Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday 10 December 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (50)



“ Ifah… kenapa ye? Kau tahu tak sebabnya?” soalku kepada Ifah pada keesokan harinya.

Hanya dia dapat bantu aku sebab dia tahu.

“ kau biar betul Misya. Mesti ada apa-apa ni.” Aku mengeluh.

“ entahlah. Nak katakan budak Shahrul ni jodoh aku bukan. Yelah aku dah lakukan solat istikharah dan wajah Zaim yang muncul. Lagipun kita tak tahu langsung rupa Shahrul sekarang.” jelasku.

“ erk… nama Zaim kan? Bukan ada Shahrul ke?” soal Ifah. Aku tersentak.

“ nama dia Muhamad Shahrul Zaim… erk…” aku dan Ifah saling berpandangan.

“ takkan budak Shahrul tu Zaim?” soalku tak percaya.

“ aku rasa betul dah. Kalau kau nak tahu semenjak di Uitm dulu lagi aku rasa yang aku dah kenal dengan dia. Kalau itu betul dia jadi betullah tekaan aku selama ini.”

Aku memandang ke luar rumah Ifah.

“ apa perlu aku buat Ifah. Kita masih belum sahihkan kebenaran. Kalau bukan bagaimana?”

Ifah tersenyum melihatku.

“ kau yang perlu buktikan kebenaran itu Misya. Hanya kau. Mungkin ini salah satu lagi petunjuk Allah dekat kau.” Ujar Ifah.

Pandanganku jatuh di cincin yang tersarung di jari Ifah. Dia sudah berkahwin dengan Sib selama 3 bulan. Kebanyakan semua kawan aku dah mendirikan rumah tangga. Aku je yang masih teragak-agak.

“ Misya…” aku mendongak melihatnya. Aku tersenyum.

“ yelah… kalau ada apa-apa aku beritahu kau lain.”

*****

“ SHAHRUL ZAIM!” laungku kuat apabila ternampak dia di pasaraya Tesco ini. Tak sangka yang dia turut berada disini.

Jadi keputusanku untuk ke sini bagi mencari barang tak salah. Tiba-tiba aku teringat akan kata-kata Ifah. Dia suruh cari kebenaran dekat Zaim. Lagipun aku juga ingin selesaikan masalah aku dengan dia secepat mungkin.

Aku melangkah mendekatinya. Dia kelihatan segak walaupun hanya berpakaian tshirt dan jeans.

“ buat apa dekat sini?” soalnya lalu tilik jam. Macam nak lari je.

“ awak ada masa tak?” soalku terus terang. Inilah masanya.

“ erk….” Kelihatan dia teragak-agak membuat keputusan. Aku senyum sinis.

“ kenapa? Girlfriend tengah tunggu ke?” sindirku bersama senyuman sinis.

Dia menatapku dalam dan akhirnya mengeluh.

“ baiklah. Tapi sekejap je sebab saya perlu ke pejabat pula selepas ini.” Ujarnya cuba berjauh hati denganku.

Sungguh aku terasa akan sikapnya sekarang. kenapa dia tiba-tiba berubah pula. Selepas dia melamar aku tu tak ada apa-apa pun. Malah dia yang selalu mendekatiku. Tapi selepas dua hari kejadian itu, dia semakin jauh dariku. Mengapa?

Aku dan dia menuju ke restoran yang berdekatan dengan pejabat. Senang nanti dia nak bergerak ke sana.

“ Jadi apa yang awak mahu katakan?” soalnya tanpa secalit senyuman. Aku dah rimas kalau macam ni.

“ Zaim… awak ni kenapa? Kenapa sikap awak berubah?” soalku terus terang. Wajahnya ku pandang dengan seribu persoalan.

Dia mengeluh. Aku jongket kening. Apa masalah dia sebenarnya?

“ itu je ke yang awak nak Tanya saya?” aku tercengang mendengar jawapannya.

Sungguh dia dah berubah.

“ Shahrul Zaim. Saya nak tahu kenapa sikap awak berubah sekarang ni? Mengapa awak macam ingin berjauh dengan saya. awak sengaja seksa perasaan saya ya? Mungkin awak suka buat saya terkejar-kejar sana sini. Itu yang awak mahu kan. Atau awak dah penat tunggu jawapab saya tentang lamaran itu?”

Mataku mula berkaca-kaca. Nafasku turun naik tanda yang aku sangat bengang dengannya.

“ Misya… saya..” aku menggeleng.

“ Zaim. Bukan saya tak nak beri awak jawapan. Tapi tengoklah awak sekarang. saya sebenarnya sudah bersedia berikan jawapan tapi awak yang buat saya terpaksa pendamkan dulu jawapan saya."

"Awak macam endah tak endah je. Atau awak sudah muak dengan saya? atau juga awak tidak serius dalam hal ini? Okey fine! Jika itu awak mahu saya terima dengan hati yang terbuka."

" Yang pasti saya sangat kecewa dengan awak kerana saya terima lamaran awak. kalau bukan saya pasti tidak akan terkejar awak sampai ke sini. Terdesak nak jumpa awak.”

Air mataku mengalir laju. Kelihatan dia terpana. Mungkin terkejut apa yang aku katakan tadi.

“ jadi sekarang saya dah tahu yang saya tak patut buat macam ni. Ini menunjukkan saya pergi cari timba. Baiklah… saya terima keputusan awak. awak dah muak kan dengan saya? dah ada girlfriend mungkin dan mungkin juga awak sudah tidak cintakan saya lagi."

" Okey fine! Mulai sekarang kita putus. Lupakan apa yang kata saya tadi. Anggap saya tidak muncul dalam hidup awak. yang pasti Zaim. I hate you!” bentakku kasar.

Pantas aku keluar dari situ. Tak sanggup menatap wajahnya lagi. Apa yang aku ungkapkan tadi sebenarnya tidak benar. Aku tidak bencikan dia malah cintakan dia. Mana mungkin aku bencikan dia sekarang. ya Allah apa lagi dugaan yang harus aku tempuhi selepas ini.

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers