“ Wan!”
“ Kenapa? Kau cemburu? Marah? Tahu pula kau nak cemburu.
Tapi dah tak ada kaitannya dengan aku.”
“ Tapi Wan! Aku ni masih isteri kau. Tolonglah faham. Aku
masih sayangkan kau. Kenapa kau berubah macam ni Wan? Dulu kau tak macam ni
pun.”
“ Huh! Aku berubah sebab kau bodoh! Dahlah! Menyemak kepala
aku je layan kau ni.”
“ Wan!”
Syazwan berlalu meninggalkan dirinya yang sedang menangis
itu. Zahra cuba memanggil tapi tak juga berjaya. Akhirnya dia terkulai layu
dilantai dengan seribu kehampaan.
“ Huh!”
Zahra tersedar daripada tidur. ‘ Ya Allah. Kenapa aku harus
mimpikan fasal dia lagi. Dan kejadian tu.. Ya Allah.’
Mukanya diraup perlahan. Tanpa dipinta, air matanya mengalir
ke pipi. Pantas dia menyekanya dengan lembut. Lagi-lagi fasal Syazwan. Sebut
saja nama atau kejadian di antara dia dengan Syazwan. Pasti air matanya akan
menitis serta hatinya akan rasa sakit sangat. Seperti ditusuk pisau yang sangat
tajam.
Namun, dia harus bertahan dan bertahan. Lagipun kini dia
tengah melangkah ke hadapan tanpa mempedulikan lagi fasal Syazwan. Dia ingin
mulakan hidup baru bersama anaknya yang bakal dilahirkan nanti.
Tok! Tok!
Ketukan dipintu mengejutkan Zahra yang sedang mengelamun
itu. Pantas juga dia mengelap air mata yang masih bersisa pada wajah. Dah rasa
okey, barulah dia bangun untuk membuka pintu.
“ Zahra? Kamu okey ke? Tadi Umi dengar kamu menjerit.”
Zahra tersentak. Sampai begitu sekali?
“ Tak. Zahra okey je. umi jangan risau ye.”
“ Yelah. Pergilah solat subuh dulu. Lepas tu turun bantu
Umi.
“ Baik Umi.”
Selepas menutup pintu bilik, air mata Zahra kembali menitis.
Entah kenapa semenjak dia mendapat mimpi tersebut. Air matanya asyik sangat nak
mengalir. Kadang-kadang rasa nak pukul je mata tu sebab asyik nak menitis je.
‘ Ya Allah. Janganlah ingatkan aku dengan perkara itu lagi.
Aku tak sanggup.’
Tangannya digenggam erat. Sebenarnya dia amat perlukan
sokongan seseorang saat ini. Namun, dia rasa sangat sukar juga untuk meluahkan
perkara yang sebenar kepada seseorang. Hanya yang dia mampu buat sekarang
adalah dengan bersabar dan terus berdoa. Itulah senjatanya saat ini.
**
Izz menjongketkan keningnya saat melihat sarapan pada pagi
itu. Sempat lagi dia menjeling ke arah Umi yang tengah sibuk itu. Banyak
sungguh Umi masak pagi ni. sedangkan sarapan je kot.
“ Banyak Umi masak pagi ni.”
Izz mengambil tempat. Kecur air liurnya saat melihat
makanan-makanan yang berada di atas meja saat itu. Rasa nak terkam je makanan
ni semua. Tapi dia masih ingat orang belakang. Dia tak lah jahar sangat. Haha..
“ Untuk ibu mengandung kan? Jadi Umi kenalah masak
banyak-banyak sikit.”
Izz terangguk-angguk menyambut jawapan Umi. Cucur udang yang
berada di tengah-tengah meja itu dicapainya satu lalu memasukkan ke dalam
mulut. Nyum!! Sedapnya!
“ Kalau ye pun nak makan tunggulah semua orang berkumpul
dulu. Tak sabar sungguh.”
Bebelan Umi berjaya membuatkan Izz tersengih kerang busuk.
Dia sempat menoleh ke belakang apabila menyedari seseorang datang ke arah
dapur. Dan telahannya benar apabila Zahra yang datang.
“ Zahra. Mari makan. Umi masak special untuk awak ni.”
Jemput Izz dengan cerianya.
Kalah kanak-kanak Ribena kalau orang lain tengok.
“ Susahkan Umi je.” Zahra rasa segan tiba-tiba. Sedangkan
dia hanyalah tetamu dekat rumah ni.
“ Tak lah. Umi seronok lagi adalah. Ha Izz! Bila kamu nak
balik KL tu?”
Izz yang leka menikmati cucur udang buatan Umi mendongak ke
arah Umi. Ditunjukkan 3 jarinya ke arah mereka. Itu tandanya lagi 3 hari dia
akan balik ke KL.
“ Cepatnya. Kalau macam tu, hari ni bawalah Zahra pusing
kampung.”
“ Boleh je Umi. Tapi takut Zahra pula tidak selesa.” Ujar
Izz selamba. Langsung tak perasan riak muka Zahra ketika itu.
“ Erk.. Saya pun tak kisah Umi.”
Zahra rasa nak hempuk je kepala dia dan Izz sekarang. Kenapa
yang Izz ni tiba-tiba bersikap selamba begitu? Nak kena dengan aku ke?
“ Baguslah kalau begitu. Izz! Jaga Zahra elok-elok. Jangan
buat dia penat pula nanti.” Siap berpesan lagi Umi ni.
Izz tersengih. Dah macam seorang mak mertua menasihati
menantunya pula. Erk! Mak mertua? Dia termangu sendiri.
“ Umi!”
Suara nyaring kalah ayam kampung itu mengejutkan Izz
daripada lamunan. Kalau suara sedap okey juga kalau nak jerit pun. Tapi
masalahnya tak langsung. Izz siap mencebik lagi apabila dengar suara Farah yang
menjerit sebentar tadi. Mujurlah Farah tu adik ipar dia. Kalau adik kandung
memang dah sekeh kepala Farah tu. hehe.. Jahat juga aku ni.
“ Amboi! Mentang-mentanglah tak lama lagi nak dapat anak.
Happy je kan?”
Farah tersengih. Itu perli ke pujian Abang Izz?
“ Kenapa? Jealous? Kalau dah jealous tu cepat-cepatlah cari
calon. Tak pun calon depan mata dah ada kan? apa tunggu lagi. Ngap je lah!”
“ Uhuk!!”
Serentak mereka berdua tersedak selepas mendengar bebelan
Farah tadi. Macam bertih jagung Farah bercakap tadi. Tanpa henti walaupun ada
titik.
“ Eh? Kenapa ni?”
Izz minum air kosong dengan rakus. Manakala Zahra terbatuk
sambil belakangnya diusap Umi dengan perlahan.
“ Farah! Mulut tu kan?” Zahra dah mencerlung ke arah Farah
yang berpura-pura tidak bersalah tu. nasib dekat rumah orang. Kalau di rumah
sendiri memang kau nak kena dengan aku Farah.
Farah tersengih kecil. tahu yang dia dah terlebih
berkata-kata tadi. Biasalah hormon gembira masih belum lekang dalam dirinya
semenjak semalam lagi. Sebab tu lah pagi ni terlebih happy. Alif yang tengok
pun jadi pelik.
“ Tapi kan Farah? Kalau betul pun apa salahnya.” Sampuk Izz
tiba-tiba. Apabila tengok je wajah Zahra. Pantas dia ketawa besar. Kelakar pula
tengok rupa dia tadi. Cemberut yang amat.
“ Izz! Dah lah nak usik Zahra tu. ada-ada je lah korang ni.”
Pantas Izz menekup mulutnya daripada terus ketawa. Farah dan
Alif turut menutup mulut saat melihat wajah masam Zahra. Alamak! Zahra dah
merajuk ke?
“ Zahra. Dah makan. Biarkan mereka tu. Izz ni kalau tak usik
orang tak sah. Jangan pedulikan mereka.”
Izz masih tersengih sambil melihat Zahra yang sudah
tertunduk itu. Tapi sungguh! Dia bukan saja-saja nak usik. Malah dia sendiri
maksudkan apa yang dia kata tadi. Entahlah! Dia sendiri pun tak tahu apa
perasaannya ketika ini.
“ Farah.. makan banyak-banyak sikit. Untuk baby tu.” Umi
masih belum berhenti daripada memberi nasihat.
Farah hanya mampu mengangguk lalu mencapai gelas yang
dihulurkan Umi dengan lembut. Sempat juga dia kerling ke arah Zahra. Akak!
Janganlah nak merajuk. Uhu!
“ Alif… bila kamu nak balik KL pula?” Umi menyoal pula pada
Alif yang asyik dengan makanannya itu.
“ InsyaAllah minggu depan umi. Lagipun Farah nak temankan
Zahra dekat sini lebih lama. Lepas tu baru kami bertiga balik KL. Tak apa kan
Umi?” Jelas Alif sambil menatap Umi iaitu ibu saudara yang sangat dia sayang
selama ini. Selepas orang tuanya meninggal. Hanya kepada Umilah tempat dia
bergantung harap.
“ Tak apa. umi tak kisah. Duduk lama-lama dekat sini pun tak
apa.” Balas Umi dengan senyuman.
Selepas itu, mereka pun kembali menjamah sarapan dengan rasa
kesyukuran. Sambil-sambil tu Umi masih belum lupa untuk memberikan
nasihat-nasihat yang berguna pada Farah dan Zahra. Yalah! Dah nama pun ibu
mengandung. Jadi wajiblah Umi menyampaikan amanatnya kepada mereka. Dan mereka
menerima dengan hati yang terbuka. Kata orang-orang tua ni tak baik ditolak.
Sedang elok mereka menjamah makanan, tiba-tiba saja Zahra
bangun dan menuju ke singki. Habis isi yang dia makan tadi dibuang.
“ Eh? Awak okey ke ni?” Muncul Izz di sisinya dengan wajah
cemasnya.
Zahra mengelap mulutnya selepas muntah. Dia menoleh ke arah
Izz dengan senyuman hambar. Baru saja dia nak membuka mulut. Sekali lagi dia
memuntahkan isi. Tapi tak dalam singki.
“ Werrkk!”
“ Zahra!!!”
Mereka semua yang berada dekat situ terlopong selepas
melihat baju Izz kotor terkena muntah Zahra. Zahra yang melihat itu terkedu.
Pantas dia tersengih lalu membasuh mulutnya. Dengan perlahan-lahan juga dia
mengelap baju Izz yang kaku tidak bergerak itu. Dah serupa patung pun ada.
“ Erk.. Awak?”
Zahra rasa bersalah melihat reaksi Izz ketika itu.
“ Ya Allah. Kak! Macam mana yang boleh termuntah dekat abang
Izz pula tu?”
Farah pantas mendekati Izz yang mula tersedar daripada
kejutan. Dia juga menunduk melihat bajunya yang sudah kotor tu. Zahra pula sudah
rasa serba salah.
“ Sorry. Saya tak sengaja. Tak tahu pula saya nak termuntah
lagi.”
Izz tersenyum kecil. Haih! Nasib badanlah kena muntah oleh
ibu mengandung ni.
“ Zahra okey ke ni? nak ke klinik? Selalunya Zahra akan
muntah macam ni ke pagi-pagi?” Sampuk Umi sambil mengusap belakang Zahra.
“ Sebelum ni tak pun. Maybe baru nak mula morning sickness
kot.” Ujar Zahra lalu menghulurkan tisu pada Izz.
“ Tak apa. saya pergi salin baju dulu.” Izz tolak dengar
baik.
“ Rasanya kan? ini balasan untuk abang Izz kot sebab cakap
yang bukan-bukan tadi. Haha…”
Izz terus mengetuk perlahan kepala Farah. Amboi dia!
Sedap-sedap je kan nak perli aku.
“ Tapi tak salah kan?” Izz mnyoal kembali dengan muka yang
tak bersalahnya.
Belum sempat Farah nak membalas kembali, Izz terus berlari
naik ke bilik. Siap terjelir lidah lagi dekat Farah. Sah memang macam
kanak-kanak Ribena.
Zahra pula terkedu. Dia cakap tak salah? Dah kenapa dengan
dia tu? zahra tergaru kepalanya sendiri. Rasa loya tadi terus hilang begitu
saja.
**
Jauh matanya merenung ke dasar langit yang kebiruan itu. Langit
yang cerah dan tiada awan hitam membuatkan dia tersenyum. Langit itu seperti
perasaannya hari ni. Setenang begitu menjadikan dia aneh. Semenjak kenal dengan
Zahra. Dia jadi lebih sporting, berani dan bersikap selamba.
Macam tadi. Adehh! Malu tu adalah juga. Tapi ditahan sebab
nak sangat tengok wajah Zahra kan? sekarang kau kena balik Izz. Kena balik
dengan muntah Zahra tu. Apalah! Usik lagi. Kan dah kena. Tak apa. bukan teruk
pun.
“ Ehem..ehem…”
Izz pantas menoleh ke belakang. Oh! Zahra rupanya.
“ Awak okey?” Zahra berdiri di sebelah Izz yang sedang
tersandar pada muka pintu itu. Wajah Izz ketika itu kelihatan tenang sangat
sampai dia pun boleh terbuai sekali. Ish! Apa yang aku mengarut ni.
“ Awak rasa saya okey tak?”
“ Maaflah sebab tadi. Siapa suruh awak berdiri dekat situ. Anak
dalam kandungan ni pun tahu ada orang usik mama dia tadi.”
Izz menjongketkan kening mendengar kata-kata Zahra sebentar
tadi. Tiba-tiba dia tersengih lebar.
“ Maybe anak dalam kandungan awak tu nak saya usik lagi mama
dia kot. Sebab tu lah yang mama dia buat saya macam tadi. Hehe..”
Wajah Zahra memerah. Malu beb! Apa kena dengan si Izz ni.
kang aku bagi pelempang baru tahu kot nak usik lagi ke tak. Tapi kan? kau
berani ke Zahra. Erk! Tak! Serius!
“ Tadi Umi suruh awak bawa saya pusing kampung. Bila nak
bawa saya pergi? Saya dah tak sabar nak pergi ni. bukan selalu saya dapat balik
kampung macam ni. rumah awak ni nampak je moden tapi dekat sekeliling ni memang
benar-benar kawasan kampung.”
Izz tersenyum mendengar kata-kata Zahra yang panjang lebar
itu. Memang Zahra kelihatan sangat teruja saat ini.
“ Kalau macam tu jom kita pergi sekarang. Pagi-pagi ni lagi
best kalau pergi tepi sungai.” Ajak Izz.
“ Boleh juga tu. kejap saya nak ambil telefon bimbit saya
dekat bilik.”
Izz hanya membiarkan. Seminit kemudian Zahra keluar dengan
pakaian yang berbeza. Tak seperti tadi yang hanya berbaju kurung. Kini dengan
seluar slack dan t-shirt. Maybe itu lebih selesa kot.
“ Okey jom!”
Izz mula melangkah ke luar rumah tapi Zahra masih belum
berganjak. Izz yang menyedari Zahra tidak mengikutinya pantas menoleh ke belakang.
“ Kenapa?” Soal Izz dari jauh.
“ Kita nak jalan kaki ke?” Zahra terteguk air liur saat
menyoal begitu. Dah kenapa dengan aku ni? mengada-ngada pula tak nak jalan
kaki. Maybe sebab anak kot. Huh! Jangan jadikan anak sebagai alasan.
“ Haah. Dekat je. jangan risau. Kalau awak penat nanti saya
boleh dukung.” Dengan selambanya Izz berkata lalu kembali melangkah. Kan aku
dah kata. Bila depan Zahra ni aku tak perlu nak cover-cover. Cakap terus pun
tak apa. haha.. Jahat ke aku ni? uih!
Zahra merengus perlahan. Menyesal aku soal dia macam tu
tadi. Kenapa makin hari makin aku suka pula dengan sikap selamba dia ni? haih! Parah
kalau terus-terus macam ni. dah nak jadi ibu pula. Be careful with your heart
Zahra!
“ Awak pernah tengok tak sungai yang sangat tenang dekat
kampung macam ni?”
Izz mula keluarkan suara selepas hampir 5 minit berjalan
dalam keadaan sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi burung-burung dari arah
berdekatan sahaja.
“ Tak. Saya masuk kampung pun tak pernah. Macam manalah saya
nak tengok.”
Zahra menapak ke hadapan sedikit selepas berdiri betul-betul
bersebelahan dengan Izz. Kalau boleh dia nak jalan lebih laju daripada Izz
sebab dia nak sampai dulu ke mana-mana yang dia sukai. Tapi masalahnya jalan ke
kampung ni pun dia tak tahu.
“ Saya jamin awak takkan menyesal bila sampai dekat situ. Kalau
awak nak tahu, itu adalah tempat saya lepak masa saya kecil dulu. Dan di situ
jugalah tempat saya luahkan perasaan. Apa yang tersirat dalam hati saya, di
situlah saya cakap. Biarlah cakap sorang-sorang pun daripada terpaksa sakitkan
hati orang kan?”
Zahra terdiam. Suara Izz tadi kedengaran serius. Dah tak ada
nada mengusik macam mula-mula tadi. Macam masa pertama kali jumpa pun ada.
“ Erk! Awak… Saya rasa awak boleh cakap saja apa yang awak
suka dekat situ. Sebab tak ada orang nak dengar pun.” Sambung Izz lagi sambil
menjeling ke arah Zahra.
Zahra hanya mendiamkan diri. Dia tak tahu nak cakap apa.
selepas 10 minit berjalan, akhirnya tempat yang ingin ditunjukkan Izz dah ada
depan mata. Sungai kecil yang di kelilingi sawah padi itu menambahkan lagi
kecantikan pada pandangan mata manusia. Walaupun sungai itu kecil je tapi
panjang dan boleh siap memancing lagi.
Zahra tengok Izz yang sudah masuk ke dalam denai kecil itu. Denai
yang lurus menuju ke hujung sungai. Taklah jauh sangat kalau nak dibandingkan
jalan dari rumah sampai ke sini. Zahra tak pula ikut malah hanya terpacak dekat
situ. Dia tak mahu tergelincir nanti. Kalau betul-betul dia jatuh habislah
semua orang akan cemas termasuk dia yang sedang mengandung itu.
“ Awak! marilah sini!” Izz melaung dari jauh.
“ Tak nak! Saya duduk sini je! dekat sini kan ada kerusi!”
Zahra menoleh ke kiri. Erk! Kerusi? Apa yang aku mengarut
ni. Ini bukan kerusi tapi batang pokok kelapa yang dijadikan kerusi.
Zahra mendekati ‘kerusi’ tersebut dengan senyuman kecil. Ada
juga tempat duduk. Boleh hilangkan lengah sikit. Daripada tadi duk berjalan je
kerjanya. Dekat konon! Ceh!
“ Awak!”
Zahra mendongak melihat ke arah Izz. Tapi lain pula yang dia
tengok sekarang.
“ Eh? Awak!”
“ Arghh!”
No comments :
Post a Comment