Tangan itu dikucupnya berkali-kali. Rasa risau dan takut
mencengkam di hatinya. Apatah lagi selepas melihat keadaan Umi yang pucat itu.
Kelihatan seperti tak bermaya lagi.
“ Izz..”
Kepalanya ditolehkan ke belakang. Ternyata Alif dan Farah.
Tapi siapa yang berada di belakang Alif tu?
“ Zahra.” Sebut Alif apabila Izz tertanya-tanya insan yang
sedang berdiri tepat di belakangnya itu. Zahra sengaja tak mahu berdepan dengan
Izz. Maybe sebab malu.
“ Urm.. Duduklah.”
Izz bangun menjauh daripada Umi. Sebelum tu sempat lagi dia
mengucup dahi Umi. Perlahan juga dia berbisik pada telinga Umi.
“ Umi.. Izz balik dulu ye. Bakal menantu Umi boleh tolong
jagakan.”
Izz tersenyum tawar lantas keluar daripada situ. Dia hanya
membiarkan mereka bertiga melihatnya pergi. Izz sememangnya perlukan masa untuk
bersendirian saat ini. kalau orang tengok, mesti orang dah kata dia macam
tengah putus cinta. Sedangkan tak pun.
“ Farah.. kenapa dengan abang Izz kamu tu?” Bisik Zahra agar
tidak diketahui Alif.
“ Entahlah akak. Farah sendiri pun tak tahu. Tapi abang Alif
tahu. Farah rasa akak patut tanya dia.” Balas Farah dengan ringkas.
Zahra memandang pula ke arah Umi. Umi… Kenapa umi boleh jadi
macam ni? apa yang telah terjadi umi?
“ Maafkan Alif Umi. Alif tak mampu jaga Izz dan Umi seperti
arwah walid jaga kamu berdua. Alif gagal..” Lirih suara Alif ketika itu. Farah
yang berada di belakangnya hanya mampu mengusap perlahan belakang Alif agar
bertenang.
Zahra menahan sebak. Umi memang rapat dengan orang ramai.
Umi juga terkenal dengan budi bicara yang sopan dan penyayang itu. Sebab itulah
semua orang di kampung amat menyenangi Umi.
“ Alif.. Mana Izzati?” Zahra baru teringat mengenai adik
Izz. Pasti Izzati tengah sedih sekarang ni.
“ Dia ada dekat rumah jaga Zahirin. Kami yang suruh. Lagipun
Izzati tengah menghadapi final exam.” Jawab Alif lalu menoleh ke arah Zahra
dengan senyuman kecil.
“ Kalau macam tu saya balik boleh? Saya nak tengokkan
diorang.”
“ Biar Alif yang hantar.”
“ Eh! Tak payah susah-susah. Ada teksi kan? kamu berdua jaga
je Umi. Biar akak pergi seorang.” Pantas Zahra menolak apabila Alif menawarkan
dirinya untuk menghantar dia ke rumah.
Akhirnya mereka berdua hanya mengangguk.
Zahra melangkah keluar daripada wad kecemasan itu dengan
langkah yang laju. Sebab apa? sebab dia ternampak Izz yang jauh di hadapannya
ketika itu. Izz kelihatannya sedang termenung.
“ Ehem! Ehem!”
Suara orang batuk mengejutkan Izz daripada ralit termenung
memikirkan masalah yang sedang melanda dirinya itu. Dia menoleh ke belakang.
Ternyata Zahra. Dia tersenyum kecil.
“ Awak. apa awak buat dekat sini? Tak pergi tengok Umi?”
“ Farah dan Alif ada. Saya nak balik rumah Umi nak tengokkan
Izzati jap. Mesti dia sedih.”
“ Tak perlu rasanya. Susahkan awak je nanti. Dia okey je.
tadi saya baru telefon dia.”
Zahra terdiam. Kalau dah itu yang Izz cakap. Dia tak mampu
untuk membantah lagi.
“ Awak.. Boleh saya tahu sesuatu?” Zahra pula menyoal. Dia
terlalu risau dengan keadaan Izz sekarang ni. Apa yang telah terjadi pada dia?
“ hurmm..”
“ Awak ada masalah ke? Risau saya tengok awak ni.” Dengan
penuh berhati-hati Zahra menyoal. Takut Izz terasa.
Izz tersentak. Nampak sangat ke? Terhambur keluhan kecil
dari mulutnya. Dia sendiri buntu memikirkan jalan penyelesaian bagi masalah
ini.
“ Entahlah. Pening dibuatnya. Umi jadi begitu pun kerana
saya. Semuanya salah saya. Kalau saya tak mulakan semua ini. Mungkin perkara
ini takkan terjadi.” Sayu je suara Izz ketika itu.
“ Cuba awak cerita dekat saya. Mana tahu saya boleh tolong.”
Izz meraup wajahnya perlahan sebelum memandang tepat ke arah
Zahra. Setiap kali dia memandang wajah Zahra. Dia berasa sedikit tenang. Terbit
juga senyuman kecil pada bibirnya saat terfikir perasaannya itu.
“ Awak rasa awak boleh tolong ke? Saya rasa tak.”
Tiba-tiba juga Izz tersenyum sinis lalu melihat ke arah
lain. Benarlah. Kalau masalah tu sangat besar. Sampai perasaannya juga dah tak
berapa nak betul. Zahra yang melihat perubahan pada diri Izz tu berasa sedih
seketika.
“ Kenapa? Kalau saya boleh tolong?” Giliran Zahra pula
menyoal.
“ Tak! Tiada sesiapa boleh tolong masalah saya melainkan
diri saya.”
Izz melangkah meninggalkan Zahra yang terpinga-pinga itu.
Dia tak mahu Zahra terkena tempiasnya saat ini. Dia masih belum dapat kawal
kemarahannya. Dia tak nak Zahra terasa akan dirinya itu. Dah lah dia tak pandai
nak pujuk perempuan ni.
“ Izz!” jerit Zahra selepas tersedar. Apa-apa pun dia perlu
membantu Izz. Dia rasa Izz amat perlukan bantuannya ketika itu. Biarlah dia
dimarah sekalipun.
“ Izz!”
Zahra memanggil lalu mendekati Izz yang masih belum
memberhentikan langkahnya itu. Dengar ke atau buat-buat tak dengar ni? Aneh!
“ Izz!”
Akhirnya Izz berhenti juga. Zahra pun dapatlah berdepan
dengan Izz ni. Wajah Izz juga kelihatan tegang semacam. Zahra jadi
tertanya-tanya.
“ Awak nak apa?” Dingin Izz menyoal. Benar! Dia langsung tak
ada mood nak berbual sekarang.
“ Jom kita duduk dekat situ.” Zahra melangkah ke arah kerusi
yang disediakan khas buat tetamu itu. Mujur orang tak berapa ramai dekat
hospital buat masa ni.
Izz hanya menurut. Dia berasa letih sangat. Kalau melawan
nanti dirinya pula kena membebel.
“ Hurmm.. Nak apa?”
Izz menoleh tepat ke arah Zahra yang sedang merenung dirinya
itu.
“ Beritahu saya apa masalah awak.” Tegas Zahra menyuruh.
“ Awak tak menyesal nak tahu?”
“ Kenapa pula nak menyesal?”
“ Sebab saya..”
Kata-kata Izz terhenti. Susah lah kalau macam ni. Kalau
boleh dia tak mahu sesiapa pun yang tahu melainkan familinya sahaja. Tapi Zahra
ni?
“ Sebab apa?” Zahra dah mula mendesak. Dia tidak akan
berganjak selagi tak tahu perkara yang sebenar daripada mulut Izz.
“ Sebab saya yang buatkan umi menangis lalu masuk hospital!
Semua sebab saya! Dan kerana pakcik saya! Kalau dia tak…”
Izz terkedu. Melihat wajah Zahra yang terkedu itu mematikan
hasratnya untuk meneruskan kata. Dia tak sengaja meninggikan suara kepada Zahra
tadi. Ni lah akibatnya kalau terlalu frust.
“ Maafkan saya.” Ucap Izz perlahan. Rasa bersalah bersarang
dalam hati.
“ Teruskan. Saya okey.” Balas zahra lantas tersenyum tawar.
“ Tak apalah. Saya rasa belum tiba masanya untuk saya cerita
dekat awak hal ni.”
“ No! I want to know!” Zahra masih berkeras.
Izz merengus geram. Hari ni Zahra degil. Nak tahu habis.
“ Pakcik saya memberitahu kebenaran pada umi fasal saya.
Kalau boleh saya tak nak umi tahu. Tapi semuanya dah terlambat.” Nada suara Izz
kembali kendur.
“ Apa masalah awak? Awak buat apa?” Zahra diselubungi rasa
ingin tahu.
“ Susah saya nak cakap. Tapi kalau saya cakap awak mesti tak
percaya.”
“ Cakaplah dulu. Kalau tak cakap manalah saya tahu nak
percaya atau tak.”
Izz tersenyum hambar.
“ Dulu… Saya dituduh pakcik saya mencuri duit syarikat.
Bukan tu je. Saya juga dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan salah seorang
perempuan dalam pejabat tu. Sedangkan saya tak tahu langsung semua tu.” Luah
Izz satu persatu. Saat teringat hal itu, hatinya mesti sebak. Dia memikirkan
kembali bagaimana rupa familinya saat itu. Terutama Umi. Umi sampai menangis.
Dia juga rasa bodoh sebab menyebabkan umi menangis.
“ Kenapa? Dia ada bukti ke?” Zahra mula berasa geram. Pakcik
apa kalau macam tu? Sampai sanggup tuduh anak buah sendiri.
“ Dia nakkan harta syarikat tu semua jatuh ke tangan dia.
Dia tak nak saya yang ambil alih harta syarikat tu. Dulu saya ada waris harta
atuk saya. Tapi pakcik saya tak nak harta tu jatuh ke tangan saya. Jadi dia
mula merancang sesuatu agar dia dapat memiliki harta tu. Sebenarnya saya
langsung tak kisah fasal harta tu. Saya tak teringin pun. Memandangkan saya
sajalah harapan ayah dan atok. Saya gagahkan juga usahakan syarikat tu. Tapi
tak sangka pula saya dituduh yang bukan-bukan.”
Izz tunduk memandang lantai. Tangannya diletakkan di
belakang tengkuk dengan perasaan sebak.
“ Jadi.. sebab tu lah awak menjadi peguam?” Zahra menyoal
pula.
“ Hurm.. Sebenarnya dulu saya memang minat nak jadi peguam
pun. Tapi saya terpaksa batalkan cita-cita saya tu demi ayah. Kalau tak sampai
sekarang saya dah jadi peguam yang berjaya. Selepas saja peristiwa tu. Saya
teruskan kerjaya saya sebagai seorang peguam. Walaupun ayah saya dah tak ada
masa tu. Tapi ayah saya menyesal sebab buat saya ni macam barang. Saya faham
perasaan ayah masa tu. Dan saya langsung tak salahkan mereka.”
Zahra tersenyum pahit. Tak sangka Izz telah banyak menderita
dulu. Demi ayah yang tersayang. Dia terpaksa kuburkan dulu hasratnya yang ingin
jadi peguam.
“ Dan sampai sekarang saya dah tak pernah jejakkan kaki ke
syarikat tu. Entah apa jadi pun saya dah tak ambil peduli. Tapi sekarang?
Pakcik saya muncul kembali. Katanya nak meminta maaf.”
Izz kembali menegakkan badan. Dia menoleh ke arah Zahra
dengan harapan.
“ Awak tahu tak? Pakcik saya dulu sangat kejam. Saya tak
boleh maafkan dia. Dan sekarang dia telah buat umi menangis. Kalaulah saya
bertindak lebih awal. Semuanya takkan terjadi.”
Tanpa dipinta, air mata jantannya mengalir di depan Zahra.
Zahra yang melihat jadi terkedu. Tak sangka Izz akan menitiskan air matanya
tanpa rasa malu. Wajah Izz ketika itu seperti mengharapkan belas kasihan.
“ Kenapa awak tak dapat maafkan pakcik awak? Dia kan dah
menyesal?”
Izz pantas menyeka air matanya. Tiba-tiba juga dia tersenyum
sinis saat memikirkan soal Fazli.
“ Menyesal? Huh! Kalau menyesal dia tak akan beritahu Umi
fasal semua ni. Dulu saya rasa sangat menderita sebab telah buatkan Umi
menangis kerana tuduhan sebegitu. Dulu umi langsung tak percayakan saya malah
dia lebih percayakan pakcik saya tu. Saya tahu dan tak salahkan umi sebab semua
bukti terarah pada saya.”
Izz berjeda seketika. Dia terasa air matanya ingin mengalir
lagi. Namun, dia harus kuat. Dia tak boleh lemah di depan Zahra walaupun dia
dah nampak sangat lemah saat ini.
“ Dan kalau boleh sampai bila-bila dah saya tak nak ungkit
soal ni pada umi. But now? He tell Umi everything. Dia juga buatkan Umi
menangis semula kerana bersalah tak percayakan saya. Saya rasa saya ni anak
yang tak berguna lah sebab buatkan umi menangis buat kali kedua. Saya memang
bodoh!”
Izz tertumbuk kerusi di sebelahnya dengan linangan air mata.
Zahra yang melihat terkejut. Izz kelihatan sangat marah. Wajahnya juga tegang
dan matanya memerah. Zahra rasa nak menangis melihat keadaan Izz saat ini.
“ Awak tak bodoh. Semua ni dah ditakdirkan. Awak harus
terima Izz. Awak janganlah jadi macam ni.” Suara Zahra separuh merayu. Dia nak
Izz yang dulu.
“ Jadi macam mana? Awak nak saya macam mana Zahra? Saya pun
tak faham dengan diri saya sekarang.”
Izz menutup mukanya dengan tangan. Dia menangis
sepuas-puasnya disebalik tangan itu. Dia tak mahu Zahra melihat wajah
kasihannya itu. Dia tak nak minta simpati.
“ Maafkan pakcik awak?” Zahra bangun lalu berdepan dengan
Izz. Izz masih tidak jatuhkan tangannya.
“ Awak maafkan dia ye? Dengan memaafkan dia semuanya akan
selesai. Awak juga dapat hidup bahagia semula.” Lembut saja Zahra menyuruh.
Izz menjatuhkan tangannya dengan perlahan. Dia mengelap
mukanya dengan tangan yang sedikit basah itu gara-gara air mata.
“ Awak ingat senang ke?” Izz pula bangun dan merenung tajam
ke dalam mata Zahra.
Zahra dapat melihat mata Izz yang penuh dengan dendam
terhadap Fazli itu.
“ Semuanya bakal jadi senang kalau awak reda. Awak maafkan
dia ye?” Zahra tersenyum bagi meyakinkan Izz.
Izz terdiam. Dia melihat senyuman Zahra yang manis itu. Dia
tahu Zahra hanya ingin membantunya. Tapi masalahnya dia tetap tak boleh.
“ Tak! Susahlah saya nak cakap. Tapi saya takkan maafkan
dia!” Bentak Izz lantas meninggalkan Zahra termangu sendirian.
Izz pantas berlari keluar daripada hospital dengan perasaan
yang berkecamuk.
‘ Maafkan aku Zahra. Aku tak sengaja meninggikan suara
terhadap kau tadi. Masalahnya emosi aku tak stabil saat ni. Aku perlukan waktu
Zahra. Please..’
Zahra terduduk lalu menekup mulutnya perlahan. Perlahan-lahan
air matanya juga mengalir. Dia berasa sedih melihat Izz macam tu. Dia nak Izz
yang dulu. Dia tak nak Izz yang penuh dendam dan marah macam ni. Dia tak nak!
‘ Ya Allah. Bukakanlah hati pintunya untuk memaafkan
pakciknya tu. Aku tak nak dirinya diselubungi rasa dendam lagi. Bantulah dia Ya
Allah.’
**
Hairul memandang Eslina dan Syazwan silih berganti.
Terhambur juga keluhan kecil dari mulutnya. Dia sebenarnya kasihankan mereka
berdua. Eslina mesti sedih selepas kepergian Syazwan. Dan Syazwan juga tetap akan
bersedih selagi Zahra tidak memaafkan dia. Dia sendiri tak tahu nak buat macam
mana dah.
“ Rul..” Suara Syazwan yang lemah itu mengejutkan Hairul
daripada terus mengelamun.
“ ye Wan?”
Eslina masih belum sedar daripada tidur. Eslina nampaknya
sangat letih.
“ Zahra masih belum datang-datang lagi?”
Soalan Syazwan berjaya mengundang rasa sebak di hati Hairul.
Ya Allah. Apa patut aku buat untuk bantu Syazwan?
“ Kau sabar ye. Nanti-nanti dia datang lah tu. Maybe dia
belum dapat terima kenyataan yang kau sakit kot. Sabar ye.” Pesan Hairul dengan
senyuman kecil. Sekarang dia hanya mampu memberikan dorongan buat Syazwan.
“ Tapi sampai bila Rul? Aku tahu dia masih bencikan aku.”
Kedengaran lirih suara Syazwan.
“ Sabar Wan. Aku tahu dia mesti datang dan memaafkan kau.
Aku yakin tu.”
Syazwan hanya tersenyum tawar. Entahlah! Tapi dia hanya
mampu menunggu.
“ Wan..boleh aku cakap sikit?” Syazwan bangun duduk. Dia
penat untuk baring. Melihatkan Eslina yang nyenyak tidur itu. Dia rasa kasihan.
Eslina telah menjaganya semenjak seminggu yang lalu.
“ Apa?” Hairul rasa Syazwan macam nak cakap benda yang
penting.
“ Aku nak lepas aku tiada nanti. Kau tolong jagakan Eslina
ye. Aku tahu kau ada perasaan dekat dia tapi kau nafikan. Sebab aku kan?”
Hairul terkedu. Syazwan tahu?
“ Kau jangan risau. Aku tak marah malah aku bersyukur sebab
akan ada orang jaga dia selepas aku pergi nanti. Aku Cuma boleh harapkan kau
Rul.” Sambung Syazwan lagi dengan lembut.
Hairul menggelengkan kepalanya.
“ Aku yakin kau akan sembuh. Percayalah. Dah berhenti cakap
benda-benda yang mengarut tu. aku tak suka.”
Hairul pantas menoleh ke arah lain. Dia tak mahu Syazwan
melihat perubahan pada mukanya. Sungguh yang dia rasa takut dan sedih jika
benar Syazwan akan pergi dari hidupnya nanti. Syazwan adalah satu-satu kawan
baiknya sejak kecil lagi.
Syazwan kembali berbaring. Dia menutup mata erat. Tanpa
dipinta, air matanya juga mengalir. Dalam hati dia berdoa agar orang yang
berada di sekelilingnya akan bahagia apabila dia sudah tiada nanti. Dia Cuma
berharap agar dosa-dosanya bakal diampunkan.
No comments :
Post a Comment