Yeay! Ada cerpen baru. Seronok la tu! Atas ihsan tiga orang yg sudi komen dan inginkan cerpen ini. Aku pun dengan berbesar hati pun ingin mengupload cerpen ni untuk korang. Sebelum tu aku nak minta maaf sebab cerpen ni tak begitu memuaskan.
Aku nak membuat pengakuan. Cerpen ni dah berapa kali aku padam dan tulis semula. Taaip lepas tu padam. Sampai aku tak tau nak buat apa dah. Akhirnya aku ambil keputusan buat macam ni. Aku minta maaf kalau korang terasa boring bila baca kisah ni. Sebab aku tau mesti korang takkan puas hati. Maaf erk..
Tak guna aku berleter panjang-panjang. Jadi silakan baca.
“ Wana.. Kalau lagi dua minggu kamu tak bawa balik calon
suami dekat kami. Kami akan kahwinkan kamu dengan jiran sebelah. Mak tak kira.
Janji tetap janji.”
Haih… Bila teringat je kata-kata mak aku semalam. Aku terus
rasa tak bermaya. Manalah nak cari calon suami dalam masa terdekat ni. ingat
cari calon suami ni macam cari benda ke. Aduh! Kenapa mak terlalu mendesak
orang ni. umur orang muda lagilah. 29 muda lagi? Okay apa. bukannya tiga puluh
tahun. Lagi setahun lah Wana oii.
“ Argh! Macam mana ni?”
“ Kau ni dah kenapa Wana?”
Muncul Wati dengan pandangan peliknya. Untunglah jadi kau
Wati. Muda-muda dah kahwin. Dah nak dapat anak pun. Aku je masih ketinggalan
zaman. Kenapa aku cakap untung? Sebab ada orang datang merisik dia dua tahun yang
lalu. Dia dengan rasa syukurnya terimalah pinangan tu. yang lebih menguntungkan
lagi suami dia tu seorang pilot. Argh! Jealous aku dibuatnya.
“ Mak aku dah bertekad lah beb. Kalau dua minggu lagi aku
tak bawa calon jumpa dia. Aku akan dikahwinkan dengan pilihan dia. What I want
to do? Haih!”
Aku tunduk memandang kasut. Sambil tunggu bas datang sambil
termenung. Bagus betul. Huh!
“ Kau tak da calon lagi ke? Takkan seorang pun kawan lelaki
kau tak menarik perhatian kau?”
Aku mengeluh. Itulah masalahnya. Mereka tu hanya kawan.
Lagipun mereka tu semua dah berpunya. Aku ni seorang je masih belum berpunya.
“ Weh… apa kata aku pilih je mana-mana lelaki dekat sini dan
tanya dia.” Idea gila mula merasuk fikiranku. Yes! That is crazy!
“ What?! Kau ni memang cari nahaslah.”
Aku tersengih lalu tunduk sekali lagi. Ya Allah. Bantulah
aku untuk cari calon suami.
“ Weh.. Macam mana dengan kau lepas ni?” Soal Wati dengan
risau.
Aku mendongak dan tersenyum hambar. Macam tu lah. Aku
pandang sekeliling. Tiba-tiba mataku tepat memandang ke arah seorang lelaki
yang sangat khusyuk membaca buku. Sambil tunggu bas la katakan.
“ Kau tengok lelaki tu.” Suruh aku tanpa menoleh ke arah
Wati.
“ Yang mana? Yang bercermin mata dan tengah baca buku tu
ka?”
“ Haah. Apa pandangan kau?”
“ Kenapa? Takkan kau nak pilih dia? Kau jangan main-main.
Kenal pun tak.”
“ Aku tengok dia lelaki yang baik. Tengok cara dia
berpakaian dan sikap dia. Walaupun nampak skema tapi aku tau hati dia baik.”
Erk! Betul ke apa yang aku cakap ni.
“ Kau ni kan…”
Tanpa menghiraukan Wati. Aku mendekati lelaki itu. Macam nak
pergi berperang pula gayanya.
“ Assalamualaikum.” Tegurku tanpa senyuman. Tapi dalam hati
ni hanya Allah yang tahu. Ya Allah. Bantulah aku. aku harap aku tak salah pilih
orang.
“ Waalaikumussalam.” Dia mendongak dan memandang ke arah
aku.
Allahu! Hensemnya! Walaupun bercermin mata besar.
“ Erk… Boleh saya tanya awak sesuatu?” Aku terteguk air liur
apabila dia melihatku dengan pandangan serius. Aduh! Takkan aku salah orang
kot. Memang luaran nampak macam skema. Tapi sikap dia tak macam tu pun.
“ Boleh.”
“ Awak dah berkahwin ke belum?”
“ Erk.. belum.” Okay. Dia dah mula tengok aku dengan
renungan yang aneh. Nasib kaulah Wana. Nak sangat tanya kan.
“ Kalau begitu awak dah berpunya ke belum?”
“ Be..belum.”
“ Awak ada crush? Atau maksud saya awak ada suka someone ke
belum?”
Eh! Soalan mengarut apa yang aku tanya ni? gila!
“ Erk.. belum. Eh? Kenapa awak tanya macam ni?” Jelas
kerutan di dahinya.
“ Kalau begitu jom kahwin!”
“ ha?!”
**
“ Saya Hazrul.”
Aku dah mula tak senang duduk apabila melihat renungan mak
saat ini. tapi lelaki dekat sebelah aku ni boleh cool dan nampak sangatlah
relaks. Macam tak ada kesan apa-apa dekat dia. Sepatutnya dialah yang gelabah
sebab aku yang ajak dia kahwin.
Okay! Memang tak pernah buat dek orang mengajak lelaki
berkahwin. Kalau boyfriend tak apa. masalahnya orang yang langsung tak
dikenali. Okay! Itu memang gila! Puas juga aku dimarahi Wati. Tapi aku redha.
Cinta boleh dipupuk lepas kahwin kan? Heh!
