Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday, 29 April 2013

E-Novel Cinta Si Gadis Manis (1)

Assalamualaikum korang !! Ehem..Ehem.. 
Sebenarnya hari ni baru lah berpeluang nak upload cite baru ni. 
Hasil ciptaan diri ini dengan sahabat yang dikenali. 
Dan sebenarnya kisah ini kisah benar. Tetapi taklah semuanya. 
Tapi berdasarkan kisah benar.
Harap korang enjoy membaca. >_O

" Akak!! Marilah tengok tv ni. Duk termenung je kerjanya." Panggil Balqis.

Laungan itu buat Batrisyia tersentak daripada lamunan. Hissh! Kacaulah adik aku ni. Orang nak berangan kahwin dengan artis korea pun tak boleh.

" Kacau daun je kau ni. Dah tepi..."

Batrisyia menolak adiknya ke tepi. Beri ruang untuknya duduk.
Balqis mencebik geram. Eleh.. mentang-mentang lah dia akak sulung. Bagi kang!

" Akak! Telefon tu bunyi. Takkan tak dengar kot!" laung Boy pula atau nama sebenarnya Bahri. Itu nama gelaran yang di beri ayahnya.

Batrisyia yang baru saja nak khusyuk tengok tv jadi terbantut. Bengang punya pasal sampai tertolak kepala adik sendiri.

" Aduh! Ish akak ni. Tangan tu tak reti-reti duk diam ke?" bebel Balqis.

Batrisyia hanya buat selamba badak dia je.

" Mana telefon tu tah? Boy kau nampak telefon akak dekat na?" soal Batrisyia lalu bangun dari duduk.

Batrisyia mengalih melihat Boy. Dia menahan ketawa melihat adiknya seperti toyol itu. Bukan nak kata tapi macam betul.

Mana taknya. Boy tidak memakai baju. Hanya memakai seluar pendek. Dahlah badan kurus di tambahkan dengan kepalanya yang botak itu. Memang mirip.

Boy menjeling geram ke arah akaknya. Macam aku tak tahu dia tengah gelakkan aku. Tahulah aku ni hensem kan? Perasan kau Boy.

Batrisyia mempunyai dua orang adik dan seorang ibu. Ayahnya telah lama meninggal. Balqis telah pun berumur 17 tahun. Manakala Boy baru berumur 12 tahun. Sedangkan dia sudah berumur 20 tahun.

Tapi dia hanya duduk di rumah dan tolong apa yang patut. Adalah sesekali pergi temuduga meminta kerja. Kalau nak sambung belajar pun tiada duit. Keluarga mereka berasal daripada keluarga miskin.

Batrisyia mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja kecil. Di lihat nombor yang tidak di kenali.

Aik? Siapa pula ni. Pantang tok nenek aku kalau orang lain bagi nombor aku kepada orang yang tidak di kenali. Nak jawab ke tak?

" jawab je lah kak oii.. Duk buat jual mahal konon. Entah-entah orang tu silap nombor je. Akak je yang over lebih." ujar Balqis bersahaja.

" Kau! Jangan sibuk. Huh!" terus Batrisyia masuk ke dalam bilik. Layan budak berdua tu buat sakit hati je.

Telefonnya kembali berbunyi. Lantas Batrisyia menjawabnya.

" Helo! Assalamualaikum. Cari siapa erk?" ucap Batrisyia dengan lembut.

Tetapi tiada sahutan pun. Ini yang buat aku geram.

" Helo! Nak jawab ke tak? Kalau tak aku letak." Ugut Batrisyia.

" ye..waalaikumussalam." Ha! Ada pun suara. Ingatkan tak de.

" Ye? Cari siapa ye. Nak apa?"

" Kalau saya kata saya nak awak boleh?"

Tersedak Batrisyia. Apa punya lelaki lah. Tiba-tiba je. Dahlah tak kenal. Entah-entah dia ni mamat bangla mana ntah!

" helo.. awak dengar tak?"

" Ya..apa awak kata tadi?" Sengaja Batrisyia buat-buat tanya sedangkan dah tahu.

" Saya nak berkenalan dengan awak boleh?" Batrisyia tersengih.

" Kalau saya kata tak boleh?" duga Batrisyia.

" Bolehlah! Kalau tak saya datang ke rumah awak." Batrisyia tersentak tapi kemudiannya tersenyum jahat. Macam aku tak tahu dia nak kelentong aku.

" Boleh. Datang je. Saya tunggu di depan rumah." Batrisyia dengan senyuman jahatnya.

Keadaan jadi sunyi seketika. Mungkin dia tak tahu nak tipu apa lagi kot.

" Erk..okey. Saya datang ni. Awak tunggu taw!"

" Okey no problem! Tapi beritahulah alamat penuh rumah saya dulu."

" Erk.. Nombor 24, Jalan Batu Dua. Rumah awak di dalam kan?"

Batrisyia ketawa dalam hati. Ceh! Dah tahu terkelentong masih nak menipu juga. Apalah!

" Tak penuh alamat tu. Nama taman saya apa?"Soal Batrisyia.

" Erk..ala.. rumah awak yang ada bumbung tu. Ada pintu tu.."

" Memang semua rumah ada bumbung ada pintu. Kalau tak ada maknanya bukan rumahlah."

Batrisyia buat muka boring. Entah apa lagi yang akan dia kelentong aku.

" Lah.. beritahulah rumah awak dekat mana?"

" Okey saya beritahu. Saya tinggal di atas tanah bawah langit." Batrisyia menahan tawa. Buat loyar buruk pula kau ye Trisya.

" Ish awak ni. Takkan nak tinggal bawah tanah pula kot."

Batrisyia seperti terdengar namanya di panggil.

" Awak. Saya ada hal lah. nanti awak telefon lah lain kalau ada umur yang panjang. Bye!"

Terus dia mematikan talian. Fuh! Tamat juga. Kalau kau telefon lagi tahulah aku kenakan kau. Haha..

**
" Kak.. siapa call?" Tegur Balqis ketika akaknya keluar daripada bilik.

Batrisyia hanya menjongket bahu. Malas nak sebut soal itu.

" Akak..Tadi adik angkat akak kirim salam. Dia baru je balik dari Perak."

Batrisyia tersentak. Amir dah balik. Apasal aku tak tahu pun.

" Kenapa kau tak beritahu akak esok pagi." Perli Batrisyia geram. Balqis hanya tersengih kerang busuk.

Balqis teringat lagi macam mana Amir tu boleh jadi adik angkat akak Batrisyia. Masa tu akak tengah buat kerja dapur. Tiba-tiba telefon dia berbunyi. Rupa-rupanya silap nombor.

Tapi melalui panggilan telefon itulah. Mereka mula jadi adik beradik angkat. Yang tak sangka pula oleh kami. Amir tu tinggal setaman dengan kami. Tapi dia menetap dekat Perak. Hanya balik di sini kadang-kadang.

Sebab Amir bersekolah di sana. Kalau korang nak tahu. Amir ni hensem oo.. Hehe.. Balqis. Cukuplah berangan tu. Akak kau nampak nanti naya je.

" Akak..Amir kata petang nanti dia nak jumpa akak. Ada hal katanya." maklum Balqis sebelum terlupa.

Batrisyia mengerutkan dahi. Hal apa ya? Whateverlah!

~Bersambung~

* Amacam? Best tak? Kami berdua dah cuba sedaya upaya. Nantikan sambungannya nanti. O_>

No comments :

Post a Comment

Popular Posts