Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Sunday 9 December 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (47)



“ awak nak jumpa saya?” soalnya sambil menatapku tanda tidak percaya.
Aku mengangguk perlahan.

“ tapi lepas waktu kerja. Itu pun kalau awak tak sibuk.” Balasku dingin. Biar aku bersikap begini dulu.

“ tak..saya free. Kalau begitu saya tunggu awak di bawah. Nanti kita naik kereta saya.”

Aku hanya mengangguk lalu beredar dari situ. Tiada hati untuk berbual lebih lama.

“ Tunggu!” belum sempat aku ingin melangkah dia memanggil.

“ terima kasih kerana akhirnya awak sudi beritahu perkara sebenar.” Aku senyum kelat. Lantas aku beredar dari situ. Sama-sama. Awak.. saya harap perasaan yang saya rasa sekarang adalah benar. Bukan tipu. Perasaan yang lain ini mungkin adalah cinta awak..

Aku masih keliru. Tak mungkin aku mencintainya. Tk mungkin. Sama sekali tak. Ish… sob-sob…

“ JADI?”

Aku menarik nafas dalm-dalam dan hembuskannya. Dengan lafaz bismillah aku mulakan bicara.

“ saya nak tahu awak ada saudara terdekat tak di Pulau Pinang ni? Adik or sesiapa jelah. Yang perempuan?” soalku dengan penuh debaran.

“ ermm… adik? Setahu saya adik saya masih berada di London. Saudara perempuan pula hanya awaklah. Awak sajalah sepupu perempuan saya. kenapa?”

Aku memandangnya tanpa berkelip. Kalau benar begitu. Siapa perempuan yang keluar dengan dia masa tu. Mesra lagi. Takkan dia berbohong.

“ awak tak berbohong kan?” soalku pinta kepastian.

“ Betul. Buat apa saya nak bohong. Lagipun tiada faedah pun. Kenapa?” aku senyum sinis.

“ jadi ini memang salah awak. bukan saya yang main tuduh je..” ujarku dingin.

“ kenapa ni? Apa salah saya?” aku memeluk diri.

“ awak masih ingatkan pada malam yang saya balik lewat?” dia hanya mengangguk.

“ malam itu sebelum awak sampai ke rumah saya. awak pergi ke mana?” soalku. Macam tengah soal selidik pula.

“ erk… seingat saya malam tu saya pergi ke satu tempat untuk cari barang. Selepas itu saya dapat panggilan daripada abang Shah yang awak belum balik. Jadi saya terus datang ke rumah awak. mengapa?”

Air mataku serta merta turun. Mengapa dia mesti bohong?

“ awak cari barang ke awak berfoya-foya?” soalku sambil senyum sinis walaupun air mataku semakin galak menurun.

“ berfoya-foya? Apa maksud awak ni? Saya tak fahamlah.” Aku ketap bibir.

“ awak tak faham atau buat-buat tak faham!” bentakku geram. Pandangan orang sekeliling tidak lagi aku hiraukan. Biarlah restoran ini penuh wartawan pun aku sudah tidak ambil peduli.

“ cuba awak jelaskan…” aku mengeluh.

“ siapa perempuan yang awak bawa malam itu? Mesra lagi. Mula-mula saya memang tak mahu percaya sebab itu mungkin saudara awak. tapi selepas saya dapat tahu awak tiada adik perempuan atau saudara perempuan di sini. Saya jadi bencikan awak. hancur kepercayaan saya dekat awak.” jelasku dalam nada tinggi.

“ perempuan? Erk….” Kelihatan dia sedang berfikir. Aku tersenyum sinis. Aku malas nak hiraukan dia lagi. Aku harus pergi dari sini.

Segera aku bangun dan mencapai beg tangan.

“ awak fikir-fikirkanlah Zaim. Itu salah awak ke atau saya yang perasan. Jadi saya biarkan awak di sini. Pergi dulu.”

Pantas aku keluar daripada restoran itu. Semakin galak air mataku turun.

*****

Tenangnya aku rasakan sekarang. Bebas daripada masalah setelah aku berada di sini. Ini sajalah tempat yang mampu buat aku hilangkan tekanan. Tempat itu adalah pantai. Tak kisah di mana asalkan pantai.

Selepas aku luahkan kisah sebenar kepada Zaim sebentar tadi. Pantas aku datang ke sini. Aku sebenarnya tak habis fikir lagi mengapa sikapku sedemikian terhadap Zaim. Adakah betul aku suda jatuh cinta buat kali kedua? Dengan Zaim? Betul ke? Tapi aku tak percaya semua ini boleh terjadi kepadaku.

Aku tidak menidakkan sebab perasaan ini sama jikalau aku bersama dengan arwah Aidil. Kali ni dengan Zaim. Berdebar-debar. Itu adalah perkara pertama yang aku rasakan apabila aku berada dekat dengan dia. Sebelum ini tidak.

Aku mula rasakan perasaan ini saat semester terakhir aku di London. Kadang-kadang aku tersenyum seorang diri saat teringatkan Zaim. Kini aku bersedih saat Zaim bohong. Jadi tak lain tak bukan ini adalah cinta. Betul?

Pasir di kuis aku dengan kaki. Bersama perasaan yang aku alami sekarang. hanya satu saja cara yang dapat mengesahkan perasaan aku ini betul atau tidak terhadap Zaim. Iaitu solat isthikarah. Itu cara yang terbaik.

“ cinta ini bukan perkara yang mudah kan?” aku tersentak. Itu suara Zaim.

“ dan bukan mudah juga untuk menerima cinta itu seadanya kan?” suara itu makin dekat dari arah belakangku. Aku tidak mampu bergerak. Aku terkaku.

“ dengarlah kata hati awak Misya. Jangan ikutkan ego.”

Kini dia telah berhadapan denganku. Menatap aku dengan dalam.

“ ya… memang saya salah tapi awak tersalah faham. Semua itu bukan seperti yang awak sangkakan. Percayalah. Sebab saya cintakan awak.”

Deruan nafasnya dapat aku dengar. Dia makin dekat denganku. Itu buat debaranku makin laju. Janganlah macam ni…

“Tolong…” aku melangkah dua tapak ke belakang. Aku menggeleng.

“ awak tak faham Zaim. Awak takkan faham.”

Belum sempat aku ingin pergi, tanganku di capai.

“ saya faham. Sebab itulah saya datang cari awak di sini.” Aku rentap tanganku.

“ apa yang awak faham? Okey saya tahu saya tak berterus terang. Tapi saya dah luahkan perkara sebenar tadi dan saya dapati awak menipu. Awak tahu tak hati saya sakit. Sakit sangat. Saya pun tak tahu mengapa saya mesti rasa begini. Tapi saya tahu kerana apa. Kerana awak. awaklah yang buat saya rasa macam ni.”

Aku menatapnya dengan seribu perasaan. Air mataku pula menitis. Aku memang tak nafikan yang dia ni hensem tapi jika sikap dia tak sama dengan rupa. Tak boleh juga.

“ saya tahu mengapa awak rasa begitu. Saya tahu. Tapi maafkan saya. tolonglah dengar penjelasan saya dulu. Awak.. saya betul-betul cintakan awak jadi saya tak mungkin bohong awak. please…” aku menggeleng perlahan.

“ apa yang awak tahu? sudah terlambat Zaim. Saya tahu saya ni bodoh dalam menyedari perkara ini. Tapi mengapa Zaim? Zaim… andai benar awak cintakan saya. tolong kembalikan kepercayaan saya dan sembuhkanlah kembali hati saya. yang saya tahu sekarang adalah awak bohong saya!” jeritku kepadanya.

“ sebab awak cintakan saya Misya…. Itu sebabnya.” Aku tergamam.

“ kalau tidak awak tidak akan rasa sakit di hati apabila awak Nampak saya pada malam itu. Hanya itu penyebabnya. Cuma awak saja tidak sedar.” Sambungnya.

Aku pantas menggeleng. Tidak! Tidak!

Pantas aku berlari daripadanya. Aku menekup mulut tanda tidak mahu menangis. Tapi masih tak boleh. Air mataku tetap mengalir. Aidil… adakah awak yang sampaikan dia untuk saya? kalau benar, mengapa semua ini harus terjadi. Adakah benar dia berbohong? Tolong berikan saya petunjuk.

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers