Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 8 December 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (46)



Tok! Tok! Tok!

Aku melihat pintu pejabat.

“ Masuk..” laungku lalu meneruskan pekerjaan.

“ Maaf jika abang ganggu Misya.” Aku mendongak melihat abang Shah. Aku tersenyum.

“ taklah. Kenapa?” segera aku tutup dokumen.

“ ada perkara yang abang nak bincang sikit dengan Misya ni. Harap Misya tak kisah.” Aku bangun dan menuju ke sofa.

“ perkara apa tu?” aku memandang abang Shah dengan tanda Tanya.

“ Misya dah kerja di sini hampir sebulan. Kan?” aku mengangguk menjawab persoalannya.

“ jadi hampir sebulan juga Misya jadi pembantu peribadi Zaim. Kan?” aku tertawa kecil.

“ yelah.. kenapa ni? Apa yang abang ingin tahu sebenarnya ni?” soalku terus.

Abang Shah tatapku dengan wajah serius. Aku menjongket kening. Kenapa pula dengan dia ni? Demam ke apa…

“ sepanjang hampir sebulan ni. Abang perhati Misya bekerja dengan Zaim. Cara dan layanan Misya. Kenapa berlainan? Maksud abang tidak seperti korang berdua pada kali pertama berjumpa. Ada masalah ke? Sebab abang tengok cara layanan Misya terhadap Zaim seperti pekerja antara bos.”

Aku terkedu. Aku membalas tatapan abang Shah lalu ku tersenyum.

“ memanglah. Takkan Misya kena layan Zaim macam kawan kot. Kan dekat pejabat. Itu pun abang tak fikir ke? Nanti kalau Misya layan lebih pula. Apa kata pekerja lain? Mesti mereka pandang remeh dekat kami berdua. Apatah lagi Misya. Abang ni pun..” ujarku sambil tersengih.

“ maafkan abang. Tapi abang ingin tahu masalah sebenar Misya. Abang terima alasan Misya tu. Tapi abang masih tak faham satu perkara. Macam petang semalam. Zaim ada tegur kamu kan yang kamu tak berhak masuk campur dalam projek pembangunan tu?”

Aku mengangguk perlahan.

“ sebelum ini mana pernah kamu lakukan sebegitu. Maksud abang kalau tidak kamu mesti akan balas balik dan bantah keputusan yang kamu rasa tidak betul. Tapi sekarang kamu jauh berbeza. Terutama dengan Zaim. Apa masalah kamu ni?” aku terdiam.

Mulutku terkunci untuk menjawab persoalan itu. Adakah perubahan aku nampak jauh beza sangat. Aku rasa biasa je pun.

“ abang harap kamu ubah sikap. Kami rindukan Misya yang dahulu. Yang ceria dan mulut boleh tahan lancang juga.” Lengan abang Shah di cubit. Sengihan ku dapat.

“ amboi.. kalau boleh nak kutuk Misya. Kenapa pula? Sebelum ni Misya ceria je. Apa yang bezanya. Perasaan abang je tu.” Dalihku dengan senyuman. Betul lah yang aku ceria je. Cuma dalam pejabat dan dengan Zaim je sikap aku berubah sedikit. Salahkah?

“ Misya…Zaim sudah beritahu abang apa perkara yang buat sikap Misya berubah terhadapnya.” Aku tersentak. Rasa darah menyirap ke muka. Takkan Zaim beritahu.

“ dia minta maaf jika kerana itu yang buat Misya berubah sikap. Tapi dia kata dia tak paksa pun dan kalau Misya sekali pun tak boleh terima dia. Terimalah sebagai seorang sahabat. Takkan itu pun tak boleh Misya? Hurmm..”

Aku tunduk memandang jari. Serta merta hatiku berdegup kencang.

“ Misya…” aku mendongak melihat abang Shah.

“ sebenarnya bukan itu masalahnya abang Shah. Bukan luahan perasaan dia yang buat Misya berubah sikap. Misya tahu setiap orang berhak untuk menyukai seseorang. Misya tahu dan terima. Tapi perkara yang buat Misya berubah sikap terhadap dia adalah percaya. Dia musnahkan kepercayaann Misya selama ini.” Jelasku dalam nada terkawal.

“ apa yang dia buat dekat Misya?” aku senyum pahit.

“ maaf abang. Misya belum bersedia untuk beritahu. Walaupun perkara itu sudah lama berlalu. Tapi Misya masih perlukan masa. Misya pun tak tahu kenapa dan mengapa Misya mesti rasa sebegini. Yang pasti Zaim buat Misya susah untuk percayakannya lagi sebagai seorang sahabat.”

Mataku mula berkaca-kaca. Argh! Kenapa perasaan ini mesti hadir. Tak sukanya…

“ hurmm… baiklah kalau begitu. Tapi kalau boleh jangan biar lama-lama sangat perkara itu berada dalam akal fikiran kamu.. kamu nak tahu tak yang Zaim tu susah hati. susah hati dengan kamu. Kadang-kadang tak tidur lena dibuatnya.”

Abang Shah tertawa kecil. Aku senyum senget. Betul ke?

“ dia memang cintakan kamu Misya. Abang pun rasa sudah tiba masanya kamu terima seseorang dalam hati kamu. Lupakanlah arwah. Abang yakin Zaim mampu bahagiakan kamu.”

Tanganku di genggam abang Shah. Dia tersenyum bagi menyakinkan aku. Aku hanya berdiam diri.

“ abang keluar dulu. Fikirkanlah apa yang abang kata tadi. Abang yakin yang arwah pun mahukan yang terbaik untuk kamu.”

Usai abang Shah keluar, serta merta air mataku menitis. Bibirku di ketap.

Aidil… saya tak tahu. Saya tahu saya tak boleh terus macam ni. Tapi… Ya Allah berilah aku petunjukMu.

‘ Misya… sekarang kamu perlu beritahu Zaim apa yang buat kamu berubah sikap terhadapnya. Dan berterus terang dengan dia apa yang kau rasakan sekarang. Tanya dia siapa perempuan yang keluar dengan dia dahulu. Mana tahu itu adik dia ke?’

Aku menggeleng.

‘ aku takutlah. Adakah aku mampu lakukan?’

‘ aku yakin kau boleh. Percayalah. Kalau tidak ia akan memakan diri kau. Lebih baik kau bertindak cepat supaya hati kau takkan sakit lagi.’

Aku berfikir-fikir apa yang suara hatiku berkata. Mungkin betul. Aku harus bertindak cepat. Kalau tidak hati aku yang sakit.

Ya Allah bantulah aku.

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers