Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 4 December 2012

Hati Ku YAng KAu Miliki (38)



5 tahun berlalu

Kenangan demi kenangan yang telah aku lalui pada masa lalu. Tidak kira pahit atau manis. Kenangan tetap kenangan. Tiada satu akan berubah dan ku lupa. Tapi itu dah tak penting kerana masa depan menunggu aku.

Dalam lima tahun ini, telah banyak yang aku pelajari dalam hidup. Aku juga tak sangka yang aku kini sudah makin matang. Memang tidak dapat di nafikan yang hatiku kini sangat merindui seseorang walaupun 5 tahun telah berlalu.

Namun apa yang boleh aku buat. Cinta dan ingatan tentang dia tetap bersemadi dalam hati ini. Aku tak mampu menolaknya dengan secepat mungkin. Hanya Dia yang mampu membantuku.

Aku memerhati sekeliing buat kali terakhir. Hari ini adalah hari terakhir aku berada di bumi London ini. Terlalu banyak kenangan aku di sini. Dan yang paling aku tak sangka adalah aku akan berjumpa semula dengan Zaim di sini. Yalah dia kini menetap di sini.

Mujur juga ada orang yang aku kenal. Dialah yang telah banyak membantuku ketika aku berada di sini. Dia juga langsung tidak tahu apa yang telah terjadi dalam hidupku 5 tahun yang lalu. Aku pun tidak buka bicara. Biarlah satu saat nanti setelah aku bersedia.

Tiba-tiba bahuku di cuit. Aku segera menoleh ke belakang. Ternyata Zaim. Aku membalas senyumannya.

“ Dah puas perhati sekeliling?” soalnya bersama senyuman.

Aku menarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya. Bersama senyuman aku mengangguk.

Aku pasti akan merindui London. Tapi aku pun tidak sabar untuk pulang ke tanah air yang tercinta.

“ Jom saya hantar awak ke airport.” Ajak Zaim.

“ tak usahlah. Saya boleh pergi sendiri. Lagipun awak kan ada kerja.” Tolakku secara baik.

“ taklah. Lagipun lepas ni saya dah tak boleh jumpa awak dah. Yalah awak berada di Malaysia. Saya pula di sini. Jadi bolehlah?”

Akhirnya aku mengangguk. Kesian juga tengok Zaim ni. Mengharap sangat.

*****
Selepas mendapat pengumuman supaya segera masuk ke balai pelepasan, aku terus bangun dari kerusi.

“ Zaim.. terima kasih. Terima kasih untuk segalanya.” Ucapku ikhlas sambil memandangnya.

“ Sama-sama. Lagipun awak juga merupakan kawan saya kan?” aku senyum nipis.

“ baiklah. Saya pergi dulu.” Pintaku lalu berjalan perlahan menuju ke balai pelapasan.

“ Misya!” laungan Zaim buat langkahku terhenti dan menoleh ke arahnya.

“ Tunggu saya di Malaysia! Saya ada perkara penting yang ingin beritahu awak. perkara yang saya janji dahulu. Tunggu!”

Aku melihatnya dari jauh. Macam-macamlah. Akhirnya aku kembali berjalan sambil melambai tangan ke arah Zaim.

Insya-Allah Zaim. Saya akan tunggu awak. 

****

I’m back Malaysia! Ya Allah rindunya aku dekat Negara Malaysia ni. Mesti banyak perubahan telah berlaku.

Aku menolak troli beg sambil mencari kelibat seseorang. Kelibat abang Shah. Katanya nak sambut kepulangan aku. Tapi sampai sekarang belum Nampak. Mana perginya?

Tak kisahlah. Asalkan aku dapat pulang juga ke tanah airku yang tercinta ini.

“ Assalamualaikum…” aku menoleh apabila mendengar orang memberi salam.

“ waalaimussalam…” aku senyum lebar dan menyalaminya.

“ dah lama sampai?” soalnya ceria.

“ urmm.. baru je. Seorang je?”

Abang Shah kini ku lihat semakin bergaya dan sedikit tinggi dari dulu. Wajahnya pun lebih kurang macam dululah.

“ seorang je. Yang lain tunggu di rumah.” Jelas abang Shah bersama senyuman.

“ akak Farihah pun ada sekali ke?” soalku lagi. Tidak tertanggung lagi rindu aku terhadap mereka.

“ kalau nak tahu jom kita balik sekarang. Ramai yang tunggu kamu di rumah. Dan ada sedikit kejutan untuk kamu di rumah. Kalau nak tahu kita balik sekarang.” Aku mengangguk laju.

Tak sabar pula rasanya.

*****

“ SURPRISE!”

Aku terpana apabila melihat kejutan di hadapan mataku kini. Ada kek dan paling mengejutkan adalah semua kawan baikku turut ada di rumahku.

“ Selamat Hari Lahir Hamisyah.” Ucap abang Shah lalu menyerahkan sekotak hadiah.

“ terima kasih.” Aku sambut huluran itu.

Aku langsung tak ingat hari ini adalah hari lahir aku. Tak sangka aku akan mendapat kejutan sebegini. Ya Allah…

“ ada lagi satu kejutan untuk Misya.” Ujar abang Shah. Aku mengerutkan dahi. Ada lagi ke? Banyak sungguh.

“ sayang!”

Pandanganku terarah ke semua orang yang berada di situ.

“ Misya…” panggilan itu buat aku menoleh ke kanan.

“ Akak Farihah!” terus aku meluru ke arahnya lalu memeluknya.

“ rindunya Misya dekat akak.” Ujarku lalu leraikan pelukan.

“ kejap-kejap. Kamu tengok di belakang akak dulu.”

Aku menurut dan ada kereta bayi. Dan di dalamnya terdapat seorang bayi. Ya Allah comelnya.

“ anak siapa ni akak?” soalku lalu mendukung bayi itu.

“ siapa lagi kalau bukan kami.” Ujar abang Shah lalu memeluk bahu aku.

Aku memandang abang Shah dan akak Farihah silih berganti.

“ betul?” anggukan mereka buat aku tersenyum bahagia. Alhamdulilah.

“ nama apa ni?” soalku sambil bermain dengannya.

“ Syafiq Farhan Bin Muhamad Shahmi.”

“ Tahniah bang dan kak. Tak sangka banyak yang telah berubah sepanjang Misya berada di luar Negara. Atau ada lagi yang Misya belum tahu.”

Pandanganku terarah pula ke mak dan ayah. Abah dan Azfar turut berada di situ. Ifah, Dila dan Syifa pun. Ibu abang Shah dan aku tak sangka yang ibu dia pun turut berada di sini. Maksud aku ibu arwah Aidil.

“ biarlah kita biar dia berehat dulu..” Ujar ayahku.

“ yelah..Misya berehat dulu. Mesti penat berada lama dalam kapal terbang tu.”

Aku hanya mengangguk tanda menurut perintah. Serta merta aku merasa nak tidur. Tambahan pula perbezaan perubahan iklim di sini dan di sana. Ia berbeza jadi aku perlu menyesuaikan diri semula apabila berada disini.

“ sebelum tu, abang nak Misya pergi bersihkan diri dulu lepas tu solat. Jangan nak gatai-gatai tidur terus. Faham?” arah abang Shah tegas.

Aku tersengih mendengar arahannya. Macam tahu-tahu je abang ni.

“ yelah bang. Adik abang ini akan menurut perintah.”

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers