Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Wednesday 5 December 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (39)



Buat yang tersayang Misya.

Awak…

Saya pun tak tahu kenapa saya beria-ria nak tulis surat ini kat awak. Saya rasa saya akan pergi jauh dari awak dan takkan kembali lagi. Jadi saya tulis surat ini. Ia mungkin adalah kali terakhir. Maaf jika awak terpaksa mendengar luahan hati saya. Saya tak bermaksud pun tapi saya nak sangat beritahu awak. Harap awak faham.

Misya…

Awak tahu kan yang saya cintakan awak. Hari ini adalah hari  perkahwinan kita. Saya tak tahu bila awak akan baca surat ini kerana saya yakin awak takkan baca secepat mungkin. Mungkin masa awak baca saya sudah tiada di sisi awak. Maafkan saya. Maafkan saya kerana telah mengecewakan awak dan buat awak sedih. Tapi tolonglah awak… tolong relakan pemergian saya. jangan ratapi atas pemergian saya. saya tahu awak seorang yang tabah.

Ingatlah yang saya sentiasa bersemadi di hati awak. tidak kira ke mana awak pergi saya tetap berada dalam hati awak. saya rasa sampai sini saja. Lagipun saya sudah mahu bertolak untuk perkahwinan kita.

Misya..

Buat kali terakhir dengarlah luahan hati saya ni. Saya cintakan awak. Ini kerana Allah yang menitipkan perasaan ini. Saya juga sayangkan awak sangat-sangat kerana awak adalah wanita yang Allah pilih untuk bersama saya. Walaupun jodoh kita tak panjang, saya tetap doakan awak bertemu jodoh yang lebih baik daripada saya.

Saya rasa sampai sini saja. Maafkan saya…

Dari yang orang awak sayang Aidil Arman…

*****
Air mataku gugur jua akhirnya. Setelah lima tahun aku langsung tidak menitiskan air mata walaupun aku sangat merinduinya. Aku tetap kuatkan hati.

Tapi setelah aku ambil keputusan untuk membaca surat ini buat kali pertama dalam lima tahun ini.

Air mataku mengalir. Sungguh aku masih merasakan kehilangannya. Macam baru semalam dia pergi tinggalkan aku. Ya Allah terlalu banyak kenangan aku dengannya. Bagaimana aku ingin lupakan dia.

Bantulah aku Ya Allah. Sangat perlukan bantuanMu.

Surat dari dia aku simpan dalam laci dan menguncinya. Biarlah ia di simpan di tempat yang sukar untuk aku jumpai. Aku takut jika aku jumpa aku akan menangis lagi.

“ Misya…” aku menoleh ke arah pintu. Laci meja segera ku tutup.

“ mata kamu merah. Kenapa ni?” aku tersentak. Jangan sampai akak Farihah sedar yang aku sedang menangis. Sudah cukup selama ini kerana aku buat mereka risau akan keadaanku.

“ yeke..mungkin mata Misya masuk habuk. Kenapa kak? Ermm.. Farhan dah tidur ke?” soalku bagi mengelak persoalan akak Farihah yang seterusnya.

“ dah… kamu ni nangis kan?” aku terkedu. Tak sangka akak Farihah akan sedar juga. Dia pun perempuan seperti aku juga. So mesti dia faham.

“ cuba beritahu akak apa masalah kamu ni. Mungkin akak boleh tolong.” Aku senyum hambar.

“ masalah yang Misya hadapi ini tiada siapa dapat membantu. Hanya Misya je yang mampu selesaikan. Itu pun dengan bantuan Allah.” Jelasku tenang.

“ akak rasa akak tahu masalah kamu. Akak harap kamu bersabar.” Tangan ku digenggam erat.

“ terima kasih kak. insyaAllah Misya akan jadi kuat seperti akak.” Aku cuba ukir senyuman yang paling manis untuk akak Farihah.

“ baguslah kalau begitu. Jom ikut akak keluar. Semua orang sedang tunggu kamu di ruang tamu. Ada perkara yang perlu kamu tahu.”

“ yelah… akak pergi dulu. Nanti Misya menyusul.”

“ yelah..” aku tersenyum.

Aku meraup muka berkali-kali. Pergilah kesedihan. Sekarang aku tidak perlu lagi bersedih. Aku perlu senyum. Ya..kuatkan semangat.

Dengan senyuman aku melangkah ke ruang tamu.

*****

“ ada apa mak? Ada perkara apa lagi yang Misya tak tahu?” aku duduk di sisi mak.

“ ada… tapi biarlah tuan punya badan yang beritahu kamu.” Ujar mak dengan senyuman yang susah untuk aku tafsirkan.

“ Misya… kami nak beritahu sesuatu ni. Harap kau tak terkejut.” Suara Azfar.
Aku hanya mengangguk.

“ sebenarnya lagi dua bulan aku dan Dila akan berkahwin.” Luah Azfar.
Aku ternganga melihat mereka.

“ be…betul ke ni?” soalku dengan reaksi terkejut.

“ yap.. aku dah agak dah yang kau akan terkejut.” Aku sengih lalu memandang Dila. Kelihatan dia tersipu malu. Pandai korang simpan rahsia daripada pengetahuan aku.

“ so? Anything else?” aku memandang mereka tiap satu.

“ yes..” sahut abang Shah pula.

Ingatkan dah habis. Aku hanya jongketkan kening tanda apa.

“ lepas ni Misya akan jadi pembantu abang di pejabat ayah.” Aku duduk tegak.

“ maksud abang Misya akan berkerja di pejabat ayah? Dengan abang? Gitu?” soalku pinta kepastian.

Anggukan abang Shah buat aku menggaru kepala yang tidak gatal.

“ kenapa?” soal ayah pula.

“ ayah… ayah pun tahu kan yang orang ni tak mahir lah dalam kerja-kerja pejabat ni. Lagipun Misya pun baru habis belajar. Satu pengalaman kerja pun Misya tiada. Macam manalah nak kerja di pejabat ayah. Nanti habis semua jadi tunggang langgang akibat perbuatan Misya. Taknak lah Misya.” Bantahku lembut.

“ Misya… kamu kan boleh belajar. Lagipun kamu ada ambil jurusan perniagaan kan? Belajar perlahan-lahan. Lama-lama kamu akan jadi cekap juga.”

“ betul tu. Tak salahkan kalau Misya belajar dulu.” Sokong abang Shah.
Aku mengeluh melihat jari. Aku rasa susah pula. Aduhai..

“ Misya… jangan berputus asa sebelum mencuba.” Pesan mak pula.

“ kamu ikut je lah apa yang mereka katakan itu Misya. Ibu rasa itu adalah perkara yang baik.” Kata ibu abang Shah pula. Nampaknya semua orang menyokong aku gayanya. Jadi mahu tak mahu aku terpaksa terima. Betul juga apa yang ayah kata. Aku boleh berlajar dari bawah.

“ hurmm… yelah. Tapi Misya tak jamin erk?” ujarku.

Kelihtan mereka bersyukur akan keputusanku ini. Aku gembira jika orang sekelilingku turut gembira.

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers