Wah! Seronoknya dapat bercuti. Bersama suami pula tu. Mujur mama bagi
tarikh masa aku cuti semester. Kalau tidak teruk juga. Dan aku gembira sebab
lagi dua tahun je aku nak habiskan semester aku.
Tiba-tiba aku terasa di peluk daripada belakang. Siapa lagi kalau bukan
Anuar. Destinasi yang mama pilih untuk kami adalah di Cameron Highland.
“ Mama sangat baik.” Ujarnya lembut di telingaku.
“ habis selama ni mama tak baik lah?” Dugaku.
“ Eh? Tak.. dari dulu mama baik.”
Aku di pusing untuk berhadapan dengannya. Aku tersenyum.
“ Ye. Dee percaya. Tapi kan? Dee risaulah. Mahu tak lepas ni, kita terus
pergi jumpa Aunty. Takut Aunty buat apa-apa dekat mama dan papa. Susah tu.” Aku
luahkan kerisauan aku.
“ Jangan risau. Mereka pasti tak apa-apa.” Anuar menggapai tanganku lalu
dikucupnya. Aku hanya tersenyum. Mudah-mudahan.
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Tanpa berlengah aku pantas menjawab.
Aku melihat wajah Anuar yang tertanya-tanya itu.
“ Helo..”
“ Helo Dee. Maaflah kalau ganggu cuti Dee dan Anuar tu.” Aku tersentak. Ini
suara Aunty.
“ Taklah. Ada apa Aunty?”
Anuar memandangku tajam saat aku
menyebut Aunty. Dia pinta telefon bimbit daripadaku tapi aku menggeleng.
Biarlah aku selesaikan sendiri.
“ No. I just want to tell you. Maybe your mom and your father in dangerous.
But you both don’t worried. I will take care of them.”
Serta-merta dadaku berdebar. Apa yang Aunty maksudkan tu?
“ Apa Aunty cakap ni? Dee tak faham. Dan kalau Dee dapat tahu Aunty buat
apa-apa dekat family Dee. Dee takkan teragak-agak laporkan ke balai polis.”
Tanganku genggam kuat. Menahan geram di hati. Anuar ku lihat menggeleng
perlahan.
“ Well! We see later.”
Belum sempat aku nak membalas, talian sudah di matikan. Aku merengus kasar.
Ini yang buat aku bengang ni.
“ Kan abang suruh berikan telefon kepada abang tadi. Kenapa degil?” Tegur
Anuar tegas.
“ Maaf tapi bukan sekarang waktunya untuk cakap soal itu. Sekarang Dee nak
balik. My family in dangerous.” Ujarku lantas mengemaskan pakaian.
Anuar hanya melihatku dan sesaat kemudian dia turut mengemaskan pakaiannya.
Maafkan Dee abang. Tapi Dee terpaksa membatalkan percutian kita. Family Dee
lebih penting.
**
Dalam perjalanan, kami berdua langsung tak mengeluarkan suara. Aku jadi
gelisah selagi tak tahu keadaan sebenar papa dan mama. Dan aku makin gelisah
apabila Anuar langsung tak menegur aku. Marah ke?
“ Abang.. Abang marah Dee ke?” Soalku lalu menoleh ke arahnya.
Tapi dia hanya mendiamkan diri. Ini yang aku tak gemar ni. Menambahkan
keresahan di hati aku adalah.
“ Okey fine! Kalau benar abang marahkan Dee. Dee terima. Tapi Dee tak dapat
terima kalau apa-apa jadi dekat family Dee. Maaf jika Dee buat abang tak suka
akan perbuatan Dee. Sekarang kalau betul abang tak suka, Dee nak abang turunkan
Dee dekat sini.” Ujarku lantang. Hatiku jadi sebak.
Prit!!
Kereta berhenti secara mengejut dan hampir saja kepalaku tersembam ke
hadapan cermin. Tahulah marah tapi janganlah buat macam tu. Nak mati ke?
“ Dee!” Terkejut aku.
Tanganku di gapainya. Aku mendiamkan diri apabila melihat wajah tegang dia.
“ Tolonglah Dee. Jangan cakap macam tu. Takkan abang nak marah.”
“ Habis yang muka tegang semacam tu kenapa? Abang tahu tak Dee cukup resah
apabila ingatkan family Dee. Abang suka ke tambahkan keresahan di hati Dee ni?
Abang suka ke?”
Serentak air mataku mengalir. Lantas bahuku di paut dan aku dibawa ke dalam
pelukannya.
“ Maafkan abang. Abang tak sengaja. Maafkan abang.”
Teresak-esak aku menangis dalam dakapannya.
“ Tak apa. Sekarang jom kita balik cepat.” Aku keluar daripada pelukannya.
Air mataku pantas aku seka.
“ Maaf..” Ucapnya lagi dan aku hanya tersenyum.
**
“ Mama! Papa!”
Aku melaung memanggil papa dan mama dari luar rumah. Tapi tiada sahutan
pun. Nak kata keluar, kereta ada di rumah. Tidur lagi ke? Haish! Dah
petang sangat ni takkan masih tidur.
“ Abang pergi tengok dekat belakang.” Ujar Anuar. Aku hanya mengangguk.
Aku ketuk pintu pula. Tapi masih tiada sahutan. Aku memerhati sekeliling
rumah. Sunyi je.
“ Hai Dee..” Tersentak aku mendengar suara itu di belakang aku. Aunty?
“ A..apa Aunty buat di sini?” Soalku sambil melihatnya. Dan yang membuat
aku gerun. Di tangannya terdapat pisau. Ya Allah apa yang dia nak buat.
“ Buat pengetahuan Dee. Family kamu semua tidak ada di rumah. Mereka dah
keluar daripada pagi tadi.”
Aku tergamam. Habis yang Aunty kata dalam bahaya tu apanya?
“ Aunty just bohong kamulah. Kamu ni pun..” Terpamer senyuman sinis di
bibirnya.
“ Abang!” Aku pantas melaung memanggil Anuar. Aku takut melihat wajah Aunty
yang menakutkan itu.
“ Hei? Kau ni menyusahkan hidup aku tahu tak. Gara-gara wasiat tak guna tu
aku datang cari kau. Aku memang boleh dapatkan harta tu tapi aku kena tunggu
kau mati dan papa kau pun.. haha…”
Aku menggeleng perlahan. Ya Allah.
“ Kau ni memang menyusahkan hidup aku. Aku baru nak bersenang lenang. Tapi
gara-gara papa dan mama kau. Rancangan aku musnah.”
“ Abang!” Aku memanggil dengan sekuat hati. Perasaan takut semakin
mencengkam diriku. Aku terduduk sambil menutup mata.
“ Ya Allah Dee!” Aku membuka kelopak mata. Anuar sudah berada di hadapan
mataku.
“ Aunty! Apa yang Aunty nak ni?” Soal Anuar.
Aunty ku lihat sedang merenungku tajam. Aku terteguk air liuar. Ya Allah
lindungilah kami.
“ Lebih baik Aunty letakkan pisau tu sebelum saya bertindak keras.” Amaran
keras Anuar berikan.
Tapi Aunty langsung tak hiraukan. Malah dia semakin mendekatiku. Ya Allah.
Aku makin takut.
“ Abang! Selamatkan Dee! Dee takut!” Jeritku lalu menitiskan air mata.
“ Kau takkan terlepas Dee!” aku mengetap bibir sekuat hati. Ya Allah!
Prang!
Bunyi tembakan itu jelas mengejutkan kami semua. Dan aku terkejut melihat
kaki Aunty dilumuri darah. Tanpa berlengah, aku pantas menuju ke arah Anuar.
Aku peluknya erat.
“ Dee takut!” ujarku dengan perlahan.
“ Dee selamat sekarang.” Belakangku di usapnya perlahan.
“ Dee!”
Aku menoleh. Mama!
“ Mama! Papa!” Aku bergerak ke arah mereka lantas memeluk mereka pula.
Mujur mereka selamat.
“ Maafkan kami. Mujur kami cepat.” Ujar mama.
Aku kemudian menoleh melihat Aunty. Dia sudah di gari dan aku lihat wajah
dia yang sugul itu.
“ macam mana mama tahu dia datang serang Dee?” Soalku.
“ Itu kamu tak perlu tahu. Yang penting kamu selamat.”
Aku hanya tersenyum. Alhamdulilah! Terima kasih Ya Allah.
~Bersambung~
No comments :
Post a Comment