“ Berapa lama kamu kenal dengan Wana? Setahun? Dua tahun?”
Aku terteguk air liur. Alamak! Apa aku nak buat ni? Aku
langsung tak bincang soal ni dengan dia. Yang ada dalam fikiran aku masa tu
hanyalah ajak dia kahwin dan ajak berjumpa dengan orang tua aku. yang lain tak
fikir dah. Waduh! Masalah!
“ Baru nak masuk sebulan makcik.”
Aku tertoleh ke arahnya dengan riak terkejut. Dia pula
memandangku dengan senyuman kecil. caranya macam nak aku percayakan dia. Erk!
“ Kamu yakin kamu dapat bahagiakan Wana?”
“ InsyaAllah makcik. Saya janji saya takkan sia-siakan dia.
Dia adalah segala-galanya bagi saya.”
Aku sama sekali terkedu.
“ Kamu cintakan dia?”
“ Dengan izin Allah. Saya cintakan dia.”
“ Macam mana kamu kenal dengan dia?”
“ Kami terserempak dekat perhentian bas. Masa tu dia datang
minta tolong saya sesuatu. Melalui tu lah kami mula berkenalan.”
Erk! Aku rasa nak hantuk kepala aku dekat dinding sekarang
ni. minta tolong? Haah! Bukan tolong tapi benar-benar realiti. Ni lah. Ajak
kahwin. Haih. Malu!
“ Kenapa kamu pilih anak makcik?”
Ya Allah. Banyaknya soalan mak. Aku dah macam cacing
kepanasan ni. mak tak reti penat ke?
“ Sebab dia berjaya menarik perhatian saya. Dia juga jodoh
yang disampaikan Allah pada saya. Saya yakin dengan aturan Allah.”
Serentak itu aku terus memandang ke arahnya. Serius!
Kata-kata dia tadi berjaya menusuk ke hati aku. Sangat mendalam. Dan dia
kelihatan sangat ikhlas saat menuturkan kata-kata tu.
“ Wana.”
Mak mula tersenyum lebar. Manakala ayah pula dah mengangguk
kepalanya. kenapa?
“ Mak setuju. Minggu depan kamu berdua akan disatukan. Tak
payah tunang dah. Terus berkahwin.”
“ What?! Cepatnya!”
Aku pula yang terkejut beruk. Tapi dia? Siap tersenyum lagi.
“ Lagi cepat lagi bagus. Dah mak nak pergi masak jap. Kamu
berdua duduk lah dulu. Lepas ni kita makan sama-sama.”
Sebaik sahaja mak dan ayah beredar ke dapur. Aku terus
berdiri dan menghadap dia. Serius bukan main.
“ Kenapa awak nampak relaks je? Tak ada takut apa-apa pun.”
Soalku terus terang.
“ Sebab saya dah bersedia dari dulu lagi. Bukan ke awak yang
suruh saya relaks. Tapi awak pula yang tak. Kan?”
Ceh! Aku kena balik.
“ Erk.. awak tak marah kan? erk.. yelah. Saya buat awak
macam ni.” Aku mula gugup. Tulah. Sebelum buat bukan nak fikir habis-habis.
Sekarang baru nak rasa takut? Lebih baik tak payah.
“ Tak malah saya bersyukur kerana ada orang sudi kahwin
dengan saya walaupun secepat ni. tak sempat kenal pun. Tapi saya percaya ini
aturan Allah untuk saya.”
Dan kali ni aku terus memusingkan badan ke arah lain. Ya
Allah. Adakah dia jodohku yang sebenar?
**
“ Syazwana Aida!”
Aku tersengih memandang ke arahnya. Tapi dia dah berang
sangat tu.
“ maafkan aku.”
“ Apa maaf-maaf? Kau memang gilalah.” Dia mengerling lelaki
yang berada di sebelah aku ni.
“ Hazrul kan?”
“ Yap.”
“ Saya harap awak takkan buat dia macam dia buat dekat awak.
kawan saya ni memang jenis gila-gila sikit. Kalau nak buat sesuatu tu bukan nak
fikir masak-masak dah. Terus serang je. harap awak dapat terima dia seadanya.”
Aku terdiam. Hurmm. Tahu aku salah.
“ Jangan risau. Saya sebagai seorang lelaki dan suami kepada
Syazwana Aida akan menjaga dia seperti mana saya jaga diri saya sendiri. Dia
anugerah Allah pada saya. Walaupun pada mulanya saya agak terkejut.”
Tenang sekali aku tengok dia saat ni. aku pula rasa malu. Ya
Allah. Terima kasih kerana berikan aku suami yang penyabar dan sentiasa tenang
macam ni.
“ Ha Wana. Kau dengar tu. nasib baik kau tak salah pilih.”
Kali ni aku pula yang tersengih kerang busuk.
“ maafkan aku. dahlah pergi makan. Nanti anak kau dalam
perut tu lapar pula. Anyway thanks datang walaupun kau marah. Hehe..”
“ Yelah. Aku tak sanggup marah kau lama-lama. Kau kan
sahabat aku. oklah aku gerak dulu.”
Aku jadi sebak tiba-tiba. Ya Allah. Semuanya berlaku tanpa
dirancang. Tiba-tiba aku rasa tanganku digenggam oleh seseorang. Siapa lagi kalau
bukan orang sebelah aku ni.
“ Saya janji saya takkan sia-siakan awak.” Ujarnya tanpa
menoleh ke arahku. Hanya senyuman yang terhias pada bibirnya. Aku pun turut
tersenyum. Ya Allah. Aku janji akan jadi isteri yang solehah di samping lelaki
ni.
**
Perlahan-lahan aku melangkah masuk ke dalam bilik. Degupan
jantung aku semakin laju. Gelisah punya fasal. Agak-agak dia dah masuk bilik ke
belum? Haiya! Macam mana aku nak buat ni?
“ Masuklah. Kenapa masih tercegat depan pintu tu?”
“ Opocot!”
Aku mengurut dadaku perlahan. Gara-gara terkejut mendengar
suara itu daripada belakang. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang baru menjadi
suamiku.
“ La… sorry. Tak sengaja buat awak terkejut.” Risau pula
dia.
Aku terus masuk dan duduk dibirai katil. Bagi menghilangkan
penat lelah sepanjang kenduri berlangsung tadi. Argh! Rasa nak tidur je saat
ni. Fuh!
“ Awak. boleh saya tanya sikit?”
Dia mengambil tempat di sebelah aku. aku hanya tunduk
memandang lantai. kedudukan kami saat ini sangatlah rapat.
“ Tanyalah.”
“ Apa yang membuatkan awak ingin kahwin dengan saya masa tu?
sedangkan saya tak macam lelaki lain. Yalah. Tengoklah cara saya berpakaian
masa tu. saya tahu ramai orang tak suka. Bukankah orang perempuan masa ni lebih
suka lelaki yang berstyle dan bukan skema macam saya.”
Ya Allah. Jujurnya dia cakap. Aku tersenyum kecil lalu
menoleh ke arahnya.
“ Entahlah. Saya pun tak tahu kenapa saya rasa awaklah orang
yang saya nak pilih. Lagipun masa tu saya tak tahu apa yang ada dalam otak ni.
dah macam orang gila rasanya. Nampak sangat masa tu saya desperate nak kahwin
dengan awak kan?”
“ Tapi perlu ke pilih suami hanya pada rupa semata-mata?
Saya tak pandang semua tu. walaupun saya tak tahu siapa awak pada waktu tu.
saya percaya dengan apa yang Allah takdirkan buat saya. Awak bukanlah skema
sangat. Tak apa. nanti saya tolong awak jadi lelaki yang berstyle dan lagi
macho.”
Aku tergelak kecil apabila melihat dia mencerlung ke arahku.
“ Terima kasih. Awak orang pertama yang berjaya membuka
pintu hati saya untuk bercinta kembali.”
Aku tersentak. Dia tertunduk ke arah jarinya.
“ awak pernah bercinta ke sebelum ni?” Aku ingatkan tak
pernah. Amboi wana. Ingat semua orang sama macam kau ke?
“ Yap. Tapi tak seindah yang awak sangkakan. Rupanya saya
telah diperbodohkan. Untuk pengetahuan awak, dulu rupa saya bukan macam ni.
dulu saya memang pandai dalam berfesyen ni.”
Aku tengok tangan dia menggigil. Kenapa? Apa yang bekas
teman wanita dia buat? Aku jadi tertanya-tanya.
“ Tapi hanya kerana saya berharta dan berpangkat. Dia
berlakon jadi teman wanita saya. Rupanya dia ada agenda. Macam mana saya dapat
tahu? Teman lelaki dia yang bagitau. Masa tu saya memang sangat kecewa. Sampai
hampir nak bunuh diri.”
Aku terkedu. Sampai nak bunuh diri?
“ Lepas tu lah saya ubah segala-galanya tentang diri saya.
Daripada jadi lelaki hensem dan pandai bergaya terus ubah jadi lelaki yang
poyo. Yang kelihatan bodoh. Skema. Arh lebih kuranglah.”
Aku nampak tangan dia yang menggigil tadi kembali biasa.
“ Walaupun dah lima tahun perkara tu berlalu. Saya tetap
masih tak dapat lupakan perbuatan dia. Saya memang takkan maafkan dia sampai
bila-bila.”
Tiba-tiba dia memelukku tanpa sempat aku berkata apa-apa.
dan aku dapat dengar tangisan kecilnya. Ya Allah. Besar sungguh penderitaan dia
masa tu. aku rasa bersalah pula saat ni.
“ Awak.. Siapa kata sekarang ni awak bodoh? Siapa kata awak
poyo? Awaklah suami saya yang paling hensem. Skema? Lagi baik. Sebab tiada
orang akan rampas awak dari saya.” Ujarku sambil mengusap perlahan belakangnya.
Tangisannya pun makin reda. Ya Allah. Aku dah mula rasa sayang dekat lelaki ni.
Apabila pelukan dileraikan. Dia merenungku dengan senyuman.
Aku pula membalas senyuman itu dengan seikhlas hati. Perlahan-lahan juga
tanganku menyeka air matanya.
“ Saya harap saya dapat jadi isteri yang solehah buat awak.
maafkan saya andai saya banyak kelemahan.” Aku pula rasa sebak.
“ Syhh… Saya dapat lihat banyak kelebihan yang ada pada diri
awak. sebenarnya sayalah paling beruntung apabila memiliki awak. awak comel, manis
dan cantik apabila tersenyum. Walaupun masa mula-mula awak tegur saya tu nampak
menakutkan.”
“ Awak!”
Dia tergelak kecil apabila melihat rajukku. Huh!
“ Awak.. Jom solat sama-sama. Pergilah mandi dulu.”
“ Terima kasih.” Ucapku lalu lari masuk ke dalam bilik air.
Kalau bukan dia yang aku pilih masa tu. Mungkin aku takkan
rasa perasaan macam ni.
**
Kejap aku berdiri. Kejap aku duduk. Kejap aku menggaru
kening. Haih! Apa aku nak buat sekarang ni. Aku toleh ke kiri. Hazrul masih
nyenyak tidur. Aku pula tak boleh nak tidur! Argh! Inilah jadinya kalau aku
terlalu penat. Kalau penat sangat mulalah susah nak tidur. Dia kena ada orang
belai dulu baru boleh tidur. Takkanlah aku nak suruh dia dodoikan aku? Seharian
dia sibuk.
Ya Allah. Rasa malu pula bila dah sebilik dengan lelaki lain
ni. tak sangka aku dah jadi isteri dia. Macam mimpi. Hurmm.. Aku pandang wajah
dia. Dia amat berbeza. Skema? Aku rasa sekarang ni aku nampak sisi dia yang
lain. Dia sangatlah hensem dan nampak polos je. hiks. Sempat lagi kau Wana.
Argh! Apa aku asyik sangat tengok muka dia ni. dah tak ada
kerja lain ke. Alahai. Dah pukul 2 pagi. Esok kena uruskan kerja bagi pihak
lelaki pula. Penat lah! Mesti esok aku tak boleh tidur juga. Mak! Wana perlukan
mak.
Tiba-tiba tanganku digenggam. Aku pantas menoleh ke arahnya.
Tapi mata tu masih terpejam.
“ Kenapa tak tidur lagi?”
Aku tersentak. Haish! Ni mesti aku terlalu buat banyak
pergerakan tadi.
“ Sa..saya tak boleh nak tidur. Awak sambunglah tidur.”
Aku menarik perlahan tangan aku tadi dan mengiring ke kiri
membelakangi dia. Malu pula. Haish. Bila lepas kahwin ni malu aku menjadi-jadi.
‘’ Takkan saya nak biarkan awak tak tidur sedangkan saya
tidur lena. Tak bolehlah macam tu. sekarang awak bagitau saya apa perlu saya
buat untuk awak tidur?”
Aku mengetap bibir tanda malu. Takkan aku nak bagitau dia
yang aku kena dibelai dulu baru boleh tidur. Ha! Mengarut!
Tiba-tiba kepalaku diusapnya. Sangat lembut.
“ Tidur okay.”
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
Perlahan-lahan mataku mula berubah kuyu. Nyanyiannya tadi
berjaya membuatkan aku terlelap.
“ Tidurlah.”
Akhirnya aku pun memejamkan mata dengan senyuman.
**
“ Selamat pagi!”
Aku dan Hazrul tersenyum melihat mak dan ayah sedang
menyiapkan sarapan bersama-sama. Mereka dari dulu lagi memang macam ni. So
sweet.
“ Hai pengantin baru. Nyenyak tidur semalam?”
Aku ambil tempat di sisi mak manakala Hazrul duduk di sisi
ayah. Seketika kami berbalas senyuman.
“ Semalam dia tak boleh tidur mak.” Suara Hazrul tiba-tiba.
“ La.. betullah. Hazrul kalau kamu nak tahu. Dia kalau
seharian banyak buat kerja dan terlalu penat sangat. Dia memang payah nak
tidur. Dia kena ada orang belai dan dodoikan dia baru dia boleh tidur. Habis
semalam kamu dodoikan dia?”
Aku tunduk memandang pinggang. Rasa malu menerpa. Mak ni!
“ Tu pun saya tersedar mak sebab dia asyik bergerak. Dia tak
bagitau pun suruh saya dodoikan dia. Tapi kesian tengok dia tak boleh tidur.
Jadi saya dodoikan dia. Tak tahu pula dia susah tidur kalau penat.”
Tiba-tiba bahuku dicuit mak. Mak tersenyum lebar. Ha! Dah
kenapa pula tu?
“ Nasib kamulah Hazrul lepas ni. anak mak ni memang macam
ni. banyak lagi kamu tak tahu tentang dia. Lepas ni kamu kenalah belajar
daripada mak dan ayah ye untuk pikat hati isteri kamu ni. kamu pun belum kenal
dia sepenuhnya lagi kan?”
Uhuk! Aku tersedak kecil. gara-gara takut terlekat, aku
pantas mengambil cawan yang dihulurkan oleh Hazrul. Selepas minum, aku
menghembus nafas lega.
“ Ha ni lagi satu. Kalau dia terkejut sangat dia akan mudah
tersedak.”
Haih! Satu-satu kelemahan aku mak pergi bagitau dia. Malu
betul. Dia dah banyak tahu fasal aku. tapi aku? satu haprak pun belum tahu.
Argh! Malu!
“ Lepas ni kamu balik kan? kirim salam mak dekat orang tua
kamu.”
Alamak! Hari ni kan aku kena balik rumah dia sebab kena
uruskan kenduri sebelah sana pula. Esok lah kenduri tu. alahai! Tak boleh tidur
lagi lah nampaknya.
“ Mak dan ayah kena pergi pasar dulu. Apa-apa nanti call
mak. Wana lepas ni tolong kemaskan dapur. Mak dan ayah pergi dulu.
Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Keadaan kembali sunyi sepi. Tiada seorang pun antara kami
bersuara. Aku dengan makanan aku. dia dengan makanan dia. Hampir 10 minit
jugalah masa berlalu. Aku yang dah hampir habis bersarapan tergerak hati untuk
memandang ke arahnya.
“ Mak!!”
Aku mengurut perlahan dadaku akibat terlalu terkejut. Yalah.
Tak tahu pula aku dia asyik tengok aku dari tadi.
“ Kenapa? Salahlah kalau saya pandang isteri saya sendiri.”
Dia masih beriak selamba. Inikah dikatakan seorang lelaki yang skema? Aku rasa
tak langsung. Huh!
“ Erk.. cepatlah makan. Saya nak kemas dapur.”
“ Saya tolong awak.”
Tanpa menghiraukan dia aku pun bangun dan menuju ke dapur.
Aku bersihkan segala kekotoran dan apa saja yang perlu dibersihkan. Tak sangka
dia pandai juga buat kerja dapur ni. tak ada rasa kekok pun. Tiba-tiba terasa
nak buli dia.
“ Awak tolong mop lantai. saya nak basuh baju jap.” Arahku
tanpa menoleh ke arahnya. Serius habislah ni. sedangkan dalam hati rasa nak
tergelak sebab tiba-tiba dia jadi blur. La.. takkan tak taktau nak mop lantai?
Hiks.
“ Mop dekat mana?”
“ Bilik air.”
Aku pun melangkah meninggalkan dia dan menuju ke ruang tamu.
Sebenarnya baju dah dibasuh. Saja cari alasan nak lari daripada dia. Amboi kau
Wana. Seronok buli suami kau sendiri.
Baru saja aku nak duduk. Aku terdengar bunyi baldi diseret.
Dengan langkah yang sangat perlahan. Aku berjalan dan berdiri belakang dapur.
Aku cuba mengintai apa yang dia buat.
“ Awak! macam mana nak mop ni? saya tak pernah buat.”
Aku tahan diri daripada gelak. Kalau aku gelak mahu dia
perasan aku tengah mengintai dia.
“ Aku buat je lah. Yang penting aku mop daripada tak.”
Dari kiri ke kanan. Dia tarik mop tu dah serupa macam tarik
kain. Dia tak gosok pun. Dah tu. air yang dia guna tu Ya Allah. Banyak. Boleh
banjir dapur aku ni ha. Tapi aku memang tak boleh tahan untuk tergelak. Haha.
“ Siap!”
Aku kembali ke ruang tamu. Buat-buat tengok tv. Sedangkan
aku rasa nak ketawa. Ya Allah. Kenapa suami aku tu kelakar sangat.
“ Awak! dah siap. Pergilah tengok. Takut ada saya tertinggal
lagi.” Datangnya dengan wajah yang tak terurus. Rambut yang kemas tadi dah jadi
kusut. Cermin mata dia dah menghilang ke mana.
“ Okay.”
Dengan lagak macam bos aku masuk ke dapur. Perlahan-lahan
aku berjalan di sekitar dapur tu. dah hampir kering. Ini bermakna dia lap
selepas mop tadi. Amboi rajin juga dia buat kerja.
“ Okay. Boleh tahan. Tahniah.” Ucapku tanpa memandang ke
arahnya.
Baru aku nak memusingkan badan untuk beredar, aku telah
tersilap langkah dan akibatnya aku hampir saja nak tergelincir. Tapi pinggangku
terlebih dahulu diraih oleh dia.
“ Awak okay?”
Terkebil-kebil aku melihat ke arahnya. Dadaku juga
berdebar-debar dengan laju. Tersedar, aku pantas menjarakkan diri aku daripada
dia. Ya Allah. Malu!
“ O..okay.”
Dengan kadar yang segera aku pantas berlari ke bilik. Adakah
ini balasan sebab aku perkena suami aku tadi? Ha! Ya Ampun!
**
Hari ini dalam sejarah aku keluar ke shopping kompleks
bersama dengan seorang lelaki yang bergelar suami. Siapa yang ajak? Dialah. Aku
tak ajak sama sekali. Sebab aku tau lelaki skema macam dia takkan jejakkan kaki
ke sini. Bukankah dia tak suka shopping. Tapi tengok cara sekarang ni, dia pula
yang terlebih teruja ha. Kalah aku.
“ Awak nak beli apa? bagitau je saya. Saya akan belanja.
Lagipun esok kita dah tak ada peluang untuk keluar bersama sebab esok kenduri
lusa saya dah kerja.”
“ ha! Awalnya awak kerja?” Aku mula rasa sedih. Habis
sia-sia jalah aku ambil cuti seminggu. Hurmm. Nasib kaulah kahwin dengan
seorang lelaki skema ni dan seorang bos ni. huh!
“ Sorry. Tapi banyak lagi kerja dekat pejabat yang saya tak
boleh tinggal. Sekarang awak bagitau je saya nak apa.”
Aku memandang sekeliling. Aku tak ada hati lah nak
beli-belah hari ni. aku pandang dia kembali. Aku rasa nak lakukan sesuatu. Tapi
boleh ke?
“ Kenapa?”
“ Saya nak beli baju t-shirt, seluar jeans dan potong
rambut. Ha satu lagi cermin mata.” Aku senaraikan apa yang aku nak beli selepas
habis membelek diri dia.
Wah! Dalam sejarah juga aku nak ubah penampilan seorang
lelaki yang bergelar suami ni. bosan jugalah kalau asyik tengok dia berpakaian
kemeja macam nak pergi kerja ni. sedangkan tak pergi kerja pun. Dan rambut tu
pun panjang separas bahu. Walaupun hensem tapi bagi aku nampak tak kemas.
“ Wah! Banyak sungguh awak nak beli. Okay jom.” Tanpa rasa
syak dia terus bawa aku masuk ke kedai baju.
“ Bukan!”
Aku menarik tangannya kembali. Aku menggeleng kepala dengan
perlahan.
“ Bukan kedai perempuan tapi lelaki.”
“ ha? Lelaki? Awak nak beli untuk siapa?”
“ Untuk abang saya.”
Abang? Eii! Tak kuasa aku nak beli untuk abang sulung aku
tu. dia dah kahwin. So dia boleh beli sendiri. Ni untuk kamu wahai suamiku.
Ceh!
“ Ha. Boleh. Jom.”
La.. aku hampir saja tepuk dahi gara-gara dia ni terlalu
percaya. Aku ingat kot lah dia nak fikir dulu. Abang aku kan ada dekat luar
negara sekarang ni. macam mana aku nak bagi. Hazrul..Hazrul.. Polos juga awak
ni erk?
Hampir sejam aku pusing satu shopping kompleks tu untuk beli
apa yang aku nak. Dan yes! Semuanya aku dah dapat kecuali rambut dia. Aku nak
potong rambut buat apa dah aku bertudung.
“ Lepas ni nak ke mana?” Soalnya dengan wajah yang penat.
Kesian.
“ Potong rambut.” Ujarku lalu tarik dia masuk ke salon
rambut khas untuk lelaki.
“ Eh? Awak salah tempatlah. Ni salon lelaki.”
“ Haah. Memang saya nak ke salon lelaki pun. Awak duduk
sini.”
Aku tarik dia dan duduk di sebuah kerusi yang dikhaskan
untuk pelanggan memotong rambutnya.
“ Cik! Tolong potong rambut suami saya ni macam.. ermm..
lebih kurang macam..”
Apabila aku terpandang saja photo Zul Ariffin. Aku tersengih
lebar.
“ Macam Zul Ariffin. Boleh?”
“ No problem!”
Dia memandangku dengan muka kasihan tapi aku beriak selamba.
Haha! Kejam kau Wana. Dahlah dia tak tau apa kau sedang buat. Tiba-tiba nak
potong rambut dia. Tak salah kan kalau nak ubah penampilan suami. Hek!
Hampir lima belas minit berlalu. Akhirnya selesai juga. Aku
pandang dia dari tepi ke atas. Dari atas ke bawah. Aku ternganga sebentar. Wow!
Berbezanya. Nampak hensem sangat. Ha! Ni barulah suami aku yang sebenar. Cuma
baju je belum diubah. Itu tak apa. dekat rumah boleh buat.
“ Okay. Terima kasih cik. Nah bayaran.”
Dia ikut je apa yang aku buat dan ke mana aku pergi. Keluar
je dari kedai rambut. Aku tarik dia masuk ke dalam kedai makan. Lapar!
“ Awak. kita baliklah. Saya tak nak makan dekat sini.”
Aku pandang dia dengan kerutan di dahi. La.. kenapa pula?
“ Bukannya kita makan tepi jalan. Jomlah. Saya lapar ni.”
Aku buat muka kesian.
“ Boleh tapi bukan dekat sini. Jom.”
Dengan kerasnya dia tarik tangan aku keluar daripada situ.
Ish! Kenapa ni? aku tak faham betullah.
“ Orang laparlah!” Protesku lalu berhenti daripada ikut dia
ke kereta. Aku lebih sanggup balik naik teksi daripada marah dan berlapar dekat
dia. Huh!
“ Awak. please! Jangan macam ni.” Separuh merayu dia menarik
tangan aku.
“ Saya lapar! Tolong jangan halang saya okay!”
Tanpa menghiraukan dia, aku kembali masuk ke dalam kedai
makan yang menjual western food tadi. Dah lama aku mengidam nak makan chicken
chop ni. dapat juga makan. Dia? Argh! Lantaklah! Siapa suruh tak nak ikut. Aku
marah ni! Kalau dah lapar, aku tau nak marah orang je.
Ish! Tapi tak baik tau kau buat dia macam tu. dia suami kau
Wana. Kau kena ingat!
Aku lapar! Tolonglah faham!
Tapi kau fikir tak perasaan dia? Dia pun lapar juga. Bukan
kau seorang je!
Huh! Aku mengeluh kecil. takkan aku nak keluar pergi cari
dia pula.
Tut!
Bunyi message mengejutkan aku daripada lamunan.
‘ Saya balik dulu. Ada
emergency. Awak balik naik teksi.’
Tanpa dipinta, air mataku mengalir. Ya Allah. Dia tinggalkan
aku seorang diri dekat sini? Takkan sebab dia marah sampai tinggal aku. sampai
hati dia! Air mataku makin laju mengalir. Begini ke sikap dia kalau marah? Mak!
**
“ Woi! Jalan tengok depanlah!”
“ Weh! Tak ada mata ke?”
“ Eh minah! Mabuk ke?!”
Itulah kata-kata hinaan yang aku dapat sepanjang aku
berjalan balik menuju ke rumah. Aku dah terbiasa dan aku abaikan je kata-kata
tu sebab aku benar-benar kecewa dengan seseorang. Siapa lagi kalau bukan suami
aku tu. nak balik naik teksi macam mana. Dompet aku ada dekat dia. Aku hanya
sehelai sepinggang je sekarang ni.
Ya Allah. Adakah ini balasan sebab ingkar kata-kata suami
aku tadi. Maafkan aku. aku rasa sangat berdosa.
“ Dik..”
Langkahku terhenti. Seorang makcik memandangku dengan
senyuman.
“ Makcik rasa lelaki tu sedang menunggu adik daripada tadi
lagi. Pergilah.”
Serentak itu aku menoleh ke belakang. Dan aku ternganga
melihat insan yang sedang berlari ke arahku itu.
“ Awak!”
Tubuhku terus dipeluknya. Belum sempat aku nak bereaksi
apa-apa pun.
“ maafkan saya sebab tinggalkan awak tadi. Saya minta maaf
sebab terlalu ikut perasaan. Maafkan saya.”
Aku masih diam tanpa reaksi. Aku sama sekali terkejut
melihat penampilan dia sekarang. Jauh berbeza daripada petang tadi. Semua
pakaian yang dia pakai ni baru je aku beli petang tadi. Ternyata dia dah tahu
barang-barang tadi tu untuk siapa. aku tersenyum tanpa sedar.
“ Jom balik. semua orang sedang risaukan awak. saya yang
salah.”
Aku pandang dia dengan senyuman. Kenapa ye, mudah sangat aku
rasa sejuk bila pandang wajah dia. Dan aku rasa menyesal sangat buat dekat dia
macam tadi tu.
“ Ma..maafkan saya.”
“ Awak tak salah. Tak apa. jom balik.”
Ya Allah. Dia benar-benar baik.
**
Dua minggu telah pun berlalu. Dan dalam dua minggu ni juga
aku cuba untuk jadi seorang isteri yang baik untuk dia. Apa saja perkara yang
patut isteri buat aku telah pun buat. Kecuali satu je. perkara yang sepatutnya
suami isteri lakukan. ‘Hubungan intim’.
Aku belum bersedia lagi. Walaupun aku tahu kami
masing-masing dah menyimpan rasa cinta itu. tak sangka dalam masa dua minggu
ni, aku dan dia dah banyak berkongsi perkara yang kami tak tahu. Alhamdulillah.
Kami masing-masing bahagia.
Cuma.. Aku tahu. Dia inginkan lebih daripada itu. dia nak
jadi suami dalam erti yang sebenar. Maafkan aku Ya Allah kerana aku masih belum
menuruti kemahuan suamiku walaupun dia tak cakap. Berdosakah aku?
“ Awak.. Tolong ikatkan tali leher untuk saya. Saya dah
lambat sangat ni.”
Dia muncul di depan aku sambil cuba menyimpul tali leher
tanpa memandang ke arahku. Dengan lembutnya aku menolak tangannya ke tepi dan
mengikat tali leher itu dengan sempurna.
“ Terima kasih. Saya pergi dulu.”
Seperti biasa juga, aku mengucup tangannya dan dia mengucup
ubun-ubunku sebelum keluar ke tempat kerja. setiap kali lakukan perkara tu, aku
rasa sayu sangat. Walaupun dia tak perasan tapi aku tahu dia rasa apa yang aku
rasa.
“ Saya balik tengah hari nanti. Jadi awak siaplah. Saya bawa
awak keluar makan.” Ujarnya lalu masuk ke dalam kereta. Aku hanya mengangguk
dengan senyuman.
Selepas dia beredar, aku pun masuk ke dalam rumah. Aku kini
menetap dekat rumah suami aku sendiri. Bukan rumah orang tua dia. Dia yang
minta begitu sebab dekat dengan tempat kerjanya. Aku? aku sebenarnya dah
meletak jawatan. Tiada siapa pun yang suruh. Aku yang nak. Sebab aku nak jadi
isteri yang solehah macam isteri Rasulullah.
‘ Awak! jangan lupa
saya sentiasa ada untuk awak.’
‘ Eh? Jangan cuba curi
tulang ye? Ahak! Gurau je. jangan buat kerja berat-berat sangat.’
‘ Awak! Saya rasa nak
balik dan duduk je dengan awak. ;)’
Ya! Itulah message yang aku dapat setiap kali dia ada dekat
tempat kerja. walaupun aku tak balas tapi dia tetap menghantarnya. Dan message
dia buat aku tersenyum sendiri. Nampak sangat dia cuba memikat hati aku. tak
payah pikat dah lah Hazrul sebab awak dah berjaya curi pun hati saya ni ha.
Ting tong!
Bunyi loceng mengejutkan aku daripada lamunan. Selepas
menyarungkan tudung, aku pantas membuka pintu untuk melihat siapa tetamu itu.
“ Ye? Cari siapa?” Aku memang belum kenal dengan jiran-jiran
suami aku ni. nama pun baru seminggu duduk.
“ Hazrul ada?” Datang seorang perempuan yang agak angkuh
pada pandangan mata aku sekarang ni.
“ Dia pergi kerja. kenapa ye cari dia?”
“ Tak. Aku tak nak cari dia. Aku nak cari kau. Boleh aku
masuk?”
Tanpa tunggu jawapan aku, dia terus menonong masuk ke dalam.
Ish minah ni! Nasib baik aku cuba bersabar.
“ Ada apa ye?”
Dia pandang aku dari atas hingga ke bawah. Dah macam nak
makan orang pun ada.
“ tak sangka dia pilih perempuan macam ni jadi isteri dia.
Eh! Aku dengar suami kau dah tak jadi skema macam dulu. Betul ke?”
Aku terkedu. Apa yang perempuan ni nak cuba sampaikan?
“ Aku ni ex dia. Aku rasa dia tak pernah bagitau kau kot
fasal aku.”
Aku terdiam. Siapa kata takda. Dia dah cerita hampir
kesemuanya fasal kau dekat aku lah perempuan!
“ Aku nak kau dan dia bayar aku sejuta esok juga. Aku
perlukan duit. Dia yang janji dulu nak tunaikan apa saja permintaan aku kalau
aku perlukan dia.”
“ Sejuta? Hey! Kau dah gila ke? Apa hal pula datang minta
dekat suami aku? pergilah cari sendiri.” Lantangku pada dia. Berubah terus rona
muka dia. Tahu pun kau. Ingat aku ni perempuan lemah ke?
“ Sebab kau kan isteri dia. Kau pandai-pandailah cari alasan
supaya dia pinjamkan sejuta dekat kau. Kalau tak aku akan bunuh kau!”
Tiba-tiba dia keluarkan sebilah pisau dan mengarahkan pisau
itu ke muka aku. Aku jadi gelisah. Dadaku berdebar kencang. Ya Allah.
Lindungilah aku!
“ Ke..kenapa kau masih nak kacau kami?” Dengan keberanian
yang ada aku menyoalnya.
“ Sebab aku tak puas hati! Selagi aku tak dapat apa yang aku
nak. Aku takkan lepaskan dia.”
Aku pandang pisau tu dan dia silih berganti. Wana! Mana
pergi silat kau dulu. Kau boleh tumpaskan dia kan? janganlah penakut!
“ Kau dah tak boleh ganggu dia! Dia suami aku!” jeritku lalu
menepis tangannya ke kiri. Pisau tadi pun dah masuk ke bawah sofa. Tanpa
berlengah, aku pantas menyepak kakinya sampai dia jatuh tersungkur.
“ lelaki yang kau sakitkan dulu tu! lelaki yang kau pernah
sayang atau tak tu! suami aku!”
Aku pegang erat tanganku bagi melepaskan ketakutan yang ada.
Bahaya juga perempuan ni.
“ Walaupun masa kau lepaskan dia, dia berubah jadi seorang
yang skema. Tapi dia yang buat aku jatuh cinta. Dia adalah suami aku. aku
cintakan dia! Baik kau pergi sebelum aku report polis.”
Dengan sekuat hati aku menjerit ke arahnya. Lantaklah dengar
sampai ke luar. Aku dah tak peduli. Aku hanya nak menyelamatkan diri aku.
“ Tak guna!”
“ Argh!”
“ Sayang!”
**
“ Ouch! Sakitlah abang!”
Aku menepis tangannya yang cuba menyapu ubat pada perutku
yang terluka itu. tahulah tangan tu kasar tapi janganlah ganas sangat.
“ Sorry sayang. Abang tak sengaja.”
Sebenarnya, baru dua hari yang lepas aku keluar daripada
hospital. Kenapa? Mesti korang tertanya-tanya apa yang jadi masa perempuan tu
datang rumah aku kan? Meh kita ingat balik.
“ Sayang!”
Aku jatuh terduduk dengan linangan air mata. Tanganku
terketar-ketar memandang darah yang mengalir dari perutku itu. tak sangka
perempuan tu telah menikamku. Dan aku pun tak perasan masa bila dia dapat capai
pisau tu.
“ Padan muka kau perempuan!”
“ hey!”
Hazrul telah mengejar perempuan tu tapi aku rasa tak berjaya
apabila dia kembali ke arahku. Dengan wajahnya yang gelisah itu membuatkan aku
tersenyum.
“ Sayang. Maafkan saya.”
Aku mengerut menahan sakit. Adakah dia terasa sesuatu lantas
berpatah balik ke rumah. Ya Allah. Besar sungguh kuasaMu.
“ Saya dah dengar segala-galanya. Saya pun cintakan awak.
maaf sebab baru sekarang saya luahkan.”
Dia menarikku ke dalam pelukannya. Ya Allah. Apa aku tak
salah dengar? Terima kasih Ya Allah.
“ Sa..sakit!”
“ Sayang!”
“ Syazwana Aida!”
“ Ha?!” Aku terkebil-kebil melihat dia.
“ ya Allah. Mengelamun je kerja sayang ni. dah siap sapu
ubat. Dah lepas ni rehat. Jangan duk gatal nak buat kerja berat-berat.” Dia
mula membebel.
Hampir tiga minggu aku berkahwin dan hidup bersama dia. Aku
baru tahu dia ni suka membebel kalah perempuan. Haha.
“ Abang.. terima kasih.” Aku tersenyum ke arahnya.
“ Untuk?”
Kepalaku diusapnya lembut.
“ Untuk segala-galanya. Kalau abang tak muncul masa tu.
Mungkin saya dah kehilangan nyawa dan tak berada di sisi abang lagi. Saya juga
mungkin tak berpeluang untuk dengar luahan hati abang.” Sayu pula aku rasa tapi
aku takkan menitiskan air mata lagi depan dia.
“ Abang sepatutnya minta maaf. Kalau tak kerana perempuan
tu. sayang takkan jadi macam ni. mujurlah dia dah ditangkap.”
“ Abang. Saya cintakan awak.”
Senyumanku makin lebar apabila dia menarikku perlahan ke
dalam pelukannya. Rasa sakit tadi rasanya hilang. Aku berasa sangat selamat
apabila berada dalam pelukannya.
“ Terima kasih juga sebab terima abang dalam keadaan yang
skema tu. tapi sekarang tak dah kan?”
Aku tertawa kecil. aku membuat anggukan. Sekarang memang tak
dah. Sebab dia kembali berpenampilan macam dulu. Cuma cermin mata tu je masih
besar. Katanya dia suka pakai cermin mata tu. Aku pun apa lagi. Ikutkan je lah.
“ Abang lah suami Wana yang paling hensem dan baik dalam
dunia ni. Beruntungnya Wana.”
Aku meleraikan pelukan dengan sengihan.
“ Abang pun bertuah sebab dapat isteri macam Wana.
Bayangkanlah tiba-tiba ada seorang perempuan datang dan minta kahwin dengan
abang. Uish! Manalah tak terkejut. Nasib tak ada sakit jantung je.” Dia cakap
dengan buat muka. Aku tertawa.
“ Perli nampak.”
“ Eh tak. Puji. Sebab sayang masa tu sangat comel. Kalau
sayang nak tahu. Masa tu lah abang dah jatuh cinta pada sayang.”
Aku terkejut. Oh! Really?
“ Tak sangka abang. Tapi menyesal juga sebab abang pernah
tinggalkan sayang dekat shopping kompleks masa tu. hanya kerana..”
“ Western food? Abang ni. bukan nak cakap awal-awal yang
abang tak boleh makan western food. Penat je orang merajuk dan sedih. Haih!
Apalah nasib.” Aku buat-buat menyesal.
“ Sorry. Hehe..” Kepalaku diusapnya lagi.
“ Sorry naik lori. Werk!”
“ Tak nak naik lori. Nak naik flight. Pergi korea.”
“ nak ikut!”
“ Dengan syarat. Cium sini dulu.” Dia menunjuk ke arah
bibirnya. Aku mencebik.
“ Tak nak! Abang pergilah sorang-sorang.”
“ Serius? Tak cemburu? Yalah kat sana ramai orang perempuan
pandang abang. Abang kan hensem macam Zul Ariffin.” Ujarnya sambil menjongket
kening.
Eii! Perasan. Pantas aku memukul dadanya. Serentak itu juga
dia mengucup bibirku. Pantas! Aku pula jadi malu.
“ Abang cintakan Syazwana Aida.”
Akhirnya aku hanya memeluknya sebagai jawapan kepada
luahannya itu. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih abang. Love you to.
~Tamat~
*Sorry. Aku akan cuba perbaiki lagi. :'(*
Terbaik! Sweetnya diorang..
ReplyDelete-miza
Yeke sweet? Hehe... Thanks komen.. :D
DeleteWahhh...best...brani giler si Wana tu gi tegor Hazrul.. TERBAIK laa..
ReplyDeleteLagu tu fevret sya.. Tpi penulis slah taip lirik die slah.. Sya agak kecewa disitu.. Sbb bnyk sngt slah nyeeee
ReplyDeleteDah diperbetul. Maaf sbb sya lgsung tk perasan.. Thanks sudi baca dan tegur. :')
Deletecerpen nya sangat menarik,so sweet banget... sukses selalu..
ReplyDeleteBest giler first time baca awek yg mintak kahwin dengan lelaki
ReplyDeleteBest giler first time baca awek yg mintak kahwin dengan lelaki
ReplyDeleteTerbaik la..saya blom pernah baca cerpen yg mcm ni..mmg menarik..teruskan usaha anda dlm membuat karya cerpen@novel yg menarik
ReplyDeleteWahh bestnya hehe
ReplyDeleteWahh bestnya hehe
ReplyDeletesmpai senyum sndri aq gara2 ni cerpen..besttttttt..
ReplyDelete