Selepas aku berkata demikian, dia macam tersentap. Tapi?
Kesah ke aku?
“ Nurul Asyikin. Baiklah.. Soalan kedua.. Apa perasaan awak
bila first time kita berjumpa?” Soalnya lagi.
Aku rasa nak hempuk je buku atas kepala dia ni. Soalan tak munasabah
lah. Ini dalam pejabat okey?
“ nothing!” Aku bersahaja saja apabila menjawab
persoalannya. Biarlah! Biar aku dipecat sekalipun.
“ Nothing? Bohonglah! Kan saya kata cuba jujur.”
Ha! Dia ni memang tak faham bahasa erk? Nak aku penampar dia
sekali ke baru dia sedar.
“ Pertama kali saya nampak awak. saya rasa awak baik. Tapi
bila awak soal saya , saya rasa saya manusia paling malang di sini.”
Dia mengerutkan dahi.
“ Kenapa?” aku tersenyum sinis. Dah tahu tanya lagi.
“ Sebab orang tu tanya soalan yang mengarut. Yang tak
berkaitan langsung dengan kerja. Nampak sangat orang tu macam tak ada
pendidikan.”
Fuh! Berani juga aku sindir dia. Lantaklah! Siapa suruh dia
tanya macam-macam kan? biarlah aku dipecat sekalipun. Aku tak kisah!
“ Awak nak ke saya pecat awak?” Soalnya dengan senyuman
sinis.
Aku tersenyum tanda berbesar hati jika dia buat betul-betul.
“ Silakan. Saya terima seadanya.” Jawabku dengan yakin.
Senyuman pula tak pernah lekang dari bibirku. Biar dia tahu aku tak rela
bekerja dekat sini. Kalau orang lain mungkin dah terpikat dekat dia sebab dia
ni kacak. Tapi tidak aku.
“ Eh? Awak ni siapa erk?” Dia menyoalku pelik.
Aku pula tergelak. Siapa? Apa maksud dia?
“ Saya Nurul Asyikin Bt Muhd Zaki. Anak Muhd Zaki lah kan
takkan anak beruk pula. Saya juga merupakan perempuan yang tengah mencari kerja
tapi nasib saya tak baik apabila terjumpa dengan seorang lelaki yang tak faham
bahasa. Yang perasan diri dia tu bagus sangat. So? Ada apa-apa lagi maklumat
yang saya tertinggal.”
Ambik! Puas hati aku! Aku lihat dia seperti tersentap.
Mestilah dia tersentap habis! Aku dah perli dia cukup-cukup. Kalau dia tak
tersentap juga aku tak tahulah. Melainkan dia bukan manusia.
Kemudian dia bangun dan membelakangi aku. Aku pula bangun
dan berura-ura nak pergi daripada situ. Biarlah aku dikatakan kurang ajar.
Namun aku sanggup demi melepaskan diri daripada dia tu.
“ Tunggu!”
Aku menoleh kembali ke arahnya. Nampaknya sekarang dia baru
serius. Yalah. Dia pandang aku tanpa senyuman macam tadi tu.
“ Ada apa yang saya boleh bantu? Atau betul Encik Irham ni
nak pecat saya? Silakan!” Ujarku dengan senyuman kecil. Ceh! Berani betul kau
ni Syiqin.
“ Tak!”
Tapi jawapan itu amat mengecewakan aku. Aku tatap dia habis.
“ Tapi saya akan kahwin dengan awak.”
“ Ha?”
**
Aku pandang wajah along seperti wajah yang tiada perasaan
langsung. Along pula sudah pandang aku pelik. Sampai tak jadi keluar dengan
bakal kakak ipar aku tu. Sebab apa? Sebab aku tiba-tiba hilang tenaga untuk
berjalan.
Balik je dari tempat kerja. Aku rebah di samping along.
Mujur along sambut. Kalau tidak sakitlah badan aku. Mujur juga ayah dan mak
tiada di rumah ketika itu.
“ Angah? Are you okey?” Soal along lalu menyentuh dahiku.
Tapi aku tepis perlahan.
“ Angah tak demam lah. Tapi hati ni yang demam. Demam
terkejut!” Luahku serupa orang tak makan tiga hari.
“ Kenapa pula? Angah baru putus cinta ke? Tapi setahu along
angah mana ada boyfriend.”
Aku memandang along tajam. Wuaahhrgghh! Kenapa dia pergi
sebut soal putus cinta. Ini bukan putus cinta malah sesuai dikategorikan
sebagai cinta mengejut. Ha? Apa tu?
“ Entahlah along. Bos tempat angah kerja tu dah tak waras
agaknya.” Ujarku selamba.
“ Ish! Tak baik cakap macam tu. Cuba cerita dekat along. Apa
yang dah terjadi sebenarnya ni?”
Along tatap aku tajam. Aku pula tersengih kerang busuk. Tapi
tak lama apabila telefon bimbitku berbunyi.
“ Along… Tolong angkat.” Suruhku malas. Aku hulurkan telefon
bimbitku kepada along. Seterusnya along buatlah apa yang patut.
“ Along buka loudspeaker erk?” Aku hanya mengangguk lemah.
“ Helo? Asyiqin ke?”
Jelas timbul kerutan di dahiku saat mendengar suara itu.
Bukankah suara itu….
“ Saya ni. Irham. Bos awak.”
Aku pantas menegakkan badan. Aku pandang wajah along. Aku
suruh dia cakap apa yang patut.
“ Maaf. Tapi dia tengah tidur. Ada apa yang saya boleh
bantu.”
Aku tersenyum lega. Mujur along ada.
“ Erk.. awak siapa?” Aku menggigit bibir. Erk? Patutkah aku
cakap along boyfriend aku? Kalau macam tu lebih senang sebab selepas ni dia
takkan ganggu aku. Cantik!
Aku bisik sesuatu dekat along. Tapi along sama sekali tak
setuju. Aku tetap tak putus asa sampai along mengalah.
“ Saya teman lelaki dia. Ada apa ye?” Along lihatku macam
nak makan orang. Aku hanya tersengih menerima jelingannya.
“ Ha? Oh! Tak apalah.”
“ Tut..Tut..” Aku menghembus nafas lega apabila dia letakkan
panggilan. Kecewa lah tu. Haha. Cantik!
“ Angah…” Alamak! Along sudah memanggil aku dengan
meleret-leret.
Akhirnya aku cerita dekat dia dari A sampai Z. Along aku ni
hanya angguk je? Tak ada hati nak tolong adik kesayangan ke?
“ Along rasa dia ikhlas.” Aku termangu. Ikhlas? Ya Allah.
Jangan cakap along terima budak tu.
“ Along rasa along nak kenal dia.”
Sekali lagi aku terpempan sebelum aku rebah di sisi dia.
Along!!!
**
Keesokan harinya, aku tidak masuk ke kerja. Aku sakit hati
dekat Irham dan along aku sendiri. Siapa suruh sakitkan hati aku lagi. Hari ni
bukan saja aku demam terkejut. Malah aku turut demam kecewa. Tapi? Adaka? Argh!
Ada aku kisah?
“ Angah! Keluar makan sarapan! Tak pergi kerja ke?”
Mak memanggilku dari luar bilik. Tapi aku tak menyahut sebab
aku benar-benar tidak berdaya. Ini demam betul-betul. Sampai pucat lesi muka
aku ni dibuatnya.
“ angah!” Itu suara ayah. Maaf ayah! Angah tak ada tenaga
nak menjawab.
Tubuhku diselaputi selimut sampai ke leher. Tanganku pula
menggeletar kesejukan. Haish! Parah!
“ Angah! Takkan merajuk dengan along kot. Along minta maaf!
Keluarlah kita sarapan!”
Aku tersenyum hambar. Tak ada gunanya nak merajuk dengan
along. Tak kuasa!
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku gagahkan diri untuk
menjawab.
“ He..helo?” Jelas suara aku pun serak-serak dah.
“ Eh Syiqin? Awak okey ke ni?” Aku mengeluh kecil. Irham!
“ Nak apa?”
“ Awak demam erk?” Aku tersentak. Pandai dia teka. Tapi aku
tak jawab apabila tekakku rasa gatal. Aku mula batuk.
“ Syiqin! Okey ke ni?”
Pandangan ku makin kabur. Telefon bimbitku pula terlepas
daripada genggaman. Aku rasa aku nak pitam. Ya Allah. Bantulah aku.
Dan samar-samar aku dengar Irham memanggil aku.
**
“ Asyiqin…”
Aku tersedar apabila namaku dipanggil lembut. Apabila aku
membuka je mata. Aku dapat lihat senyuman mak dan ayah. Along? Mana?
“ Angah dekat mana ni?” aku perhati sekeliling. Sangat
asing. Jangan cakap yang aku berada di..
“ Hospital.” Ha! Dah agak!.
“ Macam mana?” Aku bangun duduk.
“ Bos kamu yang telefon beritahu. Kalau tidak sampai
bila-bila mak tak tahu yang anak mak ni pengsan dalam bilik tu. Dahlah pintu
dia kunci.”
Aku tersengih apabila sedar kesalahanku. Tapi macam mana
Irham tahu nombor rumah aku? Pelik!
“ Mak.. Along mana?” Soalku apabila menyedari along tiada di
situ.
“ Dia turun jumpa bos kamu. Dia terhutang budi dekat bos
kamu.”
Aku senyum senget. Tapi walauapapun aku tetap perlu ucapkan
terima kasih dekat Irham. Kalau dia tak telefon aku dan aku tak jawab. Aku
takkan berada di hospital sekarang.
“ Baguslah kalau kamu dah sedar.” Itu suara along.
Aku pantas menoleh ke kiri. Along sedang tersenyum ke
arahku. Aku membalas senyumannya tapi senyuman aku serta-merta mati apabila nampak
Irham. Why? Kenapa dia ada di sini?
“ Dia nak lawat kamu.”
Aku mencebik. Hurm! Whatever!
“ Pakcik. Makcik. Abang Arash. Sebenarnya ada sesuatu yang
saya nak beritahu.”
Hatiku tiba-tiba berdebar. Apa yang dia nak beritahu family
aku tu? Kau jangan Irham. Nanti aku lempang kau kot kalau kau cakap benda yang
mengarut.
“ Apa tu? Cuba beritahu kami.” Suruh ayah. Hatiku dah mula
kalut.
“ Sebenarnya… saya cintakan anak pakcik. Dan kalau boleh
saya nak kahwin dengan dia.”
Aku rasa hati aku nak gugur saat dengar dia kata demikian.
How dare you?! Irham!
“ Tak mak! Dia tipu!” Sangkalku sekeras-kerasnya.
“ Jujur saya katakan yang saya sayangkan anak pakcik. Saya
tak mungkin menipu pakcik. Lagipun saya ikhlas. Ini kali pertama saya rasa
perasaan macam ni. Mak saya kata kalau saya dah sukakan seseorang. Saya patut
jumpa orang tuanya terlebih dahulu minta restu. Jadi tujuan saya datang ni nak
minta restu dan persetujuan.”
Aku terkedu. Kata-katanya sebentar tadi membuatkan aku
kehilangan kata-kata untuk membidas. Aku pandang pula wajah ayah dan along.
Mereka juga terdiam seperti aku.
“ Irham serius ke?” ayah menyoal dengan serius.
Aku sudah garu kepala. Ya Allah. Janganlah ayah setuju dulu.
Aku belum ready ni. Lagipun aku tak suka Irham. Sikapnya yang terlalu perasan
tu. Ya Allah.
“ Ya pakcik. Kalau saya tak serius saya takkan datang sini.
Dan cakap sendiri dengan pakcik.”
“ Tapi tuan badan tak setuju!” Tiba-tiba aku bersuara
lantang.
Mereka semua memandang ke arahku. Terutama Irham yang macam
nak telan aku hidup-hidup je. Biarlah! Ini demi kebaikan diri aku juga.
“ Apa yang menyebabkan angah tak setuju?” Along menyoal. Dan
itu soalan cepumas tu.
“ Se..sebab…sebab… angah tak suka dia.” Jawabku lantang.
Tapi lain pula aku terima apabila mereka semua ketawa.
Termasuk Irham. Apa yang kelakar?
“ Itu je? Angah! Perasaan cinta boleh dipupuk selepas
berkahwin. Lagipun cinta lepas berkahwin ni bertambah nikmat. Nak buat apa-apa
pun dapat pahala.”
Oh! Ayah aku membela dia nampak gayanya.
“ Tapi?”
“ biarlah dia fikir dulu pakcik. Saya tahu saya terlalu
tergesa-gesa membuat keputusan. Lagipun dia baru kenal saya. Dalam tiga hari
macam tu.”
Aku tersenyum sinis. Tahu pun!
“ Yelah. Kamu jangan risau. Jika kamu ada jodoh, kamu pasti
akan bersama juga.”
Aku yang mendengar terdiam. Ya! Kalau dia jodoh aku, aku
tolak lah sekeras mana pun. Dia tetap akan bersamaku.
**
Dua hari telah berlalu. Itu juga bermakna dua hari dah aku
tak masuk kerja. Aku juga tak menegur along seperti selalu. Malah aku bersifat
dingin terhadap dia. Aku juga dah tak banyak bercakap dengan family aku.
Irham? Dia masih tidak berputus asa. Dia selalu datang ke
rumahku apabila aku tidak ke kerja. Lagipun aku baru sembuh. Aku juga tidak
menegur dia. Aku juga dah tidak bertikam lidah dengan dia.
Sebab? Sebab aku perlukan masa. Aku juga kecewa. Kerana?
Kerana dia buat aku ni macam patung. Dia bertindak tanpa berbincang dengan aku
dulu. Mana lah aku tak marah.
“ Angah! Ada orang nak jumpa.”
Aku menoleh ke arah pintu. Dan seperti semalam, aku langsung
tak menghadiahkan senyuman buat along.
“ Irham datang nak jumpa kamu. Along panggil dia masuk ye?”
Aku mengalih pandangan ke arah luar tingkap. Ada hak ke aku
nak menghalang?
“ Nurul Asyikin Bt Muhd Zaki.”
Aku tersentak. Dia menyebut nama penuh aku. Tapi aku still
tak menoleh ke arahnya.
“ Saya Muhamad Irham bin Arsyad ingin memujuk hati yang
sudah beku.”
Aku tergelak dalam hati. Skemanya ayat. Haish! Jaga Syiqin.
Jangan mudah terpujuk.
“ Awak.. Pandanglah sini. Saya nak cakap sikit dengan awak.
please…” Dia merayu.
Urm! Yelah. Aku pun menoleh ke arahnya. Dan..
“ burk! Ahahaha!” ketawaku meletus saat melihat wajahnya.
“ yes! Saya berjaya buat awak gelak!”
Aku mengelap air mata gara-gara terlebih gelak.
“ Yang awak mekap macam opera cina ni kenapa? Awak dah gila
ke?” Aku menyoalnya tapi dalam keadaan tersenyum. Sebab aku tak tahan tengok
wajah dia. Lawak! Haha!
Sesaat kemudian aku sedar. Dia asyik memandangku dengan
senyuman dia. Aku terus mematikan senyuman aku. Erk?
“ itulah orang yang bernama Asyiqin. Inilah Asyiqin yang
saya kenal dalam tiga hari sebelum ni.”
Aku tergamam. Aku lihat dia dengan debaran di hati.
“ Awak… Awak masih tak dapat terima saya erk?”
Aku tersenyum kecil. Dia sengaja buat nada manja erk? Ha!
Aku dah terjangkit!
“ Irham… Kenapa yang beria-ria sangat nak kahwin dengan saya
ni? Sedangkan kita kenal pun belum sampai seminggu. Hari pertama saja pun awak
dah buat hati saya meluat. Apatah lagi hari-hari yang seterusnya.” Jelasku
kepadanya.
Aku nak dia faham yang aku still belum dapat terima dia.
Sebab hati aku masih tertutup untuk menerima cinta lelaki. Kenapa? Alah! Banyak
songeh pula nak tahu.
“ Sebab saya cintakan awak.”
Sekali lagi aku terkedu. Mudahnya dia mengungkapkan rasa
cinta itu.
“ Tak apalah. Lupakan soal itu dulu. Yang penting awak kena
sembuh. Esok pastikan awak masuk kerja erk?”
Aku terdiam. Kemudian aku menggeleng.
“ Kenapa?” Soalnya hairan.
“ Sebab saya nak dipecat.” Ujarku selamba.
“ Awak nak saya pecat?” Aku pantas mengangguk.
“ Tapi kenapa? Awak tak buat salah apa-apa pun.”
“ Sebab saya tak mahu demam terkejut lagi.”
Aku tersengih melihat wajah kelatnya. Maafkan saya! Tapi itu
kenyataan. Gara-gara awak juga saya demam tau?
**
Tapi semuanya musnah apabila along memaksa aku untuk ke
tempat kerja. Sampai dia menghantar aku ke tempat kerja. Aku pula yang
terlopong. Nekad betul along aku ni.
“ Ingat! Jangan lari!” Siap amaran dia beri dekat aku. Ceh!
Along ni kan?
“ yelah!” Jawabku malas. Nak protes tak berdaya sebab nanti
along laporkan dekat mak dan ayah. Siapa yang susah nanti? Aku juga!
Dengan langkah yang malas, aku bergerak juga masuk ke
pejabat itu. Dengan hati yang tak relanya, aku gagah berikan senyuman kepada
pekerja yang menegurku.
Apabila sampai saja dimeja. Aku terus menyembamkan muka di
atas meja. Tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling.
Tiba-tiba interkom aku bunyi. Ish! Buat terkejut jelah!
“ Nurul Asyiqin! Masuk ke pejabat saya!”
Ha! Itu suara bos aku atau lebih tepat lagi Irham! Argh!
Sabar Syiqin. Sabar! Fuh!
Aku melangkah juga ke pejabat Irham. Senyuman palsu diberi
sebaik saja aku masuk ke dalam.
“ Ye bos.” Sahutku perlahan. Tapi lain pula yang aku tengok
sekarang. Bukan Irham yang duduk di kerusi besar tu. Malah orang lain. Aik?
“ Ha! Meh sini!” dia memanggilku. Aku hanya menurut dengan
muka blurr!
“ Ini adalah bos sebenar awak. lepas ni saya hanya pekerja
biasa je dekat syarikat ni. Faham?”
Aku seperti burung belatuk pula apabila aku mengangguk je
apa yang Irham kata tadi.
“ Hai Asyiqin. Nice to meet you.”
Dia menghulurkan tangan kepadaku. Nak apa? Salam? Oh! No!
“ Erk.. Maaf kita bukan muhrim.” Ujarku selamba dengan
senyuman kecil. Dan yes! Dia tersentap! Haha!
Helo! Walaupun aku tak pakai tudung tapi aku still jaga
batas pergaulan okey!
“ Sorry.” Aku sempat menjeling ke arah Irham. Dan entah
mengapa aku rasa lega apabila dia tersenyum. Aik? Jangan cakap aku dah suka
dekat dia? Jangan!
“ Anyway saya Iskandar. Abang kepada Irham. Mulai hari ni
saya akan ambil kembali tugas di sini. Awak tak keberatan kan?”
Dia menyoal aku macam aku ni tak suka je dekat dia. Aku nak
keberatan buat apa? Sedangkan aku baru je kerja dekat sini.
“ Okey je.” Balasku sambil tersenyum. Senyuman yang
dibuat-buat sebenarnya.
**
Kejap-kejap aku pandang bawah. Kejap-kejap aku pandang atas.
Kejap-kejap aku pandang depan. Haish! Semuanya tak kena. Sebab apa? Sebab Encik
Irham ni daripada tadi tak habis-habis tengok wajah aku. Apa yang menarik pun
aku tak tau lah.
Sedangkan sekarang ni waktu kerja. Aku nak buat kerja pun tak
senanglah.
“ Awak ni dah tak ada kerja ke erk?” Soalku geram.
Tiba-tiba dia tertawa kecil. Aku rasa nak hempuk je muka dia
dengan beg aku ni ha!
“ Ada. Inilah kerja saya. Tengok awak.”
Gila! Ya aku rasa perkataan itu sesuai untuk dia. Gila
meroyan!
“ Jom lunch dengan saya.”
“ Tak nak. Saya ada banyak kerja.” Aku buat-buat sibuk
dengan menghadap komputer. Sedangkan aku nak elakkan diriku daripada terus
diperhati. Sebab? Sebab aku dah mula rasa lain. Ish!
“ Urm.. Esok? Saya tak kira. Esok awak mesti lunch dengan
saya.”
Amboi! Memaksa nampak!
“ Tapi…” Belum sempat aku nak habiskan ayat-ayat aku, bos
sebenar aku berdiri di belakang Irham. Irham tak sedar pun.
“ Tapi apa?” Dia menyoal pelik. Aku pula tersengih lalu aku
memuncungkan mulutku ke belakangnya. Dia yang yang tak faham terus menoleh ke
belakang.
Serentak itu dia berdiri tegak sambil tersengih kerang
busuk. Ha! Ambik! Ganggu lagi. Kan dah kena.
“ Apa yang Irham buat di sini?”
Aku rasa nak gelak je tengok wajah kelat Irham masa tu.
Manakala Iskandar pula bermuka serius.
“ Erk…”
“ Asyiqin. Teman saya lunch.” Ha! Aku pandang Irham dan
Iskandar silih berganti.
“ Tapi saya sibuk.” Aku berikan alasan. Sedangkan aku sedari
tadi Irham menjelingku tajam.
“ Tak apa. Kejap je. Jom!”
Aku dah serabut ni. Manakala Iskandar tu dah bergerak ke
luar pejabat. Aku pandang pula wajah Irham. Kenapa tiba-tiba aku nak rasa
bersalah pula dekat dia? Biarlah! Ini hidup aku. Lagipun aku bukannya isteri
dia lagi. Aik? Macam ada harapan je dia nak kahwin dengan kau Syiqin.
“ Erk.. Maaf. Saya pergi dulu.”
Aku terus berlari keluar daripada pejabat. Aku tak berasa
selesa akan renungan tajam Irham itu. Maybe dia kecewa sebab aku tolak
perlawaan dia tadi. Tapi sekarang aku terima perlawaan Iskandar pula. Abang
kandung dia.
**
Jelas sekali aku kekok apabila makan berdua dengan Iskandar
ni. Merangkap bos sebenar aku. Haish! Asal aku setuju je. Asal aku tak tolak je
ha? Nak buat Irham cemburu? Tak ada maknanya. Lainlah aku suka dekat dia. Erk?
“ Makanlah Syiqin. Nanti sejuk pula makanan tu.” Aku
tersentak.
“ Erk… Ya..Ya..” Aku tiba-tiba jadi gemuruh. Gemuruh di atas
sikap prihatin Iskandar ini.
“ Boleh saya tanya something dekat awak?”
Aku yang baru menyuap sesudu nasi ke dalam mulut hanya
mengangguk. Selera pun dah hilang.
“ Apa hubungan awak dengan adik saya?”
Aku tersedak. Mujur sikit je. Apasal dia tanya soalan macam
tu? Dah tak ada soalan lain ke nak tanya. Tanyalah soal kerja ke. Pengalaman
bekerja ke? Ni tak.
“ Erk…” Tapi aku kelu lidah nak membalas kata-kata Iskandar
tu. Tak tau kenapa. Yang pasti aku rasa berat nak mengaku yang aku tiada
apa-apa hubungan dengan Irham. Asal ni? Jangan cakap aku suka dekat dia.
“ Saya tahu Irham ada menyimpan perasaan dekat awak. sebab
itulah saya tanya.”
Aku terdiam. Ya! Aku pun dah tahu soal itu. Tapi tak sangka
abang dia ni cepat sungguh sedar.
“ Rupa memang boleh bohong Syiqin. Tapi mata tak boleh
bohong. Walaupun Irham cuba menafikan yang dia tak ada hubungan dengan Syiqin.
Namun mata dia menjelaskan segala-galanya. Atau awak yang tak suka dekat
Irham?”
Erk? Aku tergamam. Aku toleh kiri dan kanan. Tiba-tiba aku
berharap sangat Irham datang menyelamatkan aku. Ya Allah.
“ Boleh saya tahu kenapa bos nak tahu sangat soal perasaan
saya terhadap Irham? Sedangkan Irham kan adik bos.” Soalku berani.
Dia tersenyum kecil. Lantas dia dongak melihatku. Aku pula
jadi segan.
“ Sebab saya rasa saya suka dekat awak.”
Bagai batu terhempap atas kepala aku ni selepas dengar
pengakuan dia. Ya Allah. Apa patut aku buat ni. Mula-mula Irham. Sekarang
Iskandar? Haish!
“ Maaf.. tapi..”
Kata-kataku terhenti saat melihat Irham melangkah ke arah
kami. What? Apa yang dia buat dekat sini? Tapi alhamdulillah! Dia penyelamat
aku. Ceh!
“ Irham!” Aku melaung namanya. Itu juga menyebabkan Iskandar
terkejut.
“ Apa yang awak buat dekat sini?” Soalku skema. Berpura-pura
baik konon. Ceh!
Dan aku sedari yang Irham tajam merenung abangnya.
Sebenarnya mereka berdua saling berpandangan. Sebab? Entah!
“ Abang. Untuk pengetahuan abang. Asyiqin ni adalah bakal
isteri saya. Jadi saya harap abang jangan ganggu dia lagi.”
Aku tercengang. Aku lihat pula wajah Iskandar. Sah! Dia
nampak kecewa.
“ jom Syiqin.”
Tanpa sempat aku menahan, dia terus menarik tanganku untuk
pergi. Aku hanya sempat tersenyum dekat Iskandar. Kenapa sikap mereka berdua ni
berlainan sangat. Macam bermusuh pun ada.
**
“ Puas hati awak?”
Aku memandang wajahnya yang tegang itu. Kemudian aku
mengeluh kecil.
“ Saya tak faham maksud awak.” Ujarku lantang.
“ Tak faham atau buat-buat tak faham?” Tiba-tiba dia
meninggikan suaranya terhadap aku.
Aku yang tengah duduk pantas berdiri menghadapnya.
“ Apa masalah awak ni? Dah saya kata tak faham tu bermakna
saya tak fahamlah. Yang awak nak marah-marah saya kenapa pula?” Serangku juga
dalam nada yang tinggi. Sakit hati ni!
Tiba-tiba dia tersenyum sinis memandangku. Aku pula yang
sedih sebab sikap dia lain sangat seperti sebelum ni. Kenapa?
“ Awak sengaja kan ikut abang saya keluar lunch. Sedangkan
awak tolak saya mentah-mentah. Sebab apa? Sebab awak pilih abang saya kan?”
Pedas sekali
kata-kata dia tu. Aku mengetap bibir menahan marah. Kenapa dia tuduh aku
bukan-bukan. Aku sama sekali tiada perasaan dekat Iskandar. Malah aku Cuma
anggap dia sebagai bos. Lagipun aku juga masih belum dapat terima awak dalam
hidup saya. Ya Allah. Kenapa semua ini harus terjadi.
“ Maksud awak? awak cemburu?” tebakku dengan muka yang
tegang.
Dia terdiam. Aku pula yang tersenyum sinis. Cemburu! Dasar
lelaki!
“ Macam ni lah. Untuk pengetahuan awak, saya tidak anggap
Iskandar tu lebih daripada seorang bos. Dan saya juga tidak anggap awak lebih
daripada seorang kawan. Sedangkan sebelum ni saya rasa yang saya dah boleh
berfikir untuk menerima lamaran awak tu.”
Aku berdiam diri seketika. Memberi dia ruang untuk faham apa
maksud aku.
“ Tapi! Tapi gara-gara sikap cemburu awak tu. Hancur
segala-galanya. Awak buat saya ni macam betul-betul hak milik awak. sedangkan
saya ni belum sah pun jadi isteri awak. lagipun ini hati saya. Jadi saya
berhaklah nak memilih sesiapun untuk jadi bakal Imam saya.”
Tanpa aku sedari, air mataku telah mengalir keluar. Ya
Allah. Kenapa tiba-tiba aku sedih sebab dia tak percayakan aku? Adakah benar
yang aku dah mula sayangkan dia?
“ Cukup Irham. Cukup!”
Aku terus memusingkan badan untuk beredar daripada taman tersebut.
Tapi belum sempat aku nak melangkah, tanganku digapai lembut.
“ Syiqin…” Tapi aku pantas merentap tangan aku. Aku tak sudi
dia buat aku macam ni.
“ Lepaskan saya jika awak rasa saya ni menyusahkan awak.”
Seusai aku berkata, aku terus berlari daripada situ.
Sekarang apa yang perlu aku buat? Nak
pulihkan hati yang tiba-tiba sakit atas sikap Irham tu. Ish! Sah! Aku dah mula
sayangkan dia. Haru!
**
“ Uhuk!”
Badanku menggeletar kesejukan. Wajahku pucat lesi. Argh! Aku
demam lagi. Sebab? Sebab aku terkejut kot. Gara-gara semalam yang aku bergaduh
dengan Irham tu.
Ah! Kali kedua aku demam gara-gara dia. Ish! Haru betul
haih!
“ Angah!”
Mak mengetuk pintu bilikku. Tapi aku tidak berdaya nak
menjawab sahutan mak. Macam sebelum ni lah. Parah!
“ Angah! Angah belum bangun lagi ke?”
Aku sedaya upaya bangun dan perlahan-lahan berjalan ke arah
pintu. Kalau tak kunci tak apa. Masalahnya aku kunci.
“ Ke..kejap.” lemah aku bersuara sambil membuka pintu.
“ Angah!”
“ Awak!”
Aku tersentak melihat along dan Irham berada depan mata aku
sekarang. Sejurus itu aku jatuh terduduk dengan batuk yang teruk.
“ Ya Allah angah! Kenapa ni?”
Along memapah ku sampai ke birai katil. Kemudian aku
dibaringkan. Irham yang melihat jadi resah. Tapi aku langsung tak memandang ke
wajahnya. Aku still kecewa dengan dia. Gara-gara awak jugala saya demam tahu
tak?
“ Angah.. Jom kita ke klinik. Demam angah teruk ni.” Ajak
along. Irham di sebelah masih berdiam diri.
Aku menggeleng perlahan.
“ Ubat demam sebelum ni pun ada lagi. Angah makan je lah
ubat tu.” Balasku lemah.
“ Dan… Suruh dia keluar.” Aku tujukan khas buat Irham. Aku
tak nak dia ada di sini. Melihat keadaanku yang lemah ni.
“ Tapi dia datang nak cakap sikit dengan kamu.”
“ Tak nak! Tak nampak ke orang tengah sakit ni!” bentakku
tak puas hati.
“ tak apalah Arash. Aku tunggu dekat luar je. Harap awak
cepat sembuh.”
Aku hanya berdiam diri. Tak ada hati nak balas kata-kata
dia.
**
Huarghhh! Mengantuknya! Walaupun demamku masih belum sembuh
semenjak semalam. Tapi sikap aku ni dah macam orang sembuh. Makan pun bukan
main selera. Cuma satu je masalahnya. Aku tak makan ubat. Ehehe…
Aku tak lalulah nak makan ubat. Biarlah dia sembuh dengan
sendirinya. Makan ubat tu pun sebagai penahan sakit je. Dan ini rahsia antara
Allah dan aku je. Tiada seorang pun yang tahu aku tak makan ubat. Kuang..
Kuang.. Kuang.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilikku diketuk. Aku jeling jam di dinding. Baru pukul
9 pagi. Siapa tu?
“ masuklah! Pintu tak berkunci.” Laungku lalu bangun duduk.
“ Asyiqin…”
Aku tersentak. Aku pantas menoleh ke arah pintu. Irham!
“ Apa yang awak buat dekat sini?” Soalku hairan. Dia tak
kerja ke?
“ Mulai hari ini saya akan jaga awak sampai sembuh. Lagipun
awak demam gara-gara saya kan? jadi itu tugas saya mulai hari ini.”
Aku terlopong. What? Dia akan jaga aku? Eh? Helo! Family aku
ada untuk jaga okey?
“ mak dan ayah awak yang benarkan.”
Aku sekali lagi terlopong mendengar jawapan dia. Mak! Ayah!
Sampai hati buat angah macam ni. Huhu!
“ Ini untuk awak.”
Sekeping kad dihulurkan kepadaku. Aku dengan berat hati
menyambut huluran tersebut. Kemudian kad itu aku buka dan baca.
‘ Semoga cepat sembuh!
Saya akan sentiasa tunggu awak! >_<’
Aku tersenyum kecil. Irham ni kan? Aku mendongak untuk
mengucapkan terima kasih tapi dia dah menghilang. Aik? Mana dia pergi?
Tut..tut..
Telefon bimbitku pula berbunyi tanda pesanan masuk. Dengan
malas aku membukanya.
‘ Jangan lupa makan
ubat. Ini demi kebaikan awak. Saya tahu awak langsung tak menyentuh ubat tu.’
Aku tersentap. Dia tahu? Kantoi! Tapi macam mana?
Telefon bimbitku berbunyi lagi.
‘ Sebab saya sentiasa
perhatikan awak. Cuma awak je yang tak sedar.’
Aku pandang segenap bilik aku. Dia bubuh kamera tersembunyi
ke? Kau jangan cari fasal dengan aku Irham. Aku saman kau nanti!
Tut..tut.. Sekali lagi?
‘ Jangan risau. Tiada
kamera tersembunyi dalam bilik awak pun. Along awak ada untuk jadi spy saya.’
Kali ni, aku betul-betul pengsan!
**
Dah dua hari berlalu. Dan macam yang dia kata. Dia akan
mengambil alih tugas mak dan ayah untuk menjaga aku. Tapi Cuma pagi je.
Walau apa pun aku hairan. Iskandar tak marah ke dia tak
masuk kerja. Nanti tak ke naya kalau dia dipecat. Aku dipecat tak apa lagi
sebab aku bukan orang penting pun dalam syarikat tu. Lainlah Irham. Dia
sebahagian pemegang saham dalam syaritkat tu.
Tapi aku hanya berdiam diri. Aku tak mahu tanya lagi yang berkaitan
dengan dia.. Lagipun tiada kena mengena dengan aku pun. Kan aku tak suka dia.
Eh? Yeke!
“ Awak… Nah makan bubur.”
Dia muncul secara tiba-tiba dan menghulurkan aku semangkuk
bubur. Aku tengok dalam bubur tu lalu aku menggeleng.
“ Kenapa?” Dia soal aku pelik. Aku menolak mangkuk itu jauh.
“ Saya tak suka bubur yang ada halia.” Eh? Banyak songeh
pula aku ni. Haha! Lantaklah. Siapa suruh dia nak jaga aku kan?
“ Yeke.. kalau begitu saya pergi buat lagi satu. Tunggu
tau.”
Serta-merta dia keluar semula daripada bilik aku. Aku yang
tengok tergamam. kenapa dia sanggup bersusah payah menjaga aku? Sebab dia rasa
bersalah? Atau dia benar-benar cintakan aku? Atau..
Berapa banyak atau daa… haish! Pening aku.
“ Sebab dia nak tebus balik kesalahan dia selama ini. Dia
juga sedar yang dia buat kamu demam. Dia juga benar-benar cintakan kamu.”
Along memandangku tajam. Aku pula terdiam mendengar
kata-kata along sebentar tadi.
“ berhentilah daripada sikap ego kamu tu angah. Kamu
sayangkan dia tapi kamu still tak mengaku sebab kamu tak suka. Tak suka jika..”
“ Cukup.” Halangku daripada along terus berkata-kata.
“ InsyaAllah along. Kalau benar kami ada jodoh. Kami tetap
akan bersama.” Ujarku perlahan lalu menghadiahkan senyuman buat along. Along
hanya mengangguk lalu beredar apabila irham masuk semula ke dalam bilik aku.
“ Nah… Ini bubur tiada halia.”
Aku melihat mangkuk dan dia silih berganti. Kemudian aku
tersenyum nakal.
“ Kenapa?” Jelas dia tertanya-tanya kenapa aku tersenyum
nakal.
“ Suapkan saya.” Mintaku nakal. Amboi semenjak bila kau jadi
macam ni Syiqin! Teruk!
“ Oh.. Dengan berbesar hati saya akan suapkan awak. nah…”
Terima kasih Irham!
Selepas selesai aku makan. Sebelum dia balik, dia
menyerahkan aku sekeping kad. Lagi sekali? Tapi aku tidak bertanya banyak malah
aku buka dan baca.
‘ Semoga cepat sembuh! Saya sentiasa akan tunggu awak.
>_< ‘
Telefon bimbitku pula berbunyi.
‘ Macam tu lah. Nanti saya jamin awak akan cepat sembuh.
Inilah Nurul Asyiqin yang saya sayang sangat-sangat. Jangan lupakan jasa saya
ye..’
Akhirnya ketawaku meletus. Nampaknya awak dah benar-benar
buat saya sayangkan awak Irham!
**
“ Angah… Bangun sayang. Makan bubur ni.”
Aku tersedar daripada tidur saat mendengar suara along. Perlahan-lahan aku
bangun duduk.
“ urm. Pukul berapa ni?” Soalku dengan mengecilkan mata.
Akibat cahaya yang terlalu terang.
“ Dah dekat 11 pagi. Maaflah sebab along tak gerak kamu
awal-awal. Along pun tertidur tadi.”
Aku terpandang sekeping kad di sisiku. Kemudian aku pandang
wajah along.
“ Irham tak datang ke?” Soalku aneh.
“ tak. Along pun tak tahu kenapa. Kad tu pun along jumpa
dekat mailbox. Dah makan bubur ni. Along nak pergi dapur jap.”
Aku tatap kad itu sekilas. Kemudian aku meletakkan mangkuk
bubur di meja. Aku tiada selera nak makan. Tiba-tiba je pula aku rasa tak sedap
hati.
Kad itu aku ambil dengan penuh debaran. Awak! kenapa awak
tak datang?
‘ Awak… Maafkan saya. Tapi saya janji esok saya datang.
Tunggu saya. ^_^ ‘
Awak ke mana Irham? Awak kan dah janji nak jaga saya sampai
sembuh. Tapi saya belum sembuh. Dan hari ni kan awak nak tahu jawapan tentang
lamaran awak tu. Saya nak berikan awak jawapan lah ni. Saya terima awak!
Namun aku pandang sepi kad itu. Maybe dia sibuk. Aku pun
satu. Dah hilang baru nak tercari-cari. Ye! Aku tahu aku salah! Maafkanlah aku!
Huhu!
**
Tiga hari telah berlalu. Sampai aku dah sembuh pun daripada
demam. Tapi Irham dah tak datang lagi. Kad terakhir yang aku terima pun dua
hari yang lepas. Ke mana dia pergi ni? Jangan buat aku gelisah boleh tak Irham?
“ Angah!”
Aku yang baru keluar daripada bilik menoleh ke arah along.
“ Nah.. Ada kad untuk kamu.” Aku memandang kad itu sepi.
Tapi aku tetap menyambutnya.
Hump! Baru terfikir nak bagi kad dekat aku ke Irham? Nampak
sangat kau dah tak ingatkan aku lagi. Ceh! Merajuk nampak! Mestilah!
‘ Maafkan saya. Saya tahu awak marah. Tapi esok saya akan
datang.’
Aku lempar kad itu ke dalam bilik. Cakap kosong. Sebelum ni
dia dah janji. Tapi dia telah mungkiri janji itu. I hate you Irham! Eh? Betul
ke? Arh!
“ Asal yang angah lempar kad tu?” aku tersentak. Along
nampak rupanya.
“ entah. Automatik!” jawabku selamba. Aku duduk di sisinya
menghadap tv. Aku benar-benar tiada mood sekarang ni.
“ Angah. Lusa along akan berkahwin. Doakan along ye?”
Aku hanya mengangguk. Along aku untung. Dah nak kahwin. Tapi
aku ni yang tak habis-habis masalah lagi. Yang Irham tu. Aku makin curiga
dengan dia. Jangan sampai aku ambil keputusan yang statik. Merana kau Irham!
Aha!
“ Kan bagus kalau angah kahwin sama dengan along. Kita dapat
bersanding sama-sama.” Tiba-tiba along bersuara.
Aku terkelip-kelip memandang tv. Kemudian aku tersengih
jahat.
“ Boleh. Tapi tolong carikan calon dekat angah. But not
Irham!” Ujarku selamba.
Okey! Aku tekad! Aku dah kemukakan idea bodohku kepada
along. Kalau along tak terima dan Irham tak datang juga esok. Aku akan kahwin dengan
Iqbal tu. Benar-benar akan berkahwin. Jangan menyesal sudah!
“ Angah!” Along tiba-tiba meninggikan suaranya. Sampai sakit
telinga aku mendengar.
“ What?” Aku turut meninggikan suara.
“ Habis? Irham tu kau nak buang ke mana? Bukankah kau
sayangkan dia?”
Aku tersengih tapi sekejap je bila aku kecewa dengan dia.
“ Angah buang je lah dia dalam parit dekat tepi rumah tu.
Banyak ikan boleh berkawan dengan dia.” Balasku dengan muka selamba. Ada aku
kisah? Haha!
“ Kalau macam tu…”
“ Kalau esok dia tak datang juga. Angah tekad. Angah akan
kahwin dengan Iqbal. Fullstop!”
Pantas aku masuk ke dalam bilik dan menghempasnya kuat. Puas
hati aku! Ini menunjukkan aku benar-benar marah akan dia. Janji yang tak boleh
pakai! Arghhhh!
**
Seawal 7 pagi aku bangun dan menghadap tv. Kejap-kejap aku
kerling jam di atas. Kejap-kejap aku toleh ke pintu utama. Kejap-kejap aku
tengok tv. Dah serupa macam cacing kepanasan dah aku rasa.
Aku tunggu. Aku tunggu sampai pukul 8. Kalau dia tak datang
juga…. Aku akan pergi jumpa Iqbal dan bersetuju untuk berkahwin dengan dia.
Fullstop! Fuh! Berani betul kau ye Syiqin. Biarkan! Biar dia tahu betapa
seksanya menunggu.
Atau dia sengaja berbuat demikian? Yalah sebab sebelum ni
dia je asyik menunggu aku. Tak ada gunanya.
“ Dah serupa patung cendana along tengok kau ni.”
Aku menjelingnya tajam. Amboi! Sedapnya dia mengata adik
sendiri.
“ Tanyalah orang yang along percaya sangat tu. Cakap tak
serupa bikin! Huh!”
Aku memeluk diri. Lagi 15 minit nak pukul 8. Aku dah ready
ni. Biar kau tahu siapa Asyiqin yang sebenarnya.
“ Berilah dia peluang. Angah rasa dia sibuk tu. Along
peliklah. Sebelum ni bukan main lagi kamu benci dia dan tak mahu pun tengok
muka dia. Tup..tup.. menunggu pula. Dah tu sampai marah dia sebab dia mungkir
janji. Pelik…”
Along sengaja menggelengkan kepala sambil tersengih.
“ lantaklah! Along juga kata yang adik along ni dah sayang
sangat kat dia. So? Inilah jadinya! Angah tekad ni. Jangan main-main ye..”
Ugutan ku tak menakutkan along pun sebaliknya dia gelak adalah. Ceh!
Penat berbalah dengan along. Aku keluar daripada rumah.
Pandanganku kini hanya terarah dekat rumah Iqbal di seberang jalan je. Biarlah
apa orang nak kata sekalipun. Ada aku kisah?
“ Macam seorang isteri sedang berduka atas kecurangan suami
je. Haha…”
Hish! Aku lempang juga mulut along ni kejap lagi. Tak boleh
pakai punya along. Bukan nak tolong tenteramkan hati aku ni. Sakitkan lagi
adalah. Hish!
Tik tok! Tik tok! Tik tok! Akhirnya! Jam sudah menunjukkan
pukul 8 tepat. Tak kira! Sekarang aku akan pergi ke rumah Iqbal.
Assalamualaikum…
“ Eh? Angah! Nak pergi mana tu?” Soal mak.
“ nak pergi cari calon menantu mak. Tu… depan tu je rumah
dia. Doakan angah berjaya ye..”
Aku teruskan langkah. Malah makin laju. Apabila sampai
sahaja di hadapan rumah Iqbal. Aku menarik nafas dalam lalu hembuskannya.
Rileks.. rileks… Tanpa membuang masa, aku mengetuk pintu rumah Iqbal.
Tapi lain pula aku dapat. Aku tiba-tiba ditarik sehingga ke
rumah. Balik? Eh? Siapa yang tarik aku ni?
“ Lepaslah!” Aku dongak dan aku tersenyum sinis.
“ Kenapa awak nekad?” Soalnya tegang. Haha! Tahu pun marah.
Yang selama ni buat aku tertunggu tu tak marah pula?
“ Kenapa? Awak bukan lagi suka ke saya nak kahwin dengan
orang lain? Bukankah awak dah lupakan saya? Jadi biarlah saya nak buat apa-apa
pun.” Ujarku lantang.
Tiba-tiba Irham menghulurkan sekeping kad. Dengan malas aku
menyambut.
‘ Jadi awak betul-betul cintakan saya? Alhamdulillah… Saya
datang ni pun nak merisik awak lah. Sebab tu saya tak datang-datang selama tiga
hari sebelum ni. Lagipun along kan spy saya?’
Aku terlopong. Adakah aku tertipu? Tipah tertipu!
“ Awak… Tak mungkin saya nak biarkan awak kahwin dengan
orang lain. Kan saya dah kata yang saya betul-betul cintakan awak. saya takkan
lepaskan awak begitu mudah. Tengok sekarang. Walaupun baru dua minggu kita berkenalan,
awak pun dah sayangkan saya. Itu buktinya kita berjodoh.” Jelas Irham lembut.
Tidak lupa juga senyumannya itu.
Aku diam mendengar kata-katanya. Kemudian aku tunduk
memandang tanah.
“ Saya nak uji awak sebenarnya. Saya nak tahu adakah betul
awak ni sayangkan saya? Lagipun saya tahan diri nak jumpa awak sebab along
awak. Along awak suruh saya dekatkan diri dekat Allah dulu. Fikir masak-masak
dulu. Dan melalui itu saya dapat jawapan. Awak memang jodoh saya.”
Tanpa di duga, air mataku mengalir. Kata-kata dia sebentar
tadi kedengaran ikhlas. Patutlah along tak menghalang aku sebelum ni sebab dia
tahu perkara yang sebenar.
“ Awak kan nak suami yang mampu menjadi Imam, soleh dan
bertanggungjawab? Jadi saya tengah cuba la ni.”
Irham memandangku dalam.
“ Angah! Jangan buat drama dekat sini boleh tak? Dahlah tadi
drama nak pinang anak teruna orang tak jadi. Eh silap? Bekas anak teruna sebab
Iqbal tu kan dah pernah berkahwin.”
Aku merengus geram. Along!!!!
“ Awak…” Terhambur keluhan kecil daripada mulut aku.
“ Kenapa awak ni sweet…. Sangat…” Aku menarik hidungnya
spontan. Kemudian aku tersengih apabila hidungnya merah.
“ of course! Kan saya bakal suami awak.” Werk! Haha!
“ Okey fine! Saya mengaku saya cintakan awak. Dan saya
terima awak.” ujarku dalam satu nafas je.
Irham mula tersenyum lebar.
“ tapi dengan satu syarat.” Aku menjongket kening
melihatnya. Syarat pula kau nak beri dekat Irham ni. Apa tu?
“ Awak kena biar saya kahwin dengan Iqbal dulu. Eh? Tak de.
Gurau je. Hahaha…”
Sudah cukup aku mengenakan Irham sampai dia berubah marah.
“Nurul Asyikin Bt Muhd Zaki!!!” Aku ketawa lagi.
“ Ya!!!”
Okey! Orang kata kalau cinta mengaku je lah. Okey! Aku dah
mengaku pun. And… Happy ending!! Hihihihi…
~Tamat~
Best cerpen ni..sempoi jee..truskn berkarya..-kin-
ReplyDeleteDon'hv any idea what I wanna say abt..
ReplyDeleteLullaby story?....btw, you already try ur best...