Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 9 April 2013

Cinta Bersatu (17)





Maaf kerana baru hari ini berpeluang update bab ini.. Hehe..

Lima minit sudah berlalu. Tapi kelibat Haiza masih belum kelihatan. Pagi ni aku dan Anuar ambil keputusan untuk jumpa Haiza. Tempat di mana kami bertiga berjumpa buat kali pertama.

Anehnya! Dia belum sampai-sampai. Jalan sesak kot. Yalah..Hujung minggu macam ni. Ramailah orang nak keluar bersiar-siar.

" Maaf lambat."

Kami berdua menoleh ke belakang. Rupanya Haiza dah sampai.

" Tak apa.." ujarku dengan senyuman.

Haiza mengambil tempat di hadapan kami berdua. Kemudian datang seorang lelaki menghampiri kami bertiga. Aku dan Anuar sudah semestinya tertanya-tanya siapa lelaki yang boleh tahan segak ni.

Siap senyum mesra lagi dekat Haiza ni. Jangan-jangan...

" Inilah suami saya." Kan dah agak!

" hai..saya Fairuz. Suami Haiza." Aku tersenyum manakala Anuar menyambut huluran salam Fairuz.

Hurmm..sama cantik sama padan. Secocok! Suka tengok diorang.

" Maaf kalau kami berdua lambat." ujar Fairuz dengan senyuman.

Aku jadi terpana lah juga. Kalah suami aku ni. Hensem sangat kot. Tapi apa-apa pun suamiku lagi hensem orangnya. Ceh!

" Sebenarnya tujuan kami datang ni sebab nak minta maaf." ujarku berterus terang.

Anuar tersenyum melihat aku. Tanganku di genggamnya. Ingin meminjam kekuatanku.

" Haiza. Saya nak minta maaf kerana salah sangka terhadap awak selama ini. Saya tak tahu pula kawan awak dalam bahaya." ujar Anuar ikhlas.

Haiza tersenyum. Suaminya di jeling.

" Kawan yang saya maksudkan tu adalah suami saya. Fairuz."

Aku dah memang tahu dari awal. Cuma Anuar je lah belum. Terlopong dia tapi kemudian dia tersenyum.

" Fairuz. Terima kasih kerana telah meminta tolong dia waktu itu. Kalau tidak sampai saat ini saya tidak akan mungkin bersama dengan Dee."

Aku terdiam. Jadi dia memang cintakan aku dari dulu lagi.

" Dah takdir dan itu jodoh awak dan dia. Jadi kita kena terima." balas Fairuz.

Aku tersenyum sahaja. Tak tahu apa yang patut aku cakap. Nak balik boleh tak?

" Anyway... Malam ni rumah kami adakan sedikit majlis makan-makan. Sempena hari lahir ke 1 anak kami."

" Wow! Mesti comel kan?" teruja sungguh aku saat ini. Terlebih teruja sebenarnya.

" Dee.." Aku tersengih menerima teguran Anuar. Dah serupa budak-budak aku ni.

" Kalau nak tahu, Dee mesti datang." ujar Haiza.

" InsyaAllah kalau ada waktu yang lapang." putus Anuar. Aku hanya menyokong.

Tiba-tiba aku jadi teringin nak ada anak pula. Apa ke peliknya aku ni. Muda lagilah Dee. Hehe...

**
" Anak dia mesti comel kan?"

Tersenyum aku mendengar soalan Anuar. Aku mengerlingnya sekilas. Dia memandu sambil tersenyum nampak.

" Haih bang.. Teringin ke?" soalku kembali.

" Tu pun kalau Dee nak berilah." Aku terkedu. Malu lol!

Terdengar ketawa halus daripada dia. Aku hanya mendiamkan diri. Inilah payah bila cakap soal anak.

" Abang gurau je lah. Abang tahu Dee belum bersedia lagipun Dee masih belajar. Abang minta maaf ye.."
Aku tersenyum mendengar kata-katanya.

" Abang ni suka kan buat Dee sakit hati dengan perangai gila-gila abang tu." Bebelku tak puas hati.

Terdengar lagi ketawa daripada mulut dia. Sepanjang dia memandu asyik gelak je kerja dia.

" Maaf. Abang tak tahan sangat. Dee.. kalaulah suatu hari nanti ada sesuatu berlaku kat abang. Mahukah Dee bersama-sama lagi dengan abang."

Aku terkedu mendengar kata-katanya. Pantas aku menoleh ke arahnya. Dia hanya tersenyum tanpa melihatku.

" Apa maksud abang ni? Abang janganlah cakap bukan-bukan." Ujarku sambil mengenggam tangannya.

" Abang cuma kata. Tak semestinya betul."

" Walau apapun yang terjadi. Abang sentiasa akan berada dalam hati Dee. Abang adalah suami Dee. Dah..Tak mau cakap benda yang mengarut ni."

Aku terus memandang ke  luar tingkap. Dan air mataku menitis perlahan. Abang..Jangan tinggalkan Dee.

" Dee.. abang janji abang takkan tinggalkan Dee. Percayalah." Kata-kata itu buat aku tersenyum tanpa pengetahuannya. Terima kasih abang!

**
Tok!Tok!Tok!

Aku tersedar daripada tidur. Aku memerhati sekeliling. Di mana ni? Aku toleh sebelah. Anuar!

Dan..ini bilik aku. Buat apa dia di bilik aku. Tapi aku tersenyum melihat dia yang tidur itu.

Tok!Tok!Tok!

Bunyi ketukan pintu buat aku segera keluar daripada bilik. Aku sempat kerling jam di dinding. Sudah pukul 5 petang. Lama juga aku tertidur. Sampai tak sedar Anuar angkat aku ke bilik.

Tanpa berlengah, aku pantas membuka pintu.

" Assalamualaikum.."

" Waalaikumussalam.." Dan..aku tersentak melihat insan yang berada di hadapan mataku sekarang. Mak cik!

" Boleh aunty masuk?" Aku tersenyum kecil. Macam mana dia tahu rumah aku?

" Silakan.." Aku memberikan dia laluan untuk masuk.

" Ada apa mak cik datang cari saya ni?" Soalku terus terang.

Kemudian dia menoleh melihatku. Tajam renungan dia tu.

" Salahkah kalau saya datang melawat anak saudara tiri saya?" Aku tersenyum sinis.

" Kenapa macam tu pulak? Bukan mak cik sendiri ke yang putuskan talian persaudaraan dengan kami ni. Yalah..kami ni kan tak sesuai digandingkan dengan mak cik yang kaya. Kan?"

Aku membalas renungannya. Bukan aku ingin kurang ajar. Tapi gaya dia yang buat aku geram. Kan bagus kalau papa dan mama ada.

" Dee.. jangan kurang ajar sangat dengan saya ye.."

" Kenapa pula? Mak cik sendiri yang kurang ajar dengan saya dan family saya. Kenapa saya tak berhak? Ye saya tahu saya hanya menumpang di keluarga mak cik. Tapi datok dan nenek sendiri pun telah terima kami. Apa salah kami yang buatkan mak cik sisihkan kami? Apa?" Soalku ingin penjelasan.

Dia memandangku dengan senyuman sinis. Gaya dia persis orang kaya di negara luar sana.

" Oh..itu ke. Hurmm.. Kalau kamu nak tahu kamu kena tanya papa kamu sendiri. Dia telah buat saya menderita. Dia juga telah rampas hak saya. Dee..sebagai seorang anak kan? Kamu patut membantu saudara kamu. Jadi saya datang sini nak ambil balik hak saya daripada papa awak. Tak salah kan?"

Aku tersentak. Kepalaku geleng. Tak mungkin! Papa yang beritahu sendiri semua itu milik papa. Titik peluh papa. Mana mungkin senang-senang je diberikan kepada mak cik.

" Impossible! Lagipun apa yang papa dapat memang milik papa. Apa yang mak cik tak puas hati lagi ni. Kalau ada apa-apa yang belum memuaskan hati mak cik sampai saat ini. Saya rasa mak cik patut rujuk family mak cik. Kami kan tak berhak masuk campur dalam hal mak cik. Dan sekarang saya pinta mak cik keluar daripada rumah saya."

Ujarku sambil menoleh ke arah pintu agar dia keluar. Maafkan Dee ma sebab tak mampu layan mak cik dengan baik.

" Dee..jangan kurang ajar sangat dengan saya. Saya boleh buat kamu menderita Dee." Amaran keras di berinya kepadaku.

" Oh yaka? Tapi kenapa tidak dari dulu lagi? Kenapa baru sekarang? Kenapa?" Ujarku sedikit tinggi. Aku dah cukup bersabar dengan mak cik selama ini tahu tak.

" Dee! Anak yang tak tahu dek untung!"

Aku tersentak melihat tangan mak cik aku yang ingin menampar aku. Pantas aku menutup mata. Ya Allah.

" Dee!" Aku terkejut mendengar suara Anuar yang berada di hadapanku kini. Aku pantas membuka mata. 
Ternyata dia telah menahan mak cik daripada menampar pipiku.

" Mak cik tak berhak menampar isteri saya. Selagi dia bawah jagaan saya tiada sesiapa pun yang dibenarkan menyentuhnya."

Aku pantas bergerak ke belakangnya. Wajah mak cik ku yang tegang itu ku tatap.

" Okey fine! Dee.. saya akan datang cari awak lagi selepas ni. Yang pasti harta papa awak mesti jadi milik saya. Papa awak langsung tak berhak. Haha.."

Air mataku menitis apabila mak cik aku beredar. Aku terduduk di sisi Anuar.

" Ya Allah Dee. Kenapa ni?" Cemas Anuar melihatku. Aku ketap bibir.

" Awak.. Saya rindu mama." Terus aku memelukknya.

" Sabar sayang." Pesannya dengan lembut.

Mama! Baliklah cepat. Dee tak mampu hadapi semua ini seorang diri.

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers