Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 25 July 2013

His Heroin Or Wife? 19







Gulp!

Dahlia terteguk air liur apabila melihat filem yang dilakonkannya di televisyen sebentar tadi. Itu filem lakonan aku tu! Dan ops! Itu muka aku!

Dahlia mengerling sekilas ke arah Encik Dahlan yang berada di sebelah. Tapi Dahlia menghembus nafas lega apabila papanya tertidur. Lega! Ish! Kenapa aku tak tahu dah dua hari filem tu ditayangkan.

Haikal ni pun tak beritahu aku. Tapi! Walaweh! Aku malu lah kalau jumpa mahupun bercakap dengan dia. Kan aku belum berikan dia jawapan. Dah dua bulan kot. Mesti dia tertunggu-tunggu.

Dahlia tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Sekali lagi dia mengerling Encik Dahlan di sebelah. Telefon bimbit yang berada dalam genggamannya digenggam kuat.

“ Pa…” Dahlia memanggil Encik Dahlan. Nampaknya aku perlu tanya pendapat papa.

Encik Dahlan tersedar. Dia menggeliat kecil. Tertidur pula.

“ ye sayang. Ada apa?” Soal Encik Dahlan dengan senyuman.

“ Dahlia nak minta pendapat papa ni. Tapi papa jangan marah ye.” Pinta Dahlia.

“ Apa? Belum beritahu macam mana papa nak tahu. Cakap lah.” Suruh Encik Dahlan.

Dahlia tersengih.

“ Ada seorang lelaki lamar Dahlia. Tapi Dahlia belum berikan jawapan dekat dia.” Luah Dahlia sambil memandang Encik Dahlan.

Tiba-tiba riak wajah Encik Dahlan berubah. Itu menyebabkan Dahlia kecut perut. Papa marah ke?

“ Siapa lelaki tu? Dia ikhlas ke atau nak main-main dengan anak papa?” Suara Encik Dahlan dah berlainan nada.

“ Erk.. Di..dia kawan Dahlia. Kami baru jumpa beberapa hari. Tapi selepas beberapa minggu, dia datang dan nyatakan hasrat dia. Dahlia juga dapat tengok keikhlasan dia.” Jelas Dahlia. Dalam hati dah ketar semacam je.

Encik Dahlan terangguk-angguk mendengar penjelasan Dahlia.

“ Jawapan Dahlia?” Dahlia tersentak. Jawapan aku? Erk?

“ Kamu kena tanya hati kamu. Minta pertolongan Allah. Dia yang tentukan jodoh kamu. Papa Cuma boleh beri pendapat dan nasihat. Kalau benar kamu yakin dia untuk kamu. Terimalah. Ikut kata naluri hati kamu tu. Lagipun ini demi masa depan kamu. Tapi papa harap kamu dapat buat keputusan yang betul. Jangan menyesal kemudian hari.” Ujar Encik Dahlan lalu tersenyum.

Dahlia meramas jarinya perlahan. Itu aku tahu. Sungguh! Dah beberapa malam aku lakukan solat istikharah. Jawapannya tertakluk pada Haikal. Hati aku pun kuat mengatakan yang Haikal adalah jodoh aku sebenar. Ermm!

“ Kamu sayangkan dia?” Suara Encik Dahlan tiba-tiba.

“ Hah? Erk!” Dahlia tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“ Dahlia pun tak tahu. Tapi Dahlia pelik pa. Setiap kali berada dekat dengan dia, Dahlia dapat rasakan sesuatu yang lain. Kadang-kadang Dahlia rasa begitu selesa berada di sisinya. Apa tu papa?” Soal Dahlia inginkan jawapan.

Encik Dahlan tersenyum. Nampaknya anak aku dah matang.

“ Kamu bersedia ke kalau nak jadi isteri dia?” Nampaknya Encik Dahlan tidak terus menjawab malah bertanya lagi. Saja ingin duga hati anaknya itu.

“ Erk…” Bersediakah aku. Lagipun aku masih muda kot. Dia pun baru muda lagi.

“ Tak terlalu awal ke pa? kalau Dahlia kahwin ni.” Dahlia menyuarakan hasrat hatinya. Mahu orang kata aku ni gatal pula nak kahwin. Hish! Tak mahu aku.

Encik Dahlan tersenyum.

“ tak salah kalau mahu kahwin awal Dahlia. Dulu papa pun kahwin awal juga. Kahwin muda lah katakan. Yang penting kamu dan dia dah cukup bersedia untuk pimpin sebuah keluarga. Tanggungjawab kamu dan dia akan jadi lebih besar jika berkahwin.” Suara Encik Dahlan.

Dahlia mengangguk perlahan. Betul juga tu. Itu aku perlu tanya dia lagi. Lagipun kahwin ni bukan perkara 
main-main.

“ Lebih baik kamu tanya dia lain. Dan papa nak kamu berikan dia jawapan kamu. Tak baik biarkan seorang lelaki tunggu lama-lama jawapan kamu tu. Kasihan dia.”

Dahlia tersengih. Amboi papa! Bela Haikal nampak.

“ InsyaAllah pa.”

**
“ Saya nak jumpa awak esok.”

Dahlia yang tengah mamai itu terus segar apabila mendapat panggilan daripada Haikal. Dan Haikal kata nak jumpa dia. What?

“ Buat apa?” Matanya ditenyeh perlahan. Jam di dinding dikerling. Dah pukul 2 pagi.

“ Awak sengaja buat saya tertanya-tanya ke?” Kedengaran suara di corong telefon tak puas hati.

Dahlia tersengih. Salah dia juga.

“ hehe.. Sory. Awak pun tak beritahu saya yang dua hari lepas filem kita di tayangkan.” Dahlia pula tak puas hati dengan Haikal.

“ Awak? Saya tak salah dengar ke?” Dahlia menjongket kening. Kenapa?

“ Dengar apa?” Dahlia tak faham.

“ Awak kata filem ‘kita’. Wah! Bahagianya saya.”

Dahlia menekup mulut. Ya Allah. Macam mana aku boleh tersasul pula ni. Filem kita? Haish!

“ Erk.. awak jangan salah faham. Saya tersasul.” Pantas Dahlia memotong sebelum Haikal melalut pada pagi buta ni.

Kedengaran ketawa halus di sana.

“ Tak apa. Tapi saya lagi suka kalau awak cakap macam tu.”

Terdiam Dahlia. Senyuman kecil terukir.

“ You know why? I think I very love you Dahlia. I serious and I will love you forever.”

Dahlia terkedu mendengar kata-kata Haikal. Rasa terharu pula.

“ Haikal. I don’t know why but I think you crazy.” Ujar Dahlia selamba.

“ Why?”

Dahlia tersengih.

“ Because you love me in a short time.” Pipi Dahlia mula memerah. Malu lah!

“ Oh.. You don’t know one thing. People can fall in love in 3 second or 1 second. But to forget it take a few years. Understand?”

Dahlia tersenyum.

“ Ye. I understand. Okeylah. I want to sleep.”

Dahlia berura-ura nak letakkan telefon tapi panggilan Haikal mematikan hasratnya.

“ I want to see you tomorrow. Please…” Mohon dia di corong telefon.

“ Okey fine. Nak jumpa dekat mana?” Putus Dahlia.

“ Esok saya beritahu lain. Thanks dear!”

Dahlia tersentak. Dear? Hurmp! Gatal!

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers