Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 14 December 2012

E-Novel Cinta Bersatu (1)

 
E-Novel terbaru dari saya bagi menggantikan e-novel Jejaka Terhangat & Gadis cantik.Sebab dah kekeringan idea nak menyambung.. Hehe..
Harap anda enjoy membaca e-novel ini.
 
Hidup ini memang indah. JIka kita tahu menghargainya. Hidup ini juga akan jadi mudah jika kita mengharunginya dengan penuh kesabaran. Tapi tak semua orang mampu mengharungi dengan penuh kesabaran dan ketenangan.


Macam akulah. Aku tahu aku ni cukup bertuah orangnya. Mana taknya aku dikurniakan sebuah keluarga yang cukup lengkap, kehidupan mewah dan pelbagai lagilah. Yang pasti aku berada dalam keluarga yang kaya.


Tapi anda semua pasti pelik apabila aku katakan yang aku tidak suka akan kehidupan sebegini. Kalau mewah saja tapi tak cukup kasih sayang. Apa yang boleh aku banggakan.
 
 
AKu sangat cemburu apabila melihat kawan-kawan aku dengan keluarga mereka. Setiap hujung minggu saja mereka pasti akan berkumpul bersama.
 
Tapi aku? Aku hanya mampu duduk bersantai dirumah. Tambahan pula seorang diri. Aku jadi sunyi. Aku macam patung boneka. Tiada siapapun yang ambil peduli akan aku. Papa, mama, kakak dan abang. Semua orang sibuk dengan urusan masing-masing.
 
AKu sudah bosan dengan keadaan semua ni. Aku perlukan kasih sayang.
Aku perlukan kawan. AKu juga inginkan perhatian. Aku nak semua tu.
 
Ke mana saja aku pergi, pasti seorang diri. TApi aku dah biasa dengan semua tu. Ibu bapa aku pun tak ambil peduli walaupun aku keluar malam-malam. Tambahan pula aku ni seorang perempuan. TApi sampai bila aku harus dalam keadaan begini.
 
Aku bukan kecil lagi. Sudah besar. Umur aku dah mencecah 19 tahun pun. Aku kini sedang belajar di satu kolej. Tapi aku jadi malas nak belajar. Aku pun tak tahu kenapa.
 
" Diana! Diana!"
 
Aku tersentak. Siapa pula yang panggil-panggil nama aku ni. Orang tengah luahkan perasaan. Hisshh kacau je lah.
 
" Diana! Turun bawah sekarang!"
 
Itu suara mama. Ada apa pulalah ni.
 
Dengan malas aku melangkah turun ke ruang tamu. Ternyata bukan mama saja yang ada malah papa, abang dan kakak. Kenapa ni? Tak pernah pula aku lihat mereka berkumpul begini.
 
" ada apa?" soalku lalu duduk disofa. Tanganku di silangkan. Mataku teralih kepada mama yang sedang berdiri.
 
" mama dan papa dah buat keputusan. Kamu mesti berkahwin."
 
" What?!" Aku tercengang saat mendengar apa yang mama aku kata. Kahwin? Dalam umur aku semuda ini? No Way!
 
" ya.. kami semua dah setuju. Lagipun mama risau jika tinggalkan kamu seorang di rumah ni tanpa kami semua."
 
Aku toleh melihat papa.
 
" Risau? Kenapa pula nak risau.Bukan selama ini kamu semua selalu tinggalkan Diana di rumah seorang ke? Tak gaduh pula. Yang sekarang kenapa tiba-tiba pula nak risau?" soalku tak puas hati.
 
Wajah papa dan mama aku tenung. Manakala abang dan kakak aku hanya menjongket bahu. Tiada jawapan bagi soalan aku.
 
" Papa, mama, abang dan kakak kamu mesti bergerak ke Australia hujung bulan ni. Kami pergi atas urusan kerja. Lagipun ia memakan masa hampir 6 bulan. Jadi papa risau tinggalkan kamu sorang-sorang dirumah."

AKu tersenyum tapi sinis.

"apa yang papa dan mama nak risaukan. Selama ini Diana tinggal je sorang-sorang dekat rumah tak apa pun. 6 bulan tu pun bukannya lama mana. Pejam celik pejam celik, dah berlalu. Atau Diana boleh ikut sekali kalau papa dan mama risau sangat. Yang pasti bukan dengan berkahwin." tegasku.
 
Papa ingin membuka mulut tapi aku sempat menghalang dengan gelengan.
 
" Wait.. pa..ma. Pleaselah. Jangan selesaikan semua ini dengan perkahwinan. Lagipun Diana belum bersedia lagi nak berkahwin. Calon pun tiada dan Diana sendiri pun masih belum sesuai untuk berkahwin. Come on lah papa, mama."
 
 
Aku lihat mereka silih berganti. Aku tidak kira. Aku tetap dengan keputusan aku. Walauapapun aku tetap takkan ikut arahan papa untuk berkahwin. Itu tekad aku.
 
" Diana..dengar apa yang mama nak cakap ni. Kami bukan apa. Kamu tu masih budak mentah lagi. Lagipun kami tak tahu apa yang akan terjadi pada kamu sepanjang kami berada di sana."
 
Aku mengalih pandangan ke arah lain. Hatiku kini sangat sebal. Marah dengan keputusan mereka.
 
" sayang.." Mama menghampiriku.
 
" dengar cakap kami. Kahwin ya.. kami dah ada calon untuk kamu. Mama yakin yang dia mampu jaga kamu dengan baik. Salah kami juga kerana biarkan Diana jadi macam ni."
 
Aku pantas bangun berdiri. Wajah mama ditenung.
 
" ya..betul. Ini salah papa dan mama. Dee jadi macam ni kerana mama dan papa. Dee ni anak yang kasihan kerana Dee tidak dipedulikan oleh keluarga sendiri. Dee kekurangan kasih sayang. Dee tahu juga yang mungkin Dee ni anak yang malang bagi papa dan mama."
 
Hati aku sakit sangat ketika meluahkannya. Bibirku diketap kuat.
 
" sayang..jangan cakap macam tu. Dee tak salah. Kami yang salah. Jadi kami nak tebus kesalahan kami."
 
Aku mengangkat tangan tanda menghalang mama daripada terus berkata-kata. Aku tak mahu dengar apa-apa lagi. Aku tak tahan lagi.
 
" sudah..Dee tak mahu dengar apa-apa lagi. Yang pasti Dee takkan berkahwin walaupun lelaki tu baik dan boleh dipercayai."
 
Usai aku berkata, terus aku melangkah naik ke atas dengan linangan air mata. Pintu bilik dihempas kuat.
 
Ya Allah.. kenapa mesti jadi begini. Kenapa mesti aku?
 
~Bersambung~


No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers