Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 7 December 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (44)



“ tolong jangan ganggu Misya boleh tak? Pleaselah…”

Terus aku melemparkan henset ke tanah. Perasaan aku kini bercampur aduk. Marah, geram, sedih dan pelbagai lagi. Tapi kenapa aku mesti rasa perasaan ini. Aku tak suka. Tapi kenapa?

Kenapa selepas aku melihat mereka berdua, aku mesti rasa perasaan ini. Kenapa? Kenapa mesti aku marah dan kenapa aku jadi sedih. Ya Allah apakah perasaan ini? Adakah aku sudah jatuh cinta dekat dia? Tapi semenjak bila?

Argh! Ya Allah…

“ dik?” aku tersentak. Pantas air mataku seka.

“ adik tak apa-apa ke?” soal mak cik yang menegur aku tadi.

“ tak. Saya okey.” Balasku dengan senyuman kelat. Hensetku yang dilempar tadi segera aku ambil dan simpan ke dalam beg. Aku kemas kinikan pakaianku dan tersenyum ke arah mak cik tadi.

“ boleh tak adik tolong mak cik? tolong makcik belikan minuman. Kaki mak cik lengah sangat.” Aku tersenyum.

“ yelah mak cik. Mak cik tunggu di sini. Saya pergi beli.”

Segera aku pergi ke restoran berdekatan dengan Taman selat itu. Aku pun tak tahu kenapa hati aku tergerak untuk datang ke sini. Sedangkan tiada apa-apa pun yang boleh aku buat.

Ternyata Allah nak tunjuk kebenaran kepadaku. Mungkin jika aku tidak datang ke sini malam ini, aku tidak akan tahu siapa dia yang sebenarnya.

Jadi berbaloi juga selama dua hari aku tidak datang kerja demi mengelak daripadanya.

“ bang.. bagi teh ais bungkus satu.” Pesanku kepada pelayan restoran itu. Dia hanya mengangguk.

Sambil menunggu pesanan, aku mengambil tempat di meja. Bagi menghilangkan penat. Aku teringat kembali apa yang aku Nampak tadi.

 Zaim bersama seorang perempuan. Mereka kelihatan mesra sekali. Siap bersentuhan bahu lagi. Ya Allah apa yang Engkau cuba tunjukkan kepadaku..

“ dik… teh ais siap.” Aku tersedar..Aku segera mengambil pesananku. Selepas bayar segera aku bergerak ke mak cik tadi.

“ mak cik… ini minumannya.”

Aku mengambil tempat di sisi mak cik itu. Jam di tilikku. Ternyata dah hampir pukul 10 malam. Patutlah abang Shah call tadi.

Ya Allah aku terasa berdosa pula marah abang Shah tadi. Sedangkan abang langsung tak tahu apa-apa. Aku mesti minta maaf daripadanya.

“ dik…dik ada masalah ke?” aku menoleh melihat mak cik itu.

“ tak lah. Saya okeylah. Ermm.. selepas ini makcik nak ke mana? Lagipun dah lewat malam ni. Nak saya temankan ke mana-mana?” aku tawarkan diri.

“ tak usahlah. Mak cik dah dekat dengan kawasan perumahan makcik. Ini pun makcik berehat. Tak usah bersusah payah. Kamu ni dari mana hendak ke mana. Seorang pula tu?”

Aku senyum kelat.

“ hurmm… saya pun tak tahulah makcik. Saya datang ke sini pun sebenarnya ikut gerak hati. ternyata Allah tunjukkan saya kebenaran apabila saya datang ke sini. Baiklah mak cik.. lupakanlah. Ermm… betul mak cik tak apa-apa kalau saya tak teman?”

Mak cik itu mengangguk tanda menyakinkanku.

“ kamu pergilah balik. Pasti keluarga kamu sangat risau sekarang. Dan kamu ingatlah satu perkara, setiap masalah pasti ada jalan penyelasaiannya. Jika kamu ada masalah yang buat kamu tertekan."

"Kamu harus cari jalan yang baik untuk selesaikannya. Jangan luahkan perasaan macam tadi. Ia memberi kesan buruk kepada kamu.” Aku terdiam.

Ternyata mak cik ni Nampak perbuatan aku membaling henset tadi.

“ ingat ya pesan mak cik ni. Makcik pergi dulu.”

Kelibat mak cik itu makin lama makin menghilang. insyaAllah makcik. Saya akan cuba selesaikan masalah yang saya hadapi sekarang.

*****

“ SAYA dah balik…”

“ kamu ke mana Misya?”

Belum sempat aku ingin melangkah naik ke bilik, abang Shah menegurku dengan muka tegang.

“ jawab abang tu Misya. Ke mana kamu pergi? Dah pukul 10.30 malam ni.” Tegur ayah pula.

Aku pandang mereka berdua silih berganti. Mak,ibu dan akak Farihah turut ada bersama. Aku terlupa pula, sebenarnya mak dan abah tinggal sebumbung dengan ayah dan ibu.

“ maafkan Misya. Misya tahu Misya salah. Misya pun tak sedar yang Misya sudah terlewat untuk balik ke rumah. Abang.. maafkan Misya sebab Misya marah-marah masa abang telefon tadi. Lagipun masa tu emosi Misya tak stabil. Semua… maafkan Misya.” Ucapku tulus sambil memandang mereka.

Aku tahu dan aku sedar salah aku. Jadi aku perlu meminta maaf.

“ awak tahu tak yang awak buat semua orang risau..” Aku tersentak. Dia.. dia turut ada di sini?

Aku menoleh ke belakang. Ternyata betul itu Zaim. Tapi apa yang dia buat dekat sini. Dan dia buat aku kembali terkenang perkara tadi. Ya Allah… tabahkan hatiku.

“ betul kata Zaim tu Misya. Cuba beritahu kami apa masalah kamu yang sebenarnya. Mana tahu kami boleh tolong.” Saran abang Shah.

Aku menggeleng laju. Pandanganku kembali terarah ke Zaim. Aku melihatnya dengan seribu perasaan yang dia sendiri tidak dapat tafsirkan. Sungguh aku sangat bengang dengan dia sekarang ni. Mengapa dia mesti muncul saat ini?

“ tiada siapa pun yang dapat bantu Misya. Biar Misya je yang selesaikan masalah ni sendiri dengan seseorang tu. Seseorang yang sudah menghancurkan kepercayaan Misya. Dan abang tak perlu risau. Misya tidak akan bertindak bodoh. Maaf.. Misya naik dulu.”

Usai aku berkata, aku terus melangkah ke bilik. Nafasku termengah-mengah menahan marah. Dadaku berdebar-debar dan perasaanku sebak. Cuma tunggu untuk luahkan segalanya saja.

Tok! Tok! Tok!

“ Misya… mak ni. Kamu tak apa-apa ke? Boleh mak masuk sayang?” aku tersandar di belakang pintu. Air mataku laju mengalir di pipi.

“ mak! Tinggalkan Misya. Misya nak bersendirian. Tolong mak dan tolong beritahu mereka semua yang Misya taka pa-apa. Jangan risau!” Balasku separuh menjerit. Aku nak Zaim dengar. Aku nak seksa perasaan dia.

Aku tahu dia langsung tidak tahu apa-apa. Aku pun sepatutnya tidak patu buat begini. Tapi kenapa akalku yang suruh aku buat. Apakah betul aku memang cintakan Zaim? Aku masih belum tahu. Tapi kejadian tadi buat aku yakin yang aku turut mencintainya.

Tidak! Tidak! Aku tak boleh terlalu yakin. Mungkin itu hanya marah kepada kawan. Ya betul. Sebab dia telah tipu aku, tipu dengan perasaannya itu. Ya betul. Jadi aku tak perlu risau. Aku tidak cintakan dia. That right!

“ Misya…kamu berehatlah. Jangan lupa solat dulu ya sayang..” aku senyum di sebalik pintu.

Terima kasih mak kerana sentiasa menyokong Misya. Misya takkan lupakan jasa baik mak selama ini.

~Bersambung~ 

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers