Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 5 October 2013

Sesuci Kasihmu 7

Assalamualaikum...
Saya minta maaf sangat2 kerana dah lama tak upload sambungan cerita ni. Ni pun terpaksa curi masa sedikit. Yelah. SPM dah dekat. Satu apa2 pun belum bersedia lagi. Hoho.. Hope korang enjoy. Jangan lupa tinggalkan komen anda. ;)




“ Tunggu!”

Suara itu membuatkan Zahra, Izz dan Farah menoleh ke arah Syazwan.

“ Sebelum tu aku nak cakap sesuatu. Aku juga nak beritahu kau sesuatu Zahra dan aku nak kau ingat baik-baik soal ni. Lepas ni jangan nak cari aku dah.”

Zahra pantas menyeka air matanya. Muka Syazwan yang memandangnya sinis itu dipandang dengan seribu pertanyaan.

“ Apa tu Encik Syazwan?” Izz pula menyoal. Macam ada yang tak kena je ni? Aku pula tiba-tiba rasa tak sedap hati pula!

“ zahra! Kau dengar baik-baik. Mulai hari ni dan detik ni. Aku tak nak tengok lagi wajah kau yang kesian tu. Yang menjengkelkan tu. Aku tak nak lagi. Kau faham kan? Aku juga tak nak kau datang merayu dekat aku tentang anak kau tu. Aku tak ada hak dekat dia. Entah-entah anak siapalah yang kau kandungkan tu. Yelah.. Dulu kan kau layan ramai lelaki di luar sana. Manalah tahu kan?”

Zahra terpempan. Air matanya yang baru ingin kering itu kembali mencurah ke pipi. Hatinya bagai ditusuk benda yang sangat tajam. Sungguh! Dia rasa sangat sakit. Sakit sekali! Ya Allah.

Manakala Izz dan Farah tergamam. Tidak menyangka Syazwan akan berkata demikian.

“ Abang Syazwan! Jaga mulut tu sikit. Ini anak abang wan tahu tak? Untuk pengetahuan semua yang berada di sini. Akak Zahra ni tak pernah melayan lelaki lain kecuali suaminya yang sah. Akak Zahra juga dah tak lakukan perbuatan yang terkutuk tu. Dan akak Zahra juga tidak menyentuh mana-mana lelaki sebelum dia kahwin. Akak masih suci. Jadi tolonglah abang Wan. Tolong! Sekalipun abang tak suka dekat anak dalam perut ni. Janganlah abang hina kak Zahra. Dia manusia biasa juga.”

Farah menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap Syazwan. Mahu juga aku pelempang mulut dia kejap lagi kot. Mulut kau memang tak guna Syazwan.

Zahra berpaling daripada terus memandang ke arah Syazwan. Entah macam mana, dia boleh pula bertembung mata dengan Izz yang kelihatan terkejut itu. Akhirnya Zahra hanya tersenyum kelat.

“ maafkan saya Encik Izz. Saya rasa semua dah selesai. Lagipun dah terbukti saya dah tak diperlukan oleh suami saya tu. Saya harap Encik tolong uruskan secepat mungkin hal kami. Walaupun saya terpaksa menunggu selama 9 bulan 10 hari.” Ujar Zahra dengan tenang.

Izz dan Farah saling berpandangan.

“ Erk… baiklah. Saya harap Puan Zahra dan suami dapat datang ke sini semula selepas 9 bulan 10 hari. Masa tu automatik Puan dan suami akan sah bercerai.”

Izz mengeling sekilas ke arah Syazwan. Ya Allah. Kenapa masih ada lelaki macam ni dalam dunia ni. Tak ada rasa kasihan ke dekat isteri dia yang sedang mengandung ni. Syazwan! Kau memang jantan tak gunalah! Aku harap suatu hari nanti Allah akan turunkan balasan yang setimpal buat kau. Aku harap sangat!

“ Okey! Dah selesai kan? jom balik sayang…”

Dengan lagak yang angkuh, Syazwan dan Eslina pun keluar daripada pejabat Izz. Eslina yang sempat memandang ke arah Zahra hanya tersenyum sinis. Bagi dia, dia puas memperlakukan Zahra macam ni. Puas sangat!

Tanpa Izz dan Farah sedari, muka Zahra ketika itu menjadi pucat. Sangat pucat. Sampai Zahra dah tak mampu untuk membuka matanya. Kepalanya yang tiba-tiba pening itu dipicit.

“ Akak… Jom lah kita balik.” Ajak Farah lalu menoleh ke arah Zahra.

“ Ya Allah kak!”

Farah pantas memegang bahu Zahra apabila Zahra seperti nak tumbang. Muka akak pucat! Ya Allah.

“ Kak.. Kita ke hospital ye?” Farah kelihatan sangat cemas.

Zahra menggeleng perlahan. Rasanya tak perlulah sampai ke hospital segala. Lagipun aku hanya ingin berehat buat masa ni.

“ Biar abang bawa akak kamu ke hospital. Memandangkan kerja abang dah habis.” Izz bersuara. Dia turut risau melihat wajah Zahra yang pucat itu.

“ Tak. Tak payah. Akak okey ni. Jomlah kita balik.”

Zahra bangun. Sebelum dia bergerak, dia menoleh ke arah Izz yang sedang merenungnya itu.

“ Terima kasih atas segala-galanya.” Ucap Zahra ikhlas. Senyuman kecil dihadiahkan kepada Izz.

“ sama-sama. Lagipun ini tugas saya.” Balas Izz juga dengan senyuman. Serentak itu juga dadanya berdebar saat melihat senyuman Zahra. Apa dah jadi ni?

Zahra hanya mengangguk perlahan. Kemudian dia melangkah ke luar pejabat Izz dengan perasaan tenang. Walaupun sedih di atas perkara tadi. Tapi dia yakin dia mampu bertahan.

“ Abang Izz. Kami dah nak balik kampung kejap lagi. Abang Izz nak turut serta tak. Suami Farah ada di luar.”

Izz tersentak. Kemudian dia tersenyum kecil.

“ Nanti abang akan menyusul.” Ujar Izz ringkas. Farah pula hanya mengangguk lantas keluar daripada situ.

**

“ Dah selesai?”

Alif menyoal sebaik sahaja Zahra dan isterinya keluar daripada mahkamah.

“ Dah. Alhamdulillah.. Jomlah kita balik. Lepas ni kita nak terus ke kampung abang ke?” Soal Farah terus terang.

“ Boleh juga. Erk.. akak tak kisah kan?”

Zahra tersentak. Kemudian dia mengangguk. Niat mereka baik tu Zahra. Aku patut ikut cakap mereka. Demi kebaikan diriku ni.

“ Sebelum tu bang. Abang Izz nak menyusul kita kejap lagi.” Maklum Farah sebelum sempat Alif ingin masuk ke dalam kereta. Zahra dah terlebih dahulu masuk ke dalam kereta.

“ Abang Izz? Abang Izz kerja dekat sini ke sayang? Abang tak tahu pula.” Kelihatan Alif teruja mendengar tentang sepupunya itu.

“ Ye. Dia yang uruskan prosedur penceraian akak Zahra.”

Farah menjenguk ke dalam kereta. Akak Zahra nampak sangat penat. Ya Allah. Berilah akak aku kekuatan dalam menempuhi semua cobaan dariMu.

“ Alif!”

Muncul Izz dengan senyuman lebarnya. Gembira apabila dapat jumpa sepupu yang paling nakal dengan dia.

“ Ya Allah. Akhirnya kita dapat juga berjumpa.”

Mereka berdua berpelukan melepaskan rindu. Dah lama tak jumpalah katakan. Farah yang melihat terlopong. Selalunya orang perempuan je yang berpelukan ni. Ni yang depan mata aku. Lelaki? Hah!

“ Abang berdua. Boleh tak kalau nak melepaskan rindu dekat kampung saja. Kita dah lewat ni.” Suara Farah apabila kelihatan mereka berdua masih berpelukan melepaskan rindu. Dah kalah orang perempuan aku tengok.

Izz tersengih selepas leraikan pelukan. Alif pula menepuk perlahan bahu isterinya.

“ Isteri kau cemburulah Alif. Sebab kau tak peluk dia.” Usik Izz dengan sengihan nakal.

“ Mana ada? Tak ada masa Farah nak cemburulah. Dah! Orang nak balik. Cepat!” Farah pantas masuk ke dalam kereta. Pipinya dah merah akibat malu. Abang pupu Alif aku ni memang seorang yang suka mengusik sampai malu dibuatnya. Tengoklah bila akak Zahra kenal dengan abang Izz. Pasti tak lekang dengan senyuman kan?

Alif tertawa kecil manakala Izz tersengih lebar melihat reaksi Farah. Tak cemburu konon. Ceh!

“ Jomlah. Nanti isteri aku marah pula. Kau ikut belakang.”

Izz sempat menghalang Alif yang baru saja nak masuk ke tempat pemandu. Dahinya dikerutkan sedikit.

“ kau tak kisahkan nak cerita dekat aku apa masalah akak ipar kau. Aku nak tahu sangat-sangat ni.” Izz menyuarakan permintaannya.

“ InsyaAllah bro.. Jom. Dah lewat ni.”

Akhirnya Izz mengangguk. Zahra.. Aku tak tahu kenapa tapi aku nak tahu lebih lanjut tentang kau. Aku tak peduli kerana kau nampak lain daripada perempuan di luar sana.

***

‘ Tiada lagi kata-kata manis dari mulutnya. Tiada juga kata-kata pujian dari mulutnya. Apatah lagi ucapan cinta. Semuanya itu sudah tiada lagi mulai saat ini. Apakah ini permainan hidup buat diriku? Apakah aku hanya patung untuk dirinya? Dan! Adakah semua kata-katanya selama ini hanyalah dusta semata-mata?’

Air matanya yang ingin tumpah pantas diseka. Sehabis baik dia cuba mengawal riak mukanya daripada menjadi masam. Semua ini untuk mengelakkan dirinya agar dikhuatiri oleh Farah dan Alif. Sedaya upaya dia cuba ukirkan senyuman walaupun pahit.

Tiba-tiba lagu Kasih Jangan Pergi nyanyian Pria Band berkumandang di radio.


Bila ku hanya sesaat bagimu
Jangan biarkan ku terlanjur menyayangmu

Aku tak sanggup jauh darimu
Kerna kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untuk mu

Air matanya tumpah jua akhirnya.

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi


Zahra menekup mulutnya kuat. Sungguh! Lirik lagu itu sangat mengena pada dirinya. Lelaki yang dia cintai dulu kini dah beralih arah. Suaminya dah lain dan tidak mencintainya lagi. Tapi dia? Ya Allah.



Aku tak sanggup jauh darimu
Kerana kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untukmu

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meningggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi


“ Akak? Mahu singgah ke mana-mana dulu tak?” Farah menyoal setelah selesai dia menikmati lagu dari kumpulan Pria Band itu. Namun tiada sahutan daripada Zahra. Itu membuatkan Farah pelik.

“ Akak?”

Farah pantas menoleh ke belakang. Dan dia terkejut besar melihat keadaan Zahra pada saat itu. Pantas dia menyuruh Alif menghentikan keretanya.

“ Kenapa ni sayang?” Alif menyoal cemas. Dia melihat cermin sisi kereta. Kereta Izz turut berhenti di belakangnya.

“ Abang… Akak Zahra. Ya Allah.”

Farah tergesa-gesa keluar daripada tempat sebelah pemandu dan beralih ke belakang. Kemudian dia meribakan Zahra dengan lembut.


“ ya Allah Farah! Darah keluar dari hidung akak lah!” Alif pula makin cemas. Ya Allah kenapa dengan akak Zahra.


“ Cepat bang! Kita bawa akak ke hospital. Muka akak pucat sangat ni.” Suruh Farah turut dalam keadaan cemas.


Tanpa berlengah, Alif teruskan perjalanan. Kereta Izz pun turut bergerak. Maafkan aku Izz. Akak Zahra pengsan.

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers