Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 6 December 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (41)



“ sanggup kau rahsiakan perkara sebesar itu daripada pengetahuan aku. Sampai hati kau Dila.” Rajukku.

Dila tersenyum lalu memeluk bahuku. Nak pujuklah tu.

“ ala kau ni. Tak sengaja lah. Lagipun kami nak tunggu kau balik dulu baru beritahu. Nanti tak surprise lah. Aku pun sebenarnya tak sangka akan berkahwin juga. Dengan Azfar pula tu.”

Aku memandang Dila dengan senyuman meleret.

“ korang ni terjatuh cinta erk?” tekaku.

“ panjang ceritanya Misya. Aku pun tak tahu nak cerita macam mana. Tapi biarlah ia menjadi rahsia. Yang penting kau sudah tahu yang kami akan berkahwin.” Aku mencebik.

Tak sukalah macam ni. Rahsia lagi.

“ whateverlah. Dan nanti kau akan jadi saudara ipar aku lah. Azfar tu kan sepupu aku.”

“ hurmm.. yela. Eh? Yang kau makan dan berbual dengan aku ni. Kau tak masuk kerja ke? Bukan hari ni hari full day kau kerja ke. Ke kau curi tulang?” tuduh Dila.

Aku mengoncang straw yang berada di dalam gelas. Aku pandang sepi gelas itu.

“ tak..abang Shah yang beri aku masa free untuk tenangkan fikiran. Lagipun daripada pukul 8 sampai pukul 2 aku berkerja tanpa henti. So abang Shah beri aku masa untuk rehat. Kalau kau nak tahu banyak yang telah aku buat tadi. Banyak kesilapan. Sebab itu jugalah abang Shah beri waktu kat aku. Aku rasa aku langsung tak sesuai lah buat kerja semua itu.”

“ semalam aku tengok macam senang sebab orang beri tunjuk ajar. Tapi hari ini aku kena buat semuanya sendiri. Ternyata susahlah.” Luahku agar Dila boleh faham perasaan aku sekarang ni. Hilang segala mood aku untuk kembali bekerja.

Ada lebih kurang satu jam lagi pukul 3.30. bermakna ada satu jam lagi untuk aku kembali masuk bekerja. Mujur Dila sudi luangkan masa yang lebih untuk aku.

“ Misya… kau tak boleh berputus asa. Biasalah hari pertama kau buat kerja ada banyak kesilapan. Tapi aku yakin kau mampu buat yang terbaik. Kau boleh lakukan Misya.” Ujar Dila memberiku sokongan.

Aku tersenyum hambar.

“ entahlah…InsyaAllah aku akan cuba. Aku mungkin Cuma perlukan waktu je untuk sesuaikan diri. Yelah kau pun tahu kan yang aku tak pernah pun berimpian untuk menjadi macam usahawan ni. Tak lansung. Mungkin ini rezeki aku.”

“ yelah…eh? Aku kena balik ke pejabat ni. Aku dah lewat ni. Kau taka pa-apa kan seorang kat sini?” aku tersenyum.

“ pergilah. Aku okey lah. Jangan risaukan aku. Maaf jika ambil masa yang lebih dengan kau.”

“ aku okeylah. Kita kan kawan. Jadi aku pergi dulu. Kalau ada apa-apa telefon je aku. Aku akan sentiasa membantu kau.” Aku hanya mengangguk.

Aku hantar Dila pergi dengan pandangan. Kini tinggallah aku seorang. Nak pergi mana ya lepas ni. Malas pula nak masuk pejabat.

*****

“ Kamu di mana sekarang? Balik ke pejabat sekarang!” aku tersentak mendengar suara abang Shah dari corong telefon.

Aku tilik jam. Alamak! Patutlah abang Shah naik angina. Dah pukul 4 petang. Hadoii… gamaklah aku kena marah nanti.

Aku segera mencapai beg dan menahan teksi. Kena cepat. Tulah berangan lebih sangat tadi. Kan dah terlambat. Ish…

“KENAPA LAMBAT?”

Aku tunduk memandang lantai. Tak berani nak menentang pandangan abang Shah yang sedang marah itu. Aku tak sengajalah.

“ Misya… jawab abang kenapa lambat?” suara abang Shah kembali kendur daripada tadi. Aku bermain jari.

“ maafkan Misya. Misya tak sengaja. Tadi Misya pergi tenangkan diri.” Jelasku perlahan. Aku langsung tidak menentang pandangan abang Shah.

Aku terdengar keluhan abang Shah. Aku mendongak melihatnya.

“ maafkan Misya abang.” Pintaku lagi.

Akhirnya senyuman terukir di bibir abang Shah. Aku menghembus nafas lega.

“ yelah.. abang maafkan. Abang tahu kamu masih belum biasa dengan semua ni. Maafkan abang jika  buat kamu tertekan.”

Aku menggeleng lalu tersenyum.

“ abang tak salah. Misya yang salah. Misya masih belum mahir lagi. insyaAllah Misya akan cuba lagi. Dan terima kasih abang kerana sudi beri peluang kepada Misya.” Ucapku.

“ yelah… jom ikut abang. Abang nak perkenalkan kamu dengan seseorang. Lagipun dia baru sampai dari luar Negara. Terus dia datang ke sini.”

Aku mengerutkan dahi. Siapa?

Tanpa banyak soal aku hanya menurut. Entah mengapa hatiku tiba-tiba berdebar. Rasa macam akan berdepan dengan seseorang yang aku kenali. Tapi siapa?

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers