Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday, 16 May 2014

Cerpen : Jangan Cintai Aku

Assalamualaikum.. 

Wah dah lama aku tak upload cerpen baru kan? Huhu. Pagi ini dan mungkin buat kali terakhir dalam tahun ini aku mengupload cerpen. Sebab apa? Sebab aku pasti sibuk dengan pra-u. Biasalah dah sambung belajar kan? So mesti sibuk punya. Huhu. Thanks pada yg sudi ikuti aku dari mula sampai habis. Lagipun aku sedar yg semua ini berkat dan sokongan dari korang juga. Kalau tak aku tak berupaya untuk teruskan hobi menulis aku ni. Huhu.. Ok! Mari kita enjoy membaca. >_<




“ Mila…”

Mila yang sedang leka melipat kain itu tersedar saat mendengar suara neneknya itu. Dengan pantasnya, dia melangkah masuk ke dalam bilik neneknya.

“ Ya nek? Nak apa?”

Mila duduk bersimpuh di sisi neneknya dengan senyuman kecil. Jatuh simpati dalam hatinya. Dah dua tahun, keadaan nenek dia macam ni. tak boleh bangun, berjalan. Hanya mampu terbaring lesu atas tilam ni. gara-gara strok yang dialami neneknya itu.

“ Nek.. nenek nak air…” Dengan susah payah Mak Siah menuturkan kata. Mujurlah mulutnya yang sedikit herot itu dah kembali pulih. Cuma dia masih belum mempunyai tenaga yang cukup untuk bangun dan berjalan sendiri. Keadaan dia masih lemah.

“ Kejap.”

Mila mencapai cawan kosong di sebelahnya itu lalu dituang air ke dalamnya.

“ Nah nenek. Minum pelan-pelan.” Pesan Mila lalu tersenyum lagi. Dalam hati dia bersyukur kerana neneknya makin sembuh. Alhamdulillah!

“ Mila..”

“ Ya nek?”

Mila mencapai cawan yang sudah kosong itu lalu meletakkannya di atas meja semula.

“ Ka..kamu pergilah. Pergi sambung belajar. Ne..nenek dah sihat.”

Mila tersentak. Kepalanya pantas digelengkan. Mana mungkin dia nak meninggalkan neneknya dalam keadaan begini. Tak mungkin sama sekali. Dahlah dia hanya ada nenek seorang dalam dunia ni. dia dah jadi anak yatim piatu sejak 5 tahun yang lalu. Kini tempat dia bergantung hanya pada nenek.

“ Mila okay lah ni. mila dah kerja dan boleh sara nenek. Itu dah cukup baik. Mila tak sambung belajar pun tak apa. asalkan nenek dah sihat.” Ujar Mila dengan senyuman.

Mak Siah tersenyum hambar. Ya Allah. Begitu besar pengorbanan cucuku ini. berilah dia kekuatan dan kebahagiaan dalam menempuhi semua dugaanMu itu Ya Allah. Aku tahu dalam hati dia teringin nak sambung belajar. Seperti kawan-kawannya yang lain.

“ Tapi Mila.. Umur kamu ni… dah sesuai untuk sambung belajar. Sekarang kamu dah kerja… ru..rugi kalau kamu tak sambung belajar. Spm kamu bagus.” Sambung Mak Siah lagi.

Mila terdiam. Nenek.. Macam mana Mila nak tinggalkan nenek dalam keadaan macam ni. lagipun mana kita nak cari duit nek.

“ Mila redha nek. Asalkan Mila dapat jaga nenek. Mila sayang nenek tau. Jadi, jangan suruh Mila tinggalkan nenek. Mila tak suka.” Mila menggelengkan kepalanya tanda tak suka Mak Siah cakap macam tu.

Mak Siah tertoleh ke arah lain. Dalam diam, dia berasa bersyukur kerana dia ada cucu yang baik seperti ini. Terima kasih ya Allah.

“ Dah.. Nenek berehatlah. Mila nak sambung buat kerja sikit. Mila keluar dulu ye..”

Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar daripada bilik Mak Siah. Serta-merta air matanya mengalir keluar. Dia terpaksa berpura-pura kuat depan neneknya itu. tapi dalam hati dia sendiri tak kuat yang disangka.

Walau apa pun yang terjadi. Dia takkan tinggalkan neneknya itu keseorangan dekat sini. Tidak akan!

“ Assalamualaikum!”

Tiba-tiba ada orang memberi salam. Mila yang sedang melayan perasaan terus menyeka air matanya itu lalu menuju ke arah pintu.

“ Waalaikumussalam. Ya? Nak cari siapa?”

Mila hairan. Tak pernah-pernah sebelum ni orang kaya datang ke sini. Hari ni kenapa tiba-tiba pula? Nenek ada saudara dari kalangan orang berada ke?

“ Maaf dik. Pakcik Cuma nak minta tolong sikit. Boleh tak pakcik pinjam tandas? Pakcik dah tak tahan ni. Lagipun dari sini ke bandar jauh lagi kan?”

Mila tersenyum kecil. Ingatkan apalah tadi. Nak tumpang tandas je pun.

“ Boleh. Pakcik masuklah. Saya tunggu dekat luar.” Suruh Mila lalu keluar daripada rumah. Pakcik itu terus masuk dan menuju ke dapur.

Mila pandang pula kereta Mercedes yang dibawa pakcik tadi. Dia sedikit terpegun melihat kereta didepan matanya itu. Cantik! Hurmm.. Bilalah aku boleh naik kereta macam ni erk?

Mila melangkah dengan lebih dekat lagi sampailah ke tingkap kereta. Bukan main gelap cermin tingkapnya. Kalau polis tahu ni, agak-agak kena saman tak?

“ Nenek.. kalaulah mak dan ayah masih ada dekat dunia ni. Pasti Mila dapat sebuah kereta dah kan?” Tanpa disedari, air matanya menitis. Seraya itu dia terus beristighfar dan menyeka air mata tersebut. Tak patut dia ungkit kisah lama. Ayah dan mak dia dah tak ada. Jadi tak boleh salahkan takdir. Apalah yang aku melalut ni?

“ Adik?”

Mila menoleh ke belakang. Pakcik tadi dah sudah.

“ Terima kasih kerana tumpangkan tandas adik. Maaflah..” Pakcik tadi tersengih kerang busuk. Rasa malu pula tumpang tandas orang.

“ Tak apa.”

“ Kalau begitu pakcik pulang dulu. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.”

Mila hanya melihat kereta itu berlalu pergi. Dalam diam dia berdoa agar suatu hari nanti dia dapat memiliki kereta seperti itu. InsyaAllah.

**

Wajah perempuan tadi kembali bermain-main dalam kepala otaknya. Rupa yang sedih dan air matanya yang mengalir itu membuatkan dia jadi tertanya-tanya dan ingin tahu hidup perempuan itu. Tapi? Tidak kah pelik namanya tu?

“ Tuan Muda?”

Haris tersentak daripada lamunan. Dia menoleh ke arah pemandu peribadinya itu.

“ Kenapa pakcik?”

“ Semenjak kita keluar daripada kampung tadi, tuan muda asyik diam je. kenapa tuan muda? Jangan-jangan tuan muda dah tertarik dekat perempuan tadi apa?” Teka Pak Samad dengan sengihan.

Haris tersenyum.

“ Mana ada. Mengarutlah pakcik ni.”

Cuma.. Haris tertanya-tanya. Kenapa dia menangis? Haris macam nak tahu sangat punca dia menangis. Tapi boleh ke?

“ Pakcik… Selepas ni kalau ada projek lagi dekat kampung tu. biar haris pergi seorang diri sajala.” Ujar Haris.

“ Kenapa pula? Kan Datuk suruh pakcik ikut Haris.”

Haris tersenyum sinis. Datuk Imran. Ayahnya itu tak pernah nak ambil tahu pun kisah aku ni. yang dia tahu hanya mengongkong. Tapi dia sedar ayahnya itu sayangkan dia. Ayahnya hanya inginkan yang terbaik buat dirinya.

“ Tak apa. nanti Haris cakap dekat ayah. Pakcik jangan risau.”

Yang aku risau sekarang ni adalah tentang perempuan tadi. Mujur cermin kereta aku ni gelap. Kalau tak mesti perempuan tu takkan menangis depan tu kan?

**

Semua nak kebahagiaan. Tapi tak semua akan dapat rasa itu. Macam juga Mila. Dia inginkan kebahagiaan itu, tapi dia perlu lalui derita terlebih dahulu. Mungkinkah rasa bahagia itu ada buat dirinya?

“ Mila.. Andai nanti mak dan ayah pergi dulu. Mak nak Mila janji satu dengan mak. Boleh?”

“ Mak.. Janganlah cakap macam tu.”

“ Janji dengan mak?”

“ Apa? Kalau Mila boleh tunaikan. Mila akan tunaikan. Tapi kalau tak?”

“ Mak yakin Mila boleh. Andai suatu hari nanti ada seorang lelaki datang dan melamarmu untuk hidup bersama dia. Kamu terima ye sayang? Belajar terima dan mencintai dia. Sesungguhnya lebih baik dicintai daripada mencintai. Mak yakin masa tu jodoh kamu dah sampai. Ye sayang ye?”

Mila terbungkam akan kata-kata maknya tu. Tapi adakah? Dia takut semuanya tak berlaku seperti yang diharapkan.

“ InsyaAllah mak.”

“ Assalamualaikum!”

Suara garau yang memberi salam itu mematikan lamunannya. Terbang peristiwa dia berjanji dengan mak dia dahulu.

“ Waalaikumussalam.”

Dengan berhati-hati, Mila melangkah ke arah pintu. Tapi dia terus mengerutkan dahi saat melihat kereta Mercedes dan seorang pemuda berada di hadapan rumahnya ketika itu. eh? Tak silap aku ni kereta semalam kan? Atau kereta je yang sama. Orang lain?

“ Encik cari siapa?” Soal Mila dengan sopan. Kalau nak orang hormat kita. Kita kenalah hormat orang terlebih dahulu. Tak gitu?

“ Saya cari awak.” Haris tersenyum kecil melihat riak terkejut Mila ketika itu. Gara-gara nak tahu sangat, pagi tu juga dia bergegas ke sini tanpa pengetahuan sesiapa pun. Teruk betul aku ni.

“ Cari saya? Saya kenal awak ke?”

“ Tak. Saya pun tak kenal awak. Tapi saya tahu awak.”

“ Huh?” Mila jadi tertanya-tanya. Siapa pula lelaki ni? jangan cari nahas sudahlah. Mahu aku jerit juga kot.

“ Kalau awak lupa. Meh saya tolong ingatkan kembali. Semalam, ada seorang pakcik ni datang dengan sebuah kereta Mercedes. Dia datang nak pinjam tandas. Dan pada masa tu, ada seorang perempuan datang ke arah kereta itu dan berdiri depan cermin tingkap. Apa yang dia cakap pun tak tahu. Tiba-tiba perempuan tu menitiskan air mata. Apabila pakcik tu selesai, perempuan itu pun berpura-pura tak berlaku apa-apa.”

Panjang lebar Haris menceritakan semula peristiwa yang berlaku semalam pada Mila. Mila benar-benar terlopong. Mak aii.. takkan dalam kereta tu ada orang kot?

“ Awak.. awak ada dalam?”

“ Yes! Saya ada dalam kereta. Tak keluar pun.”

Mila menepuk dahinya kuat. Ya Allah. Malunya aku! apa yang aku dah buat ni. tu lah. Lain kali tak payah nak berdrama lebih-lebih. Kan dah dapat malu. Huh!

“ Jangan risau. Hanya saya seorang saja yang tahu.” Sambung Haris dengan senyuman ikhlas.

“ Jadi apa tujuan awak datang ke sini?” Mila memandang lelaki di depannya itu dengan pelik.

“ Sebab saya nak tahu kenapa awak menangis. Boleh awak beritahu saya?”

“ Kenapa saya perlu beritahu awak pula?”

“ Sebab saya nak tahulah.” Haris tersengih kerang busuk.

“ Tu urusan saya. Awak tak perlu masuk campur. Sekarang awak dipersilakan balik.” Mila menahan geram dengan wajah selamba Haris ketika itu. dahlah malunya tentang hal semalam belum hilang lagi.

“ Ala.. Bolehlah. Beritahulah saya kenapa awak menangis semalam? Please…” Haris merayu pula. Dia bertekad, selagi dia tak tahu. Selagi tu lah dia takkan pulang ke rumah. Biarlah sampai malam pun dia terpaksa berada dekat sini.

“ Terserah! Yang pasti saya takkan beritahu awak. bukannya penting pun. Huh!”

Mila terus menutup pintu membiarkan Haris keseorangan dekat luar. Haris terkejut tapi dia tersenyum akhirnya. Haih.. kenapa aku rasa dia comel pula tak tau. Haru betullah aku ni. kenapa juga yang beria-ria aku nak tahu sangat ni. dah dia macam girlfriend aku pula. Hehe..

Mila yang berada dalam rumah merengus geram. Alahai! Malunya aku. yang aku ni pun satu. Gatal sangat yang menitiskan air mata tu kenapa. Kan dah kantoi. Huh! Apa aku nak buat ni?

“ Mila… Ada tetamu ke?”

Mila tersentak. Alamak! Nenek! Takkan nenek dengar kot suara lelaki tu.

“ Ma..mana ada.” Sangkal Mila lalu masuk ke dalam bilik neneknya.

Mak Siah melihat Mila yang bagaikan gelisah itu. macam ada sesuatu yang Mila sorokkan daripadanya.

“ Cuba beritahu nenek. Apa yang sebenarnya terjadi? Kenapa kamu nampak gelisah je ni?” Suara Mak Siah dengan lembut.

“ Tak ada apa-apalah nek. Mila okay je.”

Tiba-tiba mereka berdua mendengar ketukan. Mila terus menoleh ke pintu. Ya Allah. Lelaki tu tak balik lagi ke?

“ Pergilah tengok siapa yang datang.” Suruh Mak Siah lembut.

Dengan malasnya Mila buka juga pintu. Apabila nampak saja muka lelaki tadi. Dia merengus geram. Tiba-tiba saja dia tak suka bila lelaki ni ada depan mata dia.

“ Please. Dengar dulu apa yang saya nak cakap ni.” Pohon Haris. Dia benar-benar ikhlas nak tahu dan tolong Mila. Tapi perempuan depannya ni pula tak mahu.

“ Apa yang awak nak tahu? Sebab saya menangis depan kereta awak semalam? Yang tu?”

“ Kalau awak sudi beritahu. Saya tak tahu kenapa saya nak tahu sangat. Yang pasti saya takkan berganjak dari sini sampailah saya tahu masalah awak. Okay?” Ujar Haris sambil menjongketkan keningnya nakal. Sengihan tetap lekat pada bibirnya.

Mila menarik nafas dalam-dalam. Sabar Mila. Sabar. Bagitau je lah. Bukannya laki depan aku ni boleh buat apa-apa pun. Dia pun tak kenal aku.

“ Baik! Saya menangis sebab saya teringatkan orang tua saya yang dah meninggal. Saya menangis sebab saya terfikir andai saja ayah dan mak saya masih ada. Pasti saya dapat naik kereta macam tu. Puas?”

Serta-merta air matanya menitis tanpa sempat diseka. Dalam hati dia merungut. Perlukah dia menangis depan lelaki ni. rasanya tak perlu kot. Buang karan je. Huh! Pantas dia menyeka semula dan memusingkan badan untuk beredar.

“ Wait!” Haris menghalang apabila dia tersedar. Dia jadi sayu melihat air mata Mila tadi. Ya Allah. Apa aku dah buat ni? Bodohnya aku!  

Melihat saja Mila yang berhenti daripada melangkah itu. Haris cepat saja menyusun kata untuk meminta maaf. Salah dia juga sebab memaksa Mila bercakap. Kan perempuan tu dah sedih.

“ Saya minta maaf. Saya tak berniat nak buat awak sedih. Saya pun tak tahu kenapa dengan diri saya ni. Bodoh betul saya ni. Huh!”

Haris menumbuk dadanya kuat. Dia terasa dirinya bodoh sebab buat Mila menangis tadi. Mila yang melihat adegan itu terkejut besar.

“ Eh? Awak! dah la tu. saya tak salahkan awak la. Stop lah pukul diri awak tu. tak sakit ke?” Akhirnya Mila berkata juga setelah lama berdiam diri.

Pukulan Haris terhenti dan dia tayangkan sengihan pada Mila.

“ Sakitlah juga. Hehe..”

“ Dah tahu sakit pergi pukul tu buat apa.” Mila tertoleh ke arah bilik neneknya. Pasti nenek tertanya-tanya siapa tetamu dia ni. heh!

“ Hehe.. By the way. Saya Haris. Awak?”

“ Mila.. Saya harap awak boleh balik sekarang. Saya ada hal nak kena buat lagi. Erk.. Selamat jalan.”

Terus Mila menutup pintu sebaik sahaja dia selesai berkata. Dia menyandarkan dirinya pada belakang pintu. Perlahan-lahan dia menghembus nafas lega. Fuh! Dah kenapa aku rasa segan pula dengan dia. Ermm.. Haris. Sedap nama tu.

Manakala Haris dekat luar masih tersenyum lebar. Mila… Ok! Aku akan ingat nama kau Mila. Saya juga takkan lupakan wajah mulus dan comel awak tu. pasti takkan dilupai! Heh! Gila kah aku ni.

**

“ Muhammad Haris!”

Haris yang baru balik daripada kerja tersentak saat dijerkah oleh Datuk Imran secara tiba-tiba itu.

“ Ada apa ayah?” Soal Haris dengan wajah yang letih. Dahlah kerja dekat pejabat tu banyak. Balik pula kena jerkah macam ni. ada apa lagi ni? Apa yang ayah aku tak puas hati lagi ni.

“ Ayah baru dapat tahu yang kamu putuskan hubungan kamu dengan Alia. Betul ke?” Dengan wajah yang tegang Datuk Imran menyoal. Dia paling pantang kalau anak dia buat sesuatu yang dia tak suka. Kalau boleh apa yang dia nak tu lah anak dia kena turut.

“ yes! Haris yang putuskan. Kenapa? Salahkah apa yang Haris buat ni ayah? Dia tak setia dan seorang pembohong besar ayah. Memang patut Haris putus hubungan dengan dia. Apa lagi yang ayah tak puas hati?!”

Pang!

Haris terkejut saat pipinya ditampar ayah kandungnya sendiri. Ini kali pertama Datuk Imran menampar pipinya. Haris terpempan seketika.

“ Kamu jangan melampau Haris! Tak mungkin Alia orang sebegitu. Kamu dah salah Haris. Ayah tak kira. Kamu kena berbaik juga dengan dia atau kamu yang keluar dari rumah ni!”

Mata Haris memerah menahan rasa marah, kecewa dan sedih akan sikap ayahnya itu. tanpa menjawab pertanyaan Datuk Imran. Haris pantas melangkah naik ke dalam bilik.

‘ Ya Allah. Kenapa ayah aku jadi macam ni? berilah aku kesabaran.’

“ Dasar anak yang tak tahu dek untung! Huh!”

Datuk Imran mengurut perlahan dadanya. Dia dah penat sangat dengan kerenah anak tunggalnya tu. apa saja yang dia suruh buat pasti Haris akan melawan. Dia pun dah tak tahu nak buat bagaimana lagi agar Haris menurut kata-katanya. Semuanya memang tak boleh pakai. Huh!

**

Mila memandang sepi ke arah luar rumah. Tak tahu kenapa dia berharap agar lelaki yang bernama Haris itu akan datang ke rumah dia lagi. Sehari yang lepas, Haris datang ke rumahnya secara mengejut. Mila yang memang sibuk dan tak tahu apa-apa memang terkejutlah.

Mujurlah Haris ni baik orangnya kan? sudi tolong kerja Mila. Dalam seharian juga Haris berada dekat rumahnya pada masa itu. mila tersenyum sendirian. Haris..haris.. Kalaulah awak orang biasa macam saya. Pasti saya akan jadikan awak kawan saya. Tapi semua itu hanya anganlah Mila.

Mila tergelengkan kepala sendiri. Dia tak patut fikirkan soal lelaki kaya tu lagi. Tolonglah Mila! Lupakan dia. Dia tolong kau sebab simpati je tu. Jangan fikir yang bukan-bukan. Sebab apa? sebab aku tak layak dapat perhatian sebegitu.

“ Mila… Apa yang kamu menungkan tu?”

Suara neneknya itu membuatkan dia tersentak daripada lamunan. Dia pantas menoleh ke arah Mak Siah dengan senyuman kecil. alhamdulillah. Mak Siah dah makin sembuh. Seminggu lagi maybe dah boleh bangun dah.

“ Tak ada apa lah nek. Mila Cuma teringatkan mak dan ayah je.”

Mak Siah terdiam. Dia merenung dalam wajah satu-satunya cucu kesayangan yang dia ada. Mila dah banyak berkorban demi dia. Pasti sedikit sebanyak dia telah menyusahkan hidup Mila itu. ya Allah. Kasihanilah cucuku ini. berilah dia ketabahan dan kebahagiaan itu. dia berhak untuk merasa bahagia.

Tiba-tiba ada sebuah kereta masuk ke halaman rumah mereka. Mila yang memang berdiri di muka pintu bilik Mak Siah pantas sahaja menuju ke pintu utama. Dia memerhati pemandu kereta tersebut. Apabila pemandu tersebut keluar, Mila mula tersenyum lebar. Automatik sebenarnya.

“ Assalamualaikum Mila.”

“ Waalaikumussalam. Apa awak buat dekat sini?”

Mila keluar daripada rumah dan mendekati Haris. Haris kelihatan berserabut pada masa itu. Mila yang melihat tersenyum dalam hati. Mesti ada banyak kerja yang dia perlu buat ni.

“ Dah tahu sibuk kenapa datang ke sini? Jauh kot rumah awak ke sini.” Suara Mila lagi apabila Haris asyik berdiam diri daripada tadi. Hanya matanya saja tidak berdiam diri daripada merenung wajah Mila. Sampai naik segan Mila dibuatnya.

“ Awak percaya tak yang saya datang ke sini semata-mata nak jumpa awak?”

Mila tersentak. Kata-kata Haris tadi kedengaran begitu jujur pada pendengarannya.

“ Mestilah saya tak percaya. Ermm.. Masuklah. Nenek mesti gembira dapat jumpa awak lagi.”

Pantas Mila mengawal diri seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia tak nak Haris terlalu berharap padanya. Dia juga tak nak Haris suka pada dia kerana dia rasa dia tak layak dicintai oleh seorang lelaki seperti Haris.

Haris hanya melihat Mila masuk ke dalam rumah. Dalam hati dia kecewa. Mila.. Andai kau tahu yang aku dah jatuh cinta dekat kau. Agaknya apa reaksi kau ye?

“ Ayah tetap nak kahwinkan kamu dengan Alia!”

Tiba-tiba kata-kata itu bermain dalam fikirannya. Haris yang mula berasa bahagia tadi menjadi geram serta-merta. Alia! Huh! Apa yang ayah nak sangat dari kau ha? Dahlah penipu!

‘ Ayah! Kenapa ayah buta sangat? Alia tu bukan seorang perempuan yang baik. Tidak layak jadi isteri Haris. Tapi kenapa ayah tetap nak kahwinkan Haris dengan dia?’

Haris sendiri tak faham dengan sikap ayahnya itu. kadang-kadang baik , kadang-kadang merimaskan. Alangkah bagusnya andai ada seorang ayah yang memahami.

“ Awak! Menungkan apa lagi tu? masuklah!” Suara Mila mematikan lamunan Haris. Cepat sahaja Haris tersenyum dan masuk ke dalam rumah Mila. Aku datang sini sebab nak jumpa Mila. Buat apa aku nak bersedih dan runsing dengan masalah Alia? Huh! Buang masa!

**

“ Haris tak nak! Haris ada pilihan sendiri.”

Datuk Imran yang elok saja berbincang dengan bakal besannya itu Datuk Kamil tersentak besar saat Haris bersuara lantang daripada belakang. Serta-merta darahnya naik.

“ Haris!” tengkingan Datuk Imran tidak berjaya menakutkan Haris malah Haris siap berdiri tepat di hadapan Datuk Kamil lagi.

“ Pakcik. Maaf andai kata-kata saya ni bakal melukai hati pakcik. Tapi saya tak berniat pun. Saya Cuma nak berkata benar.”

Haris menjeling sekilas ke arah Datuk Imran sebelum meluahkan perkara yang sebenar pada Datuk Kamil.

“ Pakcik. Saya tak boleh terima Alia sebagai isteri saya. Sebab apa? Sebab dia tipu saya. Dia curang di belakang saya. Dia juga sanggup berlakon depan saya demi mengambil hati ayah saya.” Jelas Haris tanpa berselindung lagi.

“ A..apa kamu cakapkan ni? pakcik tak faham.” Datuk Kamil mula berasa terancam. Takkanlah sampai begitu sekali sikap anak tunggalnya itu?

“ Saya tahu pakcik takkan percaya sebab ayah saya juga tak percaya. Ini buktinya. Disebabkan ramai tak percaya jadi saya sediakan bukti yang kukuh buat pakcik dan ayah.”

Haris menyerahkan satu sampul surat berwarna coklat emas pada Datuk Kamil. Dia menanti dengan sabar dan tenang akan reaksi mereka berdua nanti. Dia pasti mereka berdua juga takkan percaya selepas melihat gambar yang berada dalam sampul surat itu.

“ Ya Allah!”

Datuk Kamil menekup mulut selepas melihat gambar-gambar anaknya yang sedang bermesra dengan lelaki lain. Dia terkejut besar.

“ Kenapa Kamil?” Soal Datuk Imran. Dia masih tak percaya Alia akan bohong mereka.

“ Ayah tengoklah gambar ni sendiri.” Haris menyerahkan pula pada Datuk Imran. Biar Datuk Imran lihat sendiri sandiwara yang sedang dilakukan Alia ketika ini.

Apabila sampai saja gambar itu pada tangan Datuk Imran. Datuk Imran terpempan. Dia terhenyak pada sofa. Haris yang melihat tersenyum sinis. Sekarang baru mereka tahu perangai sebenar Alia. Sebelum ni susah sangat nak percaya kata-kata aku.

“ Pakcik minta maaf bagi pihak Alia. Pakcik tak sangka dia akan tipu Haris.”

Haris tersenyum kecil.

“ Pakcik tak salah. Tak apa. lagipun saya dah ada pilihan sendiri. Harap pakcik tak marah.”

“ Mana mungkin pakcik marah. Pakcik bahagia andai Haris sudah jumpa puteri yang sebenarnya. Pakcik tumpang gembira.”

Bahu Haris ditepuk perlahan oleh Datuk Kamil. Haris menjeling ke arah Datuk Imran. Datuk Imran masih berdiam tanpa berkutik.

“ Ayah.. Sekarang ayah percaya kan? jadi tolong. Biar Haris buat pilihan sendiri. Lagipun orang yang Haris pilih ini baik orangnya. Dia takkan memalukan keluarga seperti dia.” Tegas Haris selepas Datuk Kamil beredar.

Datuk Imran bangun dan menatap tajam wajah Haris. Wajah itu masih tegang tanpa senyuman.

“ Ayah takkan izinkan.”

“ tak! Kali ni ayah kena juga terima dia. Mak pun dah suka dan ingin sekali dia jadi isteri Haris. Harap kali ni ayah tolong fikirkan kebahagiaan Haris. Tolonglah ayah! Berhenti mengarah Haris. Haris bukan budak kecil lagi.”

Datuk Imran terus berlalu daripada situ. Dia sakit hati melihat wajah merayu Haris. Manakala Haris pula mengeluh lemah. Kenapalah ayah aku sukar sangat nak faham apa yang aku rasa? Ya Allah!

**

Sudah seminggu berlalu. Dan sepanjang 7 hari itu jugalah Haris tak berhenti pergi menjenguk Mila. Dah bagaikan rutin hariannya sebelum pulang ke rumah selepas waktu kerja. biasalah orang dah jatuh cinta ni. jadi semuanya berubahlah sikit.

Mila yang tak nak dirinya menjadi perhatian kurang gemar dengan Haris yang hari-hari datang ke rumahnya. Apa yang istimewa pun tak tahulah. Tapi dia tak dapat menidakkan bahawa kerana Haris jugalah neneknya sekarang dah kembali sembuh. Alhamdulillah. Sekarang neneknya dah boleh berjalan sikit-sikit. Walaupun payah, neneknya tetap berusaha untuk berjalan. Terima kasih pada Haris.

“ Awak…”

Mila yang ralit termenung itu pantas menoleh ke arah kiri. Haris sedang leka memandang langit. Mila menoleh sekilas ke belakang. Nampaknya neneknya dah tertidur dekat sofa. Letih sangatlah tu. baru lepas berlatih berjalan dengan Haris ni.

“ Lebih baik awak balik sekarang. Dah nak dekat maghrib ni. nanti orang tua awak risau pula.” Suruh Mila.

Mujur mereka berada di luar rumah. Sebenarnya dia amat kagumi Haris. Selepas nenek tidur atau masuk semula ke dalam biliknya. Haris akan mengajaknya keluar ke halaman rumah. Tak nak menimbulkan sebarang fitnah. Itu yang membuatkan Mila makin hari senang dengan Haris.

“ Awak ni nak menghalau saya ke?” Haris menarik muncung. Dia rasa susah sangat nak lepaskan Mila hari ini. dia rasa macam tak nak balik. tapi dia kena faham yang Mila bukannya siapa-siapa dengan dia.

“ Haah! Menghalau. Dah sekerat hari awak berada dekat sini.” Dengan selambanya Mila berkata. Saja dia nak tengok Haris merajuk. Buruk sungguh rupa Haris.

“ Oh.. Tak apalah. Nak buat macam mana. Dah orang tu tak sudi nak tengok kita lagi. Tak apa. Saya faham.”

Haris dengan nada merajuknya terus bangun berdiri. Dia mendekati keretanya dengan perasaan sedih. Aiyok! Aku ni pun. Merajuk kalah perempuan. Haha.

“ Janganlah merajuk! Buruk!” laung Mila dari dalam rumah.

Haris tersenyum kecil. dia menoleh semula ke arah Mila.

“ Awak… Saya ada satu permintaan.”

“ Apa?”

“ Sudi tak awak jadi isteri saya?”

Gulp!

**

“ Andai suatu hari nanti ada seorang lelaki datang dan melamarmu untuk hidup bersama dia. Kamu terima ye sayang? Belajar terima dan mencintai dia. Sesungguhnya lebih baik dicintai daripada mencintai. Mak yakin masa tu jodoh kamu dah sampai. Ye sayang ye?”

Kata-kata ibunya suatu ketika dahulu kembali bermain dalam fikirannya. Janji yang telah dia buat. Permintaan ibunya yang harus dia tunaikan. Kalau tak dia rasa macam khianati ibu sendiri. Tapi tak semudah itu.

“ Sudi tak awak jadi isteri saya?”

Mila meraup wajahnya perlahan. Haris! Kenapa kau suarakan permintaan kau macam tu? aku tak bersedia lagi nak dengar ayat-ayat itu. tapi mengapa kau?

Mila merenung seketika wajah neneknya yang sedang lena itu. dah dekat 2 pagi. Tapi Mila masih gagal melelapkan matanya. Gara-gara permintaan Haris pada petang tadi.

‘ Mak.. Adakah dia jodoh Mila? Adakah dia bakal suami Mila? Seperti yang mak katakan tu? Mila buntu mak. Patutkah Mila terima atau tolak saja? Tapi mila dah berjanji dengan mak yang Mila akan terima siapa saja yang datang melamar Mila.’

Mila memejam matanya erat. Ya Allah! Bantulah aku untuk membuat keputusan yang tepat dan tidak membawa penyesalan pada diri aku ni.

“ Tapi kenapa?”

“ Sebab saya cintakan awak. saya nak lindungi awak. saya nak jaga awak seperti mana saya menjaga diri saya sendiri. Saya yakin awak pun ada perasaan dekat saya.”

“ Haris…”

“ Saya harap awak boleh terima saya sebagai suami awak. saya akan datang lagi esok. Saya nak dengar jawapan awak.”

Matanya yang tertutup tadi kembali dibuka. Haris.. Terima kasih kerana sudi mencintai aku. Tapi layakkah aku untuk dicintai?

**

“ Awak! saya takutlah.”

Haris tersenyum kecil melihat Mila yang kelihatan resah itu. gara-gara nak bawa Mila pergi berjumpa dengan orang tuanya.

“ Relaks. Ayah dan mak saya bukan nak makan oranglah.” Haris cuba bergurau tapi gagal. Mila siap menjeling marah lagi dekat Haris. Akhirnya Haris hanya tersengih kerang busuk.

“ Awak.. terima kasih kerana sudi terima saya.”

Mila terdiam. Adegan pagi tadi kembali bermain di kepala fikirannya.

“ Awak? macam mana?”

“ Awak yakin yang awak cintakan saya? Bukan hanya kerana simpati semata-mata?” Soal Mila inginkan kepastian. Dia kelihatan begitu tenang. Tapi pada masa yang sama dia jadi risau. Takut bukan dia jodoh sebenar Haris.

“ Ya. Saya cintakan awak. bukan kerana simpati.”

“ tapi saya tak layak dicintai oleh orang seperti awak.”

“ Syuhh!” Haris menggelengkan kepalanya tanda tidak suka mendengar kata-kata Mila sebentar tadi.

“ Semua orang layak untuk dicintai dan mencintai. Tak kisah siapa orang itu. Allah akan hadirkan seseorang untuk dia lengkapi hidup orang itu. macam kita. Tujuan saya, kehadiran saya dan kemunculan saya selama ini termasuk hari ini adalah untuk melamar awak. Anggap yang saya ni utusan dari Allah untuk bahagiakan awak.”

Air mata Mila automatik menitis saat mendengar luahan Haris sebentar tadi. Ya Allah. Dia benar-benar jujur dengan aku. Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan dia buatku.

“ Awak.. terima kasih. Saya akan cuba jadi isteri terbaik buat awak.” Putus Mila dalam senyuman.

“ Dah sampai!”

Suara itu mematikan lamunan Mila. Alhamdulillah. Walau apa pun cabaran pada masa depan, dia harap dia dapat tempuhinya bersama Haris.

“ Jom kita masuk. Mak saya dah tunggu dekat dalam tu.”

Mila menarik nafas dalam-dalam sebelum hembuskannya. Ya Allah. Berilah aku keberanian untuk berjumpa dengan orang tua Haris. Amin!

“ Haris?”

**

“ Ayah.”

Mila memandang Haris dan Datuk Imran silih berganti. Apabila pandangan Datuk Imran singgah padanya, cepat-cepat Mila tundukkan pandangan. Dia jadi takut pula melihat Datuk Imran macam tu.

“ Siapa ni?”

Haris tersenyum. Bahu Mila didakapnya.

“ Dia bakal isteri saya. Syamila.”

Mila dengan senyuman hambarnya melihat ke arah Datuk Imran.

“ Ikut ayah kejap!”
Haris tersentak. Apa lagi yang ayah tak puas hati ni?

“ Awak. tunggu sini kejap. Nanti saya datang balik.”

Mila hanya mengangguk dan menghantar Haris dengan pandangan mata. Mereka berdua masuk ke dalam rumah sekelip mata. Mila memerhati sekeliling. Cantik! Untung Haris. Aku? Ya Allah. Kerdilnya aku ketika berada dalam perkarangan rumah banglo ni.

“ Haris!!”

Jerkahan itu membuatkan Mila tertarik untuk mendekati kawasan dapur rumah tersebut. Dengan debaran dia mendekati kawasan tersebut. Tanpa pengetahuan sesiapa.

“ Kenapa ayah susah sangat nak faham Haris? Kenapa? Haris bukan budak kecil lagi ayah. Haris dah besar dan boleh buat keputusan sendiri. Haris berhak untuk cari kebahagiaan sendiri!”

“ Kamu dah buta ke? Perempuan miskin dan selekeh macam tu yang kamu cari buat bini? Kamu memang dah buta! Buta dengan cinta!”

Mila terpempan.

“ Ayah! Jaga sikit mulut ayah tu. Dia Mila. Bukan perempuan miskin dan selekeh. Ayah tak berhak hina dia sesuka hati ayah. Dia manusia biasa juga.”

“ Ayah tetap tak suka! Ayah nak kamu tinggalkan dia sekarang juga! Kalau tak kamu keluar daripada rumah ni!”

Mila menekup mulut bagi menahan tangisannya agar didengari oleh mereka berdua. Air matanya dah lebat turun ke pipi.

“ Tapi ayah?”

“ Dia tak layak dapat kebahagiaan! Dia tak layak dicintai oleh kamu! Dia juga tak layak untuk hidup sebumbung dengan kita! Ingat tu!”

Akhirnya Mila melarikan diri daripada situ. Dia dah tak dapat tahan dengan kata-kata hinaan Datuk Imran sebentar tadi. Ya Allah. Memang benar aku tak layak dicintai oleh Haris malah oleh sesiapapun melainkan Engkau Ya Allah.

‘ Aku tak boleh! Aku tak boleh bersama dengan dia. Aku tak boleh! Mak! Maafkan Mila sebab tidak dapat tunaikan permintaan mak. Mila rasa Haris berhak cari orang yang lebih baik berbanding Mila.’

“ Ayah!”

Haris merengus geram dengan kata-kata Datuk Imran sebentar tadi. Mila bukan miskin! Mila bukan selekeh! Mila juga layak dicintai! Ayah memang tak faham! Argh!!!

Haris meraup kuat rambutnya ke belakang. Ya Allah. Apa patut aku buat ni? Mila. Baru Haris sedar yang dia sudah lama tinggalkan Mila di luar rumah. Tanpa berlengah, dia pantas melangkah ke luar.

“ Mila! Mila!”

Haris tersentak apabila Mila sudah tiada pada tempat tadi. Dia pusing satu kawasan rumah untuk mencari Mila. Tapi sayangnya, Mila tak ada.

“ Mila!”

Haris rasa bagai nak gila! Argh! Kenapa? Mila! Awak pergi mana? Pulanglah pada saya. Saya cintakan awak!

**

“ Assalamualaikum! Mila! Mak Siah!”

Haris memandang kawasan rumah. Sunyi. Pintu dan tingkap rumah juga tertutup. Mana perginya mereka ni? Haris mula rasa gelisah.

“ Mila!”

“ Maaf encik?”

Haris tersentak. Datang seorang makcik ke arahnya dengan senyuman.

“ Datang cari Mila dan Mak Siah ke?”

“ Haah. Ke mana mereka pergi makcik? Semalam saya datang mereka ada ja.” Soal Haris.

“ Maafkan makcik. Tapi mereka dah tinggalkan ini buat kamu. Dari Mila. Kamu bacalah surat tu. Selepas tu kamu akan tahu mereka akan pergi ke mana.”

Sebaik sahaja Haris menyambut surat daripada makcik tadi. Makcik tadi pun beredar daripada situ. Haris jadi berdebar-debar saat membuka surat itu. ya Allah. Ke mana mereka pergi?

Assalaumualaikum Haris…

Maaf andai surat ini buat awak terkejut. Saya rasa saat awak baca surat ini. saya dah tiada dekat rumah. Saya dan nenek dah pergi jauh dari situ. Maaf andai saya pergi tinggalkan awak begitu saja.

Awak.. Saya Cuma nak awak tahu yang awak layak dapat perempuan yang lebih baik daripada saya. Yang lebih kaya dan tak selekeh macam saya. Saya tahu saya tak patut mudah mengalah dan berjuang bersama awak dalam mendapat restu ayah awak. Tapi maaf. Saya tetap tak boleh. Saya tak boleh tahan hinaan ayah awak.

Saya tahu saya memang tak layak dicintai oleh sesiapa melainkan Allah. Saya faham dan redha kerana sebenarnya kebahagiaan itu tidak pernah ada buat saya. Awak.. Tolonglah lupakan saya. Jangan cintai saya. Sebab saya tak layak untuk dapat semua kebahagiaan itu daripada awak. awak terlalu baik.

Please! Selepas ini tolong jangan cari saya. Biarlah kenangan yang kita bina selama ini tersimpan jauh dalam sudut hati ini. saya minta maaf jika saya ada buat salah sebelum ni. Tolong sampaikan salam buat ayah dan mak awak. beritahu mereka yang saya takkan ganggu awak lagi.

Yang ikhlas… Mila…

Air matanya menitis laju selepas membaca surat itu. Hatinya bagai ditusuk sembilu. Ya Allah! Mila.. Kenapa awak tinggalkan saya?

‘ Saya takkan dapat lupakan awak Mila. Awak adalah cinta saya. Saya tetap akan cintai awak sehingga hujung nyawa saya. Saya yakin andai kita ada jodoh. Kita pasti akan dipertemukan semula.’

Puas dia melihat sekeliling rumah itu. akhirnya dia melangkah masuk ke dalam kereta untuk pulang ke Kuala Lumpur. Mila.. Jangan lupa yang awak sentiasa berada dalam hati saya. Tiada sesiapapun yang berhak gantikan tempat awak.

**

Matanya setia memandang ke luar tingkap. Memandang pemandangan cantik pada waktu petang. Dia cuba mencari ketenangan dalam diri. Dia tersenyum bagi menutup kesedihan dalam hati. Dia kuat. Ya dia kuat!

“ Mila…”

Mila menyeka air mata yang menitis tadi sebelum neneknya nampak.

“ Kenapa Mila buat Haris macam ni? Mila buat dia terseksa. Tahu tak?” Tegur Mak Siah. Dia tak suka dengan sikap cucunya ni. Melarikan diri.

“ Mila ada sebab nenek. Lagipun Mila tahu. Mila tak berhak dapat kebahagiaan itu. Mila percaya andai bahagia itu ada buat Mila. Allah pasti akan menghantarnya juga. Tapi Mila yakin bukan sekarang.” Jelas Mila dengan tenang.

Mak Siah terdiam. Ya Allah. Berilah dia kekuatan. Aku tahu dia seorang yang kuat Ya Allah.

‘ Haris. Jangan cintai aku lagi. Jangan buat aku rasa serba salah. Kata-kata ayah kau betul. Aku ni miskin dan selekeh. Tak layak untuk dapat semua kebahagiaan itu. Saya faham Haris. Saya doakan awak bahagia dengan orang lain. Yang pasti bukan saya.’

“ Jom ke dapur nek.”

Kini mereka berdua kembali ke rumah orang tua Mila dekat Kelantan. Dia bersyukur kerana ada juga tempat untuk dia sembunyikan diri daripada Haris.

Dia percaya, dia bukan jodoh yang baik buat Haris. Apa pun yang berlaku, dia terima. Biarlah dia mengalah kali ini. Dia tak sanggup ingin melihat Haris menjadi anak derhaka. Jadi dia kena faham dan undur diri. Harap Haris bahagia selepas ini.

~Tamat~

#Ada orang minta nk suruh sambung. Hurmm.. Tgkla keadaan mcm na.. Hehe#

Popular Posts