Sepi dan kekok. Itulah yang Zahra sedang rasakan sekarang.
Keadaan di ruang tamu itu sunyi sepi tanpa bicara daripada kedua-dua lelaki
tersebut. Macam patung pun ada. Zahra yang melihat dari jauh itu mengeluh
kecil. Kalau asyik berdiam diri macam tu. Sampai bila-bila pun tak akan
selesai.
“ Akak Zahra..”
Zahra menoleh ke belakang. Farah terjongket-jongket melihat
ke arah ruang tamu. Manakala Izzati pula berada di belakang Farah. Dua-dua busy
body nampak.
“ Kenapa yang tercegat belakang akak ni?” Soal Zahra sambil
mencekak pinggang ke arah mereka.
Mereka berdua tersengih. Haah! Dah serupa penyiasat pun ada.
“ Kenapa mereka berdua tak cakap apa-apa semenjak tadi. Nak
tunggu kucing bertanduk ke baru nak cakap?” Izzati pula menyoal.
Zahra hanya menjongket bahu. Dia sendiri pun tak tahu. Kalau
tidak Izz berani sangat. Kenapa tiba-tiba diam je ni. Macam takut pun ada dah.
“ Biar akak pergi tengok.” Ujar Zahra lantas melangkah ke
ruang tamu bersama dulang minuman. Umi setia duduk di sisi Izz.
“ Minum dulu pakcik.” Ujar Zahra lembut lantas mengambil
tempat di sebelah Izz. Tapi tak terlalu rapat.
“ Terima kasih Zahra.”
Zahra hanya tersenyum. Dia mengerling pula ke arah Izz. Izz
daripada tadi setia tunduk memandang lantai. Serupa orang bersalah pun ada.
Zahra rasa nak ketawa pun ada. Dia hanya mampu menahan senyum.
“ Awak! sampai bila awak nak tunduk? Sampai kaki awak tumbuh
bulu yang banyak ke?” Soal Zahra dalam keadaan berbisik. Sempat lagi dia
senyum.
Izz yang dengar tersentak. Dia tersengih dalam diam. Zahra..
Zahra… Ada je benda yang awak nak usik saya kan?
“ Saya tak beranilah. Nak cakap pun tak terkeluar bahasa ni
ha.” Giliran Izz pula berbisik. Dah serupa duk dalam kelambu pun ada. Mujur umi
dan Fazli tak perasan.
“ Kata gentlemen konon. Yang ni pun takut ke? Apada..” Zahra
tertawa kecil. tapi dia masih kawal. Takut orang perasan.
Izz mengetap bibir. Sabar jelah!
“ Cepatlah cakap Izz! Saya nak tengok awak sebagai lelaki
berani. Janganlah jadi pengecut.” Sambung Zahra lagi dengan senyuman manis.
Izz menjeling geram ke arah
Zahra yang sedang tersenyum itu. Kalau diikutkan hati. Mahu je dia sekeh
kepala Zahra. Tapi dia still bersabar.
“ Pakcik.”
Akhirnya Izz gagahkan dirinya memanggil Fazli. Fazli yang
tengah berbual dengan Umi tersentak. Pantas mereka menoleh ke arah Izz. Zahra
yang berada di sisi Izz tersenyum kecil. Caiyok Izz!
“ Pakcik. Saya nak minta maaf.”
Izz masih setia tunduk memandang kakinya. Dia masih tak
berani bertentang mata dengan Fazli.
“ Tak. Pakcik yang patut minta maaf. Kalau bukan gara-gara
pakcik. Izz takkan merana. Ummi.. saya juga minta maaf. Harap korang sudi
memaafkan saya.” Fazli menahan sebak di hati.
Izz terdiam. Sesaat kemudian dia tersenyum. Dia lantas
bangun dan memeluk Fazli.
“ Saya dah memaafkan pakcik. Saya juga minta maaf sebab
selalu berkasar dengan pakcik.” Pinta Izz dalam pelukan.
Fazli yang menerima pelukan tersebut jadi kaku. Akhirnya dia
membalas pelukan Izz dengan penuh kesyukuran.
“ Terima kasih Izz. Pakcik dah lama maafkan kamu. Cuma
pakcik je nak minta maaf dekat kamu. Kerana pakcik juga ayah kamu meninggal.”
Izz meleraikan pelukan dengan senyuman kecil. Wajahnya sayu
cuba menahan tangisan. Dia tak mahu tangisannya pecah walaupun Fazli sudah pun
menitiskan air matanya.
“ Dah. Saya dah maafkan pakcik. Pakcik patut berterima kasih
pada umi dan Zahra. Kalau bukan mereka, mungkin sampai saat ini saya masih tak
mampu memaafkan pakcik.” Tenang Izz membalas.
Zahra terkedu tapi akhirnya dia tersenyum. Izz.. Saya terima
kata-kata awak tu. Terima kasih.
“ Zahra..Terima kasih.”
“ Tak ada apa-apalah pakcik. Saya hanya bantu sikit je.”
Izz dan Fazli kembali berpelukan. Dan suasana sebak
menyelubungi ruang tamu itu. Masing-masing menitiskan air mata. Tak mampu
menahan perasaan saat melihat Izz dan Fazli sudah berbaik. Alhamdulillah..
“ Baiklah. Nampaknya semua dah selesai.”
Suara Umi membuatkan semua orang kembali ke nyata. Izz dan
Fazli sudah pun duduk di tempat masing-masing.
“ Sekarang, semua dijemput ke dapur. Kita makan-makan.
Jemput abang Li.”
“ terima kasih. Jom Omar.”
Kini, tinggallah Zahra dan Izz di ruang tamu. Masing-masing
hanya tersenyum menghantar langkah umi dan Fazli ke dapur. Cuma mereka berdua
saja masih tercegat dekat tepi sofa tu.
“ Awak. Terima kasih.” Ucap Izz tiba-tiba.
“ sama-sama kasih. Macam ni lah Izz Firas yang saya kenal.”
Izz tersengih sampai ke telinga.
“ Oh ya? Jadi semalam tu bukan Izz Firas yang awak kenalah
ye? Izz yang marah-marah tu bukan Izz Firas ye?” Soal Izz dengan nada bergurau.
Zahra tertawa kecil. kemudian dia membuat anggukan kecil
sambil terfikir.
“ Rasanya lah. Sebab Izz yang saya kenal tak marah-marah
macam singa tu. dia seorang kelakar dan suka mengusik. Itulah Izz Firas yang
saya kenal.” Balas Zahra lalu mengerling Izz dengan sengihan.
Izz menjongket kening.
“ Oh! Jadi saya ni kelakar bagi awak? hurm.. Bagus-bagus.
Lepas ni saya ada peluang untuk usik awak lagi.” Nada Izz sudah berubah ke
nakal. Seronok nak kenakan Zahra.
“ Tak ada maknanya.”
Zahra melangkah meninggalkan Izz keseorangan. Tapi sempat
juga Zahra tersengih ke arah Izz dengan jelingan tajam. Tak puji pun tak apa
tadi. Buang karan je. haha..
“ Eh? Awak nak ke mana tu?”
“ Makan lah! Saya lapar.”
“ Nak ikut!”
Izz berlari ke arah Zahra dengan suara kanak-kanak. Bila
dengar meluat pula jadinya.
“ Jangan nak mengada-ngada macam kucing Parsi boleh?” Pinta
Zahra tanpa melihat ke arah Izz.
Izz hanya tersengih. Seronok tengok Zahra mencebik geram
macam tu. Comel!
“ Yang duk masamkan muka tu kenapa Zahra? Marilah makan
sekali.” Teguran Umi menyebabkan mereka berdua tersenyum lantas mengambil
tempat di meja makan.
“ Jangan segan-segan abang Li. Ni semua bukan saya yang
masak tapi Zahra ni ha.”
“ Ye ke? Mesti sedap ni.”
Zahra hanya tersenyum malu. Jangan puji lebih-lebih nanti
dia perasan. Haha.
“ Serius saya cakap. Masakan awak memang sedap. Terima
kasih.”
Izz berbisik pada telinga Zahra dengan senyuman kecil.
kemudian dia teruskan makan tanpa mempedulikan lagi jelingan Zahra. Dia dah
berjanji pada dirinya. Selepas ni tiada lagi kemarahannya pada Zahra dan akan
sentiasa buatkan Zahra tersenyum.
Manalaka Zahra terkedu. Tapi dia juga berkata pada dirinya
yang dia akan cuba melupakan perkara-perkara yang silam dan mencipta kenangan
baru. Itu lebih baik.
**
Suasana yang sangat gelap itu sudah tidak membawa ketakutan
padanya. Kini dia lebih bertenang dan berserah pada Allah Yang Maha Esa. Dia
juga dah bersedia jikalau ini takdirnya. Dia sudah tidak perlu takut lagi
kerana ini memang takdirnya.
“ Syazwan…”
Tiba-tiba suasana yang gelap tadi menjadi terang. Syazwan
terkebil-kebil melihat dua orang di depannya yang sama dengan dirinya itu. Cuma
seorang berpakaian putih dan seorang lagi berpakaian hitam.
“ Kau dah lepasi ujian kami. Kami rasa bersyukur kerana
akhirnya kau sedar kesilapan kau. Cuma kau masih kekurangan sesuatu. Kalau
benda itu tiada, kau takkan tenang semasa kau pergi nanti.” Ujar lelaki yang
berpakaian putih itu.
“ Aku tahu. Kemaafan dari Zahra. Maafkan aku. Aku dah cuba
untuk memujuk dia. Aku tahu semua ni salah aku sebab dah buat hidup dia
menderita. Tapi benar! Aku dah menyesal kerana buat dia macam tu. aku berharap
lepas ni akan ada orang ganti tempat aku. Aku Cuma berharap dia lebih bahagia
di samping lelaki itu.” Balas Syazwan tenang.
“ Baguslah kalau kau tahu. Kami Cuma nak ingatkan kau yang
masa kau dah tak lama. Kau buatlah apa yang sepatutnya. Kami pun rasanya sampai
setakat ini sahaja. Kami berharap Zahra akan maafkan kau.”
Selepas itu, kelibat mereka pun hilang. Dan suasana pula
menjadi gelap semula. Syazwan terjatuh dan mula tak sedarkan diri.
“ Abang!”
Syazwan tersedar saat dirinya dipanggil seseorang. Apabila
dia membuka mata, dia membuat senyuman kecil. Eslina!
“ Alhamdulilah. Abang dah sedar. Risau kami dibuatnya.”
Eslina mengucap syukur.
“ kenapa? Abang pengsan ke?” Soal Syazwan pelik.
“ Kau tak sedarkan diri selama dua hari. Doktor kata keadaan
kau kritikal masa kau tak sedarkan diri tu. kami pun risaulah. Tapi sekarang
kami lega. Kau dah bangun.” Muncul Hairul lalu memberikan penjelasan.
“ maafkan aku sebab buat kau risau. Abang pun minta maaf
pada Eslina.” Ucap Syazwan dengan rasa serba salah.
“ tak apa. bukan salah abang. Erm.. Abang nak makan?”
Syazwan hanya menggelengkan kepalanya. dia tiada selera nak
makan saat ini. dia hanya perlu berjumpa dengan Zahra. Dia nak sangat jumpa
dengan Zahra.
“ Abang nak minta sesuatu boleh tak? Rul! Kau boleh tolong
aku kan?”
Eslina dan Hairul saling berpandangan. Kemudian mereka
mengangguk memberi persetujuan kepada Syazwan untuk meminta tolong.
“ Tolong bawa Zahra datang ke sini. Aku nak minta maaf. Aku tak
nak berputus asa untuk minta maaf pada dia. Masa aku dah tak lama.” Kedengaran
lirih suara Syazwan saat itu. Dia hanya perlukan kemaafan dari Zahra.
Mereka berdua tersentak. Mereka sendiri tak tahu nak cari
Zahra dekat mana. Bila telefon tak ada orang jawab.
“ Insya-Allah. Kami akan sedaya upaya tolong kau. Kau jangan
risau ye.” Pesan Hairul dengan senyuman hambar.
Syazwan menghembus nafas lega. Baguslah kalau begitu. Dia
kembali menutup mata. Dia berasa penat sangat nak bercakap dan membuka mata.
Tiba-tiba juga kepalanya terasa sangat sakit. Macam ada batu terhempap di atas
kepalanya saat ini. sampai nak kerut dekat dahinya itu.
“ Arghhh!!!” jeritan Syazwan jelas mengejutkan Hairul dan
Eslina.
“ Eh? Abang! Kenapa ni?” Eslina jadi cemas. Hairul pantas menekan
butang kecemasan. Takut terjadi apa-apa pada Syazwan.
“ Argh!!! Sakit!!!”
Air mata Eslina mengalir juga. Dia tak sanggup tengok
Syazwan yang sedang menahan kesakitan itu.
“ Abang.. sabar!” Tangan Syazwan digenggamnya erat. Tak mahu
Syazwan menderita.
“ Es..Es..Abang nak minta maaf.. abang.. Argh!!”
Syazwan pantas menarik tangan yang digenggam Eslina dan
memegang kepalanya erat. Dia rasa sangat sakit. Dua kali ganda lebih teruk
seperti sebelum ni. Agaknya virus-virus dah merebak teruk ke kepalanya.
“ Abang!”
Eslina yang baru sahaja nak mendekati Syazwan pantas ditarik
Hairul. Dia tak nak Eslina ganggu Syazwan. Biarlah doktor yang rawat.
“ Sabar awak. sabar..” Pesan Hairul bagi menenangkan Eslina
yang tengah menangis itu.
“ Dia sakit awak. saya kesian tengok dia. Kalaulah saya
boleh ganti dia.”
Hairul terdiam. Dia merasa sebak dan sedih melihat Eslina
dan Syazwan saat ini. dia pun dah tak mampu nak berbuat apa-apa melainkan cari
Zahra. Ya! Cari Zahra!
**
“ Awak! mana awak!”
Dia resah. Dia melihat sekeliling. Tiada sesiapa pun di
sekelilingnya. Hanya suasana cerah tanpa orang. Dia jadi takut. Tadi dia pasti
dia ada dengar suara Izz dan Syazwan.
“ Zahra!”
Langkah Zahra untuk terus berlari terhenti. Dia menoleh ke
belakang. Dia terkaku. Syazwan!
“ Zahra!”
Zahra menoleh pula ke kiri. Izz!
“ Apa korang buat dekat sini? Kenapa panggil saya?” zahra
masih tergamam. Syazwan kelihatan sangat pucat pada pandangannya. Manakala Izz
kelihatan berseri-seri dan sentiasa tersenyum manis ke arahnya.
“ Zahra… Maafkan saya?” Suara Syazwan dengan lirih.
Zahra mengetap bibir. Syazwan!
“ Zahra! Maafkanlah dia! Awak sendiri yang cakap dendam dan
benci tidak boleh bawa ke mana-mana. Ia juga akan memakan diri sendiri. Jadi
maafkanlah dia.” Giliran Izz pula bersuara.
Zahra melihat mereka silih berganti. Mereka berdua kelihatan
bercahaya. Sama-sama juga kelihatan manis. Zahra terduduk dengan perasaan
berkecamuk.
“ Apa ni? Wan! Saya benci awak! Kenapa saya perlu maafkan
awak? beritahu saya!” Bentak Zahra.
Tiba-tiba Izz menghampiri Zahra dan berada tepat di sisi
Zahra. Manakala Syazwan tetap berdiri jauh di situ.
Dia hanya tersenyum melihat
ke arah Zahra dan Izz.
“ Maafkan saya? Maafkan saya?”
Zahra mengetap bibir. Air matanya senang sangat mengalir.
Dia juga sedih melihat Syazwan saat itu.
“ Awak…” Izz bersuara lalu duduk melutut di tepi Zahra.
Perlahan tangannya mengusap kepala Zahra yang diselaputi tudung itu.
“ Maafkan dia? Saya tahu awak boleh maafkan dia. Masa dia
dah tak lama Zahra. Dia dah menyesal. Percayalah..” Lembut Izz menyuruh.
Zahra melihat ke arah Izz. Kata-kata Izz bagai menusuk ke
dalam hatinya. Tanpa disedari, Zahra menganggukkan kepalanya. izz yang melihat
tersenyum lalu bangun berdiri.
Syazwan pula menghampiri Zahra. Manakala Izz menjauh
daripada Zahra.
“ Wan.. saya akan maafkan awak. tapi maafkan saya sebab
selalu berkasar dengan awak.” Ikhlas dan sendu. Itu yang dirasakan Zahra
sekarang.
Syazwan mendekati Zahra dengan lebih rapat lagi. Kemudian
dia meraih kepala Zahra lalu mencium ubun-ubun Zahra dengan penuh kasih sayang.
“ Maafkan saya juga. Saya harap selepas ni awak akan bahagia
dengan Izz.”
Zahra terkedu selepas kepalanya di kucup tadi. Izz pula
berada jauh daripada dia. Dan sekarang? Syazwan pula makin menjauh dari dia.
“ Awak berdua nak pergi mana?” Soal Zahra. Dia merasa takut
tiba-tiba.
Tapi mereka berdua hanya tersenyum.
“ Selamat tinggal Zahra. Saya harap Izz mampu membahagiakan
awak.”
“ Wan! Wan!”
“ Izz! Izz!”
“ Akak! Akak!”
“ Huh!” Zahra terus bangun duduk. Peluh yang merintik pada
dahinya tidak dipedulikan. Dia melihat sekeliling.
‘ Ya Allah. Aku bermimpi rupa-rupanya.’
Dadanya diusap lembut. Tapi dia terkedu seketika. Mimpi tu
seakan-akan benar. Syazwan! Ya Allah. Macam mana dia sekarang?
“ Akak? Akak okey ke ni?” Teguran Farah membuatkan Zahra
pantas menoleh ke kiri.
“ Erk..Akak okey. Farah jangan risau. Farah pergilah sambung
tidur.” Suruh Zahra lalu tersenyum kecil.
“ Kalau macam tu. Farah pergi dulu ye.”
Zahra hanya menganggukkan kepalanya. sebaik sahaja Farah
keluar. Zahra kembali baring dan menutup matanya. Tanpa dipinta, air matanya
mengalir keluar. Benar! Mimpi itu realiti. Dia benar-benar dapat rasakan kucup
Syazwan dan sentuhan Izz. Ya Allah. Apa akan jadi pada Syazwan.
‘ Maafkan saya? Maafkan saya?’
Zahra mengetap bibir kuat.
‘ Saya dah lama maafkan awak Syazwan. Semenjak saya tahu
awak sakit. Saya belajar untuk reda dan sampai sekarang saya dah maafkan awak.
maafkan saya kerana saya berkasar pada awak tempoh hari. Saya Cuma perlukan
masa.’
Akhirnya Zahra melelapkan mata bersama air mata kesedihan.
**
Pagi itu, Zahra bangun dengan semangat yang baru. Dia dah
tak mahu terus-terus bersedih. Tapi dia berniat ingin pergi jumpa Syazwan
selepas balik KL nanti. Masalahnya dia tak tahu bila.
Terhambur keluhan kecil dari mulutnya. Dia terus menongkat
dagu pada meja makan dengan harapan dia dapat fikirkan jalan penyelesaiannya.
Kalau boleh dia tak mahu seorang pun yang tahu dia nak pergi jumpa dengan
Syazwan. Kalau tidak, mesti diorang tak benarkan punyalah.
“ Mengelamun nampak?”
Zahra tersentak dan menegakkan kembali badannya apabila Izz
masuk ke dapur. Nak sarapan agaknya.
“ Awak sedang fikirkan apa?”
Izz ambil tempat di depan Zahra. Nampak macam Zahra tengah
alami masalah besar.
“ Entahlah. Saya runsing nak fikirkan jalan penyelesaian.
Waduh!”
Zahra mengetuk-ngetuk kepalanya yang tidak bersalah itu.
boleh sakit kepala dibuatnya.
“ Hei! Janganlah ketuk kepala yang tak bersalah tu. awak
ketuk kepala saya pun bagus sebab saya tengah sakit kepala ni.”
Izz menunjukkan kepalanya ke arah Zahra dengan sengihan. Dia
berniat untuk bergurau je. tapi tak sangka pula Zahra buat betul-betul.
“ Ouch!”
Zahra tersengih jahat. Tau pun sakit.
“ Gurau je kot.” Izz menyapu-nyapu kepalanya yang terasa
sakit tadi. Bukan main kuat dia ketuk.
“ Gurau-gurau pada masa ni adalah tidak sesuai ye encik
Izz.”
Zahra bangun dan melangkah ke arah sink. Dia mencuci tangan
lalu kembali ke ruang tamu. Niat di hati nak tengok tv. Tapi hasratnya tak
kesampaian apabila secara tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Kacau daun
betul.
“ Helo.”
“ Zahra. Please! Datang hospital sekarang juga!”
Zahra tersentak selepas disergah begitu. Lelaki pula tu.
“ Eh! Jap! Awak ni siapa? tiba-tiba nak sergah saya.” Marah
Zahra.
“ Maaf. Tapi tolonglah saya. Tolong datang ke hospital
sekarang. Syazwan! Dia..dia.. dia dah sangat tenat. Dia sedang tunggu waktu.
Doktor pun tak boleh nak berbuat apa-apa lagi. Please Zahra…”
Pap!
Telefon bimbitnya terjatuh di atas sofa selepas dia
mendengar kata-kata itu. Syazwan tenat?
“ Zahra?” Muncul Izz bersama kerutan di dahi. Dia berasa
aneh apabila melihat Zahra seperti menerima kejutan besar.
“ Izz..”
Zahra terduduk di sofa bersama linangan air mata. Rasa takut
pula mencengkam di hati. Dia tak tahu nak buat apa. yang pasti Syazwan sedang
menunggu kemaafan darinya.
“ Eh? Kenapa ni?” Izz pula jadi cemas.
“ Tolong bawa saya ke hospital sekarang.”
“ Tapi kenapa? Hospital mana?”
“ KL. Syazwan! Dia! Dia tenat sekarang!”
“ What?!”
Zahra mengangguk laju. Izz pula terpana.
“ Please…”
“ Okey. Jom!”
Izz meraup wajahnya perlahan. Syazwan! Dah lama dia tak sebut nama kau di depan aku. Ya
Allah.
No comments :
Post a Comment