Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Sunday 9 December 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (48)



“ Awak… kenapa awak pergi terlalu awal? Saya masih perlukan awak di sisi. Baliklah…” pohonku kepadanya.

Dia tersenyum lalu menggeleng.

“ tempat saya bukan lagi di dunia Misya. Tempat saya di sini. Maafkan saya kerana terpaksa pergi awal dari sisi awak. tapi saya akan selalu berada dalam hati awak.” ujarnya lembut.

Aku tersenyum. betul Aidil. Awak memang sentiasa berada dalam hati saya.

“ Misya… awak perlu percaya kata hati awak. awak tak boleh bertindak melulu. Awak.. Zaim itu sangat baik. Dia tak bohong awak. percayalah.. memang betul apa yang awak rasakan sekarang Misya. Awak cintakan dia tapi awak masih ragu-ragu. Itu kerana saya kan?”

Aku terkedu. Wajahnya yang putih bersih itu ku pandang.

“ saya tahu awak masih sukar untuk lupakan saya. tapi saya tak salahkan awak. lagipun sesiapa pun tak berhak untuk buang rasa itu dari hati awak. tapi awak perlu bukakan hati untuk menerima cinta dari orang lain Misya. Buang segala rasa ego tu. Terimalah Zaim. Saya yakin dia mampu bahagiakan awak daripada saya. kalau benar pun dia bohong awak, awak perlu dengar penjelasannya. Awak jangan menyesal di kemudian hari Misya.”

Aku terkelu lidah untuk membalas kata-kata dia. Apa yang dia kata itu benar-benar belaka.

“ saya harap awak ambil kata-kata saya sebagai panduan. Maafkan saya Misya. Sudah tiba masanya saya kena pergi. Saya harap awak bahagia di samping Zaim. Assalamualaikum..”

“ waalaikumussalam…”

*****
Huh!

Ya Allah.. rupanya aku bermimpi. Mimpi itu seakan benar. Benarkah apa yang Aidil katakan dalam mimpiku sebentar tadi Ya Allah.

Kalau benar apa yang harus aku buat. Aku perlu lakukan solat istikharah. Ya..itu jalan terbaik. Pantas aku pergi mengambil air sembahyang di sepertiga mala mini.

“YA ALLAH… aku memohon petunjuk dariMu. Apakah benar Zaim itu adalah jodohku. Apakah benar apa yang dikatakan dalam mimpi ku itu. Berilah hamba petunjuk. Jika benar satukanlah kami atas restuMu. Jika tidak jauhkanlah kami dan perasaan kami daripada saling menyukai. Aku sangat memohon padaMu. Makbulkanlah doaku Ya Allah….”

*****
Deringan bunyi hensetku buat aku terkejut. Pantas aku melipat telekung lalu memasukkannya ke dalam almari.

Aku mencapai hensetku dan menatap nama di skrin.

Zaim?

Buat apa dia telefon aku pagi-pagi buta ni. Aku malas nak jawab jadi aku biarkan je. Seminit kemudian, nada deringan tanda pesanan masuk pula aku dapat. Daripada Zaim.

Saya tahu awak belum tidur. Saya Cuma nak awak tahu yang saya tak bohong awak. saya Cuma nak minta satu peluang je supaya awak dengarlah dulu penjelasan saya. selepas ini saya tak kisah sama ada awak marah ke atau apa. Asalkan awak dah dengar penjelasan saya. please… kalau awak mahu, kita jumpa esok di pantai Merdeka. Tepat pukul 10 pagi.

Aku menggenggam erat hensetku. Serta merta air mataku menitis di atas skrin henset.

Maafkan saya Zaim. Betul kata Aidil. Saya perlu beri awak peluang. Baiklah Zaim. Saya akan pergi jumpa awak esok.

****

Jelas terpampang wajahnya yang ceria saat aku berhadapan dengan dia di pantai Merdeka ini. Aku turut tersenyum lalu mengangguk.

“ terima kasih kerana sudi datang.” Ucapnya bersama senyuman.

“ saya yang patut minta maaf kerana bersikap demikian terhadap awak.”

Dia tersenyum.

“lupakanlah. Saya tahu masa itu emosi awak tak stabil. Jadi bolehkan kalau saya ceritakan hal yang sebenar?” soalnya takut aku marah.

“silakan…”

“sebenarnya perempuan yang awak Nampak malam itu adalah teman wanita kawan saya. sebenarnya malam itu saya dan dia itu merancang sesuatu. Rancangan kami nak bagi kawan saya cemburu melihat kami berdua. Sebab itu awak Nampak kami sedikit mesra. Tapi kalau awak Nampak saya memeluk bahunya itu sebenarnya tak sengaja. Saya hampir tergelecek jadi terpegang erat bahunya. Kalau awak tak percaya awak boleh dengar dari mulutnya sendiri.”

Mulutku bagaikan terkunci untuk menjawab.

“ Misya…mereka berdua tu dah nak bertunang pun. Awak jangan risau. Selepas ini saya tidak akan buat begitu lagi.” Jelasnya lagi dengan bersungguh-sungguh.

“ apa yang dia kata tu betul.”

Aku dan Zaim menoleh ke belakang.

“ hai Misya..” aku tersentak. Inilah perempuan yang aku Nampak malam itu dengan Zaim.

“ saya Alia. Ini bakal tunang saya Khairul. Apa yang Zaim cakap tu benar. Kami tiada sebarang hubungan pun Misya. Lagipun saya dah nak bertunang.” Terang Alia pula.

“ awak bertuah Misya. Bukan senang tahu tak Zaim ni jatuh cinta. Tapi apabila dia jumpa dengan awak terus dia terjatuh cinta. Awak memang bertuah.” Aku tersenyum nipis.

Zaim menjelingku sekilas sebelum melihat Alia dan Khairul.

“ thanks guys. Kalau korang tak datang saya rasa Misya masih tak dapat terima penjelasan saya. terima kasih.” Ucap Zaim kepada mereka berdua.

Aku dapat kesan riaknya yang ceria itu. Dia ku lihat lebih ceria daripada sebelum ni. Wajahnya yang putih dan rambut sedikit keperangan itu buat dia berlainan sangat-sangat. Memang betul macam kacukan. Tapi itu tak penting bagiku. Yang penting hati budinya.

“ kami pergi dulu Misya dan Zaim. Saya harap korang berdua akan bersama.”

Aku terdiam akan kata-kata Alia. insyaAllah jika benar kami ada jodoh.

“ Misya…”pandanganku terarah kepada Zaim pula. Dia melihatku dengan senyuman yang menawan. Senyuman itulah yang buat aku sering senyum seorang diri. Apatah lagi sikapnya yang sedikit romantik dahulu tu.

Tapi kenapa baru sekarang aku sedar semua itu ya… Zaim ni memang baik orangnya. Aku yang salah kerana sangka bukan-bukan.

“ maafkan Misya..” ucapku lalu tunduk memandang ke bawah.

“ awak tak salah. Saya yang salah. Sepatutnya saya tak buat begitu kerana akan menyakitkan hati seseorang itu. Saya tak tahu dan ia boleh dikatakan tindakan yang tidak wajar. Maafkan saya kerana sering buat awak menangis. Saya berdosa sangat.”

Aku mendongak melihatnya saat mendegar perkataan dosa.

“ demi menebus dosa saya dan demi sembuhkan kembali luka awak tu. Sudikah awak menjadi isteri saya? pelengkap hidup saya? merangkap ibu kepada anak-anak saya?”

Dia melutut di hadapanku dan mengeluarkan sebentuk cincin.

Aku menekup mulut tanda tidak percaya dengan semua ini. Dia lamar aku?

“ erk…sa..saya…” tergagap-gagap aku dibuatnya.

“ tak apa. Saya beri awak masa. Bila awak dah bersedia, awak Cuma perlu beritahu saya. saya tetap akan tunggu jawapan awak. ingat tu.”

Dia kembali berdiri dan menyerahkan cincin yang di pegangnya tadi.

“ambillah. Kalau awak terima saya, awak pakailah bila dah bersedia. Kalau tidak awak boleh serahkan kembali kepada saya.” ujarnya sambil tersenyum.

Dengan perlahan-lahan aku mengambil cincin itu. Cantik! Sangat cantik. Zaim.. awak ni istimewa juga bagi saya.

“InsyaAllah Zaim. Kita hanya perlu berdoa.” Balasku tenang. Sekarang bebanku terhadap masalah sebelum itu telah pun hilang. Rasa lega sangat.

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers